And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, May 4, 2011

Radiasi sifar dari loji nadir bumi, kata Lynas


Syarikat perlombongan gergasi Australia, Lynas Corporation Ltd tetap dengan keyakinannya bahawa orang awam akan berdepan dengan pendedahan radiasi "sifar" apabila loji nadir bumi miliknya beroperasi di Gebeng, Pahang.NONEDalam dokumen bertarikh 23 Mac tahun ini - yang diberikan kepada Malaysiakini oleh wakil perhubungan awam Lynas, Ogilvy
Worldwide - syarikat itu mendakwa, walau apa pun radiasi tambahan dari operasi loji tersebut, hanya akan dialami oleh pekerjanya, dan itupun pada tahap yang rendah sekali.
Memetik hasil Penilaian Impak Radiologi (RIA) yang dijalan dan dibentangkan oleh agensi nasional Nuklear Malaysia pada 2009, Lynas berkata simpanan bahan “sisa” atau produk sampingan operasi mereka ialah "selamat dan tidak menimbulkan risiko kepada orang awam".

"Bagaimanapun, Lynas telah mengambil langkah keselamatan tambahan dengan menempatkan sisa tersebut dalam sel simpanan kejuruteraan yang selamat, yang direka supaya tiada kemungkinan untuk berlaku kebocoran bahan ke persekitarannya,” kata syarikat itu dalam satu daripada tiga dokumen untuk menjelaskan mengenai projek tersebut.

NONEMerujuk kepada laporan Nuklear Malaysia, syarikat itu berkata setiap orang menerima purata 2.4 millisieverts (mSv) radiasi dari
persekitaran semula jadi mereka setiap tahun.

Lynas juga menyatakan bahawa "had pendedahan tambahan boleh diterima" ke atas orang awam adalah pada 1 mSv setahun dan 50 mSv setahun untuk pekerja - termasuk radiasi latar atau radiasi yang berlaku secara semulajadi dalam persekitaran.
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. sbg rakyat kuantan... sy ttp x setuju dengan projek ni...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts