And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Thursday, June 16, 2011

Pastikan sempurnakan wudhuk dengan betul

1. Wudhuk merupakan syarat penting bagi mengerjakan solat. Tanpa berwudhuk atau mengambil wudhuk yang sempurna dari segi membasuh bahagian yang ditetapkan, wudhuk akan menjadi tidak sah dan menyebabkan solat kita  juga tidak sah. Pastikan dalam waktu berwudhuk tumit dibasahi air dan disunatkan menggosok dua tumit.

Wudhuk ertinya membasuh anggota yang tertentu dengan air dengan cara dan maksud yang tertentu pula.keutamaan wudhuk adalah sebagaimana yang dnyatakan Nabi saw..


"Dari Abu Hurairah ra. Bahawa Rasulullah saw telah bersabda: "Bila seorang Muslim atau Mukmin berwudhuk, lalu ia basuh mukanya, maka keluarlah dari mukanya semua kesalahan yang dlihat dengan dua matanya bersama air atau akhir titisan air wudhuknya. Maka bila ia basuh tangannya, keluarlah kesalahan yang dibuat oleh dua tangannya bersama air wudhuknya. Maka bila ia basuh dua kakinya keuarlah semua kesalahan, yang dijalankan oleh dua kakinya bersama air atau akhir titisan air wudhuknya, sehingga ia keluar bersih dari segala dosa"

-(HR Muslim)


2. Sebagaiaman dalam rukun wudhu perkara berikut perlu dilakukan dengan sempurnanya:

2.1. Berniat dalam hati berwudhu untuk mengerjakan ibadat solat dan lainnya, sambil mengambil air dengan tangan dan membasuh anggota yang ditetapkan.

2.2. Membasuh muka dengan sempurna. Adapun batas muka itu ialah antara tempat tumbuh rambut kepala dan  hujung dagu (tempat tumbuh janggut) dan antara dua telinga.

2.3. Membasuh dua tangan hingga basah kedua atas siku

2.4. Menyapu sebahagian kepala



2.5. Membasuh dua kaki hingga basah kedua buku lali.

Firman Allah swt dan surah Al-Maidah:6:

"Hai orang-orang yang beriman! Bila kamu hendak megerjakan solat, maka basuhlah mukamu dan dua tanganmu hingga kedua mata siku dan sapulah kepalamu dan kedua kakimu hingga dua buku lali"

2. 6. Tertib, ertinya mendahulukan mana yang patut didahulukan.


3. Syarat-syarat sah wudhuk ialah:

3.1. Dikerjakan dengan air mutlak seperti air untuk bersuci pula.

3.2. Mengalirkan air di atas anggota yang dibasuh

3.3. Bahwa tidak ada pada anggota sesuatu yang dapat merubah air, iaitu perubahan yang merosakkan nama air mutlak tu.

3.4. Bahawa pada anggota tidak ada sesuatu yang menghalangi antara air dan anggota yang dibasuh.

3.5. Bahawa dilakukan wudhukitu sesudah masuk waktu bagi orang yang berhadas (kentut atau kencing umpamanya).

4, Antara sunat berwudhuk ialah.

4.1. Membaca bismillah... dengan menganbil air untuk membasuh muka, sambil berniat wudhuk.

4.2. membasuh dua telapak tangan

4.3. mencelah-celah anak jari

4.4. Beristinjak ertinya memasukkan nair ke dalam lubang hidung selain waktu berpuasa.

4.5.Berkumur-kumur sambil bersuci atau menggosok gigi

4.6. mendahulukan membasuh ynag kanan dari yang kiri.

4.7. Menggeraakkan cincin yang dipakai di jari (jika memakai cincin)

4.8. Membsuh anggota wudhuk 3 kali

4.9.Menyapu kepala dan kedua telinga luar dan dalamnya.

4.10. Menggosok-gosok janggut kalau ada.

4.11. menggosok-gosok sudut hujung mata.

4.12.membasuh anggota wudhuk dari batas yang wajib,sebab basuhan yang lebih dari batas yang wajib itu akan jadi cahaya di hari kiamat, Yang dinamakan dengan "Ghurrah dan Tahjil"

Sabda nabi saw:

Dari Abu Hurairah ra katanya, Bersabda Rasulullah saw: "Wajahmumu akan bercahaya nanti di hari kiamat disebabkan kesempurnaan wudhukmu, maka sesiapa di natara kamu yang kuasa, hendaklah memanjangkan ghurrah dan tahjilnya"

-(HR Bukhari dan Muslim)

4.13. menggoso-gosok anggota wudhuk.

4.13. jangan berkata-kata kalau tidak perlu, mkerana mengikut perbuatan Nabi saw.

4.15. membasuh anggota wudhu berturut-turut.

4.16. Berdoa setalah selesai wudhuk seperti;

Dari Umar ra dari Nabi saw bersabda:

"Apabila ada salah seorang di antara kamu yang berwudhu bahawa tidak ada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi, bahawa Muhamad itu hambaNya dan RasulNya". Maka dibukakan baginya beberapa pintu syurga yang lapan yang akan dimasukkinya dari mana sahaja dia kehendaki".



hikmah wuduk dari sudut sains



Sesungguhnya setiap syariat yang difardukan ALLAH kepada manusia mempunyai rahsia yang tersendiri. ALLAH mewajibkan umat Islam berwuduk sebelum melakukan solat, malah umat Islam disunatkan berwuduk dalam banyak keadaan lain seperti ketika ingin membaca Al-Quran, tidur, mandi wajib dan sebagainya.

Mengapakah wuduk begitu dititikberatkan di dalam Islam?? Apakah rahsia yang tersirat di sebalik perlakuan berwuduk?

Mari kita menyingkap hikmah berwuduk dari teropong sains dan kesihatan.

Dr. Magomed Magomedov dari Department of Man's Hygiene and Ecology di Akademi Perubatan Daghestan State telah menulis satu artikel yang bertajuk "Muslims Rituals and their effect on the person's health" (Ibadah Muslim dan kesannya ke atas kesihatan seseorang). Di dalam artikel tersebut, beliau menyatakan bahawa berwuduk dapat merangsang pusingan biologi manusia dengan cara merangsang kawasan-kawasan tertentu yang dikenali sebagai Kawasan Aktif Biologi atau Biological Active Spots. Menurut beliau, bangsa Cina banyak mengkaji tentang ilmu sains refleksologi dan mereka meyakini jika Kawasan Aktif Biologi dirangsang ia akan merangsang sistem saraf di dalam badan sekaligus memberi kesan yang positif terhadap kesihatan seseorang.

Mengikut ilmu perubatan Cina, badan manusia mempunyai lebih kurang 700 Kawasan Aktif Biologi dan 66 daripadanya memberi kesan positif yang segera sekiranya dirangsang. Apa yang menakjubkan ialah 61 daripada 66 kawasan tersebut berada di kawasan wuduk utama orang Islam. Lima lagi berada di kawasan di antara buku lali dan lutut iaitu kawasan yang disunatkan berwuduk. Berhubung dengan kawasan yang khusus (antara buku lali dan lutut) ini, Muslim meriwayatkan sabda Nabi yang bermaksud: "Sesiapa yang mampu di antara kamu maka hendaklah dia memanjangkan ghurrah dan tahjeelnya."

Ghurrah bermaksud membasuh muka melebihi kawasan muka yang biasa dan tahjeel pula bermaksud membasuh tangan melebihi siku dan membasuh kaki melebihi kawasan buku lali iaitu di antara buku lali dan lutut. Tafsiran ini disebut di dalam Bustanul Akhbar Mukhtasar Nailul Authar terjemahan A.Qadir Hassan, Mu'ammal Hamidy, Drs. Imron Am dan Umar Fanany B.A. (Pustaka Ilmu, Surabaya).

Selain daripada ibadah, wuduk juga mengandungi penawar yang mampu mencegah pelbagai penyakit. Dr. Magomed Magomedov menyatakan bahawa apabila seseorang menyentuh mukanya semasa berwuduk, ia akan merangsang saraf bagi memberi kekuatan baru (recharge) kepada organ-organ seperti usus, perut, pundi kencing dan sistem peranakan serta saraf. Apabila kawasan kaki kanan dibasuh dan digosok, ia merangsang sistem saraf bagi mengelokkan sistem tulang, usus, pankreas, hempedu, tiroid (thyroid) dan kawasan pinggang (lumbar area). Apabila kawasan kaki kiri dibasuh dan digosok, saraf berperanan untuk mengelokkan kelenjar pituitary dan kawasan otak yang mengawal sistem endokrin.

Di samping itu, Mukhtar Salem menyatakan di dalam bukunya yang bertajuk: "Prayers: A Sport for The Soul and Body" bahawa berwuduk boleh mencegah seseorang daripada mendapat kanser. Hal ini adalah kerana mengikut kajian semasa, salah satu punca kanser ialah bahan kimia yang melekat pada kulit badan seseorang kesan daripada pencemaran yang berlaku pada hari ini. Oleh sebab itu, pembasuhan badan melalui wuduk dapat membersihkan badan daripada kesan pencemaran tersebut.



Benarlah ALLAH itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.. DIA Maha Tahu apa yang terbaik untuk hamba-NYA....
Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts