And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, January 13, 2012

Kesilapan Umat Islam Pada Hari Jumaat


Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah. Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah. Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli. . Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9:
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).



Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan. Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:
Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367)
Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah. Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan. Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan.
Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan. Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja. Lau Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah.
Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat. Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.
Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid. Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah. Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T.
Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah. Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”
Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang. Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :
Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.
Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.
Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

Best Blogger Tips

Tuesday, January 10, 2012

Kesalahan Membaca Al-Fatihah



PENTINGNYA BACAAN YANG BETUL DALAM AL-FATIHAH
Membaca al-fatihah adalah satu rukun dalam solat,apabila cacat bacaanya maka rosaklah solat.oleh itu perbaikilah bacaanya dengan ilmu tajwid,bukan setakat bacaanya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.
Berikut diperuntukan nama syaitan laknat yang wujid di dalam al-fatihah,sekiranya kita tidak berhati-hati.




NAMA SYAITAN
1.DU LI LAH ( bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya DULILLAH
2.HIR ROB (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya HI ROB
3.KIYYAU (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KI YAU
4.KANNAK (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAK
5.KANNAS (bila dibaca tiada sabdu ) sepatutnya KA NAS
6.IYA ( dibaca tanpa sabdu ) sepatutnya IYYA..IYA bermaksud matahari

Dalam ayat ke-5 ,jika salah bacaanya akan bermaksud kepada matahari kami sembah dan kepada mataharilah kami meminta pertolongan”!!!!!!!!
7.SIROTOL LAZI…sehingga habis hendaklah di baca tanpa henti
8.AMIN…hendaklah mengaminkan al-fatihah dengan betul iaitu AA..dua harakat,semoga AMIN kita bersamaan dengan AMIN MALAIKAT insyaALLAH.semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaany

Kesalahan-kesalahan lain dalam surah al-Fatihah:
a) Alehamdulillah (seolah-olah bunyi ‘le’)…sepatutnya dibaca, Alhamdulillah.
b) malikiyau-middin…sepatutnya dibaca, maalikyau-middin ( ‘maa’ = dua harakat)
c) siro-thol-lazi na a’n a’m…sepatutnya dibaca, siro-thol-lazi-na an a’m…( perhati dlm Quran, yang pertama adalah huruf alif(ا) , yang kedua baru huruf ain (ع)..bunyi alif berbeza dengan bunyi ain..)

Jadi marilah kita sama-sama belajar membaca Surah Al-Fatihah dengan betul kerana surah ini adalah salah satu rukun 13 dalam solat. Solat kita tidak akan sah dengan bacaan yang salah dan lebih buruk lagi apabila maksudnya menjadi lain jika salah bacaannya.
Best Blogger Tips

Sunday, January 8, 2012

Mampukah kita ???




kita selalu ungkap sayang ibu,,,, sayang bapa
hari jadi diorg kita selalu bagi hadiah macm2...bawa mereka jalan2,,,,
tetapi kalu kita tgok diri kita sendiri skrg mampukah kita melaksanakan tanggungjawab terakhir yg seperti diutara oleh ustaz....
kalu skng kita tak solat boleh kah kita melaksanakan amanah tersebut, kalu kita x tutup aurat layakkah kita untuk memndikan ibubapa kita ..... Best Blogger Tips

Friday, January 6, 2012

Nikmat Terbesar


 

Nasihat yg sangat2 bemanfaat kepada kita Best Blogger Tips

Thursday, January 5, 2012

Perdebatan Ibn Batoota dengan seorang lelaki Kristian di Afrika


Kisah ini berlaku 2 bulan lepas kalau tak silap aku,ketika itu aku baru pulang dari membeli barang keperluan di bandar Lenasia,South Africa.Disini teksi persendirian macam di Malaysia tu tersangat lah mahal,perjalanan 1KM lebih sahaja dikenakan bayaran RM35++,jadi kami selalunya menaiki teksi van yang lebih murah lebih kurang RM2/RM3 yang kami gelar van itu sebagai ‘kombi’(Entah aku pun tak tahu bahasa apa).
Semasa aku dalam van itu,aku duduk di sebelah seorang lelaki negro yang kelihatan bersopan dan lemah lembut tutur bicaranya,jadi aku dapat rasakan bahawa dia ini penganut kristian yang berpegang teguh pada agamanya itu.Aku,Ibnu Batoota (bukan nama sebenar) telah ditegur oleh pemuda Negro itu.Berikut adalah dialog yang telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu Tinggi (BMT) yang berlaku antara aku dan dia.
Pemuda Negro: Hai !
Ibnu Batoota: Hai, apa khabar?
Pemuda Negro : aku sihat. Kamu?
Ibnu Batoota: aku pun sihat.
Pemuda Negro: Kau belajar lagi? Belajar di mana?
Ibnu Batoota: Ya. Di Zack Park..(Nama sebuah tempat di hujung bandar Johannesburg iaitu Zakariyya Park)
Pemuda Negro: Apa yang kau belajar di sana? Selepas habis belajar nanti nanti kau boleh kerja apa?
Ibnu Batoota: Aku belajar bidang berkaitan agama aku, iaitu Islam. Setelah habis nanti,aku mungkin jadi pemimpin agama, ulama, macam paderi (priest) bagi kamu.
Pemuda Negro: Oh? Jadi, kau akan bekerja di gereja? (Mereka panggil masjid orang Islam sebagai church)
Ibnu Batoota: Well, not really. Boleh juga hendak kerja di bank (penasihat syariah / perbankan Islam), sekolah dan tempat-tempat lain tetapi kebanyakannya jadi ulama.
Pemuda Negro: Oh ! Jadi, kau akan dipandang tinggi oleh masyarakat nanti?
Ibnu Batoota: Mungkin.
Pemuda Negro: Jadi, kau kena berhati mulia, ambil tahu hal semasa dan masyarakat dan kena bantu masyarakat kerana mereka akan anggap kau pemimpin mereka yang mulia.
Ibnu Batoota: Islam telah ajar semua itu kepada semua penganutnya tidak kira ulama atau orang awam, memang kami kena saling tolong-menolong dan saling memuliakan(ikramul muslimin).
Pemuda Negro: Kau percaya Jesus? (p/s: Dia sudah mula hendak berdakyah)
Ibnu Batoota: Ya, aku percaya Jesus, tapi bukan seperti yang kau percaya.
Pemuda Negro : Kenapa? Apa bezanya kita? Kita percaya pada Tuhan yang sama, tapi kenapa kita mesti berbeza dan bergaduh? (p/s: Ayat perangkap)
Ibnu Batoota: Kami percaya Jesus sebagai Nabi, bukan anak Tuhan!
Pemuda Negro: Aah! Macam mana kau tidak percaya yang dia anak Tuhan? Dia lahir tanpa bapa dan boleh buat macam-macam mukjizat (miracle), dia boleh buat burung dengan tanah dan hidupkan. Dia juga boleh sembuhkan orang yang sakit.
Ibnu Batoota: Wait! Wait! Wait! Bagi aku cakap pula. Aku mahu tanya kau sesuatu, boleh?

Pemuda Negro: Very well. Apa dia?

Ibnu Batoota: Kau kata Jesus anak Tuhan hanya kerana dia lahir tanpa bapa?
Pemuda Negro: Yes!
Ibnu Batoota: Adakah ada sebab lain?
Pemuda Negro: Hmmm (berfikir). No!
Ibnu Batoota: Jadi kenapa kau tidak sembah Adam dan Eve (Nabi Adam dan Hawa)? Mereka wujud tanpa ibu dan bapa. Mereka lebih layak dijadikan anak Tuhan berbanding Jesus?
Pemuda Negro: Err.. That’s a tough question (soalan yang sangat sukar)
Ibnu Batoota: Jadi, tidak boleh jawablah?
Pemuda Negro: Hmm, aku rasa, mungkin sebab Jesus ‘dilahirkan’ tapi Adam ‘dicipta’. So, it’s different!
Ibnu Batoota: Kalau beza pun kenapa? Tuhan cuma satu dan seperti mana Dia ciptakan Adam tanpa ibu bapa, macam itu juga dia cipta Jesus tanpa bapa. Jadi, kenapa kau suka-suka saja kata Jesus anak Tuhan?
Pemuda Negro: Bible yang cakap dia anak Tuhan. Kau tidak baca Bible?
Ibnu Batoota: Bible yang mana? (Dengan nada mengejek sebab Bible ada banyak versi dan masing-masing bercanggah. P/s: Sebenarnya, ia bukan kitab tetapi sekadar buku)
Pemuda Negro: Bible versi ni (Dia sebut nama tapi Ibnu Batoota terlupa namanya)
Ibnu Batoota: Jadi, Bible ini perkataan Tuhankah?
Pemuda Negro: Ya.
Ibnu Batoota: Versi yang lain, perkataan siapa pula?
Pemuda Negro: Err … Hmm.
Ibnu Batoota: ?
Pemuda Negro: Hmm. Aku rasa, kau ini seorang wali (saint). Aku ini belajar di sekolah gereja dan kami belajar mengenai Kristian tapi soalan semudah ini aku tidak boleh jawab.
Ibnu Batoota: Hahahahaha! Kalau aku kau panggil saint(wali), mungkin guru aku kau ambil jadi Tuhan ke-4. (Kristian percaya kepada 3 Tuhan yang mereka namakan trinity)
Pemuda Negro: Mungkin aku kena bawa kau jumpa paderi aku. Kau akan dapat semua keterangan di sana. Kau akan jadi Kristian dan kita akan bersaudara, okey?
Ibnu Batoota: Aku memang mahu kau jadi saudara aku, tapi dalam Islam. Insya-Allah,  aku akan jumpa paderi kau dan Islamkan dia. Okey?
Pemuda Negro: Hahaha. Tidak mungkinlah. Sebab kami yakin Kristian adalah agama yang benar.
Ibnu Batoota :eleh..ni aku pulak nak tanya.Kau kenal (Nabi) Muhammad?
Pemuda Negro: Ya. Aku mendengar mengenainya sejak kecil.
Ibnu Batoota: Bagi kau, dia siapa? Nabi atau Tuhan?
Pemuda Negro: Dia adalah manusia seperti aku, ada daging ,rambut dan lain-lain. Tidak ada apa-apa yang istimewa.
Ibnu Batoota: Jadi, adakah Jesus seorang makhluk asing (alien)? Tidak ada rambut, daging dan lain-lain?
Pemuda Negro: Hahaha…bukan…maksud aku, dia tidak ada kelebihan macam Jesus… Dia tak boleh sembuhkan penyakit, cipta burung dengan tanah dan lain-lain.
Ibnu Batoota: Mukjizat itu memang diberikan kepada semua Nabi tapi dengan keajaiban yang berbeza. Solomon (Nabi Sulaiman) mukjizat dia lain, Moses (Nabi Musa) lain, Abraham (Nabi Ibrahim) lain, Yoshua (Nabi Yusha) lain, David (Nabi Daud) lain,Joseph(Nabi Yusuf) lain…mereka semua adalah Nabi. Kenapa kau tak sembah mereka semua sedangkan mereka pun boleh buat benda-benda ajaib?
Pemuda Negro: Tapi ….
Ibnu Batoota: Tapi apa?
Pemuda Negro: Hmm… Oh ya! Mereka berbeza dengan Jesus kerana Jesus lahir tanpa bapa! Mereka semua pula lahir seperti biasa!
Ibnu Batoota: Jadi, macam mana dengan Nabi Adam yang aku sebut tadi?
Pemuda Negro: Err…….hmm….(Dia fikir, kemudian senyum seorang diri). Aku rasa kau ini memang saint (wali) yang dihantar oleh (Nabi) Mohammed. Aku tak pernah jumpa orang macam kau!
Ibnu Batoota : Hah! Jangan merepek! Aku orang biasa saja, siapa suruh kau tegur aku…hahaha…banyak soalan aku kau tak jawab. Sekarang, aku mahu tanya lagi.
Pemuda Negro: Aku akan take note dan rujuk semua ini pada paderi aku.
Ibnu Batoota: Kau sayang Jesus?
Pemuda Negro: Tentulah!
Ibnu Batoota: Jesus sayang kau?
Pemuda Negro : Mestilah … dalam Bible cakap ‘Jesus loves you’. Dia sayang pada aku dan kau.
Ibnu Batoota: Apa tanda dia sayang aku dan kau?
Pemuda Negro: Dia telah rela disalib dan mati di tiang salib untuk tebus dosa semua umat manusia sampai kiamat.
Ibnu Batoota: Jadi, kita bolehlah buat dosa sesuka hati sebab sudah diampunkan?
Pemuda Negro: Bukan! Bukan! Kalau kau buat dosa, kau kena dapatkan surat pengampunan daripada priest, priest ini wakil Jesus.
Ibnu Batoota: Habis, siapa pula yang hendak bagi surat pengampunan kepada priest?
Pemuda Negro: Hahaha! kau saja hendak kenakan aku, ya?
Ibnu Batoota: No! Aku serius ni!
Pemuda Negro: Priest tidak ada dosa. Dosa mereka sudah terampun sebab mereka sudah serah diri pada gereja dan sanggup tak kahwin.
Ibnu Batoota: Jadi, priest boleh buat dosa sesuka hati dia sebab sudah diampun?
Pemuda Negro: Bukan. Mereka tidak buat dosa!
Ibnu Batoota: Aku selalu baca berita yang priest rogol budak dalam bilik pengampunan dan homoseks sesama priest . Itu apa cerita?
Pemuda Negro: Err … (tersenyap)
Ibnu Batoota: Hehehe … (gelak ejek)
Pemuda Negro: Itu gereja tempat lain. Mereka mazhab lain. Lagipun itu masalah peribadi.
Ibnu Batoota: Well, kalau aku masuk Kristian, aku mahu jadi priest-lah, boleh buat dosa sesuka hati…hehe…
Pemuda Negro: Kau dah salah faham ni…agama kami bukan macam  itu…
Ibnu Batoota: Oh ya, tadi kau kata Jesus disalib. Hmm, aku terfikir satu benda la…
Pemuda Negro: Ya, apa dia?
Ibnu Batoota: Kalau dia anak Tuhan, kenapa Tuhan biar manusia salib anak dia?
Pemuda Negro: What???Wow. Aku tak pernah terfikir. Tapi aku rasa mungkin sebab itu pilihan dia, untuk berkorban demi pengampunan dosa manusia sejagat.
Ibnu Batoota: Jadi, memang dia lah yang nak mati?
Pemuda Negro: Ya…mesti la…dia sayang kita…
Ibnu Batoota: Jadi dia bukanlah tuhan sebab dia boleh mati, kalau tuhan boleh mati,sapa yg nak matikan kau?
Pemuda Negro: Hahaha…kau ni kan!!!itu kerja God (Allah) bukan kerja anak dia….
Ibnu Batoota: Ok, tapi kau tak jawab pun soalan aku, dia kan anak tuhan,kenapa dia mati?
Pemuda Negro: No…dia cuma mati jasad manusia sahaja…tapi hakikatnya dia masih hidup…
Ibnu Batoota: =_=’ hampeh mamat ni (ckap dlm hati). Ok…kau ckp kau sayang Jesus kan…?
Pemuda Negro: Of course…
Ibnu Batoota: Kalau Jesus ada dpan kita sekarang, dia akan sokong aku ke kau?
Pemuda Negro: Mestilah aku! Aku penganut agama dia!
Ibnu Batoota: Aku pun pnganut agma dia….dia org Islam, dia percaya satu Tuhan…
Pemuda Negro: Aku tak percaya tu….
Ibnu Batoota: Dia tak akan sokong kau sebab kau bukan pengikut dia…
Pemuda Negro: Kenapa pulak?
Ibnu Batoota: Kau pernah tengok Jesus(Isa) dan Marry(Maryam)?
Pemuda Negro: Ya…(Di gereja mereka melukis gambar Nabi Isa dan Maryam)
Ibnu Batoota: Kenapa ye dia berjanggut tebal, berjubah putih, rambut panjang memang sebjik macam Mohammed dan juga macam aku ni haa~ (aku pakai jubah putih,rambut panjang dan berjanggut lebat waktu)…..dan kenapa ye Marry pakai jubah hitam dan bertudung? sebjik macam wanita kami…




Pemuda Negro: Itu pakaian mereka zaman tu…
Ibnu Batoota: Jadi,kenapa priest pkai macam tu?
Pemuda Negro : Itu peraturan gereja dan tanda mereka cintakan Jesus dan Marry, sebab itu tiru pakai macam mereka…
Ibnu Batoota: Tadi kau cakap kau sayang Jesus, tapi kenapa kau tak tiru macam dia pakai?? Hakikatnya aku lebih sayangkan Jesus daripada kau…
Pemuda Negro: Hmm……
Ibnu Batoota: Sebenarnya berjanggut, berambut panjang, berjubah adalah fitrah semua Nabi dari Nabi Adam…mereka semua diperintahkan pakai macam tu oleh Tuhan dan ini membuktikan kenabian Muhammad sebagai Nabi terakhir…buktinya,lihat lah semua muslim (orang-orang islam kat sini memang majoriti berjubah dan berjanggut sebab janggut wajib bagi mazhab hanafi dan muslimahnya berpurdah), mereka semua berpakaian dan meniru fizikal Muhammad,dan Muhammad pula sama seperti Jesus sebab ia adalah ‘trademark’ para nabi…(sebab tu ulama tekankan kita mengikuti sunnah nabi, berjubah, berserban dll)
Pemuda Negro: Hmm……….aku rasa kita tak perlu bahas benda ni…kita percaya benda yang sama cuma ada sedikit perbezaan je…(dia terasa sbb dia cuma pakai kemeja dan jeans,tiada janggut)
Ibnu Batoota: Betul…tapi masalahnya perbezaan yang kau cakap kecil tu sebenarnya besar! Jesus tak mungkin jadi anak Tuhan tapi dia adalah Nabi….Tuhan cuma satu!
Pemuda Negro : Hmm……memang betul kau ni saint Muhammed datang nak buat aku ragu dengan agma aku…
Ibnu Batoota: Apa pulak? …kau yang tegur aku dulu…haha…
Pemuda Negro: Hahaha. (dia gelak skali)
Ibnu Batoota: Ada satu benda lagi berkaitan crucify (salib) aku nak tanya…
Pemuda Negro: Ya…..(dia dah gelabah sikit)
Ibnu Batoota: Kau cakap Jesus rela disalib untuk pengampunan umat kan?
Pemuda Negro: Ya…betul…dia penyelamat umat…
Ibnu Batoota: Habis tu kenapa dia meronta-ronta ketika ditangkap dan merintih macam tak rela je bila kena salib?(sebab mengikut sejarah, Nabi Isa diangkat ke langit oleh Allah dan yang dibawa ke tiang salib tu orang lain dan dia menjerit-jerit mintak dilepaskan dan merintih)
Pemuda Negro: ………………
Ibnu Batoota : What? Aku tanya je….
Pemuda Negro : Hmm……aku rasa kau betul-betul kena jumpa priest aku……
Ibnu Batoota: Ok…
(Kebetulan van dah smpai depan madrasah dan aku menjerit kepada driver suruh berhenti)
Pemuda Negro: Eh? Dah smpai dah? Aku baru nak tanya soalan dan nak mintak no telefon kau…
Ibnu Batoota : (Sambil angkat-angkat barang) Alaaa kau nampak sekolah aku ni? haaa nanti kau bawak semua paderi kau ke sini tau…jumpa aku dan guru-guru aku…(Sebenarnya aku tak ingat no telefon aku berapa,haha)
Pemuda Negro: Nak buat apa?
Ibnu Batoota: Nak Islamkan kau dan paderi-paderi kau….(sambil buat muka macho,kebetulan angin tengah kuat, menggerbang je tali serban aku tu)
(Aku pun tinggalkan van tu dan bawak barang aku yang dekat 30kg seorang diri balik asrama)
-tamat- ^_^ 


P/s: Maaf kepada yang bertanya sambungan perdebatan ini kerana ia tamat disini.Lelaki itu dan paderinya tidak datang ke madrasah ku,sudah 2 bulan ku tunggu.Kalau mereka datang untuk berdebat nanti,insyaAllah akan ku ceritakan disini.Alhamdulillah aku punyai beberapa pengalaman mengislamkan orang-orang negro di Afrika Seatan(tempat aku belajar sekarang)dan salah satu kisahnya telah ku ceritakan di dalam post ‘Ekspidisi tentera Muhammad’.Silakan baca.. ^_^

kredit :  sufiafriqiyya
Best Blogger Tips

Tuesday, January 3, 2012

Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah : Rahsia Tapak Tangan.


tapak tangan Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah : Rahsia Tapak Tangan.
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini.
rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor arab yang bernombor 18 pada tangan kanan manakala pada tangan kiri pula adalah 81 yang mana apabila dicampur membawa kepada jumlah 99 iaitu 99 nama Allah.
Dan Dr. Fadzilah Kamsah menjumpai satu teori bahawa di sebalik nombor ini terdapat satu lagi perkara lain yang kita tidak ketahui. Anda mahu tahu apakah rahsia tersebut??
1. logiknya kenapa kita perlu makan dengan tangan kanan adalah kerana pada tapak tangan kanan kita tersebut terdapatnya 18 jenis enzim baik yang membantu mencerna makanan dengan cepat, disebabkan itulah kita dituntut supaya makan dengan tangan. diharuskan makan dengan sudu namun begitu lebih baik bukan kalau makan dengan tangan?
2. kenapa pula tangan kira nombor 81?? kerana terdapat 81 jenis enzim yang membantu menghapuskan bakteria dengan cepat, jadi sebab itulah kita membasuh selepas membuang air besar dengan tangan kiri, ini kerana untuk membunuh bakteria dengan cepat, dan juga sama ada mahu mengangkat kasut yang kotor juga menggunakan tangan kiri. ini kerana tangan kiri lebih efektif dalam membunuh bakteria dengan 81 enzim tersebut.
3. Maha suci Allah betapa hebatnya Allah mencipta kita!. Sebab itulah kalau orang dahulu kala mengatakan bahawa :  ”kalau jumpa barang tengah jalan ambil menggunakan tangan kiri sebab tak mahu jin ikut balik ”  rasionalnya sebab tangan kiri tu sebenarnya ada 81 jenis enzim yang boleh membunuh bakteria.
4. Selain itu : “air tangan ibu itu merawat oenyakit anak” rasionalnya adalah tangan ibu pada tangan sebelah kanan tu ada 18 jenis enzim yang membawa pelbagai jenis enzim baik kepada makanan anak-anak, tambah pula kalau ibu sendiri yang menyuapkan kepada anak-anak. PERINGATAN!  buat anak-anak suaplah ibu bapa anda dengan menggunakan anda sementara mereka sihat, sebelum kita perlu suap menggunakan sudu.
5. bagi mereka yang pada tangan kanan nya no 8 tidak rapat dikatakan orang tersebut mudah sakit perut.. betul tak? cuba pembaca cek semula tangan  anda!
6. “Kenalilah diri anda! maka anda akan kenal betapa hebat ciptaan Tuhan anda!
Best Blogger Tips

Jimak dan Wasiat Rasulullah saw

 “Telah diceritakan kepada kami oleh ‘Amru bin Hafsah dan Abu Naar dari Muhammad bin Al-Haitham dari Ishak bin Hanjih, dari Husaif dari Mujahid daripada Al-Khudri yang berkata : “Rasulullah s.a.w. telah berwasiat kepada Saidina Ali bin Abi Talib r.a di mana baginda telah bersabda :
1. “Wahai Ali, bila pengantin perempuan masuk ke dalam rumahmu, maka (suruh ia) tanggalkan kasutnya ketika ia duduk dan (suruh ia) membasuh kedua-dua kakinya. Maka sesungguhnya apabila kamu berbuat demikian Allah mengeluarkan tujuh puluh ( 70 ) jenis kefaqiran dari rumah kamu, dan Allah s.w.t. menurunkan tujuh puluh ( 70 ) rahmat yang sentiasa menaungi di atas kepala pengantin sehingga sentiasa keberkatan itu meratai setiap penjuru rumahmu dan pengantin itu sejahtera da! ri penyakit gila, sawan (gila b**i) dan sopak selama mana ia berada di dalam rumah tersebut. Laranglah pengantin itu daripada memakan dan meminum empat ( 4 ) jenis makanan ini pada minggu pertama perkahwinan iaitu :
1. Susu
2. Cuka
3. Coriander (Ketumbar)
4. Apple Masam”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai Rasulullah, mengapakah empat jenis makanan ini di larang..?”
Baginda menjawab :

“Kerana rahim perempuan itu kering dan sejuk, dengan sebab dari empat perkara (makanan) ini untuk menghalang dari dapat anak. Sesungguhnya tikar di penjuru rumah adalah lebih baik daripada perempuan yang tidak dapat anak.”

Saidina Ali r.a bertanya :
“Wahai rasulullah, mengapakah cuka itu di larang..?(semasa haid dan semasa minggu pertama perkahwinan) .”
Baginda menjawab :

-“Apabila ia minum cuka! semasa haid, sesungguhnya haidnya itu tidak akan bersih selama-lamanya secara sempurna.

-Mengenai Coriander (ketumbar) ia mengganggu haid di dalam perutnya dan menyukarkan kepadanya kelahiran.
-Tentang Apple masam, ia memotong haid sebelum masanya maka menjadikan haid itu berlalu begitu saja dengan sebabnya.”

2. “Wahai Ali..! janganlah engkau berjima’ dengan isterimu pada awal (hari pertama) bulan, pada pertengahannya (sehari) dan pada akhir (dua hari) di hujung bulan. Maka sesungguhnya penyakit gila, gila b**i dan sopak mudah mengenainya dan anaknya.”
3. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu selepas zuhor, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak kerana jima’ pada waktu itu, maka ia akan bermata juling dan syaitan sangat suka kepada manusia yang bermata juling.”
4. “Wahai Ali..! janganlah bercakap-cakap semasa jima’, sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak dengan jima’ yang demikian, maka anak itu tidak selamat daripada bisu.”
5. “Wahai Ali..! janganlah lihat kepada faraj perempuanmu dan jagalah pandanganmu sewaktu berjima’, (jika tidak) sesungguhnya mewarisi buta – iaitu anak.”
6. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan perempuanmu dengan syahwat terhadap perempuan lain, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepadamu berdua anak, anak itu akan menjadi pondan yang bersifat benci dan hina.”
7. “Wahai Ali..! jika kamu berjunub di tempat tidur, janganlah membaca Al-Quran, maka sesungguhnya aku bimbang akan turun kepada kamu berdua api (bala) dari langit yang membakar kamu berdua.”
8. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ de! ngan isterimu kecuali ada padamu satu tuala dan pada isterimu satu tuala.”
9. “Wahai Ali..! janganlah kamu berdua menyapu dengan menggunakan satu tuala, nanti akan jatuh syahwat keatas syahwat (salah seorang akan kuat syahwatnya daripada yang lagi satu), maka sesungguhnya yang demikian itu akan mengakibatkan permusuhan kemudian membawa kamu berdua kepada berpecah dan talak.”
10. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu secara berdiri, maka sesungguhnya yang demikian itu daripada perbuatan kaldai, jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, maka anak itu sentiasa kencing di tempat tidur seperti kaldai yang suka kencing di merata-rata tempat.”
11. “Wahai Ali..! janganlah berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Fitri (Raya Puasa), maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak anak itu seorang yang cacat dan tidak mendapat anak baginya kecuali sudah tua.”
12. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam ‘Aidil Adha, maka sesungguhnya jika kamu berdua berjima’ pada malam tersebut, apabila Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak aku bimbang ia akan menjadi seorang yang berjari enam atau empat.”
13. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah cahaya matahari (secara langsung – direct) dan terkena warna (cahayanya), kecuali kamu mengenakan tutupan (bumbung), jika tidak maka sesungguhnya kalau Allah mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang sentiasa hidup dalam meminta-minta dan faqir sehingga mati.”
14. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di bawah pohon kayu yang berbuah, maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi seorang tukang gojo, tukang sebat atau seorang ketua yang bengis,”
15. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu antara azan dan iqomah, jika berjima’ pada waktu demikian, sesun! gguhnya jika Allah mengurniakan anak pada kamu berdua, nanti ia menjadi seorang yang menumpahkan darah.”
16. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu semasa ia hamil kecuali kamu berdua berwudhu’, jika tidak maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak, nanti ia akan menjadi seorang yang buta hati dan bakhil tangan.”
17. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada pertengahan (Nisfu) Sya’ban, maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kamu berdua anak,nanti anak itu akan mempunyai tanda yang jelek pada muka dan rambutnya.”
18. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada akhir bulan (yakni tinggal dua hari) maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak nanti anak tersebut menjadi seorang yang sentiasa perlu meminta-minta. “
19. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu dengan syahwat terhadap saudara perempuannya ! (ipar kamu) kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti anak itu akan menjadi penolong dan pembantu kepada orang yang zalim dan pada tangannya membuat kebinasaan kepada manusia.”
20. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu di atas loteng maka sesungguhnya yang demikian itu jika Allah s.w.t. mengurniakan anak kepada kamu berdua nanti anak itu menjadi seorang munafiq, pelampau yang melewati batas.”
21. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam kamu hendak keluar musafir kerana yang demikian itu sesungguhnya kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan membelanjakan harta kepada yang tidak Haq,” dan Rasulullah s.a.w. membaca ayat Al-Quran : “Innal Mubazziriina kaanu – ikhwan Nas – Syayathin.”
22. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu bila kamu keluar bermusafir dalam tempoh tiga hari tiga malam, maka yang demikian itu sesungguhnya bil! a Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, nanti ia menjadi seorang pembantu kepada setiap orang yang zalim.”
23. “Wahai Ali..! janganlah kamu berjima’ dengan isterimu pada awal malam, maka sesungguhnya jika dikurniakan anak kepada kamu berdua, ia menjadi seorang tukang sihir, sunglap, dan menghendaki dunia daripada akhirat.”
ANJURAN BERJIMA’

24. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu bacalah :
“Allahumma Jannibnis Syaitan Wajanibis Syaitan Mimma Rozaktani.”
Maka yang demikian itu kalau Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu anak, tidak dimudaratkan oleh syaitan terhadapnya selama-lamanya. “
25. “Wahai Ali..! hendaklah kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Isnin maka sesungguhnya jika Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua anak, ia akan menjadi seorang yang berpegang teguh kepada kitab Allah (Al-Quran) dan redha terhadap segala pemberian Allah s.w.t. (baik dan buruk Qada’ dan Qadar Allah).”
26. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Selasa, Allah s.w.t. akan memberi kepada kamu berdua anak yang mendapat nikmat Mati Syahid sesudah syahadah :
‘Anla ilahaillallah wa anna Muhammada ar-Rasulullah’
dan Allah s.w.t. tidak azabkannya (turun bala kepadanya) bersama-sama orang musyrikin, mulutnya berbau harum yang akan melembutkan hati orang, bersih lidahnya daripada mengumpat, berdusta dan mengadu-domba. “
27. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu malam Khamis, maka Allah s.w.t. akan mengurniakan kepada kamu berdua anak yang bijaksana, atau seorang yang alim,di kalangan orang-orang yang alim.”
28. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu sewaktu matahari di tengah langit, Allah s.w.t. mengurniakan kepada kamu berdua seorang anak yang tidak di hampiri syaitan sehingga ia beruban (tua) dan menjadi seorang yang faqih serta Allah s.w.t. rezekikan kepadanya keselamatan agama dan dunia.”
29. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat dan nanti anak kamu berdua adalah seorang pemidato yang berwibawa dan petah.”
30. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada hari Jumaat, selepas Asar, Allah s.w.t. akan kurniakan seorang anak yang terkenal, masyhor dan alim.”
31. “Wahai Ali..! jika kamu berjima’ dengan isterimu pada malam Jumaat selepas Isyak yang akhir, maka sesungguhnya di harapkan anakmu nanti menjadi seorang yang abdal (terkemuka), Best Blogger Tips

Wednesday, December 28, 2011

Kisah Harut & Marut (bgn 2)

Keadaan sianghari Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, di malam pula pesta minum arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.

Mereka terus berjalan di kota Babil untuk mencari kerja, dan terpandang orang ramai berpusu pusu pergi ke istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut mengikut orang ramai pergi ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam istana dan sampai ke dewan yang penuh berbagai makanan dan buah buahan yang lazat. Di hujung meja hidangan duduk seorang lelaki dengan pakaian yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak mempesonakan Harut dan Marut, mereka lebih tertarik kepada hidangan makanan dan buah buahan yang lazat dan enak kerana itu saja dapat menghilangkan kelaparan. Lalu tuan istana menyuruh mereka duduk dan makan, ketika mereka berdua sedang asyik makan dengan penuh nikmat, tuan istana memerhati mereka berdua dan ia meminta khadamnya supaya menuang arak dan persilakan mereka minum arak lalu Harut dan Marut menolaknya dengan baik. Tuan Istana amat terkejut kerana masih terdapat dikalangan penduduk Babylon yang tidak minum arak.Setelah itu barulah Harut dan Marut tahu bahawa lelaki itu adalah seorang raja yang sedang dikelilingi oleh menteri menteri dan pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya. Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun daripada hadirin yang berani mejatuhkan hukuman. Raja tidak peduli kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar raja tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka semua menjangka bahawa Harut dan Marut menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran hadirin bahawa kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya mengetahui keadilan. Harut dan Marut telah memutuskan hukuman berdasarkan keadilan dan mengembali hak kepada empunya. Mereka bukan sekadar menjatuhkan hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang bersalah dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara yang lantang; beta melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan hukuman mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim. Begitulah akhirnya Harut dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka menyerah urusan kerja kepada Allah.
Harut dan Marut di beri rumah yang berdekatan dengan istana raja. Tidak ada lagi ketakutan, kesejukan, kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta makanan dari orang lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kerja dan rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran Allah dan menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati mereka tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia yang lemah, yang mereka hina ketika berada di alam malaikat. Kemudian datang tamu baru dalam kehidupan mereka, yang tidak pernah dirasai sebelum. Rasa letih, mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka. Harut segera membuka matanya dan berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan matiii! Marut menyahut;Kenapa wahai sahabatku? Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa amat berat hingga tak mampu bukaa! Marut menjawab; aku pun rasa sama seperti kamu! Matiilah kita! Kata Harut lagi;aku rasa kita tak mati lagi…tapi benda lain..? mereka menguap aaah! Aaah! Aaah! Dan bercakap dengan suara terputus putus dan akhirnya langsung tidak dengar lagi suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut dan Marut dengan nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut terjaga dari tidur, matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup sepoi sepoi bahasa bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya matahari pagi yang pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
Dengan kesegaran itu Harut dan Marut dapat memulakan kerja sejak awal pagi. Orang ramai mula datang berjumpa Harut dan Marut, dan meminta penyelesaian kes kes dan pertikaian yang berlaku diantara mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan pertikaian dengan adil dan saksama. Orang pun puas hati dengan pengadilan Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali dan semakin mendapat tempat dan akhirnya mereka menjadi hakim yang terkenal dan dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka selesai urusan dengan orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa menunaikan solat, memuji kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa bersyukur kepadaNya.Tidak menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput mereka makan bersama tetapi dengan syarat tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang ramai dengan adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam kesibukan mereka menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga mereka didatang dengan kes baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun wajahnya cantik, jelita dan senyum ceria… Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah. Jantung mereka berdegup degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka berdua berasa hairan apa yang berlaku dalam hati mereka, rasa takut! rasa cinta! rasa benci ! berangan angan! Sungguh ajaib hati manusia. Aaah!  Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala Zahrah sedang menceritakan kes berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan syahawat yang lebih kuat untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah cerita kes saya dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan dengan se adilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut segera menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu datanglah besok. Marut mencelah; ya saudariku! Benar seperti yang dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang. Zahrah memerhati Harut dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan selamat tinggal kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari pandangan, Harut dan Marut menyesal dengan tindakan mereka. Dengan penuh kesal Harut berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga esok hari ! kenapa aku jadi begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk neraka disebabkan oleh wanita ini!Cepat kita segera bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur mereka berdua terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah datang, mereka tidak akan memandang wajahnya. Tiba giliran Zahrah, dengan senyuman yang manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut. Senyuman manis membuatkan Harut terlupa azamnya untuk tidak memandang wajah Zahrah. Begitu juga Marut terlupa taubat untuk mengulangi dosa yang sama,bila Zahrah masuk untuk mendapatkan keputusan kesnya. Setelah lama berbual dengan Zahrah, tanpa disedari mereka pun menjatuhkan hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke atasnya diputuskan , dia pun bangun dan bergegas keluar, mereka berdua serentak bertanya; saudari hendak ke mana? Zahrah menyahut ; saya nak pergi sembah matahari dekat berhala, marilah ikut saya. Harut dan Marut menjawab bersama; apa kami nak buat? Jawab Zahrah; kamu berdua bersembahyang dengan saya. Mereka jawab; kami sekali kali tidak sembah selain dari Allah.
Tetapi Zahrah tak peduli dan terus pergi. Bila Zahrah dah hilang dari pandangan mereka, masing masing menyalah diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat janji dan azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang samabila berjumpa dengan Zahrah. Lalu Harut berkata; wahai sahabatku! sesungguhnya rahmat Allah amat luas, segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada Allah. Bila Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak pergi ke majlis Hakim. Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus mengetuk pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa mereka masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu. Zahrah terus ke dapur mengambil minuman untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman arak dan menjemput Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum arak yang dihidang Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat mereka tidak minum hidangannya. Harut dan Marut memujuk janganlah marah! Marilah kita berdamai. Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat kamu berdua minum hidangan saya, oleh kerana tidak mahu mengecilkan hati Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba tba ada seorang tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam rumah Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak mereka berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah rahsia kami.Tanpa disedari dan pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik tamu sehingga mati, kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan dia nampak mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan pengaruh arak, mereka pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa amat menyesal, amat sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit tetapi tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan berat.Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat! Harut dan Marut memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga Hari Kiamat.
Rujukan :-
Cerita cerita dalam al Quran
Tafsir Ibnu Kathir

Best Blogger Tips

Kisah Harut dan Marut (bhg 1)


Surah al Baqarah:102

Alam Malaikat adalah yang alam tinggi di alam langit. Para malaikat berkumpul, mereka berbisik sesama mereka dan teringat firman Allah kepada mereka “Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khlifah di muka bumi” al Baqarah:30 Lalu mereka berkata “mengapa Engkau hendak menjadikan khalifah di bumi itu orang yang akan membuat kerosakan dan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih dengan memuji dan mensucikan Engkau” Tuhan berfirman sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui” al Baqarah:30
Allah telah mengajarkan Adam nama nama benda seluruhnya, menempatkan Adam di dalam syurga, mencipta Hawa sebagai isteri kepada Adam dan rakan kongsinya sehinggalah Adam mengengkari perintah Allah dengan memakan buah dari pohon khuld dan akhirnya Adam di keluarkan dari syurga dan di campak ke dunia. Bermula kehidupan Adam dan Hawa di dunia. Lahir zuriat Adam di dunia dan akhir berlaku pembunuhan pertama Qabil ke atas Habil. Selepas itu zuriat anak Adam terus berkembang dan bertambah ramai di dunia. Akhirnya dunia penuh dengan dosa dosa keturunan Adam.
Mereka lupa tugas mereka sebagai khalifah Allah di bumi. Mereka membuat berhala lalu mereka menyembah berhala tersebut. Begitulah berlalu kehidupan manusia yang penuh kelalaian, penuh kemaksiatan, mencuri, merampas hak sesama mereka dan membunuh antara satu sama lain dan dunia diselubungi kezaliman. Kesemua ini dicatit oleh malaikat sehingga buku catitan mereka menjadi gelap hitam gelemat, lalu malaikat pun berkata beginikah keadaan khalifah Allah di bumi?kenapa Allah memilih mereka menjadi khalifah sedangkan mereka mengengkariNya?
Lalu Allah berfirman kepada para malaikat “jika sekiranya Aku menjadikan kamu semua seperti manusia nescaya kamu juga akan melakukan seperti apa yang telah berlaku dikalangan manusia”
Malaikat menjawab; wahai Tuhan! Maha Suci Engkau kami sekali kali tidak akan mengengkari Kamu. Maka Allah berfirman lagi;pilihlah dua malaikat dari kalangan kamu. Lalu para malaikat memilih Harut dan Marut kerana mereka berdua adalah yang paling terbaik beribadat kepada Allah dari kalangan malaikat. Firman Allah ” dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat di negeri Babil iaitu Harut dan Marut” al Baqarah:102 .
Babil atau dikenali dengan Babylon di Iraq. Babylon ketika penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Di sana sini terdapat kelompok manusia berpesta mengelilingi wanita cantik yang sedang menyayi dan menari dalam separuh bogel. Ada sebahagian mencuri barang barang orang, kerana mereka lalai dan leka melihat wanita menyayi dan menari.
Kesemua hal keadaan ini dilihat dan didengari oleh Harut dan Marut, setelah Allah SWT menukar mereka menjadi manusia dan mencampak mereka berdua di Babil. Harut dan Marut berada di Bandar Babil, mereka berdua sentiasa memelihara kecantikan dan keputihan malaikat, sesiapa saja akan tertarik dan tergoda dengan kecantikan mereka berdua.
Setelah lama berjalan jalan di kota Babil mereka berdua merasa letih. Harut pun berkata; aku terasa sesuatu di dalam dadaku, begitu juga di kepalaku seolah olah badanku berat seperti bukit sehingga kakiku tidak mampu memikulnya.
Marut menyahut kata kata Harut; aku berasa seperti yang kamu rasa tetapi perutku amat terasa sakit.
Harut menjawab; itu bunyi perut yang lapar, wahai saudaraku! Sesungguhnya kita telah jadi seperti manusia, ketika kita malaikat tidak pernah merasa lapar dan dahaga bahkan kita sentiasa bertasbih dan menyucikan Allah. Lalu Harut mendonggak ke langgit berdoa kepada Allah supaya Allah memberi mereka makanan. Tiba tiba mereka tercium aroma daging bakar yang memenuhi rongga hidung mereka berdua.Mereka berdua segera pergi mencari ke arah aroma daging bakar, akhirnya mereka sampai ke majlis keramaian. Mereka dapati ramai manusia sedang berjamu selera dalam majlis tersebut.
Mereka terus masuk ke dalam majlis itu, tetapi rasa mulia yang ada dalam diri mereka berdua menjadi penghalang dari mereka meminta makanan dari tuan majlis. Bagaimana mereka menyembunyi bunyi perut yang lapar dari terus berbunyi?Lalu mereka berdua pergi duduk dekat dengan tuan majlis itu. Mereka melihat orang ramai makan dengan sayu. Orang ramai juga memerhatit Harut dan Marut, kemudian tuan majlis merasa kasihan lalu menjemput mereka makan. Mereka makan bersama orang ramai sehingga kenyang dan perut mereka tidak lagi berbunyi.
Selesai makan, mereka pun memerhati semua orang ramai yang sedang makan, mereka memerhati seluruh tempat di dalam majlis itu. Akhirnya mata mereka berdua terpaku melihat kecantikan dan kejelitaan seorang wanita, wajahnya cantik bak bulan purnama. Itulah Zahrah ratu cantik di Babil. Harut dan Marut tersedar dari lamunan, dan rasa bersalah kerana telah melakukan dosa. Harut dan Marut pun segera beristighfar dan bertaubat dari dosa tersebut. Rasa terlalu malu atas dosa tersebut hampir hampir membunuh mereka berdua. Penyesalan jelas terpancar dari riak muka mereka.
Tetapi setelah perasaan penyesalan berlalu, syahawat datang kembali sekali lagi mereka memandang Zahrah dengan asyik sekali, sehinggalah suara iman dalam hati mereka memberontak dan berkata ini nafsu dan bujukan syaitan. Suara iman mengatasi syahawat mereka segera beristighfar kepada Allah SWT. Mereka memikirkan bagaimana hendak mengatasi masalah itu?
Akhirnya mereka dapat jalan penyelesaian.Hanya itu saja jalan penyelesaian bagi mereka iaitu bersegera meninggalkan majlis . Harut dan Marut sepakat, mereka mestilah segera meninggal majlis dan bertaubat kepada Allah. Lalu mereka terus melangkah keluar dari majlis, setelah agak jauh meninggal majlis tersebut, perasaan syahawat mereka meronta ronta untuk melihat Zahrah, mereka serentak berpaling untuk kembali kepada Zahrah, tetapi sekali bisikan iman mereka mengatasi bujukan syahawat dan mereka meneruskan perjalanan, lari jauh meninggal majlis itu.
Dalam perjalanan itu Harut dan Marut tidak bercakap terus membisu, sambil itu kedua dua tertanya tanya apakah yang telah mereka lakukan sanggup mengengkari perintah Allah dengan melihat kepada perkara yang diharamkan ke atas mereka.
Harut pun berkata kepada Marut; nafsu manusia buruk dan keji mendorang kita melakukan maksiat kepada Allah. Alangkah keji nafsu manusia!
Marut menjawab; mungkin perasaan engkau sama seperti apa yang aku rasai sekarang! Ya aku takut tempat kembali kita adalah neraka, yang menjadi tempat balasan orang orang durhaka kepada Allah
Harut menjawab; tidak! Tidak! Jangan takut kita mesti berusaha mengalah syahawat dan memaksa nafsu agar mengikut bisikan iman.Kita mesti terus beristighfar dan bertaubat kepada Allah dan mesti meninggal terus tempat maksiat dan pergi ke tempat jauh dari manusia dan tidak ada maksiat.
Setelah senja matahari pun terbenam mereka masih meneruskan dan berhenti dengan kaki bukit, masih ada lagi cahaya kemerahan di kaki langit, beransur ansur bertukar menjadi gelap, kelipan kelipan cahaya bintang jauh di langit. Harut dan Marut khusyuk menunaikan solat dan bertasbih kepada Allah sambil memohon taubat ke atas dosa yang telah mereka lakukan
Keadaan malam terus gelap gulita, semua makhluk di dunia sedang nyenyak tidur. Manakala Harut dan Marut terus menerus bersolat, tiba tiba mereka terdengar tiupan angin yang mendayu dayu lalu terbit suara yang kuat, seolah olah suara perempuan meraung kehilangan anaknya dan timbul perasaan takut menyelubungi mereka berdua, tambah lagi dengana kedinginan malam yang menggigilkan tubuh badan mereka. Mereka amat ketakutan dan kesejukan, lalu mengambil keputusan untuk kembali ke bandar untuk menghilangkan rasa kesejukan dan ketakutan.
Setelah sampai di bandar, Harut berkata: dah kembali balik!!! Tanya Marut apa yang kembali balik? Harut menjawab; rasa kelaparan yang menyakitkan perut ku. Kata Marut; Kita dah jadi hamba kepada perut, celakalah perut ini yang tidak pernah kenyang! Harut; kita perlu mencari makanan. Marut; jika kita dapat makanan dan kenyang, adakah kita tak lapar lagi?Kita mesti bekerja untuk membeli makanan. Kerja apa yang kita boleh buat? Serah urusan kepada Allah, kita akan dapat kerja dan Insya Allah akan memberi rezeki harta cukup kepada kita.
Best Blogger Tips

Thursday, December 8, 2011

UMUR



"Seseorang hamba muslim itu apabila mencecah usia 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya. Apabila mencecah usia 60 tahun, Allah akan mengurniakan perasaan berserah kepadaNya. Apabila mencecah usia 70 tahun, penduduk langit akan mencintainya. Apabila mencecah usia 80 tahun, Allah akan kukuhkan kebaikannya dan menghapuskan dosanya. Apabila mencecah usia 90 tahun, Allah akan mengampunkan dosanya yang telah lampau dan yang akan datang, mengurniakannya syafaat buat ahli keluarganya dan ditulis di langit sebagai tahanan Allah di atas muka bumi." (Riwayat Imam Ahmad)
Best Blogger Tips

Imam Al-Syafie Mencari Sahabat & Cinta


Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama.
Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:
“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.”
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia
Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:
“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.”
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.
Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkan 2 hati, dalam 2 hati diberikan 3 rasa : SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan: berkenalan, berteman, berkawan, & bersama. Dalam 4 perkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 perkataan itu tersmbunyi 6 impian iaitu SAYANG, KEKAL, SETIA, MENGERTI, MENGHARGAI, & MENGINGATI. Dalam 6 impian itu tersimpul 7 huruf keramat iaitu “SAHABAT”
Best Blogger Tips

Thursday, December 1, 2011

Dialog moden lagi berpahala

selamat beramal
Best Blogger Tips

Saturday, November 26, 2011

10 Surah Mujarab Dari Rasullullah...



SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

SURAH AD-DHUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

SURAH AL-KAFIRUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

Semuga menjadi amalan harian kita untuk membaca surah-surah berikut.
Best Blogger Tips

Sunday, November 6, 2011

Fakta Menarik Tentang Rasulullah

  • ar
Siapa yang tidak mengenali Nabi Muhammad S.A.W terutamanya orang Islam. Banyak kisah kisah kehidupan Baginda ditatapkan dan didokumentarikan. Contohnya dalam Jejak Rasul bersiri yang ditayangkan di TV3 setiap kali tibanya bulan Ramadan. Berikut merupakan fakta unik secara ringkasnya mengenai kehidupan Baginda. Kalau ada kesalahan fakta, minta perbetulkan.



1. Nabi SAW tidak melepaskan tangannya saat berjabat sebelum mitranya melepaskan terlebih dahulu.
2. Nabi SAW tidak pernah mengulurkan kaki di hadapan sahabat-sahabatnya.
3. Nabi SAW menoleh dengan seluruh badannya, menunjuk dengan seluruh jarinya.
4. Nabi SAW kalau berbicara sesekali menggigit bibir tanda berpikir, menepuk telapak kiri dengan jari telunjuk.
5.beliau tidur dengan alas tidur dari pelepah sebanyak 4 lapis, dan kalau musim dingin dipakai 2 lapis dan 2 lapis lagi untuk selimut (hingga Umar bin Khattab sempat menangis jika membandingkan gaya hidup rasulullah dengan raja romawi)
6. Harta Nabi SAW yang paling mewah adalah sepasang alas kaki berwarna kuning, hadiah dari Negus, penguasa Abissinia.
7. Nabi SAW tinggal di pondok kecil beratap jerami yang kamar-kamarnya dipisahkan oleh batang-batang pohon yang diikat dengan lumpur bercampur kapur.
8. Nabi SAW sendiri yang menyalakan api, memerah susu dan menjahit alas kakinya yang putus.
9. Santapan Nabi SAW yang paling mewah, meski jarang dinikmatinya, adalah madu, susu dan lengan kambing.
10. Nabi SAW gagah berani, namun memiliki senyum yang sangat memikat dan malu mempermalukan orang.
11. Nabi SAW merupakan contoh jenis manusia secara sempurna iaitu pekerja, pemikir, pengabdi Allah dan seniman.
12. Nabi SAW selalu memilih yang termudah, selama halal, bila berhadapan dengan pilihan.
13. Senyumnya menyejukkan, dilukiskan sebagai butir salju di oase.
14. Beliau tidak pernah sakit gigi. Beliau bersiwak tak kurang 10 kali sehari.
15. Warna kulit beliau putih kemerah-merahan.
Anda mungkin juga meminati:
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts