And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, October 16, 2011

Akibat Sokong Pemerintah Zalim..


Daripada Kaab bin ‘Ujrah, katanya: ‘Rasulullah SAW keluar kepada kami. Kami (para Sahabat di dalam Masjid Nabi ketika itu) ada 9 orang. Satu kelompok 5 orang. Satu kelompok lagi 4 orang. Satu kumpulan Arab dan satu kumpulan bukan Arab. Nabi bersabda: ‘Dengarlah kamu semua! Adakah kamu mendengar? Akan berlaku selepasku nanti penguasa-penguasa. Sesiapa yang masuk kepada mereka, lalu membenarkan pembohongan penguasa itu dan membantu kezaliman yang dilakukan oleh penguasa itu, ia bukan dari kalanganku, dan aku bukan dari kalangannya. Orang itu tidak dapat datang ke kolamku.

Orang yang tidak masuk kepada mereka, tidak membantu kezaliman mereka dan tidak membenarkan pembohongan mereka, maka orang itu dari kalanganku dan aku dari kalangannya. Dia dapat datang ke kolamku.’ Riwayat at-Tirmizi. Hadis sahih gharib. (Bab ma jaa fiddukhul ala al-umara’)

Masuk kepada penguasa/pemerintah tidak dihalang jika ia bermaksud membetulkan, menegur, menasihat, mengajar dan melakukan al-amr bilma’ruf wannayhu an al-mungkar. Ia harus, terkadang wajib. Yang diharamkan ialah dengan tujuan membodek, mencari dunia, pangkat, jawatan, kedudukan, projek dengan cara salah.

Justru, kalau mahu selamat dunia Akhirat, dapat minum di kolam Nabi SAW, dapat masuk syurga, janganlah bersekongkol dengan penguasa zalim dan penipu, dan alangkah ramainya mereka itu di zaman kita ini.

Ustaz Nik Nasri Nik Malek
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts