And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, August 27, 2011

KISAH RUMAH TANGGA

Kenapa wanita suka susahkan diri?


Semalam orang rumah talipon Khalis. Dia cakap dia nak stay berpantang di rumah mak mentua Khalis sampai 100 hari. Khalis tak tanya banyak dan terus setuju. Khalis cakap "ok"walaupun minggu lepas dia janji nak balik rumah lepas 40 hari.

My wife marah la pulak.. Dia cakap..

" Kenapa abang setuju cepat sangat??? tak suka dah saya balik sana?"suara merajuk.

" Takderla,, sayang yang cakap nak stay, bila sayang mintak abang kasi jerla.. nanti abang tak kasi sayang cakap berkira.. bila sayang merajuk abang kena bagi jugak.. baik abang setuju je terus"Khalis menerangkan.. Sebab ketika my wife talipon Khalis tengah main game kereta..hehe

"abang tengah buat ape tue? kenapa macam tak nak cakap ngan sayang?" Khalis diam sebentar sambil cakap dalam hati,, inilah perempuan..bila kita memudahkan..dia nak menyulitkan..

Khalis pernah cerita dulu isteri Khalis wat permintaan masa kami berjalan di bandar dia nampak kedai emas dan mintak anting-anting..

Khalis terus setuju, dan tarik tangan dia masuk kedai emas. Sambil memilih tu, muka dia masam je. Bila Khalis tanya kenapa.. dia cakap dia main-main je.. kenapa Khalis perli dia.. dia mintak nak beli handbag Khalis wat tak tau je..

Khalis cakap,, handbag kalau jual tak laku.. emas ni walaupun tak dapat harga penuh tapi rugi sikit je.

Nampak tak? kenapa wanita suka merumitkan situasi? tak boleh memudahkan supaya kami lelaki boleh fokus pada kerja lain?

Khalis bagi contoh isteri sebab kami dah kawan lama..Dari zaman ko aku.. bodoh bongong jadi panggilan.. Masa berkawan dulu dia tak serumit ini..kalau Khalis mintak meniru kerja sekolah dia kasik je..memberla katakan, mintak belikan bateri sebab nak dengar walkman di asrama,, beresss...takde nak merajuk-merajuk..

Kalau dia datang kedai, dan kedai Khalis kotor, dia akan sapu tanpa banyak cakap.. sekarang? dia akan bebel dulu setengah jam pot pet pot pet sambil mengemas..malu oo...Suara dah la kuat..hehe...

Tapi bila berkahwin, tolak ansur yang diamalkan berbeza masa bercinta..

Contoh..tahukan anda semua kekasih akan tahan kentut? tapi bila kahwin bangga bagitau dia kentut? siap boleh lawan kentut lagik.Tolak ansur di sini ialah siapa yang paling tahan bau kentut.

Tahukah anda, semasa bercinta,wanita suka menguji pasangan.nak tahu level kasih sayang? dan lelaki terpaksa memenuhi standart yang ditetapkan?Tolak ansur di sini, lelaki banyak mengalah,,

Tahukah anda wanita suka buat permintaan? Cuba dalam masa seminggu, anda sebagai lelaki apa yang dia mintak jangan tanya..terus cakap ok dan ya.. stuju je.. Hasilnya dia takkan berpuas hati sebab anggap anda takde pendirian?

Tahukah anda yang wanita suka surprise bila pergi dating? dan anda jangan surprise kalau dia tak suka surprise anda..Tolak ansur di sini, wat surprise yang tak surprise.. biar dia dah dapat bayang2.. Jangan wat surprise yang wt die terkejut berok pulak.

Sayang.. lengkapi abang yang serba kekurangan ini.. Abang memang tak sempurna..sebab tu abang perlukan sayang..satu je permintaan abang.. shhhhhhh..cuba kurangkan membebel jee..leh tak?...hehehe..lagi bertambaaaahhhh   saaaaayaaang abang kat sayang..

tahutak ape si dia akan cakap???


ooooo..SELAMA NI TAK SAYANG SAYA LAHH!!!
Best Blogger Tips

1 comment:

  1. jgnlah bebel dan minta mcm2 bila suami baru je melangkah masuk rumah. penat kerja pun tak hilang lagi. kena ingatkan diri sendiri ni juga selalu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts