.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).
Pengenalan
Atom
Zarah yang paling kecil sekali yang tidak boleh dibahagikan. Walaubagaimanapun, atom didapati mempunyai zarah-zarah yang lebih kecil lagi.Kajian mengenai struktur atom dan aktivitinya telah membawa banyak manfaat kepada kesejahteraan hidup manusia menerusi penghasilan tenaga elektrik dan sebagainya. Tidak kurang pula keburukannya kepada alam sejagat akibat penghasilan tenaga nuklear.
Semua benda dalam alam semesta ini termasuk tanah, api, air, gunung dan udara terdiri daripada atom; malah diri kita dan sekitarnya juga adalah terdiri daripada atom. Maha Suci Allah, sungguh menakjubkan yang atom-atom ini tersangat kecil, umpama perbandingannya; berjuta kali lebih kecil daripada ketebalan sehelai rambut manusia.
Gambarajah Stuktur Atom
(Rujukan : Ensiklopedia Fizik, Kesempurnaan Penciptaan Atom-Harun Yahya)
Inilah atom, sesuatu yang kita tidak nampak dengan mata kasar, akan tetapi kewujudannya adalah pasti. Bukanlah struktur atom yang hendak dibincangkan, tetapi yang dibincangkan adalah perkara yang kita tahu kewujudannya tetapi tidak nampak dengan mata kasar kecuali dengan menggunakan ilmu dan akal yang dianugerahkan oleh Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Surah Az Zumar [39] : 21
Sesungguhnya pada yangdemikian itu benar-benar terdapat pelajaranbagi orang-orang yang mempunyai akal.
Isi Perbincangan
1. Pengetahuan Manusia Terbatas
Di dalam Al-Quran telah dijelaskan akan kewujudan atom ini, seperti di dalam;
Surah Yunus [10] : 61
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari Al Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan, melainkan Kami menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak luput dari pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).
Allah yang Maha Mengetahui telah berfirman akan pengetahuan-Nya dalam setiap sesuatu baik di langit mahupun di bumi walaupun sebesar zarah. Manusia walau sehebat mana akalnya, seberapa banyak ijazahnya, sebanyak mana pengetahuannya, tidak mengetahui berapa helai rambutnya sendiri; apatah lagi mengetahui segalanya tentang atom yang berjuta kali lebih kecil dari sehelai rambut. Pengetahuan manusia itu terbatas.
Segala sesuatu telah pun berada dalam takdir-Nya yang tercatat dalam Lauh Mahfuz. Menerusi firman Allah yang Maha Agung;
Surah al-An’am [6] : 115
Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya; dan Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.
Seluruh alam semesta tertakluk di bawah ayat ini, samada perkara yang kita tidak nampak (tidak sedar), juga perkara yang kita nampak (sedar), iaitu hukum-hukum perintah dan larangan dan kesan-kesan yang muncul daripadanya.
Oleh kerana pengetahuan manusia itu terbatas, maka diturunkan kepada manusia Al-Quran, bagi petunjuk dan rahmat untuk kita (manusia) dalam menjalani kehidupan di dunia dan persediaan menuju kehidupan yang sebenar, iaitu di akhirat. Sekiranya Allah yang Maha Berkuasa tidak menetapkan takdir ini, maka porak-perandalah manusia tanpa arah tujuan. Alhamdulillah.
Surah al-A’raaf [7] : 52
Dan sesungguhnya Kami telah datangkan kepada mereka, sebuah Kitab (Al-Quran) yang Kami telah menjelaskannya satu persatu berdasarkan pengetahuan (Kami yang meliputi segala-galanya), untuk menjadi hidayah petunjuk dan rahmat, bagi orang-orang yang (mahu) beriman.
Maka apa sahaja yang telah kita lakukan, sedang lakukan dan akan lakukan, atau baru terfikir atau belum lagi terfikir mengenai sesuatu, semuanya tertakluk dalam pengetahuan dan di dalam takdir Allah yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana walaupun perkara itu umpama sekecil zarah.
2. Kebaikan dan Kejahatan
Di dalam ayat ayat yang lain mengenai atom ini Allah yang Maha Agung berfirman dalam;
Surah al-Zalzalah [99] : 7-8
Barangsiapa yangmengerjakan kebaikan seberat zarah, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yangmengerjakankejahatansebesar zarah, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula.
Rasulullah saw (sallahu ‘alaihi wa sallam) menamakan ayat ini sebagai al-jami’ah al- fazzah yang bermaksud rumusan serba lengkap sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim yang dinukil dari Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir al-Munir;
Ayat ini (Surah al-Zalzalah [99] : 7-8) diturunkan kerana perbezaan tanggapan dua orang lelaki. Salah seorang dari mereka didatangi peminta sedekah. Peminta sedekah itu meminta sebiji tamar, secebis roti dan sebiji kacang, lalu salah seorang dari mereka mengatakan kebaikan itu sangat kecil dan ganjarannya (pahala) juga sedikit. Manakala seorang lagi memandang remeh dosa kecil dan mengatakan, dosa yang kecil tentu tidak dikenakan hukuman apa-apa.
Jadi Allah yang Maha Penyayang menurunkan ayat ini agar memberi galakan pada manusia agar jangan memandang perkara yang kita anggap dosa kecil itu sebagai mudah, dan jangan pula kita menganggap kebaikan yang kecil itu walaupun sebesar zarah (iaitu tidak terlihat kebaikannya di mata), tidak memberi ganjaran yang besar. Mungkin dengan kebaikan yang sikit dan berterusan itulah menempatkan kita di syurga. InsyaAllah yang Maha Tinggi.
Begitulah kita beramal dengan ayat ini, walau sekecil zarah sekalipun (tidak ternampak oleh mata kita) kebaikan yang kita lakukan pasti akan diberi ganjarannya. Walaupun kebaikan itu belum kita buat, hanya terniat di dalam hati, ganjarannya telah pun kita dapat. Seperti di dalam sebuah hadis;
Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Allah ‘Azza wa Jalla berfirman (kepada malaikat-Nya) : ‘Apabila hamba-Ku berniat hendak melakukan kejahatan, janganlah kamu tuliskan. Apabila telah dilakukannya, tulislah baginya satu kejahatan.
Apabila dia hendak berbuat kebajikan, tetapi belum dilaksanakannya, tulislah satu kebajikan. Apabila dilaksanakannya tulislah untuknya sepuluh kebajikan’. [Hadis Sahih Bukhari No.102]
Berbeza dengan kejahatan, apabila kita melakukan, baru dapat satu dosa. Namun jangan sesekali kita memandang remeh pada dosa yang kecil, mungkin kerana dosa itulah kita ditempatkan di neraka. Naudzubillah.
3. Manusia Tidak Dianiaya
Pernahkah kita berasa teraniaya,atau berasa susah hendak melaksanakan perintah Allah yang Maha Berkuasa dan menjauhi larangan-Nya? Adakah Allah yang Maha Penyayang sengaja menghendaki itu semua dengan bertujuan menyusahkan hamba-Nya? Maha Suci Allah dari sangkaan buruk kita semua.
Surah An Nisaa' [4] : 40
SesungguhnyaAllah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarah, dan jika ada kebajikan sebesar zarah, nescaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar.
Apa sahaja perintah dan larangan oleh Allah yang Maha Bijaksana itu kepada kita (manusia), sebenarnya adalah perkara yang diperlukan oleh manusia. Manusia memerlukan semua perintah dan larangan itu dalam menjalani kehidupan di dunia ini supaya kehidupan menjadi lebih teratur. Kita cuma boleh nampak akan keperluannya menerusi kesan-kesan perintah dan larangan itu sahaja.
Contoh perintah; kita disuruh membayar zakat. Antara kesannya,wang zakat dapat membela nasib mereka yang tidak berkemampuan dan seterusnya menjana ekonomi negara. Lainnya, tangan pencuri hendaklah dipotong. Antara kesannya perbuatan kecurian, ragut dan sebagainya dapat dibanteras. Masalahnya kita masih belum cukup percaya bahawa Al-Quran dapat menyelesaikan segala masalah kehidupan.
Contoh larangan; diharamkan manusia meminum arak. Antara kesannya, arak boleh menghilangkan kewarasan hingga menyebabkan berlakunya kekacauan dan mengganggu ketenteraman orang ramai. Banyak lagi contoh-contoh dan satu ini memadai.
Bukankah kita yang memerlukan perintah dan larangan-Nya? Ini bermakna perintah dan larangan itu adalah suatu kurniaan rahmat kepada seluruh manusia.
Kesimpulan
Cukup dengan hanya memahami ayat di bawah;
Surah Ali 'Imran [3] : 190-191
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,
(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata):"Ya Tuhan kami, tiadalahEngkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka.
(Tersirat : Setelah anda membaca habis artikel ini anda telah menyebut nama-nama Allah yang Maha Agung sebanyak dua puluh tiga kali dan selawat ke atas Nabi Muhammad saw sebanyak empat kali. Alhamdulillah.)
Rujukan : Al-Quran, Tafsir Ibn Katsir dan Tafsir Al-Munir, Sahih Bukhari dan Muslim, Fiqh Tasawwuf (Syeikhul Islam Ibnu Taymiyyah), Perangai Bergantung Pada Diri Sendiri (Za’ba), Ensiklopedia Fizik dan Kesempurnaan Penciptaan Atom (Harun Yahya).
ALLAH YANG MAHA AGUNG...lailahaillallah muhammadurasullullah
Kita ibarat zarah yg halus di alam ciptaan ALLAH...maka jangan lah kita berlagak sombong dan angkuh...janji ALLAH itu adalah benar...marilah kita berusaha menjadi sebahagian drpda org yg beriman dan teguh dan ikhlas mendirikan solat...amin
YA ALLAH....
Aku bagaikan sebutir pasir yang lemah lagi kerdil...
Teguhkan keimanan jiwaku...
Agar tidak terpesong dariMU
Sebuah pesanan ringkas muncul diskrin telefon bimbitku. Isinya......berita dukacita. Seorang teman meninggal dunia...Innalillahi Wainnaillahi Raji'un.
Kita tidak akan pernah tahu; bilamana dan dimana kita akan menghembuskan nafas yang terakhir. Kita pun tidak akan pernah tahu apakah akah masuk syurga atau menuju neraka. Semuanya adalah misteri Allah SWT. Semuanya sudah diatur olehNya. Kita tidak akan pernah dapat mengubahnya. Namun yang pasti kita semua akan mati. Berikut adalah perbualan tentang kematian :
Ada sebuah perbincangan yang menarik antara seorang ustaz dengan jemaah pengajiannya.
Ustaz bertanya kepada jemaahnya "Ibu-Ibu ingin masuk syurga?"
Dengan serentak ibu-ibu menjawab "mauuuu...."
Ustaz kembali bertanya "Ibu-ibu ingin mati hari ini tidak?"
Tidak ada seorang pun yang menjawab. Rupanya tidak ada seorang pun yang ingin mati. Dengan tersenyum ustaz tersebut berkata "Lah bagaimana nak masuk syurga kalau tidak mati-mati"
Ustaz itu meneruskan pertanyaannya "Ibu-ibu mahu saya doakan panjang umur?"
Dengan bersemangat ibu-ibu menjawab "mauuu...."
Ustaz kembali bertanya "Berapa lama ibu-ibu ingin hidup? Seratus tahun? Dua
ratus atau bahkan seribu tahun? Orang yang berumur 80 tahun sahaja sudah kelihatan terketar-ketar apalagi yang berumur ratusan tahun".
Rupa-rupanya pertanyaan tadi tidak selesai hingga disitu. Ustaz masih terus
bertanya "Ibu-ibu cinta dengan Allah tidak?"
Jawapannya memang sudah dapat diduga. Ibu-ibu dengan serentak menjawab "Ya".
Ustaz kemudian berkata "Biasanya kalau orang jatuh cinta, dia selalu rindu
untuk berjumpa dengan kekasihnya, apakah ibu-ibu sudah rindu ingin bertemu
Allah?"
Hening. Tidak ada yang menjawab.
Kebanyakan dari kita ngeri membicarakan tentang kematian. Jangankan membicarakan, membayangkannya sahaja kita tidak berani. Jawapannya adalah kerana kita tidak bersedia menghadapi peristiwa setelah kematian.
Padahal, bersedia atau tidak, kita pasti akan menjalaninya. Bersedia atau tidak,
kematian pasti akan datang menjemput. Daripada selalu berdalih belum bersedia lebih baik mulai dari sekarang kita mempersiapkan diri untuk menghadapi kematian.
Persiapan terbaik adalah dengan selalu mengingati mati. Yakinkan pada diri kita bahawa kematian adalah pintu menuju Allah. Kematian adalah jalan menuju tempat yang indah, syurga. Dengan selalu mengingati mati kita akan selalu berusaha agar setiap tindakan yang kita lakukan merupakan langkah-langkah menuju syurga yang penuh kenikmatan.
Hakikat kehidupan manusia adalah sebuah perjalanan kembali menuju Allah.
Dalam perjalanan yang singkat ini ada yang kembali dengan selamat, namun ada yang tersesat di neraka. Kita terlalu disibukkan oleh dunia hingga merasakan bahawa dunia inilah kehidupan yang sebenarnya. Kita seakan lupa bahawa hidup ini hanya sekadar persinggahan untuk mencari bekal pulang.
Kemilaunya keindahan dunia membuat kita terlena untuk menapaki jalan pulang.
Rasulullah SAW pernah berkata orang yang paling cerdas adalah orang yang selalu mengingati mati. Dengan erti kata lain orang yang paling cerdas adalah orang yang mempunyai visi jauh ke hadapan. Dengan selalu mengingati visi atau tujuan hidupnya, ia akan selalu berghairah melangkah ke hadapan.
Visi seorang muslim tidak hanya dibataskan oleh kehidupan di dunia ini sahaja namun lebih dari itu, visinya jauh melintasi batas kehidupan di dunia. Visi seorang muslim adalah kembali dan berjumpa dengan Allah.
Baginya saat-saat kematian adalah saat-saat yang indah kerana sebentar lagi akan berjumpa dengan sang kekasih yang selama ini dirindukan.
Terkadang kita takut mati kerana kematian akan memisahkan kita dengan orang-orang yang kita cintai. Orang tua, saudara, suami/isteri, anak.
Ini menandakan kita lebih mencintai mereka daripada Allah. Jika kita benar-benar cinta kepada Allah maka kematian ibarat sebuah undangan mesra dari Allah.
Namun begitu kita tidak boleh meminta untuk mati. Mati sia-sia dan tanpa alasan yang jelas justeru akan menjauhkan kita dari Allah. Mati bunuh diri adalah wujud keputusasaan atas kasih sayang Allah. Ingin segera mati kerana kesukaran dunia menandakan kita ingin lari dari kenyataan hidup. Mati yang baik adalah mati dalam usaha menjadi rahmat bagi seluruh alam semesta.
Mati dalam usaha mewujudkan cita-cita terbesar yakni perdamaian dan kesejahteraan umat manusia.
Akhirnya orang yang selamat adalah orang yang menyedari bahawa semua harta dan kekuasaan adalah perantaraan untuk dapat kembali kepada Allah.
Jasadnya mungkin bersimbah keluh berkuah keringat, banting tulang menundukkan
dunia namun hatinya tetap hanya terpaut pada si kekasih; Allah SWT. Yang terpenting adalah bagaimana kita dapat bekerja keras, berfikir cerdas dan berhati ikhlas.
Duhai Pemilik dunia, ajarkan kami untuk menundukkan dunia, bukan kami yang tunduk kepada dunia. Bila kilauan dunia menyilaukan pandangan kami, bila taburan permata dunia mendebarkan hati kami, ingatkan kami ya Allah.
Ingatkan bahawa keredhaanMu dan kasih sayangMu lebih besar dari pada sekadar dunia yang pasti akan kami tinggalkan. Amin. Mati, ternyata tidaklah sekadar mati.
Memang agak lama saya tak update blog cari duit internet ini. Bukan bermakna saya tidak cari duit internet lagi tetapi aktiviti saya kini kian terbatas. Maksud 'sangap' pada tajuk entri kali ini bukannya bermaksud 18SX tetapi sangap = mengantuk menunggu duit dari Nuffnang.
Ini kerana saya banyak membantu wife saya dengan kedai pakaiannya http://www.shazlinshoppe.com/. Walau pun website ni saya pun tak sempat nak update, sebagai seorang yang mempunyai hobi mendalam dengan web, website mesti disetup dahulu walaupun kedai offline baru dibuka. Jangan tak percaya modal untuk membeli kedai saya ni, sebahagian darinya ialah dari income cari duit internet saya!
Salam,
Ini bukan majalah mangga dan tidak kena mengena dengan komik manga :)Ramai blogger yang telah mencuba iklan Nuffnang, ramai yang dah berjaya tapi ramai juga yang belum mendapat sekeping cek pun dari Nuffnang. Saya telah dapat hampir RM10,000 dari Nuffnang. Apa rahsianya?
Rahsianya mudah saja: Trafik!
Lagi banyak trafik ke blog anda, banyak anda boleh cari duit internet dengan Nuffnang. Iklan nuffnang biasanya menarik jadi lebih ramai pengunjung blog anda, maka makin banyak kliklah anda akan dapat. Begitu juga dengan buffered earning, makin banyak hits blog anda makin banyak masyuk dari iklan buffer Nuffnang.
Ramai kata Nuffnang ni selow,hmm saya akui juga pasal susah nak keluar iklan Nuffnang ni. Sebabnya ialah beribu malah mungkin berpuluh ribu blogger yang memasang iklan Nuffnang ni.
Apabila pengiklan Nuffnang mengiklan produk mereka di Nuffnang, mereka akan setkan berapa banyak impression/view yang keluar. Makin banyak blog pasang nuffnang maka makin cepat habislah iklan tu. Tu yang kadang-kadang keluar tengah malam tapi 2-3 jam dah tak keluar lagi.
Sekarang blogger ramai yang pelan2 meninggalkan Nuffnang kerana nak dapat RM100 sebulan pun sakit, saya pun mencuba satu program PPC yang seakan Nuffnang ni iaitu ManggaAd dari website manggaonline.
Jika anda nak mencuba, boleh klik iklan di bawah terus ke manggad.
Berapa hebatnya manggaad ni saya belum pastikan lagi sebab ni program baru dan belum ada blogger yang pernah cashout lagi. Minimum pengeluaran manggad ialah RM100, bayaran melalui cek atau paypal.
Kata orang tak cuba tak tau, sebelum ini heboh kejap program Innity, mula dengarnya memang gempak tapi akhir-akhir ini dengarnya makin selow dan makin ramai blogger yang kembali kepada Nuffnang. Adakah manggad pun akan mengikut jejak Innity, sama-samalah kita cuba-try-test :). Agak-agak tak berbaloi, just remove jer script dia.
Salam PPC
~blalang~ Cari Duit Dengan Manggaad pulak..
Blogging antara hobi dan masyuk...
Salam ,
Anda ada blog? Kalau ada bagus lah kerana buat blog tidaklah sesusah mana. Org yang tak tau script HTML pun sudah boleh berblogging. Malah percuma pula dengan blogger.com.
Terpulang kepada minat masing-masing blogging mempunyai niche masing-masing tapi paling ramai yang bertemakan peribadi kerana banyak boleh ditulis. Biasala tu kan..
Namun begitu jika anda berminat dengan cari duit di internet, blogging selain dari hobi ianya adalah sumber duit juga. Saya baru mendapat email dari bank HSBC semalam berkaitan cek yg mereka proses dari Nuffnang untuk saya.
Alhamdulillah RM1095 jumlahnya. Baru dua bulan lepas saya menerima RM1144 dari Nuffnang. Masuk ini saya sudah 25 kali cashout dari Nuffnang yang jumlah keseluruhannya RM9243.99 selama 2 tahun setengah. Ini bermakna saya mendapat hasil lebih kurang RM256 sebulan secara puratanya. Esok atau lusa saya akan cashout buat kali ke 26 yang jumlah terkini RM95.47.
Email payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan
Payment advice dari HSBC. Klik atas gambar untuk besarkan
Jumlah terkini cashout dari Nuffnang. Klik atas gambar untuk besarkan.
Ini baru hasil dari Nuffnang, banyak lagi income boleh kita dapat dari berblogging ni seperti google adsense, affiliate, CPA,iklan sendiri dan sebagainya.
Apa itu blog? Blog adalah ringkasan dari "web log" iaitu salah satu jenis laman web yang popular sekarang ini.Semua orang boleh membuat blog walaupun tidak berpengetahuan script.
Dengan blog kita boleh juga jadikan satu laman web perniagaan kita dan dengan blog semestinya kita boleh menjana wang dengan pelbagai cara.
Di atas permintaan ramai melalui email, saya ingin membuka kelas/bengkel panduan membuat blog dan menjana wang darinya.
Berkenaan bengkel
Satu sessi hanya untuk 10 orang sahaja supaya pembelajaran lebih fokus dan dapat dijalankan secara praktikal.
Tarikh : May 2010 (Hari Sabtu)
Masa : 0900 pagi sehingga 5.00 ptg
Tempat : Senai, Johor
Modul:
- Pengenalan asas internet
- HTML dan script
- Panduan analisis niche/tema blog
- Membuat Blog (blogspot dan wordpress)
- Teknik menarik trafik
- SEO
- Panduan mencari idea untuk blog
- Panduan Cari duit dengan blog
- *Ekstra - Lain-lain cara cari duit di internet.
Kursus dibuat secara praktikal, anda digalakkan membawa laptop sendiri namun jika tiada komputer memang telah tersedia.
Harga Kursus : RM250 RM200 Harga Promosi!
Untuk pendaftaran dan pertanyaan , sila isi borang yang disediakan di:-
Kali ni saya nak bercerita lagi pasal nuffnang. Kenapa saya suka pasal nuffnang ialah sebab nuffnang ni untuk blogger Malaysia dan Singapura. Nuffnang menerima apa jenis blog sekalipun samada BM atau BI.
Jadi boleh dikatakan semua blogger boleh join nuffnang. Tak kira blog Melayu,cina, India 1Malaysia boleh join. Kelmarin mendapat Payment Advice dari HSBC pasal cashout Nuffnang bulan November punya. Selepas dapat payment advice ni biasanya dalam seminggu baru cek tersebut sampai ke rumah. Jika masih tak dapat apa lagi submit ticket la kepada Nuffnang.
Pada bulan Dis, pendapatan Nuffnang saya baru RM50 lebih sahaja tetapi pada 4hb Jan 2010 adalah date untuk cashout bayaran untuk advertorial pada bulan oktober 2009. Biasanya kalau iklan advertorial memang 3 bulan baru boleh cashout.
Sejak saya join Nuffnang dari bulan Dis 2007 sehingga kini dah RM8 ribu cari duit internet dari blog dengan Nuffnang ni. Ini bermakna company dari Malaysia pun boleh bayar kepada blogger, bukan dari oversea sahaja. Ramai lagi blogger yang lebih berjaya buat duit cengan Nuffnang dari saya seperti blog Nufnara, redmummy dan budiey.
Ramai yang bertanya mengenai cari duit internet dari Nuffnang ni. Saya katakan kita bolehlah lepaskan duit bayar bil streamyx dan celcom broadband. Tak la banyak sangat, saja suka-suka meriahkan blog sambil masyuk...Tengok pada kempen Nuffnang, ada yang bayar murah RM0.15 perclick untuk kempen global_CPC tapi kalau kempen geomCPM boleh dapat banyak juga.
Tapi paling best kalau dapat tawaran advertorial. Bayarannya pun tak tentu tapi kalau dapat yang RM1062 satu post tu. Memang rezeki la..
Mudahkan cari duit internet?
~blalang~
Bukan aku tak nak guna WP
Salam,
Dulu blog saya yang hanya menggunakan platform blogspot memang pernah mencecah ranking bawah 100K di alexa tapi selepas itu menaik perlahan-lahan sehingga pernah ke rangking 150K. Alhdulillah sejak akhir-akhir ini ranking blog saya tu berjaya menembusi rangking 100,000 lagi bulan ni.
Kesannya banyak memberi pulangan. Komisyen affiliate bertambah, program ppl pun ramai yang download ,
iklan sendiri di blog pun dah sampai ke maksima sehingga terpaksa ditutup.
Dan yang paling best apa lagi kalau tidak iklan advertorial Nuffnang yang masyuk. Pagi tadi dapat SMS dari Karen Nuffnang yang memberitahu draf advetorial saya dah approve. Sayang Karen opps Nuffnang..RM1000 untuk satu post di blog sapa yang nak bayarkan. Memang tak pelik kalau blogger yang menjadi agen iklan Nuffnang teruja kalau dapat iklan advertorial.
Contoh-contoh di atas bukan nak riyak tetapi nak menunjukkan kelebihan 'kuasa trafik' tak kira loyal visitor lebih-lebih lagi dari "organic visitor" . Organic visitor/traffic ialah pengunjung yang datang ke blog kita dari enjin carian.
Ni yang buat saya dalam dilemma, terasa sayang nak meninggalkan blog blogspot ini begitu saja, walau pun aku memang bercadang bertukar ke domain sendiri. Bukan tak nak malah dah booking domain pun cuma sedang tercari-cari hosting local yang ada ummphh.
Bukan nak merendahkan hosting tempatan tapi sejak 4 tahun saya menceburi bidang cari duit internet ni, dah macam-macam syarikat penyedia hosting saya cuba tapi averagenya meninggalkan pengalaman yang menyakitkan hati seperti bandwith exceeded limit lah, cpanel takde fantastico lah, tokleh install plugin, tokleh nak setup SQL, error script , support lemah dan macam-macam lagi.
Dari hosting yang bernama sempot sehingga ke Elabite (bukan nama sebenar) saya dah cuba.
Terasa jauh lagi berbanding dengan syarikat hosting luar punya cpanel,support,template dan lain-lain. Contohnya kalau nak upgrade version Wordpress, kalau company local kena buat secara manual, download dari wordpress.org pastu upload balik melalui ftp. Sedangkan jika dengan hostgator,cheapname etc. kita hanya perlu klik upgrade sahaja dalam masa beberapa minit worpress kita akan automatik upgrade.
Nak park di syarikat hosting luar pulak , nanti slow pula bila pipe TM ada problem. Tapi sejak TM dah upgrade pipe diaorang ke Terabyte, sebulan dua ni rasa macam confident jer tapi kena tengok dulu.
Jadi proses nak upgrade blog saya yang beloksepot tu ke WP terpaksa ditangguh dulu. Yalah benda tengah naik takkan nak kasi potong pula.
Last sekali nak tau berapa Google PR blog tu? Google PR blog tu sekarang ialah kosong alias telur jer...hehehe
Salam,
~blalang~
Cari duit internet dari trafik..
Cashout Nuffnang
Soalan dari Zie melalui email berkaitan Nuffnang.
Salam saudara blalang,
saya nak tanyasikit pasal Nuffnang, sy tengok saudara dah banyak kali cashout dari Nuffnang. Sy bukanya apa cuma nak tahu pengalaman dari saudara tentang cashout pendapatan dari Nuffnang. Mcm ni sy ada cashout pendapatan yg pertama tak la banyak sangat.. lepas cashout yg pertama jaraknya sebelum lepas tu sy boleh cashout lagi buat kali kedua, bayaran yg pertama sy belum dapat apa2 lagi, dan sekarang dah hampir dua bulan sy bekerja dgn mereka dan sudah 3 cashout sy dapat.. tp yg sy hairan dekat akaun sy tercatat unpaid ketiga2nya. Sy ingin tahu, berapa lama setelah cashout pendapatan saudara clear, maksud sy saudara terima cek dari mereka.
Jawapan:
Biasanya nuffnang akan dapat dalam 2 bulan selepas cashout. Saya selalunya cashout pada hujung bulan. Contohnya kalau bulan ni saya cashout pada 30 Okt, pembayaran tersebut akan dapat dlam awal bulan Disember. Nnt ada payment advise dari bank HSBC ke email kita.
Biasanya saya tanya nuffnang sendiri jika ada masalah pembayaran. Hanya submit ticket shj. Saya selalu juga miss tulis dah paid tapi cek tak sampai.
Apa yang penting dalam apa-apa program yang kita sertai, kita mestilah membina hubungan dengan penganjurnya. Jangan malu untuk submit ticket atau email sahaja terus. Bahasa Malaysia pun takpe kerana Nuffnang local company.
Contohnya ialah cek terbaru yang saya terima minggu lepas. Tak sempat nak cashkan lagi.
Tarikh cek : 1/10/2009
Cek ini ialah daripada apa yang saya cashout pada 31 Aug 2009 yang lalu.
Harap membantu.
~blalang~
Cari duit internet - local pun boleh.
Bonus Raya Nuffnang
Ramai juga blogger yang menghubungi saya bertanyakan pasal Nuffnang. Nuffnang ialah satu program pay per click tempatan yang menerima blog berbahasa Melayu untuk blogger Malaysia dan Singapura.
Ada juga yang tidak percaya boleh cari duit internet dengan Nuffnang.
Lihatlah anak bongsu saya Afif menjadi model sukarela bergambar dengan cek dari Nuffnang sebelum saya telankan cek tersebut dalam ATM Maybank Senai Utama petang tadi. Alhamdulillah rezeki Raya.
Semoga dengan gambar cek dari Nuffnang ini membakar semangat anda cari duit di internet dengan tanpa modal satu sen pun.
Salam Ramadhan
~blalang~
Cari duit internet dengan Nuffnang pun boleh..
Trafik dari nuffnang
Kepada para nuffnanger, nuffnang telah menyediakan satu widget yang membenarkan para blogger bertukar-tukar trafik sesama nuffnanger yang diberi nama Xchange.
Meletakkan widget Xchange nuffnang di blog seperti di blog ini sebelah bawah kanan yang bersifat 'floating' iaitu apabila kita scroll down widget tu akan tetap di kedudukannya.
Rasanya ramai yang dah tahu tetapi buat kepada nuffnanger yang sudah tahu tetapi tidak pasti apakah kelebihan meletakkan widget ini.
Tujuannya hanya satu iaitu menarik trafik dari blog nuffnanger lain. Iaitu apabila kita membuat post baru, rss tulisan kita itu akan muncul di blog nuffnanger lain. Jika ada yang tertarik dengan post anda mereka akan klik di link widget tersebut.
Sebab itu ia diberi nama 'Xchange' iaitu kita boleh bertukar-tukar link dengan nuffnanger lain.
Secara tidak langsung kita boleh menambah pengunjung ke blog kita terutama dari pengunjung fresh yang kali pertama datang ke blog kita. Ingat "lebih trafik lebih duit".
Di harap pengunjung-pengunjung baru ini akan klik mana yang patut untuk membantu kita cari duit internet seperti adsense, iklan affiliate dan sebagainya. Janji masyukkk.
Seperti yang saya pengunjung regular atau setia akan klik sekali sahaja kerana mereka tahu itu adalah iklan. Rasanya kurang orang yang suka klik iklan kan? Tetapi tak tentu juga kerana wife saya suka baca iklan di akhbar dengan tanpa tujuan hehe..
Ok cara meletakkan widget Xchange nuffnang ni pun senang jer..
1. Klik pada menu "Xchange"
2. Letak message anda kepada pengunjung blog
3. Pilih template widget mana yang kita hendak
4. Copy code
5. Buka layout jika blogspot
6. Add widget -- pilih HTML/Script
7. Pastekan script tadi dan save.
Semoga dengan Xchange Nuffnang ni dapat menambah trafik ke blog anda.
Salam xchange,
~blalang~
Cari duit internet tau!
Iklan Advertorial Nuffnang
Alhamdulillah dapat tawaran iklan advertorials lagi dari Nuffnang. Semenjak saya jadi nuffnager ni, ini adalah kali kedua saya mendapat tawaran iklan advertorials dari Nuffnang. Dulu saya mendapat advertorials untuk promosi gua.com.my. Bayaran masa tu ialah RM350.
Advertorials ialah membuat artikel promosi untuk sesebuah event syarikat yang berbayar dengan Nuffnang. Kita diupah membuat artikel dan kemudiannya membuat satu post mengenai event tersebut di blog yang terpilih.
Apa ciri-ciri blog yang terpilih saya tidak berapa pasti tetapi pastinya ialah blog yang banyak klik iklan nuffnang atau ramai pengunjung dalam satu hari. Blog saya yang terpilih mempunyai purata 7k - 8 k pengunjung dalam sehari.
Kali ini iklan advertorials tooot ... tak boleh beritahu sebab Nuffnang belum approvekan lagi artikel yang saya hantar. Bayaran kalin ini lebih lumayan lagi RM1062 . Minta-mintalah Nuffnang luluskan artikel saya tu. Kalau tak approve pun apa nak buat belum ada rezeki tapi cuba mesti cuba.
Sesiapa yang mendapat tawaran advertorial dari Nuffnang janganlah ditolak. Kalau tak tau buat artikel pun contohnya akan Nuffnang diberi. Cuma kita mengolahnya menggunakan ayat kita sendiri.Siapa nak bagi satu post berharga RM1000. Memang boleh cari duit internet dengan blog.
Dari pengalaman saya dahulu semasa advertorial dengan gua.com.my bayaran diterima selepas 3 bulan. Biasalah lambat sikit kerana invoice dari syarikat tu kepada nuffnang dalam masa 2 bulan, lepas tu baru nuffnang baru bayar kepada kita. Tu yang makan 3 bulan. Biar lambat janji masyuk dan boleh cari duit internet.
Para blogger nuffnanger tu kena ambil serius dengan cari duit internet dengan Nuffnang. Saya sendiri pun dah 2 bulan tak dapat cash out dari Nuffnang sebab banyak sangkut kat buffered campaign. Tak pelah tak boleh cash out sebulan, kita forward ke bulan depan.
Saya buat post ni pun sementara tunggu wife saya bersiap nak pergi ke karnival saham amanah di Plaza Angsana..ok saya chow dulu dan jangan lupa cari duit internet untuk shopping huhu..
Salam
~blalang~
Cari duit internet -- cayok~
Panduan meletakkan iklan Nuffnang / Adsense di Wordpress
salam..
saya dh daftar nuffnang & GA dan saya berjaya tempekkan kat blogger.
saya nak tanya cam mana nak tempekkan kat wordpress?
tq
Jawapan :
Saya tak pasti anda menggunakan WP version berapa. Saya terangkan untuk WP 2.7.1 tetapi penampilannya lebih kurang sama dengan WP 2.7. Jika anda menggunakan version sebelumnya saya nasihatkan anda supaya upgrade WP anda.
Tetapi jika untuk ditempekkan di wordpress.org memang tak boleh sbb tu syarat diaorang. Cara ni untuk yg menggunakan WP di domain sendiri shj.
Ada dua cara untuk letakkan iklan Nuffnang, Adsense atau apa-apa script di Wordpress
Cara pertama: Widget
- Klik pada menu apperance
- Klik pada widget
- Klik pada current widget, pilih hendak diletakkan di mana biasanya sidebar
- Pada available widget klik Add pada text tetapi kalau sudah add (ada di sebelah kiri) klik edit.
- Di sinilah tempat kita paste code nuffnang tersebut.
- Kita juga boleh letak text ini ke atas atau ke bawah dengan hanya drag sahaja.
Bantuan bergambar:
Cara kedua : editor
Cara ini untuk yg biasa bermain dengan script.
- Pastikan setting chmod ke 777 dengan menggunakan ftp anda
- Klik pada menu apperance
- Klik pada editor
- Pilih pada thmes file di sebelah kiri
- Pilih di mana anda hendak letak iklan nuffnang tersebut antara header,sidebar atau single post atau mana-mana yang anda minat.
- Pada coding PHP,letakkan script anda di bawah kod kemudian update file
Bantuan bergambar
Selamat membantu
~blalang~ Cari Duit Internet~
Jual Avon di internet
sekali lagi sy ingin bertanya beberapa perkara kpd en,
1.sy sdh berdaftar dengan nuffnang ttp msh blm dpt apa2 profit darinya,knp ye?
2. jika tidak keberatan bleh en bgtau kt sy langkah yg perlu sy buat step by step?
3.bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?
Jawapan cari duit internet:
Soalan 1 & 2.
Belum dapat profit mungkin kerana tiada/kurang orang klik iklan Nuffnang tersebut.Sila pastikan juga code yang dicopy tersebut adalah betul. Had minima untuk cash earning ialah RM50.
Tip utk lebih org klik iklan Nuffnang
1. Nuffnang membenarkan blogger menggalakkan pengunjung blog klik iklannya, tidak seperti Google Adsense yang melarang keras.
Untuk menggalakkan org klik iklan Nuffnang, kita perlu kreatif dan peka dengan iklan apa yng sedang berlangsung di blog kita. Contohnya iklan Castrol, anda boleh letak ayat : mahu lebih penjimatan? klik iklan di bawah
Tetapi anda jangan klik iklan tersebut sendiri. Ini rule utama bagi setiap program Pay per Click (PPC)
Kalau nak tau apa kandungan iklan yang sedang berlangsung , boleh lihat di web Nuffnang.
2. Tarik ramai pelawat ke blog anda terutama yang datang dari search engine. More visitors more click and more income :). Caranya kena guna teknik SEO.
Soalan 3.
bolehkah sy promosi brg2 lain,cth nye avon ke,tupperware ke dlm blog sy,slh disisi undang2 tak?
Rasanya tak salah, sebagai dealer avon, tupperware dan sebagainya rasanya tidak salah jika anda membuat jualan promosi melalui blog jika anda sanggup hantar barangan melalui pos.
Bagaimana pun boleh rujuk pada term and condition company tersebut.
Harap membantu
~blalang~
Sama-sama cari duit di internet.
Akhirnya Nuffnang pos semula cek
Akhirnya setelah saya create ticket kepada Nuffnang kerana tidak menerima cek untuk bulan Okt 2008 yang sepatutnya dapat pada bulan Dis 2008 berhasil apabila pihak Nuffnang akan repost semula cek tersebut.
Kronologi :
3 Dec 08: Menerima email payment advice dari HSBC sebanyak RM418.
17 Dec 08:
i.Create ticket di nuffnang.com.my setelah masih tidak menerima cek yang kebiasaannya di terima sebelum 15hb setiap bulan.
ii. Pihak Nuffnang membalas dan meminta support dokumen
iii. Saya attachkan file PDF payment advice dari HSBC
18 Dec 08:
i.Nuffnang berkata sepatutnya saya telah mendapat cek tersebut
ii. Saya membalas mengatakan saya sememangnya belum terima
2 Jan 09: Nuffnang hantar mesej, kemungkinan saya belum terima kerana cuti panjang Malaysia dan meminta saya memberitahu jika belum terima dalam masa 2 minggu
12 Jan 09: Saya reply message masih belum terima untuk payment bulan Oct 08 tetapi telah menerima cek untuk payment bulan Nov 08.
14 Jan 09: Nuffnang meminta pengesahan alamat dan nama mengikut I/C dan saya mengesahkannya.
dan
15 Jan 09: balasan dari Nuffnang
Kemungkinan cek tersebut tidak sampai kepada saya kerana kecuaian atau mana-mana kesilapan teknik pihak Pos Malaysia. Saya harap minggu depan saya akan terima cek tersebut.
Saya post di sini sebagai berkongsi pengalaman dengan anda dan sebagai panduan jika anda juga menerima kes seperti saya. Jangan malu-malu, jangan bikin kecoh mengatakan itu scam, ini scam, semuanya boleh disettlekan dengan menghubungi mana-mana program cari duit internet tersebut jika ada sebarang kemusykilan.
Bukan nak bodek tapi saya rasa Nuffnang adalah syarikat pengiklanan online yang boleh dipercayai dan kita boleh buat duit internet dengan hanya meletakkan iklan mereka di blog kita.
Alang-alang buat blog, biar buat duit sekali!
~blalang~
cari duit internet - jalan terus di 2009
Duit HARAM Nuffnang!
Sekarang Calsberg sedang menaja Nuffnang untuk kempen dalam beberapa masa tempoh tertentu dijangka sepanjang perayaan Krismas ini.
Kepada nuffnanger, berhati-hati takut keluar iklan arak Calsberg di blog anda! Untuk pengetahuan, penaja Calsberg akan membayar iklan yang diklik di blog kita... so takkan nak makan duit arakkan..
Jangan lupa untuk update survey blog anda di Nuffnang supaya tidak keluar iklan arak. Caranya:
- Blog Manager
- Update Survey
- Sila perhatikan soalan no 6 di section 1:
Would you be willing to run alcohol relatd ads?
- Check No.
dan update surey.
Sedikit tips Nuffnang
- Pada update survey tadi untuk soalan 6 di section 2. Tandakan semua jenis produk supaya, iklan Nuffnang sentiasa keluar di blog anda
Untuk kempen happy-meter,
Sebenarnya kempen happy-0-meter yang banyak memberi income kepada saya dari kempen iklan Nuffnang. Tetapi untuk pengetahuan anda, iklan happy-0-meter Digi ini tidak di buat sepanjang masa, hanya pada masa-masa tertentu sahaja.
Oleh itu adalah rugi jika kita meletakkan iklan happy-o-meter sepanjang masa di blog kerana jika orang klik pun kita tidak akan mendapat apa-apa bayaran.
Bila masa kempen happy-o-meter ni?
Kemnpen happy-o-meter ini akan bermula apabila pada ruangan happy-o-meter akan berwarna kuning atau apa-apa la, tapi Nuffnang akan 'highligh'tkan. Pada masa itulah kita meletakkan iklan happy-o-meter ni. Baru ada masyukkk..
Contoh semasa tiada kempen happy-o-meter, jadi buat masa ni, tak payahlah letak iklan happy-o-meter, pilih iklan-iklan lain.
Ada sahabat yang bertanya berkenaan income Nuffnang pula, Alhamdulillah sehingga kini saya telah mendapat hampir RM4,000 dari Nuffnang dalam masa 11 bulan. Walaupun tak sehebat Google Adsense, sekurang-kurangnya Nuffnang support blog-blog Malaysia.
Masalah dengan Nuffnang,
Sehingga kini saya mempunyai masalah dengan Nuffnang ialah cek tak sampai. Telah dua kali berlaku iaiatu pada awal tahun dahulu dan pada bulan ini. Sehingga kini saya belum mendapat cek dari HSBC sedangkan saya telah mendapat email paymen Advice dari HSBC pada 3 Dec.
Biasanya saya akan menerima cek tersebut antara 10-15hb. Tak tahu sebab apa, mungkin ada masalah dengan Posmen yang menghantar menyebabkan surat "duit" tersebut tak sampai. Bagaimana untuk mengatasinya?
Jangan malu-malu , create ticket di website Nuffnang untuk bertanya.
"Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu. Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.
1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6. As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenanga n
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukupi
42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-M uji b - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terp uji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar
(fadhilat ini dipetik dari tajuk buku Khasiat Asmaul-Husna & Himpunan Ayat-Ayat Al-Quran, susunan : Abu Nur Husnina, keluaran Pustaka Ilmi).
1. "Ya Allah!" apabila dizikirkan 500 x setiap malam, lebih-lebih lagi selepas solat tahajjud atau solat sunat 2 rakaat mempunyai pengaruh yang besar di dalam mencapai segala yang dihajati.
2. "Ya Rahman!" apabila dizikirkan sesudah solat 5 waktu sebanyak 500x, maka hati kita akan menjadi terang, tenang & sifat-sifat pelupa & gugup akan hilang dengan izin Allah.
3. "Ya Rahim!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap hari, InsyaAllah kita akan mempunyai daya penarik yang besar sekali hingga manusia merasa cinta & kasih serta sayang terhadap kita.
4. "Ya Malik!" apabila dizikirkan sebanyak 121 x setiap pagi atau setelah tergelincirnya matahari, segala perkerjaan yang dilakukan setiap hari akan mendatangkan berkat & kekayaan yang diredhai Allah.
5. "Ya Quddus!" apabila dizikirkan sebanyak 100 x setiap pagi setelah tergelincir matahari, maka hati kita akan terjaga dari semua penyakit hati seperti sombong, iri hari, dengki dll.
6. "Ya Salam!" apabila dizikirkan sebanyak 136 x, InsyaAllah jasmani & rohani kita akan terhindar dari segala penyakit sehingga badan menjadi segar sihat & sejahtera.
7. "Ya Mukmin!" apabila dizikirkan sebanyak 236 x, InsyaAllah diri kita, keluarga & segala kekayaan yang dimiliki akan terpelihara & aman dari segala macam gangguan yang merosakkan.
8. "Ya Muhaimin!" apabila dizikirkan sebanyak 145 x sesudah solat fardhu
Isyak, Insyaallah fikiran & hati kita akan menjadi terang & bersih.
9. "Ya 'Aziz!" apabila dizikirkan sebanyak 40 x sesudah solat subuh, InsyaAllah, kita akan menjadi orang yang mulia, disegani orang kerana penuh kewibawaan.
10."Ya Jabbar!" apabila dizikirkan sebanyak 226 x pagi & petang, semua musuh akan menjadi tunduk & patuh dengan izin Allah.
11. "Ya Mutakabbir!" apabila dizikirkan sebanyak 662 x, maka dengan kebijaksanaan bertindak, kita akan dapat menundukkan semua musuh, bahkan mereka akan menjadi pembantu yg setia.
12."Ya Khaliq!" dibaca mengikut kemampuan atau sebanyak 731x, InsyaAllah yang ingin otak cerdas, cepat menerima sesuatu pelajaran , amalan ini akan memberikan otak kita cerdas dan cepat tangkap (faham).
13."Ya Baarii'!" sekiranya kita berada didalam kesukaran atau sedang sakit, dibaca sebanyak 100 x selama 7 hari berturut-turut, InsyaAllah kita akan terlepas dari kesukaran & sembuh dari penyakit tersebut.
14."Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air & dibacakan "Ya Musawwir" sebanyak 21 x, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 x, InsyaAllah akan dikurniakan anak yang soleh.
15."Ya Ghaffaar!" sambil beri'tikaf (diam dalam masjid dalam keadaan suci) bacalah zikir ini sebanyak 100 x sambil menunggu masuknya waktu solat Jumaat, InsyaAllah akan diampunkan dosa-dosa kita.
16."Ya Qahhaar!" dizikir menurut kemampuan atau sebanyak 306 x, maka hati kita akan dijaga dari ketamakkan & kemewahan dunia & InsyaAllah orang-orang yang selalu memusuhi kita akan sedar & tunduk akhirnya.
17. "Ya Wahhaab!" dizikir sebanyak 100 x sesudah solat fardhu, barang siapa yang selalu didalam kesempitan, Insya Allah segala kesulitan atau kesempitan dalam soal apa pun akan hilang.
18. "Ya Razzaq!" dizikir mengikut kemampuan sesudah solat fardhu khususnya solat subuh, Insya Allah akan dipermudahkan rezeki yang halal & membawa berkat. Rezeki akan datang tanpa diduga!! tetapi perlulah dilakukan dengan ikhtiar yang zahir.
19. "Ya Fattah!" dizikir sebanyak 71 x sesudah selesai solat subuh, InsyAllah hati kita akan dibuka oleh Allah, sehingga mudah menerima nasihat agama.
20. "Ya 'Aalim!" dizikir sebanyak 100 x setiap kali selesai solat Maktubah, Insya Allah akan mendapat kemakrifatan yang sempurna.
21. "Ya Qaabidhu!" dizikirkan 100 x setiap hari, maka dirinya akan semakin dekat dengan Allah & terlepas dari segala bentuk ancaman.
22. "Ya Baasithu!" Bagi mereka yg berniaga atau mempunyai usaha2 lain, kuatkanlah usaha & berniaga itu dengan memperbanyakkan membaca zikir ini setiap hari, InsyaAllah rezeki akan menjadi murah.
23. "Ya Khaa'fidh!" dizikirkan sebanyak 500 x setiap hari, dalam keadaan suci, khusyuk & tawaduk, InsyaAllah segala maksud akan ditunaikan Allah. Juga apabila mempunyai musuh, musuh itu akan jatuh martabatnya.
24. "Ya Raafi!" dizikirkan setiap hari, baik siang atau malam sebanyak 70 x, InsyaAllah keselamatan harta benda di rumah, di kedai atau di tempat-tempat lain akan selamat & terhindar dari kecurian.
25. "Ya Mu'izz!" dizikirkan sebanyak 140 x setiap hari, Insya Allah akan memperolehi kewibawaan yang besar terutama ketua-ketua jabatan atau perniagaan.
26. "Ya Muzill!" Perbanyakkanlah zikir ini setiap hari, sekiranya ada orang berhutang kepada kita & sukar untuk memintanya, InsyaAllah si penghutang akan sedar & membayar hutangnya kembali.
27. "Ya Samii'!" Sekiranya inginkan doa kita makbul & pendengaran telinga kita tajam, biasakanlah zikir ini setiap hari menurut kemampuan, lebih-lebih lagi sesudah solah Dhuha, InsyaAllah doa akan mustajab.
28. "Ya Bashiir!" Dizikirkan sebanyak 100 x sebelum solat Jumaat, InsyaAllah akan menjadikan kita terang hati, cerdas otak & selalu diberikan taufik & hidayah dari Allah.
29. "Ya Hakam!" dizikirkan sebanyak 68 x pada tengah malam dalam keadaan suci, InsyaAllah dapat membuka hati seseorang itu mudah menerima ilmu-ilmu agama & membantu kecepatan mempelajari ilmu-ilmu agama.
30. "Ya Adllu!" dizikirkan sebanyak 104 x setiap hari sesudah selesai solat 5 waktu, InsyaAllah diri kita selalu dapat berlaku adil.
31. "Ya Lathiif!" Dengan memperbanyakkan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah bagi para peniaga, ikhtiar ini akan menjadikan barangan jualannya menjadi laris & maju.
32. "Ya Khabiir!" Dengan memperbanyakkan zikir ini setiap hari, terkandung faedah yang teramat banyak sekali sesuai dengan maksud zikir ini antara lain faedahnya ialah dapat bertemu dengan teman atau anak yang telah terpisah sekian lama.
33. "Ya Haliim!" Dizikirkan sebanyak 88 x selepas solat lima waktu, bagi mereka yang mempunyai kedudukan di dalam pemerintahan, syarikat atau apa saja, InsyaAllah dipastikan kedudukannya tidak akan dicabar atau diungkit-ungkit atau tergugat.
34. "Ya 'Aziim!" dizikirkan sebanyak 12 x setiap hari untuk orang yang sekian lama menderitai sakit, InsyaAllah akan sembuh. Juga apabila dibaca 12 x kemudian ditiupkan pada tangan lalu diusap-usap pada seluruh badan, maka dengan izin Allah akan terhindar dari gangguan jin, jin syaitan & sebagainya.
35. "Ya Ghafuur!" bagi orang yang bertaubat, hendaklah memperbanyakkan zikir ini dengan mengakui dosa-dosa & beriktikad untuk tidak mengulanginya, InsyaAllah akan diterima taubatnya oleh Allah.
36. "Ya Syakuur!" dizikirkan sebanyak 40 x sehabis solat hajat, sebagai pengucapan terima kasih kepada Allah, InsyaAllah semua hajat kita akan dimakbulkan Allah. Lakukanlah setiap kali kita mempunyai hajat yang penting & terdesak.
37. "Ya 'Aliy!" Untuk mencerdaskan otak anak kita yang bebal, tulislah zikir ini sebanyak 110 x (** di dalam bahasa Arab bukan Bahasa Malaysia !!) lalu direndam pada air yang dingin & diberikan si anak meminumnya, InsyaAllah lama kelamaan otak si anak itu akan berubah cemerlang & tidak dungu lagi. InsyaAllah mujarab.
38. "Ya Kabiir!" Bagi seseorang yang kedudukannya telah dirampas atau dilucut gara-gara sesuatu fitnah, maka bacalah zikir ini sebanyak 1,000 x selama 7 hari berturut-turut dalam keadaan suci sebagai pengaduan kepada Allah. Lakukanlah sesudah solat malam (tahajud atau hajat).
39. "Ya Hafiiz!" dizikir sebanyak 99 x, InsyaAllah diri kita akan terlindung dari gangguan binatang buas terutamanya apabila kita berada di dalam hutan.
40. "Ya Muqiit!" Sekiranya kita berada di dalam kelaparan seperti ketika sesat di dalam hutan atau di mana sahaja sehingga sukar untuk mendapatkan bekalan makanan, maka perbanyakkan zikir ini. InsyaAllah badan kita akan menjadi kuat & segar kerana rasa lapar akan hilang.
41. "Ya Hasiib!" Untuk memperteguhkan kedudukan yang telah kita jawat, amalkan zikir ini sebanyak 777 x sebelum matahari terbit & selepas solat Maghrib, InsyaAllah akan meneguhkan kedudukan kita tanpa sebarang gangguan.
42. "Ya Jaliil!" Barangsiapa mengamalkan zikir ini pada sepertiga malam yang terakhir, InsyaAllah kita akan mendapati perubahaan yang mengkagumkan - perniagaan akan bertambah maju. Andai seorang pegawai, maka tanpa
disedari kedudukan kita akan lebih tinggi dan terhormat & begitulah seterusnya dengan izin Allah.
43. "Ya Kariim!" Untuk mencapai darjat yang tinggi & mulia di dunia mahupun di akhirat kelak, maka amalkan zikir ini sebanyak 280 x ketika hendak masuk tidur. Nescaya Allah akan mengangkat darjat mereka yang mengamalkan zikir ini.
44. "Ya Raqiib!" Bagi meminta pertolongan kepada Allah terhadap penjagaan barang yang dikhuatirkan, maka zikirkan sebanyak 50 x setiap hari dengan niat agar barang-barang yang dikhuatirkan yang berada di tempat yang jauh & sukar dijaga terhindar dari sebarang kecurian mahupun gangguan lainnya. Bertawakkal & yakinlah kepada Allah. InsyaAllah.. ..
45. "Ya M uji ib!" Sesungguhnya Allah adalah Zat yang menerima doa hambaNya & agar doa kita mustajab & selalu diterima Allah, hendaklah mengamalkan zikir ini sebanyak 55 x sesudah solat subuh. Insyaallah Tuhan akan mengabulkan doa kita.
46. "Ya Waasi!" Apabila di dalam kesulitan maka amalkan zikir ini sebanyak 128 x setiap pagi & petang, InsyaAllah segala kesulitan akan hilang berkat pertolongan Allah. Andai zikir ini sentiasa diamalkan, InsyaAllah Tuhan akan menjaga kita dari hasad dengki sesama makhluk.
47. "Ya Hakiim!" Bagi pelajar atau sesiapa sahaja yang memperbanyakkan zikir ini setiap hari, InsyaAllah akalnya akan menjadi cerdas & lancar didalam menghafal & mengikuti pelajaran. Amalkanlah sekurang-kurangnya 300x setiap hari.
48. "Ya Waduud!" Amalkan zikir ini sebanyak 11,000 x pada setiap malam. InsyaAllah kita akan menjadi insan yang sentiasa bernasib baik, disayangi & rumahtangga kita akan sentiasa berada didalam keadaan harmoni.
49. "Ya Majiid!" Untuk ketenteraman keluarga di mana setiap anggota keluarga sentiasa menyayangi & menghormati & khasnya kita sebagai ketua keluarga, maka amalkan zikir ini sebanyak 99 x, sesudah itu hembuskan kedua belah tapak tangan & usap ke seluruh muka. InsyaAllah semua anggota keluarga kita akan menyayangi & menghormati kita sebagai ketua keluarga.
50. "Ya Baa'its!" Zikirkan sebanyak 100 x dengan meletakkan kedua tangan ke dada, InsyaAllah akan memberi kelapangan dada dengan ilmu & hikmah.
51. "Ya Syahiid!" Apabila ada di kalangan anggota keluarga kita yang suka membangkang dan sebagainya, maka zikirkan sebanyak 319 x secara berterusan setiap malam sehingga si pembangkang akan sedar & berubah perangainya.
52. "Ya Haq"! Perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah ianya sangat berfaedah sekali untuk menebalkan iman & taat di dalam menjalankan perintah Allah.
53. "Ya Wakiil" Sekiranya terjadi hujan yang disertai ribut yang kuat, atau terjadi gempa, maka ketika itu perbanyakkan zikir ini, InsyaAllah bencana tersebut akan menjadi reda & kembali seperti sediakala.
54. "Ya Qawiy!" Amalkan zikir ini sebanyak mungkin agar kita tidak gentar apabila berdepan dengan sebarang keadaan mahupun berdepan dengan si zalim.
55. "Ya Matiin!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin kerana ianya mempunyai fadhilat yang besar sekali, antaranya untuk mengembalikan kekuatan sehingga musuh merasa gentar untuk mengganggu.
56. "Ya Waliy!" Barangsiapa yang menjawat sebarang jawatan atau kedudukan, maka amatlah elok sekali mengamalkan zikir ini sebanyak mungkin kerana dengan izinNya,kedudukan kita akan kukuh & terhindar dari sebarang gangguan oleh orang-orang yang bersifat dengki.
57. "Ya Hamiid!" Perbanyakkan zikir ini sebagai pengakuan bahawa hanya Allah sahaja yang paling berhak menerima segala p uji an.
58. "Ya Muhshiy!" Sekiranya kita inginkan diri kita digolongkan didalam pertolongan yang selalu dekat dengan Allah (muraqabah), maka amalkan zikir ini sebanyak mungkin sesudah solat 5 waktu.
59. "Ya Mubdiu!" Agar segala apa yang kita rancangkan akan berhasil, maka zikirkan sebanyak 470 x setiap hari. InsyaAllah.. ..
60. "Ya Mu'id!" Andai ada anggota keluarga yang menghilangkan diri dan sebagainya, amalkan zikir ini sebanyak 124 x setiap hari sesudah solat. InsyaAllah dipertunjukkan akan hasilnya.
61. "Ya Muhyiy!" amalkan zikir ini sebanyak 58 x setiap hari, InsyaAllah kita akan diberikan kemuliaan darjat dunia & akhirat kelak.
62. "Ya Mumiit!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah akan dipermudahkan didalam perniagaan, berpolitik dan sebagainya.
63. "Ya Hayyu!" Untuk mencapai kekuatan mental/batiniah didalam menjalani kehidupan, perbanyakkanlah zikir ini.
64. "Ya Qayyuum!" Telah berkata Imam Ghazali bahawa barangsiapa yang ingin memperolehi harta yang banyak lagi berkat, ingin dikasihi oleh setiap manusia, ingin berwibawa, ditakuti musuh & ingin menjadi insan yang terhormat, maka berzikirlah dgn "Ya Hayyu Ya Qayyuum..." sebanyak 1,000 x setiap malam atau siang hari. Hendaklah melakukannya secara berterusan, Insya Allah akan tercapai segala hajat.
65. "Ya Waajid!" Andai berkeinginan keperibadian yang kukuh, tidak mudah terpengaruh & teguh pendirian, maka perbanyakkan zikir ini.
66. "Ya Maajid!" Demi kecerdasan otak dan agar dipermudahkan hati untuk menerima pelajaran, maka hendaklah pelajar tersebut memperbanyakkan zikir ini setiap hari.
67. "Ya Waahid!" Bagi pasangan yang belum mempunyai cahayamata & tersangat ingin untuk menimangnya, amalkanlah zikir ini sebanyak 190 x setiap kali selesai menunaikan solat 5 waktu selama satu bulan & selama itu juga hendaklah berpuasa sunat Isnin & Khamis, Insya Allah...
68. "Ya Somad! Ketika dalam kelaparan akibat sesat atau kesempitan hidup, maka pohonlah kepada Allah dengan zikir ini sebanyak mungkin. InsyaAllah, diri akan berasa segar & sentiasa.
69. "Ya Qaadir!" Apabila kita berhajatkan sesuatu namun ianya selalu gagal, maka amalkan zikir ini sebanyak 305 x setiap hari, Insya Allah segala hajat akan berhasil.
70. "Ya Muqtadir!" Agar tercapai tujuan yang dikehendaki, selain dari berikhtiar secara lahariah, maka berzikirlah dengan zikir ini seberapa mampu sehingga ikhtiar kita itu berhasil kerana zikir ini akan mempercepatkan keberhasilan hajat kita.
71. "Ya Muqaddim!" Menurut Imam Ahmad bin Ali Al-Buuniy, beliau berkata "Barangsiapa yang berzikir dengan zikir ini sebanyak 184 x setiap hari, InsyaAllah, nescaya segala usahanya akan berhasil".
72. "Ya Muahkhir"! Bagi meninggikan lagi ketaatan kita kepada Allah, perbanyakkanlah zikir ini.
73. "Ya Awwal!!" Barangsiapa yang mengamalkan zikir ini sebanyak 37 x setiap hari, InsyaAllah segala apa yang dihajati akan diperkenankan Allah.
74. "Ya Aakhir!" Amalkan berzikir sebanyak 200 x sesudah solat 5 waktu selama satu bulan, InsyaAllah Tuhan akan membuka pintu rezeki yang halal.
75. "Ya Dhaahir!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 1,106 x selesai solat waktu di tempat yang sunyi (khalwat), nescaya Allah akan membuka hijab padanya dari segala rahsia yang pelik & sukar serta diberi kefahaman ilmu.
76. "Ya Baathinu!" Seperti no. 75 jugak, tetapi amalkan sebanyak 30 x sesudah solat fardhu.
77. "Ya Waaliy!" Memperbanyakkan zikir ini setiap pagi & petang boleh menyebabkan seseorang itu menjadi orang yang ma'rifat, iaitu hatinya dibuka oleh Allah. Difahamkan para wali Allah selalu memperbanyakkan zikir ini
78. "Ya Muta'aAliy!" Sekiranya kita akan berjumpa dengan mereka yang berkedudukan tinggi atau mereka yang sukar untuk ditemui, maka bacalah zikir ini sebanyak mungkin sewaktu mengadap. InsyaAllah dengan mudah kita akan berjumpa dengannya & segala hajat yang penting-penting akan berhasil.
79. "Ya Bar!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin setiap hari, InsyaAllah segala apa yang kita hajati akan terlaksana dengan mudah.
80. "Ya Tawwaab!" Bagi orang yang selalu membuat dosa & ingin bertaubat maka hendaklah memperbanyakkan zikir ini supaya dengan mudah diberikan petunjuk kembali ke jalan yang lurus.
81. "Ya Muntaqim!" Jika kita berhadapan dengan orang yang zalim, supaya dia tidak melakukan kezalimannya terhadap kita, maka hendaklah kita memperbanyakkan zikir ini setiap kali sesudah solat fardhu. Insyaallah, kita akan mendpt pertolongan Allah.
82. "Ya 'Afuww!" Barangsiapa memperbanyakkan zikir ini, nescaya dia akan diampuni segala dosanya oleh Allah.
83. "Ya Rauuf!" Bagi sesiapa yang inginkan dirinya disenangi oleh teman atau sesiapa sahaja yang memandangnya, amalkan zikir ini seberapa mampu samada pada waktu siang mahupun malam.
84. "Ya Maalikul Mulki!" Seseorang pengarah atau ketua yang ingin kedudukan yang kekal & tetap tanpa diganggu gugat, hendaklah selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 212 x sesudah solat fardhu & 212 pada setiap malam selama sebulan. InsyaAllah akan mendapat pertolongan Allah.
85. "Ya Zul Jalaali wal Ikraam!" Amalkanlah zikir ini sebanyak 65 x setiap hari selama sebulan, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai dengan pertolongan Allah.
86. "Ya Muqsith!" Berzikirlah dengan zikir ini mengikut kemampuan, InsyaAllah Tuhan akan menganugerahkan sifat adil kepada mereka yang mengamalkannya.
87. "Ya Jaami'!" Sekiranya ada dikalangan keluarga kita atau isteri kita yang lari dari rumah, maka amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin pada setiap hari dengan niat semoga Allah menyedarkan orang tersebut. Dengan izin Allah orang yang lari itu akan pulang dalam jangka waktu yang singkat.
88. "Ya Ghaniy!" Amalkanlah zikir ini pada setiap hari sebanyak mungkin, InsyaAllah apa yang kita usahakan akan cepat berhasil & kekayaan yang kita perolehi itu akan mendapat berkat.
89. "Ya Mughniy!" Mintalah kekayaan yang bermanfaat untuk kehidupan dunia & akhirat kepada Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, InsyaAllah segala hajat kita akan tercapai.
90. "Ya Maani'!" Andai kita selalu mengamalkan zikir ini sebanyak 161 x pada waktu menjelang solat subuh setiap hari, InsyaAllah kita akan terhindar dari orang-orang yang zalim & suka membuat angkara.
91. "Ya Dhaarr!" Asma ini sangat berguna didalam ikhtiar kita untuk menyembuhkan sesuatu penyakit yang mana sudah lama dihidapi & telah puas dihidapi & telah puas diubati. Amalkanlah zikir ini sebanyak 1001 x pada setiap hari, InsyaAllah dengan ikhtiar ini penyaki itu akan cepat sembuh.
92. "Ya Naafi' "! Menurut Imam Ahmad Al-Buuniy, barangsiapa mengamalkan zikir ini setiap hari, maka bagi orang yang sakit, sakitnya akan sembuh, & bagi orang yang susah akan dihilangkan kesusahannya dengan izin Allah.
93. "Ya Nuur!" Menurut Sheikh Ahmad bin Muhammad As Shawi, barangsiapa yang menghendaki kemuliaan yang agung & memperolehi apa yang dimaksudkan baik kebaikan dunia mahupun kebaikandi akhirat kelak, maka hendaklah selalu berzikir dengan zikir ini setiap pagi & petang.
94. "Ya Haadiy!" Bagi sesiapa yang dalam perjalanan ke suatu tempat tertentu, kemudian ia tersesat, hendaklah ia memohon petunjuk Allah dengan memperbanyakkan zikir ini, Insya Allah akan diberikan pertolongan Allah akan cepat lepas dari kesesatan tersebut.
95. "Ya Baadii!" Andai kita mempunyai rancangan yang sangat penting & bagi memastikan rancangan kita itu berjaya & berjalan lancar, maka berzikirlah dengan zikir ini sebanyak 500 x selepas solat fardhu. InsyaAllah Tuhan akan memberikan pertolongan hingga rancangan kita berjaya & berjalan lancar.
96. "Ya Baaqy!" Amalkanlah zikir ini sebanyak mungkin tanpa mengira batas waktu, InsyaAllah dengan ikhtiar ini semua perkerjaan yang telah menjadi punca rezeki tidak akan mudah terlepas, perniagaan tidak akan rugi atau bankrap dengan berkat zikir ini.
97. "Ya Waarits!" Sekiranya kita berzikir sebanyak 500 x selepas solat fardhu atau sebagainya, supaya segala urusan kita itu berjalan lancar, maka hendaklah pada setiap malam berzikir dengan zikir ini sebanyak 707 x. InsyaAllah berkat zikir ini Allah akan memberi petunjuk sehingga usaha kita akan berhasil dengan baik & memberangsangkan.
98. "Ya Rasyiid!" Walaupun kita tergolong didalam golongan yang cerdas otak, namun biasakanlah zikir ini sebanyak mungkin, nescaya otak kita akan menjadi bertambah cerdas.
99. "Ya Shabuur!" Agar kita diberi kesabaran oleh Allah dalam segala hal, maka perbanyakkanlah zikir ini menurut kemampuan. Dengan sifat sabar & penuh pengharapan kepada Allah, maka segala usaha & upaya akan mencapai
kejayaan.
Doa-doa Yang Makbul:
1. Orang yang terdesak.
2. Orang yang teraniaya/dizalimi.
3. Anak yang berbuat baik terhadap kedua ibubapanya.
4. Doa seorang Muslim yang tidak berbuat zalim & tidak memutuskan silaturrahim.
Tanda-tanda Doa Yang Makbul:
1. Terasa sesuatu yang menakutkan.
2. Menangis tatkala berdoa.
3. Terasa menggeletar.
Cara-cara Berdoa:
1. Bersungguh-sungguh semasa berdoa. Rasulullah s.a.w pernah bersabda:
"Sesungguhnya Allah amat menyukai orang yang bersungguh-sungguh semasa ia berdoa"
2. Menghadirkan diri kpd Allah dengan penuh kekhusyukkan kerana Allah tidak menerima doa dari hati yang lalai.
3. Hendaklah makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dari harta yang halal kerana sesungguhnya Allah itu baik & menerima melainkan yang baik belaka.
4. Doa itu bukan bertujuan untuk melakukan dosa, khianat, memutuskan silaturrahim & jangan sesekali memohon SEGERA dimakbulkan doa tersebut.
5. Digalakkan memperbanyakkan menyebut Asmaul Husna, dimulai dengan bertaubat, istighfar, hamdalah serta selawat ke atas Rasulullah s.a.w & para sahabat.
6. Sebelum berdoa, bersedekahlah terlebih dahulu (al-fatihah dan sebagainya).
KATA-KATA NASIHAT IBNU QAYYIM
Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt.
Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt
Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya
Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga menemuiNya
Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.
Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar kepadaNya. . . . . . Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak lagi dapat membendunghajat hati sihamba itu.