Selepas Cincin Rosmah RM73.45 Juta, Berapa Pula Harga Gelang Tangan Rosmah ini ?
Free Malaysia Today hari ini melaporkan tentang suatu lagi pemilikkan Imelda Rosmah, kali ini, gelang tangan Rosmah. Semalam banyak blog dan web telah mempersoalkan cincin berlian bernilai rm73.45 juta yang dibeli Rosmah dari Jacob & Co, berpusat di New York, Amerika Syarikat.
Hari ini, Blog “Semut Dan Papan Kekunci” telah memuatkan gambar-gambar gelang tangan Rosmah, dimana ia menyerupai “koleksi Zebra Safari” yang didapati dilaman web Jacob & Co., yang berpusat di New York dan mempersoalkan nilai barang-barang kemas tersebut. Laman web tersebut mencatatkan barang kemas tersebut adalah seberat 65.77 karat dalam 18k emas putih.
Apabila FMT memeriksa harga barang kemas tersebut dengan peniaga barangan kemas tempatan, mereka berpendapat bahawa ia mungkin melebihi rm100 ribu lebih sekarat!
Mereka juga berpendapat harga tersebut mungkin jauh lebih tinggi berdasarkan jenama barang kemas tersebut.
(FMT kemudian telah mendapatkan harga bagi sepasang gelang tersebut dari Jacob & Co. melalui E-mail. Jacob & Co. menjelaskan, harga bagi gelang tersebut ialah RM1.6 juta)
Selain itu, blogger tersebut juga mendapati syarikat Jacob & Co. adalah milik yahudi yang bernama Jacob Arabo ! Suami Rosmah, Najib Tun Razak telah mengkritik Anwar Ibrahim sebagai talibarut Yahudi, namun, isterinya pula mengkayakan peniaga yahudi!
Dalam perkembangan lain, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), telah membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat tentang cincin Rosmah yang bernilai RM73.45 juta.
Kini, Rosmah perlu segera menafikan atau memperjelaskan kedudukan barang-barang kemas tersebut. Sekiranya Rosmah mengakui bahawa beliau memang memiliki barang kemas tersebut, sila nyatakan duit siapa yang digunakan bagi membelinya.
Sekiranya dibeli dengan duit sendiri, jelaskan dari mana Rosmah mendapat duit yang begitu banyak. Sekiranya dihadiahkan, sebutkan sebab apa seseorang perlu menghadiahkan beliau barangan mewah yang begitu mahal, kerana, kontrek, tender?
Kalau cincin dan gelang tangan Rosmah sahaja bernilai rm100 juta, berapakah keseluruhan nilai harta dan kekayaan keluarga Najib sebenarnya. Mungkin menyamai Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud !

No comments:
Post a Comment