And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Thursday, August 4, 2011

Ibu kita adalah penipu besar...!!




Bace elok2 knape IBU KITA ADALAH PENIPU BESAR? (renung2kan bersama)

1) PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA - Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga yang miskin.
Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan.
Ada kalanya selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan seekor ikan masin dikongsi 1 keluarga.
Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi mak cepat memujuk.
Ketika makan, mak sering memberikan bahagian nasinya untuk saya.
Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, mak berkata: "Makanlah nak, mak tak lapar.".

2. PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA - Ketika saya mulai besar, mak yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah.
Mak berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk pembesaran kami adik-beradik.
Pulang memancing, mak memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera.
Sewaktu saya memakan gulai ikan itu, mak duduk di samping kami dan memakan sisa daging ikan yang menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi.
Saya sedih melihat mak seperti itu.
Hati saya tersentuh, lalu dengan menggunakan sudu, saya memberikan ikan itu kepada mak. Tetapi mak dengan cepat menolaknya. Mak berkata: "Makanlah nak, mak tak suka makan ikan."

3. PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA - Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Mak pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya, abang dan kakak.
Suatu dinihari, lebih kurang 1.30 pagi, saya terjaga dari tidur.
Saya melihat mak sedang membuat kuih bertemankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya lihat kepala mak terhangguk kerana terlalu mengantuk.
Saya berkata: "Mak, tidurlah, esok pagi mak kena pergi kebun pula." Mak tersenyum dan berkata: "Cepatlah tidur nak, mak belum mengantuk lagi."

4. PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT - Di hujung musim persekolahan, mak meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting.
Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, mak terus sabar menunggu saya di luar dewan.
Mak sering kali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Ilahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang.
Ketika lonceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, mak dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya.
Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang mak yang jauh lebih kental.
Melihat tubuh mak yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu untuk mak dan menyuruhnya minum.
Tapi mak cepat-cepat menolaknya dan berkata: "Minumlah nak, mak tak haus."

5. PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA - Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas adik saya baru beberapa bulan dilahirkan, maklah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga.
Mak bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan berjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan.
Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah.
Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang membantu mak.
Anehnya, mak menolak bantuan itu.
Jiran-jiran sering menasihati mak supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga mak dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga.
Tetapi mak yang memang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka.
Mak berkata: "Saya tidak perlukan cinta, saya tidak perlukan lelaki."

6. PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM - Setelah kakak dan abang habis belajar dan mulai bekerja, mak sudah pun tua.
Kakak dan abang menyuruh mak supaya berehat saja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit, tetapi mak tidak mahu.
Mak rela pergi pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi kekperluan hidupnya.
Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan mak, pun begitu mak tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut.
Malahan mak mengirim balik wang itu, dan mak berkata: "Jangan susah-susah, mak ada duit."

7. PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH - Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana di luar negara.
Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar.
Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang, kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya, juga di luar negara.
Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa mak untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara.
Pada pandangan saya, mak sudah puas bersusah payah untuk kami.
Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini mak habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula.
Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya.
Mak tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata: "Tak payahlah, mak tak biasa tinggal di negara orang."

8. PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN - Beberapa tahun berlalu, mak semakin tua. Suatu malam saya menerima berita mak diserang penyakit kanser.
Mak mesti dibedah secepat mungkin. Saya menjenguk ibunda tercinta.
Saya melihat mak terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan.
Mak yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan.
Mak menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpakas menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.
Saya dapat melihat dengan jelas betapa penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga mak menjadi terlalu lemah dan kurus.
Saya menatap wajah mak sambil berlinangan air mata.
Saya cium tangan mak, kemudian saya kucup pula pipi dan dahinya.
Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat mak dalam keadaan seperti ini.

Tetapi mak tetap tersenyum dan berkata-kata: "Jangan menangis nak, mak tak sakit."
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.
*Penipu betul kn ibu kite?
Post di atas diambil dari web IluvIslam.com
Best Blogger Tips

Makanan kegemaran Nabi Muhammad SAW...


Semua orang ada makanan kegemarannya tersendiri. Kau ada.. aku pun ada. Tapi yang menariknya Rasulullah kita sendiri juga mempunyai makanan kegemarannya yang tersendiri di mana sudah tentulah sangat berkhasiat dan bermanfaat kepada tubuh badan kita. Oklah.. kita lupakan lah sebenatar sate, pizza, ikan bakar mahupun burger yang menjadi makanan kegemaran kita sepanjang tahun. Marilah kita sama sama mengamalkan makanan yang menjadi kegemaran Nabi kita. 


1. Barli –  Amalkanlah meminum sup barli kerana ianya sangat baik untuk meredakan demam.

2. Kurma - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Barangsiapa di dalam rumahnya tiada tamar, rumahnya seperti tiada makanan", Bagi ibu mengandung, digalakkan mengambil kurma sebagai makanan tambahan



3. Buah Tin – Sesiapa yang ada buasir digalakkan memakan buah yang dikatakan adalah buah dari syurga
4. Anggur – Tahukah anda bahawa Rasulullah S.A.W. sangat gemar memakan buah  anggur? Dikatakan dapat membersihkan darah, memberi tenaga , menguatkan buah pinggang, dan mencuci usus.
5. Madu – merupakan  penawar terbaik bagi penyakit cirit-birit sekiranya diminum dengan air panas. Ia digunakan untuk menaikkan selera serta menguatkan perut, ia juga dikatakan dapat dijadikan sebagai pengawet daging, perapi rambut, dan pencuci mulut. Ia juga dipercayai sangat berkhasiat sekiranya di ambil pada waktu pagi bersama air suam.
6. Semua Jenis Tembikai - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Tiada seorangpun wanita yang mengandung  dan memakan tembikai akan gagal menghasilkan zuriat yang baik wajahnya dan baik juga kelakuannya".




7. Susu - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa susu menghilangkan panas/haba di hati hati seperti  jari menghilangkan peluh di kening. Ia menguatkan tulang belakang, mencerdaskan otak, memperbaiki penglihatan, dan mengelakkan kita daripada penyakit nyanyuk.


8. Cendawan - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa cendawan ialah ubat yang baik untuk mata.Dikatakan  juga bertindak sebagai perancang keluarga  dan menahan daripada lumpuh.

9. Minyak Zaitun – dikatakan sangat elok untuk kulit dan rambut, melambatkan penuaan, dan merawat radang perut.
10. Delima - Rasulullah S.A.W. bersabda bahawa ia membersihkan kamu daripada gangguan daripada syaitan dan iblisselama 40 hari.


11. Cuka - Rasulullah S.A.W. sangat  suka makan bersama minyak zaitun (ianya kini menjadi menu popular di restoran elit di Itali)


12. Air - Rasulullah S.A.W. bersabda, "Minuman terbaik di dunia ialah air, apabila kamu rasa dahaga minum ia dengan menghirup dan bukan dengan meneguk, meneguk boleh menyebabkan kesakitan pada paru-paru". Best Blogger Tips

10 Punca Jin Tinggal Serumah

1.Tapak rumah ada punca air mata air

Iaitu tapak rumah itu adalah tempat kediaman semulajadi jin ada punca mata air…
kerana punca mata air adalah tempat kediaman semulajadi jin…
dan ia boleh dikenali dengan airnya yang sentiasa mengalir, walaupun di musim kemarau…

Kalau dibuat kediaman maka jin dari tanah akan memasuki dan tinggal dalam rumah dan tambahan pula jika dibina kediaman biasanya ada jin yang cedera atau terbunuh tanpa sengaja maka pasti akan ada unsur-unsur balas dendam…
kalau anda nak buat juga kediaman, maka minta bantuan orang yang pakar…
kalau mata airnya kering, bererti jin dikawasan itu sudah berpindah…

Dan kalau tak kering bererti penempatan itu masih ada, jangan sekali-kali dibina rumah…

Itu satu dari sebab utama kenapa banyak bangunan seperti sekolah, kawasan perumahan, bandar-bandar dan sebagainya yang ‘berhantu’…
kerana ia di bina di kawasan penempatan jin…

Ia bukannya tak boleh kerana di atas muka bumi ini, kita adalah khalifah, tapi harus kena caranya, juga jin adalah makhluk Allah swt seperti kita juga…
Kalau punca mata air itu ada masa keringnya, maka ia tidak ada penempatan jin dan tak ada masalah kalau anda mahu mendirikan kediaman…
2. Tapak rumah ada kubur
Biasanya kubur lama tapi kesannya sama saja dengan kubur baru,
Kerana jin suka berkumpul di kawasan kubur, atau di kubur atau di mana tempatnya ada
jasad manusia yang di buang ( mungkin kerana dibunuh atau kemalangan )

Maka kalau kawasan kubur itu nak dibina bangunan maka tulang belulang dalam kubur itu
hendaklah dipindahkan terlebih dahulu..

Ia adalah sama seperti ada manusia di kubur dalam sesebuah rumah walau apapun sebabnya…
Maka tempat itu akan jadi ‘berhantu’, sehinggalah jasad atau tulang-tulang dipindahkan
3. Tapak rumah bekas tempat pembuangan jin
Iaitu tempat pembuangan jin samada kerana ‘buang ilmu’, ‘buang penyakit gangguan’ atau sebagainya…
Contohnya, mungkin sesuatu tempat itu merupakan kawasan hutan yang menjadi tempat pembuangan jin…
kemudian ia diratakan dan dijadikan kawasan perumahan…
maka jin itu akan berpindah ke mana saja bangunan atau rumah yang dipilihnya…

4. Dalam rumah ada tangkal sihir
Iaitu,
dalam rumah ada disimpan tangkal sihir, dan ia boleh jadi dipasang ketika rumah itu baru dibina dengan tujuan menjadi ‘pagar rumah’…

Tangkal ini mungkin sesuatu benda yang ditanam, atau mungkin boleh jadi jin ditempatkan pada salah satu tiang rumah, atau digantung dan sebagainya…
Atau, tangkal yang baru dipasang dalam rumah setelah sekian lama ia didirikan, walau apa pun tujuannya…
kemudian salah satu lagi iaitu tangkal yang digantung atau dibawa pada badan salah seorang atau lebih, yang tinggal dalam rumah berkenaan…
Semua jin yang menjaga sesuatu tangkal biasanya tak akan tinggal lama dalam tangkal malah lebih banyak sebenarnya yang tak tinggal dalam tangkal…
Ia akan berkeliaran dalam rumah dan tak mustahil akan mememilih sesiapa saja antara penghuninya menjadi tuan, malah menjadi ‘rumah’nya…
Maka rumah itu akan mula ‘berhantu’…
5. Saka yang beranak pinak dalam badan manusia
Iaitu,
kalau jin yang tinggal dalam badan itu ada jantan dan betina, biasanya ia akan membiak dan tinggal di merata bahagian badan terutamanya bahagian perut dan dada…

Kemudian boleh jadi ada antaranya yang keluar dari badan pada masa-masa tertentu…
Maka jin-jin yang keluar itu akan menjadi ‘hantu’ yang berkeliaran dalam rumah..
6. Rumah yang banyak maksiat didalamnya
Seperti selalu dipasang muzik-muzik yang tak halal, orang tak sembahyang atau ada gambar-gambar juga patung-patung makhluk bernyawa, percampuran bebas, dan sebagainya yang dibenci Malaikat Rahmat…
Kerana rumah tak dimasuki Malaikat Rahmat, pasti akan menjadi tempat persinggahan atau tempat tinggal jin kafir yang selalu menjadi ‘dalang’ kepada rumah-rumah ‘berhantu’…
(patung-patung manusia atau binatang yang menjadi barang permainan kanak-kanak, maka ia tak mengapa tapi dengan dua syarat, iaitu hendaklah dibuat permainan dan jangan sekali-kali disimpan di tempat tinggi, hinggakan seolah-olah ia benda yang mulia…).
Kemudian rumah-rumah yang menjadi tempat berjudi, dan minum arak, kerana kedua-duanya adalah kegemaran syaitan, dan turut ikut serta di dalamnya…
7. Rumah yang dibina di tengah-tengah laluan jin
Kerap kali secara tradisinya ada laluan yang menjadi tempat laluan jin sejak lama dahulu…
Samada memang itu laluannya, atau bagi jin yang datang dari tempat-tempat lain dan di panggil ke satu-satu tempat oleh manusia yang bersahabat dengan mereka…
Maka jin akan terus menggunakan laluan itu sebagai laluannya pada masa-masa tertentu…
Apabila rumah atau bangunan dibina di tengah laluan itu nescaya jin akan masuk singgah dan biasanya akan buat gangguan didalamnya
Maka jadilah ia rumah ‘berhantu’…
kemudian samada ia hanya singgah atau kalau dirasanya sesuai, jin akan turut tinggal di dalamnya…

Dan pada kes lain, tak semestinya rumah itu dibina di tengah laluan, malah ada rumah yang cuma berhampiran dengan laluannya menjadi tempat persinggahan dan gangguan
terutamanya jika rumah berkenaan ada jin di dalamnya, samada kerana saka, sihir atau sebagainya

8. Rumah yang disihir
Jin dikirim melalui angin atau diletak atau ditanam benda sihir, samada di hadapan, di dalam atau di bawah rumah…
Biasanya jin sihir bukan saja akan mengganggu orang yang menjadi sasaran, malah akan tinggal dalam rumah..
kemudian, ketika itu siapa saja orang dalam rumah akan terdedah dengan serangan dan sasaran gangguan jin,
terutama kanak-kanak, juga orang yang sedang sakit atau lemah semangat…

9. Mengamalkan ilmu sihir
Tak kira apa pun tujuannya, sihir yang ‘menjadi’ atau berbisa itu adalah kerana  penglibatan jin di dalamnya…
Biasanya,
kalau seseorang itu belajar sihir atau diturunkan ilmu sihir,
maka pulangnya ke rumah, dengan membawa jin baru,
mungkin seekor dua, mungkin berduyun-duyun,

mana-mana saja pun boleh jadi.

Maka jadilah jin itu kawannya di masa jaga dan di masa tidur,
iaitu jin itu akan tinggal dalam rumah manusia yang ‘mengambilnya’…

Seburuk-buruk pilihan adalah anda membela jin, kemudian jin itu akan terus menurun pada anak cucu keturunan anda sehingga ratusan, malah mungkin ribuan tahun..
dan mereka menanggung padahnya dari sebab pilihan anda seorang…

10. Jin liar ikut pulang
Iaitu,
biasa terjadi seseorang manusia itu pergi ke mana-mana,
samada siang apalagi di waktu malam tanpa pendinding atau persediaan…
maka ia dilihat mana-mana jin liar yang kemudiannya dengan sesuatu sebab,
jin itu ikut pulang ke rumah…

Tanpa halangan, tanpa tentangan, maka jin itu boleh tinggal terus bersama manusia di dalam rumah-rumah mereka… Best Blogger Tips

"Kenapa langit warna biru?"


Assalamualaikum..
Pernah anda terfikir kenapa langit itu berwarna biru? Kenapa tidak kuning, hitam, hijau atau sebagainya? Sungguh unik alam ini diciptakan bukan?



Sebenarnya, cahaya merupakan salah satu bentuk tenaga. Cahaya matahari yang dipancarkan itu kelihatannya putih tetapi sebenarnya ia merupakan gabungan warna-warna lain seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan violet. Korang boleh memerhatikannya pada kejadian pelangi yang mana ia mengandungi kesemua warna-warna ini.
Langit yang kita pandang setiap hari itu mengandungi udara. Dan udara itu sendirinya mengandungi beberapa jenis molekul gas, serta beberapa lagi campuran habuk dan sebagainya. Cahaya matahari yang dipancarkan ke udara di langit akan mengena kepada molekul-molekul gas itu tadi dan seterusnya akan memantulkan cahayanya kepada beberapa arah.
Sesetengah warna seperi jingga dan kuning akan bergerak terus sahaja, manakala warna biru pula akan memantul ke semua arah. Dengan ini, cahaya warna biru akan bertebar ke seluruh ruang udara di langit. Jadi, bila anda melihat ke atas langit, cahaya-cahaya biru ini akan sampai ke mata anda dan langit akan kelihatan berwarna biru.
Lain pula ceritanya di angkasa lepas. Seperti mana yang kita semua telah ketahui bahawa di angkasa lepas merupakan ruang yang tidak mempunyai udara. Jadi, cahaya matahari yang dipancarkan tidak akan memantulkan cahayanya yang lazimnya akan dipantulkan melalui molekul-molekul gas. Tiada satu cahaya pun yang akan bertebar di ruang angkasa hasil daripada proses pemantulan. Maka itulah ruang angkasa kelihatan gelap dan hitam.
Indah, unik dan hebat kan kuasa Tuhan? Kita sebagai manusia yang amat beruntung ini seharusnya mengambil semua ini sebagai motivasi untuk kita jadi lebih hebat lagi, lebih kreatif kita mencari, kita merungkai segala rahsia-rahsia alam.

Best Blogger Tips

Jenis-jenis zina


  “Cinta bukan kata-kata”. Cinta adalah tanggungjawab. Bila seseorang menyatakan yang dia cinta kepada kita, “ Aku cinta kepadamu” , samalah seperti dia berkata : “ Aku ingin bertanggungjawab ke atasmu ”  Kerana itu janganlah kita percaya kalau ada yang berkata , “ Aku tidak punya apa-apa, aku tidak punya kerja, aku tidak punya rupa, aku tidak punya harta untuk mencintaimu. Yang ada hanya cinta yang mendalam .” AWAS!! Penuturnya besar kemungkinan merupakan seorang PEMBOHONG, kerana dia sebenarnya perlu menyediakan keperluan dan bertanggungjawab .  Cita-cita cinta yang SUCI  ialah perkahwinan ”.
 
Mengikut fenomena di zaman era globalisasi kini, ramai daripada masyarakat kita menggunakan jalan yang salah iaitu ikhtilat tidak syarie melalui Facebook, Yahoo Mesenger dan lain-lain, cinta monyet dan  melakukan bermacam-macam perkara yang dilarang oleh ALLAH S.W.T.  Melalui firman ALLAH S.W.T di dalam Surah Al- Isra’ ayat 32 :
Maksudnya: “ Dan janganlah kamu mendekati zina,sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk ”.

Berdasarkan firman ALLAH di atas, ALLAH telah mengingatkan hambanya agar tidak manghampiri zina. Mungkin kita tertanya-tanya “ Kalau berbalas-balas mesej dan YM dengan kekasih  itu zina ke? Itu merupakan salah satu cara yang membawa kita kepada zina, kerana zina terbahagi kepada 2 bahagian:

 PERTAMA : Zina secara zahir.

 KEDUA : Zina secara sirr  iaitu melalui cara  berkasih sayang dan rindu


Jika kita berbalas-balas mesej atau YM lama kelamaan hati akan menjadikan kita rindu dan sayang kepada si DIA. Ini merupakan salah satu zina iaitu zina hati. Malalui mata juga boleh membawa kita kepada zina, iaitu dengan cara kita melihat si DIA dengan perasaan yang asyik dan berahi sepertimana yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW : “ Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah sentuhan. Kedua kakinya juga berzina dan zinanya adalah berjalan ( menuju ke tempat pertemuan ). Mulut juga berzina dan zinanya ialah Ciuman ”[ Riwayat Muslim dan Abu Daud ]

Sebenarnya banyak jalan dan perkara yang membawa kita kepada zina. Jangan biarkan diri kita melalui jalan dan perkara yang membawa kepada penzinaan.
Berdasarkan Firman ALLAH S.W.T di dalam surah An-Nur ayat 332-333:
Maksudnya : “ Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman : Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat ” ( 332 ). Katakanlah kepada wanita yang beriman: “ Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang ( biasa ) nampak padanya ”( 333 ).

Ayat –ayat Al-Quran  ini menghimpunkan antara menahan pandangan dan memelihara kemaluan, ianya menunjukkan kepada kita apabila seseorang itu menjaga pandangan dia akan dapat  memelihara kemaluan dan kehormatannya. Oleh itu, PANDANGAN merupakan salah satu penyebab berlakunya perkara-perkara yang buruk.

Wahai Pemuda –pemudi Islam sekalian,
Kita renungi kembali sejarah silam kita, adakah kita tergolong di dalam golongon orang yang melalui jalan zina. Jika kita merupakan salah seorang yang menyumbang kearah penzinaan ini, maka kita muhasabah kembali diri kita. Kembalilah ke pangkal jalan, bertaubatlah moga taubat kita di terima oleh ALLAH S.W.T dan memohon keampunan kepadaNYA, moga kita mendapat petunjuk dan kekuatan dariNYA.

Namun ada juga sahabat-sahabat kita yang tidak mahu untuk berubah kerana katanya dia masih tidak mendapat hidayah daripada ALLAH S.W.T?  Tetapi langsung tiada usaha dari dirinya untuk merebut hidayah dan rahmat ALLAH. Hakikatnya , memang ALLAH berkuasa mengubah nasib sesiapa sahaja dalam sekelip mata melalui hidayahNya. Namun, pintu hidayah dan rahmat ALLAH biasanya dekat dengan orang-orang yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkannya.
 
Imam Al Ghazali mencatat didalam bukunya Bidayatul Hidayah : “ Hendaklah engkau mengetahui bahawa hidayah itu adalah buah dari ilmu dan hidayah itu ada permulaan dan penghujungnya ”.
Cuba kita renungkan.. .hakikatnya cinta sebelum perkahwinan tidak mempunyai keistimewaan dan ‘lesen’ seperti cinta selepas perkahwinan. Ini kerana ALLAH sangat melarang zina malah segala perbuatan yang boleh menghampirinya; bergaul bebas, berkhalwat, memandang dengan nafsu, bersenda gurau dan sebagainya.

Kata pepatah
“ Cintakan bunga… bungakan layu,
  Cintakan rasul… cinta sejati,
  Cintakan manusia…  manusiakan pergi, 
  Cintakan Allah kekal abadi ”  

Oleh itu sahabat-sahabat jauhilah diri kita dari mendekati ‘ IKHTILAT YANG TIDAK SYARIE ’. Jangan kita masuk ke dalam perangkap syaitan, yang mana kita ketahui syaitan sentiasa menggoda manusia supaya melanggar perintah Allah dan melakukan LaranganNya. Kecapilah bahagia dengan CINTA ALLAH. Bahagia itu ketenangan – hati yang tenteram dalam semua keadaan dan suasana. Hati akan tenang dengan mengingati Allah dan hanya orang yang tenang sahaja yang dapat meberi ketenangan.
Sebagai seorang Da’ie, jalankan tanggungjawab anda untuk menyeru manusia ke arah kebaikan dan mencegah manusia daripada kemungkaran. Tetapi jangan lupa untuk mencegah diri sendiri juga dari melakukan kemungkaran. IKHTILAT NERAKA , SAY NO IKHTILAT. Best Blogger Tips

Kerajaan Sarawak Harus Ambil Perhatian Isu Mentega Haram



Gambar Google

Yup, isu mentega yang disahkan haram tu.

Kek-kek lapis di Sarawak kalau dulu-dulu memang kebanyakannya guna mentega Golden Churn ni. Kek yang guna mentega ni hasilnya sangat sedap, walaupun harga mentega ni agak mahal. Mungkin sebab itulah kek dulu 'sedap-sedap'. Tapi sekarang dah tak boleh guna mentega ni dah, da kena berlatih guna mentega lain.

Untuk kita yang tahu ni, bolehlah berjaga-jaga dan ambil tindakan yang sepatutnya. Tapi untuk mereka yang tak tahu kat sana macam mana? Yang tak tengok berita kat TV, tak baca newspaper, takde internet, diorang tak tahu tentang ni. Kat kedai pun memang mentega-mentega ni terjual lagi. Takde hak pun nak halang ia dijual sama macam daging khinzir yang dijual dalam tin, tetap ada kan kat kedai-kedai? :)

Dekat-dekat dengan hari raya ni pulak, mesti la banyak kek-kek lapis akan dijual. Bila beli kek lapis pulak, kita tak tahu orang tu guna mentega apa. Jenuh jugak la nak tanya setiap penjual tu, guna mentega apa buat kek? Tu baru penjual... Kalau gi beraya pulak, takkan nak tanya tuan rumah tu pakai mentega apa??? Erkkk! Terus semua takmo makan kek lapis sarawak dah lepas ni kalo dibiarkan begitu saje...

That's why, patut ada inisiatif dari kerajaan supaya logo halal pada tin mentega Golden Churn tu ditarik balik. Kalau nak keluarkan logo halal pada kek-kek lapis sarawak yang tak guna mentega tu, ok... Bagus langkah tu, cumanya yang kat rumah-rumah ni macam mana eks???

Kalo kamu rasa bertanggungjawab, war-warkanlah ye tentang mentega ni... Terima kasih banyak-banyak.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts