And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, May 23, 2011

PENDAPAT PILIHAN-PIHAK BERKUASA PERLU TANGANI SEGERA




Malaysia adalah sebuah negara yang majoriti penduduknya beragama Islam. Islam adalah agama Persekutuan. Hakikatnya bahawa Islam adalah agama rasmi negara dan ia tidak boleh diubah dalam apa jua keadaan.
Dari isu penggunaan khalimah Allah hingga penahanan kitab Injil berbahasa Melayu, timbul pula isu berhubung penganjuran majlis pertemuan paderi dari seluruh negara di Pulau Pinang yang didakwa turut membincangkan agenda menjadikan Kristian sebagai agama rasmi Persekutuan. Apakah motif sebenar yang cuba ditonjolkan dalam isu yang sensitif seperti ini? Isu seperti ini boleh mengeruhkan lagi hubungan antara penganut agama Islam dan Kristian.
Menurut laporan, Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), pengerusinya Biskop Ng Moon Hing berkata, CFM terganggu dan tidak puas hati dengan tindakan tidak bertanggungjawab terhadap kata-kata fitnah yang berpotensi menyebabkan rusuhan yang tidak sepatutnya diterbitkan oleh media arus perdana atau mana-mana media sekalipun. Persoalannya, bagaimanakah pula ketidak puas hatian bagi majoriti umat Islam di negara ini bagi isu-isu seperti ini dan sebelumnya?
Isu-isu sensitif seperti ini haruslah ditangani dengan segera dan pihak berkuasa seharusnya mengambil tindakan kepada pihak yang cuba mengeksploitasi isu ini sehingga boleh menjejaskan keharmonian negara. Baru-baru ini, kumpulan pemimpin Kristian sudah memberi pengakuan bahawa mereka menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara dan tiada hasrat mencabar peruntukan itu dalam Perlembagaan Persekutuan.
Apa pun jua pengakuan dan ungkapan, umat Islam mestilah menghormati penganut Kristian dan dalam masa yang sama haruslah berhati-hati dan berjaga-jaga dalam agenda yang cuba hendak disampaikannya. Perkara yang boleh menimbulkan keresahan dan ketegangan perlu dielakkan dengan menggunakan akal yang waras serta kebijaksanaan. Semua keputusan hendaklah dibincangkan dengan cara diplomasi tanpa mengganggu emosi rakyat dan pihak-pihak tertentu.
Sebarang kekeliruan serta percanggahan seharusnya diselesaikan menerusi dialog ataupun perbincangan tertutup di kalangan wakil-wakil ketua agama di negara ini. Dalam suasana politik yang haru biru ini, mana-mana pihak sepatutnya tidak mengambil kesempatan dan membangkitkan kemarahan orang ramai. Isu yang cuba diketengahkan adalah terlalu sensitif dan akan membuatkan sesebuah negara menuju dalam kehancuran serta kemusnahan.
Memandangkan Islam adalah agama rasmi Persekutuan di negara ini, seelok-elok dan sebaik-baiknya, mana-mana pihak jangan sesekali menyentuh,  mengusik dan mencabar apa yang telah termaktub dan terkandung dalam perlembagaan. Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts