And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, March 30, 2011

Mat rempit





“bro…aku kesian kat kau…tak payahlah nak merempit lagi…itu perbuatan sia-sia jer…” nasihat karim kepada ahmad.
“ehhh!!!! kau saper nak nasihatkan aku…mak bapak aku pun tak pernah menasihati aku tau…..” jawab ahmad sambil mengambil helmet yang terletak di atas kerusi.
“aku tahu, aku ni cuma kawan kau saja…takde kena mengena dengan kau pun. Tapi sabagai seorang kawan, aku cuma mengingatkan kau saja…kau nak dengar atau tidak, itu terpulang pada diri kaulah….aku taknak kau menyesal dikemudian hari nanti…..”ujar karim.
“adoiiiii kawan aku sorang ni…cakap macam profesor pulak…eh! sebelum kau nasihati aku, kau cermin dulu diri kau tu siapa…kau pun dulu pernah merempit jugakkan….????” kata ahmad dengan nada perli.
“ya…dulu aku juga pernah merempit. Tapi sekarang aku dah insaf dan bertaubat. Aku pernah dengar ceramah seorang ustaz, dia kata kalau kita merempit umpama nak bunuh diri bro…sebab kita bawa motor dalam keadaan bahaya dan boleh mengundang kecelakaan kepada diri kita…” jawab karim.
Ahmad tidak mengindahkan nasihat kawannya itu, lalu dia memakai helmet dan menghidupkan enjen motor ex5nya.
“oklah kawan…aku blah dulu k….esok kita jumpa lagi….”
Karim mengeleng-geleng kepala kesal melihat gelagat kawannya itu menaiki motor ex5nya dengan gaya superman.
“apa faedahnya merempit? hanya keseronokan dan membuang masa sahaja…”bisik karim dalam hatinya.
Suatu ketika dulu…karim adalah salah seorang remaja yang bergelar mat rempit. Setiap malam minggu, karim and the geng akan merempit. Habuannya adalah tidur bersama bohsia. Bukan setakat berzina, karim juga pernah minum arak, meragut dan sebagainya.
Malang tidak berbau…karim mengalami kemalangan dan menyebabkan kedua belah kakinya patah. Kini dia berjalan menggunakan tongkat. Sejak kemalangan ngeri itulah karim mula insaf dan bertaubat tidak mahu merempit lagi.
“Alhamdulillah syukur sangat-sangat kerana Allah masih memberi peluang padanya dan membuka pintu hati untuk bertaubat dan kembali kepada jalan yang benar…jalan yang diredhai oleh Allah…” bisik hati kecil karim insaf.
“Kringggggg…..Kringgggg….”
Tiba-tiba telefon bimbit karim berbunyi.
Karim mengambil telefonnya yang berada di atas almari dan menjawab panggilan itu.
“ayahhhh….” karim memanggil ayahnya yang sedang berbual-bual dengan maknya diruang tamu.
“kenapa karim?” tanya Pak Hamid setelah melihat anaknya menangis dijendela.
“em kawan saya ahmad yang datang ke rumah kita sebentar tadi kemalangan….” jawab karim teresak-esak menahan kesedihan.
Karim sekeluarga terus bergegas pergi ke tempat kejadian. Setelah sampai di sana, karim melihat ramai orang berkumpul dibahu jalan dan dia melihat sekujur tubuh kaku tidak bernyawa bermandi darah di tepi jalan yang ditutupi dengan kertas surat khabar. Mayat itu adalah mayat ahmad.
“baru sebentar tadi aku menasihati ahmad supaya jangan merempit, bawa motor berhati-hati tetapi dia sangat degil dan tak nak dengar nasihat orang….sekarang apa dah jadi…aku sudah kehilangan seorang kawan yang sangat baik…apa pun aku redha pemergiaannya. Mudah-mudahan Allah mengampuni segala kesalahan dan dosa-dosanya….” bisik hati karim sambil merenung wajah ahmad yang tidak bernyawa itu.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts