And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, August 13, 2011

Gerakan Murtad di FB Bermaharajalela!

Gerakan Murtad di FB Bermaharajalela!
KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu mengambil tindakan tegas terhadap kumpulan gerakan murtad dan menghina Islam yang sedang berlaku di laman interaksi sosial ‘Facebook’. Sebagai contoh, kumpulan yang menggelarkan diri sebagai ‘AMS – Murtads in Malaysia and Singapore’ dan ahli-ahlinya yang begitu terang dan jelas menghina Islam, khususnya junjungan besar umat Islam, Muhammad S.A.W.
Menurut pengasas kumpulan tersebut, objektif mereka adalah untuk menjadikan sistem sokongan moral kepada mereka yang telah murtad dari Islam di Malaysia dan berbincang mengenai perkara-perkara yang berkenaan agama Islam serta Melayu Islam.
Kumpulan ini juga menyedari tentang polisi Kerajaan yang mengamalkan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995 yang menggariskan mereka yang menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina, mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam adalah melakukan suatu kesalahan.
Justeru itu, kumpulan di laman ‘Facebook’ itu tidak menggalakkan ahli-ahlinya untuk menggunakan akaun nama atau identiti sebenar untuk melibatkan diri dalam interaksi di situ.
Berikut pula adalah beberapa contoh kenyataan ahli yang dipetik dari kumpulan tersebut:
· “Laknat kau di Neraka, Allahu F***khbar,” – Lancer Justin
· “Tapi Islam menghalalkan mencuri dan merompak harta orang kafir mcm b*** muhammad buat,” – Danny Daniel
· “Allah b*** **tan **hanat!,” – Kickam Hjh Ttis Arazuwla
Sebagai sebuah negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam dan mengamalkan kebebasan agama yang terbuka berbanding negara-negara lain, mampukah kita menahan sabar dan bertoleransi dengan ayat-ayat sebegitu?
Pada hemat penulis, SKMM perlu mengambil tindakan tegas terhadap laman kumpulan tersebut memandangkan ia mampu mencetus kemarahan yang amat sangat pada umat Islam di negara ini.
Penulis percaya bahawa ada ahli-ahli kumpulan tersebut yang berpengkalan di Malaysia yang boleh dikesan oleh pakar-pakar teknologi maklumat (IT) yang berkhidmat dengan SKMM untuk diambil tindakan sewajarnya.
Penulis juga berharap agar Kerajaan tidak menunggu pihak Pembangkang, khususnya DAP, untuk mendesak tentang perkara-perkara seumpama ini kerana mereka memang merupakan penyokong tegar InterFaith Commission (IFC) yang jelas bertentangan dengan perlembagaan negara.
Jadikanlah ia sebahagian dari jihad dan ibadah di bulan Ramadhan Al-Mubarak ini dan semoga SKMM di bawah kepimpinan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Rais Yatim, berjaya dalam menangani isu ini demi umat Islam di Malaysia Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts