And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, April 11, 2011

Madu Palsu





From: xxxxxxxxxxxxx
Date: 2010/12/31
Subject: Madu Palsu
To: aduanppim@gmail.com


Assalamualaikum WMT Sidang Pengarang..


Minggu lepas saya membawa keluarga bercuti di Cameron Highland & saya membeli madu di sana disebabkan terpedaya & percaya demo yg di tunjukkan oleh penjual tersebut seorang Muslim.. saya membeli 4 botol iaitu 2botol jenis putih di panggil madu susu dgn harga RM22/sebotol & 2 botol lagi jenis hitam di panggil madu tualang dgn harga RM28/sebotol. 


Semasa di Cameron, saya sempat berbual dgn peniaga sorang warga emas menyatakan bahwa madu tersebut adalah tipu & palsu kerana beliau menegaskan bahawa sebelum ini beliau ada menjual madu tersebut di mana jualan seminggu mencecah 100-150botol.. namun, sahabatnya Iman & Bilal masjid Cameron disahkan kencing manis, jadi beliau tidak mahu lagi menjualnya. Perkara ini di kuatkan lagi dengan pergaduhan agen menghantar madu kekedai beliau menyatakan bahawa madu susu adalah GULA PUTIH campur YIS manakala madu tualang adalah GULA PUTIH + YIS + GULA MELAKA. Sepanjang perjalanan dari Tapah ke Tanah Rata.. banyak gerai orang asli menjual madu, itu juga adalah paslu kerana di bekalkan oleh pembekal yang sama.


Kesahihan ini pula saya alamai iaitu selama seminggu saya di sana & madu tersebut ada tertumpah di dalam kereta.. namun tiada kesan semut tetapi setelah saya pulang ke rumah.. kereta saya menjadi sarang semut terutamanya pada tempat tumpahan tersebut. Saya menyarankan agar hebahan harus dilaksanakan khususnya kepada Melayu Muslim ini kerana rata2 adalah pengguna tetap. Ada sahabat memaklumkan bahawa di Gombak Lama ada pendatang Indonesia membuat/memasarkan madu tersebut dengan pendapatan lumayan dimana 10kg gula putih menghasilkan RM1,000.00.


Saya rasa cukup terkilan di atas penipuan tersebut & saya tidak mau juga masyarakat sebangsa saya mengalami penyakit kencing manis disebabkan pengambilan madu palsu tersebut.


Sekian.. Salam Maal Hijrah 1432

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts