
Satu hari di majlis hi-tea Inter Faith Gathering di sebuah restoran mamak……
Missionary : Mengapa orang Islam, dia sembah kotak hitam ?
Pendakwah : Salah tu bro. Umat Islam sembah ALLAH bukan kotak hitam.
Missionary : Bukankah orang Islam sembah menghadap ke Kaabah, satu kotak berwarna hitam ? Apakah ALLAH itu dalam Kaabah ?
Belum sempat pendakwah menjawab …. Handphone N95 missionary berbunyi
….. Missonary menjawab panggilan telefonnya …. Pendakwah sabar menanti
….. Setelah Missionary selesai menjawab panggilan di N95-nya, dia
merenung kepada Pendakwah …. Pendakwah tersenyum ….
Missionary : Mengapa tersenyum ? Bila awak hendak jawab soalan saya ?
Pendakwah : Erm … perlukah saya menjawab soalan awak ?
Missionary : Awak tak ada jawapan ?
Pendakwah : Bukan itu maksud saya. Tadi saya cuba gunakan teori yang
awak gunakan untuk membuat soalan yang awak ajukan kepada saya. Saya
dapati awak kurang siuman.
Missionary : Mengapa awak caka begitu ?
Pendakwah : Tadi saya lihat awak bercakap seorang diri, ketawa dan
tersenyum seorang diri. Dan awak mencium handphone tu sambil cakap “I
love you mom” …
Missionary : Saya bukan cakap seorang diri. Saya bercakap dengan emak saya. Dia yang telefon saya tadi.
Pendakwah : Mana ada emak awak. Saya tak nampak pun emak awak.
Missionary : Emak saya di Penang. Dia telefon saya, saya jawab gunakan
telefon. Apa masalahnya ? (Nada suara Missionary semakin tinggi dan
marah). Takkan itu pun awak tak boleh hendak fikir ?
Pendakwah : Boleh saya tengok handphone awak ?
Missionary menghulurkan N95nya kepada Pendakwah. Pendakwah mengambi N95
tersebut….. Pendakwah membelek-belek N95 tersebut …. Pendakwah
menggooncang-goncang N95 tersebut sambil mengetuk-ngetuk N95 tersebut
ke muka meja … Lantas …. Pendakwah menghempaskan sekuat hati N95
tersebut ke lantai ….. bersepaiiiiiiiiii …..
Merah padam muka Missionary menahan marah.
Pendakwah merenung muka Missionary sambil tersenyum ….
Pendakwah : Mana emak awak ? Saya tengok tak da pun. Saya pecahkan handphone ni pun tak da emak awak dalam handphone.
Missionary : MENGAPA AWAK NI BODOH SANGAT ? Teknologi komunikasi sudah
maju. Kita boleh berhubung jarak jauh menggunakan talian telefon dan
teknologi wireless. Awak tak guna otakkah ?
Pendakwah :
Alhamdulillah (sambil tersenyum) …. Begitu juga halnya dengan ALLAH.
Umat Islam menyembah menghadap Kaabah, bukan bermakna umat Islam
menyembah Kaabah. Tetapi umat Islam menyembah atas arahan ALLAH. ALLAH
mengarahkan umat Islam untuk sembahyang, kena menghadap Kaabah. Ini
juga bukan bermakna ALLAH itu ada dalam Kaabah.
Begitu juga
dengan awak dan telefon. Emak awak menelefon awak menggunakan handphone
Nokia N95, ini bukan bermakna emak awak ada dalam N95 tu. Tetapi
Syarikat telekomunikasi menetapkan peraturan, kalau hendak cakap dengan
emak melalui telefon kena dail nombor awak, barulah talian akan
bersambung antara awak dan emak awak, dan awak boleh berbual melalui N95
walaupun emak awak tiada dalam handphone tu.
Kemudian
Pendakwah bangkit dari kerusinya, mengeluarkan wallet, dan menghulurkan
RM 1500 kepada Missionary … Nah ini duit untuk awak beli N95 yang baru
…. Pendakwah terus meninggalkan Missionary yang masih kelihatan confuse
…. Mungkin dia bingung. Bingung kerana Islam mempunyai jawapan kepada
segala persoalan berbanding agamanya ……