And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, May 10, 2011

IBU





Kepada semua ibu-ibu yang membaca artikel  ini diucapkan selamat hari ibu dan kepada semua pembaca yang masih mempunyai ibu , jangan lupa ibu anda dan luahkanlah perasaaan sayang kepadanya dan kepada pembaca isuhangat yang telah ketiadaan ibu, jangan lupa sedekahkan Alfatihah setiap kali selepas solat.
Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. ibu
Bila lapar, yang suapkan aku..ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!


Bila bangun tidur, aku cari.. ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ..ibu
Bila nak bermanja.. aku dekati ibu
Bila nak bergesel… aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu

Bila nakal, yang memarahi aku …ibu
Bila merajuk… yang memujukku cuma..ibu
Bila melakukan kesalahan… yang paling cepat marah..ibu
Bila takut… yang tenangkan aku .. ibu
Bila nak peluk… yang aku suka peluk..ibu

Aku selalu teringatkan ..Ibu
Bila sedih, aku mesti talipon… Ibu
Bila seronok… orang pertama aku nak beritahu…Ibu
Bila bengang.. aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. “ibuuuuuuuuuuuuu! ”

Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga Ibu
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu

Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku. . Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk… Ibu

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok… aku cari pasanganku
Bila sedih… aku cari Ibu

Bila berjaya… aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal… aku ceritakan pada Ibu

Bila bahagia, aku peluk erat pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat Ibuku

Bila nak bercuti… aku bawa pasanganku
Bila sibuk… aku hantar anak ke rumah Ibu

Bila sambut valentine.. Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu…
aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu ….. aku ingat pasanganku
Selalu… Ibu ingat kat aku
Bila..bila.. . aku akan telefon pasanganku
Entah bila.. …aku nak talipon Ibu

Selalu …aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila… aku nak belikan hadiah untuk Ibuku.

Jasa Bonda
Di saat kau lena dia berjaga
Kau bersenang dia bekerja
Untuk mu tiada terbatas
Memberi tidak minta dibalas
Ingin dibinanya untuk mu
Kehidupan yang sempurna
Punya kekuatan jiwa
Punyai maruah

Leterannya dari rasa luhur
Menegur sebelum terlanjur
Itulah yang diwarisi
Pesan ibu terpahat di hati
Beringat-ingatlah berpesan pesan
Untuk kebaikan
Marah bukan kebencian
Tapi tanda sayang

Engkau semakin dewasa
Berjiwa merdeka
Sedang dia semakin tua
Membilang usia
Di saat kau berjaya
Dia tiada berdaya
Semoga kau tak lupa
Jasa bonda


Dari Abu Hurairah r.a. katanya..
“seorang lelaki bertanya kpd Rasulullah SAW,Ya Rasulullah, siapakah dari keluargaku yg paling berhak dengan kebaktianku yang terindah?
jawab Baginda:
ibumu!!…
Kemudian ibumu…
Kemudian ibumu…
kemudian bapamu,
kemudian yg terdekat kepadamu,yang terdekat,”
Riwayat Sahih Muslim.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts