And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, June 7, 2011

Kelebihan Membaca Surah Yassin


RASULULLAH s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Bacalah surah Yassin kerana ia mengandungi keberkatan"

1. Apabila orang lapar membaca surah Yassin, ia boleh menjadi kenyang.
2. Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.
3. Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
4. Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.
5. Jika terpenjara akan dibebaskan.


6. Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.
7. Jika tersesat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
8. Jika dibacakan kepada orang yang telah meninggal dunia, Allah meringankan siksanya.
9. Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
10. Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Rasulullah s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Yassin. Sesiap membaca surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al- Quran sebanyak 10 kali".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi,
"Apabila datang ajal orang yang suka membaca surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Maut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika mayatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jenazahnya".

Malaikat Maut tidak mahu memaksa mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang Malaikat Redwan dari syurga membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w bersabda selanjutnya:
"Sesiapa bersembahyang sunat dua rakaat pada malam Jumaat, dibaca pada rakaat pertama surah Yassin dan rakaat kedua Tabaroka, Allah jadikan setiap huruf cahaya dihadapannya pada hari kemudian dan dia akan menerima suratan amalannya ditangan kanan dan diberi kesempatan membela 70 orang daripada ahli rumahnya tetapi sesiapa yang meragui keterangan ini, dia adalah orang-orang yang munafik.
Best Blogger Tips

Monday, June 6, 2011

UMPORNO


Semalam, masa lepak di Barra Cafe bersebelahan Tesco Ampang, nampak la bendera Malaysia yang hampir hancus ni. Ini cuma satu, sebenarnya banyak lagi di atas bumbung. Baik punya berkibar dah macam roti kirai! Paling mengecewakan, ianya dipasang di sebuah bangunan kerajaan. Ini bukan soal politik, ini soal mentaliti rakyat Malaysia yang acuh tak acuh mengenai perkara ini. Kalau tak percaya, cubalah nengok sendiri di lokasi yang telah kami nyatakan tadi. Kami berani mengeluarkan gambar ini kerana ianya kenyataan depan mata kami sendiri. Bukan fitnah dan bukan rekaan kerana Oh! Media yang snap sendiri gambar ini. Bagaimana dengan anda, Harian Metro * myMetro & 999 TV3? Best Blogger Tips

AJAIBNYA TANGAN IBU (KASIHNYA IBU),nukilan Dato' Ustzh Siti Nor Bahyah Mahamood

oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood pada pada 07hb Mei 2011 pukul 3.50 ptg


AJAIBNYA TANGAN IBU
Ketika kita lapar...tangan ibu yang menyuap,
Ketika kita haus...tangan ibu yang memberi minuman,
Ketika kita menangis...tangan ibu yang mengesat air mata,
Ketika kita gembira...tangan ibu yang menadah Syukur,memeluk kita erat dengan deraian air mata bahagia,
Ketika kita mengantuk...tangan ibu yang dodoikan dengan penuh kasih sayang,
Ketika kita mandi...tangan ibu yang meratakan air ke seluruh badan,membersihkan segala kekotoran,
Ketika kita dilanda masalah...tangan ibu yang membelai duka sambil berkata:Sabar nak, Sabar ye sayang.
Namun,
Ketika ibu sudah tua & kelaparan...tiada tangan dari anak yang menyuap,
Dengan tangan yang menggeletar, ibu suap sendiri makanan ke mulut dengan linangan air mata,
Ketika ibu sakit...di mana tangan anak yang ibu harapkan dapat merawat kesakitan ibu?
Ketika nyawa ibu terpisah dari jasad...
Ketika jenazah ibu nak dimandikan...
di mana tangan anak yang ibu harapkan untuk menyirami jenazah ibu buat kali yang terakhir.
Tangan ibu, tangan ajaib...
Sentuhan ibu, sentuhan kasih...
Boleh membawa ke Syurga Firdausi...
Ciumlah tangan ibu,
Sebelum ibu pergi bertemu Illahi & takkan kembali lagi...
Nukilan Dato' Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood (Pendakwah & Pengacara Semanis Kurma TV9)
Best Blogger Tips

Bentuk Otak Manusia Ternyata Menyerupai Posisi Orang Yang Bersujud


  Ternyata bentuk otak kita menyerupai orang bersujud.



cuba anda perhatikan gambar. Mirip? aku pun tak pasti kebetulan atau bukan, menurut ciptaan Tuhan itu tidak yang kebetulan.

Itulah hebatnya Tuhan. Otak yang selama ini kita bangga-banggakan ternyata bersujud kepada Tuhan, tetapi kenapa kita masih  menyombongkan diri dihadapan Tuhan seperti orang-orang atheis yang menolak kebenaran Tuhan.Perhatikan ayat Al-Qur'an dibawah ini :

"Apakah kamu tiada mengetahui, bahwa kepada Allah bersujud apa yang ada di langit, dibumi,matahari, bulan, bintang, gunung, pohon-pohonan, binatang-binatang yang melata dan sebahagian besar daripada manusia?"
[QS. Al-Hajj (22): 18]. Best Blogger Tips

Sunday, June 5, 2011

Krim Penggalak Kehamilan No:1 Di Asia Hanya 3 Bulan Untuk Miliki Zuriat Gabungan Lumiglow +Benih Cendawan : MENGANDUNGI SEHINGGA 1% ALCOHOL JAUH DARI SYARAT HALAL

Impian Kehamilan Satu Kenyataan
Krim Penggalak Kehamilan No:1 Di Asia
Hanya 3 Bulan Untuk Miliki Zuriat

Gabungan Lumiglow +Benih Cendawan






150 Pengguna Sepanjang Tahun 2009, 123 Dari Jumlah Itu Berjaya Memperoleh Zuriat Hanya Dalam Masa 3 Bulan. 123 Bayi Baru Telah Di Lahirkan Sepanjang Tahun 2009.Kami Telah Pecahkan Peratusan Mengikut
 Masalah Yang Kerap Melanda Wanita Mahupun Lelaki.Data Di Bawah Ialah Peratusan Yang Berjaya Hamil Mengikut Masalah Hanya Dalam Masa 3 Bulan.

ADUAN PENGUNA KEPADA PPIM : Pengaduan tentang kandungan alkohol 0.5%-1% dalam produk

Salam,

Tuan

Saya ingin membuat pengaduan tentang produk yang dipasarkan oleh syarikat Hormonlife Solutions http://www.hormonlife.com/  yang berpusat di Bukit Tinggi.Produk Lumiglow + benih cendawan yang dipasarkan secara online boleh dibeli dengan harga RM285.Produk ini juga dipasarkan untuk menstabilkan hormon wanita dan hamil dalam masa 3 bulan

Lumiglow telah disiasat dan mempunyai beberapa estrak herba dan logo halal tetapi yang dikatakan benih cendawan yang patut dibiak untuk menminum air selepas proses penapian 1 bulan 7 hari.Yang menjadi masalah ialah proses penapian yang dikatakan benih cendawan ialah sebenarnya bakteria+yis,apabila proses penapaian dilakukan dengan mencampurkan teh-o dan gula akan menghasilkan 0.5-1% alkohol jauh dari 0.01 yang telah difatwakan.Perkara ini telah disahkan oleh pakar2 seluruh dunia.

Saya ingin meminta jasabaik pihak Tuan untuk mewar-warkan kepada media demi menjaga zuriat yang bakal dilahirkan oleh rata2  wanita Islam yang ingin hamil sebagai pembeli produk ini bersih dari benda dan perkara yang haram.Saya telah menjalankan kewajipan saya,kini giliran pihak Tuan pula.

Terima Kasih
Best Blogger Tips

FOTO : School in Palestine!

if you have a heart at all you will pass this on to all your loved ones and friends and MAYBE someone will realize what Palestinians go through everday!!

Best Blogger Tips

KATA IBU



KATA IBU AKU

Masih ku ingat kata-kata ibu
sambil memberi wang dan berpesan
Sayang, 'Pergilah ke kedai Pak Mamat
beli sekati gula dan sekati tepung
kalau tiada pergi ke kedai Maniam
kalau tiada jua belilah di kedai Ah Chong'.

Sambil berlari girang dicelah-celah pepohon nyiur yang melambai indah
dengan sarang-sarang tempua berhayunan bagaikan buaian
aku membeli gula dan tepung di kedai Pak Mamat bertahun-tahun begitu
sesekali aku kekedai Maniam dan Ah Chong.

Kata Ibu:
'Beli dikedai Pak Mamat kita dapat berkat
Pak Mamat membayar zakat
kalau beli di kedai Maniam dan Ah Chong
siapa menanggung dosa
kalau mereka jadi kaya raya
wang tadi dibina patung-patung dewa
kita terheret percuma masuk neraka
hanya sedikit yang masuk syurga
selainnya masuk neraka
kerana subahat membina Muruga dan dewa'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka menjadi kaya raya
nanti mereka menjadi ceti
diberi Melayu pinjamnya wang
habis dilelongnya tanah warisan
kerana Melayu tak mampu bayar hutang'.


Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya tanah dan bendang
padi naik harga kerana Melayu hanya jadi kuli
bukan tuan
kilang bukan kita punya
kedai juga bukan kita punya
tengok tu minum kopi pun kata mereka
sedap di kedai Cina'.

Kata Ibu:
'Kalau mereka kaya raya
habis dibelinya pekan dan kampung
kita nantinya tinggal dipinggir sungai bakau
dan berumah di bukit bukau tapi kini
sungai juga dibeli dijadikan kolam udang
bukit juga dibeli dibina kondo mewah
Melayu mahu tinggal di mana
dalam hutan belantara?'.

Kata Ibu:
'Tanamlah kucai
kita dapat berkat
kerana makan sayur yang tidak subahat
kucai di kedai Cina disiram najis babi
kalau kita tanam kucai
kita gemukkan kucai dengan tahi kambing

Kata Ibu:
Jangan makan tokua
kalau tak tahu siapa pembuatnya
jangan makan mi kalau Ah Chai yang membuatnya
kalau makan makanan subahat
hati hilang sinarnya
kerana memakan makanan subahat
hati dipenuhi bintik bintik hitam penuh noda dan dosa
hati akhirnya mati
kita nantinya semakin renggang dari kekasih tuhan
kita nantinya menjauhkan diri yang Maha Pencipta
dosa kita berganda-ganda
lalu tuhan turunkan bala'..

RENUNG-RENUNGKAN KATA IBU INI.................................
Best Blogger Tips

Saturday, June 4, 2011

Speechless




aku masih ingat mase aku mula2 blaja sembahyang dlu??arwah ayah aku selalu sebut..." kalau kamu nk berjaya dunia dan akhirat, kamu jangan tinggalkan solat "aku ikut ckp ayah..tp bile umo aku da mningkat remaja, aku dah lupe diri, aku lalai, aku sengaja tinggalkan solat sbb sbuk dengan dunia aku.... :(

aku x mahu tinggalkan solat lg...aku ingin solat seperti dulu2...sbb solat itu tanggungjawab aku....aku ingin berubah..
Best Blogger Tips

Bagaimana mendidik Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang.
Assalamu’alaikumwarahmatullahiwabarakatuh…

Pertama sekali hendaklah kita mengikhlaskan diri dalam mencari ilmu Allah..
Buangkan jauh-jauh sikap syakwasangka dan sombong dalam diri..

sekarang kita mulakan…
Manusia diberi akal untuk berfikir..hati untuk merasai..
Marah tanpa sebab yang benar disisi syara’ adalah disebabkan bisikan syaitan pada hati manusia. Nabi s.a.w sendiri pernah marah kerana ada manusia yang melanggar hukum Allah secara terang-terangan. Itulah marah yang betul dan tepat.

Kita diajar untuk percaya pada ketentuan Allah. Sebenarnya semua kesusahan dan kerosakan di muka bumi ini disebabkan kita tidak mahu berfikir tentang keWUJUDan dan keBESARan ALLAH.
Apa buktinya?
Buktinya kita perlu tanyakan pada diri kita sendiri.
Seandainya kita benar-benar merasai Allah itu WUJUD dan MELIHAT dan MENDENGAR nescaya kita tidak akan sudi untuk melakukan laranganNYA dan sentiasa senang melakukan suruhanNYA.

[2.4] Dan juga orang-orang yang beriman kepada Kitab “Al-Quran” yang diturunkan kepadamu (Wahai Muhammad), dan Kitab-kitab yang diturunkan dahulu daripadamu, dan mereka yakin akan (adanya) hari akhirat (dengan sepenuhnya).
[2.5] Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk dari Tuhan mereka, dan merekalah orang-orang yang berbahagia (beruntung).
Semuanya bermula dengan iman iaitu yakin dan percaya akan KEESAAN ALLAH.
Cabarlah diri kita…apabila kita baca ayat-ayat ALLAH dan menghayati maknanya nescaya kita akan merasai suatu perasaan yang membenarkan ayat-ayat itu. Bacakanlah ayat-ayat ALLAH itu pada sesiapapun samada islam atau bukan islam. Jauh dalam diri mereka akan membenarkan ayat-ayat Allah.

Disinilah masalah yang perlu diambil PERHATIAN sebenarnya…
Tahukan anda mengapa setiap manusia itu akan terdetik dalam hati mereka rasa untuk membenarkan ayat-ayat ALLAH? Inilah tanda-tanda kekuasaan ALLAH Maha Pencipta. Allah tidak menzalimi makhluknya dengan membiarkan mereka terbiar tanpa ‘bekal’ untuk mengenaliNYA.
Dalam diri setiap manusia itu ALLAH ‘bekal’kan dengan ROH dan hakikat sebenarnya, ROH itu berasal dari ALLAH. Oleh sebab itulah setiap manusia yang di bacakan pada mereka ayat-ayat ALLAH akan merasakan kebenarannya…semua perasaan itu berpunca daripada ROH. Masya’Allah…
“Dan ketika Tuhanmu berkata kepada malaikat: “Sesungguhnya Aku menjadikan manusia dari tanah liat yang kering, dari lumpur hitam sampai berbentuk. Dan setelah ia sempurna Ku buat dan Aku tiupkan di dalam tubuhnya akan roh Ku, maka hendaklah kamu semua tunduk merendahkan diri padanya. “
(AI-Hijr:28-29)

Bagaimana menghidupkan ROH?
ROH itu sebenarnya merintih dan tersiksa dengan dosa dan amalan buruk seseorang.
Seorang ahli maksiat itu, ROH mereka merintih kerana tidak dapat dekat dengan PENCIPTANYA. ROH itu hanya dapat di ubati dengan membacakan ayat-ayat ALLAH kepadanya.

Mengapa membaca ayat-ayat ALLAH tidak mampu membuat hati merasai keWUJUDan ALLAH?
Hakikatnya ROH itu mendengar dan menyintai PENCIPTANYA tetapi ia tidak akan mampu keluar menemui TUHANNYA kerana di halangi oleh PENYAKIT HATI iaitu penyakit SOMBONG dan SYAK pada KEBENARAN. Apabila hati ada penyakit sombong ia akan menolak untuk membenarkan apa sahaja kebenaran yang di isyaratkan oleh AKAL. Malah hati itulah tempat bersarangnya syaitan laknatullah yang sentiasa membisikkan pembohongan dan kejahatan bertujuan untuk terus melalaikan manusia dari merasai kehendak ROH.
Jadi, Apa penyelesaiannya?
[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
Penyelesaiannya ialah buangkan sikap SYAK DAN SOMBONG supaya kebenaran ayat-ayat ALLAH itu mampu meresap ke dalam HATI.Seterusnya hati akan bersetuju dengan kehendak ROH iaitu membenarkan, merasai dan menikmati keWUJUDAN ALLAH S.W.T.
AWASILAH bisikan syaitan yang sentiasa menghasut hati. Gunakanlah anugerah AKAL yang ada pada semua manusia untuk berfikir dan mendidik HATI supaya membenarkan kehendak ROH untuk kembali pada PENCIPTANYA.

Tanda-tanda orang beriman..
Iman itu adalah percaya pada ALLAH. Dengan percaya kita akan mampu untuk merasai KEWUJUDAN ALLAH. Tanda-tandanya hanya dapat di rasai oleh orang-orang yang berusaha berfikir dan mencari KEBENARAN.
KESIMPULANNYA.
Ceritalah apa jua masalahpun…PEMARAH, MALAS SOLAT, MULUT CELUPAR, HASAD DENGKI, TAKBUR, SOMBONG, MASALAH DUIT, MASALAH FAMILY DAN APA JUA MASALAHPUN…apabila kita merasai KEWUJUDAN ALLAH yang sentiasa MENDENGAR dan MELIHAT, nescaya tiada apa masalah yang tidak dapat diselesaikan. Tidak perlu lagi memaksa diri untuk melakukan amar makruf nahi mungkar kerana HATI, ROH dan AKAL telah merasai kebahagiaan dan kemanisan hidup bersama PERTOLONGAN ALLAH S.W.T.
Ketahuilah bahawa sikap buruk selama ini adalah kerana penyakit dalam hati sendiri. Yakinlah bahawa AKAL dan ROH manusia itu takkan mampu ‘menafikan’ KATA-KATA TUHAN. Sungguh kita boleh merasai dengan sebenar-benarnya KUASA dan KEBESARAN TUHAN. Gunakanlah AKAL untuk BERFIKIR mencari TUHAN dengan mendidik HATI agar setuju dengan kehendak RUH.
Apabila anda telah mampu merasai ‘dekat’ nya TUHAN…
Itulah Iman yang SEBENAR-BENARNYA…
Mulakanlah dengan diri sendiri..kemudian keluarga dan ketahuilah sesungguhnya ALLAH dan orang-orang yang beriman itu tidak dapat dibohongi oleh mereka yang pura-pura beriman.
Akhirnya marilah kita baca dan hayati makna Ayat-Ayat ini :
[2.8] Dan di antara manusia ada yang berkata: “Kami telah beriman kepada Allah dan kepada hari akhirat”; padahal mereka sebenarnya tidak beriman.
[2.9] Mereka hendak memperdayakan Allah dan orang-orang yang beriman, padahal mereka hanya memperdaya dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya.
[2.10] Dalam hati mereka (golongan yang munafik itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki), maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka berdusta (dan mendustakan kebenaran).
SUBHANALLAH…ALHAMDULILLAH..ALLAHUAKBAR… Best Blogger Tips

Pondan-pondan tunjuk bakat Hotel MS Garden...






ratu cantik pondan di ms garden kuantan


Dari Abdullah R.A bahawa baginda S.A.W
bersabda: 3 orang tidak akan masuk ke syurga dan Allah tidak akan memandang mereka penderhaka kpd kedua ibubapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus ...(Hadith riwayat Imam Ahmad)
Dari Abdullah dari ayahnya berkata, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Allah `Azza wa jalla tidak melihat 3 golongan di hari qiyamat iaitu penderhaka kpd kedua ibu bapa, perempuan yang menyerupai lelaki dan pendayus(Hadith riwayat An-Nasaie)

ps : kepada pondan2 korang rasa gembira @ berbaloikah penghargaan @ sambutan yg tidak seberapa ini, kalaulah kamu mengetahui betapa tingginya darjat yg akan diberi oleh ALLAH jika kamu berjaya mengalahkan hawa nafsu @ ujian yg diberikan kepada kamu...
Best Blogger Tips

KISAH SEORANG ANAK DERHAKA KEPADA IBUNYA.









Sajak Ibu.. 2 Minit Yg mencucurkan air mata.. WAJIB TENGOK


” Hairan saya melihat beberapa orang kampung berkumpul di kedai pada
tengah
hari itu. 1 September 1994. Serius mereka berbual hingga dahi
berkerut-kerut. Lepas seorang bercerita yang lain menggeleng-gelengka n
kepala.

Pasti ada sesuatu yang ‘besar’ sedang mereka bincangkan, kata saya di
dalam
hati. Setelah enjin motosikal dimatikan, saya berjalan ke arah mereka.

” Bincang apa tu? Serius aku tengok,” saya menyapa.
” Haaa…Din, kau tak pergi tengok budak perempuan tak boleh keluar dari
kubur emak dia? ” kata Jaimi, kawan saya.
” Budak perempuan? Tak boleh keluar dari kubur? Aku tak faham bah,”
jawab
saya. Memang saya tak faham kerana lain benar apa yang mereka katakan
itu.

” Macam ni,” kata Jaimi, lalu menyambung, ” di kubur kat kampung Batu 10
tu, ada seorang budak perempuan tolong kebumikan emak dia, tapi lepas
itu
dia pula yang tak boleh keluar dari kubur tu.
Sekarang ni orang tengah nak keluarkan dia… tapi belum boleh lagi “.

” Kenapa jadi macam tu? ” saya bertanya supaya Jaimi bercerita lebih
mendalam. Patutlah serius sangat mereka berbual..

Jaimi memulakan ceritanya. Kata beliau, memandangkan semalam adalah hari
kelepasan semperna Hari Kebangsaan, budak perempaun berumur belasan
tahun
itu meminta wang daripada ibunya untuk keluar
bersama kawan-kawan ke Bandar Sandakan. Bagaimana pun, ibunya yang sudah
berusia dan sakit pula enggan memberikannya wang.

” Bukannya banyak, RM 20 aja mak! ” gadis itu membentak.
” Mana emak ada duit. Mintak dengan bapa kamu,” jawab ibunya perlahan.
Sambil itu dia mengurut kakinya yang sengal. Sudah bertahun-tahun dia
mengidap darah tinggi,lemah jantung dan kencing manis.

” Maaak… kawan-kawan semuanya keluar. Saya pun nak jalan jugak,” kata
gadis itu.
” Yalah, mak tau… tapi mak tak ada duit,” balas ibunya.
” RM 20 aja! ” si gadis berkata.
” Tak ada,” jawab ibunya.
” Emak memang kedekut! ” si gadis mula mengeluarkan kata-kata keras.

” Bukan macam tu ta…” belum pun habis ibunya menerangkan, gadis
tersebut
menyanggah, katanya,
” Ahhh…sudahlah emak! Saya tak mau dengar! “
” Kalau emak ada du… ” ibunya menyambung , tapi belum pun habis
kata-katanya, si gadis memintas lagi, katanya ;
” kalau abang, boleh, tapi kalau saya minta duit, mesti tak ada! “

Serentak dengan itu, gadis tersebut menyepak ibunya dan menolaknya ke
pintu. Si ibu jatuh ke lantai.
” Saida.. Sai.. dddaaa..” katanya perlahan sambil mengurut dada.
Wajahnya
berkerut menahan
sakit.

Gadis tersebut tidak menghiraukan ibunya yang terkulai di lantai. Dia
sebaliknya masuk ke bilik dan berkurung tanda protes. Di dalam bilik,
dibalingnya bantal dan selimut ke dinding. Dan sementara di luar,
suasana
sunyi sepi.

Hampir sejam kemudian, barulah gadis tersebut keluar. Alangkah
terkejutnya
dia kerana ibunya tidak bergerak lagi. Bila dipegang ke pergelangan
tangan
dan bawah leher, tidak ada lagi nadi berdenyut.

Si gadis panik. Dia meraung dan menangis memanggil ibunya,tapi tidak
bersahut. Meraung si gadis melihat mayat ibunya itu. Melalui
jiran-jiran,
kematian wanita itu diberitahu kepada bapa gadis yang
bekerja di luar.

Jaimi menyambung ceritanya; ” Mak cik tu dibawa ke kubur pukul 12.30
tadi.
Pada mulanya tak ada apa-apa yang pelik, tapi bila mayatnya nak
dimasukkan
ke dalam kubur, ia jadi berat sampai dekat
10 orang pun tak terdaya nak masukkannya ke dalam kubur. Suaminya
sendiri
pun tak dapat bantu.”

” Tapi bila budak perempuan tu tolong, mayat ibunya serta-merta jadi
ringan. Dia seorang pun boleh angkat dan letak mayat ibunya di tepi
kubur.”

Kemudian gadis berkenaan masuk ke dalam kubur untuk menyambut jenazah
ibunya. Sekali lagi beramai-ramai penduduk kampung mengangkat mayat
tersebut dan menyerahkannya kepada gadis berkenaan.

Tanpa bersusah payah, gadis itu memasukkan mayat ibunya ke dalam lahad.
Namun apabila dia hendak memanjat keluar dari kubur tersebut, tiba-tiba
kakinya tidak boleh diangkat. Ia seperti dipaku ke tanah. Si gadis mula
cemas.

” Kenapa ni ayah? ” kata si gadis. Wajahnya serta-merta pucat lesi.
” Apa pasal,” Si ayah bertanya.
” Kaki Saida ni.. tak boleh angkat! ” balas si gadis yang kian cemas.

Orang ramai yang berada di sekeliling kubur mula riuh. Seorang demi
seorang
menjenguk untuk melihat apa yang sedang berlaku.

” Ayah, tarik tangan saya ni. Kaki saya terlekat……. tak boleh nak naik,”
gadis tersebut menghulurkan tangan ke arah bapanya.

Si bapa menarik tangan anaknya itu, tetapi gagal. Kaki gadis tersebut
melekat kuat ke tanah. Beberapa orang lagi dipanggil untuk menariknya
keluar, juga tidak berhasil.

” Ayah…kenapa ni??!! Tolonglah Saida, ayah..” si gadis menangis
memandang
ayah dan adik-beradiknya yang bertinggung di pinggir kubur.

Semakin ramai orang berpusu ke pinggir kubur. Mereka cubamenariknya
beramai-ramai namun sudah ketentuan Allah, kaki si gadis tetap terpasak
di
tanah. Tangisannya bertambah kuat.

” Tolong saya ayah, tolong saya…….kenapa jadi macam ni ayah? ” kata si
gadis sambil meratap.
” Itulah, kamu yang buat emak sampai dia meninggal. Sekarang, ayah pun
tak
tau nak buat macam mana,” jawab si ayah selepas gagal mengeluarkan
anaknya
itu.

Dia menarik lagi tangan gadis yang berada di dalam kubur tapi tidak
berganjak walau seinci pun. Kakinya tetap terpahat ke tanah.

” Emak…ampunkan Saida emak, ampunkan Saida…” gadis itu menangis.
Sambil
itu dipeluk dan dicium jenazah kiblat. Air matanya sudah tidak boleh
diempang lagi.
” Maafkan Saida emak, maafkan , Saida bersalah, Saida menyesal… Saida
menyesal…… Ampunkan Saida emak,” dia menangis lagi sambil memeluk
jenazah
ibunya yang telah kaku.

Kemudian gadis itu menghulurkan lagi tangannya supaya boleh di tarik
keluar. Beramai-ramai orang cubamengeluarkannya namun kecewa. Apabila
terlalu lama mencuba tetapi gagal, imam membuat keputusan bahawa kubur
tersebut perlu dikambus.

” Kita kambus sedikit saja, sampai mayat ibunya tak dapat dilihat lagi.
Kita tak boleh biarkan mayatnya macam tu aja… kalau hujan macam mana?
“
kata imam kepada bapa gadis berkenaan.

” Habis anak saya ?” tanya si bapa.
” Kita akan terus cuba tarik dia keluar. Kita buat dua-dua sekali, mayat
isteri awak disempurnakan, anak awak kita selamatkan,” balas imam.

Lelaki berkenaan bersetuju. Lalu seperti yang diputuskan,upacara
pengebumian terpaksa diteruskan sehingga selesai, termasuk talkinnya.
Bagaimana pun kubur dikambus separas lutut gadis saja, cukup untuk
menimbus
keseluruhan jenazah ibunya.

Yang menyedihkan, ketika itu si gadis masih di dalam kubur. Bila talkin
dibaca, dia menangis dan meraung kesedihan. Sambil itu dia meminta ampun
kepada ibunya dengan linangan air mata. Selesai upacara itu, orang ramai
berusaha lagi menariknya keluar. Tapi tidak berhasil.

” Bila dah lama sangat, aku balik kejap untuk makan. Dah lapar sangat.
Lepas itulah aku singgah ke kedai ni. Lepas ni aku nak ke kubur lagi.
Nak
tengok apa yang terjadi,” kata Jaimi.

” Aku pun nak pergilah,” kata saya. Lalu kami semua menunggang motosikal
masing-masing menuju ke kubur.

Kami lihat orang ramai sudah berpusu-pusu di sana . Beberapa buah kereta
polis juga kelihatan di situ. Saya terus berjalan pantas menuju kubur
yang
dimaksudkan dan berusaha menyusup ke celah-celah
orang ramai yang sedang bersesak-sesak.

Setelah penat berusaha, akhirnya saya berjaya sampai kebarisan paling
hadapan. Malangnya saya tidak dapat melihat gadis tersebut kerana di
depan
kami telah dibuat kepungan tali. Kubur itu pula beberapa puluh meter
daripada kami dan terlindung oleh kubur serta pokok-pokok rimbun. Di
dalam
kepungan itu, anggota-anggota polis berkawal dengan senjata
masing-masing.

Nasib saya memang baik hari itu. Dua tiga orang daripada polis berkenaan
adalah kenalan saya.

” Pssstt…Raie. …Raie..Psstt, ” saya memanggil, Raie yang perasan
saya
memanggilnya mengangkat tangan.
” Boleh aku tengok budak tu? ” saya bertanya sebaik saja diadatang ke
arah
saya.

” Mana boleh. Keluarga dia aja yang boleh,” jawabnya perlahan-lahan
seperti
berbisik. Sambil itu dia menjeling ke kiri dan kanan, khuatir ada orang
yang tahu.
” Sekejap aja. Bolehlah…” saya memujuk…..

Alhamdulillah, setelah puas dipujuk dia mengalah. Tanpa berlengah, saya
menyusup perlahan-lahan dan berjalan beriringan dengan Raie, seolah-olah
tidak melakukan apa-apa kesalahan. Namun demikian dada saya berdebar
kencang. Pertama, risau & takut dihalau keluar. Kedua, tidak sabar
hendak
melihat apa yang sedang berlaku kepada gadis berkenaan.

Selepas meredah kubur-kubur yang bertebaran, akhirnya saya sampai ke
pusara
yang dimaksudkan. Di pinggir kubur itu berdiri dua tiga orang polis
memerhatikan kedatangan saya.

Raie mendekati mereka dan berbisik-bisik. Mungkin dia merayu supaya saya
tidak dihalau. Alhamdulillah, saya lihat seorang polis yang berpangkat
mengangguk-angguk. Raie terus memanggil saya lalu memuncungkan bibirnya
ke
arah sebuah kubur.

Bila dijenguk kedalam, dada saya serta-merta terasa sebak. Saya lihat
gadis
berkenaan sedang duduk di atas tanah kubur sambil menangis teresak-esak.
Sebentar kemudian dia memegang tanah berhampiran lahad dan merintih;
“Emak… ampunkanlah Saida, Saida sedar, saida derhaka pada emak, Saida
menyesal,
Saida menyesal……”

Selepas mengesat air jernih yang terus berjejeran daripada mata yang
bengkak, gadis tersebut menangis lagi memohon keampunan daripada arwah
ibunya. ” Emak…lepaskanlah kaki saya ni. Ampunkan saya, lepaskan
saya,”
Ditarik-tariknya kaki yang melekat di tanah namun tidak berhasil juga.

Saya lihat bapa dan adik-beradiknya menangis, di pinggir kubur. Nyata
mereka sendiri tidak tahu apa lagi yang hendak dibuat untuk
menyelamatkan
gadis berkenaan.

” Sudahlah tu Saida…makanlah sikit nak ,” rayu bapanya sambil
menghulurkan sepinggan nasi juga segelas air. Si gadis tersebut langsung
tidak mengendahkan. Malah memandang ke atas pun tidak. Dia sebaliknya
terus
meratap meminta ampun daripada arwah ibunya.

Hampir menitis air mata saya melihat Saida. Tidak saya sangka, cerita
datuk
dan nenek tentang anak derhaka kini berlaku di depan mata.

Begitu besar kekuasaan Allah. Memang betullah kata para alim ulama, dosa
menderhakai ibu bapa akan di balas ‘tunai’.

Malangnya saya tidak dapat lama di sana . *****a 10 – 15 minit saja
kerana
Raie memberitahu, pegawainya mahu saya berbuat demikian. Mahu tidak
mahu,
terpaksalah saya meninggalkan kubur tersebut. Sambil
berjalan kedengaran lagi Saida menangis dan meratap ” Ampunkan saya
emak,
ampunkan saya, Ya Allah, lepaskanlah kakiku ini, aku bertaubat, aku
insaf…”

Lantas saya menoleh buat kali terakhir. Saya lihat bapa Saida dan adik
beradiknya sedang menarik tangan gadis itu untuk dibawa keluar, tapi
seperti tadi, tidak berhasil. Saya lihat seorang polis mengesatkan air
matanya.

Semakin lama semakin ramai orang berhimpun mengelilingi perkuburan itu.
Beberapa kereta polis datang dan anggotanya berkawal di dalam kepungan
lengkap dengan senjata masing-masing. Wartawan dan
jurugambar berkerumun datang untuk membuat liputan tetapi tidak
dibenarkan.
Mereka merayu bermacam-macam cara, namun demi kebaikan keluarga gadis,
permintaan itu terpaksa ditolak.

Matahari kian terbenam, akhirnya tenggelam dan malam merangkak tiba.
Saida
masih begitu. Kaki terlekat di dalam kubur ibunya sementara dia tidak
henti-henti meratap meminta keampunan. Saya
pulang ke rumah dan malam itu tidak dapat melelapkan mata. Suara
tangisannya terngiang-ngiang di telinga saya.

Saya diberitahu, sejak siang, tidak ada secebis makanan mahupun minuman
masuk ke tekaknya. Seleranya sudah mati. Bapa dan adik beradiknya masih
tetap di sisi kubur membaca al-Quran, Yassin
dan berdoa. Namun telah disebutkan Allah, menderhaka terhadap ibu bapa
adalah dosa yang sangat besar. Saida tetap tidak dapat dikeluarkan.

Embun mula menitis. Saida kesejukan pula. Dengan selimut yang diberi
oleh
bapanya dia berkelubung. Namun dia tidak dapat tidur. Saida menangis dan
merayu kepada Allah supaya mengampunkan dosanya.

Begitulah yang berlaku keesokannya. Orang ramai pula tidak susut
mengerumuni perkuburan itu. Walaupun tidak dapat melihat gadis berkenaan
tapi mereka puas jika dapat bersesak-sesak dan mendengar orang-orang
bercerita.

Setelah empat atau lima hari terperangkap, akhirnya Saida meninggal
dunia.
Mungkin kerana terlalu lemah dan tidak tahan di bakar kepanasan matahari
pada waktu siang dan kesejukan di malam hari.
Mungkin juga kerana tidak makan dan minum. Atau mungkin juga kerana
terlalu
sedih sangat dengan apa yang dilakukannya.

Allah Maha Agung…sebaik Saida menghembuskan nafas terakhir, barulah
tubuhnya dapat di keluarkan. Mayat gadis itu kemudian disempurnakan
seperti
mayat-mayat lain.
Best Blogger Tips

Friday, June 3, 2011

Jika Perdana-Perdana Menteri Malaysia Ada Facebook

Hasil kerja seorang blogger bernama Giantpolar dan hasil kerja beliau boleh korang layan di blog Funny Profiles Story. Kalau suka dengan hasil kerja beliau sila support dengan melawat blog beliau dan follow.


giantpolar funneh komix

Best Blogger Tips

Beza Jalan Tunduk Lelaki Tua vs Muda


OWH lelaki~~~

Best Blogger Tips

Beza Mak Bapak Dulu Dan Sekarang


It's true

Best Blogger Tips

Rebecca Black Peluk Islam - Mendapat Petunjuk Dari Komen Youtube


Los Angeles - Ahad - Penyanyi cilik Rebecca Black yang kini meningkat popular dengan lagu Friday mengaku memeluk Islam jumaat lalu. Dalam temubual ekslusif Harian Metroll dengan gadis berusia 13 tahun ini, Rebecca mengatakan beliau tergerak untuk memeluk Islam setelah membaca komen positif yang ditinggalkan pada video beliau di Youtube. Video itu kini sudah mendapat lebih 50 juta tontonan sejak menjadi viral 2 minggu yang lalu. Rebecca memberitahu kami;

"Saya baca banyak komen-komen yang mencerca saya. Ada yang menyuruh saya terjun Plaza Masalam. Saya sendiri tak tahu dimana Plaza Masalam. Tak kurang juga yang mengatakan saya ini Justin Bieber versi berzakar dan telur. Saya sungguh kecil hati dengan cemuhan yang ditinggalkan penonton Youtube. Namun saya tersentuh dengan komen yang ditinggalkan penonton Muslim. Mereka katakan terima kasih buat lagu pasal hari jumaat. Hari suci orang Islam. Mereka tak maki saya langsung malah bagi sokongan. Dari situ saya tergerak untuk membaca mengenai Islam"

Rebecca mengucapkan dua kalimah syahadah jumaat lalu di Grand Los Angeles Mosque. Beliau ditemani bapanya yang memberi sokongan moral. Apabila ditanya tentang perancangan sekarang setelah bergelar gadis Muslim Rebecca menjawab;

"Saya baru sahaja menadapat tawaran berduet dengan Maher Zain. Beliau berminat untuk menbuat remix lagu Friday yang lebih selari dengan gaya hidup muslimin dan muslimah.Saya hanya perlu ubah beberapa bait lagu"

Rebecca kemudian memberi kami preview awal lagu Friday (Islamix Mix)

"Friday Friday can't wait for Friday Prayers. Prayin' and Prayin' Yeah. God God God God... Imam in the front saf, Ustaz in the back saf. Can't make my mind which saf shall I pray?"

Wartawan kamu kemudian bertanyakan tentang nama baru yang beliau pilih sebagai saudara baru

"Saya banyak berfikir tentang ini. Saya Google nama saya dan Islam sekali. Alhamdulillah saya menumui nama yang sesuai dengan saya. Nama baru saya ialah Rebecca Nur Al Islam..... sama seperti pelakon dari negara awak (Malaysia)"

Album Rebecca Nur Al Islam akan dilancarkan sebelum Ramadhan tahun ini dan Rebecca sudahpun bercadang untuk menghasilkan Friday versi Bahasa Malaysia

"Ini sebagai tanda terima kasih kepada Malaysia kerana memberi ilham kepada nama baru saya"



ps : ini adalah rekaan semata-mata...owh!!! Best Blogger Tips

Pekerja Kedai Kain Sari Paling STYLO Dalam Sejarah






perggh...pekerja contoh Best Blogger Tips

Blog #AdindaEvans Hanya Viral Marketing Filem Terbaru Amir Raja Lawak?

Semalam Juber terima link kepada sebuah blog yang cukup sensasi seluruh Malaysia. Menurut email tip yang Juber terima blog ini mengandungi pengakuan berani seorang anak gadis berumur 14 tahun yang memanggil dirinya Adinda Evans. Adinda Evans mengaku sudah melakukan hubungan senggama dalam, seggama atas, senggama tepi dan senggama minda dengan teman lelaki beliau tanpa segan silu.

Nak dijadikan cerita kini satu Malaysia dah tahu tentang blog berani mati gadis dari Puchong ini. Juber pun difahamkan pihak Polis dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah Datuk Shahrizat Jalil mengambil berat pengakuan Adinda Evans kerana beliau masih dibawah umur. Kawan Juber si wartawan sensasi Hazrey juga memberitahu Juber yang seks bagi mereka dibawah umur 16 tahun jatuh hukuman rogol statutori. Sama ada ianya dalam kerelaan atau tidak teman lelaki Adinda Evans akan dihadapkan di mahkamah atas kesalahan ini

Dalam orang ramai sebok pasal cerita ini Juber diberitahu blog itu sebenarnya projek Viral Marketing oleh Amir Rajalawak. Ianya bukan blog sebenar tetapi blog HYPE untuk filem AKU DAH MAEN yang dibintangi Amir dan bakal ditayangkan di pawagan Aidifitri ini. Juber terus menghubungi Amir untuk mendapatkan keterangan dan Amir mengesahkan blog Adinda Evans itu adalah blog Viral yang dicipta oleh kakitangan Obefiend Network bagi mempromosikan filem Aku Dah Maen.

"Ye saya mengaku blog Adinda Evans itu hanya sebuah blog viral marketing untuk filem pertama saya yang bakal muncul iaitu Aku Dah Maen. Filem ini sebenarnya adaptasi buku The Scarlet Letter dan saduran filem Easy A lakonan Emma Stone. Saya cukup berbangga pihak Obefiend Network yang ditugaskan mencipta hype bagi filem saya ini berjaya melakukan tugas mereka! Oh jangan lupa layan filem Aku Dah Maen nanti di pawagam ok"

Aku dah Maen , seperti filem Easy A mengisahkan pengalaman seorang remaja di sekolah setelah muncul gossip beliau bukan lagi dara. Jika Scarlett Letter dan Easy A dibuat dari perspektif seorang wanita, Aku Dah Maen dibuat dari perspektif pelajar lelaki. Amir memberitahu gambar Adinda Evans itu sebenarnya diri beliau yang dimekapkan. Dia memainkan watak seorang lelaki dan wanita pada waktu yang sama.

Bila ditanya apa pendapat beliau tentang komen melampau yang ditinggalkan di belog Adinda Evans Amir berkata;

"Ini lah point filem Aku Dah Maen. Nak menunjukkan dan membuka pekung bangsa Melayu kita yang suka menghukum tanpa usual periksa. Dalam filem ini ada kami paparkan masalah Melayu suka sangat mengherdik dari mengajar. Lepas tu perasan diri mereka ahlil syurga pada masa yang sama guna perkataan kesat. Filem Aku Dah Maen mungkin sebuah komedi tetapi ianya komedi berat penuh dengan makna tersirat"



Best Blogger Tips

Hairaki Freemason






Kalau nak full uncut version sila klink disini ok
Best Blogger Tips

JAKIM DIMINTA MEMPERKENALKAN LOGO HARAM



Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) disaran memperkenalkan logo haram di samping mesti berani untuk mengisytiharkan produk-produk haram di pasaran agar tidak mengelirukan umat Islam.


Ketua dewan pemuda PAS, Nasrudin Hassan at-Tantawi mendesak kerajaan berbuat demikian setelah rakyat dididik dengan logo halal untuk menarik masyarakat pengguna agar mengambil dan menggunakan barangan halal.


“Saya mengira menjadi satu kewajipan juga bagi pihak kerajaan dan berkuasa agama mendidik rakyat dengan logo haram  untuk menjauhkan masyarakat umat Islam dari mengambil dan menggunakan barangan haram,” katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Nasrudin Hassan, lambakan barangan atau produk haram bagi umat Islam kini semakin bertambah dan membimbangkan umat Islam.


Katanya, lebih malang lagi terdapat produk yang menggunakan logo halal secara palsu.


Selain tindakan tegas dan penguatkuasaan secara serius oleh pihak kerajaan dan berkuasa agama, Hassan mahu mereka memperkenalkan logo haram.
Best Blogger Tips

Gambit mencarut



ps : kepala hotak hang...aku dapat ko, aku sebat cukup2... Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts