And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, May 28, 2011

LiTraCon : Konkrit Telus Cahaya

Konkrit ialah bahan binaan yang sudah wujud dari zaman Mesir lagi. Tapi seperti yang kita sedia maklum tamadun Rom ialah tamadun yang menggunakannya secara ekstensif. Hingga hari ini anda boleh melihat Pantheon, bangunan berusia hampir 2000 tahun yang dibina dari konkrit. Konkrit ialah bahan binaan yang banyak digunakan kerana ianya tahan lasak. Masalah utama konkrit ialah ianya bahan binaan yang boring. Dengan sebab itulah LiTraCon dicipta oleh Aron Losonczi seorang jurubina dari Hungary. LiTraCon ialah singkatan kepada Light Transmitting Concrete. Ianya telus cahaya tidak seperti konkrit yang kita biasa gunakan dalam pembinaan. Aron Losonczi membesar di Hungary yang dulunya sebuah negara Blok Timur. Negara blok timur banyak dibina menggunakan konkrit kerana ianya murah dan low tech. Akibatnya kebanyakkan bangunan di Budapest nampak monyok, suram, bosan dan gelap. I think the same applies to buildings in Pyongyang and old Moscow. Damned commies!


Oleh sebab itulah Aron Losonczi merasakan pasti ada cara untuk membuatkan konkrit menjadi bahan binaan yang lebih menarik. Dengan menggunakan gentian optik sebagai agregat didalam bancuhan konkrit (instead of batuan kecil), LiTraCon menjadi telus cahaya. Kalau dulu bangunan konkrit memerlukan lampu bagi mencahayai ruangan dalaman kini tidak lagi. Ini bukan sahaja menjadikan bangunan lebih ceria malah menjimatkan penggunaan elektrik di siang hari. Eco Friendly yeah!



Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts