And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, September 12, 2011

Kisah budak penjual kuih

oleh syahirul.com pada pada 22hb Ogos 2011 pukul 8.37 pagi
Hari itu selepas seminggu beraya di kampung, saya pulang ke Kuala Lumpur. Memikirkan highway PLUS sibuk, saya menyusuri laluan lama. Pekan pertama yang saya lintas ialah Teluk Intan. Terasa mengantuk, saya singgah sebentar di sebuah restoran di pinggir pekan itu. Sebaik memesan makanan, seorang kanak-kanak lelaki berusia lebih kurang 12 tahun muncul dihadapan.

"Abang nak beli kuih?" katanya sambil tersenyum. Tangannya segera menyelak daun pisang yang menjadi penutup bakul kuih jajaanya.

“Tak apalah dik... Abang dah pesan makanan," jawap saya ringkas.

Dia berlalu. Sebaik pesanan tiba, saya terus menikmatinya. Lebih kurang 20 minit kemudian saya nampak kanak-kanak tadi menghampiri pelanggan lain, sepasang suami isteri agaknya. Mereka juga menolak, dia berlalu begitu saja.



"Abang dah makan, tak nak beli kuih saya?" katanya selamba semasa menghampiri meja saya.

"Abang baru lepas makan dik. Masih kenyang lagi ni," kata saya sambil menepuk-nepuk perut.

Dia beredar, tapi cuma setakat di kaki lima. Sampai di situ, di meletakkan bakulnya yang masih sarat. Setiap yang lalu ditanya, "Tak nak beli kuih saya bang, pak cik, kakak atau makcik?"

Molek budi bahasanya! Mamak restoran itu pun tidak menghalang dia keluar masuk ke premisnya bertemu pelanggan. Sambil memerhati, terselit rasa kagum dan kasihan di hati saya melihatkan betapa gigihnya dia berusaha. Tidak nampak langsung tanda-tanda putus asa dalam dirinya, sekalipun orang yang ditemuinya enggan membeli kuihnya.

Selepas membayar harga makanan dan minuman, saya terus beredar ke kereta. Kanak-kanak itu saya lihat berada agak jauh di deretan kedai yang sama. Saya buka pintu, membetulkan duduk dan menutup pintu. Belum sempat saya menghidupkan enjin, kanak-kanak tadi berdiri di tepi kereta. Dia menghadiahkan sebuah senyuman. Saya turunkan cermin, membalas senyumannya.

"Abang dah kenyang, tapi mungkin abang perlukan kuih saya untuk adik-adik abang, ibu atau ayah abang." katanya petah sekali sambil tersenyum. Sekali lagi dia mempamerkan kuih dalam bakul dengan menyelak daun pisang penutupnya.

Saya tenung wajahnya, bersih dan bersahaja. Terpantul perasaan kesian di hati. Lantas saya buka dompet, dan menghulurkan sekeping not merah RM10. Saya hulurkan padanya.

"Ambil ni dik! Abang sedekah. Tak payah abang beli kuih tu," Saya berkata ikhlas kerana perasaan kasihan meningkat mendadak. Kanak-kanak itu menerima wang tersebut, lantas mengucapkan terima kasih terus berjalan kembali ke kaki lima deretan kedai. Saya gembira dapat membantunya. Setelah enjin kereta saya hidupkan, saya mengundur. Alangkah terperanjatnya saya melihat kanak-kanak itu menghulurkan pula RM10 pemberian saya itu kepada seorang pengemis yang buta kedua-dua matanya.

Saya terkejut, lantas memberhentikan semula kereta, memanggil kanak-kanak itu.

"Kenapa bang nak beli kuih ke?" tanyanya.

"Kenapa adik berikan duit abang tadi pada pengemis tu? Duit tu abang bagi adik!" Kata saya tanpa menjawap pertanyaannya.

"Bang saya tak boleh ambil duit tu. Mak marah kalau dia dapat tahu saya mengemis. Kata mak kita mesti bekerja mencari nafkah kerana Allah berikan tulang empat kerat pada saya. Kalau dia tahu saya bawa duit sebanyak itu pulang, sedangkan jualan masih banyak, mak pasti marah. Kata mak, mengemis kerja orang yang tak berupaya, saya masih kuat bang!" katanya begitu lancar.

Saya sebak, sekaligus kagum dengan pegangan hidup kanak-kanak itu. Tanpa banyak soal saya terus bertanya berapa semua harga kuih dalam bakul itu.

"Abang nak beli semua ke?" Dia betanya dan saya cuma mengangguk. Lidah saya kelu nak berkata.

"RM25 saja bang."

Selepas dia memasukkan satu persatu kuihnya kedalam plastik, saya hulurkan RM25. Dia mengucapkan terima kasih dan terus berlalu.

Saya perhatikan dia sehingga hilang daripada pandangan. Dalam perjalanan ke Kuala Lumpur, baru saya terfikir untuk bertanya statusnya. Anak yatimkah? Siapakah wanita berhati mulia yang melahirknya? Terus terang saya katakan, saya beli kuihnya bukan lagi atas dasar kasihan, tetapi kerana rasa kagum dengan sikapnya yang dapat menjadikan kerjayanya satu penghormatan.

Sesungguhnya saya kagum dengan sikap kanak-kanak itu. Dia menyedarkan saya, siapa kita sebenarnya!
Best Blogger Tips

Kisah2 Murtad


oleh Syed Sulaiman pada pada 12hb Disember 2010 pukul 9.22 ptg

'Pernah dengar cerita Aisyah Bukhari yang murtad tak lama dulu? Suratkhabar banyak menutup kes ini kononnya untuk menjaga perkauman, tak nak terjadi kacau bilau. Kes Aisyah yang murtad dan banyak kes murtad lain ditutup sedemikian rupa atas alasan bercinta, ikutboyfriend.

Cerita yang akan saya bawa ini agak panjang tetapi sekiranya kamu seorang Islam yang peka dan sayangkan agama kita Islam, buatlah sesuatu, paling kurang fowardkan email ni kepada saudara kita yang tak tahu menahu. Ataupun selemah-lemahnya, berdoa agar kita semua serta saudara-saudara kita terselamat daripada fitnah akhir zaman yang paling besar ini.

Ini bukan cerita rekaan saya tetapi hanya petikan dari ceramah yang saya dengar dari mulut peguambela kes ini Zulkifli Nordin di Madrasah Hidayah. Murtad dikalangan orang Melayu kini sudah menjadi ancaman kepada kita. Indeks pencemaran akidah mengikut jabatan statistik dan perangkaan Tahun 1989 aje, 4776 orang Melayu mohon tukar nama dari Melayu kepada bukan Melayu atas alasan keluar dari Islam.


Tahun 1997, bila Saari Bustamah mengambil alih jawatan mufti dari Datuk Hashim Yahya, perkara pertama yang disentuh adalah murtad. Menurutnya sehingga Julai 1997, 3,000 orang murtad di KL sahaja. Tahun 1998 saja, 516 orang sudah murtad. Aisyah bukan kes pertama murtad, sebelum ini dah beratus kes timbul tetapi ditutup oleh pihak tertentu.

Setakat kes Aisyah, dah 40 fail murtad dikendalikan oleh saudara kita Zulkifli Nordin. Mengapa kes Aisyah ini kita rasa ralat sangat? Kes ini satu simbol yang tunjukkan pada kita orang Melayu. Sistem pertahanan akidah kita amat rapuh. Akidah kita diserang ditubi dari segala sudut. Yang kita tak nampak dengan menggunakan system perundangan dan kehakiman kita sendiri.

Kes ini boleh dilihat dari 2 sudut.

1.Bagaimana orang macam Aisyah boleh murtad 2. Bagaimana orang kafir laknatullah boleh menggunakan sistem hakiman kita untuk merampas anak orang Islam untuk dimurtadkan?

Apa yang berlaku kepada Haji Bukhari setelah 25 tahun didik anak dengan pengisian Islam yang hebat. Sedang dia mengimamkan sembahyang terawih di masjid tahun 1997 anak dia sedang dimurtadkan dirumah.

Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang sepatutnya. Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin. Dalam ertikata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal ... Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible. Dari segi keterampilan, dia budak perempuan Melayu seperti biasa, pakai tudung dengan baju kurung bunga-bunga. Takde apa yang pelik pada dia, duduk di lembah keramat AU5C. Kakak dia pun macam itu juga keterampilannya. Tiap-tiap hari telefon bapanya lapor isu terkini. 2 tahun di KL begitu. Hari terakhir dia telefon 19 Nov 1997,

'Assalamualaikum ayah! Ni Intan (nama manja) cakap. Intan nak bagitahu, Intan dah kristian.'


Bayangkan hati seorang bapa. Kita sendiri heran macamana dia boleh murtad. Aisyah adalah simbol anak Melayu yang telah dididik dengan begitu rupa boleh murtad. Apa yang Haji Bukhari boleh buat? Airmata sahaja modal dia. Masuk TV menangis, keluar radio menangis, pergi forum menangis apa yang dia boleh buat? Semua dokumen mahkamah akan jadi bahan arkib termasuk p ermohonan kafir laknatullah itu minta Aisyah dibebaskan untuk dimurtadkan ..


Butir asal permohonan.. ....


Permohonan ini dibuat oleh Lennet Teoh Hui Leong seorang peguam Cina Kristian. (Read Herbes Corpes bawah bab 36 kanun acara jenayah). Tujuan untuk membebaskan seorang yang didakwa ditahan secara salah. Sebarang permohonan seperti ini perlu bagi sebab mengapa didakwa tahan secara salah. Permohonan dibuat bawah bab 36 atas alasan Article 11 Perlembagaan Persekutuan. Iaitu hak kebebasan beragama. Tiada langsung soal kahwin timbul. Permohonan tu menyatakan, perenggan 6, bertarikh 28 November 1997 di Makamah Tinggi Malaya Kuala Lumpur bahagian jenayah.


Sebab yang dia beri, 'Saya Lennet Teoh Hui Leong telah dilantik oleh Nur Aisyah untuk memberi nasihat kepadanya berkenaan dengan pertukaran agamanya kepada Kristian dan atas arahannya saya telah menyediakan surat sumpah untuk Nur Aisyah menolak dan meninggalkan agama Islam.'

Perenggan 23: 'Saya Lennet Teoh percaya bahawa Nur Aisyah sedang dikurung secara salah oleh keluarganya. Saya percaya tindakan ibubapa, abangnya dan bapa saudaranya telah melanggar hak kebebasan Nur Aisyah menganut agama pilihannya iaitu Kristian Khatolik'.

Kita tak boleh buat apa-apa sebab article 11 Perlembagaan Persekutuan menyatakan mana-mana warganegara Malaysia yang telah cukup umur (18tahun) berhak mutlak menukar gamanya. Itulah perlembagaan kita yang memerdekakan orang Melayu kita tahun 1957. Perlembagaan itulah juga yang menjerut kita sendiri. Adakah anak cucu kita akan selamat dengan perlembagaan itu? Bila berlaku pertembungan antara hukum syara' dengan undang-undang sivil, undang-undang syara' akan terbatal. Maksud agama rasmi kita Islam adalah acara-acara rasmi hendaklah dibuat mengikut cara Islam. Contohnya perlantikan sultan, rasmi parlimen dll. Tak lebih dari itu. Bab kehidupan, politik, ekonomi.... semua tak termasuk.

Article 4 pula menyatakan: 'Mana-mana undang-undang yang bertentangan yang bercanggah dengan perlembagaan ini adalah batal dan tidak sah. Ini termasuklah hukum syara'.


Contoh kes Hartina Haji Kamarudin.

Pada masa ceramah ini dibuat, Haji Kamarudin ada dalam lokap, didakwa mencederakan seorang Hindu kafir laknatullah kerana memurtadkan anaknya.. Anak yang dibela selama 18 tahun dengan begitu susah payah datang ke Rumah dalam keadaan Hindu.

Haji Kamarudian seorang penjual sate di Perak. Beliau lepaskan anaknya selepas 18 tahun ke KL untuk cari kerja. Tak terlintas langsung di kepalanya anaknya akan murtad. Tak sampai 9 bulan, Hartina balik ke restoran bapanya dalam keadaan Hindu dengan nandek kat dahi . Bukan itu saja. Anak yang dimanjakan begitu rupa balik mencabar bapanya, bawa boyfriend dan kawan-kawan boyfriendnya sambil berpeluk-p eluk dalam keadaan dia pun dah Hindu dengan nandek. Haji Kamarudin takek si kafir tu kat tengkuk, menggelupur dia depan kedai tu.


Haji Kamarudin juga dipelupur oleh kawan-kawan si Hindu tu sampai nak pengsan. Adik lelaki Hartina umur 16 tahun turut kena belasah kerana nak menyelamatkan akidah kakaknya depan kedai tempat bapanya meniaga.

Apa Hartina buat masa tu? Hartina papah kekasihnya dan biarkan bapanya menggelupur sendirian. Tak cukup dengan itu, dia pergi ke balai polis buat report bapak dia pukul boyfriend dia. 14 hari Haji Kamarudin dengan adik lelaki Hartina merengkok dalam lokap sebab report anak kesayangannya yang mempertahankan kekasih Hindunya. Tak cukup dengan itu disaman pula bapanya 3 juta. Remuk hati seorang bapa yang diheret ke penjara kerana anak sendiri. Tak cukup lagi, dia telah menghina bapanya dengan menukar nama Hartina Haji Kamarudin kepada Nivasni Rajeswari. Nama Hindu.

Semasa masih terlantar kat hospital (akibat dipukul binatang Hindu laknatullah ), Haji Kamarudin ditangkap polis semula sebab Hindu laknatullah ditembak oleh seorang yang tak dikenali. Jadi, Haji Kamarudin, anaknya dan anak saudaranya kena kurung masuk lokap kerana menjadi suspek utama kes tembakan tersebut. Anak yang ditatang begitu rupa akhirnya menyebabkan dia merana dalam keadaan hina di dalam negara yang negara Islam!! Haji Kamarudin juga dikenakan berbagai tuduhan. Setakat itu saja, 4 tuduhan.

Yusof Qardawi dalam kitabnya menyatakan hendaklah mempertahan akidah hatta dengan nyawa sekalipun. Itu yang Haji Kamarudin buat dalam mempertahankan hukum Allah, dilokap sedemikian rupa.

Lagi satu kes lain saudara baru kita, nama Yusof bin Abdullah , nama asal Hindunya Santana. Ada seorang isteri, namanya apa entah.Ada anak lelaki, nama Sunjay kalau tak silap. Usia 2 tahun masa tu. Ajak isterinya masuk Islam. Abangnya telah lebih 20 tahun masuk Islam. Isterinya kata ?eh!? Yusof bawa anaknya sekali masuk Islam dengan nama Mohamad Syazani bin Yusof. Dia hidup 2 beranak tu selama 2 tahun. Lepas 2 tahun si minaci datang semula dan bawak lari anak ini ke KL dengan boyfriend barunya.Yusof tak tahu apa nak buat, dia minta mahkamah syariah Alor Setar keluarkan perintah penjagaan hak ke atas anaknya.

Mahkamah pun bagi. Dia pun datang ke KL dan ambil balik budak tu. Si emak ni pergi mahkamah tinggi KL mintak hak jaga anak. Mahkamah tinggi bagi pada si minachi ni. Heran sungguh. Bila si minachi ni tak dapat nak ambil balik budak tu, dia pergi report polis. Tahu polis buat apa? Cari Yusof dan tangkap! (padahal Yusof dapat hak penjagaan daripada mahkamah syariah Alor Setar). Yusof masuk lokap 8 hari.

Lepas tu polis ambil balik budak tu kasi pada emaknya. Hari ini, budak tu kembali jadi Hindu. Tak cukup dengan itu, kurang ajarnya si minachi ni, dia minta pulak mahkamah tinggi batalkan perintah jagaan anak yang dikeluarkan oleh makamah Syariah Alor Setar yang diberi pada Yusof.

Dalam kes Suzie Teoh, seorang budak perempuan dari Kelantan umur 16 Tahun telah peluk Islam atas kerelaan sendiri. Bapa dia tak suka, lepas tu saman anak sendiri dan saman Majlis Agama Islam Negeri Kelantan, heret anak dia ke mahkamah persekutuan. Dia mohon pada makamah, agar istiharkan anak dia masuk Islam tak sah.

Masa tu, Tun Salleh Abas yang jadi hakim. Beliau seorang yang alim dan warak. Bila dihadapkan dengan kes Suzie Teoh, menangis Tun Salleh Abas. Terpaksa buat perisytiharan. 'Dibawah Perlembagaan Persekutuan, hak seorang anak tertakluk dibawah jagaan ibubapanya selagi belum cukup 18 tahun. Kalau nak tukar agama, kena minta kebenaran ibu bapanya. Semasa Suzie Teoh masuk Islam, berumur 16 tahun. dia tak sah peluk Islam.' Atas kearifan dan iman Tun Salleh Abas, dia simpan fail tu dalam lacinya selama 2 tahun. 2 tahun kemudian, lepas hari jadi Suzie Teoh yang ke 18 tahun, dia buka balik kes itu dan bagi peluang Suzie isytiharkan agamanya sendiri. Penuh mahkamah nak tahu kes tu; wartawan tempatan, wartawan asing semua nak dengar keputusan. Terketar-ketar budak tu. Baru umur 18 tahun. Sambil menangis, budak tu kata ' Saya yang arif, kekal dalam agama saya, saya masih nak nama Nur Aini.' Maka Tun Salleh Abas pun dengan bangga mengisytiharkan Islamnya sah dengan namanya Nur Aini. Selamat akidah seorang budak. Sebab itu jugalah Tun Salleh Abas kena buang atas 5 tuduhan. Tuduhan kedua atas sebab melengahkan kes seorang budak tanpa sebab selama 2 tahun. Itulah harga yang Tun Salleh Abas terpaksa bayar.


Kes terakhir sekali yang paling teruk, kes saudara Ibrahim, isterinya Siti Solehah dan anak perempuannya usia 5 bulan mati dipancung kerana tidak mahu kembali kepada agama asalnya, Hindu. Pada malam hari Valentine 14 Februari, pada waktu anak Melayu bertukar tukar bunga di Dataran Merdeka. 3 Saudara kita mati dipancung dalam sebuah kontena demi mempertahankan agama.

Peristiwa 13 Mei tercetus apabila seorang budak Melayu dibunuh kerana dia Melayu bukan kerana dia Islam. Dalam sejarah Melayu, tiada lagi orang Melayu dibunuh kerana Islam. Semuanya sebab Melayu. Inilah pertama kali.

Jika kita sorot semula sejarah Islam Yasir, bapa kepada Amar diseret di hadapan. Amar diugut supaya tukar agama. Kalau tidak, bapanya Yasir akan dibunuh. Amar kata,'Allah hu Ahad'.. Terus Yasir kena pancung di padang pasir. Kemudiannya, Sumaiyah ibunya juga disula dari bawah tembus ke jantung. Mampu berkata 'Allah hu Ahad'. Berlari Amar menemui Rasullullah SAW. Dan akhirnya, mengikut sejarah, Amar menjadi seorang mujahid berperang bersama Rasullullah SAW. Itu zaman puak Quraisy kafir laknatullah berkuasa. Rasullullah SAW tiada kuasa lagi pada masa itu.Rasullulah tak boleh buat apa.

Dalam kes kita, bukan sahaja Ibrahim dipancung kepalanya sehingga putus, tak cukup lagi, tangannya juga turut dipotong. Sehinggakan Majlis Agama Islam Selangor terpaksa minta masjid mandikan jenazah saudara-saudara kita yang mati syahid itu. Apalah dosa anak kecil yang berusia 5 bulan itu? Ibrahim dan Siti Solehah bukan calang-calang orang. Ibrahim seorang saintis Pakar Geologi manakala isterinya Siti Solehah, seorang Pakar Botani. Tanda-tanda syahid jelas pada ketiga mayat tersebut. Walaupun 5 hari dalam peti sejuk darah masih memancut keluar pada ketiga-tiga mayat. Bayi yang berusia 5 bulan masih mengalirkan darah hangat seperti baru mati. Peluhterpercik pada dahi mereka. Mereka dikebumikan di kubur Bukit Kiara. Kalau saudara semua tak mengalirkan air mata melihat kubur mereka bertiga terutama bayi yang berusia 5 bulan itu, mesti ada yang tak kena dengan hati kita Hebat mana kita sehingga tak boleh mempertahankan saudara kita sendiri Sedangkan Ibrahim telah melaporkan pada pihak polis dan Majlis agama yang dia diancam untuk dibunuh supaya kembali ke agama asalnya.

Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan 'Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepad a umatku di suatu masa, satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak'. Sahabat bertanya 'Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah? ' 'Fitnah itu adalah kamu akan lihat umatku di hari itu, di waktu itu,pada masa itu, pagi hari Islam, petang kafir. Petang Islam, pagi kafir balik.' Sahabat bertanya lagi. 'Mengapa begitu ya Rasullullah? ' Rasullullah SAW menjawab, ?Sebab dia jual agamanya dengan nilai dunia'.


Imam Ghazali pernah berkata dalam perkara ini, 'Akan datang fitnah murtad ini dalam keadaan seperti semut hitam di atas batu hitam di malam gelap.' Mana nampak? Kecuali kalau jiwa kita tengok satu perkara dengan cahaya keimanan.

Bagaimana gerakan murtad ini berjalan di Malaysia sehingga kita tak nampak langsung. Gerakan Hindu kita tok sah sebutlah Belum habis cakap, dah ada yang tunggu dengan parang kat luar. Gerakan Yahudi lagilah teruknya. Henry Ford (orang kaya yang buat kereta Ford tu) pernah menulis berkaitan Yahudi tahun 40an atau 30an dulu dalam bukunya 'International Jew' (tak Silap saya).

Unsur Yahudi begitu tebal dalam masyarakat kita tapi kita tak nampak. Paling nyata, rokok yang orang kita hisap tu. Setiap satu batang itu ada saham kepada puak Yahudi. Tak de kilang rokok yang bukan Yahudi punya. Sapa yang hendak berenti merokok, ambil ni sebagai iktibar. Yahudi punya kerja, baru letak bola sebijik, 70 ribu Melayu tak sembahyang kat stadium Shah Alam. Belum kira yang kat rumah lagi.

Bab Kristian, lebih terancang, lebih terperinci lagi. Semenjak kalah dalam perang salib terakhir, iaitu dalam pemerintahan King entah apa nama ke 6 yang terakhir. Sebelum dia mati, dia telah berwasiat dan wasiatnya ada ditulis dengan emas di London . Dia berkata: 'Kepada semua pemimpim-pemimpin Kristian, kita hari ini telah melakukan kesilapan besar, kita berperang dengan tentera Islam dengan pedang, bukan berperang dengan akidah yang ada pada mereka. Sebab tu Islam menang walaupun 30 ribu tentera mereka dengan 300 ribu tentera kita, mereka tetap menang sebab mereka (orang Islam) berperang kerana nak mati. Kita perang untuk hidup. Oleh itu, hendaklah kita tukar strategi. Melancarkan peperangan ideologi, fahaman dan budaya keatas orang Islam.'

Wasiatnya berjaya dilaksanakan setelah King tu mati, 1492, kerajaan Islam Andalusia yang paling agung pada masa itu tumbang di tangan Kristian. 1511 kerajaan Islam Melaka tumbang, tak lama lepas tu, tumbang kerajaan Islam Pattani . Tak lama selepas tu, tumbang kerajaan Islam Kedah . Tak lama lepas tu,tumbang kerajaan Islam Mindanao ..Lepas tu kerajaan Islam Acheh ... semuanya satu demi satu..

Macamana benda ni boleh terjadi?

Sebab gerakan Kristian berdasarkan kepada 3G. GOSPEL,GOAL, GLORY . Pertama kitab dia, kedua kekayaan kita, ketiga menang terhadap Islam. Kalau kita tengok sejarah, Alfonso De Albuqueque bukan datang ke Tanah Melayu bawa tukang masak sebab nak rempah kari kita. Dia bukan makan kari, di a datang bawa mubaligh Kristian Francis Xavier (kalau saya tak silap eja), sebab nak sebarkan ajaran Kristian.

Bagaimana cara dia sebarkan Kristian nih?

Orang kita panggil, gerakan halus.Dia panggil semua mubaligh Kristian yang nak datang ke Asia ni. Dia guna kaedah 'garam dan ragi'. Garam sebagai perasa, ragi untuk penapaian. Contohnya ubi kayu. Waktu siang asalnya ubi kayu kita letak ragi, esoknya masih lagi bentuk ubi kayu tapi sebenarnya tapai. maksudnya, dia kekalkan orang Melayu dengan identiti Islam. Hakikatnya kehidupan kita bukan cara Islam lagi . Cara inilah yang Rasulullah SAW kata macam kepingan hitam di malam gelita. Inilah yang Imam Ghazali kata macam semut hitam atas batu hitam di malam gelita tu.

Pertama, melalui sistem pendidikan. Di Malaysia, macam-macam sekolah dengan nama mubaligh Kristian. Convent itu, Saint ini. Menurut satu petikan seorang mubaligh Kristian pada masa itu yang ditulis semula oleh George Peters dalam sebuah buku tahun 40an. Kepada mubaligh-mubaligh Kristian yang nak datang ke negara kita, berkaitan pendekatan garam dan ragi'. Pendekatan seperti ini tidak memerlukan seorang Muslim Melayu berkenaan meninggalkan system kemasyarakatan yang dituntut oleh agamanya. Sebaliknya orang tersebut hendaklah digalakkan terus tinggal dalam masyarakatnya. Justeru itu, ragi tetap ujud dalam keutuhannya. Dia akan menjadi bagaikan sebuah lampu (Kristian) yang diletakkan dalam gelap. Penyebaran agama Kristian nanti akan terserlah dalam sifat kerohanian, bukannya organisasi. Dirasa kesegarannya, bukan bersikap kalam. Dinamik dan etikal, bukan bersifat formalistik.

Pendekatan begini telah memperlihatkan kebaikannya. Lantaran ia tidak menganjurkan ahli Melayu tadi menjadi ahli baru Kristian yang formal, menyendiri terpisah dari masyarakatnya. Sebaliknya ia memberi laluan agar dapat dimasukkan semangat dan ajaran Jesus bagaikan sebutir ragi yang bertindak dengan proses penapaiannya ke atas seluruh masyarakat Melayu seluruhnya.

Ajaran Kristian akan bertindak melahirkan revolusi , justeru itu nanti,dapatlah dikatakan bahawa kita nanti akan memperolehi satu Kristian muslim Melayu tempatan yang mencerminkan Kristian muslim Melayu sejati.. 'Sebenarnya dia ingin. Akan datang suatu masa nanti, orang Melayu sendiri tanpa dipaksa-paksa akan buat revolusi untuk menjadi Kristian. Cara kebajikan pulak... Hari ni sapa tak kenal kelab rotary yang cuci buah pinggang,kelab lion, bulan sabit merah, Saint John's Ambulans, sapa tak kenal palang merah. Mereka masuk dengan cara menghidupkan sekularisme. Sekularisma adalah satu cara mengasingkan agama daripada kehidupan. Itulah kita hari ni mengasingkan Islam daripada kehidupan dunia. Cara lain adalah dengan menghidupkan maksiat. Kita kena ambil tindakan samada dengan tangan, dengan mulut, atau paling lemah sekali, dengan hati.

Bangun malam buat sembahyang hajat agar kita semua diselamatkan dari fitnah besar ini. Paling kurang pun, fowardkan email ni kepada saudara kita yang lain yang tak tahu menahu tu. Kita kena peka. Ini semua tanggung jawab kita semua.

Akhir sekali, email ini tiada kena mengena dengan ceramah nak berkempen politik atau apa saja. Sekadar meniupkan semangat perjuangan dalam diri kita yang mengaku Islam ini. Ni lah masanya kita bangkit pertahankan agama Islam sebelum terlambat.

#kawan-kawan yang dikasihi, tolong forwardkan email ini untuk pengetahuan dan tindakan kita semua sebagai orang Islam agar perkara ini boleh dijadikan iktibar dan benteng untuk kita mempertahankan akidah kita yang telah di Islamkan atas tiket keturunan dimana dengan sebab ini kita telahpun mendapat banyak rahmat dan belas ihsan dari Allah tanpa perlu melalui hidup Sebagai seorang yang terpesong dari ajaran-Nya dan sentiasa mencari-cari jalan yang betul.

Di harap rahmat Allah dan doa-doa para waliullah dapat melindungi kita sehingga kita kembali ke sisi-Nya. Sementara itu, berhati-hatilah dalam apa jua yang kita lakukan dan sentiasa beringat kepada Allah. Best Blogger Tips

Sunday, September 11, 2011

Angka 2012 Dalam Al-Quran




PENYELIDIKKAN DALAM SURAH AR-RAHMAN MENEMUKAN TARIKH 1433H (2012M) DAN RAKAMAN SESUATU YANG BAKAL BERLAKU.


السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Satu penemuan terkini tentang kod nombor perdana (prime numbers) didalam al-Quran oleh seorang pakar komputer bernama Ali Adam. Beliau juga pernah dijemput oleh European Space Agency untuk kajian hub...ungan gravity dan perubahan masa pada tahun 1999.



Pada tahun 2001 beliau berjumpa dengan pengasas teori fizik terbaru berkenaan Helical Particle Waves dan beliau terus bergabung untuk mengembangkan kajian yang amat diperlukan ketika ini iaitu berkenaan jisim, kuasa elektrik dan kesan tindakbalas magnet.



Beliau menemui corak aturan nombor perdana didalam al-Quran setelah membaca buku bertajuk "Prime Obsession". Ali terus mendapat ilham untuk membuat analisa terhadap ayat yang diulang-ulang sebanyak 31 kali didalam surah ar-Rahmaan. Surah ini merupakan batu loncatan bagi Ali untuk mengkaji tentang peristiwa 2012 didalam al-Quran.



Nombor perdana adalah nombor asli yang lebih besar daripada 1, yang faktor pembahaginya cuma 1 dan bilangan itu sendiri. Sebagai contoh, 2 dan 3 adalah nombor perdana. 4 bukan nombor perdana kerana 4 boleh dibahagi 2. Sepuluh nombor perdana yang pertama ialah 2, 3, 5, 7, 11, 13, 17, 19, 23 dan 29.



Penemuan 2012 dalam al-Quran



Tahun 2012 didalam al-Quran yang dibentangkan oleh Ali adalah berdasarkan tahun hijrah iaitu tahun 1433 yang diolah dari surah Ar-Rahmaan. Dalam surah Ar-Rahmaan Allah menegaskan ayat (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ) sebanyak 31 kali iaitu pada ayat bilangan berikut;



13, 16, 18, 21, 23, 25, 28, 30, 32, 34, 36, 38, 40, 42, 45, 47, 49, 51, 53, 55, 57, 59, 61, 63, 65, 67, 69, 71, 73, 75, 77





dan jumlahnya



13 + 16 + 18 + 21 + 23 + 25 + 28 + 30 + 32 + 34 + 36 + 38 + 40 + 42 + 45 + 47 + 49 + 51 + 53 + 55 + 57 + 59 + 61 + 63 + 65 + 67 + 69 + 71 + 73 + 75 + 77 = 1433



merupakan nombor perdana dan jumlahnya (1+4+3+3=11), juga merupakan nombor perdana!

tetapi paling penting ialah seperti kita maklum sekarang ini kita berada dalam tahun 1432H (2011M), dan kita dapat mengandaikan Allah mungkin menunjukkan suatu kejadian pada tahun 1433H (2012M).





Didapati juga dalam surah tersebut mengandungi 355 patah perkataan, iaitu bersamaan jumlah hari didalam tahun lompat Islam pada tahun 1433H (dikira termasuk huruf Bismillah);





30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 30 + 29 + 30 + 29 + 30 + 29 = 355 days

sumber: http://www.islamicfinder.org/H​ cal/hdate_year.php?year=1433&b​ase=h




Oleh itu kesimpulan dibuat tiap perkataan didalam surah ini menjuruskan kepada hari tahun Islam 1433H (2012M).





Memandangkan ulangan ayat 31 kali mengandungi 4 perkataan (فَبِأَىِّ ءَالَآءِ رَبِّكُمَا تُكَذِّبَانِ), adalah wajar disimpulkan terdapat hubungan penting antara 31 dan tempoh 4-hari dalam 1433H untuk Allah Ar-Rahman memberi peringatan kepada umat manusia bagi mengambil perhatian.





Adalah didapati ayat ulangan yang pertama jatuh pada perkataan bilangan 44 dalam surah tersebut, boleh disimpulkan bahawa satu peristiwa akan berlaku pada tahun 1433H ialah pada hari ke 44 tahun tersebut iaitu pada 7hb. Januari 2012 berlanjutan selama 4 hari, dan ayat ulangan terakhir jatuh pada perkataan bilangan 346 dan dapat disimpulkan peristiwa tersebut akan berlaku pada hari ke 346 tahun 1433H bersamaan 4hb. November 2012 dan berlanjutan selama 4 hari.





Apakah Peristiwa Itu?





Apakah peristiwa penting itu? Mari kita lihat pada bilangan ke -1433 dalam huruf, perkataan dan ayat yang masing-masing bertanda merah.





"Hujan batu meteorite?" pada huruf ke - 1433 dalam ayat Quran [2:24]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم



فَإِن لَّمْ تَفْعَلُوا۟ وَلَن تَفْعَلُوا۟

فَٱتَّقُوا۟ ٱلنَّارَ ٱلَّتِى وَقُودُهَا ٱلنَّاسُ وَٱلْحِجَارَةُ ۖ أُعِدَّتْ لِلْكَٰفِرِينَ


But if you don’t do it, and you shall never do it,

then beware The Fire for which Men and stones are its fuel; it is prepared for the unbelievers.





"Balasan azab berpanjangan" pada perkataan ke - 1433 dalam ayat Quran [2:86]:



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

أُو۟لَٰٓئِكَ ٱلَّذِينَ ٱشْتَرَوُا۟ ٱلْحَيَوٰةَ ٱلدُّنْيَا بِٱلْءَاخِرَةِ ۖ

فَلَا يُخَفَّفُ عَنْهُمُ ٱلْعَذَابُ وَلَا هُمْ يُنصَرُونَ

These are they who buy the life of this world for the hereafter,

so their chastisement shall not be lightened nor shall they be helped.





" Balasan terhadap orang-orang mengadakan dusta" pada ayat ke - 1433 dalam ayat Quran [10:69]



بسم الله الرحمن الرحيم أعوذ بالله من الشيطن الرجيم

قُلْ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَفْتَرُونَ عَلَى ٱللَّهِ ٱلْكَذِبَ لَا يُفْلِحُونَ

Say: Those who forge lies against Allah shall never succeed.

//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////
Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami dan Kami telah mengajarnya sejenis ILMU; dari sisi Kami.
( سورة الكهف , Al-Kahf, Chapter #18, Verse #65)

Kepada Tuhanmu lah terserah kesudahan ILMU mengenainya.
( سورة النازعات , An-Naziat, Chapter #79, Verse #44)
//////////////////////////////​ //////////////////////////////​////////////


Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )

Wallahua'lam
Best Blogger Tips

10 Jenis Makanan Anti-kolesterol


Berikut ini disenaraikan 10 jenis makanan yang boleh mengurangkan kolestrol. Lepas-lepas ni, bolehlah perbanyakkan memakan makanan yang sepeti ini.




1. SOYA
Kacang soya merupakan makanan popular yg diproses untk mendapatkan Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian.Ia juga dpt menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar Lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL)
2. KUACI
Kuaci mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol.
3. BUAH KERING
Antar pelbagai jenis buah kering, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko sserangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima.
4. EPAL
Memakan sebiji epal @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dankemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan.



5. IKAN TUNA
Termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular, selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL.

6. KACANG TANAH
Kacang tanah yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung.

7. MANGGA
Vitamin C banyak terdapat dalam mangga. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh.

8. KISMIS
Mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiap yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%.

9. OAT
Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan oat setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda.

10. JAMBU BATU
Ia mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.
Best Blogger Tips

Fakta Kejahatan Tentang Ariel Sharon




  • Ariel Sharon lahir di Kfar Malal, Palestin dengan nama Ariel Scheinermann pada 27 Februari 1928, ketika bapanya masih menuntut dalam bidang agronomi di Universiti Tbilisi, Georgia, sementara ibunya dalam bidang perubatan.
  • Sharon memang bersifat pelampau kerana sejak berusia 10 tahun lagi sudah terlibat dalam pergerakan pemuda Zionis, Hassadeh (bererti, Medan). Pada usia 14 tahun, Sharon menganggotai pula Gadna, iaitu batalion separuh militer, kemudian Haganah, pasukan separa militer bawah tanah Yahudi. Ketika era pembentukan negara Israel, Sharon dilantik menjadi komanden platon briged Alexandroni, dan mengalami cedera teruk semasa bertempur dengan tentera Jordan di Latrun, Israel.

  • Pada 1949, Sharon dinaikkan pangkat menjadi komander kompani Briged Golani dan tahun berikutnya, pegawai perisik Central Command, seterusnya Ketua Unit 101, iaitu Unit Khas pertama tentera Israel (1951).
  • Di bawah pimpinannya, Unit 101 melancarkan siri serangan yang tidak putus-putus ke atas Palestin dan negara-negara Arab lain. Unit ini dibenci kerana selain tentera, mereka juga menjadikan orang-orang awam sebagai sasaran. Unit 101 menjadi dalang operasi Qibya pada musim luruh 1953 menyebabkan 69 orang penduduk kampung di Tebing Barat, Palestin meninggal dunia, termasuk kanak-kanak.
  • Isteri Sharon, Margalit mati dalam kemalangan kereta pada Mei 1962 menakala anak lelakinya, Gur mati pada Oktober 1967 kerana ditembak oleh kawannya semasa mereka bermain dengan selaras rifel. Selepas kematian Margalit, Sharon mengahwini adiknya, Lily. Lily pula mati pada tahun 2000 akibat kanser.
  • Sharon menjadi komander Briged 202 Israel dalam perang Terusan Suez pada 1956, dan bertanggungjawab merampas kembali kawasan timur Sinai dan Genting Mitla. Sharon juga terlibat merancang dan memimpin pasukan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada Oktober 1973. Sharonlah juga yang mengesan lompang-lompang dalam kemaraan pasukan-pasukan tentera Mesir, lalu menyerangnya hingga tentera Mesir dan negara-negara Asia Barat lain yang bersekutu dengannya, tumbang.
  • Karier politik Sharon bermula pasa 1940 dengan menjadi ahli Mapai (Parti Pekerja dan Tanah Israel), sebelum ditukar menjadi Parti Buruh. Beliau adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti Likud pada Julai 1973 dan dilantik Menteri Pertahanan pada 1981 di bawah Perdana Menteri, Menachem Begin.
  • Dosa Sharon yang tidak akan dilupakan oleh seluruh dunia Islam ialah menjadi dalang pembunuhan keji terhadap pelarian-pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila pada 1982. Sebagai Menteri Pertahanan, Sharon telah mengapikan tentera Kristian Phalengis Lebanon menyerang penghuni khemah pelarian itu, menyababkan hampir 4,000 orang awam yang tidak bersalah, dibunuh dengan kejam.
    Suruhanjaya Kahan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut mengesahkan penglibatan Sharon. sharon akhirnya terpaksa melepaskan jawatan, (namun terus menjadi Menteri Tidak Berpotfolio dalam kabinet Menachem Begin), tetapi itu pun setelah puas didesak dan terjadinya pertempuran antara orang awam Israel dengan tentera negara tersebut.
  • Sharon menjadi menteri di beberapa potfolio dalam kabinet Perdana Menteri-Perdana Menteri berikutnya, hinggalah beliau sendiri menduduki jawatan tertinggi itu pada Februari 2001 selepas Parti Likud pimpinnya memenangi pilihan raya.
  • Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan lagi. Kematian di kalangan pejuang dan orang awam terus meningkat. Pada 14 Disember 2001, Sharon 'memenjarakan' pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.
  • Sharon amat membenci Arafat, hinggakan sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkaat, dia menyesal kerana tidak membunuh Arafat, 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Lebanon pada 1982. Malah Sharon berkata, "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu".
  • Sewaktu Arafat terpenjara, Sharon terus mengarahkan pihak tentara Israel mengganas , membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka. Pada 3 April 2004, Sharon mengeluarkan ancaman bahawa Arafat dan pemimpin pergerakan Hizbullah di Lebanon adalah sasaran pembunuhannya. Ancaman itu dikeluarkan dua minggu selepas tentera Israel membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin ketika ulama itu dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Seminggu selepas mengeluarkan ancaman tersebut, tentera Israel membunuh pula pengganti Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi.
  • 11 November 2004, selepas dua tahun 'dipenjarakan ' di pejabatnya oleh tentera israel, Yasser Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri, dipercayai akibat diracun. Tidak lain tidak bukan, perencana kepada kesengsaraan dan kematian Arafat itu adalah lelaki pendek berbadan gempal yang bernama Ariel Sharon.
  • Pada 16-30 Ogos 2005, Sharon melakukan suatu tindakan yang mengejutkan apabila mengusir 9,480 penduduk haram Yahudi di 21 petempatan haram di Gaza, dan empat lagi di utara Tebing Barat. Tindakannya itu membangkitkan kemarahan pelampau Yahudi, menyebabkan seorang abi bernama Yosef Dayan mengenakan sumpahan Pulsa di-Nura ke atasnya, dengan harapan malaikatmaut akan menyeksa serta mencabut nyawa Sharon.
  • 18 Disember 2005, Sharon diserang strok dan doktor turut mengesan kerosakan pada saraf jantungnya . Beliau diminta berehat sementara menunggu hari pembedahan pada 5 Januari. Sharon enggan mematuhi arahan itu dengan pergi bekerja, dan sebagai imbuhannya, dia diserang strok sekali lagi pada 4 Januari, sehari sebelum dibedah. Pada 8 Januari, Sharon koma sampailah sekarang. Alhamdulillah.
Best Blogger Tips

Jurukamera Bernama TV ditembak , puncanya kerana Bendera Malaysia?


Ini dia Punca Jurukamera Bernama TV kena tembak..?


Mogadishu - Kerajaan Somalia hari ini mengeluarkan laporan lengkap mengenai kematian jurugambar warga Malaysia yang diserang hendap.
Antara yang berada dalam laporan tersebut ialah kekeliruan kumpulan2 pejuang membezakan bendera Malaysia dengan Amerika Syarikat.


"Kumpulan2 pejuang di Somalia tidak pernah dengar nama Malaysia. Dan sentimen anti Amerika (Syarikat), sangat tinggi di sini. Kami (kerajaan Somalia) sudah mengeluarkan garis panduan dan amaran mengenai sentimen anti Amerika Syarikat.
Tetapi pihak Malaysia berkeras mahu mempamerkan bendera Malaysia kerana misi ini adalah misi publisiti politik negara mereka." Jelas jurucakap kerajaan Somalia.
Best Blogger Tips

Thursday, September 8, 2011

HUTANG YANG TAK AKAN PERNAH TERBAYAR


Rasulullah menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah tentang anaknya. Lelaki tua itu berkata: ”Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini setelah engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tak kuharapkan. Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan.” Berlinangan airmata Rasulullah SAW, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: ”Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu.” Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.
Kasih sayang ayah dan ibu adalah hutang yang takkan pernah dapat dibayar oleh seorang anak. Namun ramai anak yang cuba mengungkit setiap pemberian mereka kepada kedua orang tua. Tindakan sebegitu pasti amat melukakan hati keduanya. Tidakkah mereka sedar kehidupan yang dikecapi sekarang bermula dari setitis air mani ayah dan keredaan seorang ibu menanggung derita dalam kehamilan. Jika dapat dihitung segala jasa mereka, sungguh dunia dan seisinya ini takkan mampu membayar balik jasa-jasa mereka.
Pada suatu hari, ketika Abdullah bin Umar sedang melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman sedang memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir dari wajahnya, dia amat keletihan. Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: ”Apakah menurutmu aku telah membayar jasa ibuku atas apa yang telah ia lakukan untukku selama ini? Ibnu Umar menjawab: ”Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya.”
Bagaimana dengan berjuta nafas yang telah dihirup oleh seorang ibu demi bayi di dalam rahimnya? Sentuhannya, dakapan dan titisan air susunya? Sanggupkah kita membayar semua itu? Berapakah harga setiap suapan hasil titik peluh ayah? Harga didikan adab dan ilmu yang diajarkan kepada kita sehingga menjadikan kita mulia di mata manusia?
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: ”Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian tiga perkara dan membenci tiga perkara: Ia mengharamkan derhaka kepada ibumu, membunuh anak perempuan, tidak mahu memberi tapi suka meminta. Ia membenci tiga perkara: Banyak bercakap kosong, banyak bertanya dan menyia-nyiakan harta.” Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Dr. A’id al-Qarni sewaktu membahaskan tentang hadis di atas berkata: Perbuatan derhaka kepada ibu dan ayah adalah seperti memutuskan daripada menziarahi keduanya, tidak memberikan nafkah kepada mereka sedangkan mereka berhak mendapat nafkah, menyakiti hati mereka dan tidak memenuhi hak-hak mereka.
Tiada siapa yang mahu dikatakan dirinya anak derhaka. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seorang anak itu adalah gambaran zahir yang tidak dapat disembunyikan. Pandangan manusia boleh menilai walaupun sifatnya subjektif. Apatah lagi pandangan Allah SWT, siapakah yang boleh menyembunyikan aibnya? Penderhakaan itu akan membekas di hati ibu bapa dan akan dibawa sampai ke mati. Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah ibu bapa mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah SWT cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?
Ada pula yang berani berkata: ”Atas sebab ibu bapa derhaka kepada anak, maka anakpun membalas!” Hati jenis apakah yang sanggup membalas kekhilafan ibu bapanya dengan kejahatan dan dendam? Maknanya jika ibu menampar wajah sang anak, anak pula berhak membalas tamparan itu ke wajah ibunya? Kalau memang ibu bapa itu jahat, apakah mereka akan membiarkan diri kita hidup dari dulu lagi. Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mereka mahu. Mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan?
Ibu bapa kita adalah sumber kekuatan diri kita. Iman tidak sempurna jika kita mencalarkan kebeningan hati mereka. Di tengah kesibukan dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan sang anak, ada satu masa sang anak pasti berasa tersiksa iaitu apabila dia mengingat kembali pelukan dan ciuman kasih ayah ibunya tetapi tiada peluang baginya untuk memohon ampun kepada keduanya.
Kembalilah kepada mereka dengan hati yang ikhlas, sebelum segalanya berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat. ”Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayah ibumu”! Satu prinsip yang diajar oleh Rasulullah SAW sebagai ingatan bahawa kebahagiaan anak itu bermula dari hati ibu bapa yang reda. Best Blogger Tips

Berhutang Tanpa Keperluan Suatu Ancaman Kehidupan Dunia Dan Akhirat



Kehidupan yang serba bergaya melanda masyarakat pada masa kini telah membentuk suatu budaya baru yang negatif iaitu budaya berhutang tanpa keperluan. Bergaya dari sudut perhiasan dan cara berpakaian yang melampau tanpa keperluan atas alasan mengikuti perubahan zaman. Bergaya dengan memiliki tempat penginapan yang serba mewah tanpa memikirkan kemampuan membuat pembiayaan. Memandu kereta mewah yang serba canggih tanpa mengira keseimbangan pendapatan dan perbelanjaan bulanan.
Akibatnya, menjelang awal bulan, ramai yang mula mengerut muka memikirkan bagaimana untuk memastikan dapur terus berasap dan perut diisi. Menjelang hari gaji pada akhir bulan, semua segera berpusu-pusu berbaris di bank untuk menerima gaji dan melunaskan hutang.
Menghadapi keadaan sebegini, pihak pembiaya kewangan pula menawarkan pelbagai pakej ‘hutang’ dengan alasan bagi membantu ‘menyelesaikan’ masalah hutang bertimbun yang telah dibuat tanpa perancangan juga akibat nafsu memiliki sesuatu yang tidak perlu.
Dalam hal ini ‘nasihat’ yang selalu diberi oleh para ‘penasihat kewangan’ ialah dengan jalan ‘korek lubang tutup lubang’. Nasihat ini biasanya berakhir dengan tragedi tertimbus dalam semua lubang hutang yang telah digali tanpa disedari. Laporan pelbagai akhbar suatu masa dulu tentang beban hutang kad kredit yang dialami oleh ramai eksekutif muda adalah bukti menjalarnya budaya negatif di kalangan generasi baru di Malaysia. Cerita kekejaman ‘Along’ peminjam wang yang mengenakan bunga riba yang amat tinggi hingga kini masih menjadi masalah yang berakar umbi dalam masyarakat. Isu para peminjam wang dari institusi kewangan yang diisytiharkan bangkrap atau para penjamin yang diheret sama masih menjadi isu yang sering muncul di dada akhbar tanah air. Demikian juga dengan isu hutang pinjaman pelajaran kerajaan yang tidak dilunas oleh para pelajar yang telah bekerja juga menjadi beban kepada kerajaan. Sedangkan mereka yang berhutang ini sanggup berhutang besar untuk memiliki kereta mewah dengan jalan berhutang yang lebih berisiko. Hal ini semua menunjukkan kurangnya kefahaman terhadap keperluan merancang perbelanjaan dan menilai keperluan untuk berhutang

Bersederhana Dalam Hidup dan Berekonomi Dalam Perbelanjaan

Islam memerintahkan manusia agar mengambil sikap sederhana dalam hidup. Sederhana dalam erti kata memenuhi segala keperluan asasi dan tidak berlebihan dalam perkara bukan asasi seperti perhiasan dan trend gaya hidup. Motto kehidupan yang digariskan oleh al-Quran ialah sebagaimana maksud firman Allah dalam ayat 141 Surah al-An’am: “Dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang melampau.”
Manakala falsafah berbelanja yang mesti dipegang ialah maksud firman Allah dalam ayat 26-27 Surah al-Isra’: “Dan janganlah engkau membelanjakan hartamu dengan boros yang melampau. Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan”.
Inilah gaya hidup Masyarakat Hadhari yang mesti wujud di kalangan umat Islam. Ini adalah perintah Allah SWT. Sewaktu al-Quran memerintahkan kita berbelanja, al-Quran menyuruh kita berbelanja sebahagian daripada apa yang Allah SWT telah kurniakan sebagai rezeki, bukan berbelanja kesemuanya. Apatah lagi untuk berbelanja melalui hutang! Orang yang berbelanja sebahagian daripada hasil rezekinya amat jarang menjadi fakir (serba tidak cukup makan). Sifat bersederhana ini menjadikan seseorang itu tidak perlu untuk berhutang.

Nabi Muhammad SAW tidak suka seorang Muslim yang berhutang. Hutang bagi seorang yang bermaruah adalah umpama ‘pengganggu tidur malam dan punca kehinaan pada waktu siang’. Bahkan Nabi Muhammad SAW sering berdoa memohon agar Allah SWT melindungi baginda daripada tabiat buruk ini. Inilah cara baginda mendidik umatnya. Baginda berdoa yang maksudnya: “Ya Allah, aku mohon perlindungan-Mu daripada kekufuran dan hutang. Sahabat bertanya: Apakah kekufuran itu menyamai hutang wahai Rasulullah? Jawab Baginda: Ya”.
Ya, hutang boleh menjerumus kepada kekufuran dan kehidupan, walaupun kufur di sini bukan bererti kufur akidah. Oleh itu baginda mengajar umatnya untuk sering berdoa sebagai ingatan dan pengawalan untuk diri pada setiap hari. Baginda juga sering berdoa dalam solatnya yang bermaksud: “Ya Allah, sesungguhnya aku mohon perlindungan-Mu daripada dosa dan tekanan hutang. Sahabat bertanya: Sesungguhnya kamu sering memohon perlindungan daripada tekanan hutang wahai Rasulullah. Jawab baginda: Sesungguhnya seseorang itu bila ditekan oleh hutang, dia akan sering bercakap tetapi berbohong dan sering berjanji tetapi memungkiri janji”.
Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahawa tabiat berhutang akan merubah akhlak manusia akibat tekanan daripada masalah berkenaan. Dikatakan bahawa Nabi Muhammad SAW juga enggan menyembahyangkan jenazah orang yang diketahui mati dalam keadaan berhutang yang tidak mahu dijelaskan. Ini adalah sebagai ancaman kepada umatnya agar jangan terjatuh dalam perangai yang buruk ini. Bahkan baginda memberikan gambaran besarnya beban hutang dalam sabda baginda yang bermaksud: “Dosa orang yang mati syahid semuanya akan diampun kecuali hutangnya”.
Darjat syahid adalah amat tinggi dan besar hingga para syuhada’ itu diberi keutamaan atau prioriti bagi menikmati syurga. Tetapi akibat hutang, kedudukan nikmat itu boleh terganggu.
Bila Boleh Berhutang?
Dalam hal ini, seorang Muslim hanya perlu memilih jalan untuk berhutang apabila ada hajat keperluan yang amat mendesak. Dalam pada itupun, apabila jalan hutang telah dipilih, dia tidak boleh mengenepikan sama sekali niat untuk membayar hutang berkenaan. Nabi Muhammad SAW telah memberikan garis panduan yang jelas serta amaran keras bagi mereka yang memilih untuk berhutang dalam keadaan terdesak. Baginda bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang berhutang harta manusia dengan niat hendak membayarnya semula, nescaya Allah akan membayar untuknya, dan sesiapa yang mengambil hutang itu dengan niat hendak memusnahkannya (tidak mahu membayar) nescaya Allah akan memusnahkannya”.

Dosa Hutang Riba Akibat Darurat

Hutang yang Nabi SAW benarkan iaitu dalam keadaan terdesak tadi hanyalah hutang yang dilakukan tanpa riba. Ini adalah hutang dalam keadaan darurat dan akibat tekanan keperluan. Persoalannya, fenomena kini ramai yang berhutang melalui skim riba. Lebih menyedihkan hutang berkenaan adalah lebih banyak dalam bentuk hutang yang tidak perlu dan bukan darurat.
Hukum dan dosa riba adalah amat berat menurut pandangan Islam. Islam melaknat semua pihak yang terlibat dalam transaksi ini. Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: “Allah melaknat pemakan riba, wakilnya, dua orang saksinya dan penulisnya”. (Hadis riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Turmuzi dan disahihkannya, al-Nasaie dan Ibnu Majah).
Walaupun demikian, bagi mereka yang terdesak berhutang kerana darurat yang mendesak dan terpaksa serta tiada alternatif atau pilihan lain kecuali pinjaman atau hutang dengan riba, Professor Dr Yusuf al-Qardhawi dalam fatwanya di laman web islam-online.net bertarikh 24 April 2005 menyatakan bahawa yang menanggung dosa transaksi riba dalam hal ini hanyalah pihak yang menerima atau mengambil riba itu sahaja dengan 4 syarat iaitu:
i. Wujud darurat hakiki, bukannya sekadar untuk bermewah dalam keperluan atau perhiasan. Darurat bererti keperluan asasi di mana jika ia tidak diperolehi mengakibatkan kemusnahan seperti makanan asasi, dan perubatan yang mesti dilakukan.
ii. Kebenaran ini hanya pada kadar memenuhi hajat sahaja.
iii. Hendaklah berusaha sepenuhnya untuk keluar dari kemelut kewangan ini dan saudara seislam yang lain hendaklah membantunya. Jika tiada barulah dibenarkan dalam batasan keperluan sahaja.
iv. Dia melakukannya dalam keadaan terpaksa, marah dan benci hinggalah Allah SWT memberikannya jalan keluar.
Jelasnya, hanya dalam keadaan ini ada keampunan Allah SWT dan Allah SWT pasti akan memudahkan jalan pelunasan hutang itu nanti jika niatnya adalah benar. Oleh itu, Islam awal-awal lagi telah mengajar umatnya agar tidak menyusahkan diri dengan hutang kerana dibimbangi mati dalam keadaan masih berhutang. Islam juga melarang pembaziran dalam perkara-perkara mewah walaupun menggunakan wang milik sendiri. Bahkan larangan adalah lebih keras dengan cara berhutang. Kalau terpaksa juga dan hanya ada jalan hutang riba, maka dosa hanya bagi pemakan riba dengan syarat hutang bagi perkara yang perlu sahaja dalam lingkungan darurat. Ukuran darurat adalah amat jelas, tepuk dada tanya iman! Jika perlukan hutang RM10 maka haram jika berhutang RM11! Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts