And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, May 4, 2011

Loji nadir bumi: Panel IAEA akan nasihatkan M'sia


Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan membentuk sebuah panel pakar untuk menasihati kerajaan Malaysia berhubung potensi risiko kebocoran radiasi di loji perlombongan nadir bumi yang bakal didirikan oleh syarikat Australia, Lynas Corporation.


NONEMenurut Reuters, kerajaan Malaysia meminta nasihat IAEA bagi menilai tahap radiasi dan keselamatan projek yang mendapat bantahan orang ramai.


Panel IAEA berkenaan akan berangkat ke Malaysia selewat-lewatnya 29 Mei ini.


"Menerusi Program Kerjasama Teknikal IAEA, agensi ini akan menyokong dan membiayai sepasukan pakar antarabangsa untuk menilai projek Lynas agar selari dengan Standard Keselamatan Antarabangsa dan cara pengrususan yang baik," kata IAEA dalam satu kenyataan semalam.


NONEProjek Lynas mendapat kritikan rakyat dan aktivis alam sekitar yang mendakwa pusat itu akan menjadikan Malaysia tempat buangan bahan radioaktif dan memberi risiko kesihatan kepada manusia dan alam sekitar.


Bulan lalu, Lynas menyatakan penilaian sebulan mereka tidak akan melewatkan persiapan loji itu.


Bernama melaporkan Menteri Perdanganan Antarabangsa dan Industri Datuk Mustapa Mohamed menyatakan panel bebas akan dibentuk untuk menilai tahap keselamatan di Lynas kemungkinan melewatkan perjalanan loji tersebut.


Loji di Malaysia sepatutnya memproses nadir bumi yang di lombong syarikat berkenaan, di Mount Weld, Australia Barat.


NONENadir bumi merupakan komponen penting dalam pengeluaran barangan berteknologi tinggi seperti kabel gentian optik, telefon pintar dan kenderaan elektrik.


Pegawai Lynas sebelum ini menyatakan pengeluaran tahunan nadir bumi di Malaysia akan mencecah 22 ribu tan setahun menjelang 2013, satu pertiga daripada keseluruhan pengeluaran di luar pengeluar terbesar iaitu, China.










ps : baru nak mintak nasihat??? projek dah jalan...kalau rakyat tak bising, adakah kerajaan tak akan mintak nasihat IAEA? nampak sangat nyawa rakyat dipandang lekeh...dan kerajaan tak berminat pun nak buat kajian secara terperinci sblm projek dibuat.....projek dah start...apa nak kaji lagi? kajian dibuat sblm projek dimulakan...bkn time projek tengah buat.....HADOI....KEPALA BAPAK ADOI... Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts