And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, June 11, 2011

AS pernah minta China tidak jual firma Malaysia ....



Wikileaks: AS pernah minta China tidak jual firma Malaysia komponen misil
KUALA LUMPUR, 10 Jun — Sebuah syarikat Malaysia yang ada hubungan dengan Iran telah cuba untuk membeli giroskop, yang digunakan untuk mengendalikan peluru berpandu, daripada China, demikian menurut maklumat kabel diplomat Amerika Syarikat (AS) yang didedahkan oleh Wikileaks.
Menurut maklumat itu, Jabatan Negara AS telah meminta China pada Disember 2009 agar menghalang penjualan giroskop TRS-500 syarikatnya VibTel Industrial kepada Electronics Component Limited (ECL).
Maklumat disiarkan portal Malaysia Today hari ini berkata, Kedutaan AS di Beijing telah diminta berkongsi maklumat dengan pegawai-pegawai China bagi membantu “menghalang pemindahan giroskop oleh VibTel Industrial Co. kepada ECL.”
Dokumen yang diklasifikasikan oleh pengarah bahagian kawalan ancaman peluru berpandu AS, Pam Durham berkata, ECL dihubungkaitkan dengan satu rangkaian syarikat-syarikat dikawal Iran yang memperoleh bahan-bahan sensitif, yang ada kaitan dengan pembangunan senjata nuklear dan misil.
Menurut kabel itu lagi, China bersetuju untuk melihat perkara itu tetapi meminta maklumat tambahan mengenai hubungan ECL dengan firma-firma Iran.
AS mendakwa ECL dikaitkan dengan firma Shahid Hemmat Industrial Group (SHIG), yang merupakan pengeluar utama bahan dorong cecair peluru-peluru berpandu dan Heavy Metal Industries, syarikat utama bagi pengeluar peluru berpandu taktikal Ya Mahdi Industries.
Kedua-dua SHIG dan Ya Mahdi Industries terlibat dalam sekatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, kata kabel itu.
Ia juga berkata bahawa ECL dikaitkan dengan satu lagi syarikat utama dari Malaysia Skylife Worldwide Sdn Bhd.
Ini kali kedua dalam beberapa tahun lalu sebuah syarikat Malaysia dikaitkan dengan rancangan nuklear dan peluru berpandu Iran.
Tujuh tahun lalu, AS menamakan sebuah unit dalam kumpulan Scomi milik Datuk Kamaluddin Abdullah Ahmad, anak bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, membekalkan komponen-komponen bagi tujuan memperkaya uranium kepada Iran.
Ahli perniagaan dari Sri Lanka Buhary Seyed Abu Tahir kemudian ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa memperdayakan Scomi Precision Engineering Sdn Bhd (Scope) dalam pengeluaran komponen yang dipercayai digunakan untuk pengeluaran senjata-senjata nuklear.
Bagaimanapun, Tahir yang memiliki status penduduk tetap Malaysia telah dibebaskan pada 2008 dengan syarat yang telah digugurkan setahun kemudian. (IH) Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts