And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, May 30, 2011

Kekejaman di Srebrenica dan Siapa Ratco Mladic (19 Gambar SADIS)



BLOGSERIUS

General Ratco Mladic akhirnya berjaya ditangkap minggu lalu setelah berjaya melarikan diri dari muka pengadilan sejak 16 tahun yang lalu. Ratco ialah general dan orang kanan Slobodan Milosevic serta Radovan Karadzic yang bertanggungjawab membunuh lebih 100 ribu warga muslim Bosnia (Bosniak). Ratco Mladic menjadi terkenal setelah mengarahkan pengepungan Sarajevo dan Srebrenica. Di dua bandar ini pasukan tentera Serbia bertindak kejam menembak curi penduduknya tanpa mempedulikan mereka adalah rakyat awam.


Ratco Mladic terkenal dengan kekejamannya. Beliau membenarkan aktiviti rogol oleh anggota Army of the Republika Srpska dibawah arahan beliau. Di Srebrenica nama Ratco Mladic akan menjadi sekotor Adolf Hitler dan Pol Pot. Menurut cerita, Ratco Mladic menjadi sangat kejam kerana berlakunya sebuah insiden didalam keluarganya. Anak perempuan beliau Ana Mladic membunuh diri pada tahun 1994 kerana malu dengan tindakan tidak berperi kemanusiaan bapanya. Ana pulang dari kolej di Russia setelah mendengar kekejaman bapanya. Beliau malu menjadi anak kepada Ratco Mladic. Ana membunuh diri dengan menembak kepalanya dengan pistol kegemaran Ratco. Menurut askar dibawah beliau, sejak kematian Ana, Ratco menjadi semakin brutal.



Ratco bersama isteri dan anak perempuannya Ana

Di Srebrenica askar Republika Srpska membunuh lebih 8000 orang lelaki Bosniak. Pada awalnya mereka ni mendapat perlindungan dibawah askar UNPROFOR Belanda yang berada disana. Tetapi apabila askar Serbia Ratco Mladic tiba mereka tidak berani melawan kerana tidak mempunyai senjata yang memandai. Kegagalan mereka menahan Ratco dari menculik 8000 lelaki dewasa dan anak-anak dari UN SAFE ZONE kawalan mereka adalah sebab berlakunya Srebrenica Massacre 1995.


Selepas tamatnya perangbanyak kubur raksasa digali semula. Rata-raya mayat dijumpai ditemui dengan kesan tembakan. Tangan mereka diikat dibelakang dan mata diikat sebelum dibunuh. Aku ada lihat video pembunuhan ini tapi aku tak sanggup nak letak disini kerana kejam. Apa yang pasti sehingga kini tidak kesemua 8000+sudah dikenal pasti.Tulang mereka disimpan untuk kajian DNA. Yang sudah dikenali pula akan ditanam semula. Dibawah ada gambar majlis pengkebumian mangsa yang sudah dikenali. Bolej Manlytears dibuatnya. RIP to the victims dan semoga Ratco Mladic akan mendapat hukuman setimpal didunia.

Kenapa kita harus ingat Srebrenica Massacre? Srebrenica Massacre dan Chehnya menjadi pemangkin kepada Osama ben Laden untuk menjalankan jihad pada skala besar. Mulalah perang MATA BERBALAS MATA. Jika pihak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu lebih serius membanteras kekejaman terhadap muslim Bosniak dan Chehnya mungkin Osama ben Laden tidak akan menjadi semilitan yang kita kenali. Ingat kawan-kawan. Pada awalnya Osama tidak mahu berperang. Beliau hanya membina jalan dan hospital untuk warga Afghanistan. Hanya selepas beliau melihat ketidak adilan terhadap orang Islam beliau merasakan ianya tanggungjawab fardu kifayah untuk bangkit mendapatkan keadilan yang dihalang ini.

Dibawah ialah koleksi gambar penggalian kubur besar di Srebrenica dan penanaman semula 775 mangsa yang dikenali pada Julai 2010.




PS ; benarlah ckp nabi umat islam kini ditindas seperti binatang kerana kita umat yg takutkan mati cintakan dunia
Best Blogger Tips

10 comments:

  1. Ana Mladic adalah seorang gadis.

    ReplyDelete
  2. blog aku nie hanya nak menyampaikan sahaja...setiap entri yg aku copy semua aku ada bgi link ke blog asal...salah ka bro...kalu x suka blog2 krg di copy paste tlg dsble right klik kan senang...

    ReplyDelete
  3. nanti kau nak copy dari siapa kalau blog odefiend tak boleh rightkelik? kesian , dah lah kau tak reti tulis sendiri...
    : (

    ReplyDelete
  4. aiyo fan odefiend...dlm beribu entri dia sebijik aku ambik...info berguna mcm nie aku share pun korng nak mengutuk nak mencarut...pelik2

    ReplyDelete
  5. my comment was deleted? i see gambit saifullah in u. u made a mistake, u did not apologise, and u're blaming others who hate u for ur mistake. in the end you're just a malay who has failed as a good muslim. so much for an islamic blog. shame on u.

    ReplyDelete
  6. apologise??? utk apa kawan???
    krg nak komen apa pun dipersilakan...tapi yg menggunakan kata carut2 nie aku mmng akan delete...

    ty

    ReplyDelete
  7. but your nuffnang ads make me puked :(
    for the sake or sharing information, i thiink it just for the sake of nuffnang traffic, am i right?
    kalau hati budi niat baik menyebar pengetahuan , tak macam ni bro, MALU

    ReplyDelete
  8. Orang tak perasan link blog obe.at least kamu boleh terus tulis "ulang siar dari blog obe " .cheers kawan..

    ReplyDelete
  9. sedih lihat umat Islam ditindas. Al-fatihah.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts