Charles Darwin
Mata
adalah organ yang amat kompleks dan sempurna rekaannya. Ia terdiri
daripada 40 komponen, dan ia tidak dapat berfungsi jika salah satu
daripadanya hilang. Setiap komponen ini mempunyai perincian rumit yang
membuatkannya mustahil untuk ia muncul secara kebetulan. Contohnya, jika
lensa tidak ada, mata tidak dapat berfungsi. Atau, jika lensa dan pupil bertukar tempat, mata tidak dapat berfungsi.
Malah
air mata yang kelihatan seperti cecair ringkas adalah amat penting
kepada mata. Mata yang tidak mempunyai air mata akan kering dan
seterusnya menjadi buta. Lagipun, khasiat antiseptik air mata melindungi
mata daripada kuman.
Struktur mata
Struktur
mata dapat disamakan dengan kereta. Sebuah kereta terdiri daripada
banyak ceraian. Jika semua komponennya telah dipasang tetapi pedalnya
hilang, kamu tidak akan dapat memandunya. Jika salah satu wayar motornya
terputus, kereta tersebut tidak akan dapat bergerak. Mata juga seperti
kereta, ia tidak dapat berfungsi jika salah satu komponennya hilang.
Bagaimanapun,
para penyokong evolusi gagal menjelaskan bagaimana mata terbentuk,
kerana mustahil sebiji mata dapat terbentuk secara kebetulan. Fikirkan,
adakah mungkin 40 komponen berbeza dapat bercantum pada masa dan tempat
yang sama? Ini termasuklah pupil, lensa, retina, kelopak mata, pembuluh
mata, dan lain-lain perlu terbentuk secara kebetulan dan bercantum
dengan sendiri. Sudah tentu ini adalah mustahil.
Jika
kamu melihat sebuah kereta ketika kamu berjalan-jalan di dalam hutan
dan bertanya bagaiman kereta ini boleh berada di sini, seseorang
memberitahu kamu bahawa beberapa bahan daripada hutan telah bercantum
dan membentuk kereta ini, adakah kamu akan mempercayainya? Apakah
seseorang itu waras sekiranya dia mempercayai bahawa motor, pedal gas,
stering, brek kaki, brek tangan, cermin hadapan, rangka dan
bahagian-bahagian lain kereta dapat muncul secara mendadak dan bercantum
untuk membentuk sebuah kenderaan?
Struktur
mata lebih rumit dan sempurna daripada sebuah kereta. Oleh itu kita
perlu mempersoalkan kesihatan mereka yang mendakwa mata terbentuk secara
kebetulan. Darwin sendiri tidak dapat memahami bagaimana mata dapat
muncul dan dia berkata, "Saya masih ingat apabila memikirkan tentang mata, ia membuatkan saya merasa seram sejuk".
(Norman Macbeth, Darwin Retried: An Appeal to Reason, Boston; Gambit,
1971, muka surat 101) Pencipta teori ini tidak dapat membantu untuk
menjelaskan tentang kesempurnaan struktur mata.
Kecantikan yang mempunyai penciptanya
Darwin
juga tidak mahu memikirkan tentang bulu burung merak. Pernahkah kamu
mengkaji dengan terperinci bulu seekor burung? Bulu burung mempunyai
ciri-ciri amat kompleks untuk membantunya terbang. Setiap bulu burung
ini pula mempunyai warna yang berbeza dan kita gemar melihatnya.
Contohnya, bulu burung merak sangat cantik sehingga manusia
menjadikannya subjek lukisan atau kanvas pin renda.
Struktur bulu burung yang unik
Bagaimanapun,
terdapat seorang yang amat tidak menggemarinya, terutama bulu burung
merak. Beliau ialah Charles Darwin. Kerana Darwin percaya bulu burung
merak terbentuk secara kebetulan. Tetapi, ia terlalu cantik sehingga
menyukarkan orang lain menerima bahawa ia terbentuk secara kebetulan.
Darwin menerangkan tentang bulu ini, "Sekarang, memikirkan tentang
struktur-strutur khusus sering menyebabkan saya tidak tenteram. Petanda
yang terdapat pada bulu ekor merak, setiap kali saya melihatnya,
membuatkan saya pening".
Penulis ialah Harun Yahya/Adnan Oktar (Kaum-kaum Yang Pupus, Penipuan Evolusi, Relativiti Masa dan Hakikat Takdir). Dipetik daripada buku Keajaiban Ciptaan Allah.
No comments:
Post a Comment