And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, August 22, 2011

JENIS-JENIS MAKANAN DAN MINUMAN YANG BESAR KEBERKATANNYA





(1) Tsarid (Bubur Daging)

Tsarid (bubur daging) memiliki keutamaan dibandingkan makanan yang lain, di antara banyaknya hadis soheh menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagamana disebutkan di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Nabi saw bahawa beliau bersabda:

“Keutamaan ‘Aisyah dibandingkan semua wanita, bagaikan keutamaan tsarid (bubur daging) atas semua makanan”.
H/R Muslim

Diriwayatkan dari Salman Al-Farisi secara marfu’ bahawa Nabi saw bersabda:

“Keberkatan itu terdapat di dalam tiga perkara: berjamaah, tsarid (bubur daging) dan makan sahur”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1045

Diriwayatkan dari Asma’ binti Abu Bakar r.a bahawa:

Apabila dirinya membuat tsarid (bubur daging), ia menutupinya dengan sesuatu sehingga hilang asapnya. Ia berkata: “Aku mendengar Rasulullah saw bersabda”: “Sesungguhnya Tsarid (bubur daging) merupakan berkat yang paling besar”.
H/R Ahmad dan Ad Darimi

Ibnu Qayyim Al-Jauziah berkata: “Meskipun tsarid(bubur daging) merupakan makanan campuran. Tetapi ia campuran dari roti dan daging. Roti adalah makanan terbaik dan daging adalah lauk yang terlazat. Bila keduanya bercampur, maka tidak ada lagi yang menyamainya”.
Lihat: Zadul Ma’ad jilid 4 halaman 265

(2) Susu

Berkenaan dengan keberkatan susu, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Ummu Salim Ar-Rasin bahawa ia berkata: “Aku mendengar ‘Aisyah r.a mengatakan:

“Apabila dihidangkan susu kepada Rasulullah saw, beliau bersabda: “Keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ibnu Majah

 Dari ‘Aisyah r.a bahawa ia mengatakan:

“Apabila Rasulullah saw diberi susu, beliau bersabda: “Betapa banyak rumah yang di dalamnya terdapat satu keberkatan atau dua keberkatan”.
H/R Ahmad

(3) Kurma

Berkenaan dengan keberkatan kurma, ada beberapa hadis yang menyebutkan keutamaan tersebut. Sebagaimana hadis berikut ini yang diriwayatkan dari Anas r.a bahawa ia berkata: “Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik baik kurma adalah al-barniy. Ia boleh menghilangkan penyakit dan tidak mengandungi penyakit”.
H/R Ibnu Adi, Baihaqi dan Ad Dhiya

Rasulullah saw juga bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, maka kelaparanlah bagi penghuninya atau laparlah penghuninya”.
H/R Muslim dan Tirmizi

Diriwayatkan dari Ubaidillah bin Rafi’ dari neneknya, Salma r.a bahwa Rasulullah saw bersabda:

“Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, bagaikan rumah yang tidak ada makanannya”
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 1776

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma”.
H/R Ibnu Hibban dan Baihaqi

Keberkatan kurma ‘Ajwah Madinah

Diriwayatkan dari ‘Aisyah r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersaba:

“Pada kurma ‘ajwah ‘aliyah dipermulaan pagi sebelum sarapan adalah penyembuh dari setiap sihir dan racun”.
H/R Ahmad

Juga dikeluarkan muslim dengan lafal yang tidak disebutkan kata “’Alariq”:

“Di dalam kurma ‘ajwah’aliyah terdapat penyembuh atau ubat penawar racun di pagi hari”
H/R Muslim

Sheikh Al-Albani mengatakan “Hadis ini memiliki penguat dari hadis Sa’d bin Abi Waqqash yang marfu’ dengan lafal:

“Siapa saja makan tujuh kurma ‘ajwah tanah Madinah sebelum sarapan, tidak ada sesuatu pun yang membahayakannya pada hari itu hingga pagi”. Perawi berkata:
“Aku menduga beliau bersabda: “Dan jika memakannya ketika petang, tidak ada sesuatu pun yang membahayakan hingga pagi”.

(4) Madu

Adapun madu lebah, maka berkatnya besar sekali. Cukuplah kita mendapatkan penjelasan mengenai keberkatan ini dari firman Allah Ta’ala:

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah, “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibuat manusia!. Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu)! Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapt ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memikirkan.
Surah An-Nahl ayat 68-69

Allah swt telah mamuliakan madu dengan menjadikannya minuman untuk penduduk syurga sebagaimana firmannya:

“…Dan sungai-sungai dari madu yang disaring. Dan mereka memperolehinya didalam segala macam buah-buahan dan ampunan dari Tuhan mereka….
Surah Muhammad ayat 15

Keutamaan madu juga disebutkan dalam banyak hadis Rasulullah saw. Kita teliti hadis-hadis berikut.

“Diriwayatkan dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

“Madu adalah penyembuh segala penyakit, sedang Al-Quran adalah penyembuh segala penyakit di dalam dada. Maka dari itu, hendaklah kalian berubat dengan dua penyembuh, iaitu Al-Quran dan Madu”.
H/R Ibnu Majah dan Hakim

“Diriwayatkan juga dari Ibnu Mas’ud r/a bahawa Rasulullah saw bersabda:

Hendaklah kamu berubat dengan dua penyembuh, Madu dan Al-Quran”.
H/R Ibnu Majah, Ibnu Mardawaih dan Hakim

 Madu benar-benar adalah ubat yang hebat sebagaimana yang diriwayatkan Abu Sa’id Al-Khudri r.a bahawa ia berkata:

“Ada seorang lelaki datang kepada Nabi saw lalu berkata: “Ya Rasulullah, saudaraku sakit perut”. Rasulullah bersabda kepadanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu melakukannya, lalu datang kembali kepada beliau dan berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi malah bertambah sakit”, Orang itu mengulangi sampai tiga kali. Ketika ia datang ke empat kalinya, Rasulullah saw bersabda padanya: “Minumkan madu padanya! Orang itu berkata: “Aku telah memberinya madu, tetapi bertambah sakit”. Rasulullah saw bersabda: “Maha benar Allah dan berdustalah perut saudaramu, minumkan madu padanya!” Orang tu melakukannya dan sembuhlah sakit saudaranya itu”.
H/R Bukhari dan Muslim

(5) Air Zam-Zam

Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi dan yang paling bermanfaat adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat penyembuh dari segala penyakit, pengenyang dari setiap rasa lapar dan penyegar dari rasa haus. Ini sebagaimana yang diriwayatkan dari Ubadah bin Shamit r.a bahawa ia berkata:

Abu Dzar menuturkan dalam hadis yang panjang, lalu ia menyebutkan pertanyaan Nabi saw kepadanya, Sejak bila kamu di sini? Aku (Abu Dzar) menjawab, Kami di sini sejak 30 hari, siang dan malam”. Beliau saw bertanya: “Siapa yang memberikan kamu makan? Aku menjawab: “Tidak ada makanan padaku kecuali air zam-zam. Aku menjadi gemuk sampai perutku buncit, dan tidak aku dapati rasa lapar dalam perutku. Lantas beliau saw bersabda: “Sesungguhnya itu air yang diberkati, makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Muslin dan At Thayalisi

“Rasulullah saw juga bersabda:

“Sesungguhnya itu air yang diberkati. Ia makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Abu Daud an At Thayalisi

Dari Abu Dzarr bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Air zam-zam adalah makanan yang mengenyangkan dan penyembuh penyakit”.
H/R Ibnu Abi Syaibah dan Al Bazzar
   
Dari Ibnu Abbas r.a bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sebaik-baik air yang ada di bumi adalah air zam-zam. Di dalamnya terdapat pengenyang dari segala rasa lapar dan penyembuh penyakit. Dan seburuk-buruk air yang ada di bumi adalah air yang ada di lembah Badhut daerah Hadramaut, seperti kaki serangga belalang. Kalau pagi memancar dan petang hari tidak ada airnya”
H/R Thabrani dan Ad Dhiya

(6) Minyak dari Pokok Zaitun

Cukuplah sebagai dalil untuk kita akan keberkatan pokok zaitun sebagaimana firman Allah swt:

“Allah (pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi, Perumpamaan cahaya Allah adalah seperti satu lubang yang tidak tembus yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca, (dan) kaca itu seakan-akan bintang (bercahaya) seperti mutiara yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkatnya, (iaitu) pokok zaitun yang tumbuh tidak disebelah timur dan tidak pula di sebelah barat, yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis)…….
Surah An Nuur ayat 35

Dari Abi Usaid Al-Anshari bahawa ia berkata: Rasulullah saw bersabda:

“Makanlah minyak zaitun! Sesungguhnya ia diberkati. Berlauklah dengannya dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia keluar dari pokok yang diberkati”
H/R  Ahmad, Ad Darimi dan Tirmizi

Hadis di atas juga tetapi diriwayatkan dengan lafaz yang berbeza-beza, iaitu hadis dari Umar, Abu Usaid, Abu Hurairah, Abdullah bin Abbas tentang sabda Nabi saw:

Makanlah minyak zaitun dan berminyaklah dengannya! Sesungguhnya ia dari pokok yang diberkati”.
Lihat Silsilah Al Hadis As Sohehah, hadis no 379

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, telah berjaya saya susunkan untuk pembaca tentang cara mendapat keberkatan pada makanan dan jenis-jenis makanan yang mendapat keberkatan yang telah ditetapkan oleh Allah dan RasulNya. Semoga artikel ini dapat memberikan Ilmu yang bermanfaat kepada pembaca dan diharap ilmu ini dapat disebarkan. Insyaallah.
Best Blogger Tips

Kongsi Gelap & Illuminati, Ketakutan Mereka Kepada Bangsa Melayu



Untuk kali ini saya ingin mengulas tentang budaya kongsi gelap dan  arah kebangkitan Islam dari Timur. Sesungguhnya golongan freemason Illuminati ini mempunyai agenda dan rancangan yang hebat untuk memastikan mereka menjadi Tuhan di dunia ini. Ketika pengaruh Islam semakin lama semakin subur di Asia Tenggara, para pemimpin besar dan pengikut tegar Iblis Illuminati semakin risau dengan perkembangan ini. Pada zaman dahulu ketika masyarakat Eropah masih tidak mengetahui tentang dunia Nusantara kecuali dari manuskrip-manuskrip purba di Perpustakaan Diraja Iskandariah (Alexandria Library) Egypt, terdapat banyak mitos tentang dunia sebelah sini (Timur). Namun Dajjal telah lama tahu tentang Dunia Melayu ini dan ke mana keturunan Rasullullah s.a.w memulakan kehidupan baru mereka. Melalui perjumpaan-perjumpaan rahsia para penyembah Iblis, Dajjal The AntiChrist telah memaklumkan kepada raja-raja Eropah (kerabat diraja Eropah sememangnya diketahui taksub dengan kelompok-kelompok rahsia dan amalan sihir) di dalam 'inner circle' supaya cepat-cepat membiayai ekspedisi-ekspedisi ke Timur Jauh. Tujuannya ialah UNTUK MENCARI SIAPAKAH YANG MENGISLAMKAN PARAMESWARA DAN RAJA-RAJA MELAYU PURBA DI NUSANTARA. Raja-raja Eropah pun bertungkus-lumus memajukan teknologi perkapalan mereka dan merekrut ramai anak kapal.

Walaupun Portugis telah berjaya bertapak di Melaka, namun mereka begitu sukar hendak meluaskan pengaruhnya di seluruh Tanah Melayu, ini kerana tentangan sengit daripada pelbagai penjuru seperti dari Kerajaan Johor-Riau, kerajaan-kerajaan kecil di Tanah Melayu dan Kerajaan Acheh begitu sukar buat mereka meluaskan pengaruh. Orang-orang Melayu di Tanah Melayu lebih baik sedikit dari kepulauan Indonesia dari segi perpaduan, ini kerana di Indonesia, suku kaumnya lebih kompleks dan ragam bahasanya lebih banyak. Ini yang membuatkan Belanda lebih mudah menjajah Indonesia.Tetapi teori ini tidak boleh dipakai di Tanah Melayu. Komposisi kaum di Tanah Melayu perlu dirumitkan supaya teknik 'Divide and Rule' dapat dilaksanakan.


Belanda juga menyerah kalah di Melaka setelah mengambilalihnya dari Portugis walaupun mereka berjaya mengendalikan Indonesia yang besar tetapi mereka masih kabur dengan keadaan di 'Semenanjung Emas' yang begitu misteri buat mereka sebagai bangsa Eropah. Mereka cuba bertapak di Perak tetapi loji-loji mereka di Sungai Perak telah dimusnahkan. Apa yang membuatkan mereka takut di Perak amatlah misteri. Tetapi The Hidden Hand tidak berputus asa, dia pun menghantar British (Inggeris adalah pangkalan terhebat dan terbesar The Hidden Hand ketika itu) untuk meninjau peluang untuk menguasai Tanah Melayu. Setelah mengkaji komposisi kaum dan keadaan di Tanah Melayu, wakil Illuminati Inggeris telah mengambil keputusan untuk membawa masuk ramai pekerja-pekerja Cina dan India ke Tanah Melayu. Mengapa Cina dan India? Kerana dua negara ini mempunyai tenaga manusia yang ramai dan miskin. Memecahkan komposisi penduduk di Tanah Melayu amatlah penting untuk merealisasikan satu cabang dari prinsip Freemason-Illuminati 'Ordo Ab Chao' iaitu Divide and Rule atau Pecah dan Perintah.


Semakin ramai pekerja Cina di Tanah Melayu. Mereka banyak bekerja di tapak-tapak perlombongan ketika itu. Di antara mereka adalah ketua-ketua dan wakil-wakil 'secret societies' Cina yang menganut fahaman Illuminati dan juga ejen-ejen Freemason. Merekalah yang menubuhkan pelbagai kongsi gelap bagi orang-orang Cina. Apabila majoriti pekerja Cina sudah ramai, mereka dipecah-pecahkan untuk menyertai pelbagai kongsi gelap dan ketika inilah masanya untuk bermain api. Perebutan kawasan perlombongan bijih cuma merupakan sebahagian taktik sahaja. Contoh yang terbaik ialah di Perak, negeri yang pertama menerima Residen British di Tanah Melayu. Dua kongsi gelap terbesar iaitu Ghee Hin dan Hai San telah bertempur dalam siri Perang Larut, mengakibatkan British campur tangan di Perak. Taktik ini juga digunakan di kesemua negeri-negeri yang akhirnya menjadi Negeri-negeri Melayu Bersekutu. JELAS DI SINI, YANG MEMBUAT KEKACAUAN BUKANLAH ORANG-ORANG MELAYU,TETAPI ORANG LUAR. Orang luar yang membuat kekacauan dan orang luar yang datang masuk menjajah. Tanpa bantuan para konspirator dari kalangan Chinese Illuminist dan tuan Eropah mereka, maka sampai kiamat pun British tidak dapat menjajah Tanah Melayu. Cuba kita renungkan, British boleh sahaja membawa angkatan perangnya menyerang Tanah Melayu sepertimana Belanda menjajah Indonesia dan Sepanyol menjajah Filipina, tetapi mengapa British bersusah payah membuat perjanjian demi perjanjian, strategi dan siasah serta mengekalkan sultan-sultan?Kita boleh lihat taktik Illuminati-Inggeris di tempat-tempat lain. India misalnya, raja-raja Hindu dan Moghul dibunuh atau dilucutkan takhtanya dan warisan dirajanya dimusnahkan. INI MEMBERIKAN SIGNAL YANG JELAS TERUTAMANYA KEPADA DYMM RAJA-RAJA MELAYU ! GOLONGAN ILLUMINATI-FREEMASON AMAT TERINGIN UNTUK MENAMATKAN RIWAYAT KESULTANAN MELAYU. Raja-raja Pattani telah dikejar sehingga ke Kedah dan Perak dan dibunuh dengan kerjasama orang-orang Thai. Kesultanan Jawa juga telah ditamatkan kuasa politiknya oleh Belanda dan kini tiada apa-apa pun kepentingan sekadar wujud untuk dijadikan 'muzium hidup' di Indonesia. Kesultanan Sulu sudah lama pupus. Cuma yang tinggal ialah Kesultanan Melayu di Tanah Melayu dan Kesultanan Brunei. Inilah dua Kesultanan Melayu yang masih gagah berdiri setelah pelbagai perancangan Illuminati-Inggeris ke atas mereka. Sementara itu di jajahan-jajahan Inggeris yang lain, pemerintah-pemerintah mereka terus dihapuskan tanpa banyak soal. Maharaja China berjaya dihapuskan dengan mudah sekali (China tidak dijajah British secara langsung tetapi secara halus dengan anjing-anjing penjajah yang berkeliaran di sana sini merosakkan orang-orang Cina dengan candu dan menghasut mereka menggulingkan maharaja, China juga terpaksa tunduk dengan kehendak British selepas kekalahan memalukan China dalam siri Perang Candu, hanya Hong Kong dijajah British).


Dan di tempat-tempat lain seperti di Afrika dan Kepulauan Pasifik, kesemuanya menjadi jajahan total mereka, namun Tanah Melayu nampaknya naik sedikit darjat jajahan mereka sebagai 'Negeri Naungan Ratu Inggeris'. Mengapa? Kerana Tanah Melayu masih mempunyai pemerintah. Dan Inggeris hanya mampu mengacau melalui residen-residen mereka. Tidak seperti di negara-negara lain yang dijajah secara total di mana pemerintah tempatan dihalau atau dibunuh dan Inggeris memerintah secara langsung, sultan-sultan Melayu masih mampu menulis surat kepada Ratu Inggeris dengan gelaran 'Sultan' atau 'Pemerintah' walaupun Ratu Inggeris tahu bahawa itu adalah negeri naungan British, dengan kata lain adalah jajahan mereka. PERANCANGAN ILLUMINATI TERHADAP BANGSA MELAYU AMATLAH ANEH SEKALI. Segala-galanya dilakukan dengan amat teliti terhadap bangsa spiritual ini. Jika tersilap perancangan, maka akan terangkatlah satu kuasa misteri lagi rahsia bangsa ini. Kuasa ini tidak boleh dikalahkan dengan seribu angkatan perang. Tidak boleh dikalahkan dengan seribu jeneral perang terlatih. Kuasa ini boleh ditidurkan. Mengapa British tidak menghantar sahaja angkatan perangnya untuk menyuraikan perarakan-perarakan menentang Malayan Union padahal Malayan Union adalah 'masterpiece' yang telah dirancang beratus tahun sebelum itu oleh The Hidden Hand? Semata-mata perarakan sahaja boleh memadamkan hasrat Malayan Union oleh Dajjal Laknatullah? APA RAHSIANYA?


Bangsa Melayu adalah satu bangsa bertamadun. Ini diakui oleh para penjajah mereka. Apabila mereka sampai ke dunia sebelah sini, betapa terkejutnya mereka dengan satu bangsa aneh yang telah mempunyai kerajaan sendiri, organisasi masyarakat yang tersusun, kostum dan pakaian yang kemas, cara hidup yang tersusun dan yang paling mengejutkan mereka ialah majoritinya menganut agama Islam? Padahal kaum-kaum di sekeliling mereka hanya memakai cawat dan kurang bertamadun tetapi bangsa misteri ini telah mampu membuat kapal perang. Mereka telah terlambat untuk menguasai satu bangsa spiritual yang akan menamatkan segala ramalan kitab-kitab kuno. Sebab itu ketika The Hidden Hand (Dajal gemar mengembara ke seluruh dunia untuk memahami karektor sesuatu bangsa) yang telah sampai dahulu di Nusantara, apabila kembali ke Eropah bertemu dengan para pembantunya di kalangan para penyembah Iblis, menceritakan satu bangsa yang menepati ramalan dalam 'the Holy Scriptures' dengan tegas menyatakan:


"Cepat cari bangsa itu, Kristiankan mereka atau kamu semua akan musnah!"


Sebab itu di dalam buku-buku sejarah, orang-orang Eropah berlumba-lumba mencari jalan ke Timur, dunia misteri yang diidam-idamkan oleh The Hidden Hand. Benua Amerika, Afrika dan India bukanlah tujuan mereka. Itu adalah 'rezeki terpijak' dalam perjalanan mereka mencari bangsa misteri. Beratus tahun mereka menangani bangsa Arab sudah tentu mereka tidak mahu masalah lain bertambah jika bangsa Melayu diIslamkan. Tetapi mereka terlambat. PERANCANGAN ALLAH S.W.T. LEBIH SEMPURNA DARI MEREKA. Sebab itu apabila Portugis menapak di Melaka, organisasi Jesuit (satu organisasi Christian Zionist yang amat licik) telah menghantar satu paderi agungnya iaitu St. Francis Xavier untuk mengkristiankan orang-orang Melayu. Tetapi perancangan itu gagal sama sekali.


Pemerintahan Portugis yang kejam di Melaka telah menggagalkan usaha-usaha The Hidden Hand. Portugis pun dihalau dari Melaka dan digantikan oleh Belanda (Dajal tidak peduli nyawa atau kepentingan orang lain, jika tidak diperlukan maka 'habis madu sepah dibuang' . Tetapi Belanda berkelakuan amat aneh di Melaka. Tindakan-tindakan kejamnya di Indonesia tidak pula dipraktikkan di Melaka. MEREKA MENGAKUI DENGAN SEBENAR-BENARNYA BAHAWA BANGSA MELAYU TIDAK BOLEH DILAYAN KEJAM. Belanda dan Inggeris telah belajar dari kegagalan Portugis. Setelah mempelajari karektor bangsa Melayu, maka tahulah mereka bahawa ORANG-ORANG MELAYU LEBIH SUKAKAN DIPLOMASI DARI KEKERASAN. Sebab itu Inggeris lebih 'beradab' melayan bangsa Melayu di Tanah Melayu berbanding bangsa-bangsa lain di jajahan-jajahan mereka yang lain. Bangsa Melayu lebih di'manjakan' Inggeris terutama golongan bangsawan, para kerabat diraja dan sultan-sultan. Peristiwa pemberontakan dan pembunuhan ke atas J.W.W Birch di Perak amat-amat mengajar British supaya menghantar residen yang memahami karektor orang Melayu. Sebab itu Hugh Low yang dihantar menggantikan J.W.W Birch merupakan seorang yang telah sedia mengkaji sensitiviti orang Melayu. Di suatu ketika, British menggunakan kekerasan, di suatu ketika tindakan British seperti ditahan-tahan. Padahal bukan susah untuk mengerahkan bala tenteranya untuk meruntuhkan takhta sultan-sultan, membunuh mereka dan memerintah Tanah Melayu dengan kekerasan seperti yang telah dilakukan di India. PIHAK INGGERIS MEMANG HENDAK MELAKUKAN BEGITU TETAPI DINASIHATKAN OLEH THE HIDDEN HAND supaya memperlahankan tindakan mereka. APA RAHSIANYA?


DAJJAL LAKNATULLAH AMAT TAKUT PEPERANGAN BERLAKU DI ANTARA INGGERIS DAN BANGSA SPIRITUAL DI BUMI MELAYU DAN INI SEOLAH-OLAH MEMPERCEPATKAN RAMALAN-RAMALAN DALAM 'THE HOLY SCRIPTURES' SEPERTI KEBANGKITAN IMAM MAHADI DAN TURUNNYA NABI ISA A.S


Melalui 'secret societies' di China dan England, Dajjal The AntiChrist telah merangka pelan jangka panjang untuk menawan Nusantara. Ramai penyelidik konspirasi tahu tentang pelan Illuminati-Zionis dalam merangka pelan beratus tahun bagi penubuhan negara Israel, tetapi majoriti mereka masih tidak tahu tentang pelan Illuminati untuk menubuhkan pangkalan di Singapura. INILAH PELAN PALING LICIK DAN TERSEMBUNYI DARI ILLUMINATI.


Kongsi-kongsi Gelap Cina


Satu daripada nama kongsi gelap yang terkenal adalah Heaven and Earth Society. Nama-nama yang lain adalah seperti Hung League dan Three United Association. Freemason sememangnya telah lama berminat kepada kongsi-kongsi gelap ini malah beberapa ahli Freemason telah membuat kajian mendalam serta menulis buku mengenainya termasuk G. Schlegel (The Hung League. 1866) dan J.S.M Ward (The Hung Society. 1925). Sejarah China adalah satu sejarah berkenaan dinasti-dinasti yang memerintah dan penubuhan banyak kongsi gelap untuk menentangnya. Merentasi sejarah China, hanya satu cara untuk menentang para raja dan pemerintahan pusat iaitu melalui kongsi gelap. Kongsi gelap adalah jawapan kepada orang-orang yang tidak mempunyai kuasa,terpinggir atau teraniaya, untuk menentang penindasan atau apa jua yang mengakibatkan kesedihan dan malapetaka kepada kehidupan mereka.


Mereka tidak pernah kekurangan anggota dalam kongsi gelap dan tidak juga kekurangan alasan untuk memujuk orang-orang miskin dan tertindas untuk menyertai kongsi-kongsi gelap.Berbeza dengan 'secret societies' di Eropah di mana umumnya ahlinya terdiri dari golongan pertengahan dan elit, kongsi-kongsi gelap Cina adalah terdiri daripada orang-orang miskin dan bawahan. Bilangan rakyat China yang ramai adalah sebab utama 'The Hidden Hand' mahu mempergunakan orang-orang Cina. Mereka dijadikan 'pawn of the game' dalam usaha 'The Hidden Hand' mahu menubuhkan pangkalannya di Singapura.


ORANG-ORANG CINA IBARAT BENTENG MANUSIA BARISAN HADAPAN BAGI MENGHADAPI PENENTANGAN MUSLIM MELAYU.


Jika peperangan terjadi, orang-orang Cina yang akan terbunuh dahulu dengan segala AMUKAN DAN PARANG TERBANG dari Bangsa Melayu. Bangsa kesayangan The Hidden Hand,Yahudi Zionis dan hamba kesayangannya, Christian Zionist (Freemason sebagai contoh) sudah pasti terselamat dari amukan orang-orang Melayu dan sempat melarikan diri sambil memijak mayat-mayat orang-orang Cina sebelum merancang pelbagai pelan untuk membuat 'counter attack'.


Orang-orang Melayu adalah satu bangsa yang suka MEMENDAM RASA. Sikap mereka misteri dan pendiam. Mereka tidak suka mencetuskan kekacauan serta-merta jika mereka diganggu, diprovoke atau diusik sensitiviti mereka. TETAPI MEREKA AKAN MEMENDAM PERASAAN DEMI PERASAAN DENDAM MEREKA sehingga ke tahap kritikal dan 'psycho'. Apabila sampai satu tahap, ALTER AMUK mereka akan meletus. Inilah yang cuba dihindarkan setiap penjajah mereka. Dari mana perkataan 'amok' dalam bahasa Inggeris diambil? Lihat, bahasa Inggeris terpaksa meminjam perkataan 'amuk' dari bahasa Melayu untuk menerangkan fenomena ini disebabkan mereka tidak mempunyai konotasi yang tepat dari bahasa mereka untuk menjelaskan jenis psikologi ini.


Alter amuk adalah seolah-olah eksklusif untuk bangsa Melayu walaupun semua manusia turut mengamuk jika berada pada tahap tertentu. Jika kita lihat di Barat, sudah menjadi trend para pelajar yang dibuli atau menghadapi tekanan perasaan yang teruk untuk memikul senjata menembak secara rambang ke arah pelajar-pelajar lain. Tetapi setiap orang Melayu tulen amnya menyimpan alter berbahaya ini. Istimewanya, mereka pandai mengawal dan menggunakannya. Jika tidak,sudah tentu tidak ada seorang pun Cina atau India rasis dan chauvinist dapat hidup di bumi Melayu ini..


JIKA KAUM-KAUM LAIN PANDAI MENGHORMATI BUDAYA DAN AGAMA MEREKA, TIDAK MENJADI MASALAH BUAT ORANG-ORANG MELAYU UNTUK TURUT MENYAMBUT MEREKA DENGAN SENYUMAN DAN MENGHORMATI MEREKA KEMBALI.


Ingat, orang-orang Melayu sukakan diplomasi dari kekerasan. Inilah salah satu hasil kesimpulan Francis Light, Stamford Raffles atau Frank Swettenham dari pengalaman mereka di Tanah Melayu.


Kongsi-kongsi gelap semakin popular di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Pertamanya, majoriti orang-orang Cina yang dibawa ke Tanah Melayu terdiri dan rakyat bawahan yang miskin dan melarat, jadi kongsi gelaplah harapan mereka untuk mengadu segala masalah kehidupan mereka ketika di perantauan. Mereka dapat berkongsi suka duka bersama dan masalah yang sama di dalam kongsi-kongsi gelap ini. Keduanya, siapa yang menjadi ejen British di China bagi urusan membekalkan orang-orang Cina ke Nusantara (perlu diingat di tempat-tempat lain di Kepulauan Melayu contohnya di Indonesia juga menghadapi keadaan yang sama), khasnya di Tanah Melayu? Mereka adalah juga KONGSI-KONGSI GELAP INI. Merekalah ejen-ejen yang bekerja mengumpulkan orang-orang Cina dari wilayah-wilayah miskin yang tidak mempunyai harapan terhadap tanahair mereka yang penuh kekacauan dan pemberontakan untuk disumbat ke dalam tongkang-tongkang ke syurga perdagangan di Singapura dan Tanah Melayu.Semua ini berjalan lancar lebih-lebih lagi selepas Kerajaan China terpaksa menandatangani perjanjian dengan pihak British untuk membenarkan Illuiminati Inggeris 'menculik' rakyat China untuk memecahkan komposisi kaum di Tanah Melayu dan menubuhkan pangkalan Yahudi di Singapura.


Rakyat China miskin yang 'innocent' tidak mengetahui apa-apa perancangan Yahudi dan Kristian Zionis ke atas mereka. Orang-orang Cina yang paling malang adalah yang terlibat dalam tragedi 13 Mei 1969, menjadi korban mudah Illuminati dan Zionis, mati dalam keadaan keliru dan menyedihkan. Juga para pegawai istana serta maharaja mereka yang telah lama menghidu taktik Barat, juga tidak bersalah dalam hal ini malah mereka juga menjadi korban para penyembah syaitan Illuminati.


Budaya-budaya komunism ini juga telah cuba diselitkan dalam perjuangan tentera fisabilillah oleh Bangsa Melayu. Tentanglah komunism ini dari menular dalam perjuangan kita bangsa Melayu! Jangan berpecah belah sesama kita dan kembalilah ke pangkal jalan... ke jalan putih yang sebenar. Duit adalah dewa yang digunakan dalam kongsi gelap, kenapa perlu ikut budaya komunis Cina sedangkan kita lebih hebat dari mereka? Perjuangan kita kerana Allah S.W.T. dan bukan kerana Duit.


Sekian.

Best Blogger Tips

Sunday, August 21, 2011

Rahsia Simbol PEACE


Simbol ini berasal dari simbol syaitan yang diamalkan semasa upacara keagamaan Yahudi. Simbol ini telah digunakan oleh Yasser Arafat (Bekas Presiden Palestin), Richard Nixon (Bekas Presiden amerika) dan Winston Churchil (Bekas Presiden Amerika).

Lambang kedamaian pada tangan sebenarnya simbol gerakan Illuminati.Tanda “v” mempunyai pelbagai sejarah. V (tanda tangan) adalah tanda huruf Roman yang bermaksud nombor 5 dan Adam Weishaupt menggunakan simbol ini dalam gerakan rahsianya iaitu Illuminati (pertubuhan Yahudi). Ahli-ahli Illuminati akan menggunakan simbol ini sebagai tanda “Law of Fives” (Hukum Lima).

Di dalam tulisan Yahudi, huruf V (Van) bermaksud ‘Nail’ (Kuku). The Nail adalah salah satu tanda rahsia Syaitan yang digunakan dalam upacara penyembahan berhala. Syaitan ingin membiarkan kita tahu bahawa itu adalah tanda kegemarannya. Anton Lavey, pengasas Church of Satan (Gereja Syaitan), menggunakan simbol PEACE sebagai latar belakang mimbar upacara penyembahannya.Salah seorang penyelidik menegaskan, simbol PEACE adalah dari simbol kumpulan Yahudi yang anti Kristian (antiChrist). Mereka mengambil salib kristian dan mematahkannnya ke atas dan menerbalikkannya ke bawah. Tanda 3 palang yang menghala ke bawah membawa maksud ; Past (Palang kanan), Present (Palang tengah) dan Future (Palang kiri)
Gambar sebelah kiri adalah simbol yang telah diubahsuai dan digunakan sekarang, gambar tengah adalah cabang asal 3 rukun gerakan syaitan atau kedamaian oleh syaitan dan gambar sebelah kanan adalah logo asal kumpulan Gereja Syaitan. Lihat gambar kecil berbentuk bunga di atas palang, ia adalah logo nazi.
Best Blogger Tips

Thursday, August 18, 2011

SISTEM KOD AL-QUR'AN

KOD-AL-QURAN Best Blogger Tips

Tuesday, August 16, 2011

Jika Rasulullah itu masih ada



Ini hanyalah satu muhasabah bukan realiti dan harap ia tidak menjadi kontroversi.
Bayangkan apabila Rasulullah dengan izin Allah tiba-tiba muncul mengetuk pintu rumah kita.
Ketika itu Baginda datang dengan tersenyum dan muka yang berseri-seri di hadapan pintu rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Mesti kita menjadi sangat terkejut, memeluknya erat-erat lantas mempersilakan baginda masuk ke ruang tamu. Kemudian kita tentunya akan meminta agar Rasulullah sudi menginap beberapa hari di rumah kita. Tapi barangkali kita meminta Rasulullah menunggu sebentar di depan pintu kerana teringat VCD 18+ atau lukisan wanita separuh bogel yang melekat di ruang tamu kita sehingga kita terpaksa memindahkan semuanya ke belakang dengan tergesa-gesa kemudian menggantikan khat nama Allah dan Muhammad yang tersimpan dalam almari dan kita meletakkannya di ruang tamu.
Apa agaknya Rasulullah katakan jika baginda tahu semua itu? Bagaimana pula jika Rasulullah bersedia menginap di rumah kita? Barangkali kita menjadi malu kerana tidak mengetahui sedikitpun sejarah Rasulullah s.a.w, keluarga dan sahabatnya. Kita terpaksa menukar ruang tamu menjadi ruangan solat, malah segera mencari pakaian solat, kopiah, serban dan al-Quran. Manakala bagi anak isteri, kita terus belikan pakaian menutup aurat demi menutup malu selama ini kita berpakaian tidak menutup aurat .
Apa agaknya rasa Nabi dengan perlakuan dan lakonan kita itu? Belum lagi koleksi buku-buku, kaset dan karaoke kita. Ke mana kita harus menyingkirkan semua koleksi itu demi menghormati junjungan kita? Sudah tentu kita menjadi malu kerana kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berkumandang. Kita juga pasti malu kerana pada waktu Maghrib keluarga kita masih sibuk di depan televisyen. Kita hanya menghabiskan hampir seluruh waktu untuk mencari kesenangan duniawi. Sudah tentu juga kita berasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menunaikan solat sunat, sangat jarang membaca al-Quran dan tidak mengenal jiran tetangga kita.
Sudah tentu kita malu jika Rasulullah menanyakan kepada kita siapa nama tukang sampah yang setiap hari lewat di depan rumah kita.
Justeru, bayangkan apabila Rasulullah tiba-tiba muncul di depan rumah kita. Apa yang akan kita lakukan? Masihkah kita memeluk junjungan Nabi kita itu dan mempersilakan baginda masuk dan menginap di rumah kita? Atau akhirnya dengan berat hati, kita menolak kunjungan baginda kerana hal itu akan sangat membuat kita segan dan malu. Maafkan kami ya Rasulullah. Oh betapa memalukannya kehidupan kita saat ini di mata Rasulullah. Itu belum lagi kalau hendak kira cara kita mencari duit, membina keluarga, cara kita berpolitik, berniaga dan segala perlakuan kita yang bertentangan dengan sunnah Nabi Muhammad s.a.w. Layakkah kita bergelar umat Muhammad, dan layakkah kita mendapat syafaat Nabi di hari akhirat nanti?
Best Blogger Tips

Saturday, August 13, 2011

Umar Al-Khatab Menjaga Makan Dan Minum

Umar Al-Khatab Menjaga Makan Dan Minum

UMAR al-Khatab adalah khalifah yang menggantikan Abu Bakar as-Siddiq. Umar seorang yang tegas dan terkenal dengan sifatnya yang adil, berani serta cekap semasa memerintah.
Umar al-Khatab dilahirkan pada tahun 584 Masihi berasal daripada Bani Adi, berketurunan Quraisy.
Baginda adalah khalifah Islam kedua yang memerintah pada tahun 13 Hijrah hingga 23 Hijrah. Nabi Muhammad memberi gelaran al-Faruq kepada beliau.
Gelaran tersebut diberi kerana selepas memeluk Islam baginda memberikan semangat baru kepada umat Islam untuk mengamalkan ajaran itu secara terang-terangan di Kota Mekah.
Baginda juga adalah khalifah pertama yang mendapat gelaran Amir al-Mukminin.
Pada zaman masyarakat jahiliah, Umar merupakan seorang saudagar. Umar dilantik menjadi khalifah kedua berdasarkan wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar dan mendapat persetujuan ramai.
Umar meninggal dunia pada 23 Hijrah kerana ditikam oleh Abu Lu’lu iaitu seorang hamba berketurunan Parsi.
Zaman pemerintahan Umar dianggap sebagai ‘zaman keemasan’ kerajaan Islam di Mekah. Banyak pembaharuan dilaksanakan oleh baginda termasuklah bidang politik, sosial, pertahanan dan ekonomi.
Dalam bidang sosial, baginda mengembangkan pendidikan al-Quran dan memperkenalkan kalendar Islam yang berasaskan tahun Hijrah.
Di zaman Umar juga, banyak negara berada dalam kekuasaan Islam termasuk Baitulmaqdis.
Malah di Baitulmaqdis ketika itu terdapat seorang Paderi Besar yang enggan membuat sebarang perjanjian dengan orang lain kecuali dengan Umar. Peribadi baginda yang adil dan berani menjadikan Umar terkenal sebagai seorang sahabat Nabi yang dikagumi di kalangan umat Islam.
Umar juga seorang yang sentiasa menjaga makan dan minumnya daripada sumber yang halal. Pada suatu hari ada seorang lelaki membawa secawan susu buat Umar. Kerana dahaga, baginda terus meminum susu itu tanpa mengetahui dari ia diperoleh. Sesudah meminum susu itu beliau berasa pelik dengan rasa susu itu.
Tanpa berlengah, Umar bertanya kepada lelaki itu: “Dari manakah kamu dapat susu ini?”
Kemudian lelaki itu menjawab: “Saya mendapat susu ini daripada pengembala unta yang duduk menunggu unta yang disedekahkan di padang pasir di sana. Unta-untanya itu meragut rumput di situ.”
Umar terkejut lalu menjolokkan jarinya ke dalam kerongkong memuntahkan air susu yang diminum.
Baginda berbuat demikian kerana tidak mengetahui asal usul pengembala dan rumput yang dimakan oleh unta itu milik siapa.
Pernah dilaporkan bahawa Umar juga seorang yang sangat berhati-hati, dan tidak mementingkan diri. Kisah ini terjadi ketika khalifah itu mendapat kasturi dari Bahrain.
Umar mendapat beberapa kilo kasturi. Beliau mempunyai masalah menimbang semua kasturi itu. Beliau berhajat memberikan kasturi itu secara sama rata kepada orang Islam yang berada di kawasannya.
“Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini. Saya mahu mengagihkan kasturi ini kepada semua orang Islam yang ada di sini supaya mereka dapat buah ini,” kata Umar.
Mendengar berita itu, isterinya menawarkan diri menimbang kasturi itu. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isteri Umar.
Umar tidak berkata apa-apa. Sejenak kemudian, beliau bersuara: “Siapakah yang mahu menimbang buah kasturi ini?” Tidak ada orang yang menjawab.
Tetapi isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbangnya. “Saya pandai menimbang kasturi itu,” kata isterinya itu. Umar hanya mendiamkan dirinya.
Kali ini masuk kali ketiga Umar bertanyakan soalan yang sama: “Siapakah yang mahu menimbang kasturi ini?”
Secara sukarela isterinya sekali lagi menawarkan diri menimbang.
Pada kali ini Umar tidak berdiam diri lalu beliau berkata: “Saya tidak mahu kamu menyentuh kasturi itu kerana bau kasturi itu nanti pasti kamu sapukan kepada badanmu. Itu bukan hak kita.”

Oleh kerana itu, Umar mahu orang lain selain daripada ahli keluarganya yang menimbang kasturi tersebut. Umar tidak mahu kedudukan dan kelebihannya sebagai khalifah disalahgunakan oleh ahli keluarga.
Best Blogger Tips

Gerakan Murtad di FB Bermaharajalela!

Gerakan Murtad di FB Bermaharajalela!
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan gerakan murtad dan menghina Islam yang sedang berlaku di laman interaksi sosial ‘Facebook’. Sebagai contoh, kumpulan yang menggelarkan diri sebagai ‘AMS – Murtads in Malaysia and Singapore’ dan ahli-ahlinya yang begitu terang dan jelas menghina Islam, khususnya junjungan besar umat Islam, Muhammad S.A.W.
Menurut pengasas kumpulan tersebut, objektif mereka adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia dan berbincang mengenai perkara-perkara yang berkenaan agama Islam serta Melayu Islam.
Kumpulan ini juga menyedari tentang polisi Kerajaan yang mengamalkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang menggariskan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Justeru itu, kumpulan di laman ‘Facebook’ itu tidak menggalakkan ahli-ahlinya untuk menggunakan akaun nama atau identiti sebenar untuk melibatkan diri dalam interaksi di situ.
Berikut pula adalah beberapa contoh kenyataan ahli yang dipetik dari kumpulan tersebut:
· “Laknat kau di Neraka, Allahu F***khbar,” – Lancer Justin
· “Tapi Islam menghalalkan mencuri dan merompak harta orang kafir mcm b*** muhammad buat,” – Danny Daniel
· “Allah b*** **tan **hanat!,” – Kickam Hjh Ttis Arazuwla
Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mengamalkan kebebasan agama yang terbuka berbanding negara-negara lain, mampukah kita menahan sabar dan bertoleransi dengan ayat-ayat sebegitu?
Pada hemat penulis, SKMM perlu mengambil tindakan tegas terhadap laman kumpulan tersebut memandangkan ia mampu mencetus kemarahan yang amat sangat pada umat Islam di negara ini.
Penulis percaya bahawa ada ahli-ahli kumpulan tersebut yang berpengkalan di Malaysia yang boleh dikesan oleh pakar-pakar teknologi maklumat (IT) yang berkhidmat dengan SKMM untuk diambil tindakan sewajarnya.
Penulis juga berharap agar Kerajaan tidak menunggu pihak Pembangkang, khususnya DAP, untuk mendesak tentang perkara-perkara seumpama ini kerana mereka memang merupakan penyokong tegar InterFaith Commission (IFC) yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.
Jadikanlah ia sebahagian dari jihad dan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan semoga SKMM di bawah kepimpinan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim, berjaya dalam menangani isu ini demi umat Islam di Malaysia Best Blogger Tips

Golongan Gay Malaysia Aktif di Facebook

Gay Malaysia Aktif di Facebook

KUALA LUMPUR – Golongan gay di Malaysia kini dilihat sangat aktif di laman sosial Facebook dengan menubuhkan pelbagai akaun persatuan dan kelab.
Berdasarkan tinjauan mynewshub.my hari ini terdapat persatuan yang menggelarkan diri mereka sebagai ‘Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan’.
Persatuan tersebut turut berani menggunakan jata negara pada lambang persatuan mereka.
Persatuan yang mengandungi sejumlah 8,533 orang yang mengklik `like’ pada akaunnya  turut menjadi tempat untuk golongan gay mencari kenalan baru dari dalam dan luar negara, selain bersosial sesama mereka.
Persatuan yang menjadi medan mencari pasangan untuk golongan gay di Malaysia itu turut menjadi platform bagi golongan gay berbincang dan mempromosikan diri.
Ada yang meninggalkan nombor telefon bimbit untuk dihubungi.
Bagaimanapun, tidak semua pengguna Facebook yang ‘like’ akaun Facebook persatuan berkenaan merupakan mereka yang terlibat dengan kegiatan homoseksual.
Malah ada juga di antara mereka yang mengecam dan menyindir golongan gay di dinding akaun persatuan itu.
Dipercayai, Persatuan Gay Malaysia Kebangsaaan bukanlah satu-satunya persatuan gay Malaysia yang terdapat di Facebook.
Berikut disenaraikan beberapa persatuan dan kelab gay yang dipercayai berpengkalan di Malaysia:
  1. Persatuan Gay Malaysia Kebangsaan
  2. Terengganu Gay Club
  3. Persatuan Blogger-Blogger Gay Malaysia
  4. Persatuan Gay Berkumpulan
  5. Persatuan Belia Gay Malaysia
  6. Persatuan Gay Malaysia
  7. Persatuan Gay Melayu
  8. Persatuan Gay Perak
  9. Persatuan Gay Sejati
  10. Persatuan The Gay
  11. Persatuan Gay Berwibawa ILPKL
  12. Persatuan Gay Club (PGC)
  13. Persatuan Gay Serantau
  14. Persatuan Lesbian dan Gay SeMalaysia
  15. Persatuan Gay SeMalaysia (PGS)
Media sebelum ini kerap melaporkan aktiviti-aktiviti golongan gay yang semakin menjadi-jadi, khususnya di Lembah Klang.
Gejala ini dikatakan semakin meluas dalam kalangan golongan lelaki yang dikatakan gagal mendapatkan teman wanita atau pernah dikecewakan oleh wanita.
Turut dikatakan menjadi faktor adalah jawatan dan pendapatan tinggi yang dimiliki oleh kaum hawa pada hari ini.
Kedudukan wanita disifatkan menyebabkan ego kaum lelaki tercabar sehingga menyebabkan mereka memilih untuk melibatkan diri dalam dunia gay.
Bagaimanapun, dalam kesibukan golongan gay  menggunakan Facebook sebagai medan berinteraksi kumpulan penggodam laman-laman web tempatan yang menggelar diri mereka sebagai RileksCrew memberi amaran kepada  persatuan dan kelab golongan itu.
RileksCrew memberi amaran untuk menggodam akaun-akaun Facebook golongan berkenaan.
Sehingga kini, Terengganu Gay Club  berjaya digodam oleh kumpulan RileksCrew dengan meninggalkan nota pada laman Facebook kelab tersebut yang berbunyi:
“This Page Been HACKED By RileksCrew, Please Do Not Country Name For Gayers Club… We Will Remove This Page.. !!”.
Kemungkinan banyak lagi akaun Facebook berkaitan aktiviti kumpulan gay di Malaysia yang akan digodam kumpulan ini dalam masa terdekat. Best Blogger Tips

Friday, August 12, 2011

Otak dan akal perlu diguna


Perkataan otak boleh diterjemah daripada kalimat al-Qur'an, qalb, walaupun kalimat itu lazimnya bermakna hati. Sebagai contoh ialah sebuah ayat berbunyi:
"... mereka mempunyai hati, tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya" (7:179).
Di situ, hati (qalb) berfungsi sebagai organ untuk memahami. Walhal, dalam bahasa Melayu, hati adalah tempat perasaan, sementara tempat atau organ untuk memahami ialah otak. Lalu diandaikan hati di situ bermaksud otak.
Justeru, Allah menyuruh supaya menggunakan otak dalam hal agama. Kalau tidak, manusia akan menjadi lebih sesat daripada binatang ternak, dan akan tinggal di dalam Jahanam (neraka). Firman-Nya:
"Kami menciptakan untuk Jahanam banyak jin dan manusia; mereka mempunyai hati (otak), tetapi tidak memahami dengannya; mereka mempunyai mata, tetapi tidak melihat dengannya; mereka mempunyai telinga, tetapi tidak mendengar dengannya. Mereka adalah seperti binatang ternak; tidak, tetapi mereka lebih jauh sesat" (7:179).
Jahanam adalah tempat tinggal yang kekal (23:103) bagi mereka yang sesat, menurut ayat tadi. Sesat, dalam agama Allah, disebabkan oleh sikap negatif terhadap ayat-ayat-Nya. Dengan itu, orang-orang yang tidak menggunakan otak, mata dan telinga ke atas ayat-ayat Allah berada dalam keadaan lebih jauh sesat daripada binatang ternak.
Terdapat pula orang-orang yang tidak memahami (al-Qur'an), bukan kerana tidak menggunakan otak, tetapi kerana otak mereka ditudungi oleh Allah. Itu ialah kerana mereka tidak suka apabila Allah disebut satu-satunya. Mereka lebih suka atau gembira apabila yang selain daripada Allah disebut, seperti Imam-Imam atau manusia lain. Telinga mereka juga disumbat oleh Allah. Lantaran, mereka tidak dapat mendengar al-Qur'an lalu tidak memahaminya. 
Ayat-ayat Allah yang menjelaskan keadaan tersebut berbunyi,
"Dan Kami meletakkan penudung pada hati (otak) mereka supaya mereka tidak memahaminya, dan di dalam telinga mereka sumbatan. Dan apabila kamu mengingatkan (menyebut) Pemelihara kamu satu-satunya di dalam al-Qur'an, mereka berpaling ke belakang mereka dalam pelarian" (17:46), dan
"Apabila Allah diingatkan (disebut) satu-satunya, maka meluatlah hati orang-orang yang tidak mempercayai akhirat, tetapi apabila orang-orang selain daripada Dia disebut, tiba-tiba mereka bergembira" (39:45).
Orang-orang yang meluat hati apabila Allah disebut satu-satunya, namun gembira apabila mereka yang selain daripada Dia disebut, disifatkan sebagai tidak mempercayai akhirat, walaupun mereka berkata mereka percaya. Malah, akhirat yang mereka tahu dan percaya, yang diajar oleh ulama palsu, adalah berbeza daripada akhirat sebenar yang diajar di dalam al-Qur'an.
Selain daripada qalb, kalimat 'aqala juga berkaitan. Bunyinya serupa dengan perkataan Melayu akal. Akal atau fikiran adalah penggerak untuk memahami sesuatu. Maka orang yang tidak menggunakan akal adalah yang tidak memahami.
Bacaan tidak menterjemahkan 'aqala kepada akal atau fikiran kerana sukar menyeragamkannya pada semua ayat yang mengandungi kalimat tersebut. Ia menterjemahkan kalimat itu kepada faham atau memahami. Sila rujuk Kalimat faham di dalam al-Qur'an selepas ini.
Orang-orang yang tidak menggunakan kurniaan Allah itu adalah mereka yang tidak memahami, khususnya tidak memahami ayat-ayat Allah. Lihat bagaimana Allah membuat persamaan bagi mereka:
"Sesungguhnya seburuk-buruk haiwan pada pandangan Allah ialah orang-orang yang pekak, dan bisu, dan tidak memahami (tidak menggunakan akal)" (8:22).
"Atau, kamu menyangka bahawa kebanyakan daripada mereka mendengar atau memahami? Mereka, tidak lain, adalah seperti binatang ternak; tidak, mereka lebih jauh sesat daripada jalan" (25:44).
Allah menyatakan bahawa kebanyakan orang tidak menggunakan akal dalam agama lalu menjadi lebih sesat daripada binatang ternak. Ini mungkin disebabkan oleh ajaran ulama palsu yang melarang menggunakan akal dalam agama.
Oleh yang demikian, terdapatlah ajaran-ajaran mereka yang tidak diterima akal. Contoh, menyimpan janggut dapat pahala. Tentu ini tidak diterima akal kerana tidak adil, khususnya terhadap kaum wanita yang selama-lamanya tidak akan dapat pahala janggut.
Orang-orang yang tidak menggunakan akal, atau yang tidak memahami, diletakkan kotoran ke atas mereka. Mereka menjadi kotor atau tidak bersih dan suci. Firman-Nya:
"Tiadalah bagi sesuatu jiwa untuk mempercayai, melainkan dengan izin Allah, dan Dia meletakkan kotoran ke atas orang-orang yang tidak memahami (tidak menggunakan akal)" (10:100).
Di dalam kategori kotor yang sama adalah benda-benda dan orang-orang yang berikut:
  • arak, dan judi, dan berhala-berhala, dan ramalan anak-anak panah - 5:90,
  • orang-orang yang tidak mempercayai - 6:125, 9:125,
  • bangkai, darah yang tercurah, dan daging babi - 6:145, dan
  • yang enggan berperang bersama Nabi - 9:95
Yang menjadi kotor bagi manusia bukanlah kulit dan apa-apa yang tumbuh padanya, atau yang menyelubunginya, tetapi apa yang di dalam kepala dan dada mereka. Begitulah sebaliknya, bagi yang suci, iaitu bukan apa-apa yang tumbuh atau yang menyelubungi kulit, tetapi apa yang di dalam kepala dan dada.
Mereka dijadikan kotor kerana tidak mempercayai ayat-ayat Allah (10:100 tadi). Tidak mungkin mereka akan percaya kalau mereka tidak memahami atau tidak menggunakan akal terhadap ayat-ayat Allah. Sedangkan al-Qur'an itu diturunkan supaya ia difahami. Firman-Nya:
  • "Kami menurunkannya sebagai sebuah Qur'an bahasa Arab, supaya kamu faham" - 12:2 (sila rujuk 43:3 juga)
  • "Sesungguhnya Kami menurunkan kepada kamu sebuah Kitab yang di dalamnya Peringatan kamu; tidakkah kamu memahami?" - 21:10. 
Satu lagi sebab mengapa orang-orang tidak percaya kepada ayat-ayat Allah ialah kerana mengikuti bapa-bapa mereka atau nenek moyang mereka yang (tanpa disedari) tidak memahami sesuatu dan tidak dapat petunjuk. Firman-Nya:
"Dan apabila dikatakan kepada mereka, 'Ikutlah apa yang Allah turunkan', mereka berkata, 'Tidak, kami akan mengikuti apa yang kami mendapati bapa-bapa kami buat.' Apa? Dan jika bapa-bapa mereka tidak memahami sesuatu, dan mereka tidak mendapat petunjuk?" (2:170).
Kesudahannya, di akhirat kelak, mereka yang tidak menggunakan akal dalam agama akan menyesal. Penyesalan mereka dirakamkan di dalam sebuah ayat berbunyi:
"Dan mereka berkata, 'Sekiranya kami mendengarkan, atau memahami (menggunakan akal), tentu kami tidak menjadi orang-orang Menyala'” (67:10).
Lantaran itu, gunakanlah otak dan akal agar agama Islam dan penganut-penganutnya menjadi yang paling disenangi di dunia pada hari ini. Dan, nama Allah serta Kitab-Nya, al-Qur'an, dapat disanjung tinggi dengan sanjungan yang sebenarnya.

Best Blogger Tips

Misteri nombor 6666



Sering terdengar sesetengah orang Melayu menyatakan bahawa jumlah ayat di dalam al-Qur'an adalah enam ribu, enam ratus, dan enam puluh enam (6,666). Angka itu manis disebut, senang diingat, dan sedap didengar.

Namun begitu, bukan semua yang sedap didengar dan senang diingat yang dikeluarkan daripada mulut yang manis itu benar. Haruslah diperiksa dahulu sebelum menerimanya bulat-bulat. Apatah lagi kalau ia mengenai agama kerana syaitan juga boleh berbuat demikian - "syaitan-syaitan daripada manusia dan jin, yang mewahyukan ucapan palsu yang indah-indah kepada satu sama lain, untuk menipu" (6:112).
Untuk mengetahui sama ada jumlah 6,666 itu benar atau tidak adalah tidak susah. Cuma ambil sebuah calculator dan sebuah kitab al-Qur'an. Mula dari surah Fatihah yang diakhiri dengan nombor 7. Itu adalah jumlah ayat bagi surah tersebut. Kemudian pergi ke hujung surah 2 (al-Baqarah) dan bertemu pula dengan angka 286. Teruskanlah, surah demi surah, hingga ke hujung surah terakhir, iaitu surah yang ke-114. Campurkan kesemua angka itu, dan jumlah yang didapati adalah jumlah ayat-ayat al-Qur'an yang sebenar.
Pengiraan tersebut disenangkan di sini. Disediakan di bawah ini satu senarai yang mengandungi surah-surah (menurut nombornya sahaja), jumlah ayat-ayatnya, dan jumlah kesemua ayat di dalam surah-surah itu, atau jumlah kesemua ayat kitab al-Qur'an yang sebenar:
Surah:
    1-5     ( 7 + 286 + 200 + 176 + 120 )   = 789 ayat
    6-10   ( 165 + 206 + 75 + 129 + 109 ) = 684
  11-15   ( 123 + 111 + 43 + 52 + 99 )     = 428
  16-20   ( 128 + 111 + 110 + 98 + 135 ) = 582
  21-25   ( 112 + 78 + 118 + 64 + 77 )     = 449
  26-30   ( 227 + 93 + 88 + 69 + 60 )       = 537
  31-35   ( 34 + 30 + 73 + 54 + 45 )         = 236
  36-40   ( 83 + 182 + 88 + 75 + 85 )       = 513
  41-45   ( 54 + 53 + 89 + 59 + 37 )         = 292
  46-50   ( 35 + 38 + 29 + 18 + 45 )         = 165
  51-55   ( 60 + 49 + 62 + 55 + 78 )         = 304
  56-60   ( 96 + 29 + 22 + 24 + 13 )         = 184
  61-65   ( 14 + 11 + 11 + 18 + 12 )         =   66
  66-70   ( 12 + 30 + 52 + 52 + 44 )         = 190
  71-75   ( 28 + 28 + 20 + 56 + 40 )         = 172
  76-80   ( 31 + 50 + 40 + 46 + 42 )         = 209
  81-85   ( 29 + 19 + 36 + 25 + 22 )         = 131
  86-90   ( 17 + 19 + 26 + 30 + 20 )         = 112
  91-95   ( 15 + 21 + 11 + 8 + 8 )             =   63
  96-100 ( 19 + 5 + 8 + 8 + 11 )               =   51
101-105 ( 11 + 8 + 3 + 9 + 5 )                 =   36
106-110 ( 4 + 7 + 3 + 6 + 3 )                   =   23
111-114 ( 5 + 4 + 5 + 6 )                         =   20
-----------------------------------------------------------
                                               Jumlah besar  =  6,236 ayat

Maka bilangan ayat di dalam al-Qur'an adalah 6,236, bukan 6,666, seperti yang diajar ulama palsu.
Tiap-tiap surah, melainkan surah 9 (At-Taubah), bermula dengan "Bismillah." Akan tetapi hanya Bismillah yang pertama di dalam al-Qur'an, iaitu di surah 1 (Al-Fatihah), dikira sebagai satu ayat. Ini bermaksud ia diberi nombor, iaitu nombor 1. Bismillah di surah lain yang berjumlah 112 kesemuanya tidak dikira atau diberi nombor.
Andaikata bilangan 112 itu ditambah kepada jumlah besar 6,236 tadi, maka ia menjadi 6,348, yang bukan juga sebanyak 6,666 yang keramat itu.
Perbezaan bilangan ayat di antara dua jumlah tersebut (6,236 dan 6,348) dengan 6,666 adalah 430 dan 318 masing-masing. Perbezaannya besar. Di manakah pula tersimpannya ayat-ayat yang berlebihan itu?
Mungkin terdapat orang yang mempercayai ada unsur mistik pada nombor 6666 itu. Sekiranya begitu, maka mistis nombor 6666 itu adalah, tiada lain, tetapi hanya karut belaka. Kerana tiada ayat Allah daripada al-Qur'an yang tersembunyi. Tiada juga kebenaran pada kepercayaan iaitu hanya sesetengah orang sahaja yang mengetahui rahsianya.
Ayat-ayat Allah di dalam al-Qur'an adalah jelas dan nyata untuk dibaca dan dijadikan petunjuk bagi semua lapisan manusia di dunia. Mereka diturunkan Allah sebagai bukti yang jelas lagi nyata atas kebenaran yang sebenar. Terdapat banyak ayat di dalam al-Qur'an yang menyebut mengenainya. Antaranya adalah enam yang berikut:
1.    "Dan Kami menurunkan kepada kamu ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan tiada yang tidak percaya kepadanya melainkan orang-orang yang fasiq (tidak mempedulikan perintah Tuhan)" (2:99).
2.    "Demikianlah, Kami menurunkannya sebagai ayat-ayat, bukti-bukti yang jelas, dan Allah memberi petunjuk kepada siapa yang Dia mengkehendaki" (22:16).
3.    "Dan apabila ayat-ayat Kami dibacakan kepada mereka, bukti-bukti yang jelas, mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan seorang lelaki yang menghendaki untuk menghalangi kamu daripada apa yang bapa-bapa kamu sembah'; dan mereka berkata, 'Tiadalah ini, melainkan kedustaan yang diada-adakan'" (34:43).
4.    "Bulan Ramadan yang padanya al-Qur'an diturunkan untuk menjadi satu petunjuk bagi manusia, dan sebagai bukti-bukti yang jelas daripada Petunjuk itu, dan Pembeza" (2:185).
5.    "Inilah bukti yang nyata bagi manusia, dan satu petunjuk, dan satu pengasihan bagi kaum yang yakin" (45:20), dan,
6.    "Bukti-bukti yang nyata telah datang kepada kamu daripada Pemelihara kamu. Sesiapa melihat, ia adalah untuk dirinya sendiri, dan sesiapa buta, ia adalah kepadanya sendiri; aku (Muhammad) bukanlah penjaga kamu" (6:104).
Kembali kepada nombor 6,666, lalu teringat akan seorang kenalan, semasa bekerja dulu, yang mengatakan jumlah ayat al-Qur'an adalah sebanyak itu. Setelah diberitahu jumlah yang sebenar, dan bagaimana ia diperolehi, dia berkata, sedang tidak mempercayainya, bahawa dia akan bertanya "Tok Mufti" mengenainya. Tok itu adalah guru yang mengajarnya. Sangat dibanggakannya. Mahukah tidak berbangga dapat berguru atau berapat dengan seorang Mufti negeri yang manis rupa dan pertuturannya, lagi dihormati dan masyhur pula. (Mufti tersebut telah bersara beberapa tahun lalu.)
Itulah padah bagi mereka yang tidak mahu mendengar semua ucapan atau pandangan orang lain. Mereka hanya mendengar ucapan orang-orang tertentu sahaja yang disangka alim serta didewa-dewakan oleh orang ramai. Lalu bukti yang jelas dan nyata, apabila tampil ke mukanya, didustakan dengan sengaja. Sebab, ingin menerima ucapan "dewa" yang palsu dan indah, yang menipunya (atas kecuaiannya sendiri), sebagai yang hak dan benar.
Setelah Allah memperingatkan supaya mendengar semua ucapan orang, serta menggunakan minda untuk memilih dan mengikuti yang terbaik daripadanya, sesetengah orang Melayu masih dalam keraguan. Walaupun, cara itu, tambah-Nya lagi, akan membuat-Nya memberi petunjuk, namun mereka tetap dalam keadaan ragu-ragu atau lupa.
Justeru, Peringatan itu diturunkan di bawah ini untuk renungan bersama. Dengannya, berakhirlah tulisan di sini. Firman Allah:
"Yang mendengar ucapan, dan mengikuti yang paling baik daripadanya, mereka itulah orang-orang yang Allah memberi petunjuk kepada mereka; mereka itu, merekalah orang-orang yang mempunyai minda" (39:18).
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts