And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, March 25, 2011

“Yang benar telah datang dan yang batil telah lenyap. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan lenyap” ( Al-Israa’:81)

Kerajaan Firaun Ramses II dan Hamman yang mengaku tuhan pernah tewas kepada tentera Allah pimpinan Musa a.s. di bumi Mesir.
Kerajaan Byzantine yang zalim pernah tewas kepada tentera Umar al-Khattab pimpinan General Amr bin al-As r.a. di bumi Mesir.
Kerajaan monarki Fatimiyyah tewas kepada tentera Nuruddin Zinki pimpinan General Asaduddin Shirkuh dan Salahuddin al-Ayyubi di Bumi Mesir.
Napoleon Bonaparte tewas kepada tentera Uthmaniyyah pimpinan Muhammad Ali Pasha di bumi Mesir.
Kerajaan angkuh Raja Faruq tewas kepada Muhammad Naguib, Gamal Abdel Nasir dan Ikhwanul Muslimin di bumi Mesir.
Presiden pro-barat Anwar Sadat tewas kepada Jamaa’h Takfir wal Hijrah di bumi Mesir*.
Hari ini, sekali lagi, pertembungan berlaku di bumi Mesir. Rakyat memberontak, menentang 32 tahun pemerintahan zalim rejim Hosni Mubarak.
Sejarah telah menunjukkan, kemenangan sentiasa berpihak kepada yang haq. Mesir, anda harus bangkit. Kemenangan rakyat Mesir ke atas Mubarak sangat cerah. Secerah mentari selepas gerhana.
Usah berhenti. Teruskan berjuang. Jatuhkan tirani sebagaimana tumbangnya Firaun, Hamman, Shah, Cyrus, Al-Adid, Napoleon, Faruq dan Sadat.
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang saleh bahawa dia sungguh- sungguh akan menjadikan mereka berkuasa dimuka bumi, sebagaimana dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredhai-Nya untuk mereka, dan dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka dalam ketakutan menjadi aman sentiasa.”
(An-Nuur:55)
“Dan kami hendak memberi kurnia kepada orang-orang yang tertindas di bumi itu dan hendak menjadikan mereka pemimpin dan menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (bumi). Dan kami akan teguhkan kedudukan mereka di muka bumi, dan kami akan perlihatkan kepada Firaun dan Hamman beserta tentera mereka , apa yang mereka takutkan itu.”
(Al-Qashash:5-6)

*Tidak bererti Jamaa’h Takfir wal Hijrah itu sentiasa di atas kebenaran tetapi ia menentang kezaliman yang lebih buruk. Boleh jadi ia benar. Boleh jadi ia salah.
Best Blogger Tips

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts