And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, April 29, 2011

Eskay akhirnya muncul lakukan sumpah laknat





Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Shuib Lazim.

Trio itu bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

NONEBagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Md Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay, Rahim dan Shuib mengerjakan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu.

Pintu ditutup
Beliau kemudiannya memegang senaskhah Al-Quran dan bersumpah seperti berikut:

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

NONESebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut. Ketiga-tiga Datuk T kelihatan tenang dan mendengar syarahan pendeknya sebelum diberikan senaskhah buku berjudul Qazaf.
Selepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku lagi kekecohan kecil apabila beberapa penyokong AMK yang melangkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis. Eskay, Rahim dan Shuib beredar pantas tanpa memberikan peluang kepada pihak media bertanyakan soalan.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Datuk T itu beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

Sebelum itu, pelbagai kekecohan dan drama berlaku sejak jam satu petang antara penyokong PKR dan pihak yang tidak selesa dengan tindakan membuat bantahan di dalam ruang solat masjid.


Ulasan

Mengikut Ustadz yang memberikan tazkirah sebelum upacara sumpah laknat oleh Eskay:

1) Eskay ditegur kerana pegang Al-Quran terbalik.
2) Sumpah untuk menuduh orang lain berzina, tidak ada dalam hukum syarak Islam, tetapi jika nak juga bersumpah maka ia pilihan sendiri
3) Orang yang menuduh orang lain berzina (tanpa mendatangkan saksi) hendaklah disebat sebanyak 80 sebatan, kesaksian tidak diterima selama-lamanya dan jadilah penuduh orang yang fasik.

Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (Surah an-Nur:4)

Terus terang saya katakan juga di sini, dengan melihat dan mendengar lafaz Eskay itu, kita boleh meragui samada beliau mengucap syahadah dengan betul, belum lagi jika disuruh membaca Al-Quran yang beliau pegang dan cium itu.

Dan kaedah sumpah yang dilakukan (memmegang Al-Quran) bukan di dalam peraturan syarak.

Persoalan kini juga, siapa bekalkan baju kalis peluru kepada 3 orang Datuk T ini jika bukan pihak polis?


 terjojol keluar baju kalis peluru

Dan dari video itu juga dapat disaksikan para polis seperti menjadi orang suruhan kepada ketiga-tiga orang Datuk T ini.

Itulah tahap dan darjat PDRM yang ada kini!
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts