DIRIWAYATKAN bahawa pada suatu ketika dahulu, ada seorang lelaki bernama As-Sulaim. Dia memiliki dua orang anak lelaki, Syidad dan Syadid, dan kedua-duanya ialah pemerintah yang sangat berkuasa. Tidak lama kemudian, Syadid telah meninggal dunia. Maka tinggallah Syidad seorang diri untuk memerintah. Syidad banyak membaca kitab, tetapi dalam satu kitab, dia terjumpa satu perkataan yang berbunyi ’syurga’. Lantas Syidad pun berkata; “Aku akan membuat sebuah syurga di muka bumi ini seperti syurga yang dimaksudkan dalam kitab tersebut.”
Syidad pun segera mengemukakan cadangannya kepada jemaah raja dan memberitahu, dia begitu teringin untuk membina sebuah syurga seperti yang disebut-sebut oleh Allah, lengkap dengan istana emas, taman yang indah dan sebagainya. Sekalian raja-raja tidak membantah. “segala urusan terserah kepadamu, kerana kamu adalah pemerintah yang berkuasa. Seluruh negara ini di bawah kekuasaanmu, ” titah raja memberi perkenan.
Maka Syidad pun memerintahkan supaya semua orang suruhannya mengumpulkan emas dan perak dari timur hingga ke barat, dari utara hingga ke selatan. Dia juga mengumpulkan 300 orang tukang-tukang yang mahir untuk membuat bangunan dan setiap seorang daripada mereka dimestikan mencari seribu anak buah untuk menjalankan pembinaan itu.
Persoalan pertama, di mana lokasi yang paling sesuai untuk dibina syurga tersebut?
Mereka pun berkeliling selama 10 tahun untuk mencarinya. Setelah lama mencari, akhirnya mereka menjumpai satu tempat yang paling sesuai dan indah. Di situ terdapat bermacam macam jenis tumbuh-tumbuhan yang cantik. Maka, bermulalah pembinaan syurga dunia seperti mana yang diimpikan oleh Syidad. Keluasan tapak syurga itu ialah kira-kira tiga kilometer persegi. Batu batu yang digunakan untuk membuat bangunan tersebut terdiri daripada emas, perak dan batu-batu permata.
Mereka pun berkeliling selama 10 tahun untuk mencarinya. Setelah lama mencari, akhirnya mereka menjumpai satu tempat yang paling sesuai dan indah. Di situ terdapat bermacam macam jenis tumbuh-tumbuhan yang cantik. Maka, bermulalah pembinaan syurga dunia seperti mana yang diimpikan oleh Syidad. Keluasan tapak syurga itu ialah kira-kira tiga kilometer persegi. Batu batu yang digunakan untuk membuat bangunan tersebut terdiri daripada emas, perak dan batu-batu permata.
Setelah selesai semua strukturnya, mereka membuat pula sungai di dalamnya. Mereka juga menanam pohon-pohon yang berbatang perak dan cabangnya emas. Rumah-rumah dibina menggunakan batu delima merah Berta marmar putih. Sungguh cantik. Mereka menggantungkan intan permata di segenap syurga itu. Air sungainya juga ditabur dengan wangi-wangian. Apabila dipanah cahaya matahari, segala isi syurga itu memancarkan cahaya yang berkemilauan indah. Air sungainya yang harum membuatkan sesiapa Baja berasa maksyuk dan tidak ingin keluar dari syurga tersebut.
selesai pembinaan syurga dunia itu, mereka pun menghantar utusan kepada Syidad menyatakan bahawa syurga yang diidam-idamkannya sudah pun siap. Maka berangkatlah Syidad bersama para pengikutnya.
Sebelum syurga itu dibina, sebenarnya atas arahan Syidad, para pembesar negara dan orang-orang suruhannya telah merampas semua emas dan perak rakyat jelata secara kejam. Mereka dipaksa menyerahkannya tanpa tinggal walau sedikit pun. Jikalau enggan, mereka akan dihukum. Antara harta yang dirampas adalah milik seorang anak yatim piatu. Rantai emas berharga dua dirham di tengkok anak yatim itu pun diambil juga.
Anak yatim itu menangis. Apabila si perampas pergi, anak yatim itu pun mendongak ke langit dan mengangkat tangan lalu bercloa, “Ya Tuhanku, Engkau lebih mengetahui apa yang dilakukan oleh orang zalim ini kepada hamba-hamba- Mu. Maka bantulah kami wahai Tuhan yang Maha Membantu orang-orang yang memerlukan pertolongan. ” Para malaikat di langit mengaminkan doa anak yatim itu. Lalu Allah mengutuskan malaikat Jibril untuk membantu mereka yang dizalimi.
Ketika Syidad sudah sehari setengah berjalan untuk sampai ke syurga dunia itu, malaikat Jibril pun berteriak dari langit. Bumi bergegar, tempikan itu amat menakutkan. Dengan serta-merta, Syidad dan pengikut-pengikutny a mati tanpa sempat memasuki syurga dunia yang sudah berada di ambang mata. Tiada seorang pun pengikut Syidad yang hidup. Tempikan malaikat Jibril itu juga telah meruntuhkan sama sekali syurga dunia yang diimpi impikan oleh Syidad. Selama hampir 20 tahun mereka berusaha membinanya, akhirnya syurga itu binasa disebabkan doa seorang anak yatim yang dianiaya.
Kepada ‘orang-orang besar yang sedang bersemayam nun di atas kayangan’, ambillah iktibar dari kisah Syidad ini. Janganlah bina syurga dan istana anda itu dengan merampas hak orang lain. Ingat, doa rakyat yang teraniaya tiada hijabnya di sisi Allah.
No comments:
Post a Comment