And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, May 13, 2011

Kejadian Simbah 'Asid' di Kuala Lumpur

Sejak bulan Februari 2011 sehingga 27 Mac 2011 terdapat (18) kes kejadian simbah “asid” yang berlaku di Kuala Lumpur. Kejadian ini reda buat seketika dan berulang kembali pada 6 hingga 7 Mei 2011 dengan (2) kejadian masing-masing yang berlaku di Sentul dan Dang Wangi. Kebanyakan mangsa adalah daripada kalangan wanita yang sedang dalam perjalanan pergi dan balik berkerja, terdapat juga kejadian serangan berhampiran sekolah di sekitar Bangsar dan Brickfields pada satu ketika.   Suspek dipercayai (1) atau (2) lelaki India, bermotosikal datang dari arah belakang mangsa dan menyimbah sejenis cecair dipercayai ‘Alkaline-based’ atau ‘Oxidizing Agent’ ke arah muka atau badan mangsa. Cecair ini akan memberi kesan irritasi kepada mangsa apabila terkena kulit tetapi tidak mengakibatkan melecur.   Di dalam kebanyakan kes serangan, saspek akan bertindak ketika mangsa bersendirian atau ketika mangsa berjalan di tepi jalan yang tidak sesak menuju ke kawasan parkir kereta atau stesyen LRT. Lokasi yang kerap menjadi sasaran mangsa adalah di tepi jalan sekitar kawasan sekolah, tepi jalan berhampiran tempat parkir atau tepi jalan berhampiran stesyen LRT atau pondok menunggu bas.   Orang ramai diminta menyalurkan maklumat kepada pihak polis dan mangsa dinasihatkan supaya melaporkan kepada polis dengan cara memanggil hotline 03-21159999 dengan kadar segera supaya tindakan susulan dapat diambil untuk mengesan serta menangkap penjenayah ini. Sementara itu, pihak polis telah meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan di tempat-tempat yang menjadi sasaran kepada penjenayah ini dan memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang supaya penjenayah ini dihadapkan ke mahkamah.   *Sumber: FB Polis KL, Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur

                                                          
ps : jikalau sesiapa ada maklumat @ terserempak dengan penjenayah nie...tolong belasah sampai MAMPUS
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts