Dipos oleh Syed Azharul Asriq
Kalam Allah iaitu Al-Quran Al-Karim dicabar oleh “mushaf Fatimah”, atau “Mushaf Imam Ali’, “al-Jami’ah”, atau “Sahifah al-Namus”, atau “Sahifah al-Abithah”, atau “Sahifah al-Dzuabah al-Saif” atau “al-Sahifah al-Kamilah” atau “al-Jufr” oleh Syiah yang akan dibawa oleh Imam Mahdi (sebenarnya Messiah Dajjal) mereka. Begitu juga umum mengetahui lebih 2000 riwayat daripada agama Syiah yang mendakwa Al-Quran sekarang adalah palsu direka-reka oleh para sahabat nabi.
2. Mencabar Nabi Allah
Para Nabi Allah yang diutuskan oleh Allah disaingi oleh Syiah dengan menghadirkan ciri-ciri khusus kepada para imam mereka berdasarkan riwayat-riwayat dusta dari pendusta Yahudi dan Nasrani seperti – sifat maksum, menerima wahyu, dan darjat Imam yang melebihi para Nabi Allah berketurunan Bani Israil, dan dakwaan mereka menyatakan para Nabi Allah tidak mampu mencapai darjat Imam mereka. Ia termasuklah kenyataan Syiah menyatakan Fatimah pun menerima wahyu dan Jibrail tersilap menghantar wahyu kepada Nabi Muhammad yang sepatutnya dihantar kepada Ali.
3. Mencabar Baitullah
Baitullah al-Haram - Ka’bah di Tanah Suci Makkah, dicabar oleh Ka’bah Syiah di Najaf. Sebelum kelahiran Islam, Raja Abrahah di Yaman membina sebuah ka’bah palsu kerana kedengkiannya terhadap Baitullah di tanah suci Makkah dianggap musuh Allah serta kufur dan kisahnya masyhur sehingga dirakam dalam Al-Quran (surah al-Fil) sebagai pengajaran umat kemudian. Kejahatan dan kekufuran Abrahah tidak padam setakat men’duplicate’ Ka’bah tetapi menyerang kota suci yang mulia dengan tentera bergajah dan kisahnya sering disebut-sebut dalam penceramah maulid al-rasul di Malaysia saban tahun. Justeru apakah tidak layak untuk kita menyamakannya dengan kejahatan dan kekufuran syiah yang juga bukan sahaja turut men’duplicate’ Ka’bah di Najaf tetapi bahkan turut menyerang Ka’bah membunuh ribuan para jemaah haji dan kaum Syiah Qaramitah juga telah merampas Hajar al-Aswad dibawa ke Najaf selama bertahun-tahun. Hakikatnya Rumah Allah di Makkah dan Madinah bukan terselamat sebenarnya kerana ia akan diancam oleh Mahdi Syiah (Dajjal) yang bakal muncul nanti seperti yang dijelaskan oleh hadis-hadis Syiah.
4. Mencabar Tiga Tanah Suci Islam
Keutamaan Tanah Suci Aqsa, Makkah, Madinah oleh Islam melalui Kalam Allah dan Rasul-Nya dicabar oleh tanah-tanah yang lebih suci bagi kaum Syiah - Karbala’, di Iraq atau kini kota suci Qom dan Mashad di Iran yang disucikan oleh perawi-perawi pembohong Syiah yang bearasal dari Yahudi. Padahal tanah-tanah suci ini juga merupakan tempat kelahiran imam-imam Syiah sendiri. Betapa banyak hadis syiah yang mengutamakan tanah Karbala’ tempat terbunuhnya al-Husein sehingga batu-batu Karbala’ menyertai solat mereka. Lihat pula bagaimana orang-orang berasal dari keturunan parsi yang menyembah api boleh menganggap bekas tanah berpijaknya raja Kisra yang enggan menerima Islam bila diutuskan surat kepadanya, iaitu Qom dan Mashad sebagai tanah suci bagi agama Syiah. Tidakkah ia membuktikan manusia pengkhianat kaum syiah sebenarnya sentiasa menyaingi perkara berkaitan bumi Bakkah yang sungguh mulia di sisi Allah itu?
5. Mencabar Zakat
Zakat vs Khumus. Khumus iaitu mengeluarkan seperlima harta kepada Imam Mahdi yang ghaib muncul ketika era keghaiban kecil ‘Mahdi’ bersama munculnya kitab-kitab Syiah yang empat iaitu, Usul al-Kafi, al-Istibsar, Tahzib al-Ahkam dan Man La Yahduruh al-Faqih. Ketika itu lebih dari dua puluh orang mujtahid dan sayyid mengaku sebagai wakil imam ghaib dengan berkata : Kami secara lansgung mendapat ilham dari imam yang ghaib”. Membolehkan mereka untuk mengambil seperlima dari harta hasil usahan pengikut mereka – Syiah sebagai ufti. Khomeini memfatwakan harta itu bukan sahaja terhad kepada Imam dan keturunan Ahli Bait bahkan diperuntukkan kepada kira-kira 100 mujtahid agama Syiah bagi mengagihkan harta-harta Syiah yang menimbun sejak zaman Imam Ghaib yang tak terkira jumlahnya. Ulama’ Syiah telah mendahulukan khumus untuk kepentingan diri mereka berbanding ibadat zakat yang berkat yang tidak pernah difardhukan dalam agama Syiah.
6. Mencabar Kitab Hadis Yang Sahih
Sahih al-Bukhari disaingi oleh Usul min al-Kafi karangan al-Kulaini yang dianggap oleh syiah lebih sahih. Hadis-hadis al-Bukhari dan Muslim yang ditapis menerusi disiplin yang ketat ilmu dirayah dan ilmu riwayah mencapai kedudukan kedua paling sahih selepas Al-Quran disaingi oleh hadis-hadis al-Kulaini yang mana disahihkan oleh ulama’-ulama’ silam Syiah tanpa soal dan penerimaan secara mentah tanpa menggunakan apa-apa disiplin ilmu pun bagi membahaskan status sekian banyak jumlah perawi-perawi dalam kitab berkenaan. Hakikat yang jelas para perawi itu berasal dari agama Yahudi dan Nasrani yang dikecam dilaknat oleh para imam Syiah sendiri. Bila mana hakikat ini jelas dengan nyata, muncullah ulama’-ulama’ moden Syiah menapis dan mengkritik Usul al-Kafi secara bertaqiyyah bila berhadapan dengan ulama’-ulama’ Sunnah tetapi disebaliknya mereka menerima dan mengamal hadis-hadis mereka tanpa taqiyyah.
7. Mencabar Hari Perayaan Umat Islam
Dua Hari Raya Besar Islam iaitu ‘Iid al-Fitri’ dan ‘Iid al-Adha’ merupakan hari kemenangan umat Islam hadir bagi menggantikan Hari Nairuz (Nawrooz) dan Hari Mahrajan, dua perayaan kaum Parsi yang telah menyelinap dalam amalan jahiliyyah Arab. Tetapi lihatlah di Iran hari ini betapa Hari Nawrooz ini menjadi hari ulang tahun Iran dan Hari Mehrajan diraikan bagi menghidupkan apa yang telah dihapuskan oleh Allah kepada umat Islam. Di samping perayaan-perayaan berunsur Parsi yang lainnya seperti meraikan Hari Baba Shuja’ (Abu Lu’luah) – meraikan kemenangan Parsi bagi meraikan terbunuhnya khalifah Umar ditangan Abu Lu’luah, Hari Ghadir, Maulid Fatimah,Pesta Api atau Chahar Shanbeh Soori dan pelbagai hari-hari besar kalendar Parsi yang pernah disebutkan oleh abunajmi dalam artikel beliau sebelum ini.
8. Mencabar Azan Asal Umat Islam
Azan umat Islam yang disyariat secara tauqifi dan dilaungkan di tanah Makkah dan Madinah serta seluruh dunia sejak zaman Nabi disaingi oleh Azan Syiah yang nyata berbeza sama sekali.
Azan Syiah ada tambahan ayat berikut:
* "Ashhadu ana Ali waliullah" ("Aku bersaksi bahawa Ali adalah wali Allah")
* "Ashhadu ana Ali hujjatullah"
9. Mencabar Konsep Imam Mahdi
Kepercayaan terhadap konsep Imam Mahdi di kalangan Sunnah yang diyakini sebagai khalifah biasa tanpa memiliki apa-apa kelebihan disaingi oleh Mahdi Syiah yang memiliki mukjizat dan ciri-ciri yang sungguh ‘istimewa’ dengan pembalasan dendam bagi menghapuskan umat Islam. Mahdi Syiah ini bukanlah rahsia di kalangan Syiah sebagai Messiah Dajjal berdasarkan keterangan hadis-hadis syiah sendiri.
10. Mencabar Nikah Halal
Nikah secara islam dicabar oleh Nikah Mut’ah Syiah. Mut’ah pernikahan jahiliyah yang telah diharamkan oleh Nabi s.a.w semasa perang khaibar berdasarkan keterangan hadis Syiah sendiri yang berbunyi. Menurut riwayat mereka, Amir al-Mu’minin berkata : “Pada hari khaibar Rasulullah s.a.w telah mengharamkan keldai peliharaan dan nikah mut’ah”. [Lihat Furu’ al-Kafi, jil.2, m.s : 48, Tahzib al-Ahkam jil.2, m.s 186, al-Istibsar, jil.3, m.s 142, Bihar al-Anwar, jl.100, m.s : 318 dan Wasa’il al-Shiah jil.14, m.s 441.] Nikah mut’ah dihidupkan semula oleh Syiah malah menjadi usul agama mereka [Lihat, jil.3 m.s : 366 dan Tafsir Manhaj al-Sadiqin, jil.2, m.s : 495]. Ia dihalalkan tanpa had jumlah wanita walaupun dengan hanya sekali tidur dengan kanak-kanak yang berusia 10 tahun dan dengan tujuan-tujuan tertentu seperti ; bagi mendapat ganjaran mengunjungi Ka’bah (mengerjakan Haji) sebanyak 70 kali. Untuk memadamkan kemarahan Allah dan mendapat keampunan Allah dari dosa-dosa yang dilakukan serta akan berdampingan dengan Nabi disyurga kelak [ Lihat : Man La Yahduruh al-Faqih, jil.3, m.s : 366 ].
11. Mencabar Ayat Al-Quran Mengenai Perkahwinan
Paling sadis ialah fatwa Khomeini yang berbunyi : “Tidak mengapa melakukan mut’ah dengan anak yang masih disusui dengan pelukan, himpit keduan peha dengan kemaluan dan ciuman”. [Lihat tahrir al-Wasilah, jil.2, m.s : 241]. Mut’ah dihidupkan bagi melampias nafsu buas para ulama’ Syiah terhadap wanita dan menentang ayat Allah yang mensyariatkan hanya empat isteri sahaja diperbolehkan untuk dinikahi, “…Nikahilah seorang wanita, atau dua orang, atau tiga orang atau empat orang. Jika kamu bimbang tidak berlaku adil maka hendaklah kamu nikah dengan seorang isteri sahaja..” [Surah al-Nisa’, ayat 3 ]. Justeru kehadiran Syiah ini sememangnya untuk meramaikan jumlah anak-anak luar nikah dan mencemarkan imej islam di atas nama zina yang halal. Anak-anak luar nikah merupakan salah satu kelompok pengikut Dajjal yang paling ramai.
12. Membuat Perayaan Syiah Sendiri
Husainiyyat pada 10 Muharram – Hari Raya Karbala’ yang disadurkan dari penyesalan kaum Yahudi diatas dosa-dosa mereka. Amalan ini diwarisi dari amalan kaum syiah Kufah yang terkenal dalam sejarah sebagai kelompok ‘al-Tawwabun’ yang bertindak mengutus surat kepada Husein bin Ali bagi membunuhnya dengan bertindak menjemputnya dengan alasan ingin membai’ahnya sebagai pemimpin di Kufah. Ia membuktikan sebenarnya Syiah telah melakukan perbuatan yang sama seperti Yahudi membunuh orang-orang salih termasuk nabi-nabi mereka. Bezanya syiah membunuh orang-orang salaf al-salih seperti Umar al-Khatab, khalifah Uthman, Ali bin Abi Talib serta kedua cucu Rasulullah s.a.w ; Hasan dan Husein bin Ali r.a dengan bertindak menyelinap dengan nama kelompok khawarij dan penentang Husein. Apa yang pasti dengan imej memukul pedang bada badan diri sedniri, menyiksa dan bersikap kejam terhadap anak-anak sendiri ini telah mencemarkan nama Islam sebagai sebuah agama yang bersifat perikemanusiaan menghormati diri sendiri serta agama yang waras. Di Malaysia penganut Syiah menyambut dengan taqiyyah disebalik memasak bubur Ashura’ dan menepuk dada mereka kerana jumlah mereka masih belum ramai lagi. Saat taqiyyah akan berkubur bila mana jumlah mereka menjadi majoriti. Contoh Husainiyyat.
No comments:
Post a Comment