And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, June 18, 2011

Tips dan petua untuk khusyuk dalam solat



 
Mengapa aku tidak khusyuk?

Banyak sebabnya… aku tidak malu untuk kongsikannya di sini. Antara sebab musabab kenapa aku tidak khusyuk ialah aku tidak hadirkan diri aku sepenuhnya ketika sembahyang. Kalau hadirkan diri pun, selalunya dalam rakaat pertama dan kemudian, fikiran mula menerawang.
Menerawang?
Iya… apalagi kalau bukan hal duniawi. Sekejap teringatkan pasal perniagaan, sekejap teringatkan pasal keluarga dan sekejap teringatkan pasal nasib diri. Tapi macam yang aku katakan, itu semuanya duniawi.
Aku pernah mendapat seronok dalam sembahyang pada waktu muda dulu. Waktu itu memang indah, sebab aku langsung tak fikir apa-apa tentang tanggungjawab, tak fikir mengenai beban yang harus di pikul dan juga untung nasib diri. Yelah… semuanya di tanggung oleh keluarga.
Bila dah besar panjang ni, kadang-kadang kepala ni rasa semak dengan tuntutan duniawi. Otak sepertinya tidak pernah berhenti berfikir, tidak seperti dahulu. Walaubagaimanapun, aku tak letak alasan itu untuk lepaskan diri… jauh sekali untuk point finger. Dah diri sendiri tidak kuat iman, inilah natijah yang sebenar.
Tapi alhamdulillah, lepas membaca tips-tips di bawah ini… aku rasa ada sesuatu yang motivate untuk “back to basic” atau kembali kepada perkara asas.
Jom kita apply sama-sama…
1. Sentiasa menghadirkan hati meyakini kebesaran dan kekuasaan Allah.
2. Menghadirkan hati mengakui tentang kelemahan kita sebagai hamba Allah yang sentiasa memerlukan pertolongan Allah.
3. Menghadirkan hati mengakui segala kemewahan dunia dan kesenangan adalah sementara.
4. Tidak tergesa-gesa dalam menunaikan solat kerana tergesa-gesa boleh membawa kepada luputnya beberapa perkara penting untuk khusyuk.
5. Hendaklah menunaikan solat pada awal waktu dan secara berjemaah.
6. Pakaian yang digunakan dalam solat hendaklah bersih daripada najis. Begitu juga dengan sejadah. Ia hendaklah bersih dan tidak mempunyai gambar-gambar yang boleh melalaikan solat.
7. Dalam suasana yang aman tanpa suara bising daripada kanak-kanak mahupun menerusi televisyen atau radio.
8. Imam hendaklah seorang yang elok bacaannya kerana bacaan yang elok membantu menghadirkan hati. Imam itu pula tidak dibenci oleh ahli jemaah.
9. Bersihkan fikiran daripada masalah hidup dan tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah.
10. Membuang air kecil dan air besar terlebih dahulu jika berasa perlu berbuat demikian. ini kerana orang yang solat dalam keadaan menahan buang air kecil dan buang air besar tidak akan memperoleh kekhusyukan.
11. Tidak berada dalam keadaan lapar atau terlalu kenyang kerana orang yang lapar hanya memikirkan untuk makan. Begitu juga dengan orang yang terlalu kenyang berada dalam keadaan tidak selesa dalam setiap pergerakannya.
12. Kesihatan tubuh badan hendaklah dijaga. Badan yang sakit sukar mendatangkan rasa khusyuk dalam solat.
13. Hati hendaklah hadir dalam solat, bukannya melayang tak tentu arah.
14. Memahami makna bacaan dalam solat. Jika sukar, cuba untuk membayangkan ayat yang di baca… seperti baris atas, baris di bawah, tanwin, di mana sabdunya dan yang lainnya.
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts