Salleh dakwa KM S'wak dikelilingi bomoh
Calon Bebas Balingian Datuk Salleh Jafaruddin mendakwa Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dikelilingi oleh 'bomoh luar negara'.
“Kita mahu selamatkan Sarawak daripada dipimpin seorang ketua yang tunduk dan menyerahkan akal fikiran, keupayaan fizikal dan kerohanian dipengaruhi bomoh sihir luar negara yang mengelilinginya.
“Saya secara peribadi saya berjumpa dan berdepan dengan tiga bomoh itu pada hari penamaan calon di Mukah.
“Saya beritahu mereka tidak ada hak memberi nasihat spiritual kepada ketua menteri, khususnya pada pilihan raya sehingga mempengaruhinya dalam keputusan memuktamadkan senarai calon Barisan Nasional,” kata Salleh (atas,kanan) pada sidang media hari ini.
Dakwanya, tiga bomoh berkenaan, seorang dipercayai rakyat Australia dan seorang lagi berbangsa Yahudi bekerjasama dengan naib presiden kanan PBB, Datuk Awang Tengah Ali Hasan, adik perempuan Taib - Radziah Mahmud dan Taib sendiri semasa menyediakan senarai calon BN.
“Tidak ramai yang mengetahui cerita ini, sehingga hari penamaan calon pada 6 April lalu di Mukah. Pengaruh mereka ke atas cengkaman politik Taib begitu besar dan sukar diatasi, malah ia mengatasi pengaruh politik perdana menteri kita,” dakwa Salleh yang juga adalah sepupu Taib.
Salleh, bekas timbalan menteri pelajaran juga menuduh Taib menipu pemimpin PBB, parti-parti komponen BN, seluruh pengundi Sarawak sejak 30 tahun lalu bahawa masih belum menemui pemimpin yang sesuai bagi menggantikan dirinya.
“Jika 30 tahun tidak memadai bagi memilih pengganti, adakah awak percaya dalam beberapa bulan ini selepas pilihan raya, dia boleh tiba-tiba memilih seseorang bagi gantikannya kecuali seseorang itu dicadangkan oleh bomohnya,” katanya. -mk
Ulasan GB
Sesetengah pemimpin UMNO diketahui memang menggunakan perkhidmatan bomoh.
Malah ada yang teah berbunuhan dan terbunuh lantarannya.
Kes pembunuhan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Talam, Datuk Mazlan Idris disifatkan jenayah paling ngeri dalam sejarah negara dan memeranjatkan ramai pihak.
Penemuan mayat Mazlan yang dikerat kepada 18 bahagian dan ditanam di dalam sebuah lubang sebelum disimen membawa kepada penahanan pasangan bomoh, Maznah Ismail atau Mona Fandey dan suaminya, Mohd Affandi Abdul Rahman serta pembantu mereka, Juraimi Husin.
Mazlan dibunuh pada 2 Julai 1993 di bilik air sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Peruas, Ulu Dong, Raub, Pahang selepas mengadakan pertemuan dengan pasangan bomoh untuk melakukan proses mandi bunga kira-kira jam 10 malam.
Sewaktu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, beliau menemui kerts manderam terlekat di bawah mejanya. Sehingga kini belum diketahui siapa melakukannya tetapi dipercayai ia hasil kerja isteri kepada orang yang ingin Pak Lah cepat berundur sebagai PM supaya suaminya dapat menjadi PM ketika itu. Setakat mana kebenarannya, hanya Allah Yang Maha Tahu.
Perkhidmatan bomoh amat laris apabila tiba musim pemilihan parti UMNO dan pilihanraya.
Bagi mereka, kerja syirik itu berbaloi jika tujuan mereka tercapai sedangkan Allah mengizinkan perlakuan mereka untuk menjadi mereka bertambah sesat sebelum dihantar ke neraka jahanam yang kekal abadi.
No comments:
Post a Comment