And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, April 11, 2011

Banyak beribadah siang dan malam tetapi tetap ahli neraka - Mengapa?


Adakah anda sudah muhasabah diri anda? Adakah sudah diperiksa diri anda berkenaan ibadah anda yang masih kurang dan belum sempurna lagi? jika sempurna, adakah akhlak kita juga sudah berubah dari buruk menjadi lebih baik? Adakah kebaikan yang belum kita laksanakan seperti menolong insan yang memerlukan bantuan kita dari segi tenaga dan kewangan? Jika kebaikan masih kurang tingkatkan lagi kebaikan menolong insan lain.  Lihat pada hadith berikut yang bermaksud:
Ditanya orang kepada Rasulullah S.A.W,


“Wahai Rasulullah, si polan itu (perempuan) siang hari berpuasa, malam hari dia bangun kerana mengerjakan ibadah. Cuma dia ada sedikit cacat. Akhlaknya rosak iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya”.


 Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW, 

“Tidak ada kebaikan lagi pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi ahli neraka.”

Hadith ini meriwayatkan perbualan seorang sahabat dengan Rasulullah dalam mana sahabat itu tertanya kepada Rasulullah tentang seorang perempuan yang dikenalinya. Perempuan itu amat kuat beribadah kerana pada siang harinya dia berpuasa manakala di malam hari dia bangun bertahajjud. 


Perempuan itu sudah boleh dikatakan ahli ‘abid kerana seseorang yang mampu berpuasa siang hari dan bangun bertahjud malam hari dia sudah boleh dikatakan ‘abid. Cuma dia belum tentu orang bertaqwa atau orang soleh boleh kita panggil ‘abid atau ahli ibadah saja. Dan perempuan yang diceritakan oleh sahabat itu kepada Rasulullah adalah seorang ‘abidah, kerana dia kuat berpuasa dan tahajjud malam. Tentulah selepas dia bertahajjjud dia juga membaca Al-Quran, berwirid, berzikir, berdoa dan sebagainya.

Di sini kita dapati sahabat tadi menceritakan perihal perempuan itu kepada Rasulullah supaya Baginda dapat menilai bagaimana kedudukan wanita ini iaitu sama ada dia boleh dianggap orang yang soleh atau tholeh, sama ada dia boleh dianggap orang yang berbakti atau tidak berbakti dan sama ada dia boleh dianggap orang yang baik atau tidak. Sebab itu sahabat itu menceritakan tentang kuatnya dia berpuasa dan bertahajjud cuma dia ada sedikit kecacatannya iaitu akhlaknya rosak. Itu pun bukan semua bentuk akhlaknya yang cacat.

Di antara akhlak-akhlak jahat yang banyak, dia hanya jahat dalam satu perkara sahaja iaitu dia menyakiti jirannya dengan lidahnya. Mungkin dia selalu mengumpat jirannya atau dia berkasar dengan jirannya atau boleh jadi dia selalu membahasakan jirannya dengan lidahnya. Dalam hal inilah sahabat bertanya kepada Rasulullah tentang bagaimana kedudukan wanita itu. Dan ketika itu Rasulullah menjawab mengatakan bahawa, tidak ada lagi kebaikan pada wanita itu bahkan dia adalah menjadi penghuni neraka.

Di dalam riwayat hadith ini kita digambarkan mengenai seorang wanita yang begitu kuat amal ibadahnya, cuma dia tidak berakhlak. Dan itu pun hanya satu sahaja akhlaknya yang cacat iaitu lidahnya kasar yang mana selalu menyakiti jirannya. Walaupun demikian, Rasulullah mengatakan yang amal ibadahnya yang begitu banyak tidak ada harga lagi di sisi Allah S.W.T. Dia dianggap tidak ada membuat kebaikan, bahkan dia adalah penghuni neraka. Jadi hadith ini memberitahu kepada kita betapa seorang ahli ibadah menjadi penghuni neraka kerana dia tidak berakhlak.

Mengapakah seorang ahli ibadah boleh menjadi penghuni neraka kerana dia tidak berakhlak? Kita sendiri pun tidak sanggup bertahajjud malam, manakala puasa hari Isnin dan Khamis pun susah hendak dibuat. Sedangkan perempuan itu kuat berpuasa dan bertahajjud. Cuma akhlaknya sahaja yang cacat. Dan kerana itu dia menjadi ahli neraka. Dia telah menjadi ahli neraka adalah kerana ibadahnya tidak berbuah. Seseorang yang melakukan ibadah yang bermacam-macam bentuk sama ada yang berbentuk fardu ain mahupun fardHu kifayah, sama ada yang berbentuk sunat muakkad atau ghairu muakkad sama ada ibadah melalui puasa, sembahyang, membaca Al-Quran, berdoa, berwirid, zikir dan lain-lainnya, semuanya adalah dengan tujuan agar ibadah-ibadah itu dapat melahir atau membuahkan sifat taqwa dan akhlak. Bererti bahawa sifat taqwa serta akhlak itu adalah buah daripada ibadah yang seseorang itu lakukan. Sebab itulah semakin banyak seseorang itu beribadah, semakin halus budi pekerti dan akhlaknya.  

Dari Abu hurairah r.a katanya rasulullah saw. Pernah bercerita “Pada suatu ketika ada seorang lelaki sedang berjalan melalui sebuah jalan, lalu dia merasa sangat kehausan. Kebetulan dia turun ke sumur itu untuk minum. Setelah keluar dari sumur, dia melihat seekor anjing menjulurkan lidahnya menjilat-jilat tanah kerana kehausan. Orang itu berkata dalam hatinya, Alangkah hausnya anjing itu, seperti yang baru kualami” lalu dia turun kembali ke sumur, dicedoknya air dengan sepatunya, dibawanya ke atas dan diberi minumkannya kepada anjing itu. Maka Allah berterima kasih kepada lelaki itu (diterimaNya amalnya), dan diampuniNya dosanya” Para sahabat bertanya “Ya Rasulullah saw. Dapat pahalakah kami menyayangi haiwan ini?” Jawab rasulullah saw “Menyayangi setiap makhluk hidup(tumbuhan dan haiwan) berpahala (ada pahalanya),” Hadis Sahih Muslim jilid 4 no hadis 2099Dari Abu Hurairah r.a katanya “Rasulullah saw. Bercerita “Pada suatu ketika ada seekor anjing mengelilingi sebuah sumur. Anjing itu hampir mati kehausan. Tiba-tiba dia terlihat oleh seorang wanita pelacur bangsa bani Israil. Maka dibukanya sepatu bootnya, kemudian dicedoknya air dengan sepatunya, lalu diberinya minum anjing yang hampir mati itu . maka Allah swt mengampuni segala dosa wanita itu (dengan asbab amalnya beri minum anjing itu)



Jadi, kalau seseorang itu banyak beribadah tetapi akhlaknya masih jahat, maka berertilah ibadahnya tidak berbuah. Ini juga menunjukkan bahawa walaupun dia banyak beribadah, tetapi ibadahnya tidak diterima oleh Allah S.W.T. Dan sebab itulah, walaupun dia banyak beribadah, dia tetap menjadi penghuni neraka kerana ibadah-ibadahnya tidak ada nilai kebaikan di sisi Allah S.W.T. Ibadah yang tidak menghasilkan buah ini samalah seperti orang menanam pokok tetapi tidak berbuah. Banyak saja pokok-pokok yang ditanam tetapi pokok-pokoknya tidak berbuah. Begitu juga, kalau seseorang itu beribadah tetapi tidak juga lahir akhlak yang baik, maka ibadahnya tidak berbuah. Dia tetap menjadi penghuni neraka.

Berdasarkan hadith ini, kita sepatutnya ada sebab untuk berasa bimbang dengan diri kita kerana adakah kita sudah beribadah sepertimana perempuan yang diceritakan di dalam hadith itu iaitu kuat berpuasa, kuat tahajjud, banyak baca Al-Quran, banyak wirid, zikir dan sebagainya. Sudahlah ibadah kita tidak banyak, akhlak kita pun tidak baik. Sedangkan perempuan yang banyak ibadah itu pun, kerana akhlaknya cacat sedikit sahaja dia telah menjadi penghuni neraka, betapalah dengan kita ini. Maka tentulah kita berada dalam keadaan, yang lebih teruk dari wanita itu. Sebab itulah, maka hendaklah kita banyakkan ibadah dengan tujuan mendapatkan akhlak yang baik. Janganlah kita hendak banyakkan ibadah sahaja tetapi tidak menginginkan akhlak yang baik. Jadi kita membanyakkan ibadah itu adalah dengan tujuan supaya kita dapat menghalusi budi pekerti kita agar kita dapat memiliki akhlak yang baik dengan sebanyak-banyaknya.

Rasulullah SAW bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. telah membersihkan agama ini (iaitu agama Islam) untuk diriNya (iaitu Allah). Agama itu tidak akan menjadi baik melainkan kalau ada pada kita sifat pemurah dan baik akhlak. Oleh demikian hendaklah kamu hiasi agama kamu itu dengan keduanya (iaitu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik).”
Hadith yang kedua membawa maksud berikut:


Hadith ini menceritakan kepada kita bahawa setiap orang yang hendak menegakkan agama Islam itu, sama ada yang hendak ditegakkannya itu berbentuk fardhu ain mahupun yang berbentuk fardhu kifayah, yang berbentuk sunat muakkad mahupun yang berbentuk ghairi muakkad tujuannya adalah untuk dihadiahkan kepada Allah S.W.T. Ertinya, keseluruhan agama Islam yang ditegakkan itu walau di bidang mana sekalipun, semuanya adalah untuk dipersembahkan kepada Allah S.W.T. Dan Allah pula tidak akan menerima sesuatu hadiah yang tidak bersih dan yang tidak suci murai. Jadi hadiah yang hendak kita persembahkan kepada Allah itu mestilah yang bersih dan suci murni. Dalam ertikata yang lain, setiap bidang agama Islam yang kita amal dan yang kita buat itu sama ada di bidang fardu dan di bidang sunatnya, ia mestilah suci bersih. Tetapi di dalam hadith ini, kita diingatkan bahawa agama Islam yang kita tegakkan itu sebagai hadiah kita kepada Allah, ia tidak akan suci bersih kalau di dalam diri kita tidak ada dua perkara iaitu sifat pemurah dan akhlak yang baik. Jadi kalau seseorang itu ada memiliki sifat pemurah dan akhlak-akhlak yang baik, maka agama Islam yang didirikan dan dibangunkannya itu adalah suci murni. Dan manakala dia mempersembahkannya kepada Allah S.W.T., maka Allah akan menerimanya.


Daripada sini, fahamlah kita bahawa agama Islam yang hendak kita jadikan hadiah kepada Allah S.W.T. itu, akan menjadi kotor kalau kita memiliki sifat di sebaliknya iaitu sifat bakhil dan akhlak yang jahat. Dengan adanya dua sifat ini di dalam diri kita, agama Islam yang kita dirikan itu akan menjadi suci dan murni. Oleh sebab itu, bagaimana kuat pun kita beribadah iaitu mungkin kita boleh berpuasa dan bertahajjud malam, mungkin baca Al-Quran kita kuat hingga boleh buat 10 juz satu hari, wirid, zikir kita berpuluh-puluh ribu satu hari, doa kita berjela-jela manakala selawat pula ribuan kita baca, semuanya itu masih belum bersih di sisi Allah kalau kita ada sifat bakhil dan kalau akhlak kita masih rosak. Maka dengan sebab itulah kita disuruh menghiasi agama yang kita dirikan itu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik. Apabila kita dapat memiliki sifat pemurah dan akhlak yang baik itu, maka agama yang kita dirikan akan menjadi suci dan bersih dan apabila kita persembahkan agama yang suci bersih itu kepada Allah S.W.T., maka Allah akan menerimanya.

Sehubungan dengan ini, pepatah Arab ada berkata yang maksudnya: Bukanlah yang dikatakan kecantikan pada diri seseorang itu pakaian yang menghiasi diri tetapi yang dikatakan cantik dan indah itu ialah ilmu yang ada padanya dan budi pekerti yang baik. Jadi ilmu yang sah di sisi Allah S.W.T. dan akhlak yang baik yang ada pada diri kita, itulah yang dikatakan hiasan pada diri kita. Itulah kecantikan yang ada pada diri kita dan itulah bunga pada diri kita yang Allah memberikan perhatianNya dan yang juga boleh menarik perhatian orang ramai. Bererti, dengannya, Allah pun suka dan orang ramai pun suka. Sebaliknya, kalau pakaian kita saja yang cantik dan indah tetapi akhlak kita tidak baik, tidak ada siapa yang suka. Tetapi walaupun buruk mana pakaian kita, kalau akhlak kita baik, orang tetap akan suka. Bukan saja orang suka, tetapi Allah juga akan suka dan cinta. Sebab itulah akhlak itu dikatakan bunga diri yang mana bunga itu adalah menjadi hiasan di tengah majlis, kerana sudah menjadi fitrah semula jadi manusia, sukakan bunga. Semua orang gemar melihatnya dan berasa tenang bila ada bunga di atas meja. Lebih-lebih lagilah sukanya orang ramai kalau bunga itu berbau harum. Ia adalah merupakan daya tarikan atau besi berani dalam diri seseorang hingga menyebabkan orang tertarik padanya. Sebab itu, kalau daya tarikan sudah tidak ada dalam diri seseorang kerana dia tidak memiliki akhlak yang baik, apa saja yang dianjurkannya, orang ramai tidak akan tertarik dan tidak akan menyertainya. Oleh yang demikianlah, kita disuruh menghiasi diri kita atau agama yang kita bina itu dengan sifat pemurah dan dengan akhlak yang baik. Dan apabila kita telah hiaskan agama kita, maka ia akan menjadi suci bersih yang mana apabila kita persembahkannya kepada Allah, lantas Allah akan menerimanya.

Di sini ingin kita bahaskan sedikit tentang sifat pemurah yang disebutkan di dalam hadith tadi. Mengapakah di dalam hadith itu sifat pemurah ini dikhususkan sedangkan ia di dalam lingkungan akhlak yang baik, sifat pemurah itu sendiri adalah termasuk di antaranya. Misalnya, pemaaf, merendah diri, tidak sombong dan sebagainya adalah beberapa contoh akhlak yang baik. Manakala di antaranya juga adalah sifat pemurah. Tetapi mengapakah sifat pemurah dikhususkan di dalam hadith tadi iaitu sebagai salah satu daripada dua perkara yang boleh mensucikan agama yang kita dirikan. Sedangkan kalau disebut saja akhlak yang baik, pemurah sudah terangkuman di dalamnya. Ini adalah kerana, di antara akhlak-akhlak yang baik, sifat pemurah adalah yang paling menonjol. Kalau seseorang itu ada memiliki sifat pemurah, sifat ini amat menonjol dalam dirinya hingga sifat itu boleh menarik perhatian orang ramai yang menyebabkan orang ramai kasih sayang kepadanya. Dari sifat pemurah di dalam diri seseorang, ia boleh menimbulkan perpaduan dan menghilangkan perasaan hasad dengki di kalangan fakir miskin. Mereka akan berasa senang hati kalau adanya orang yang bersifat pemurah. Bererti sifat pemurah ini boleh membantu dalam melahirkan kedamaian dan keamanan di dalam masyarakat. Jadi kita dapati sifat ini cepat memberi kesan kepada jiwa orang ramai. Sebab itulah di dalam hadith ini, sifat pemurah ini dikhususkan sebutannya sedangkan ia adalah sudah termasuk di dalam lafaz husnul khulk atau akhlak yang baik. Dan dengan demikian juga, kalau kita rasa amat payah melahirkan akhlak-akhlak baik yang lain, cubalah kita usahakan sifat pemurah ini.

Bila kita ada sifat pemurah, Allah suka kepada kita dan orang ramai pun suka kepada kita. Dan ia pula boleh menghindarkan timbulnya hasad dengki di kalangan orang miskin kerana apabila orang- orang kaya sudah bersifat pemurah, maka orang-orang fakir miskin akan tertarik kepadanya. Kerana timbulnya hasad dengki di kalangan fakir miskin ialah orang-orang senang tidak pemurah. Sudahlah tidak pemurah, mereka bersifat tamak pula. Maka timbullah usaha hendak menganiaya dan hendak memusnahkan orang lain hingga timbullah kekacauan di tengah masyarakat. Kalau masyarakat sudah kacau-bilau dan huru-hara, bukan seorang saja yang susah, malah semua orang akan susah termasuklah orang yang baik pun turut susah sama. Dan sebab itulah sifat pemurah ini amat menonjol sekali di antara bentuk-bentuk akhlak yang baik.

Selain daripada itu, seorang yang memiliki sifat pemurah, secara automatik dia memiliki sifat syukur kepada Allah. Ini adalah kerana orang yang bersyukur kepada Allah itu menggunakan hartanya untuk Allah. Dan apabila seseorang itu membuat kebaikan dengan melahirkan sifat pemurah, maka tandanya orang itu bersyukur kepada Allah, disebabkan dia membelanjakan harta dan kesenangannya di jalan Allah. Kerana apabila pemurah saja seseorang itu, bererti dia juga memiliki sifat syukur kepada Allah S.W.T. Dan sifat bersyukur kepada Allah S.W.T. Dan sifat bersyukur kepada Allah adalah satu sifat yang baik yang mesti ada pada diri setiap orang.

Kemudian hadith yang ketiga memberikan maksud berikut: Ditanya orang kepada Rasulullah, 

“Mana satu orang mikminkah, ya Rasulullah yang iman mereka itu paling utama.” 

Jawab Rasulullah,

“Ialah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Hadith ini meriwayatkan kisah seorang sahabat bertanya kepada Rasulullah. Ertinya, bila sebuah hadith mengisahkan ‘orang’ bertanya kepada Rasulullah, ‘orang’ yang dimaksudkan itu ialah sahabat. Tidak mungkin orang di zaman kita atau orang di zaman tabi’in. Jadi bila kita baca hadith yang mengatakan Rasulullah pernah ditanya orang, maksudnya, yang bertanya itu ialah sahabat. Sahabat adalah orang yang beriman di zaman Rasulullah dan bertemu dengan Rasulullah. Manakala tabi’in ialah orang yang beriman yang bertemu dengan sahabat. Dan tabi’it tabi’in ialah orang yang beriman yang bertemu dengan orang yang bertemu dengan sahabat. Jadi, kita dapatlah memahami apa dia sahabat, tabi’in dan tabi’it tabi’in. Kita ini sudah tidak dapat hendak dihitung berapa kali tabi’it-tabi’it tabi’innya. Kita ini sudah di luar kira yang mana kalaulah kita dapat beijumpa dengan Rasulullah di dalam mimpi sahaja pun sudah memadai. Itu pun entah-entah kerana maklumlah, orang-orang seperti kita ini, jiwanya terlalu kotor. Tak mungkin dapat bermimpi Rasulullah walau sekali dalam seumur hidup. Jangan kan mimpikan Rasulullah, mungkin hendak mimpikan hidung Rasulullah pun atau mata Rasulullah pun, itu pun jauh sekali. Tidak pernah dapat kita alami.

Berhubung dengan hadith ini, kita diriwayatkan Rasulullah ditanya orang. Dan orang itu sudah maklum adalah sahabat. Sahabat itu bertanya kepada Rasulullah tentang manakah orang mukmin yang paling utama imannya. Rasulullah menyatakan bahawa itulah orang yang paling baik akhlaknya. Jadi daripada hadith ini dapatlah kita fahamkan bahawa siapa-siapa daripada orang mukmin yang paling baik akhlaknya, maka itulah orang mukmin yang paling utama imannya. Walaupun seseorang itu membuat amal ibadah yang fardhu-fardhu sahaja tetapi oleh kerana akhlaknya paling baik, maka dia memiliki iman yang paling baik. Di sini kita dapati yang walaupun seseorang itu hanya dapat membuat amal ibadah yang fardhu-fardhunya sahaja tetapi dia dapat memiliki akhlak yang baik hingga imannya menjadi yang paling utama.

Ini menunjukkan bahawa ibadahnya itu telah berbuah kerana akhlak yang baik itu adalah buah daripada ibadah. Walaupun dia hanya membuat ibadah yang fardhu sahaja tetapi ia menghasilkan buah. Samalah seperti orang yang menanam dua tiga batang pokok buah-buahan tetapi setiap musim ia berbuah. Tentulah lebih baik daripada orang yang membuat estet rambutan tetapi tidak berbuah. Walaupun dia mempunyai 1,000 ekar pokok rambutan, namun kalau pokok itu tidak berbuah, maka tidaklah memberi apa-apa faedah kepadanya. Biarlah orang yang hanya mempunyai sebatang atau dua batang pokok sahaja tetapi setiap musim, iaberbuah. Jadi, walaupun dia itu hanya memuat ibadah-ibadah yang fardhu sahaja tetapi oleh kerana ibadahnya itu berbuah hingga dapat ia memiliki akhlak yang paling baik, maka itu adalah lebih baik kalau dibandingkan dengan orang yang banyak membuat ibadah sama ada yang fardhu mahupun yang sunat tetapi ibadahnya tidak berbuah atau kalau pun berbuah hanya satu dua akhlak yang baik saja dimilikinya. Maka orang yang paling baik akhlaknya itulah orang yang paling sempurna imannya.

Dalam soal ini kita dapati yang manusia ini ada mempunyai dua bentuk ibadah kepada Allah S.W.T., iaitu ibadah yang berbentuk zahir dan ibadah yang berbentuk batin. Ibadah zahir adalah seperti sembahyang, berpuasa, berwirid, berzikir dan sebagainya. Manakala ibadah batin adalah yang lahir dari jiwa seseorang seperti melahirkan akhlak yang baik dan memiliki sifat pemurah. Di antara dua ibadah ini, ibadah batin lebih utama daripada ibadah zahir tetapi untuk mendapatkan kesempurnaan iman, kedua-dua ibadah itu mesti dilaksanakan. Ertinya, kita tidak boleh melaksanakan yang satu dan meninggalkan yang lain. Cuma dari segi nilaian di sisi Allah S.W.T., ibadah batin adalah lebih utama daripada ibadah zahir. Dan orang yang memiliki akhlak yang baik bererti dia telah memiliki ibadah batin. Sebab itu, orang yang dapat memiliki akhlak yang baik walaupun ibadah zahirnya sederhana sahaja, orang itu dikatakan memiliki iman yang utama. Orang ini pula adalah lebih baik daripada orang lain yang banyak ibadah zahirnya tetapi tidak ada ibadah batin kerana dia tidak memiliki akhlak yang baik.

Dalam hal ini, ada suatu keterangan hadith yang maksudnya: 


“Allah SWT tidak melihat gambaran zahir kamu tetapi Allah melihat hati-hatimu.”

Maksud keterangan hadith ini ialah, sesungguhnya Allah tidak memandang ibadah zahir yang kita lakukan seperti banyaknya sembahyang, puasa dan sebagainya tetapi untuk menilai iman seseorang itu Allah memandang kepada hati-hati manusia. Maksud hati di sini ialah ibadah batin yang dilakukan oleh orang itu. Jadi hadith ini menunjukkan kepada kita bahawa apabila Allah hendak menilai iman seseorang itu Allah tak pandang pada sembahyangnya banyak walaupun disuruh sembahyang banyak Allah juga tidak memandang kepada puasanya walaupun disuruh berpuasa dan Allah juga tidak memandang kepada banyak membaca Al-Qurannya, doanya, wirid, zikirnya dan lain-lain tetapi Allah lebih memandang ibadah yang ke duanya iaitu ibadah hati. Kalau ibadah hati manusia itu rosak, Allah tidak nilai lagi ibadah yang zahir itu. Kalau pun Allah nilai, itu adalah setelah dia niasuk neraka lebih dahulu. Ertinya, Allah tidak akan kecewakan juga ibadahnya itu tetapi setelah dia masuk neraka, barulah dibalas. Inilah tafsir hadith yang disebutkan di atas.

Dalam pada itu, ada orang yang mentafsirkan hadith itu dengan mengatakan bahawa Allah tidak memandang kepada pakaian seseorang itu tetapi Allah memandang pada hatinya. Mereka mentafsirkan maksud zahir itu sebagai pakaian. Jadi, apabila seseorang itu mendedahkan aurat, dia nanti akan berkata, “Allah tidak pandang yang zahir, Allah pandang hati seseorang itu.” Baginya, seolah-olah walaupun dia mendedahkan aurat tetapi hatinya baik dan tentunya Allah lebih menilai hatinya. Tetapi cuba kita fikirkan sejenak, “Apakah orang yang telanjang atau yang hampir telanjang itu baik hatinya?” Masakan baik, kerana kebaikan terletak pada hati dan orang yang bertelanjang atau yang hampir telanjang itu adalah disuruh oleh hatinya bukan hidung atau matanya. Jadi kalau hatinya yang menyuruh dia mendedahkan aurat, apakah hati semacam itu dikatakan hati yang baik? Jadi kalau hatinya menyuruh dia telanjang atau mendedahkan aurat bererti hatinya juga telanjang. Sedangkan iman adalah di dalam hati. Kalaulah hatinya telanjang, bererti imannya juga adalah telanjang sama.

Oleh yang demikian, di antara dua ibadah ini, Allah tidak terus menilai ibadah yang zahir walaupun ia diperintahkan dan tidak boleh kita cuaikan langsung, tetapi Allah menilai lagi ibadah batin, sama ada cacat atau tidak. Kalau ia cacat, maka tidak ada harga lagi ibadah yang pertama tadi tetapi kalau ibadah batinnya baik walaupun ibadah yang pertama itu kurang iaitu dia hanya melaksanakan semua perintah-perintah yang wajib saja, maka itu lebih besar nilainya di sisi Allah. Ini adalah kerana orang yang baik ibadah batinnya adalah memiliki akhlak yang baik. Bererti akhlak yang baik adalah daripada hati yang bersih dan daripada iman yang kuat. Dan orang yang berakhlak baik, boleh memberi kesan yang amat kuat kepada masyarakat iaitu dia boleh melahirkan ukhuwah yang akhirnya boleh membawa kepada perpaduan. Manakala yang membawa kepada kacau-bilau kehidupan di tengah masyarakat adalah berpunca daripada akhlak yang rosak di kalangan anggota masyarakat. Mengumpat, memfitnah, kata-mengata dan sebagainya, semuanya membawa kepada pergeseran di tengah masyarakat. Kerana itu masyarakat boleh berpecah-belah.

Jadi, akhlak yang baik sahaja yang boleh mencetuskan perpaduan dan apabila masyarakat telah berpadu, maka mudahlah masyarakat berhadapan dengan musuh-musuhnya. Dan apabila masyarakat Islam itu dapat berpadu, maka dapat jugalah masyarakat Islam itu melahirkan tamadunnya sendiri serta dapat pula membangunkan kemajuannya sendiri tanpa lagi bersandar dengan kemajuan yang dibangunkan oleh orang kafir. Dengan demikian, umat Islam akan menjadi hebat dan akan ditakuti oleh bangsa-bangsa lain. Ini berlaku di zaman Rasulullah, di zaman sahabat-sahabat serta zaman tabi’in. Orang-orang kafir amat gerun dan gentar terhadap umat Islam.

Betapalah kalau umat Islam itu berjuang terhadap mereka. Tetapi di zaman ini, orang-orang kafir tidak lagi gentar dan gerun kepada umat Islam. Malah mereka lebih mentertawakan umat Islam. Ini adalah kerana umat Islam ini tidak ada kehebatan lagi. Sebabnya umat Islam tidak hebat ialah kerana umat Islam tidak berpadu dan tidak berpadunya umat Islam adalah kerana umat Islam sudah tidak berakhlak. Banyak saja bilangan umat Islam di zaman ini tetapi mereka sudah tidak berpadu lagi. Inilah yang dikatakan oleh Rasulullah di dalam hadithnya yang bermaksud, di akhir zaman nanti umat Islam ini bilangannya sahaja yang banyak tetapi mereka adalah ibarat buih di atas air laut. Maknanya, kekuatan umat Islam ini hanya seperti buih yang mana besarnya saja yang seperti gunung tetapi ranting kayu saja yang jatuh, ia boleh pecah. Dan kalau sebuah kapal lalu melanggarnya, habis berkecai. Ataupun juga, dikatakan banyaknya umat Islam ini di akhir zaman adalah ibarat bumbungan pasir yang tinggi. Timbunan pasirnya besar seperti gunung tetapi apabila turun sahaja hujan, pasir yang banyak itu tadi habis dilarikan air hingga menjadi paras bumi semula.

Hadith ini menunjukkan bahawa Rasulullah dapat mengetahui tentang keadaan umatnya di akhir zaman melalui mukasyafahnya yang mana umatnya itu bilangan mereka sahaja yang ramai tetapi sudah tidak ada perpaduan lagi. Tidak adanya perpaduan di kalangan umatnya adalah kerana mereka sudah tidak berakhlak. Manakala orang yang tidak ada akhlak adalah orang yang cintakan dunia dan orang yang takut mati. Bila cinta dunia ada di hati mulalah manusia itu bersikap bakhil. Tidak adalah pemurah lagi di dalam hatinya. Bakhil itu adalah akhlak yang tidak baik sedangkan pemurah itu adakah akhlak yang baik.

Jadi, apabila umat Islam itu berakhlak maka akan timbullah perpaduan dan apabila timbul perpaduan dengan sendirinya umat Islam itu mempunyai kehebatan. Dengan kehebatan yang ada itu, maka musuh akan berasa takut kepada umat Islam. Ertinya, mereka tidak akan berani hendak mempermain-mainkan umat Islam ini. Dengan sebab itulah akhlak yang baik perlu kita miliki sesungguh-sungguhnya kerana akhlak yang baik ini akan membersihkan agama kita dan akan menjadi bunga serta perhiasan diri kepada diri kita. Dan apabila kita dapat memiliki akhlak yang baik ini, Allah akan mencintai kita dan manusia juga akan suka kepada kita.

Untuk mendapatkan akhlak yang mulia ini, kita mesti jadikan ia sebagai matlamat kita di dalam kita melaksanakan ibadah kita kepada Allah S.W.T. walau di bidang apa sekalipun. Untuk ini juga, hendaklah kita laksanakan ibadah kita dengan tujuan ia akan menghasilkan buah. Biarlah kita hanya melaksanakan ibadah yang fardhu-fardhu sahaja tetapi ibadah kita itu dapat membuahkan akhlak yang baik daripada kita beribadah banyak tetapi ibadah kita tidak berbuah. Namun, yang paling baik ialah ibadah kita banyak, akhlak yang baik pun banyak terhasil darinya. Tetapi kalau kita tidak dapat melaksanakan ibadah yang banyak, jadilah kalau kita dapat membuat ibadah yang sederhana sahaja yang tidak meninggalkan ibadah yang fardhu tetapi ibadah kita itu menghasilkan akhlak yang baik. Jadi sebab itulah, kalau kita beribadah sedangkan ibadah kita tidak membuahkan akhlak yang baik, ia tidak boleh memberi kesan kepada kehidupan masyarakat. Umat Islam ini tidak akan berpadu dan akibatnya umat Islam ini tidak akan kuat dan ia tidak akan dapat membantu melahirkan keselamatan dan keamanan di tengah masyarakat. Hanya akhlak yang baik yang dapat dimiliki oleh seseorang itu sahaja yang dapat membantu melahirkan keamanan dan keselamatan di tengah masyarakat.

Ramai orang yang beribadah takutkan Tuhan tidak ada di dalam hati. Cintakan Tuhan apatah lagi. Seolah-olah ibadah itu tidak ada hubungan dengan Tuhan. Ibadah sekadarkan hendak pahala dan fadhilat atau takut Neraka. Kerana itulah ramai ahli ibadah melanggar syariat. Hidupnya tidak berdisiplin, akhlak mereka  rosak, mazmumah masih bermaharajalela, oleh itu dipandang orang bukan Islam, Islam itu tidak indah. Apatah lagi ahli-ahli ibadah itu bila diuji dengan kesusahan nampak tidak sabarnya. Tawakalnya tidak ada,bakhil,tamak, pemarah terserlah dalam kehidupan mereka. Kadang-kadang didalam perbualan nama tuhan kurang disebut. Yang disebut ibadahnya dan kehidupannya. Syariat pun disebut hanya sekitar ibadah sahaja. Bukan syariat didalam kehidupan yang lebih global dan menyeluruh. Kerana itulah ahli-ahli ibadah orang tidak jatuh hati pada mereka. Ibadah mereka tidak membawa mereka kepada sifat bertaqwa. Golongan ini termasuk orang yang tertipu dengan ibadah mereka.

Ya Allah, Jadikanlah ibadahku padaMu ibarat pohon yang subur dengannya menghasilkan buah yang banyak. Itulah akhlak yang mulia. Ya Allah, terimalah ibadah hambaMu, Ya Allah.

Best Blogger Tips

Kesengsaraan orang lain, kebahagian bagi kita



Sesetengah orang, hatinya gembira dan bahagia apabila melihat orang lain derita. Berlaku pada semua orang termasuk diri penulis sendiri. Pernahkah anda tahu dan berperasaan begitu!. Aku derita engkau bahagia. Kata-kata yang selalu diucapkan oleh jejaka yang putus cinta terhadap kekasihnya yang bahagia bersama teman baru. Lagi satu yang biasa berlaku pada kita tanpa disedari, bila kita memandu dan melihat pasangan sedang menolak motorsikal kerana kehabisan minyak atau tayar pancit. Kadang-kadang secara otomatik kita tersenyum. Bukan ada niat apa pun untuk ketawa pada mereka. 




Itu perkara yang biasa dan selalu terjadi pada kita. Bagi pasangan yang menolak motorsikal berbatu-batu jauhnya. Allah SWT sahaja yang tahu betapa penatnya sampai lembik lutut. Bukan boleh dibaiki disitu. Nak ditinggalkan isteri atau temanita kat  simpang, takut pula jadi kes lain. Kalau setakat minyak habis boleh diminta tolong orang lain belikan. Tapi jika tayar pancit bukan boleh ditukar disitu. Terpaksa tolak sampai kat kedai motor juga.    

Sabda Nabi s.a.w:
"Tidak boleh iri hati melainkan kepada dua orang iaitu, orang yang dianugerahkan ilmu pengetahuan tentang al Quran oleh Allah lalu mengamalkan sepanjang siang dan malam dan orang yang diberikan harta oleh Allah lalu menafkahkannya sepanjang siang dan malam" [Riwayat Bukhari & Muslim]


Perhatikan hamba Allah yang ditandakan bulat warna merah! Apa dalam kepala hotak mereka ini agaknya??? sedangakan rakan seperjuangan mereka kecundang selepas makan durian di lobi parlimen. Mereka boleh ketawa sakan!!! Klik gambar untuk lihat dengan jelas. Buat penilaian anda sendiri!!!!


Diantara perkara yang kita sedar atau tidak bila kesengsaraan orang lain yang membuatkan kita bahagia.

1. Anugerah Cemerlang/Kenaikan Pangkat.
Bila kita mendapat anugerah cemerlang atau kenaikan pangkat dari majikan. Betapa sukanya kita. Mereka yang kuat bekerja tetapi tidak dicalonkan oleh majikan mesti rasa sedih dan hampa. Pada hal kita bukan pun lebih baik prestasi dari mereka yang tidak dicalonkan. 

Nasihat penulis: Bila dapat anugerah atau kenaikan jangan terlebih cakap pula. Beri kata perangsang pada mereka yang tidak dicalonkan. "Mungkin tahun hadapan giliran kamu pula".

2. Perkahwinan.
Selalunya terjadi pada kaum wanita. Bila dipinangkan dan ditetapkan tarikh perkahwinan, habis semua kawan-kawan nak diberitahu. Bila ada kawan-kawan yang belum dipinangkan atau selalu putus tunangan pasti akan merasa sedih. Jangan perli atau terlebih cakap tentang diri anda yang cepat jodoh. 

Nasihat penulis: Pujuk kawan dan gembirakan hati mereka dengan membuat jamuan. Beri kata peransang dan naikkan semula semangat kawan yang belum sampai jodoh "Jodoh kamu pun akan sampai juga nanti, sabar ya".

3.Terima Tawaran IPTA.
Ibubapa yang anaknya diterima masuk ke menara gading sangat bersyukur dan hilang semua penat lelah membesarkan anaknya. Pada ibubapa yang anaknya gagal masuk kemana-mana pengajian tinggi dan tidak mendapat sebarang tawaran langsung, cukup menyedihkan dan menghampakan.

Nasihat penulis: Jangan ditanya pada mereka pada hal anda tahu anak mereka tidak menerima sebarang tawaran. Jika terjumpa juga, nasihatkan mereka dengan kata-kata, "Yang keluar dari IPTA pun belum tentu menjaminkan mendapatkan pekerjaan, rezeki anak-anak kita tidak tahu lagi".

4. Putus cinta/Putus Tunang.
Perkara ini adalah lumrah pada semua orang. Ada yang boleh menerima dengan hati terbuka. Hati gembira melihat kawan yang selalu ke hulu kehilir dengan teman lelaki atau wanita tiba-tiba frust menunging. Makan tak lalu dan hilang arah. Jangan diperli, mesti gaduh punya.

Nasihat penulis: Nasihatkan kawan yang putus cinta. "Mungkin jodoh kamu dengan orang lain" atau "Kumbang bukan seekor, banyak kumbang-kumbang yang baik untuk kamu".

5. Ditimpa Kemalangan.
Apabila jiran atau sedara mara yang ditimpa kemalangan, terus anda melawat mereka. Kadang-kadang ada yang busuk hati. Kerana yang terlibat kemalangan menggunakan kereta mewah dan jarang menegur anda. 

Nasihat penulis: Bila melawat mereka yang sedang sengsara. Katakan begini " Allah sayangkan kamu!, harta boleh dicari ganti.".

6.Mendapat harta pesaka.
Bila mendapat harta pesaka selepas kematian arwah. Ada adik beradik yang tidak menerima sebarang harta mesti rasa marah dan sedih. Sakit hati mereka ini boleh memutuskan silahtulrahim. Banyak yang kita dengar sampai berparang dan bermusuhan disebabkan harta.

Nasihat penulis: Jika anda mendapat wasiat dan bahagian anda yang banyak. Jangan terlebih cakap. Katakan dengan rendah hati pada mereka " Tak sangka arwah wasiatkan harta ini.InsyaAllah kalau kamu susah dan memerlukan pertolongan, akan aku tolong dengan harta arwah nanti".

7. Keputusan UPSR/PMR/SPM.
Bila keluar sahaja keputusannya dan anak kita mendapat "strait A". Selalunya kita sibuk dan terus menalipon  habis semua kawan-kawan. Lepas tu sibuk nak tahu keputusan anak orang lain pula.  

Nasihat penulis: Tidak perlu tahu keputusan anak-anak orang lain. Mungkin ibubapa anaknya yang keputusan tidak baik sedang bersedih. Jika berjumpa kawan-kawan, katakan begini " Masih ada masa lagi untuk anak-anak berusaha mendapat kejayaan pada peperiksaan akan datang".

8. Jatuh susah.
Selalunya bila kita jatuh susah dalam perniagaan, ramai kawan-kawan yang akan menjauhi kita. Ini perkara lumrah dalam hidup. Semasa kaya dan senang, telefon selalu berderingx ajak minum teh dan bermacam-macam yang kita tak larat nak layan. Bila jatuh susah telefon sunyi senyap.

Nasihat penulis: Hari ini mungkin kawan kita jatuh susah. Esok silap-silap kita pula jatuh susah. Hidup ini macam roda. Sekejap diatas, sekejap dibawah. Jika terjumpa kawan yang jatuh susah. Tegur dengan baik kerana perasaan mereka sensitif. Beri kata perangsang "Kamu boleh bangun semula, jangan putus asa, banyak orang yang terkenal hari ini, pernah jatuh dan bangun kembali".

9. Mendapat tender/Peluang Bisnes.
Persaingan diantara kontraktor-kontraktor mendapat tender memang sengit.Yang selalu ada kroni akan dapat. Mungkin anda ada kroni. Nasib anda baik dan mendapat tender dengan perbezaan harga yang kurang sedikit dari kontraktor lain. Selalunya kontraktor akan berjumpa dan minum bersama yang berada dikawasan yang sama. 

Nasihat penulis: Jangan menjauhi kontraktor lain yang selalu gagal dapat tender. Beri sedikit peluang kepada mereka seperti membekalkan barang-barang projek kepada anda dan pasti mereka mendekati anda. Apabila mereka mendapat tender yang lebih besar, mungkin mereka teringat anda sebagai sub-kontraktor pula. Katakan pada yang gagal mendapat tender " Tender ni bukan aku boleh buat semua, yang mana boleh aku subkan kerja, sama-sama kita cari makan".

10. Penceraian suami isteri.
Bila berlaku penceraian, ada pihak yang bahagia, Jika si isteri berkahwin dengan temannya dan hidup susah. Bekas suami akan merasa puas hati. Memang dia akan sakit hati jika bekas isterinya senang dan mewah bersama suaminya baru. Begitu juga isteri yang diceraikan akan merasa gembira jika suami yang dahulu kaya berkahwin lain dan kemudian jatuh susah dalam perniagaan dengan isteri baru. 

Nasihat penulis: Sekiranya terjadi begini, doakan supaya mereka bahagia membina rumahtangga baru. Jangan dendamkan kerana sudah ditakdirkan jodoh bukan untuk anda. Selalu penulis menasihat pada kawan-kawan yang sudah bercerai supaya jangan mendendamkan bekas isteri mereka. Katakan kepada mereka "Ini bukan jodoh kamu, carilah penganti yang lebih baik".  
   
Setakat sepuluh sahaja penulis terfikir setakat ini. Banyak lagi contoh seperti menjadi isteri kedua. Madu kita sengsara. Begitu juga seperti calon yang kalah pilihanraya.Yang menang bergembira.

Hati yang baik tak akan gembira melihat orang lain sengsara. Malah ditolongkan sedaya upaya orang yang malang. Doakan kepada mereka yang malang supaya ditetapkan hati pada Allah SWT. Jika hari ini anda berdoa kepada kawan-kawan yang ditimpa musibah. Suatu hari nanti segala malaikat dan segala makhluk Allah SWT akan mendoakan kebahagian kepada anda pula. Bukan rugi pun mendoakan untuk kebahagian orang lain malah Allah SWT akan merahmati kamu. Baik hati ibarat emas dalam jiwa.






Hati yang baik bukanlah sekadar kurniaan dari Allah SWT yang diberikan kepada orang-orang tertentu saja, namun hati yang baik juga boleh diperolehi dengan latihan dan pendidikan. Salah satu cara untuk mendapatkan hati yang baik adalah senantiasa berkomunikasi hati dengan Allah SWT. Allah SWT adalah Dzat Yang Maha Baik, maka siapapun yang selalu berkomunikasi kepadaNya akan mendapatkan cahaya kebaikan. 


Jazakallah Khairan.
Best Blogger Tips

IKHTIAR TERAKHIR UNTUK PESAKIT KANSER..SILA SEBARKAN!



Jangan berputus asa dan putus harapan untuk hidup sekiranya disahkan oleh pakar perubatan bahawa anda mengidap kanser payudara atau apa-apa penyakit berkenaan kanser kerana ada penyakit ada penawarnya. Berita baik untuk pesakit kanser yang kronik pada peringkat 3 dan 4. Selalunya bila disahkan oleh pakar perubatan pada tahap ini. Sudah dianggap terlambat untuk diubati lagi. Pesakit hanya akan diberitahu oleh doktor berapa lama jangka hayat pesakit itu boleh hidup sahaja.  

Sila sebarkan kepada ahli keluarga atau kawan-kawan tentang pokok Belalai Gajah ini. InsyaAllah ada yang sembuh dari pemakanannya. Tengok laporan tentang penyembuhan penyakit kanser ini dan cara untuk makan daunnya. 

Sehat dan sakit seseorang itu adalah ketentuan ilahi. Hanya Allah yang dapat menyembuhkan seeorang itu jika hambaNya berusaha untuk mencari penawarnya yang dianugerahkan kepada kita diatas muka bumi ini. Pokok ini hanya sebab musabab untuk menyembuh penyakit sahaja. 

Sekian . Wasallam




Sabah Snake Grass

Good News!!!
Recently, I met a man who had Lymphatic Cancer - Stage 4 with 123 lymph nodes affected. His cancer started in March 2008. 

Affected parts: 1st: Right lung, 2nd: Left lung, 3rd: Groin, 4th: Eye and 5th Mouth. 
After 9 chemo therapies he stopped the treatment on 10/11/2008 because 5 specialists said he can only survive for 3 months. Today, after more than 2 years, he has recovered and is still living. Thanks to the Sabah Snake Grass (Clinacanthus) which he planted outside his house.

He blended the leaves with green apple (minus skin and seeds) and drank them after breakfast everyday.

After 3 days, 6 tumours disappeared.
After 13 days, he went for a blood test.The oncologist said that he was 96% cured. 
So far more than 200 people who had taken the herbs showed improvement. 


Case 1) Man - age 54 

Lung Cancer: 3rd stage. 
Chemothrapy 6 times 
Tumour before taking Sabah Snake Grass 29mm, 44mm, 76mm
Tumour two weeks after taking Sabah Snake Grass 
reduced to 20mm, 27mm, 67mm respectively

Case 2) Woman
Uterus cancer – tumour size 6cm 
Scheduled for surgery. After taking SSG, reduced to 3.5cm. 
Doctor said no need to operate 
Continue taking the SSG, the tumour disappeared.

Case 3) Man
Prostate Cancer
After taking SSG for 11 days, the tumour disappeared.

Case 4) Woman from KL
Breast and Lung Cancer
Both breasts removed - 4 stage. Very weak, cannot eat, on drip and lying in hospital.
Family member poured SSG juice into her mouth through tube.
After a few days, could eat and was discharged.
28 days later was all tumours disappeared.

Case 5) Woman from Taiping 
Breast Cancer
After taking SSG for 3 days, the wound dried up.

Case 6) Leukemia Patients 
So far 4 cases have been cured after drinking SSG juice. 
They also drank juice from 3 leaves of Guo Sai Por 
(Ti Tham Tou) once per week. 

Case 7) Dialysis Patients
After taking SSG for 10 days, stopped going for dialysis treatment.

Case 8) Patients with High Cholesterol, High Blood, High Uric Acid and Diabetes
After taking SSG, the conditions improved.

Number of leaves used for treatment for Cancer: 
Stage 1 : 30 leaves everyday
Stage 2 : 50 leaves everyday
Stage 3 : 100 leaves everyday
Stage 4 : 150 – 200 leaves everyday
When the patients get better, reduce the number of leaves.

Direction for juicing SSG 
a) Pour half cup of clean water in a blender
b) Add 1 or 2 ice cubes to prevent heating during blending
c) Add 1 quarter of lemon or half a lime juice (provide Vitamin C and prevent oxidization ) 
d) Wash the required fresh SSG leaves and put them into the blender
e) Peel a green apple and remove the core/seeds
f ) Cut the apple into 8 pieces
g) Put in the pieces of apple 
h) Blend and drink immediately or within 5 minutes. (consume daily)
I ) If your body is "cooling" add a few slices of ginger or drink warming herbs

I stay in Bandar Kinrara, Puchong, Selangor, Malaysia. If you have problem getting the SSG, email or sms me. I can get them from Seremban. You only need to pay for my transportation from KL to Seremban and back, cost of the plants and postage if necessary. I need your name, address, h/p no. and the patient's condition and type of cancer. (No tel penanam pokok ini belum diperolehi lagi. Boleh rujuk pokok ini dengan jabatan pertanian yang berdekatan tentang pokok ini).

Food to avoid : Sugar and products made with sugar, honey, kembong fish, ray fish, 7 angled-fish, chicken meat, duck meat, yam, glutenous rice, margarine, durians, bird nest, ginseng and other rejuvenating herbs.

Besides SSG, papaya, apricot seeds, lemon grass and many types of fresh raw vegetable and fruit juices can also be used for treating cancer. 

I believe all chronic diseases can be cured with the combination of detoxification, maintaing blood Ph 7.35-7.4, increasing body oxygen, eating natural nutrients and herbs, a healthy lifestyle and good eating habits.There are quite a number of patients with cancer and other chronic diseases recovering and got cured based on my coaching above and natural treatments.

So if you are having any chronic diseases and need coaching and alternative treatments, please contact me.

For more information on health, health talk, coaching and natural treatments, please read my postings. 


Gambar semasa mengidap kanser 


Pesakit ini sembuh dengan rawatan dan pemakanan Pokok Belalai Gajah

Ladang yang ditanan dengan pokok  Belalai Gajah..


JIKALAU ANDA INGIN MENGETAHUI LEBIH LANJUT MENGENAI HERBA INI SILA KLIK LINK INI

http://detox4cure.blogspot.com/2010/06/cure-for-diseases.html
 @
http://cancer-b17.blogspot.com/
Best Blogger Tips

Hasil Ratu Cantik Mak Nyah Tetap Haram Walaupun Atas Nama Kerja Ama


Hasil tetap haram'

“Haram tetap haram. Walaupun matlamat mahupun niat dipasang bertujuan untuk kerja amal dan kebajikan, cara yang dilaksanakan ternyata salah di sisi Islam,” kata Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abd Wahid, ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas laporan muka depan Metro Ahad semalam mengenai penganjuran pertandingan ratu cantik mak nyah secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur yang bertujuan mengutip dana untuk diserahkan kepada anak yatim dan rumah kebajikan.

Mohd Tamyes berkata, keadaan dan sifat pertandingan itu sendiri ternyata salah iaitu dengan menggunakan peserta pertandingan terdiri daripada golongan mak nyah sebagai aset peraduan untuk mengutip dana sumbangan yang jelas haram dalam Islam.

“Hasil diperoleh melalui penganjuran pertandingan ratu cantik golongan mak nyah itu sudah semestinya tidak halal di sisi agama dan tidak wajar untuk didermakan kepada mana-mana pihak walaupun ia bertujuan membantu golongan memerlukan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Wanita Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram), Wilayah Persekutuan dan Putrajaya, Dr Niekmah Adam berkata, asas penganjuran pertandingan terbabit sudah terpesong daripada landasan agama iaitu dengan menggunakan golongan mak nyah sebagai aset peraduan.

“Sungguh menghairankan, apabila terdapatnya penganjuran peraduan seperti ini yang membabitkan golongan mak nyah dianjurkan di salah sebuah negeri pantai timur dan turut dihadiri beberapa kenamaan yang seakan-akan menyokong penganjuran peraduan itu,” katanya.

Dr Niekmah berkata, penganjuran peraduan bertujuan mengumpul kutipan dana sebelum diserahkan kepada badan amal dan kebajikan adalah perkara yang tidak dihalalkan dalam Islam kerana hasil dana itu diperoleh daripada sumber tidak benar.

“Perkara seperti ini tidak seharusnya terjadi di kalangan masyarakat Islam dan penelitian selain kesedaran dalam diri setiap individu amat diperlukan bagi membanteras apa juga perkara dilaksanakan yang tidak mengikut landasan sebenar ajaran Islam,” katanya.

Semalam, Metro Ahad melaporkan satu pertandingan ratu mak nyah dianjurkan secara tertutup di sebuah hotel terkemuka di pantai timur dengan berselindung di sebalik motif kerja amal untuk membantu golongan kurang bernasib baik.

Lebih menggemparkan, pertandingan Miss Malaysia 2010 membabitkan ratu dari seluruh negara itu turut dihadiri golongan kenamaan bergelar Datuk manakala artis terkenal, Noraniza Idris bertindak sebagai juri.

Penganjur dikatakan memilih negeri itu sebagai tuan rumah berikutan kekaburan undang-undang syariah di negeri itu untuk menghukum golongan mak nyah, jika berpakaian dan berkelakuan seperti wanita di khalayak.

Pertandingan ratu cantik mirip di Pattaya, Thailand itu terbongkar selepas didedahkan di beberapa laman web sejak Selasa lalu.

Wartawan Metro Ahad berjaya menjejaki seorang peserta, Lina (bukan nama sebenar) untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai acara itu.

Dia mengakui ia disertai individu beragama Islam yang kebanyakannya sudah menukar jantina menerusi pembedahan dan suntikan hormon..


ps : sory x dapt masukkan video krn di 'private kan'.....x sempat nak copy ...zzzzz Best Blogger Tips

TERKINI: Helikopter Bawa Rombongan TPM Terhempas Di Sibu


Helikopter terhempas ketika mendarat selepas hantar rombongan TPM

SIBU: Sebuah helikopter yang baru menghantar anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terhempas ketika hendak mendarat di padang berhampiran Wisma Sanyan.

Juruterbang pesawat itu cedera ringan. -BH Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts