And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Wednesday, March 30, 2011

Kepada saudara ku...jangan la tinggalkan solat







Satu perkara yang paling saya tidak boleh terima ialah apabila (dia) sewenang-wenangnya meninggalkan solat.Solat adalah tiang agama.Tidak sepatutnya seorang yang mengaku beragama Islam meninggalkan solat.Ketika itu saya terfikir apa yang mampu saya lakukan untuk memberi kesedaran agar mampu memimpin dia untuk kembali kejalan yang lurus.Iaitu jalan yang diredhai ALLAH.Cukup besar dosa mereka yang meninggalkan solat lebih2 lagi jika meninggalkannya dengan sengaja.


Bahana Meninggalkan Solat Fardu Lima Waktu
Subuh – Allah SWT akan mencampakkannya kedalam neraka Jahannam selama 60 tahun. Sahabat sekalian, 1 tahun di akhirat tidak sama dengan dunia. Jika 1 tahun di dunia kita sudah rasa agak lama, di akhirat 1 tahun bersamaan dengan 60,000 tahun di dunia. MasyaAllah. 7 keturunan kita pun belum lepas 1 tahun jika kita hidup di akhirat.
Zuhur – Dosa sama seperti membunuh 1000 orang muslim. Sedangkan membunuh seorang orang Islam pun kita akan dicampakkan ke neraka, bayangkan kita telah membunuh 1000 orang muslim. Betapa azabnya kita. Begitu mudah kita mencari dosa tersebut hanya dengan meninggalkan solat Zuhur yang mana jika dilakukan, 15 minit pun tak sampai.
Asar – Dosa sama seperti meruntuhkan Ka’abah. MasyaAllah, sanggupkah kita meruntuhkan kiblat umat Islam? Renungkan berapa kali sudah kita meninggalkan solat asar dengan sengaja? Dan renungkan juga berapa kali sudah kita meruntuhkan Ka’abah.
Maghrib – Dosa sama seperti berzina dengan ibubapa sendiri. Saya tak sanggup nak menyedarkan diri saya dengan lebih panjang akan dosa meninggalkan solat maghrib ini. Rasa amat bersalah dengan ibu saya sendiri.
Isyak – Allah SWT berseru kepada mereka “Hai orang yang meninggalkan solat Isyak, bahawa Aku tidak lagi redha engkau tinggal dibumiKu dan menggunakan nikmat-nikmatku, segala yang digunakan dan dikerjakan adalah berdosa kepada Allah SWT.” Sahabat Oh! Islam sekalian, ketika anda membaca artikel ini anda masih menyedut udara untuk bernafas. Adakah udara itu diredhai Allah SWT? Jika Allah mengenakan charge RM10 setiap kali kita menyedut udara, sudah tentu baru ramai antara kita yang akan tersedar dari tidur.

Justeru kita perlu sentiasa beringat dalam hal yang berkaitan dengan solat.Jika anda mengaku anda hamba ALLAH dan umat nabi Muhamad jangan sesekali memandang enteng terhadap solat.Cukup mudah untuk meninggalkan solat tetapi balasan yang bakal diterima diakhirat sudah pasti tidak mampu ditanggung oleh mereka yang mengabaikan solat.Seperti kisah saya diatas mungkin ramai lagi golongan yang mengabaikan solat 5 waktu.Apa yang saya kongsikan pada kali ini adalah sebagai peringatan buat kita semua.Sesungguhnya berpesan-pesan kepada kebenaran adalah perlu bagi setiap mukmin. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts