And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)
Wednesday, July 18, 2012
Sebab Kenapa Wanita Tidak Boleh Kahwin Empat
Mesti korang terfikir kenapa lelaki boleh kahwin empat sedangkan perempuan tidak boleh kahwin lebih dari satu. Ini Tidak Adil!!!! Perempuan juga manusia!! Kenapa!!! Benci!!! ...................................
Thursday, July 12, 2012
Pentingnya Sunnah Rasulullah SAW
Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW telah berkata kepadaku:
'Hai anakku! Jika engkau mampu tidak menyimpan dendam kepada orang lain
sejak dari pagi sampai ke petangmu, hendaklah engkau kekalkan kelakuan
itu! Kemudian beliau menyambung pula: Hai anakku! Itulah perjalananku
(sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah
menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi)
Dari Ibnu Abbas ra. bahwa Nabi SAW yang berkata: "Barangsiapa yang
berpegang dengan sunnahku, ketika merata kerusakan pada ummatku, maka
baginya pahala seratus orang yang mati syahid". (Riwayat Baihaqi) Dalam
riwayat Thabarani dari Abu Hurairah ra. ada sedikit perbedaan, yaitu
katanya: Baginya pahala orang yang mati syahid. (At-Targhib Wat-Tarhib
1: 44)
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis
marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah
bersabda: Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerusakan
ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid. Hakim pula
meriwayatkan dari Abu Hurairah ra. juga bahwa Nabi SAW telah berkata:
Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam masa perselisihan diantara
ummatku adalah seperti orang yang menggenggam bara api. (Kanzul Ummal 1:
47)
Dan Muslim pula meriwayatkan dari Anas ra. dari Rasulullah
SAW katanya: Orang yang tidak suka kepada sunnahku, bukanlah dia dari
golonganku! Demikian pula yang dikeluarkan oleh Ibnu Asakir dari Ibnu
Umar ra. cuma ada tambahan di permulaannya berbunyi: Barangsiapa yang
berpegang kepada sunnahku, maka dia dari golonganku.
Kemudian
Daraquthni pula mengeluarkan sebuah Hadis dari Siti Aisyah r.a. dari
Nabi SAW katanya: Sesiapa yang berpegang kepada sunnahku akan memasuki
syurga!
Dan dikeluarkan oleh As-Sajzi dari Anas ra. dari Nabi
SAW katanya: Barangsiapa yang menghidupkan sunnahku, maka dia telah
mengasihiku, dan siapa yang mengasihiku dia akan memasuki syurga
bersama-sama aku!
Thursday, July 5, 2012
8 Jenis Fesyen Tudung Seksi Di Malaysia
Siapa
yang tak ambik tahu pasal fesyen tudung kontemporari dan terkini? Kalau
tak ambik tahu pasal fesyen tudung, jom baca kat sini. Yang memang
ambik tahu pasal fesyen tudung terkini, digalakkan untuk baca. Mungkin
anda terlepas pandang fesyen tudung yang beredar mengikut aliran zaman.
Berikut merupakan jenis dan fesyen tudung yang boleh kita dapati di
Malaysia. Bunyinya agak pelik, tapi inilah hakikatnya. Fesyen tudung
menarik ini menjadi gilaan ramai wanita kini.
Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
Inilah tudung yang benar-benar menyejukkan
mata memandang. Mengikut hukum syarak, tidak menonjol, sopan, dan
tertib. Tudung muslimah ini tidak jarang, tidak ketat, dan menutup dada
:)
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
1. Tudung Bukit
Memakai tudung, tapi kedua-dua bukit ditayang dengan sengaja untuk tatapan percuma. Ini lah dinamakan tudung bukit. Tak kisahlah apa saiz bukit tu. Tetap nak tayang percuma jugak. Bila diperhatikan, bangga sampai hidung kembang semangkuk. Alahai, mudahnya bagi tayangan percuma. Kalau dah bagi tayangan percuma, nak bagi apa kat suami nanti? Suami anda setaraf dengan orang asing kah sampai apa yang suami anda sahaja yang berhak lihat, anda sudah tayang percuma kepada orang lain.2. Tudung Nasi Lemak
Pernah tengok nasi lemak ikan bilis? Kat daun pisang tu, ada sedikit terbuka dan menyebabkan ikan bilis tu terkeluar kerana daun pisang tak menutup rapat bungkusan nasi lemak tu. Sebab tu fesyen tudung ni dinamakan ‘Tudung Nasi Lemak‘.3. Tudung Sarung Nangka
Pakai tudung ketat sampai menampakkan segala yang ada di kepala, sehingga menampakkan bentuk telinga sekalipun. Kalau kat telinga tu ada 7 subang, semuanya nampak bentuk. Inilah fesyen tudung sesat yang dinamakan tudung sarung nangkayang semakin menjadi aliran muslimah masa kini. Ikut artis katakan…4. Tudung Alien
Dinamakan tudung alien, sebab kepala si pemakai tudung ini memang sebijik dengan kapala alien. Tudung ini juga dikenali sebagai tudung bonggol unta.Maksud hadis: “Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya” [HR Muslim]
5. Tudung Papa Kedana
Kebanyakan yang pakai tudung papa kedana ni adalah golongan minah rempit sekolah. Pakai tudung sebagai syarat masuk sekolah sahaja, bukan ikut hukum syarak. Masakan tidak, tudung singkat sampai nampak tengkok. Love bite kat leher pon boleh nampak. Mungkin terlalu papa kedana sampai tudung yang labuh sikit pun tak mampu nak beli. Bukan papa kedana bab ekonomi, tapi lu fikirlah sendiri…
6. Tudung Siput
Ni, tak tau nak terangkan macam mana bentuknya tudung siput ni… Tak terkata. Fesyen? Entah… Mungkin pembaca lebih arif. Macam fesyen Lady Gaga pun ada gak ni. Pelik betul…7. Tudung Retis
Ini satu masalah besar lagi. Tudung retis yang artis ni pakai, mesti jadi ikutan para remaja, seolah-olah artis ni adalah seorang nabi untuk dijadikan ikutan. Alahai artis, berhentilah kalian daripada terus memesongkan ummat daripada ajaran Islam yang sebenar. Pakai la tudung yang elok-elok macam Wardina ke, Isma ke.8. Tudung Muslimah
Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. [ TMQ an-Nur(24):31]
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
terkejut aku bila dpt tau dari member aku yg ade sebuah gereja yg terbesar di asia akan di bina di bukit jalil..mula2 aku x percaya pon......
-
Sebenarnya ramai dikalangan lelaki tidak tahu tentang perbezaan air mazi, serta air wadi. ramai yang tahu hanyalah Air Mani.. 1.Air mani a...
-
Bismillah sebelum memulakan dan menyampaikan ilmu baru ini. rata-rata semua orang tahu bukan yang pada tapak tangan kita ada nombor a...
-
Author: Ibnu Ir Fadzil | at : 7:25 AM | Category : Fakta Dan Realiti | Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan cerita bahawa gambar-...
-
Aku tak tau kalau korang nampak benda ni... 1. Kalau kau lepas makan dekat McD ke dan kau angkat tray yang kau dah makan,buang ...
-
DI MANAKAH TEMBOK ZULKARNAIN? Persoalan ini pun telah mendapat perhatian dari para sarjana Islam. Ramai yang telah mengkajinya dengan t...
-
Kali ini marilah kita bersama bersama mengupas tajuk dan topik pertanyaan umum berkenaan hamba dan Islam. Benarkah Islam memb...
-
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan ke...
-
( Kandungan ini akan memaparkan satu petikan artikel yang dihantar melalui email kepada saya oleh seorang pemuda) Komentar Saya ...