Khabar angin mengatakan Minyak RON95 naik betul-betul buat aku berdebar-debar. Yang tak bestnya khabar angin yang berlegar-legar dalam ruang siber mengatakan Minyak Naik Malam nie..adeyy. Parah kalau khabar-khabar angin ini menjadi kenyataan. Siapalah yang punya kerja bikin cerita ni. Aku dah cuba cari gak dari mana datangnya cerita ini tapi tak jumpa pun berita yang betul-betul pasti.Tapi yg pasti minyak akan naik juga dlm beberapa ari nie...
Aku rasa setakat nie tiada khabar angin yang dapat dipastikan kesahihan Minyak RON95 naik malam nie dan ini sememangnya cuma khabar angin yang sengaja dibuat kut. Apa tujuan si pembuat cerita aku tak pasti. Tapi sebelum nie memang ada gak aku terima maklumat selepas kenaikan RON95 tempoh hari dari RM1.85 seliter menjadi RM1.90 seliter mengatakan ada kemungkinan akan berlaku kenaikan lagi.
Memang ikutkan khabar angin mengatakan minyak naik menjadi RM2.00 aku rasa macam betul sebab tanda harga tersebutlah yang aku terima tempoh hari tapi bukan pada tahun nie. Kang aku bagi tahu bulan berapa korang nglabah pulak nanti jadi elok aku takyah merumitkan keadaan,senang cerita sama-sama kita tunggu maklumat yang betul-betul sahih baru aku bagitahu.
Dari segi perspektif pengguna aku rasa kalau kenaikan Minyak dilakukan dalam masa terdekat aku rasa tak sesuai. Banyak beza tuh dan yang pasti bila minyak naik barangan lain pun mula naik.Nanti cepat la aku naik angin...skng pun bajet minyak 2 hari rm50...rabakkkkkkkkkkkkkkkkkk
No comments:
Post a Comment