Keadaan sianghari Babylon penuh dengan kemewahan, keseronokkan dan kemaksiatan. Wanita wanita cantik dan jelita berada di mana mana saja, di malam pula pesta minum arak juga terdapat di merata tempat, alunan muzik dapat didengari dari semua kedai dan kelab dan perkara keji dan jahat berleluasa.
Mereka terus
berjalan di kota Babil untuk mencari kerja, dan terpandang orang ramai
berpusu pusu pergi ke istana yang besar dan mewah, Harut dan Marut
mengikut orang ramai pergi ke istana itu. Mereka pun masuk ke dalam
istana dan sampai ke dewan yang penuh berbagai makanan dan buah buahan
yang lazat. Di hujung meja hidangan duduk seorang lelaki dengan pakaian
yang mewah dan cantik, tetapi itu tidak mempesonakan Harut dan Marut,
mereka lebih tertarik kepada hidangan makanan dan buah buahan yang lazat
dan enak kerana itu saja dapat menghilangkan kelaparan. Lalu tuan
istana menyuruh mereka duduk dan makan, ketika mereka berdua sedang
asyik makan dengan penuh nikmat, tuan istana memerhati mereka berdua dan
ia meminta khadamnya supaya menuang arak dan persilakan mereka minum
arak lalu Harut dan Marut menolaknya dengan baik. Tuan Istana amat
terkejut kerana masih terdapat dikalangan penduduk Babylon yang tidak
minum arak.Setelah itu barulah Harut dan Marut tahu bahawa lelaki itu
adalah seorang raja yang sedang dikelilingi oleh menteri menteri dan
pembesar pembesarnya.
Raja itu bertitah, semua menteri dan
pembesar diam dan mendengar titah raja tersebut. Titah raja berkisar
tentang pertikaian tanah antaranya dengan salah seorang pembesarnya.
Raja mahukan tanah tersebut dengan cara yang salah. Tidak seorang pun
daripada hadirin yang berani mejatuhkan hukuman. Raja tidak peduli
kepada menteri menterinya, lalu raja berpaling kepada Harut dan Marut
dan bertitah; Aku nak dengar dua orang tetamu ini yang menyelesaikan isu
ini.
Semua perhatian menteri dan pembesar raja
tertumpu ke arah Harut dan Marut, mereka semua menjangka bahawa Harut
dan Marut menyebelahi raja. Tidak pernah terlintas pada pemikiran
hadirin bahawa kedua dua tetamu adalah dari malaikat, malaikat hanya
mengetahui keadilan. Harut dan Marut telah memutuskan hukuman
berdasarkan keadilan dan mengembali hak kepada empunya. Mereka bukan
sekadar menjatuhkan hukuman, bahkan mereka mengatakan raja yang bersalah
dan zalim kerana merampas hak orang lain.
Semua menteri dan pembesar terdiam dan
menanti keputusan raja; raja pun bertitah dengan suara yang lantang;
beta melantik kamu berdua menjadi hakim di negeri Babylon. Para menteri
dan pembesar bertepuk tangan kerana raja tidak murka dan menjatuhkan
hukuman mati sebaliknya melantik mereka menjadi hakim. Begitulah
akhirnya Harut dan Marut mendapat kerja di Babylon setelah mereka
menyerah urusan kerja kepada Allah.
Harut dan Marut di beri rumah yang
berdekatan dengan istana raja. Tidak ada lagi ketakutan, kesejukan,
kelaparan, dahaga, dan tidak perlu meminta minta makanan dari orang
lain. Mereka amat bersyukur kepada Allah SWT yang memberi kerja dan
rezeki dengan menunaikan solat, bertabih memuji kebesaran Allah dan
menyucikan. Tetapi ada sesuatu yang amat merisaukan, iaitu hati mereka
tidak lagi pernah sekhusyuk dan sebersih seperti sebelum ini.
Inilah kehidupan manusia yang lemah, yang
mereka hina ketika berada di alam malaikat. Kemudian datang tamu baru
dalam kehidupan mereka, yang tidak pernah dirasai sebelum. Rasa letih,
mengatuk dan berat mata sehingga tidak dapat buka. Harut segera membuka
matanya dan berkata; mati!!! Wahai Marut! Kita akan matiii! Marut
menyahut;Kenapa wahai sahabatku? Jawab Harut ; aku letiiih! mata rasa
amat berat hingga tak mampu bukaa! Marut menjawab; aku pun rasa sama
seperti kamu! Matiilah kita! Kata Harut lagi;aku rasa kita tak mati
lagi…tapi benda lain..? mereka menguap aaah! Aaah! Aaah! Dan bercakap
dengan suara terputus putus dan akhirnya langsung tidak dengar lagi
suara. Tenanglah penafasan mereka, tidurlah Harut dan Marut dengan
nyenyak buat pertama kali, kerana sebelum ini mereka malaikat. Malaikat
memang tidak tidur.
Bila Harut dan Marut terjaga dari tidur,
matahari sudah terbit dan angin pagi bertiup sepoi sepoi bahasa
bermulalah hari baru, dan itulah sinaran cahaya matahari pagi yang
pertama mereka rasai. Harut dan Marut merasai betapa nikmat dan segarnya
tidur dari keletihan. Uuh! Uuh!uuh! segarnya tidur!
Marut berkata; Wahai sahabatku! aku rasa seolah-olah baru diciptakan.
Dengan kesegaran itu Harut dan Marut
dapat memulakan kerja sejak awal pagi. Orang ramai mula datang berjumpa
Harut dan Marut, dan meminta penyelesaian kes kes dan pertikaian yang
berlaku diantara mereka. Harut dan Marut telah menyelesaikan kes kes dan
pertikaian dengan adil dan saksama. Orang pun puas hati dengan
pengadilan Harut dan Marut. Nama mereka mula dikenali dan semakin
mendapat tempat dan akhirnya mereka menjadi hakim yang terkenal dan
dihormati di seluruh Babil.
Setiap kali mereka selesai urusan dengan
orang ramai, Harut dan Marut tidak lupa menunaikan solat, memuji
kebesaran Allah dan menyucikan sentiasa bersyukur kepadaNya.Tidak
menjadi halangan kepada Harut dan Marut, sekali kali raja menjemput
mereka makan bersama tetapi dengan syarat tidak adan minuman arak.
Masa terus berlalu dengan pantas. Harut
dan Marut terus menyelesaikan segala permasalahan orang ramai dengan
adil dan saksama. Mereka tidak pernah walau pun sekali melanggar
perintah Allah dalam menyelesaikan kes kes orang ramai.
Suatu hari dalam kesibukan mereka
menyelesaikan kes orang ramai, tanpa diduga mereka didatang dengan kes
baru, kes itu melibat seorang wanita. Apabila wanita duduk di depan
Harut dan Marut, mata mereka berdua terpegun wajahnya cantik, jelita dan
senyum ceria… Lalu mereka teringat ha! ha! ha! Ya Zahrah. Jantung
mereka berdegup degup dan darah panas mengalir keseluruh badan, mereka
berdua berasa hairan apa yang berlaku dalam hati mereka, rasa takut!
rasa cinta! rasa benci ! berangan angan! Sungguh ajaib hati manusia.
Aaah! Alangkah agungnya ciptaan Allah!
Manakala Zahrah sedang menceritakan kes
berlaku ke atasnya…Harut dan Marut sedang berada di awan
awangan…berkhayal sambil asyik memandang Zahrah ..tanpa mendengar apa
yang diceritakan oleh Zahrah…tiba tiba bisikan iman cuba menghalang
mereka dari asyik memerhati Zahrah, mereka cuba memaling pandangan ke
arah lain.. tetapi tak mampu kerana ada tolakan syahawat yang lebih kuat
untuk melihat Zahrah dengan nafsu, seolah olah bara api membara dalam
hati mereka berdua. Sehingakan mereka tidak sedar yang Zahrah telah
selesai menceritakan kesnya.
Wahai Tuan Hakim; itulah cerita kes saya
dan saya mengharapkan tuan hakim berdua dapat memberi keputusan dengan
se adilnya. Harut dan Marut tersedar dari awan awangan, lalu Harut
segera menjawab; wahai saudari ! kes kamu memerlukan kajian, kamu
datanglah besok. Marut mencelah; ya saudariku! Benar seperti yang
dikatakan oleh Harut , besok saja kamu datang. Zahrah memerhati Harut
dan Marut, lalu mereka berdua berdiri untuk mengucapkan selamat tinggal
kepada Zahrah. Setelah Zahrah pergi dan hilang dari pandangan, Harut dan
Marut menyesal dengan tindakan mereka. Dengan penuh kesal Harut
berkata; aaah! Kenapa aku tangguh keputusannya sehingga esok hari !
kenapa aku jadi begini! Wahai sahabatku! Aku takut..masuk neraka
disebabkan oleh wanita ini!Cepat kita segera bertaubat kepada Allah SWT.
Keesokannya Zahrah segera pergi ke
majlis Hakim, menunggu gilirannya untuk berjumpa dengan Hakim. Pada
malam itu Harut dan Marut tidak dapat kerehatan yang cukup, tidur
mereka berdua terganggu dengan kes Zahrah…Mereka berazam apabila Zahrah
datang, mereka tidak akan memandang wajahnya. Tiba giliran Zahrah,
dengan senyuman yang manis Zahrah masuk berjumpa Harut dan Marut.
Senyuman manis membuatkan Harut terlupa azamnya untuk tidak memandang
wajah Zahrah. Begitu juga Marut terlupa taubat untuk mengulangi dosa
yang sama,bila Zahrah masuk untuk mendapatkan keputusan kesnya. Setelah
lama berbual dengan Zahrah, tanpa disedari mereka pun menjatuhkan
hukuman yang tidak adil kepada Zahrah. Selepas hukuman ke atasnya
diputuskan , dia pun bangun dan bergegas keluar, mereka berdua serentak
bertanya; saudari hendak ke mana? Zahrah menyahut ; saya nak pergi
sembah matahari dekat berhala, marilah ikut saya. Harut dan Marut
menjawab bersama; apa kami nak buat? Jawab Zahrah; kamu berdua
bersembahyang dengan saya. Mereka jawab; kami sekali kali tidak sembah
selain dari Allah.
Tetapi Zahrah tak peduli dan terus pergi.
Bila Zahrah dah hilang dari pandangan mereka, masing masing menyalah
diri sendiri kenapalah mereka bersikap demikian dan teringat janji dan
azam yang mereka untuk tidak mengulangi dosa yang samabila berjumpa
dengan Zahrah. Lalu Harut berkata; wahai sahabatku! sesungguhnya rahmat
Allah amat luas, segeralah kita bertaubat kepada Allah SWT.
Pada malam tersebut Harut dan Marut
tertidur sehingga ke pagi tanpa solat, istighfar dan bertaubat kepada
Allah. Bila Hari siang, mereka berdua pergi ke rumah Zahrah dan tidak
pergi ke majlis Hakim. Setelah sampai di rumah Zahrah, mereka terus
mengetuk pintu dengan senyuman manis dia membuka pintu dan mempelawa
mereka masuk, dan dipelawa duduk di ruang tamu. Zahrah terus ke dapur
mengambil minuman untuk kedua dua tamunya. Zahrah menyediakan minuman
arak dan menjemput Harut dan Marut minum. Harut dan Marut tidak minum
arak yang dihidang Zahrah. Zahrah merajuk dan marah , bila melihat
mereka tidak minum hidangannya. Harut dan Marut memujuk janganlah marah!
Marilah kita berdamai. Saya boleh berdamai dan tak marah dengan syarat
kamu berdua minum hidangan saya, oleh kerana tidak mahu mengecilkan
hati Zahrah mereka berdua pun minum arak.
Mereka pun mabuk, tiba tba ada seorang
tetamu datang Zahrah, tetamu nampak Harut dan Marut di dalam rumah
Zahrah, Harut dan Marut menjadi gelisah, terlintas dalam benak mereka
berdua; Habis! Habis! Habislah! Kami jika tamu ini mendedah rahsia
kami.Tanpa disedari dan pengaruh arak , mereka berdua bangun mencekik
tamu sehingga mati, kasihan! Apakah dosa tamu itu, melainkan dia nampak
mereka berdua di rumah Zahrah.
Setelah habis kesan pengaruh arak, mereka
pun sedar apa yang telah mereka lakukan dan rasa amat menyesal, amat
sedih sehingga mereka berdua berusaha untuk terbang ke langit tetapi
tidak mampu kerana dosa yang mereka lakukan terlalu besar dan
berat.Kemudian Harut dan Marut terdengar seruan dari langit; kamu berdua
pilih samada kamu di azab di dunia atau di akhirat! Harut dan Marut
memilih azab di dunia, lalu mereka berdua terus diazab sehingga Hari
Kiamat.
Rujukan :-Cerita cerita dalam al Quran
Tafsir Ibnu Kathir