And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Thursday, May 19, 2011

Maj. Thomas Ferebee & Capt. Kermit Beahan


Anda mungkin tidak mengenali dua orang individu didalam gambar diatas. Tetapi aku yakin korang pernah baca dan lihat filem hasil kerja dua anggota tentera udara Amerika Syarikat ini. Hasil kerja mereka berdua menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak

Amacam? Sudah boleh teka siapa mereka?

Oklah. Yang disebelah kiri ialah Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Ferebee ialah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay keatas Hiroshima. Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste keatas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.

Selapas perang dunia kedua nama mereka tidak pernah disebut. Aku sendiri baru sedar yang aku tak tahu nama individu yang menjatuhkan 2 bom yang meragut hampir 300 000 nyawa. Yang aku tahu bom pertama dijatuhkan oleh Enola Gay dan dipandu Capt Paul W Tibbet. Kenapa nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah? Aku rasa ini semua dibuat dengan sengaja supaya kita melupakan mereka-mereka yang membunuh paling banyak manusia hanya dengan menekan 2 suis pelepasan bom. Nice eh?
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts