And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, June 15, 2011

Scandal PKFZ : Kita kerugian sebanyak rm12 billion ...duuuymmmm


PERLABUHAN KLANG DAN PM KENA TIPU

Menerajui sebuah kerajaan yang adil serta mengamalkan tatakelola yang baik adalah janji Pakatan Rakyat kepada rakyat Malaysia. PRU13 adalah peluang terbaik dan nampaknya semakin hampir. Ini digambarkan dengan jelas apabila kerajaan mengambil keputusan mendakwa bekas menteri pengangkutan Chan Kong Choy atas tuduhan menipu mantan Perdana Menteri.

Senario terbaru ini telah menimbulkan persoalan mendalam. Betapa mudahnya mantan Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ditipu dalam skandal PKFZ ini. Malah isu penipuan ini bukan sahaja kepada Perdana Menteri tetapi barisan kabinet pada zaman Tun Dr Mahathir. Kebanyakan dari mereka yang 'tertipu' masih berkuasa termasuk Perdana Menteri dan Timbalannya hari ini.

Mana mungkin kita membiarkan gerombolan pemimpin cuai yang memberi kerugian RM12 bilion kepada rakyat ini menerajui negera. Apa jaminan yang mereka tidak akan melakukan perkara yang sama sedangkan hari ini masih begitu angkuh mengunjurkan pembinaan bangunan 100 tingkat dan lorong pejalan kaki dengan kos tidak di terima akal.

Justeru, rakyat harus bangkit menolak pemimpin cuai dan berkepentingan ini. Sistem pentadbiran yang mengenepikan kepedulian rakyat dan tatakelola yang baik harus ditamatkan. Tanggungjawab kita semua untuk menyelamatkan Malaysia dari terus dimiskinkan yang akhirnya membawa kebankrapan.

Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden Parti Keadilan Rakyat Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts