And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Monday, June 11, 2012

Kejadian Di Sebalik Kaabah, Kiblat dan Akhir Zaman



Kita mungkin pernah bertanya kenapa harus solat mengadap Kiblat, dan juga kenapa harus ada Ibadah Tawaf, Ini juga sering menjadi tanda tanya manusia, seperti ini:
1. Masa sekolah dulu anda ada belajar Teori Kaedah Tangan Kanan kan, dimana putaran tenaga kalu bergerak berlawanan dengan arah jam, maka arah tenaga akan naik keatas. Arah yang ditunjukkan arah 4 jari mewakili pusingan arah lawan jam dan arah keatas ditunjukan oleh Arah ibu jari.
2. Dengan pole ibadah tawaf dimana bergerak dengan jalan berputar berlawanan jam di kaabah, ini menimbulkan pertanyaan, kenapa tidak boleh terbalikkan arah tersebut, searah dengan arah jam misalnya.



3. Kenapa solat yang dijalankan harus mengadap Kiblat? dan juga berdoa dan pengekebumian menghadap kepada Kiblat?
4. Kenapa Sembahyang di Masjidil Haram menurut Hadis nilainya 100.000 kali dari di tempat sendiri
5. Singgasana Tuhan ada di Langit Tertinggi??
Pembongkarannya…
1. Tenaga Solat dan Doa dari individu atau jemaah seluruh dunia terkumpul di Kaabah pada setiap saat, kerana Bumi berputar sehingga solat dari seluruh dunia tidak terhenti dalam masa 24 jam, misal orang di sabah solat zohor, beberapa minit selepas itu orang johor pulak, beberapa minit kemudian bahagian utara Malaysia pulak dan seterusnya. Sebelum selesai zohor di India Pakistan di Malaysia sudah mulai Asar dan seterusnya. Pada saat Zohor di Malaysia London solat Subuh dan seterusnya 24 jam setiap hari, minggu, bulan, tahun dan seterusnya.
2. Tenaga yang terkumpul, berlapis dan bertumpu akan diputarkan, dimana ini dilakukan oleh orang-orang yang bertawaf dimana berputar secara berlawanan arah jam yang dilakukan oleh Jemaah Mekah sekitarnya dan Jemaah Haji.
3. Maka menurut dari aplikasi Teori Kaedah Tangan Kanan bahawa tenaga yang terkumpul akan diputarkan dengan tawaf dan Hasilnya kumpulan tenaga tadi akan MENUJU ke LANGIT. Maka sedikit terjawab bahawa tenaga itu tidak berhenti di Kaabah namun semuanya naik kelangit. Sebagai satu cerobong yang dimulai dari Kaabah. Menuju Langit yang mana kemana disampaikan tu wallahualam. Yang jelas pasti tuhan telah membuat saluran agar saolat dan doa dalam bentuk tenaga agar sampai ke Hadirat Nya. Jadi selama 24Jam sehari terpancar cerobong tenaga yang terfokus naik ke atas Langit. Selamanya sehinggakan tidak ada manusia yang solah dan tawaf (Kiamat?).
Kesimpulan
1. Solat dan Doa, diyakini akan sampai ke langit menuju Singgasana tuhan selama memenuhi kira-kira persyaratan uraian di atas dengan sentiasa renungan hukum agama dan hukum alam, kerana dua-duanya dicipta oleh Allah jugak. Jadi harus “Saintis dan Ulama bersama-sama / sokongan satu samalain mencapai sepahaman yang lebih luas agama dan Manfaat itulah diterima dalam dan luar.
2. Memperkuatkan kita dalam beribadah solat dan doa khususnya dan menggiatkan diri untuk selalu on-line 24 jam dengan Tuhan, sehingga jiwa alan selalu terjaga dan membuatkan segala kebaikan yang dilakukan dengan ikhlas.
3. Terjawablah jika solat itu bukan lah menyembah batu ( Kaabah ) seperti yang dituduhkan oleh Kaum orientalis, tenaga yang digunakan untuk membawa bersama-sama sifat solat dan doa untuk sampai kepada Allah dengan usaha manusia itu sendiri.
4. Allah Maha Pandai, Maha Besar dan Maha Segalanya.
5. Ini seladar renungan dan analisa, mudah mudahan dapat memotivasikan kita untuk mencetuskan fikiran, kajian lebih dalam untuk lebih lanjut bagi mengukuhkan iman dan saksi Bahawa tuhan Menciptakan Semesta dengan penuh Kesempurnaan tidak dengan main-main (asal jadi) jadi itu lebih banyak dan pebih percaya diri dalam kasih Tuahn Yang Maha Esa. Mungkin ini renungan dan berfantasi, sekurang-kurangnya untuk pendekatan ini yang mampu menjawab pertanyaan sebagaimana di atas dan tidak bertentangan denga Kitab Suci dan Hadist bahkan mendukungnya. Semoga bermanfaat..
Ramalan untuk memastikan bahawa Kaabah dan Kiamat hanya Allah yang tahu:
1. Kaabah akan hancur dengan sendirinya (terbukti dengan ditenggelamkannya satu pasukan akan menyerang Kaabah suatu hari nanti).

2. Jika pusat bumi bergeser akan banyak kekacauan (seperti Muslim yang tidak mengenal waktu).
3. Kiamat akan cepat terjadi jika solat sudah ditinggalkan.
4. Anda pasti juga penah mendengar jika siapa yang meninggalkan solat berarti telah merobohkan Agama.
5. Untuk selain Islam, lama-kelamaan kesemuanya akan terbongkar, sepertimana pentium 2 dan pentium 4 adalah sangat berbezakan..hehe, bagaimana petunjuk Allah disempurnakan dari umat Ibrahim, Musa hingga Muhammad S.A.W, Nabi Isa menyempurnakan Turat dengan Injil, dan Muhammad menyempurnakan keduanya dengan Al-Quran. Sehingga korang mengerti bahawa kita dulu adalah umat yang satu .
Itulah kebesaran Allah SWT masih banyak lagi yang tersembunyi di dunia ini yang masih tidak terjawab.

Sumber: http://detikislam.blogspot.com/
Best Blogger Tips

Sunday, June 3, 2012

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam




Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir.
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang.


Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter.

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter.

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.


Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.


Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah

untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.


Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.


Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).


Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.



Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.


Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.


Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.


Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.


Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.


Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.


Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:


“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.


Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.


Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.

Klik Gambar Untuk ZOOM

Mengandungi Zat Anti Kuman 

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: 

“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts