F yang pertama ialah ‘Food’ atau makanan. Orang Yahudi memang amat menjaga pemakanan mereka, namun kita biasanya asalkan ianya Halal kita bantai sahaja tanpa memikirkan cara pemprosesan makanan itu, siapa yang membuatnya, rupa dan ciri-cirinya dan dari mana bahan mentahnya. Sebagai contoh minuman-minuman berbentuk seperti arak dan beer Halal seperti Barbican dan Istak. Ini secara tak langsung menerapkan sesuatu yang haram kepada halal. Yelah, kenapa perlu nak minum minuman yang kelihatan seperti arak? Berbuih dengan botol yang ada ciri-ciri minuman haram? Kita tak nampak strategi ni, yang kita tahu asal Halal sahaja boleh minum. Kenapa perlu cari minuman yang kelihatan seperti minuman haram yang dihalalkan? Sebabnya supaya kita kurang menitikberatkan isu mencari halal dalam makanan dan minuman kita. Yelah kalau yang haram pun cuba dihalalkan macam minuman-minuman ni tak mustahil kita pun akan cuba menghalalkan produk makanan haram yang lain.
F yang kedua ialah ‘Fashion’ atau fesyen. Yang ni pun konsepnya sama jugak, asal bertudung dah mencerminkan Islam, tapi yang peliknya tudung pakai, tapi kain terbelah sana, bonjol sana, bonjol sini. Aku mengaku, aku memang suka tengok perempuan pakai ketat-ketat dan jarang-jarang macam legging atau baju tidur ‘see through’, kalau aku dah kahwin pun aku nak bini aku pakai macam tu, tapi kat rumah la, jangan la keluar rumah pun pakai ketat-ketat dan seksi-seksi. Ya, orang kita memang suka befesyen, cuma fesyen tu tak kena, asyik nak tiru orang barat berfesyen je, diorang bukan beragama Islam, agama mereka tak mewajibkan mereka menutup aurat, kenapa kita tak wujudkan fesyen kita sendiri yang lebih menutup aurat dan menarik agar menjadi ikutan barat pula? Perlu diingat menutup aurat bukan bermakna menutup badan dengan pakaian-pakaian ketat. Memang ada isu mengatakan, kalau tak ikut fesyen susah nak hidup, contoh kalau uniform sesuatu agensi tu mewajibkan pakai skirt ketat macam mana pulak kan? So kita akan pilih untuk mengabaikan tuntutan agama dan ikut undang-undang manusia yang memaksa kita memakai pakaian yang tidak menutup aurat. Persoalannya kenapa kita tak fight untuk agama kita sendiri? Ini secara tak langsung membuatkan orang Yahudi akan bertambah takut dengan umat Islam kerana kita akan fight back kalau undang-undang mereka cuba mencabul kemuliaan agama Islam.
F yang terakhir ialah ‘Fun’ atau hiburan. Tak salah berhibur dalam Islam, tapi janganlah sampai melampaui batas sebagai umat Islam. Zaman sekarang ni terlalu banyak hiburan-hiburan yang melalaikan umat Islam. Dah ambik wudhu’ nak angkat takbir, dengar je rancangan hiburan kegemaran bersiaran di televisyen, sanggup tinggal sejadah nak tengok, last-last dah abis program tu baru la solat balik. Secara tak langsung kita dah bertuhankan hiburan dari bertuhankan Allah s.w.t. Dah nak mengadap Allah dah ni, siap angkat takbir dah nak solat, sanggup lagi memalingkan muka nak tengok hiburan dan artis kegemaran dan kegeraman kita terkinja-kinja atas pentas. Jangan kata hiburan, ada jugak orang dah berdiri atas sejadah nak solat, SMS berbunyi boleh baca dulu SMS tu baru solat, alasannya, takut tak khusyuk dalam solat, senang je nak settlekan masalah tu, jadikan tabiat menutup handphone sebelum masuk masjid, surau atau sebelum berwudhu’. On balik bila dah selesai. Kenapa salahkan khusyuk pulak, seolah-olah khusyuk dalam solat tu beban yang perlu kita tanggung sebab tak baca dulu SMS tu.
So sebagai umat Islam, berhati-hatilah terhadap 3F ni, muhasabah diri setiap malam sebelum tidur, apa yang kita buat pada hari ini. Kalau perasan mana-mana bahagian yang tak elok kita dah terbuat, target supaya ia tak akan berlaku lagi di masa hadapan.
No comments:
Post a Comment