And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, June 22, 2011

HAMBA MANUSIA DAN HAMBA ALLAH


[SN120] Sebuah Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang 2007 sedang digubal ketika ini untuk mencegah eksploitasi seks, perhambaan, kerja paksa atau pemindahan organ. Ia juga memperuntukkan hukuman bagi kesalahan menjadikan Malaysia sebagai transit atau pusat perdagangan dan eksploitasi manusia. Hukuman penjara sehingga 20 tahun menanti pesalah yang memperdagangkan kanak-kanak atau orang dewasa untuk segala bentuk eksploitasi termasuk seks, perhambaan, kerja paksa atau pemindahan organ. Ini termasuklah jika ia melibatkan ancaman, kekerasan/paksaan, pemelarian, fraud (penipuan), perdaya dan penyalahgunaan kuasa. Rang Undang-Undang itu turut memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda antara RM50,000 hingga RM500,000 bagi kesalahan mendapatkan keuntungan daripada eksploitasi mangsa. Kesalahan membuat, memperoleh, memberi, menjual atau memiliki suatu dokumen perjalanan atau pengenalan diri fraud bagi memudahkan perbuatan pemerdagangan orang pula boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun serta denda antara RM50,000 dan RM500,000 [BH 25/04/07].


‘Sudah terhantuk baru terngadah’. Mungkin inilah pepatah yang paling tepat untuk menggambarkan perkembangan undang-undang jenayah di Malaysia. Setiap kali peristiwa dan statistik jenayah yang semakin meningkat didedahkan di media massa, maka setiap kali itulah kita mendengar pelbagai rang undang-undang digubal untuk ‘mencegah’ kejadian tersebut. Sudah ratusan atau mungkin ribuan yang menjadi mangsa, maka barulah kerajaan bertindak. ‘Tunggu nasi menjadi bubur, barulah kita bertindak’ – mungkin slogan ini sebenarnya lebih sesuai untuk menggambarkan tindakan yang diambil oleh pihak berwajib selama ini di dalam menangani isu-isu yang berlaku. Ini dari satu aspek. Dari aspek yang lain, pelbagai akta dan undang-undang yang telahpun digubal sebelum ini kononnya dikatakan untuk ‘mencegah’ jenayah, namun realiti menceritakan sebaliknya, statistik jenayah semakin bertambah dari hari ke hari, dari tahun ke tahun. Jenayah dadah, samun, curi, rogol, pembunuhan, pecah rumah dan sebagainya tidak pernah dapat dicegah, malah menunjukkan peningkatan yang semakin menakutkan. Maka apakah rang undang-undang Antipemerdagangan Orang 2007 yang sedang dibentangkan ini akan membawa sinar untuk hari esok?


Penyelesaian Akal : Tikus Membaiki Labu


Mengikut catatan sejarah, perhambaan di Eropah telah dimansuhkan sejak kurun ke-18. Ia adalah hasil tekanan daripada golongan intelektual yang kebanyakannya memperjuangkan fahaman sekular berasaskan idea-idea kebebasan (freedom), di mana ketika itu, Eropah sedang mengalami proses pencerahan (renaissance). Setelah perhambaan dimansuhkan sepenuhnya, bentuk perhambaan baru pula muncul di mana ia bermula apabila tercetusnya Revolusi Perindustrian. Sejak itu, bermulalah kegiatan memeras, mengekploitasi dan memperhambakan tenaga kerja manusia atas nama pembangunan dan kemajuan. Selama mana kedudukan (eksploitasi) ini memberi keuntungan kepada pemilik-pemilik modal (Kapitalis), maka ianya ‘dibolehkan’. Keadaan eksploitasi sebegini sebenarnya kekal sehingga sekarang, yang tak lain mencerminkan Ideologi Kapitalis yang sememangnya bersifat sedemikian.


Berdasarkan statistik Anti-Slavery International, pada ketika ini terdapat lebih kurang 27 juta orang menjadi hamba di seluruh dunia. Ia adalah jumlah tertinggi di dalam sejarah peradaban manusia. Walaupun masih ada perhambaan warisan di sesetengah tempat di Afrika, kebanyakan hamba yang dimaksudkan itu bukanlah seperti yang terdapat pada zaman feudal di awal kurun ke-16 dahulu. Hamba yang dimaksudkan di sini adalah manusia merdeka yang terperangkap atau diperangkap lalu diperdagangkan akibat kesempitan hidup dan belenggu hutang. Di antara negara-negara yang dicatatkan mempunyai statistik perdagangan manusia tertinggi adalah negara-negara Afrika, India, Pakistan, Haiti, China dan Thailand. ‘Hamba-hamba’ ini samada dijual, ditukar-milik sebagai jaminan hutang atau untuk diekploitasi sebagai buruh di ladang-ladang atau di bidang industri atau juga di dalam kegiatan pelacuran. UNICEF melaporkan, lebih kurang 200,000 kanak-kanak di Afrika Tengah dan Barat di jual sebagai hamba setiap tahun [www.Infoplease.com] Menurut statistik Amnesty International pula, kira-kira 700,000 manusia diperdagangkan setahun untuk tujuan seks.


Itu adalah sebahagian kecil daripada kisah perhambaan dan eksploitasi manusia yang berlaku sekarang. Di dalam kehidupan hari ini di mana manusia hanya hidup untuk meraih sebanyak mungkin manfaat, maka kewujudan penindasan sebegini adalah sesuatu yang tidak menghairankan. Inilah sifat Ideologi Kapitalis yang diamalkan oleh kebanyakan negara di dunia ketika ini, tidak terkecuali Malaysia. Manusia sudah hilang sifat kemanusiaannya - yang menjadi perkiraan di dalam setiap perbuatan adalah manfaat. Jika dengan mengeksploitasi manusia akan diperolehi manfaat, maka ia akan dilakukan. Jika dengan ‘mengeksploitasi’ diri sendiri sekalipun akan mendatangkan manfaat, maka golongan berpemikiran Kapitalis ini sanggup melakukannya. Jadi, tidak hairanlah wujudnya perbuatan ‘menjual diri’ untuk memperolehi manfaat seperti GRO atau para model, samada sambilan atau sepenuh masa yang sanggup berbuat apa sahaja, bukan setakat memperdagangkan wajah dan bentuk tubuh mereka sahaja, malah lebih dari itu, semata-mata kerana manfaat. Malangnya ‘eksploitasi seks’ semacam ini tidak dikategorikan sebagai salah.


Menurut pandangan Kapitalis, manusia adalah aset. Daripada konsep asas ini, setiap manusia disifatkan mempunyai nilai ekonomi yang boleh dipergunakan untuk meraih sebanyak mungkin manfaat. Contohnya, kecantikan seseorang wanita atau tubuh mereka dianggap mempunyai nilai ekonomi tersendiri yang boleh dimanfaatkan. Nilai ini boleh dipergunakan sebagai ‘pelaris’ jualan dan sebagainya. Justeru, kita melihat bagaimana wanita-wanita ini dipergunakan di rumah-rumah pelacuran, rumah urut, hotel, restoran, tempat-tempat GRO dan seumpamanya. Hatta iklan-iklan barangan dan lain-lain iklan pun diletakkan wanita cantik dan berpakaian seksi walaupun pada kebiasaannya barangan tersebut tiada kaitan langsung dengan wanita seperti iklan minyak pelincir, bateri kereta, motosikal, telefon bimbit dan banyak lagi. Yang peliknya, wanita itu sendiri sememangnya sanggup untuk ‘dipergunakan’ sedemikian rupa, tanpa apa-apa bantahan. Kenapa? Ternyata, kerana manfaatlah yang menjadi ukuran mereka. Walhal Islam memandang wanita dengan penuh kemuliaan sebagai ‘aurat’ yang perlu dijaga, bukannya suatu ‘aset’ yang boleh dieksploitasi atau dimanipulasi. Kita tertanya-tanya di manakah golongan feminis terutamanya Sisters In Islam di dalam memperjuangkan nasib kaum mereka yang ‘diperkudakan’ ini?


Matlamat hidup yang hanya untuk meraih manfaat adalah antara konsep yang ketara di dalam Ideologi Kapitalis. Sekarang ini, akidah sekularisme Kapitalis yang memisahkan agama dari kehidupan diterapkan oleh semua negara umat Islam, Malaysia tidak terkecuali. Yang nyata, akidah ini mengajar bahawa kehidupan mesti ditentukan sendiri oleh manusia, tidak ada campurtangan agama. Kerana inilah, kita menyaksikan mereka yang sudah diresapi oleh akidah ini membuat atau menggubal undang-undang mengikut akal mereka sendiri, tanpa merujuk lagi kepada Kitabullah dan Sunnah Rasulullah. Mereka tanpa sedikit pun rasa takut kepada Allah dan Hari Kiamat, dengan bangganya membentang dan meluluskan undang-undang mengikut kehendak dan selera mereka.


Pembentangan Rang Undang-Undang Antipemerdagangan Orang 2007 hanyalah sebahagian kecil manifestasi dari pemikiran sekularisme yang ada pada mereka yang memegang kuasa. Setiap kali berlaku sesuatu isu, maka mereka akan terus menggunakan akal mereka untuk membuat undang-undang, bukannya merujuk kepada Al-Quran dan Sunnah untuk menyelesaikan masalah. Inilah yang mereka amalkan sejak sekian lama kerana tebalnya pemikiran Kapitalis sekular dalam diri mereka, seolah-olah Islam sudah tidak ada gunanya lagi bagi mereka di dalam menyelesaikan masalah kehidupan. Jadi tidak hairanlah jika masalah akan terus wujud dan kadar jenayah akan terus meningkat, kerana yang diterapkan ialah hukum manusia yang penuh kelemahan manakala hukum Allah yang penuh kesempurnaan pula ditinggalkan. Walhal, hukum Allahlah satu-satunya hukum yang mempunyai sifat zawajir (mencegah) dan yang secara pasti akan mendatangkan rahmat bagi manusia.


Perhambaan Di Dalam Islam


Sebelum kedatangan Islam, aktiviti perhambaan telah lama wujud. Ia wujud hampir di seluruh pelusuk dunia. Terdapat pelbagai sebab ketika itu yang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi hamba. Contohnya, apabila seseorang itu gagal membayar hutangnya atau muflis, maka dia akan dijadikan hamba. Perhambaan juga boleh berlaku sebagai hukuman atas perbuatan jenayah yang ia lakukan. Begitu juga halnya apabila kabilah seseorang ditawan oleh kabilah lain yang lebih kuat, ia berserta kabilahnya juga boleh dijadikan hamba. Aktiviti perhambaan juga merupakan satu fenomena biasa di dalam masyarakat Jahiliyyah. Kedatangan Islam tidak menghapuskan sistem perhambaan ini, tetapi Islam telah menggariskan beberapa ketetapan tentang hukum perhambaan. Islam memandang bahawa hamba adalah seorang manusia yang fitrahnya adalah sama sebagaimana halnya dengan orang merdeka. Allah Subhanahu wa Ta’ala telah mengharamkan hamba dari dieksploitasikan oleh tuannya. Firman Allah,


“Dan janganlah kamu paksa hamba-hamba wanitamu untuk melakukan pelacuran, sedang mereka sendiri menginginkan kesucian, kerana kamu hendak mencari keuntungan duniawi”
[TMQ An-Nur(24):33].

Turunnya ayat di atas adalah untuk melarang orang-orang yang mempunyai hamba sahaya wanita untuk melakukan eksploitasi ke atas mereka. Eksploitasi hamba di sini merujuk kepada amalan masyarakat Jahiliyyah yang memaksa hamba-hamba sahaya wanita mereka untuk melacurkan diri. Biasanya hamba-hamba sahaya wanita ini akan dipaksa melayan tetamu atau pemuka-pemuka mereka untuk mendapatkan keuntungan daripada pelacuran tersebut [Tafsir Ibn Katsir]. Hamba-hamba ini tidak mempunyai pilihan dan terpaksa menurut kehendak tuannya. Tetapi, setelah kedatangan Islam, amalan buruk (eksploitasi hamba) ini telah diharamkan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala.


Islam diturunkan oleh Allah untuk menjadikan manusia itu mulia dan kehidupannya sesuai dengan fitrah. Setiap manusia diciptakan semata-mata untuk mengabdikan sepenuh jiwa dan raganya kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala, bukan kepada sesama manusia. Kerana itulah Islam hanya menetapkan keadaan tertentu sahaja yang membolehkan seseorang manusia itu dijadikan hamba. Di dalam keadaan aman, Islam tidak membolehkan sesiapapun yang merdeka dijadikan hamba secara mutlak. Perbuatan ini adalah haram. Berbeza halnya jika dalam suasana perang, di mana kita perlu meneliti nas-nas mengenai perhambaan dengan lebih mendalam.


Islam melarang menjadikan tawanan perang sebagai hamba. Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman,


“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir (di medan perang) maka pancunglah batang leher mereka. sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berhenti.”
[TMQ Muhammad (47):4].

Ayat ini diturunkan pada tahun ke-2 Hijrah ketika mana Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mula melancarkan peperangan demi peperangan terhadap orang-orang musyrik. Berdasarkan ayat ini, jika ada tawanan perang, maka pilihan yang ada kepada Rasulullah (sebagai Ketua Negara) hanyalah membebaskan mereka atau menerima tebusan. Tidak ada kebenaran untuk menjadikan mereka sebagai hamba.


Namun begitu, ketika perang Hunain, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam dicatatkan telah mengambil tawanan-tawanan perang sebagai hamba. Bagaimanakah hal ini boleh terjadi sedangkan ayat di atas dengan jelas tidak menyatakan sebarang keizinan untuk menjadikan tawanan perang sebagai hamba? Di sinilah pemahaman yang mendalam tentang nas diperlukan agar tidak tersalah di dalam mengistinbat sesuatu hukum. Melalui perincian dari catatan sirah perang Hunain, ia menunjukkan bahawa ketika peperangan berlangsung, orang-orang musyrik turut membawa wanita dan kanak-kanak bertujuan untuk meningkatkan bilangan serta memberikan semangat kepada tentera mereka. Setelah kaum musyrik kalah dalam perang ini, wanita dan kanak-kanak ini menjadi tawanan, lalu dibahagi-bahagikan oleh Rasulullah kepada kalangan tentera kaum Muslimin sebagai hamba. Tawanan-tawanan wanita dan kanak-kanak ini disebut (dalam bahasa arab) sebagai “sibyah”. Jadi, tindakan Rasulullah ini (menjadikan tawanan sebagai hamba) hanya berlaku khusus untuk sibyah sahaja. Walaupun setelah itu Rasulullah telah meminta kaum Muslimin untuk membebaskan mereka kepada keluarga masing-masing secara sukarela, namun tindakan Rasul ini sebenarnya telah menjadi dalil bagi membolehkan sibyah (iaitu tawanan wanita dan kanak-kanak yang turut sama ke medan perang) dijadikan sebagai hamba sekiranya pasukan musuh ditewaskan.


Manakala ketika perang Khaibar, Nabi Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak pula menjadikan tawanan wanita dan kanak-kanak (sibyah) sebagai hamba walaupun kaum Muslimin menang di dalam peperangan tersebut. Berdasarkan hal ini, Abu Ubaidah menerangkan tentang sibyah: ‘Seseorang imam (Ketua Negara) itu mempunyai pilihan selagimana sabiyah belum dibahagikan di kalangan tentera Muslim. Tetapi, jika mereka telah dibahagikan, maka khalifah tidak berhak memaksa agar sabiyah itu dibebaskan kecuali dengan hadiah atau dibebaskan secara sukarela oleh tentera kaum Muslimin. Namun baginda Sallallahu ‘alaihi wa Sallam tidak melakukan hal itu kepada penduduk Khaibar, malah baginda membiarkan mereka bebas (merdeka). Baginda juga tidak meminta dari sesiapapun untuk mengembalikan mereka, sebab memang baginda tidak membahagikannya.” .


Dengan demikian, jelaslah bahawa Islam hanya melarang memperhambakan tawanan perang lelaki tetapi memberikan pilihan kepada Khalifah terhadap nasib sibyah antara diperhambakan atau dibebaskan dan tidak ada tebusan atas mereka. Namun begitu perlu diingat bahawa hukum ini hanya akan berlaku apabila wanita dan kanak-kanak tersebut ikut ke medan perang. Namun, apabila mereka tetap tinggal di rumah mereka, maka mereka tidak boleh dijadikan sebagai sibyah. Keputusan Khalifah dalam masalah perhambaan sibyah ini hendaklah berjalan sesuai dengan polisi perang (yang diadopsi) oleh Khalifah berkenaan pengambilan tindakan ke atas musuh. Objektif di sini bukanlah untuk menggalakkan perhambaan, tetapi hanya menunjukkan bahawa ia adalah salah satu polisi perang yang keputusannya terletak di tangan Khalifah, sebagai Ketua Negara.


Beberapa Hukum Tentang Perhambaan


Sejarah telah mencatatkan bahawa orang-orang kafir Barat melayan hamba dengan amat buruk. Golongan hamba ditindas dan diekploitasi sehabisnya oleh mereka. Mereka dilayan umpama binatang. Perlakuan buruk dan keji mereka terhadap hamba telah menyebabkan dunia menganggap perhambaan sebagai suatu bentuk kekejaman. Oleh itu, apabila mereka menghapuskan sistem perhambaan, maka langkah ini telah mendapat sambutan yang baik. Dalam masa yang sama, apabila mereka mengetahui bahawa perhambaan juga wujud di dalam Islam, maka mereka terus menyerang Islam sebagai satu agama yang kejam, tidak bertamadun, lapuk dan sebagainya. Sikap defensif dan ceteknya kefahaman umat Islam tentang hukum perhambaan telah memburukkan lagi keadaan. Walhal, jika kita menelusuri sejarah dan hukum-hakam Islam, Allah Subhanahu wa Ta’ala telah meletakkan kedudukan hamba jauh dari segala kehinaan, kekejaman atau eksploitasi. Berikut ini dipaparkan beberapa hukum Islam yang mulia tentang perhambaan:-


1. Islam memerintahkan agar hamba dilayan dengan segala hak dan pertimbangan mereka sebagai seorang ‘manusia’ sebagaimana orang merdeka dan dengan penuh kebaikan dan tinggal bersamanya dengan penuh kesejahteraan. Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa Sallam mengingatkan,


“Bertakwalah kamu kepada Allah terhadap hamba-hambamu. Mereka itu adalah sahabatmu, yang telah Allah letakkan di bawah kuasamu. Justeru, berilah mereka makan sebagaimana kamu makan, dan berilah mereka pakaian sebagaimana kamu pakai, dan janganlah kamu bebani mereka dengan beban yang memberatkan mereka. Sekiranya kamu membebani mereka, maka bantulah mereka.”
[HR Muslim].

Di dalam riwayat (Muslim) yang lain daripada Abu Hurairah,


“Janganlah sekali-kali seorang pun daripada kamu memanggil (hambanya dengan panggilan) ‘Wahai hamba lelakiku’ dan ‘Wahai hamba perempuanku’. Kerana kamu semuanya adalah hamba lelaki Allah, sedangkan isteri-isteri kamu adalah hamba-hamba perempuan Allah. Tetapi panggilah (dengan panggilan) ‘ghulam’, ‘jariyah’, ‘fata’ dan ‘fatati.’ (pemuda atau pemudi)”.


Islam juga telah mengangkat kedudukan seseorang hamba dan menempatkannya sejajar dengan orang merdeka. Ini adalah kerana darahnya dipelihara (sama dengan orang merdeka), yang apabila ia dibunuh (oleh orang merdeka), orang merdeka tersebut akan dibunuh balas. Firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,


“
Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu hukum qishas berkenaan dengan orang-orang yang dibunuh” [TMQ Al-Baqarah (2):178]. Rasulullah bersabda, “Barangsiapa yang membunuh hambanya, maka kami pasti akan membunuhnya.” [HR Ahmad].

2. Islam sangat menggalakkan pembebasan hamba. Bahkan, memerdekakan hamba itu akan membantu orang lain untuk mensyukuri nikmat Allah dan membantunya ketika berada di dalam kesusahan. Allah berfirman,


“
Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki lagi sukar. Tahukah kamu, apakah jalan yang mendaki lagi sukar itu? Iaitu membebaskan hamba dari perhambaannya.” [TMQ Al-Balad (90):11-13].

Sabda Rasul yang bermaksud, “


Sesiapa sahaja yang memerdekakan seorang Islam, maka Allah akan menyelamatkan anggota tubuhnya daripada api neraka.
” [HR Bukhari].

3. Islam juga mempunyai hukum-hakam praktikal berhubung pembebasan hamba. Contohnya, bagi kesalahan-kesalahan seperti menzihar isteri (menyerupakan isteri dengan ibunya), membunuh orang Islam kerana tersalah, melanggar sumpah [lihat TMQ 58:3, 4:92, 5:89], dan menyetubuhi isteri pada siang hari di bulan Ramadhan, kesemuanya harus ditebus dengan memerdekakan hamba. Hanya apabila seseorang itu tidak mampu maka barulah diberi pilihan menebusnya dengan cara yang lain. Rasulullah juga menjelaskan,


“
Barangsiapa yang menampar hambanya atau memukulnya, maka kafarat (tebusan)nya adalah memerdekakannya.” [HR Muslim].

Yang dimaksudkan memukul di sini ialah pukulan yang menyakitkan (mubrih), bukannya pukulan mendidik, yang dibenarkan. Bukan setakat itu, Islam bahkan telah menjadikan seorang hamba itu boleh berusaha agar dapat memerdekakan dirinya dengan mengikat perjanjian dengan tuannya untuk bekerja. Setelah kontrak kerja dipersetujui dan dipenuhi, maka tuannya wajib memerdekakannya, sebagaimana firman Allah,


“
Dan hamba-hamba sahaya yang kamu miliki yang menginginkan perjanjian, hendaklah kamu buat perjanjian dengan mereka, jika kamu melihat ada kebaikan pada diri mereka. Dan berikanlah kepada mereka sebahagian daripada apa yang diberikan oleh Allah kepada kamu.” [TMQ An-Nur (24):33].

Ayat ini memberikan kebenaran dan kreativiti kepada hamba dan tuannya untuk sama-sama berfikir mewujudkan satu akad kerja sebagai pembebasan bagi hamba tersebut.


4. Bukan setakat galakan untuk membebaskan hamba dan kontrak kerja untuk pembebasan, Islam juga memperuntukkan wang yang khas di dalam Baitul Mal untuk memerdekakan hamba. Wang ini berupa salah satu dari lapan asnaf zakat yang diperuntukkan khas untuk pembebasan mereka [lihat TMQ At-Taubah (9):60]. Al-Quran tidak menjelaskan berapa banyakkah jumlah peruntukannya yang bermaksud bahawa hak ini diberikan kepada Khalifah untuk memutuskannya mengikut pendapatnya, demi kemaslahatan kaum Muslimin.


Khatimah


Wahai pemimpin kaum Muslimin! Kalian semua adalah hamba kepada Allah Azza wa Jalla. Sebagai seorang hamba, kalian wajib mematuhi segala perintah dan laranganNya. Kalian langsung tidak berhak untuk mengingkariNya. Apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu urusan, maka kalian tidak lagi mempunyai pilihan kecuali mendengar dan taat. Kenapakah kalian sanggup menggubal undang-undang sendiri dengan membelakangi undang-undang Allah dan Rasul? Sudah berapa banyak undang-undang yang digubal oleh kalian dengan tangan-tangan kalian tanpa kalian menghiraukan hukum Allah. Adakah kalian merasa yang kalian lebih bijak dari Allah sehingga hukum Allah kalian campakkan? Adakah kalian merasakan yang kalian akan terus kekal berkuasa dan boleh melakukan apa sahaja? Kenapakah kalian sanggup menjadi hamba kepada sistem kufur yang berasal dari penjajah dan kalian sanggup memilih untuk memperhambakan diri kepada taghut? Walhal yang diperintahkan kepada kalian adalah untuk memperhambakan diri kepada Allah dan mengkufuri taghut. Yang wajib kalian lakukan adalah membuang segala undang-undang kufur yang ada dan menggantikannya dengan undang-undang Allah. Sebaliknya kalian mencipta undang-undang sendiri dan melupakan Allah. Ingatlah! Bahawa Allah Maha Berkuasa dan Maha Membalas akan segala perbuatan kalian. Oleh itu, bertakwalah kalian kepada Allah, wahai mereka yang memegang kekuasaan!
 
Best Blogger Tips

MENGAPA ADA PERHAMBAAN DALAM ISLAM?


          Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam membernarkan perhambaan sesama insan? Tuduhan negatif dilempar kepada baginda Rasul seolah-olah baginda adalah broker hamba abdi yang terkenal. Saya pasti persoalan ini turut membelenggu pembaca-pembaca sekalian. Adalah sesuatu yang menyedihkan pula jika pendakwah Islam gagal memuaskan hati para madu'nya sehingga ada yang menerbitkan fitnah pula pada sistem syariah Islam dengan hujah dan jidal yang dangkal. Di dalam surah Al Hijr,  Allah menyelar golongan yang suka berjidal (berhujah dan berdebat) tanpa ilmu dan bayyinah (Al Quran dan dalil). Jadi marilah kita lihat perbahasan ini.
    Setelah saya meneliti Tafsir Al Azhar (Prof. Hamka) serta beberapa kitab fiqh lainnya,saya mendapat jawapan yang cukup memuaskan hati. Ilmu-ilmu terdapat  terlalu banyak di dalam khazanah kitab-kitab Islam. namun pencairan ilmu tidak berlaku sehingga ramai yang terkeliru dengan isu-isu Islam yang mudah. Tujuan penulisan ini adalah suatu usaha mencairkan ilmu agar dipermudahkan bagi yang ingin mendapatkan info ringkas tentang isu hamba dan Islam.

Mengapa Islam membenarkan perhambaan?

               Pada zaman dahulu, sistem perluasan kuasa adalah melalui peperangan dan mata pedang. Telah menjadi tradisi dan adat semua masyarakat tidak mengira barat atau timur, peperangan adalah method untuk perluasan kuasa dan tamadun. Jadi lantaran itulah Islam juga menyarankan peperangan untuk membuka wilayah dan menyebar sisitem pentadbiran Islam yang syumul kepada masyarakat sekitarnya.

    Pada setiap kali peperangan, ramai kaum lelaki akan mati. Wanita dan kanak-kanak tidak dibenarkan bunuh oleh Islam berlainan dengan agama lain. Islam membenarkan ghanimah dalam bentuk manusia iaitu menawan dan menyimpan hamba2 untuk dijaga dengan baik dan bukannya diabdikan seperti haiwan. Prof Hamka berpendapat, adalah suatu maslahah besar melindungi para wanita janda ini yang pada waktu itu kelihatan hina dan tidak bermaurah daripada tercebur ke lembah pelacuran. Maka Islam menjaga hak kewanitaan ini. Namun Islam turut meraikan pahlawan Islam yang berjuang membela agama, maka dibenarkan taraf tawanan ini menjadi hamba.

    Namun begitu, Islam menggalakkan umatnya membebaskan hamba melalui tebusan, wang atau melalui salah laku dalam agama seperti kiffarat dan dam (ibadat Haji). Islam menggalakkan penghulu berkahwin secara baik dengan wanita tersebut dan diberi mahar walaupun tidak diwajibkan.

    Mengikut Mazhab Hanafi dan Hanbali, suami isteri yang tertawan tidak akan tercerai secara automatik apabila sahaja ditawan menjadi hamba. Status hamba tidak memusnahkan hubungan perkahwinan. Tetapi jika si suami mati atau lari atau terlepas dari peperangan, maka mereka tercerai secara langsung dan dibenarkan pemilik hamba berkahwin pula dengan si hamba.

Apakah status Isteri Sahaya?

    Apabila menjadi isteri, status mereka rendah daripada isteri yang merdeka. Sebenarnya penghulu hanya diusyaratkan kahwin tidak lebih daripada 4 untuk isteri merdeka tetapi tiada had untuk isteri dikalangan hamba. Lantaran itulah kita melihat betapa ramainya Raja Abbasiyyah termasuk raja-raja melayu yang berkahwin dengan ramai gundik dan dayang-dayang yang dikenali sebagai 'Hareem'. Kesemua isteri ini sah dan melebihi 4. Tetapi anak mereka adalah bebas dan merdeka tidak seperti ibu mereka (Ummu Walad).

    Mari kita lihat satu contoh. Mengapakah Khalifah Makmun cenderung kepada fahaman Muktazilah? Bukankah bapanya Harun Ar Rasyid pemegang aqidah Ahli sunnah yang tegar?. Mari kita lihat asal usulnya. Khalifah Makmun bukannya anak Gahara atau anak daripada isteri merdeka. Kemungkinan ibunya adalah hamba daripada tawanan Parsi (yang giat dalam falsafah, syiah dan muktazilah). Lantaran itu dia agak membenci ulama' baghdad seperti Imam Ahmad Ibnu Hanbal. Berlainan dengan Mu'tasim dan Mutawakkil yang berjuang kearah ahli sunnah. Inilah faktanya!!

    Kita lihat Safiah Binti Huhai seorang hamba Rasulullah daripada tawanan Khaibar, akhirnya menjadi ummaha Mukminin. Mengapa? Kerana baginda memerdekakan Safiah sebagai maskahwin mereka dan beliau layak menjadi ibu-ibu mukminin.

    Berlainan dengan Mariah Qibtiyyah yang berasal daripada hamba Raja Muqauqis daripada Mesir. Mariah dihadiahkan oleh Muqauqis dan akhirnya Rasul berkahwin dengan Mariah. Atas budi bicara Mariah tidak mahukan maskahwin dan Rasulullah berkahwin tanpa maskahwin. Inilah hujah orientalis yang mengatakan Rasulullah tidak berkahwin dan berzina dengan Mariah. Mengapa Mariah tidak tersenarai dalam senarai ummahah Mukminin? Hal ini kerana beliau tidak merdeka dan hanya isteri dikalngan hamba. Inilah fakta yang sebenarnya.

    Pada zaman Saidina Umar Al Khattab, beliau mengharamkan penjualan semula ummu walad kerana menaikkan sedikit status hamba yang telah menjadi isteri penghulunya. Namun mereka tetap rendah daripada status isteri merdeka.

    Rasyid Redho berkata, dalam peperangan kebangsaan dan peperangan menurut perintah raja, tawanan bukan berstatus hamba seperti di zaman nabi. Uruf hari ini telah menafikan hamba seperti dahulu. Tetapi sejarah menyaksikan tawanan perang dunia kedua terlalu dahsyat kejadiannya khususnya kekejaman Jepun, Itali dan Jermen yang membinatangkan tawanan walaupun sistem hamba telah dimansukhkan. Ramai wanita dan isteri tentera Amerika yang melarat di Jepun sehabis peperangan dunia kedua. Inilah yang Islam larang.

    Rasulullah membenarkan perhambaan tawanan perang kerana semasa itu, sekiranya tawanan Islam ditangkap oleh orang Quraisy, mereka akan memperhambakan tentera Muslimin juga. Jadi ini adalah keadilan dalam Islam. Cuma Nabi bertindak mengurangkan secara perlahan-lahan sistem perhambaan ini. Jadi tidak timbul persoalan Rasulullah atau Islam adalah pengganas dan memperhambakan manusia.

    Islam amat meraikan ramai pihak. Pihak tawanan, pihak kafir, pihak tentera dan perasaan tentera Islam. Dan inilah yang ana selalu gelarkan sebgai dakwah antagonistik dalam Islam yang cukup cantik. Apabila kita mempelajari fekah dan sistem-sistem dalam Islam secara terperinci, kita akan melihat betapa Indahnya ISlam.
 
Dalam Islam,  telah lama mengharamkan perhambaan sesama makhluk. Aktiviti penjualan hamba adalah salah suatu keperluan dan kekuatan ekonomi arab jahiliyyah. Rasulullah sendiri mempunyai beberapa hamba. Hal ini berlaku kerana adat berperang sebelum Islam yang banyak menghasilkan hamba-hamba yang kehilangan hak terhadap diri mereka sendir. Di sini Islam tidak agresif menaikkan taraf mereka kerana akan mengundang perpecahan kefahaman dan  menghalang daripada penerimaan kaum-kaum arab terhadap dakwah Aqidah yang lebih utama untuk diperbaiki.Walaubagaimana pun,  Islam menghadkan hamba dengan :
1)      Dibenarkan kahwin dengan hamba untuk menaikkan taraf hamba menjadi Isteri dikalangan hamba.
2)    Dibenarkan bersetubuh dengan hamba untuk menghasilkan anak. Ummu walad (hamba tadi) dilarang dijual lagi kerana telah mempunyai anak daripada perhubungan dengan tuannya.
3)      Dibenarkan hamba memiliki harta zakat demi membebaskan diri melalui amalan katibah.
4)      Dilarang menjualkan atau mewarikan pada tuan baru, akan hamba yang mudabbar (dijanjikan merdeka oleh tuannya sebelum matinya).
5)      Dikekang syarat menawan musuh dengan syarat peperangan yang wajib menepati syarak.
6)      Menghalang pemilikan hamba dengan adanya hokum membayar dam dan kiffarat untuk ruang pembebasan hamba.

Rasulullah adalah saintis sosial yang terulung!! Beliau tidak memecahkan tradisi ekonomi sesebuah komuniti secara mendadak. Dan lihatlah juga betapa seni dan teraturnya Islam membawa masyarakat Islam menghayati maksud kebebasan sebenar iaitu hurriyyah dan Istiqlal, walaupun dalil kemerdekaan ini tiada dalam Al Quran secara lafziyyah. Inilah seninya hukum Islam

Kepada para pendakwah, jadikan nukilan ini sebagai bahan dakwah kalian. Baca dan kaji semula. Kerana saya tidak terlepas daripada kesalahan fakta. Sila betulkan secara ilmiah dan elakkan 'denial symptom' yang merugikan kalian

Muhammad Nuruddin Bashah
Balik Pulau
Pulau Pinang Best Blogger Tips

HIKMAH PELAKANAAN HUKUM SEBAT & REJAM ...KAITANNYA DENGAN SAINS



Buat penzina yang belum berkahwin.
mereka mempunyai antibody T4 Limfosit yang kuat dan masih bertenaga.
Jika sekiranya seseorang penzina itu dihinggapi HIV selepas penzinaanya,
T4 Limfositnya akan diserang oleh HIV Aids,
yang akan menyebabkan sel-sel T4 Limfositnya musnah sehingga menyebabkan mati,
dan akhirnya sel sum-sum tulangnya mengalami kelumpuhan dan fibrosis ,
dan tidak lagi dapat lagi menghasilkan sel-sel T4 yang baru.
Badan akan lemah dan Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit akan menyerang.
Pesakit jenis ini juga mempunyai kemungkinan untuk disembuhkan.

Tetapi dengan syarat ,
ia mesti didera dan badannya mesti mengalami kesakitan yang banyak,
bagi meransang penghasilanan sel-sel T4 yang baru serta mengelakkan sum-sum tulang daripada fibrosis.

Cara terbaik adalah dengan menyebat diantara bawah tengkuk dan di atas pinggang ,
di bahagian belakang dengan sebatan yang akan meransang penghasilan semula antibodi T4 yang baru,
dan pesakit tersebut boleh sembuh daripada AIDS selepas antibodi sel-sel T4 Limfositnya itu boleh menguasai HIV AIDS.

Jika sekiranya pesakit tersebut sudah berkahwin .
apabila dihinggapi virus AIDS,
sel-sel T4 mereka telah lemah berbanding dengan sel-sel T4 kepunyaan mereka yang belum berkahwin.
Kelemahan ini berpunca daripada sum-sum tulang yang mengalami sedikit hakisan,
dan kurang menghasilkan antibodi ,
kerana lebih banyak ditumpukan kearah menghasilakan benih-benih bagi tujuan menghasilkan sperma-sperma baru.

Penzina jenis ini tidak akan dapat diselamatkan daripada virus HIV AIDS,
dan rejam sehingga mati adalah merupakan penyelesaian terbaik bagi mengelakkan jangkitan,
dan penyebaran penyakit,
di samping memberikan pengajaran yang menyebabkan orang lain takut untuk melakukan kesalahan yang sama.

IMUNITI DAN HIKMAH PELAKSANAAN HUDUD

Sistem imuniti badan manusia adalah menepati sistem pentadbiran dan pertahanan sesebuah negara Islam.
Di dalam badan manusia terdapat berjuta-juta sel yang terdiri kebanyakanya daripada protein.
Begitu juga keadaanya antibodi yang terdiri 100% daripada protein.
Salah satu keistimewaan bagi haiwan vertebrata ialah keupayaan antibodinya mengenali kandungan asal badan (yang di panggil sel asal)dan benda-benda yang datang dari luar.
Tindakbalas imuniti adalah merangkumi kesemua aktiviti ,
yang pada akhirnya menghasilkan penghapusan bahan-bahan luar (foreign materials),
samaada melalui proses kecederaan atau tidak .
Tindakbalas imun adalah merangkumi dua fenomena yang asas:

1.Tindakbalas humoral (tindakan antibody)
2.Tindakbalas pembaikan sel Toleran (ketiadaan tindakbalas imun)
adalah juga salah satu daripada mekanisme tindakbalas imun yang bertindak sebagai mekanisme pertahanan yang memelihara tindakbalas imun terhadap sel sendiri.
Dalam banyak hal, mekanisme pertahanan badan (tindak balas imun) ,
adalah seolah–olah sebuah sistem pengawalan (undang-undang hudud) yang di wujudkan bagi tujuan pengawalan.
Sistem ini akan dapat mengenali antara orang asing dan penduduk tetap sebuah negeri.
Orang asing yang di anggap mengancam keselamatan akan dihapuskan dengan di hukum dan penduduk asal negeri tersebut yang baik akan di tolerankan.
Maka yang menyeleweng di kalangan penduduk asal negeri itu juga turut dihapuskan bagi tujuan keselamatan,
dan sistem sosial yang teratur itu.
Masyarakat yang tidak mempunyai undang-undang hudud yang telah di tentukan oleh Allah itu adalah seolah-olah masyarakat yang sedang dilanda AIDS dimana kesemua unsur asing budaya dan kehidupan yang boleh membahayakan manusia,
dan boleh memusnahkan kehidupan manusia dibolehkan masuk seluas-luasnya tanpa sebarang pengawasan
.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui tentang segala-gala keperluan biologis, psikologi dan mental manusia.
Adalah menjadi satu perkara yang boleh merosakan manusia apabila manusia cuba menentukan haluan mereka sendiri yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu.
Sedangkan Allah ,Tuhan yang menjadikan dan menciptakan yang paling arif dan tahu tentang keperluan-keperluan manusia
serta sistem pengawalanan yang dapat  mengawal manusia daripada terjerumus ke lembah perhambaan nafsu yang boleh memusnahkan manusia itu sendiri.

Oleh: Dr. Jamnul Azhar Hj. Mulkan.  

Best Blogger Tips

MAKSUD DISEBALIK KISAH HAMBA ABDI

Foto

SESIAPA saja yang pernah melawat Liverpool di England pasti tidak mahu terlepas peluang mengunjungi Jalan Mathew.
Apa yang ada di situ? Di sinilah terletaknya kelab hiburan bawah tanah, `The Cavern’ dan di sini jugalah dikatakan fenomena muzik dunia bermula - dengan persembahan awal oleh kumpulan The Beatles.
Kumpulan dianggotai empat anak muda dari bandar raya Liverpool ini mendendangkan jenis lagu yang tidak pernah didengar oleh anak muda seluruh dunia.

Jadi tidak hairanlah pemilik The Cavern mengekalkan nama dan suasana asal kelab berkenaan sehingga kini. Tempatnya tiga tingkat di bawah tanah, asalnya adalah ruang menyimpan minuman keras atau ‘cellar’.

Ada sebuah lagi tempat di bandar raya ini yang turut menarik perhatian pelancong dan pelawat seluruh England dan dunia. Ia adalah Muzium Hamba Abdi terletak di Albert Docks, di sebuah pelabuhan zaman lama yang kini dijadikan pusat pelancongan.

Tentu suasana di sini sibuk suatu ketika dulu dengan begitu banyak kapal perdagangan berlabuh.
Di bandar raya ini juga terdapat ramai kelasi dan anak kapal Melayu yang mendarat dan menjadikannya tempat tinggal, ramai yang berkahwin dengan gadis tempatan dan memulakan kehidupan baru mereka. Malah, ada juga Kelab Melayu di Liverpool.

Saya sempat ke bandar raya ini Mac lalu dan berpeluang melawat dua tempat terbabit yang menyimpan banyak rahsia serta sejarah tempatan dan antarabangsa.

Di pelabuhan inilah banyak kapal membawa anak muda keturunan Afrika yang diculik oleh syarikat hamba abdi Inggeris dan Amerika Syarikat (AS) untuk dijual kepada tuan punya ladang kapas di selatan AS sebagai hamba mereka. Kebanyakan mereka beragama Islam dari negara di bahagian barat Afrika.

Dalam Muzium Hamba Abdi ini dipamerkan bermacam barang yang berkaitan dengan pengalaman mereka lengkap dengan gambar dan bahan-bahan dari kapal terbabit.

Di sebuah dinding digantung gambar orang keturunan Afrika yang kini terkenal di AS dan England yang mana dikatakan cucu dan cicit hamba abdi dulu. Ramai tokoh kulit hitam dalam semua bidang yang disenaraikan dalam muzium ini termasuk jugalah Presiden AS, Barack Hussein Obama.

Tetapi itu bukan fakta benar kerana Obama bukan keturunan hamba abdi. Bapanya berasal dari Kenya pergi ke AS dalam 1960-an untuk belajar di Universiti Havard di Massachusetts, bukan diculik dan dibawa ke Liverpool sebelum diangkut ke AS untuk bekerja sebagai hamba di ladang kapas.

Namun yang begitu ketara sekali ialah tiada pula gambar penyanyi Michael Jackson yang saya rasa sudah pasti mempunyai kaitan dengan keturunan hamba abdi.

Pengamatan saya mendapati ramai pelawat tempatan keturunan orang kulit putih sendiri yang gemar melawat muzium ini. Mungkin Mereka ingin tahu sejarah hamba abdi di England dan AS.

Pelbagai perkara, pengalaman serta fakta yang dapat kita peroleh dengan mengunjungi muzium ini. Orang di England tidak pula rasa tersinggung dengan tertubuhnya Muzium Hamba Abdi, mereka yang berketurunan Afrika di England dan di AS juga tidak pula mengecam pihak yang menubuhkannya.

Malah muzium ini menjadi daya penarik penting Liverpool, sebab tanpa kisah dan peristiwa mengenai hamba abdi, sejarah bandar raya ini tidak akan lengkap.

Oleh sebab itu rakyat mereka berketurunan kulit putih dan kulit hitam tidak tersinggung dengan penceritaan mengenai sejarah kedatangan nenek moyang mereka ke England dan AS. Ia adalah fakta dan fakta tidak kejam, hanya membuka minda dan pemikiran.

Fakta seperti ini yang mewarnai sejarah negara terbabit sehingga penduduk minoriti kulit hitam dapat hidup dengan aman dan sering berasa bangga dengan sejarah hamba abdi mereka sendiri tanpa segan silu.

Pelawak AS, Bob Hope pernah berjenaka di khalayak ramai dalam sebuah rancangan hiburan yang disiar ke seluruh negara bahawa penghibur keturunan Afrika yang terkenal ketika itu, Sammy Davis ‘mempunyai lebih banyak rantai padanya berbanding dengan keturunannya’.

Davis dan penonton kulit hitam dan kulit putih lain tergelak, mereka langsung tidak tersinggung. Yang boleh tersinggung dengan lawak dan komen seperti itu adalah mereka yang menolak sejarah dan tidak mempunyai pemikiran terbuka serta takut bayang-bayang sendiri. Mereka yang mempunyai sikap perkauman tidak boleh menerima hakikat.

Tentu tidak ramai rakyat Malaysia pernah melawat Muzium Hamba Abdi di Liverpool untuk mengetahui dan memahami akan kesannya terhadap pembentukan pemikiran terbuka rakyat di England.

Apa pula pengajaran yang boleh kita di Malaysia pelajari dari muzium ini? Sanggupkah kerajaan menubuhkan sebuah muzium khas mengenai penghijrahan kaum Cina dan India ke negara ini supaya umum tahu bagaimana sejarah asal usul mereka yang terpaksa meninggalkan kampung halaman.

Jika tidak, saya akan menerbitkan hasil karya penulisan dalam bahasa Inggeris berjodol `The Sinkek' atau 'Pendatang Baru' mengenai kisah seorang pemuda Cina dari selatan negara itu yang berhijrah ke Melaka dan diselamatkan orang kampung di Jasin pada 1873. Karya ini ilham sejarah keturunan saya yang juga berasal dari China. Best Blogger Tips

Memahami Realiti Semasa – Perhambaan Zaman Moden

Apabila kita melihat situasi semasa, antara perkara yang akan kita sedar, adalah kehilangan nilai wang di dalam poket kita.
Dari sehari ke sehari, pekerjaan yang kita perlu lakukan, terlalu banyak, tetapi gaji yang diberikan seolah-olah tidak mencukupi.
Duit kereta, rumah, bil air, telefon, elektrik, barangan rumah , minyak kereta, tambang bas, yuran sekolah anak, nak simpan untuk kahwin, hantaran…… senarainya tidak habis.
Yang mana, setiap satunya menyebabkan kantung perbendaharaan keluarga kita, sentiasa keluar.
Dan dari sehari ke sehari, harga barangan meningkat, tetapi gaji takat tu sahaja, jika ada peningkatan, ianya tidak berbaloi dengan harga yang kian melambung.
Di sini, saya ingin agar kita merenung sejenak, ke manakah hala tuju kita dalam kehidupan ini?
Apakah kerja kita hanya untuk menghabiskan bayar hutang dan menambah hutang sahaja?
Apabila berhutang, bukan sebulan dua boleh dilangsaikan, tetapi boleh jadi, 25 tahun!
—————————————————–
Saya, pada waktu tertentu, sangat suka mempelajari sejarah.
Ya, SEJARAH.
Semua jenis sejarah, asalkan ada kaitan dengan perjalanan sesuatu bangsa, benda atau apa sahaja, yang ada kaitan dengan masa, saya akan cuba membacanya.
Dan dari sejarah, saya mempelajari satu isi penting yang terkandung dari sejarah, yang mana dari kepelbagaian sejarah yang saya baca, ada satu titik penting yang membuka ruang kepada penyelesaian masalah yang ada hari ini, in sya allah.
Penjajah hadir pada negara kita, diceritakan secara terperinci, oleh buku-buku sejarah pendidikan negara kita, ada dua perkara yang perlu dihighlightkan kesan dari penjajahan yang tidak diceritakan oleh buku-buku pendidikan negara.
1 – Penjajah tidak akan keluar dari negara kita, selagimana mereka tidak berjaya membuatkan mereka yang akan mewarisi penjajahan mereka itu mengambil hukum atau undang-undang dari barat, berasaskan sekular, pengasingan agama dari pemerintahan.
Ini telahpun diguna pakai oleh semua negara yang pernah menjadi mangsa penjajahan. Sistem perundangan islam memang tidak akan dikembalikan kerana ianya memberikan kesan besar kepada sebab kedua kesan penjajahan.
2 – Mereka tidak akan keluar melainkan negara yang akan diberikan kemerdekaan itu mengguna pakai sistem duit kertas bukan sistem duit yang berasaskan emas dan perak.
Sisi kedua inilah yang menyebabkan sistem exploitasi dari negara-negara bekas penjajahan ini boleh terus diperkudakan bagi menjana kekayaan negara-negara penjajah dahulu.
Apabila kita melihat situasi negara dunia sekarang, majoriti negara-negara yang pernah dijajah, nilai matawang kertas mereka jauh lebih rendah berbanding duit negara penjajah, dengan kata lain, negara-negara barat.
Ini membolehkan mereka membayar sesuatu barangan pada harga berkali ganda lebih murah berbanding nilai sebenar jerih perit kepayahan seseorang.
Sebagai contoh, negara Indonesia, yang pada zaman sebelum krisis dahulu, nilai rupiah mereka berbanding 1 us dolar adalah sekitar 2 000 rupiah.
Tika ini, kebanyakan rakyat bawahan yang bekerja dengan kilang-kilang dari negara luar berpendapatan 10 000 rupiah satu hari atau bersamaan, 5 us dollar.
Ketika krisis menimpa negara mereka, nilai rupiah jatuh teruk.
Bagi setiap 10 000 rupiah, hanya memperoleh 1 USD.
Dengan kata lain, rakyatnya dibayar gaji semakin rendah oleh majikan-majikan mereka.
Majikan-majikan mereka dari negara-negara barat, beroleh keuntungan luar biasa di atas jerih perit kehidupan rakyat Indonesia mencari sesuap rezeki.
Ketika krisis menjelma, rakyat Indonesia menjadi miskin.
Krisis yang sama dirasai di Malaysia walau tidak seteruk di Indonesia.
Kemudian, kita ambil contoh lain bagaimana sistem pemanipulasian ini dijalankan.
Duit daun pisang zaman jepun – masih boleh guna lagikah sekarang?
Seseorang yang hidup pada sekitar 1960- 1970 , mereka rata-ratanya bergaji RM 300 sebulan.
Tika itu, harga 1 gram emas adalah sekitar RM 3 – RM 4. Dan jika kita kirakan, seseorang itu dibayar gaji 100 gram emas sebulan.
Dan kita cuba ambil contoh, pada zaman kita pada hari ini, gaji seorang guru , sekitar RM 2 000 sebulan.
Dengan harga emas sekarang, RM 145 satu gram, seseorang itu dibayar gaji hanya 13.8 gram emas sahaja sebulan.
Kalian nampak bagaimana sistem duit kertas ini memiskinkan kita?
Sistem duit kertas ini wujud bersamanya RIBA.
Dan RIBA ini , ianya menguntungkan satu pihak sahaja, manakala satu pihak lagi , mengalami kerugian.
Allah hanya menghalalkan jual beli (bisnes/trading/dagang) tetapi Allah mengharamkan riba. (rujuk surah lembu (2) ayat 275)
Pada hari ini, sistem duit kertas ini hidup bersamanya RIBA.
(kalian boleh rujuk pada artikel saya sebelum ini kaitan wang dan riba)
Sistem yang ada , ianya merompak kekayaan rakyat.
Rakyat dicengkam dengan soal ekonomi, kewangan.
Apabila seseorang itu disibukkan dengan hanya pada kewangan semata, maka perkara-perkara lain ianya tidak sempat untuk diselesaikan mahupun difikirkan.
Apabila nilai duit kertas semakin tahun semakin hilang nilai, manakala harga barangan semakin tahun semakin meningkat (dalam nilai duit kertas), maka rakyat dipaksa untuk terus bekerja dan terkadang membuat kerja lebih masa bagi menampung keperluan yang dahulunya cukup tanpa bekerja tambahan masa.
Apabila seseorang itu sudah terbelenggu dengan hutang rumah, kereta yang kebiasaannya 10-25 tahun, maka kerajaan yang ada ini dapat terus memastikan bahawa keperluan tenaga kerja mencukupi dalam tempoh tersebut, kerana rakyat tiada cara lain untuk mendapatkan duit melainkan terus bekerja.
Inilah yang disebut sebagai perhambaan !
Seseorang dibayar gaji tanpa cukup untuk keperluan dan tanggungannya.
Nabi dihantar ke dunia ini untuk membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia kepada hanya perhambaan kepada Allah semata-mata, inilah yang terkandung dalam kalimah la ilaha illallah. (tiada tuhan selain Allah)
Perhambaan zaman ini,sebahagian besar para alim kita, hampir tidak nampak, bahkan bersetuju dengan sistem yang ada, termasuk membuat bank yang diberi nama bank yang berjalan di atas prinsip riba yang diberi nama islam, yang lebih menekan dari bank konvesional.
Apakah tidak jelas lagi surah al-a’raf ayat 85 , antara sebab Allah membinasakan kaum Madyan yang sesuka hati menghilangkan nilai barangan manusia?
Seseorang yang masalah kewangan atau ekonomi keluarga atau ahli tanggungannya tidak dapat dijamin, maka hal ehwal lain akan tidak dapat ditumpukan.
Kerana itulah, apabila disebut perkataan dakwah, kita hampir tidak biasa dengannya, kerana kita akan mendengar perkataan ”sibuk”.
Sikap kemesraan sesama jiran, mengambil berat dan pelbagai lagi sikap  yang kini masih boleh dikekalkan oleh masyarakat luar bandar yang tidak banyak terkesan dengan sistem yang ada walau masih ada lagi di kalangan masyarakat bandar yang mempunyai nilai-nilai sedemikian, tetapi kurang.
Sekiranya kita mahu kembali kepada ”kebebasan” dari perhambaan sesama manusia kepada menjadi hamba hanya kepada Allah, kita perlu cuba larikan diri kita dari sistem RIBA yang ada pada hari ini.
Nabi pernah menyebut, akan tiba satu zaman, dimana semua orang akan berurusan dengan riba, walaupun hanya debu-debu riba.
Jika kita benar-benar mahu kembali kepada Allah, cubalah mencari komuniti yang mahu membentuk sistem dinar dan dirham, duit berasaskan emas dan perak serta makanan ruji.
Sistem barter yang kita pernah dididik bahwa ianya zaman kuno, tetapi sistem itulah yang membebaskan kita dari belenggu perhambaan zaman ini.
Jika merasakan sukar untuk tahu sistem ini, dua perkara rakyat perlu hapuskan bagi memudahkan perlaksanaan ini.
1 – Kerajaan Umno dan Barisan Nasional pada hari ini kerana merekalah yang memerintah selama ini.
2 – Menghapuskan Bank Negara dan orang-orang yang mendokong sistem bank negara.
Best Blogger Tips

Monday, June 20, 2011

Kuala Terengganu Selepas Dilanda Ribut Taufan

Kuala Terengganu – Hampir 150 buah rumah di 13 buah kampung dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Teluk Pasu, Manir, mengalami kerosakan akibat dilanda ribut malam tadi.

Gambar: SEBUAH kereta Perodua Kelisa di timpa sebatang pokok di Pantai Batu Buruk akibat dilanda ribut kuat. Foto: Aswadi Alias (19/06/2011)

Wakil rakyatnya, Datuk Rahin Mohd Said berkata, bilangan rumah yang terbabit dalam kejadian pukul 9 malam itu mungkin meningkat kerana bancian belum diselesaikan.

Katanya, ribut berserta hujan lebat itu telah menyebabkan banyak rumah mengalami kerosakan bumbung serta banyak pokok tumbang dan menghempap bumbung rumah, kereta dan kabel elektrik di sepanjang jalan.

"Ribut ini antara yang terburuk dalam sejarah di kawasan ini,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah mangsa ribut di beberapa buah kampung hari ini.

Rahin, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, berkata, Kampung Kebur Air merupakan yang paling buruk apabila lebih 30 buah rumah mengalami kerosakan.

Katanya, kerajaan negeri akan memberi bantuan awal seperti atap dan peralatan bagi membolehkan rumah mangsa dibaiki. – Bernama





kredit malaysia kini Best Blogger Tips

Cara mengubati sawan




Assalamualaikum semua....

Hari tu (dah lama) aku ada la dengar pertanyaan seorang penonton kat Tanyalah Ustaz bagaimana caranya nak merawat sawan.

Sebelum tu jom kita amek taw dulu apa sebenarnya sawan.

Sawan adalah keadaan di mana berlakunya renjatan elektrik di otak di luar kawal yang mengakibatkan:
Sindrom perubatan untuk sawan yang berulang-ulang tanpa diberangsangkan dipanggil epilepsi, bagaimanapun sawan boleh berlaku pada mereka yang tidak mempunyai epilepsi.(wikipedia)

Sawan ni selalu berlaku dikalangan kanak-kanak terutama ketika mereka demam. Walaubagaimana pun, terdapat kes dimana orang dewasa turut menghidapi sawan. Yang aku selalu dengar orang cakap sawan babi.

Kalau kerap kena sawan memang mendatangkan kesan negatif seperti kecederaan fizikal disebabkan pergerakan yang tidak terkawal semasa sawan, kerosakan kepada otak kerana serangan yang kerap atau berpanjangan, tergigit lidah sendiri dan boleh membawa maut. 

Kalau orang dewasa nak memandu pun tak digalakkan kerana dikhuatiri terkena sawan ketika memandu yang boleh menyebabkan kemalangan pula.

Berbalik kepada penerangan ustaz terbabit mengenai cara mengubati sawan. Menurut ustaz,  ketika seseorang diserang sawan, di ubun-ubunnya akan kelihatan sehelai rambut yang berpintal (macam spring) jika dibanding dengan rambut lain.

Cabutlah rambut tersebut dari ubun-ubun pesakit sambil membaca 'Bismillahimasyaallah'.

Insyaallah jika diamalkan setiap kali terkena sawan, kekerapan penyakit tersebut berulang akan semakin berkurangan. Kalu tiap-tiap hari kena akan berkurang kepada seminggu sekali, sebulan sekali,setahun sekali dan akan sembuh sepenuhnya jika diizinkan Allah. Dan insyaallah ianya tidak akan diwarisi oleh keturunan.

**kalau ada sedara mara atau sape2 je terkena penyakit ni, kongsikanlah ilmu  ini. Best Blogger Tips

Hikmah di sebalik Sujud




Apabila kita sujud pada Illahi terutama semasa mengerjakan solat, ini bermakna kita telah meletakkan Allah di tempatnya selaku tuhan kita dan bermakna benarlah kita sebagai hambanya yang taat melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang di larang. Oleh sebab kasih sayang Allah kepada hambanya sebanyak 99 kali kasih sayang ibu kandung kita maka ia memberikan beberapa hikmah sujud antaranya;

Melegakan sistem pernafasan (rilieved congestion for breathing).
Mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya.
Bernafas ketika sujud akan :

Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.
Membetulkan pundi peranakan yang jatuh (prolapsed uterus/fallen band womb)
Melegakan sakit hernia.
Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.
Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan ( high parts of the lungs )
Mengurangkan kesakitan pada pesakit APPENDIKS @ SPLEEN(limpa)
Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.
Meringankan bahagian PELVIS.
Memberi dorongan untuk mudah tidur
Mengerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud dan bangun darinya.
Gerakan otot-otot itu menjadikannya (otot) lebih kuat dan elastik,secara otomatik memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik (smooth blood circulation).
Bagi wanita, gerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar dari sakit buah dada.
Mengurangkan kegemukkan (obesity).
Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal serta terhindar dari sakit bergelombang perut(convulsions).
Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.
Mengelakkan pendarahan otak jika kita tiba-tiba menerima tekanan darah ke otak secara kuat dan mengejut terhindarlah penyakit seperti APOPLEXIA RUPTURE OF BLOOD VESSELS DAN ARTEIOSECLEROSIS OF CEREBRUM.
Kesan psikologi adalah dengan merasa rendah diri di hadapan Pencipta, sifat sombong, riak, takabbur dapat dikikis.
Wallahualam.
Best Blogger Tips

Sunday, June 19, 2011

Apa Yang Terjadi Pada Malam Kejatuhan Melaka ? KISAH BENAR


Misteri : Ape yang Sebenar Terjadi pada Malam Kejatuhan Melaka??

1/3 sejarah melayu ditulis pada zaman kesultana melaka, 1/3 lagi masa di Johor lama and 1/3 lagi mase zaman Tun Seri Lanang.. 100 tahun selepas kejatuhan Melaka.

ada 3 rekod yg diketahui mengisahkan kejatuhan melaka:

1. Official rekod dari portuguese : Jatuh lepas berperang 15 hari 14 malam
2. Sejarah Melayu : Jatuh lepas berperang 3 hari and 2 malam
3. *Unknown chronicler : Jatuh lepas beperang 3 hari and 2 malam (similar dgn sejarah melayu)

*dikesan di library portugal, ditulis pada 1518, 7 tahun lepas kejatuhan melaka.. mungkin ditulis oleh askar portugis.. and translation dia oleh Royal Asiatic Society tahun 1902, reprinted 1911.:





Page ni plak mengisahkan.. kapal portugis cuba mendarat.. tapi.. tak boleh sebab askar melayu pakai meriam/senapang..

last2 dAlbuquerque berjaya mendarat > orang melayu mengamuk >Raja Alaudin charging dia punya gajah > 60 orang portugis mati >defense melayu bocor > portugis mara ke Masjid dipuncak bukit (St. Paul Church sekarang adalah bekas masjid) dan Istana raja Melaka >orang2 Melayu serang balik > portugis berundur ke kapal mereka, and banyak mati (Hari Pertama)

(Hari Kedua) Portugis mendarat semula, tetapi dihalang 700 askar Melayu dibawah Raja Alaudin,.. ramai Portugis mati > tapi askar Melayu berundur ke tapak2 kedai yg terbakar dikota melaka > Raja Alaudin menyerang lagi > Kemudian berundur semula

Laksamana Hang Nadim menyerang melalui sungai dari arah belakang tentera portugis > and portugis berundur semula ke kapal mereka

(Hari ketiga) ni yang pelik sikit ni



Portugis mendarat lagi skali... tapi pelik.. semua tentera sultan tiada..

now.. lihat catatan2 ni:

- portugis gagal mendarat, and gagal secure holding position.. semua retreat balik pegi kapal mereka
- portugis berjaya membakar masjid dan istana.. tapi gagal mendudukinya
- portugis hanya berjaya maju dikawasan bandar dan perlabuhan melaka.. tidak sampai ke bukit cina
- askar melayu menang perang.. tapi mereka berundur??????

kenapa??? ape yang sebenarnya terjadi pada malam itu?? Best Blogger Tips

Syiah Mencabar Islam

Dipos oleh Syed Azharul Asriq



1. Mencabar Al-Quran

Kalam Allah iaitu Al-Quran Al-Karim dicabar oleh “mushaf Fatimah”, atau “Mushaf Imam Ali’, “al-Jami’ah”, atau “Sahifah al-Namus”, atau “Sahifah al-Abithah”, atau “Sahifah al-Dzuabah al-Saif” atau “al-Sahifah al-Kamilah” atau “al-Jufr” oleh Syiah yang akan dibawa oleh Imam Mahdi (sebenarnya Messiah Dajjal) mereka. Begitu juga umum mengetahui lebih 2000 riwayat daripada agama Syiah yang mendakwa Al-Quran sekarang adalah palsu direka-reka oleh para sahabat nabi.

2. Mencabar Nabi Allah

Para Nabi Allah yang diutuskan oleh Allah disaingi oleh Syiah dengan menghadirkan ciri-ciri khusus kepada para imam mereka berdasarkan riwayat-riwayat dusta dari pendusta Yahudi dan Nasrani seperti – sifat maksum, menerima wahyu, dan darjat Imam yang melebihi para Nabi Allah berketurunan Bani Israil, dan dakwaan mereka menyatakan para Nabi Allah tidak mampu mencapai darjat Imam mereka. Ia termasuklah kenyataan Syiah menyatakan Fatimah pun menerima wahyu dan Jibrail tersilap menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad yang sepatutnya dihantar kepada Ali.

3. Mencabar Baitullah

Baitullah al-Haram - Ka’bah di Tanah Suci Makkah, dicabar oleh Ka’bah Syiah di Najaf. Sebelum kelahiran Islam, Raja Abrahah di Yaman membina sebuah ka’bah palsu kerana kedengkiannya terhadap Baitullah di tanah suci Makkah dianggap musuh Allah serta kufur dan kisahnya masyhur sehingga dirakam dalam Al-Quran (surah al-Fil) sebagai pengajaran umat kemudian. Kejahatan dan kekufuran Abrahah tidak padam setakat men’duplicate’ Ka’bah tetapi menyerang kota suci yang mulia dengan tentera bergajah dan kisahnya sering disebut-sebut dalam penceramah maulid al-rasul di Malaysia saban tahun. Justeru apakah tidak layak untuk kita menyamakannya dengan kejahatan dan kekufuran syiah yang juga bukan sahaja turut men’duplicate’ Ka’bah di Najaf tetapi bahkan turut menyerang Ka’bah membunuh ribuan para jemaah haji dan kaum Syiah Qaramitah juga telah merampas Hajar al-Aswad dibawa ke Najaf selama bertahun-tahun. Hakikatnya Rumah Allah di Makkah dan Madinah bukan terselamat sebenarnya kerana ia akan diancam oleh Mahdi Syiah (Dajjal) yang bakal muncul nanti seperti yang dijelaskan oleh hadis-hadis Syiah.

4. Mencabar Tiga Tanah Suci Islam

Keutamaan Tanah Suci Aqsa, Makkah, Madinah oleh Islam melalui Kalam Allah dan Rasul-Nya dicabar oleh tanah-tanah yang lebih suci bagi kaum Syiah - Karbala’, di Iraq atau kini kota suci Qom dan Mashad di Iran yang disucikan oleh perawi-perawi pembohong Syiah yang bearasal dari Yahudi. Padahal tanah-tanah suci ini juga merupakan tempat kelahiran imam-imam Syiah sendiri. Betapa banyak hadis syiah yang mengutamakan tanah Karbala’ tempat terbunuhnya al-Husein sehingga batu-batu Karbala’ menyertai solat mereka. Lihat pula bagaimana orang-orang berasal dari keturunan parsi yang menyembah api boleh menganggap bekas tanah berpijaknya raja Kisra yang enggan menerima Islam bila diutuskan surat kepadanya, iaitu Qom dan Mashad sebagai tanah suci bagi agama Syiah. Tidakkah ia membuktikan manusia pengkhianat kaum syiah sebenarnya sentiasa menyaingi perkara berkaitan bumi Bakkah yang sungguh mulia di sisi Allah itu?

5. Mencabar Zakat
Zakat vs Khumus. Khumus iaitu mengeluarkan seperlima harta kepada Imam Mahdi yang ghaib muncul ketika era keghaiban kecil ‘Mahdi’ bersama munculnya kitab-kitab Syiah yang empat iaitu, Usul al-Kafi, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man La Yahduruh al-Faqih. Ketika itu lebih dari dua puluh orang mujtahid dan sayyid mengaku sebagai wakil imam ghaib dengan berkata : Kami secara lansgung mendapat ilham dari imam yang ghaib”. Membolehkan mereka untuk mengambil seperlima dari harta hasil usahan pengikut mereka – Syiah sebagai ufti. Khomeini memfatwakan harta itu bukan sahaja terhad kepada Imam dan keturunan Ahli Bait bahkan diperuntukkan kepada kira-kira 100 mujtahid agama Syiah bagi mengagihkan harta-harta Syiah yang menimbun sejak zaman Imam Ghaib yang tak terkira jumlahnya. Ulama’ Syiah telah mendahulukan khumus untuk kepentingan diri mereka berbanding ibadat zakat yang berkat yang tidak pernah difardhukan dalam agama Syiah.

6. Mencabar Kitab Hadis Yang Sahih
http://www.iqra.org/mmIQRA/Images/797403_100.jpg
Sahih al-Bukhari disaingi oleh Usul min al-Kafi karangan al-Kulaini yang dianggap oleh syiah lebih sahih. Hadis-hadis al-Bukhari dan Muslim yang ditapis menerusi disiplin yang ketat ilmu dirayah dan ilmu riwayah mencapai kedudukan kedua paling sahih selepas Al-Quran disaingi oleh hadis-hadis al-Kulaini yang mana disahihkan oleh ulama’-ulama’ silam Syiah tanpa soal dan penerimaan secara mentah tanpa menggunakan apa-apa disiplin ilmu pun bagi membahaskan status sekian banyak jumlah perawi-perawi dalam kitab berkenaan. Hakikat yang jelas para perawi itu berasal dari agama Yahudi dan Nasrani yang dikecam dilaknat oleh para imam Syiah sendiri. Bila mana hakikat ini jelas dengan nyata, muncullah ulama’-ulama’ moden Syiah menapis dan mengkritik Usul al-Kafi secara bertaqiyyah bila berhadapan dengan ulama’-ulama’ Sunnah tetapi disebaliknya mereka menerima dan mengamal hadis-hadis mereka tanpa taqiyyah.

7. Mencabar Hari Perayaan Umat Islam

Dua Hari Raya Besar Islam iaitu ‘Iid al-Fitri’ dan ‘Iid al-Adha’ merupakan hari kemenangan umat Islam hadir bagi menggantikan Hari Nairuz (Nawrooz) dan Hari Mahrajan, dua perayaan kaum Parsi yang telah menyelinap dalam amalan jahiliyyah Arab. Tetapi lihatlah di Iran hari ini betapa Hari Nawrooz ini menjadi hari ulang tahun Iran dan Hari Mehrajan diraikan bagi menghidupkan apa yang telah dihapuskan oleh Allah kepada umat Islam. Di samping perayaan-perayaan berunsur Parsi yang lainnya seperti meraikan Hari Baba Shuja’ (Abu Lu’luah) – meraikan kemenangan Parsi bagi meraikan terbunuhnya khalifah Umar ditangan Abu Lu’luah, Hari Ghadir, Maulid Fatimah,Pesta Api atau Chahar Shanbeh Soori dan pelbagai hari-hari besar kalendar Parsi yang pernah disebutkan oleh abunajmi dalam artikel beliau sebelum ini.

8. Mencabar Azan Asal Umat Islam

Azan umat Islam yang disyariat secara tauqifi dan dilaungkan di tanah Makkah dan Madinah serta seluruh dunia sejak zaman Nabi disaingi oleh Azan Syiah yang nyata berbeza sama sekali.

Azan Syiah ada tambahan ayat berikut:
* "Ashhadu ana Ali waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah")
* "Ashhadu ana Ali hujjatullah"




9. Mencabar Konsep Imam Mahdi

Kepercayaan terhadap konsep Imam Mahdi di kalangan Sunnah yang diyakini sebagai khalifah biasa tanpa memiliki apa-apa kelebihan disaingi oleh Mahdi Syiah yang memiliki mukjizat dan ciri-ciri yang sungguh ‘istimewa’ dengan pembalasan dendam bagi menghapuskan umat Islam. Mahdi Syiah ini bukanlah rahsia di kalangan Syiah sebagai Messiah Dajjal berdasarkan keterangan hadis-hadis syiah sendiri.

10. Mencabar Nikah Halal

Nikah secara islam dicabar oleh Nikah Mut’ah Syiah. Mut’ah pernikahan jahiliyah yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w semasa perang khaibar berdasarkan keterangan hadis Syiah sendiri yang berbunyi. Menurut riwayat mereka, Amir al-Mu’minin berkata : “Pada hari khaibar Rasulullah s.a.w telah mengharamkan keldai peliharaan dan nikah mut’ah”. [Lihat Furu’ al-Kafi, jil.2, m.s : 48, Tahzib al-Ahkam jil.2, m.s 186, al-Istibsar, jil.3, m.s 142, Bihar al-Anwar, jl.100, m.s : 318 dan Wasa’il al-Shiah jil.14, m.s 441.] Nikah mut’ah dihidupkan semula oleh Syiah malah menjadi usul agama mereka [Lihat, jil.3 m.s : 366 dan Tafsir Manhaj al-Sadiqin, jil.2, m.s : 495]. Ia dihalalkan tanpa had jumlah wanita walaupun dengan hanya sekali tidur dengan kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan dengan tujuan-tujuan tertentu seperti ; bagi mendapat ganjaran mengunjungi Ka’bah (mengerjakan Haji) sebanyak 70 kali. Untuk memadamkan kemarahan Allah dan mendapat keampunan Allah dari dosa-dosa yang dilakukan serta akan berdampingan dengan Nabi disyurga kelak [ Lihat : Man La Yahduruh al-Faqih, jil.3, m.s : 366 ].

11. Mencabar Ayat Al-Quran Mengenai Perkahwinan

Paling sadis ialah fatwa Khomeini yang berbunyi : “Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih disusui dengan pelukan, himpit keduan peha dengan kemaluan dan ciuman”. [Lihat tahrir al-Wasilah, jil.2, m.s : 241]. Mut’ah dihidupkan bagi melampias nafsu buas para ulama’ Syiah terhadap wanita dan menentang ayat Allah yang mensyariatkan hanya empat isteri sahaja diperbolehkan untuk dinikahi, “…Nikahilah seorang wanita, atau dua orang, atau tiga orang atau empat orang. Jika kamu bimbang tidak berlaku adil maka hendaklah kamu nikah dengan seorang isteri sahaja..” [Surah al-Nisa’, ayat 3 ]. Justeru kehadiran Syiah ini sememangnya untuk meramaikan jumlah anak-anak luar nikah dan mencemarkan imej islam di atas nama zina yang halal. Anak-anak luar nikah merupakan salah satu kelompok pengikut Dajjal yang paling ramai.

12. Membuat Perayaan Syiah Sendiri

Husainiyyat pada 10 Muharram – Hari Raya Karbala’ yang disadurkan dari penyesalan kaum Yahudi diatas dosa-dosa mereka. Amalan ini diwarisi dari amalan kaum syiah Kufah yang terkenal dalam sejarah sebagai kelompok ‘al-Tawwabun’ yang bertindak mengutus surat kepada Husein bin Ali bagi membunuhnya dengan bertindak menjemputnya dengan alasan ingin membai’ahnya sebagai pemimpin di Kufah. Ia membuktikan sebenarnya Syiah telah melakukan perbuatan yang sama seperti Yahudi membunuh orang-orang salih termasuk nabi-nabi mereka. Bezanya syiah membunuh orang-orang salaf al-salih seperti Umar al-Khatab, khalifah Uthman, Ali bin Abi Talib serta kedua cucu Rasulullah s.a.w ; Hasan dan Husein bin Ali r.a dengan bertindak menyelinap dengan nama kelompok khawarij dan penentang Husein. Apa yang pasti dengan imej memukul pedang bada badan diri sedniri, menyiksa dan bersikap kejam terhadap anak-anak sendiri ini telah mencemarkan nama Islam sebagai sebuah agama yang bersifat perikemanusiaan menghormati diri sendiri serta agama yang waras. Di Malaysia penganut Syiah menyambut dengan taqiyyah disebalik memasak bubur Ashura’ dan menepuk dada mereka kerana jumlah mereka masih belum ramai lagi. Saat taqiyyah akan berkubur bila mana jumlah mereka menjadi majoriti. Contoh Husainiyyat. Best Blogger Tips

Wanita terlalu lemah!

Maaf jika ada kaum wanita yang mungkin tersinggung atau akan sedikit terasa dengan apa yang bro tuliskan ini. Tapi what else is new? As for all of you knows that, Bro selalu menulis secara terus-terang dan direct from my own experience. Like it or not, it’s Reality Check!! :cool:
1st of all…tarik nafas dulu ya akak-akak…adik-adik, bawak bertenang, idok pun sesabor sikit! Teman bukan nak mengate…Cuma teman dah terlalu kesian melihat pompuan teraniaya! Ramai bebenor dipermainkan! Hehe… :P
Mengapa wanita hari ini terlalu lemah? Mudah terpedaya sehingga berkorban apa sahaja demi lelaki yang baru dikenalinya. Hanya kerana cinta yang didamba, hanya kerana sayang, maka ku serah jiwa dan raga…mengapa???
Bukan nak menyalahkan kaum wanita, tetapi itulah hakikatnya. Seolah-olah lelaki ini bagaikan Superman yang boleh membawa wanita ini terbang, hanyut dan khayal di awan-awangan…Bro tak nak cerita pasal sex lah…itu dah jauh. Kita cerita pasal bagaimana boleh terjerumus di awal-awal nya itu kemudian…ditinggalkan…dikecewakan…dibiarkan begitu saja…forget about setelah dapat madu sepah dibuang…itu dah terlalu deep di dalam perhubungan tu…Razzi Rahman.com
Pada awal perhubungan tu…mengapa wanita begitu lemah dan cepat terpedaya dengan lelaki? Hanya kerana layanannya yang begitu baik? Kerana dia seorang yang penyayang?Loving? Caring? Romantic cam bro ni? hehe… :D
You know…bro kenal seorang gadis ni, memang lawa…dan sweet sangat! Memang jatuh cinta dengan kecantikannya, keayuannya dan manjanya. Sebagai seorang lelaki, pastinya bro berusaha sedaya upaya untuk memikatnya, hampir semua orang disekeliling kami memang menganggap kami couple…tetapi hakikatnya dia begitu gagah menepis. Sememangnya dia telah jatuh cinta pada bro…tak jatuh cinta macamana…gua ayat power beb, romantik lagi, hahaha…then, berbagai hadiah bro berikan, lepas tu sentiasa meluangkan masa bersamanya, mengambil berat tentang dirinya, dan benar-benar meluahkan isihati serta kasih dan sayang kepadanya setulus hati …
TETAPI…jawap dia, “Kita baru kenal baru berapa bulan…mana boleh kita jatuh cinta? At least 2-3 tahun!”
Tanya bro pada dia, “What??…2-3 tahun?…I’m confused, you ni tak rasa love kat I ke?”
“Sayang…tentu saja I ada feeling kat you, tapi kita kena betul-betul saling kenal isi hati yang sebenar, saling kenal keluarga, kita terus berkawan rapat laa, sehingga kita dapat melihat kehidupan yang bakal kita lalui bersama, barulah boleh buat keputusan…”
Can you all imagine?…kalau lelaki lain bro pasti, terus ayat punya…selagi tak dapat. Tapi, dari sini bro dapat melihat dia adalah seorang yang benar-benar mengetahui what is she talking about. So, nak ayat lebih-lebih dah tak guna. Yang penting kita berkawan, kalau ada jodoh…adalah, Cuma kenalah selalu memasang niat suci, betul tak?
Tapi sekarang ni, persoalan kita, mengapa hampir semua wanita hari ini terlalu lemah dan tidak boleh menjadi strong seperti gadis manis yang bro kenali itu? Berpendiran tegas dan tetap. What happen to all this women?…Bukan wanita kat blog atau forum bro laa…wanita di luar sana la, yang kat sini baik-baik belaka :lol: …
Mereka ni, di awal-awal dah terima cinta lelaki…Mengapa begitu cepat jatuh cinta? Mengapa begitu lemah dengan pujuk rayu lelaki? Ikut je apa lelaki minta, percaya aje apa lelaki cakap…Man, will always be man!…selagi tak dapat, selagi itu dia akan adjust sampai dapat!…buat macam-macam yang terbaik, cuba dan terus mencuba …jadi, tugas kaum wanita adalah mengelak! Menepis! Bukan baru sebulan dua dah macam belangkas!…Wake up women, love takes time!!
Bila dah terpedaya, bila dah tertipu…merana seorang diri, duk berharap yang itulah juga…nak buat macamana, dah terlanjur bercinta…
Ramai wanita yang bro temui berkata :-
  • “Dia sayang sangat kat saya bro…tapi kebelakangan ni, hambar…tawar..”
  • “Dia janji nak sehidup semati dengan saya bro…dia memang nak kahwin dengan saya.”
  • “Dia janji nak tinggalkan isteri dia untuk saya bro…kesian kat dia…rumahtangga dia tak bahagia.”
  • “Isteri dia selalu hina dia, tak layan dia…itu yang dia duk cari saya aje bro.”
  • “Dia janji nak bayar hutang dia tu, tapi duit projek dia tak dapat-dapat lagi. Bila dapat nanti bolehlah kami kahwin.”
  • “Boyfriend saya kata, hujung minggu nak bawa saya jumpa mak bapak dia…”
  • “…biarlah ada seribu lelaki lain yang nak kat saya, saya nak jugak kat dia bro camana sekali pun!”
  • “Dia memang selalu keluar dengan kawan-kawan dia…dan tak suka saya keluar sama-sama.”
Hakikat kepada kesemua kata-kata ini adalah… “TIDAK KESAMPAIAN!” Yes!…semuanya tak menjadi, semuanya hancur! Sedar tak kaum wanita semua…apa yang anda katakan itu adalah alasan dari mulut pasangan anda!!…bukan dari anda, yang anda pulak tolong cover kat dia…
Akhirnya, segala-gala harapan yang menjadi taruhan…tinggal harapan. Dia hilang entah kemana, janji tinggal janji…cinta terbiar begitu saja bak kapal laut yang kehilangan nakhoda, tersadai di tepi pantai, walau dipukul ombak deras…namun langsung tak bergerak…makin lama, makin reput…hingglah tak berguna lagi…
Begitulah juga wanita-wanita ini, berbulan malah ada yang bertahun menunggu dengan penuh kesetiaan. Si jantan pula lesap…berkurun bahagia dengan yang lain…namun, wanita ini masih menunggu, merana sendirian…semuanya hanya kerana mulut manis seorang lelaki!
So, from now on…all women, BE STRONG!!! Anggap diri anda …andalah wanita yang sejati!…anda lebih berharga dari segala-galanya! Anda bukan barang mainan, anda bukan perak, bukan gangsa anda adalah adalah emas dan permata yang tak ternilai harganya!! Best Blogger Tips

Kenali ciri-ciri lelaki sudah beristeri



Kepada si gadis yang sedang hangat di alam percintaan namun tidak mengetahui status si kekasih hati ada ketikanya anda merasa curiga. Oleh itu janganlah risau kerana beberapa ciri-ciri di bawah mungkin boleh membantu anda mengenal pasti status sebenar pasangan anda tanpa perlu memaksanya untuk berkata benar. Seeloknya anda lebih berhati-hati dan jangan tersalah langkah kerana kelak diri sendiri yang kecewa.


Kenali lelaki-lelaki yang sudah beristeri

1). Jarang keluar dengan teman wanitanya dihujung minggu kecuali isterinya outstation.
V
V
2).  Terlalu banyak berahsia sehingga ada waktunya tidak kena pada tempatnya.
V
V
3).  Penuh kepura-puraan dimana hatinya tidak sepenuhnya untuk teman wanitanya lebih-lebih lagi apabila berada di tempat awam, jika diperhatikan dia sibuk memerhatikan keadaan sekeliling.
V
V
4). Mengelak dari berbicara tentang topik-topik tertentu seperti percutian, keluarga dan rencana masa depan.
V
V
5). Setiap kali untuk berhubung dengan dia melalui telefon mesti mengundang sedikit masalah. Kebiasannya meletakkan syarat bahawa teman wanitanya hanya boleh menghubunginya pada waktu tertentu atau dia sahaja yang membuat panggilan.
V
V
6).  Pelbagai alasan cuba diberikan seperti sedang bermesyuarat, tidak mahu diganggu sewaktu bekerja dan pelbagai alasan lain hingga adakalanya kedengaran tidak masuk akal.
V
V
7). Berusaha menepis perlawaan daripada melawat tempat tertentu. Gemar memberikan alasan tidak masuk akal untuk segera beredar dari tempat tersebut. Ini kerana isterinya gemar membeli belah di tempat tersebut atau anaknya gemar melepak di situ.


ps : psssst, hiii leh berkenalan  ;p
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts