And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, April 5, 2011

Kejadian Nabi Adam

                                               makam nabi adam a.s

                                        jambatan nabi adam a.s

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun
ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan
tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya
diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan
kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu
bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah
bumi.
Setelah itu,Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama lalu
Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa.
Akhirnya,Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.Kata Allah:
"Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun
bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan,jangan engkau mundur.Katakan bahawa
kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan
menyampaikan perintah Allah kepada bumi,maka akhirnya bumi mengizinkan
tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah,kembalilah
ia ke hadrat Allah.
Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil
tanah,dan kemudian di belakang hari kelak akan kutugaskan engkau mencabut
roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu
Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang
mengaturnya,dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh,terbakar,sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
Menurut Ibnu Abbas:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia,dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-autsar,tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar,tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah,untuk mencari nafkah dan
kerjasama,sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris,tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10 Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11..Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12.Hatinya dari tanah syurga Firdaus,kerana disitulah
iman,keyakinan,ilmu,kemahuan dan sebagainya.
13.Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat,bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA:-
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar,air
masin,air hanyir,angin dan api.Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)kebenaran
dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan ijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan.Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah,dan dirasmikan
dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu sifat
"Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam
yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk.Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail.
Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik sekali
kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah diturunkan ke
dunia,terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai pengetahuan, yang
masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun
orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama,ialah putih
kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang.
Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
Tujuh buah letaknya adalah :
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula lima
buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa
halus,kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam,lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun.
Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke
dalam tubuh Adam.Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak
dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna.Kemudian terjadilah
matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik
kekiri,ke kanan dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih
merupakan tanah keras.Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang
menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para
malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan.
Kemudian ketika roh sampai kehidungnya lalu ia bersin,serta mulutnya
terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah.
Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah
berkataYarhamukallah" yang membawa erti:
"Semoga engkau diberi rahmat Allah". Oleh kerana itu jika seseorang itu
bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya
disunatkan pula mengucapkan Yarhamukallah".
Kemudian ketika roh sampai pada dadanya,tiba-tiba saja ia mahu bangun.
Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Disini menunjukkan
sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).Sebagaimana firman Allah
SWT bermaksud:
"Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan isi
perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar.Kemudian terus roh
itu meresap sampai ke seluruh tubuh,tangan, kaki lalu terjadi darah daging
dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana kulit itu kian
lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100
tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan."

Wallahualam.. Best Blogger Tips

Kepentingan Wasiat


PENGERTIAN WASIAT
Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.
DALIL WASIAT
Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma' ulama'.
Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman:
(Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. - Surah Al-Baqarah: 180
Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat di sisinya.
- Hadis riwayat Bukhari dan Muslim
Hadis ini menyebut kalimah 'tidak sepatutnya' menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.
Rasulullah s.a.w. turut bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.
- Hadis riwayat Ibnu Majah
Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
- Hadis riwayat Ibnu Majah
CIRI-CIRI WASIAT ISLAM
Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:
1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.
2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.
3. Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.
4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.
5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.
6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.
KEPERLUAN WASIAT
TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT
Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.
1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA
Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.
Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk topik “Pentadbiran Pusaka”.
Pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang kesayangan anda jika anda meninggalkan mereka tanpa wasiat? Kemungkinan besar, inilah yang akan berlaku:
Susah Payah Akibat Birokrasi
Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang anda sayangi berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk mendapatkan haknya (menyediakan pelbagai keperluan mahkamah - fakta-fakta, dokumen, pembuktian dsbnya), serta mengharungi pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang anda tinggalkan kepada mereka (dalam ertikata lain - tidak terurus & "berterabur" di sana-sini), akibat tiada persediaan & perancangan?
Tekanan Jiwa Akibat Perbalahan & Hilang Punca Pendapatan
Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih banyak menyusahkan!!
Berdasarkan fakta, begitu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga atas pelbagai sebab!
Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, tanpa anda!!!
2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN
Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.
Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:
Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
- Hadis riwayat At-Tabrani
Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
- Hadis riwayat Muslim
Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.
Persoalannya:
Tahukah saudara mara dan waris-waris anda mengenai hutang-hutang yang anda ada? Berapa ramai di antara kita yang mempunyai hutang tetapi tidak bertulis sedangkan itulah yang disarankan di dalam al-Quran? Sekiranya ini berlaku iaitu bagi hutang yang tidak bertulis, apakah jaminan bahawa hutang-hutang tersebut akan diselesaikan oleh waris-waris kita?
Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.
Tanpa dokumen wasiat, waris-waris tidak boleh berbuat apa-apa mengenai hutang-hutang anda (sebab mereka tidak tahu), dan anda juga tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu (sebab tiada peluang kedua untuk anda kembali ke dunia!).
Jadi… Mahukah anda terbelenggu (dengan siksaan yang AMAT PEDIH) di kubur (selagi hutang kita tidak diselesaikan…, selama mana pula???) dan dosa tidak diampuni (apatah lagi jika bukan mati syahid), akibat kelalaian dan kemalasan anda sendiri membuat persediaan? Masihkah anda sanggup BERTANGGUH LAGI seolah-olah ia perkara sampingan? …sedangkan KEMATIAN adalah PASTI???
3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
- untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
- untuk diri anda (yang pasti akan mati!)
a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)
Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya. Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?
Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?
Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.
b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)
Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).
Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: i) sedekah jariah, ii) ilmu yang dimanfaatkan dan iii) anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
- Hadis riwayat Muslim
FIKIRKAN AKIBATNYA...
Kepada Orang Tersayang....
>> Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?
Kepada Diri Sendiri....
>> Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan SIKSAAN yang AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita ketika di dunia sekarang ini?!!
KESIMPULAN
KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?
YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!
Best Blogger Tips

Monday, April 4, 2011

Kisah Al-quran


Ketika saya menghadiri satu majlis Qira'at di Universiti Birmingham di United Kingdom, hati saya sangat tersentuh apabila salah seorang juri, ustazah Badriyah memberikan perkongsian berkaitan al-Quran.
Ketika itu saya terfikir, adakah kita cukup menghargai al-Quran? Kenapa kita perlu hargai al-Quran?
kita harus tahu betapa susahnya untuk sahabat-sahabat dahulu menulis al-Quran. Apabila Rasulullah menerima wahyu Allah yang disampaikan oleh malaikat Jibril, Rasulullah akan menyampaikan wahyu itu kepada sahabat-sahabat.
Sahabat-sahabat akan menyalin satu persatu wahyu dari Allah ini. Setiap patah dan ayat al-Quran akan disalin oleh sahabat-sahabat daripada bacaan Rasulullah. Kemudian Rasulullah akan bertanyakan kepada malaikat Jibrail samada tepat dan benarkah apa yang ditulis oleh para sahabat kerana betapa wahyu Allah dijaga kesuciannya agar tidak tersilap tulis.
Mengapa bukan Rasulullah saw. sendiri yang menulis? Nabi Allah yang mulia itu seorang yang ummi iaitu bukanlah seorang yang buta huruf seperti yang kita sangkakan tetapi baginda seorang yang tak membaca dan tak menulis. Antara hikmah di sebalik kejadian Rasulullah yang tidak dapat manulis ini adalah menjadi bukti kepada orang-orang terdahulu bahawasanya, ayat al-Quran bukanlah direka-reka oleh Rasulullah, tetapi sebenar-benarnya daripada Allah swt. Allahuakbar. Hebat sungguh perancangan Allah.
Satu benda yang sangat mengagumkan saya adalah setelah mengetahui betapa kita, umat manusia adalah sangat beruntung. Ketahuilah bahawa semasa kita membaca al-Quran, para malaikat akan datang kepada kita, dengan jarak yang sangat hampir. Terlalu hampir kerana malaikat-malaikat ingin mendengar bacaan al-Quran yang dibaca oleh kita, para muslimin dan muslimat. Para malaikat tidak boleh membaca al-Quran dan hanya boleh mendengar bacaan al-Quran daripada kita.
Mengapa kita beruntung? Sesungguhnya kita adalah makhluk yang dipilih oleh Allah yang dapat membaca al-Quran dan diberi kebaikan sebanyak sepuluh kali ganda untuk setiap huruf yang dibaca. Subhanallah. Hanya membaca, 'alif lam mim' kita mendapat 30 ganjaran kebaikan. Bukankah kita makhluk Allah yang sangat beruntung?
Oleh itu, kita perlu membaca al-Quran dengan tajwid dan sebutan yang betul. Sesungguhnya al-Quran, kalam Allah ini adalah daripada Allah swt. kepada Rasul-Nya. Jika kita tidak dapat membaca al-Quran seperti yang dibaca oleh Nabi Allah Muhammad ketahuilah, kita telah mempelbagaikan bacaan al-Quran itu sendiri. Nauzubillah.
Pada zaman Rasulullah dahulu tidak ada hukum tajwid untuk membaca al-Quran kerana Rasulullah dan para sahabat menggunakan bahasa Arab yang merupakan bahasa al-Quran itu sendiri. Jadi mengapa perlu baca al-Quran dengan tajwid yang betul?
Pada zaman ini, al-Quran dibaca oleh umat manusia Muslim di serata dunia, oleh segenap jenis bangsa yang mempunyai pelbagai bahasa dan loghat yang tersendiri. Oleh sebab itu, tajwid merupakan panduan agar sebutan asli al-Quran oleh Rasulullah kekal sama dan tidak berubah. Kita harus berusaha untuk memperbetulkan bacaan kita. Orang Melayu terutamanya, ramai di kalangan kita yang tidak sedar sebutan makhraj kita, seperti huruf 'ain' dan lain-lain banyak silapnya. Sama-samalah kita perbetulkannya.
Benar, sangat susah untuk mengubah lidah kita yang sudah berpuluh tahun berbahasa Kelantan, dengan loghat Kedah, mahupun dengan dialek yang berbagai-bagai lagi. Tetapi, ingat satu pepatah, "di mana ada kemahuan, di situ ada jalan". Bergurulah dengan guru yang sebenarnya, perbaikilah bacaan dangan ikhlas, insyAllah pasti Allah akan membuka jalan dan berdoalah semoga dipermudahkan urusan kita dalam memperbetulkan bacaan kita.
Jadi mengapa harus kita membaca al-Quran? Haruslah semata-mata kerana Allah, dan kemudian kerana Rasul-Nya. Tiada alasan dan sebab lain lagi. Ketahuilah, di akhirat kelak, puasa dan al-Quran akan datang kepada kita dengan anggota memberi kesaksian kepada Allah tentang kita. Menjadi penolong buat kita di akhirat kelak di hadapan Allah. Jika kita membaca al-Quran, al-Quran akan menjadi saksi kita yang selalu ada dengannya, begitu juga dengan puasa kita. Allahuakbar.
Maka, hargailah al-Quran, bacalah kalam Allah itu dengan bacaan yang betul. Selagi kita punya kesempatan masa, di dunia yang cukup singkat ini. Best Blogger Tips

Apabila diri dihina

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan apabila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi di khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita.
Apabila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa itu. Jadi, seeloknya kita diam sejenak. Istighfar di dalam hati dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.
Dalam situasi apabila kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan, kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan apabila kita dihina. Antaranya ialah:

  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 

  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi, kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 

  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.

  • Apabila kita difitnah, kita akan tidak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini. Kesan daripada itu (sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 

  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.

  •  Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

  • Pendek kata, apa yang berlaku pada kita walaupun buruk pada pandangan manusia, namun sebaliknya pada pandangan Allah. Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.
    Best Blogger Tips

    concept car


































































    Best Blogger Tips

    A letter from Mom and Dad....





    RASULULLAH menangis, hiba hatinya mendengar luahan hati seorang ayah mengenai anaknya. Lelaki tua itu berkata: "Ketika kecil, tanganku inilah yang memberimu makan. Engkau kehausan, akulah yang menuangkan. Jika kau sakit, tiada aku tidur sepanjang malam, sakitmu itu membuatku kerisauan. Tetapi kini selepas engkau mencapai tujuan. Kulihat dalam dirimu apa yang tidak kuharapkan.

    Kau balas dengan kekerasan dan kekasaran. Seolah-olah nikmat dan anugerah itu engkau yang berikan." Berlinangan air mata Rasulullah, baginda memanggil anak itu dan bersabda kepadanya: "Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayahmu." Hadis riwayat Ibn Majah, Imam Ahmad dalam al-Musnad, Ibnu Hibban dalam Sahihnya dan al-Baihaqi dalam al-Sunan.

    Kasih sayang ayah dan ibu adalah hutang yang tidak pernah dapat dibayar oleh seseorang anak. Namun ramai anak yang cuba mengungkit setiap pemberian mereka kepada kedua-dua orang tua. Tindakan sebegitu pasti amat melukakan hati kedua-duanya. Tidakkah mereka sedar kehidupan yang dikecapi sekarang bermula daripada setitis air mani ayah dan keredaan seorang ibu menanggung derita dalam kehamilan. Jika dapat dihitung segala jasa mereka, sungguh dunia dan seisi ini takkan mampu membayar balik jasa mereka.

    Pada suatu hari, ketika Abdullah Umar melakukan tawaf di Baitullah. Ada seorang lelaki berasal dari Yaman memikul ibunya bertawaf dalam keadaan cuaca yang sangat panas. Peluh mengalir di wajahnya, dia amat keletihan.

    Orang itu bertanya kepada Ibnu Umar: "Apakah menurutmu aku membayar jasa ibuku atas apa yang ia lakukan untukku selama ini? Ibnu Umar menjawab: "Demi Allah, tidak walaupun satu nafasnya."

    Bagaimana dengan berjuta nafas yang dihirup oleh seorang ibu demi bayi di dalam rahimnya? Sentuhannya, dakapan dan titisan air susunya? Sanggupkah kita membayar semua itu? Berapakah harga setiap suapan hasil titik peluh ayah? Harga didikan adab dan ilmu yang diajarkan kepada kita sehingga menjadikan kita mulia di mata manusia?

    Rasulullah bersabda yang maksudnya: "Sesungguhnya Allah mengharamkan ke atas kalian tiga perkara dan membenci tiga perkara: Ia mengharamkan derhaka kepada ibumu, membunuh anak perempuan, tidak mahu memberi tapi suka meminta. Ia membenci tiga perkara: Banyak bercakap kosong, banyak bertanya," Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim.

    Dr A'id al-Qarni ketika membahaskan mengenai hadis di atas berkata: Perbuatan derhaka kepada ibu dan ayah adalah seperti memutuskan daripada menziarahi kedua-duanya, tidak memberikan nafkah kepada mereka sedangkan mereka berhak mendapat nafkah, menyakiti hati mereka dan tidak memenuhi hak mereka.

    Tiada siapa yang mahu dikatakan dirinya anak derhaka. Tetapi tindakan dan sikap yang ditunjukkan oleh seseorang anak itu adalah gambaran zahir yang tidak dapat disembunyikan. Pandangan manusia boleh menilai walaupun sifatnya subjektif. Apatah lagi pandangan Allah, siapakah yang boleh menyembunyikan aibnya? Penderhakaan itu akan membekas di hati ibu bapa dan akan dibawa sampai ke mati. Tentunya kita tidak sanggup melihat keadaan ini.

    Ada yang berpendapat bahawa semua itu adalah akibat salah ibu bapa mendidik. Tetapi bukankah manusia bertambah dewasa dan tahu memilih yang benar dan salah? Untuk apa akal dan hati yang Allah cipta dan kurniakan jika bukan untuk memujuk ego supaya tunduk pada ajaran yang hak?

    Ada pula yang berani berkata: "Atas sebab ibu bapa derhaka kepada anak, maka anak pun membalas!" Hati jenis apakah yang sanggup membalas kekhilafan ibu bapanya dengan kejahatan dan dendam? Maknanya jika ibu menampar wajah anak, anak pula berhak membalas tamparan itu ke wajah ibunya?

    Kalau memang ibu bapa itu jahat, apakah mereka akan membiarkan diri kita hidup dari dulu lagi. Mereka boleh melepaskan tanggungjawab jika mahu.

    Mengapa disebabkan kesalahan yang sedikit, maka kebaikan yang terlalu banyak dilupakan?

    Ibu bapa kita adalah sumber kekuatan diri kita. Iman tidak sempurna jika kita mencalarkan kebeningan hati mereka. Di tengah kesibukan dunia yang menenggelamkan hati dan perasaan anak, ada satu masa anak pasti berasa terseksa iaitu apabila dia mengingat kembali pelukan dan ciuman kasih ayah ibunya tetapi tiada peluang baginya untuk memohon ampun kepada kedua-duanya.

    Kembalilah kepada mereka dengan hati yang ikhlas, sebelum segala berakhir dengan kesedihan dan penyesalan sepanjang hayat. "Kamu dan semua milikmu, semuanya adalah milik ayah ibumu"! Satu prinsip yang diajar oleh Rasulullah sebagai ingatan bahawa kebahagiaan anak itu bermula daripada hati ibu bapa yang reda.

    INTI PATI

    Tanggungjawab anak

    · Anak perlu menjaga hati ibu dan ayah yang banyak berkorban membesarkan mereka

    · Allah menjadikan manusia dengan tanggungjawab. Ketua keluarga mendidik zuriat untuk kesejahteraan di dunia dan akirat. Anak pula perlu kepada arahan orang tuanya yang tidak bercanggah dengan hukum Allah

    · Jagalah kehidupan orang tua sendiri selagi hayat di kandung badan. Jasa mereka adalah hutang anak sepanjang hayat

    · Sikap derhaka amat keji dan boleh merosakkan jiwa. Anak perlu matang bertindak terutama berkaitan hubungan dengan ayah dan ibu

    · Redakan kesilapan sedikit ibu dan ayah, kerana sumbangan mereka membesarkan anak mengatasi segala-galanya

    ps : aku menyesal kerana sampai sekarang masih x dapat membalas budi mereka... Best Blogger Tips

    PROTON INSPIRA R3 EDITION


    Proton Inspira R3 High Performance seperti dalam gambar di atas adalah kereta Proton Inspira yang mendapat sentuhan R3, sekali tengok memang tak rugi kalau dapatkan kereta Proton terbaru ini. Berkonsepkan sport car, kereta ini mendapat tempahan yang agak tinggi buat masa ini dengan 1600 tempahan telah dibuat. Apa2 hal pun kalau modified kereta ni memang gempak wehhh...!!

    ps : geram siuttttttt
    Best Blogger Tips

    WANITA



    seperti yang kita lihat..manusia kebanyakannya ter"cuai" kerana terlalu ghairah dalam aspek perhiasan diri.ingin ditekankan kepada kaum hawa.tidak lah salah sama sekali untuk mencantikkan diri.tapi biarlah berkadaran..biar kita nampak kemas lebih dari kita nampak cantik.cantik biarlah pada tatapan mata yang layak.kerana kecantikan berlebihan pada kaum wanita boleh menimbulkan fitnah.disamping dapat megoyangkan iman kaum adam.

    wanita ini sememangnya ALLAH ciptakan sebagai makhluk yang indah dan cantik dan mempunyai daya tarikan yang tinggi.maka,bagi saya,sesetangah wanita yang suke bermake tebal ni hanya ingin menipu diri sendiri dan mata2 yang memerhati .alatan solekan ni sebenarnya boleh lebih merosakan kulit..tapi tak salah pun kalau nak makeup.tapi biar adil la.khas untk yang dah berkahwin la.jangan la di luar rumah,bercantik2 berlebihan.kat rumah,kusut masai.nanti dapat kawan baru,baru tau.hehe


    kembali pada tajuk posting kali ini.wanita di mata lelaki..bagaimanakah pandangan mereka pada kaum hawa ni??adakah cukup kecantikan yang menjadi pandangan utama?..jawapannya YA!.ya sama sekali.tapi kecantikan yang seperti mana yang mereka ingini?cukupkah sekadar kecantikan pada luaran saja?tidak..kecantikan luaran hanya untuk pandangan kosong saja.tapi,kecantikan dalaman lebih diperlukan di pandangan mata lelaki sejati.

    kadang-kadang,wanita sanggup buat apa saja untuk nampak cantik.bermake up,berpakaian yang mungkin menarik perhatian..ada sesetengahnya yang sanggup mendedahkan sikit keindahan yang ada pada diri nye semata2 untuk menarik perhatian si lelaki..ya..memang lelaki suka kan nya.tapi sekadar suka untuk melihat saja kerana ianya percuma..
    show percume,sapa tak mau tengok kan?



    ramai wanita yang beranggapan menutup aurat secara sempurna mungkin dipandang sebagai kolot dan tidak "up to " dalam berfesyen.anggapan ni salah sama sekali kerana ini pemikiran barat yang telah meracuni pemikiran kita.nilai wanita yang menjaga auratnya itu sangat tinggi nilainya.terutamanya bagi seorang lelaki yang bernama suami.menjaga aurat dengan baik ,umpama menjaga keselamatan dan maruah diri.selagi tinggi penjagaan maruah kita,orang akan hormat pada kita dan kita tidak akan dipandang murah oleh lelaki.


    sekarang ni,apa yang kita nampak,ramai je yang tutup aurat..tapi sempurnakah penjagaannya?dek terlalu banyak fesyen bertudung yang terlampau sehinggakan hilang fungsi sebenar tudung tu.ia..tudung tu hanya la sejenis kain.tapi,kain ini walaupun ianya sekadar kain,tapi nilai nya tinggi.tapi sekarang dah disalah guna kan.cuba kita kaji semula,apa definisi tudung itu dari aspek islamik?supaya kita paham apa tudung itu sebenarnya.

    kita sebagai kaum wanita sewajibnya menjaga harga dan maruah diri supaya kita sebagai wanita akan lebih bernilai dimata lelaki.kita sepatutnya lebih kan menjaga kecantikan dalaman kita dari segi rohani,spiritual.supaya kecantikan dalam kite terserlah lebih dari kecantikan luaran.supaya kita boleh jadi wanita solehah...

    Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.

    tak semua laki akan terpikat dengan kecantikan luaran semata2.kecantikan dalaman itu lebih berharga...kerana sesungguhnya,seindah hiasan adalah wanita solehah.semoga kita dapat menjadi isteri yang akan menjadi kebanggaan kepada para suami.



    Kasih dengarlah hatiku berbicara
    Kasih izinkan diriku bertanya
    Bisakah cinta bersemi
    Mengundang restu Ilahi
    Adakah bahgia yang diimpi
    Menjadi satu realiti.

    Kasih ku sedari kekurangan diri
    Kasih ku insafi kelemahan diri
    Ku ingin sunting dirimu
    Menjadi permaisuri hatiku
    Sebagai isteri yang berbudi
    Kebanggaan para suami

    Wanita hiasan dunia
    Seindah hiasan adalah wanita solehah
    Yang akan membahagiakan
    Syurga dalam rumahtangga

    Hanya itu yang ku inginkan
    Dari insan yang amat kusayang
    Damaikanlah resah hatiku
    Aku rindu kasih dan sayangmu
    Terimalah seadanya
    Akulah hiasan pelamin hidupmu

    Andainya tiada jodoh
    Untuk ke singgahsana
    Ku pasrahkan segalanya
    Kerna takdir yang akan menentukan
    Impian kasih

    Album : Impian Kasih
    Munsyid : In-Team
    http://liriknasyid.com
    Best Blogger Tips

    Wanita dimata seorang Lelaki

     

    oleh MY Baby Store pada pada 16hb Mac 2011 pukul 10.45 ptg

    Seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak surat di peti pos tak berambil anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran rambut tak bersikat, tak bermandi, masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut ruang tamu lagi teruk berselerak lelaki itu melaung nama isterinya....sepi tiada jawapan masuk ke dapur sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh periuk tidak bercuci mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak masuk ke bilik air baju masih belum berbasuh apatah lagi berendam lelaki itu cemas mencari isterinya dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku

    "awak sakit ke?"..tanya lelaki itu "tak lah", jawab isterinya ringkas
    "kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.
    balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang.....

    NAH,HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA LAKUKAN SETIAP HARI"

    Best baca sampai abis!!!. It's true.

    To share..Dari Ilham seorang lelaki...

    "Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus
    membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...

    "Ibu, ibu...engkau lah ratu hari ku....."

    Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena! Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott,peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit,boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut... And if mak takde, BangZaiiiiii!!! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm!!! Can do whatever!!!
    Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh Chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng solat!!

    But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI...

    Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense.Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga. Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna.

    Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!

    Kau Isteri Ku....

    Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu
    sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin
    one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya
    memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah (for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan,banyak caranya mereka mengisi waktu. They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places.. As for me is different,if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut.

    Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth...Tapi, masuk hari ketiga,i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm', tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa.

    Eventhough kat office,ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti.

    Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best. Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA.

    Lebih-lebih lagi bila laundry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dahm berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.

    Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde katrumah,aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tubini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!

    And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!!

    Kalau aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!!
    So to all mums and wives out there... life will be meaningless without
    You mothers)....uuwaaaaaaaa!! sayangi la kaum perempuan krn tanpa
    Mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!! Best Blogger Tips

    Sunday, April 3, 2011

    Pendakwaraya Perancis Berjanji Tegakkan Keadilan Untuk Altantuya, Bongkar Skandal Scorpene Habisan


    SHAH ALAM – Roh Altantuya Shaariibuu mungkin kembali tenang apabila pihak pendakwaraya Perancis yang menyoalsiasat bekas penyiasat persendirian, P Balasubramaniam di Paris semalam berjanji akan menegakkan keadilan bagi model Mongolia yang mati dibunuh secara kejam pada 2006 itu.
    Pihak pendakwaraya Perancis juga berikrar akan membongkar habisan semua dakwaan penyelewengan dan rasuah dalam urus niaga pembelian kapal selam Scorpene yang dibeli kerajaan Malaysia
    Dalam emel yang dihantar kepada Suara Keadilan malam tadi  melalui peguam  Americk Sidhu, Bala berkata beliau telah memberi keterangan kepada pihak polis dan peguam Perancis berhubung skandal rasuah Scorpene serta mendedahkan hubung kait Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda serta model Mongolia, Altantuya Shaariibuu dalam urus niaga pembelian dua kapal selam buatan syarikat konglomerat DCN milik kerajaan Perancis.
    Bala disoalsiasat berseorangan selama tiga jam bermula pukul 2.00 petang waktu Paris bertempat di Direction Centrale de la Police Judiciare DNIF, Nanterre, Paris  oleh penyiasat Perancis, M Ryckewaert. Peguam Manjeet Singh tidak dibenarkan bersama Bala ketika anak guamnya ditemubual pendakwaraya Perancis.
    Bala memberitahu Suara Keadilan melalui emel malam tadi pihak pendakwaraya Perancis amat berminat untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai hubungan beliau dengan Altantuya dan Abdul Razak.
    “Saya telah menerangkan segala butiran mengenai pembunuhan Altantuya. Saya merujuk mereka kepada akuan bersumpah saya yang pertama dan juga temubual saya di Singapura. Saya juga menerangkan kepada mereka identiti dua anggota polis dan siapa pegawai atasan mereka yang berkait dengan kehilangan Altantuya serta apa hubungan mereka dengan Abdul Razak dan Najib.
    “Peguam Perancis juga menyelidiki hubungan Abdul Razak dengan Najib serta maklumat yang diberikan kepada saya oleh Abdul Razak bagaimana Najib telah menghantar SMS kepadanya ketika beliau ditabgkap, atas tuduhan bersubahat membunuh Altantuya,” terang Bala dalam emel beliau.
    Beliau juga ditanya mengenai Perimekar Sdn Bhd dari segi pemilikan syarikat dan hubungannya dengan Abdul Razak dan isterinya.
    Bala juga telah menerangkan mengenai tiga pembayaran sebanyak AS$5,000 setiap satu kepada Altantuya oleh Abdul Razak termasuk bayaran denda lewat AS$1,000.
    “Saya jelaskan mengenai apartmen yang dibeli oleh Abdul Razak untuk Altantuya serta bayaran AS$500,000 yang dituntut oleh beliau. Juga saya terangkan pembabitan Altantuya dalam rundingan serta pengakuan dan pengesahan Abdul Razak bahawa beliau akan membayar wang tersebut kepada Altantuya.
    “Mereka bertanya kepada saya mengenai identiti dua individu warga Perancis yang terlibat dalam urusan Scorpene dan samada saya mempunyai maklumat berhubung pembayaran daripada pihak Perancis kepada Perimekar. Ini kerana maklumat yang diberitahu Altantuya kepada saya ialah pembayaran AS$500,000 kepada beliau itu adalah di atas kejayaan urus niaga Scorpene.
    “Mereka juga ingin tahu mengenai sepupu Altantuya, Amy yang mengetahui berkenaan majlis makan malam di mana Najib dan Abdul Razak hadir bersama Altantuya,” jelas beliau lagi.
    “Saya juga ditanya mengenai identiti dua individu bernama Major Rahim dan Abdul Rahim Saad,” kata Bala lagi.
    Disamping itu Bala juga menerangkan mengenai peranan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor yang berpakat dengan usahawan perniagaan permaidani bernama Deepak Jaikishan yang menyebabkan beliau terpaksa lari dari Malaysia.
    Beliau juga memberi rentetan peristiwa dan pembabitan adik Najib, Datuk Nazim dalam akuan bersumpah kedua Bala dan bagaimana beliau diseludup keluar dari Malaysia dan diarah berada di luar negara sehingga Najib menjadi Perdana Menteri.
    “Saya diminta memberi butiran mengenai apa yang berlaku di sebuah gerai di Rawang di mana Deepak, adiknya Dinesh dan ASP Suresh bertemu dengan saya.
    Bala berkata beliau juga bertemu dengan peguam Perancis, Joseph Breham yang bertindak bagi pihak badan has asasi Malaysia, Suaram. Best Blogger Tips

    RASUAH pembunuh no 1 di Malaysia



    Rasuah Menurut Islam


    PS: sejahat-jahat yahudi pun hanya ditangga 30......singapura di tangga ke-4 terbaik dunia...malaysia ke-43....dam shit.....parti politik&polis (3.5 / 3.8) sektor paling kotor dalam gejala rasuah...... Best Blogger Tips

    62 pegawai JKDM ditahan – SPRM


                             ini la antara muka2 lahabau.....

    RASUAH: 62 Pegawai Kastam Ditahan Setakat Ini – SPRM


    SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menahan 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia menerusi Operasi 3b setakat ini kerana dipercayai terbabit dalam rasuah, aktiviti pengubahan wang haram dan pelbagai kesalahan lain.

    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata mereka membabitkan 53 pegawai lelaki serta sembilan perempuan berusia antara 24 dan 56 tahun.

    Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang berjawatan pengarah ditahan reman, katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

    Datuk Mustafar Ali, Pengarah Bhgn. Siasatan SPRM.
    "Kes yang disiasat mengikut Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 adalah berjumlah RM1.2 bilion. Selain itu, sejumlah RM602 juta dibekukan, RM382 juta (disita) sementara RM31.2 juta lagi dilucutkan hak sebagai harta," katanya.

    Mengulas mengenai tangkapan itu, Mustafar berkata operasi membabitkan lima pelabuhan utama negara termasuk Pelabuhan Klang yang menyaksikan tangkapan teramai iaitu 48 orang.

    Pelabuhan lain ialah Pelabuhan Kuantan, Pelabuhan Pulau Pinang, Pelabuhan Tanjung Pelepas dan Pelabuhan Pasir Gudang, katanya.

    "Antara penemuan daripada operasi itu ialah simpanan dalam akaun bank sehingga hampir setengah juta, RM850,000 di dalam akaun amanah saham dan kereta mewah.

    "Semalam, tiga beg dijumpai di rumah pegawai yang mengandungi wang tunai berjumlah RM625,250, lima ketul jongkong emas bernilai kira-kira RM50,000 dan dua pucuk pistol tiruan bersama 241 butir peluru," katanya.

    Mustafar juga mendedahkan terdapat pegawai yang mengaku menerima suapan antara RM100 hingga RM500 untuk setiap borang K1 iaitu borang pengisytiharan Kastam sejak lima bulan lalu.

    "Kita juga mengesan sejumlah RM10,000 setiap bulan dimasukkan ke dalam akaun dan terdapat tujuh transaksi sudah dijalankan.

    "Malah, kami turut menemui wang yang banyak dalam akaun pegawai, pelaburan amanah saham bernilai RM200,000 termasuk jam tangan berjenama mewah daripada emas," katanya.
    Katanya di rumah Pengarah Kastam yang ditahan dan masih direman ketika ini, pihaknya menemui wang tunai berjumlah RM65,000, mercun dan bunga api serta rokok kretek.

    "Kita masih menyiasat harta yang dimiliki pengarah berkenaan kerana dalam beberapa akaun miliknya mempunyai ribuan malahan jutaan ringgit, ada yang berjumlah sehingga RM2.1 juta manakala satu akaun lagi RM500,000, itu masih dalam siasatan," katanya.

    Mustafar berkata fokus utama pelaksanaan operasi itu ialah bagi mendapatkan kembali hasil pendapatan kerajaan dan membersihkan amalan rasuah pada kalangan warga Kastam.

    Katanya siasatan pasukan petugas khas yang diketuai SPRM itu juga mendapati secara keseluruhannya lebih RM10 bilion telah diseludup keluar menerusi penghantaran wang secara tidak sah.- Bernama
    SATU MELAYU:Tidak ada lain yang harus diucapkan rakyat kepada SPRM selain TAHNIAH dan TERIMA KASIH.Rakyat sentiasa menyokong kerja baik SPRM dalam membanteras jenayah rasuah yang menjahanamkan negara.Teruskan usaha murni ini dan jangan berhenti kerana ugutan penjenayah dan pengkhianat negara.

     

    Apr.03, 2011 

    62 pegawai JKDM ditahan - SPRM

    PUTRAJAYA 2 April - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seramai 62 pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) kerana terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram serta pelbagai kesalahan lain dalam 'Operasi 3b' yang diadakan sepanjang minggu ini.
    Mereka terdiri daripada 53 lelaki dan sembilan perempuan berusia antara 24 hingga 53 tahun.
    Daripada jumlah itu, seramai 17 pegawai termasuk seorang yang berpangkat pengarah masih direman manakala selebihnya dibebaskan atas jaminan.
    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, penahanan itu membolehkan pihaknya membongkar pelbagai aktiviti mencurigakan membabitkan pegawai pasukan penguat kuasa itu.
    Menurut beliau, antara pembongkaran yang ditemui adalah terdapat pegawai yang memiliki kereta mewah, jam tangan buatan emas, jongkong emas serta menyimpan wang tunai yang banyak.
    Beliau mendedahkan, seorang pegawai kanan berpangkat pengarah memiliki wang tunai RM65,000 yang ditemui berselerakan dalam rumahnya dan memiliki RM2.1 juta dan RM500,000 dalam dua akaun berasingan.
    "Selain itu, kami turut menemui berkotak-kotak bunga api dan mercun serta rokok-rokok kretek di rumah pengarah tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    Operasi 3B tersebut diadakan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk membongkar aktiviti pegawai kastam di pelabuhan yang meminta dan menerima wang rasuah daripada ejen penghantaran.
    Mustafar berkata, terdapat juga pegawai mengaku menerima RM100 untuk setiap borang pengisytiharan duti K1 yang diproses dalam tempoh lima bulan yang lalu.
    Beliau berkata, SPRM turut menemui wang simpanan sebanyak RM850,000 dalam sebuah akaun serta simpanan Amanah Saham Bumiputera bernilai RM200,000.
    "Selain pegawai yang menerima RM10,000 setiap bulan, kami turut mendapati ada pegawai yang memakai kenderaan mewah Toyota Estima walaupun gaji mereka tidak tinggi.
    "Turut dijumpai dalam operasi adalah lima ketul jongkong emas bernilai RM50,000, jam tangan mewah yang dibuat daripada emas, dua pucuk pistol tiruan dan 241 butir peluru," katanya.
    Mustafar berkata, operasi telah dilakukan di lima pelabuhan utama iaitu di Pelabuhan Klang, Kuantan, Pulau Pinang, Tanjung Pelepas dan Pasir Gudang. Tangkapan paling banyak berlaku di Pelabuhan Klang.


    RM108 bilion lesap setiap tahun

    Oleh THOMAS CHONG
    pengarang@utusan.com.my
    PUTRAJAYA 2 April - Dianggarkan RM108 bilion yang sepatutnya menjadi pendapatan negara setiap tahun lesap manakala lebih RM10 bilion lagi dipindahkan secara haram ke luar negara.
    Kerugian itu dikesan hasil siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ke atas kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa melibatkan pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) di seluruh negara.
    Pengarah Bahagian Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, angka kerugian itu dianggarkan akibat aktiviti pemindahan wang secara haram melalui beberapa cara termasuk taksiran kurang, transaksi tanpa rekod serta penyeludupan wang.
    "Akibat tindakan 'tangan-tangan kotor' ini, negara mengalami kerugian apabila hasil pendapatan lesap manakala wang rasuah yang diperolehi mereka dipindahkan secara haram ke luar negara.
    "Berikutan itu, SPRM mengadakan 'Operasi 3b' iaitu sasaran kita mengembalikan semula RM3 bilion hasil pendapatan negara yang lesap," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
    Mustafar berkata, hasil operasi itu, sebanyak 62 orang pegawai JKDM telah ditahan dan sejumlah RM602 juta wang dibekukan, selain RM382 juta disita manakala RM31.2 juta dilucut hak harta.
    "Kita siasat semua kes dan tangkapan ini di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganas 2001 dan kes-kes yang telah dibawa ke mahkamah melibatkan wang berjumlah RM1.2 bilion," katanya.

    Apr.02, 2011 

    Reman pegawai kanan kastam dilanjut

    KUANTAN 1 April - Mahkamah Majistret di sini melanjutkan tempoh tahanan reman terhadap seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) bergelar Datuk selama empat hari sehingga Isnin ini.
    Majistret Nordiana Abdul Aziz mengeluarkan perintah tersebut terhadap lelaki berusia 50-an itu kira-kira pukul 4.20 petang setelah tempoh tahanan reman sebelum ini berakhir hari ini.
    Tempoh reman itu dilanjutkan bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat berhubung kes pengisytiharan nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
    Bagaimanapun, isteri lelaki terbabit yang juga merupakan pegawai kanan di agensi sama dibebaskan tanpa syarat selepas siasatan dijalankan.
    Pasangan suami isteri itu ditahan dalam serbuan besar-besaran pada pagi Isnin lalu oleh satu Pasukan Tindakan Khas yang diketuai SPRM.
    Serbuan turut dilakukan terhadap 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis KDRM di seluruh negara.
    Memetik laporan akhbar, Pengarah Siasatan SPRM Datuk Mustafar Ali berkata, dalam serbuan itu, ratusan ribu ringgit turut dijumpai di rumah pasangan berkenaan.
    Mustafar berkata, serbuan dibuat kerana mereka dipercayai terbabit dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti pengubahan wang haram.
    Menurutnya, semua aktiviti itu adalah kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 serta Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.


    Dua pegawai kanan kastam ditahan

    Oleh NAZMIL NASIRUDDIN
    pengarang@utusan.com.my
    PUTRAJAYA 29 Mac – Dua pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) antara yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu operasi besar-besaran di kawasan pantai timur, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur dan Johor, semalam.
    Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, ketika serbuan dilakukan secara serentak di kawasan pantai timur, pihaknya menemui wang bernilai ratusan ribu ringgit dalam keadaan berselerakan di rumah pegawai kanan kastam terbabit yang merupakan pasangan suami isteri.
    Menurutnya, SPRM dengan kerjasama Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) serta dibantu lima agensi lain membuat serbuan ke atas 84 ejen penghantaran, sebuah syarikat induk dan 24 anak syarikat berkaitan serta 25 premis JKDM di seluruh negara.
    “Selain itu, lebih 150 akaun bank milik syarikat dan orang perseorangan disita hasil operasi secara serentak melibatkan tujuh agensi bagi mengatasi kegiatan haram membabitkan nilai berbilion ringgit,” katanya pada sidang akhbar, di sini hari ini.
    Operasi pasukan petugas khas diketuai oleh SPRM itu dijalankan secara serentak dari pukul 10 pagi hingga 12 tengah malam semalam.
    Mustafar berkata, tindakan penyitaan akan dilakukan di bawah Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001.
    Beliau berkata, kesemua entiti berkaitan diserbu kerana dipercayai terlibat dalam pengisytiharan di bawah nilai sebenar cukai kastam, pengelakan cukai pendapatan dan aktiviti-aktiviti pengubahan wang haram, penghantaran wang secara tidak sah ke luar negara yang melibatkan nilai wang mencakupi berbilion ringgit dan perlakuan jenayah rasuah.
    “Kesemua kegiatan tersebut melibatkan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967, Akta Cukai Pendapatan 1967, Akta Pengubahan Wang Haram dan Pembiayaan Pengganasan 2001 dan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009,” katanya.
    Menurutnya, operasi yang dijalankan adalah mengenai kegiatan haram yang menyebabkan kerugian hasil kerajaan berjumlah berbilion ringgit disebabkan kegagalan mengutip cukai dan duti kastam.
    “Ia juga melibatkan pendapatan yang tidak dilapor yang dihantar ke luar negara tanpa kelulusan, pengisytiharan tidak betul barangan import serta penyeludupan wang keluar sempadan negara,” katanya.
    Beliau berkata, pasukan tindakan khas itu akan mengambil tindakan serius yang sewajarnya terhadap individu dan syarikat terlibat kerana kegiatan-kegiatan berkaitan boleh menyebabkan bahaya kepada ekonomi, keselamatan dan reputasi negara.

    ps : aku mintak2 la akta rasuah yg lama diubah....supaya org yg menerima rasuah nie dirampas segala harta @ dilucut hak.....biar mampus jadi kuli batak seumur hidup.....     Best Blogger Tips
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

    Popular Posts