Abu Hurairah r.a mengkhabarkan bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: ”Solat berjamaah lebih utama daripada solat sendirian sebanyak dua puluh lima kali ganda. Para malaikat malam dan para malaikat siang berkumpul bersama ketika solat fajar. Kemudian Abu Hurairah berkata:” Jika kamu suka, bacalah ayat al-Quran sesungguhnya bacaan waktu fajar disaksikan oleh para malaikat.”
(al-Bukhari)
Huraian Ibadah yang dilakukan bertepatan dengan kehendak syarak akan mendapat pahala yang dijanjikan. Sementelah pula jika ia dibuat pada waktu-waktu sunat maka akan bergandalah balasannya. Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyatakan bahawa setiap manusia hendaklah berlumba-lumba melakukan kebaikan selama hidupnya kerana tiada siapa yang tahu bilakah akhir usianya. Oleh itu janganlah kita melalaikan waktu-waktu terluang begitu sahaja kerana setiap saat seorang Muslim itu adalah terlalu amat berharga.

No comments:
Post a Comment