And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, May 22, 2011

Pemuda Yang Melarikan Diri Dari Malaikat Maut




Kita tidak dapat lari dari kematian

Kisah ini berlaku semasa zaman Nabi Sulaiman a.s. Pada
suatu hari, Nabi Sulaiman bin Daud a.s mengadakan

sebuah majlis keramaian dan menjemput semua rakyat

baginda untuk menghadiri majlis itu. Ketika majlis

itu sedang berlangsung, terdapat seorang pemuda yang

sedang mengambil makanan.
Tiba-tiba dia terperasan yang seseorang yang tidak 
dikenali sedang merenungnya dengan pandangan yang

begitu tajam sekali. Pemuda itu menjadi begitu risau

dan hilang selera makannya. Ketika hendak pulang 

ke rumah, pemuda tersebut disapa oleh tuan rumah; 

iaitu Nabi Sulaiman a.s. Lalu dia pun menceritakan 

kisahnya bertemu dengan seseorang yang memandang

tajam terhadapnya. 

Lalu Nabi Sulaiman dengan tenang mengatakan bahawa itu
adalah malaikat Izrail. Pemuda itu dapat 

merasakan bahawasanya Malaikat Maut telah datang

untuk mencabut nyawanya. Lalu dia meminta Nabi Sulaiman

agar menghantarnya ke sebuah pulau yang jauh lagi

tidak berpenghuni dan tidak diketahui oleh seorang

pun, dengan harapan Malaikat Maut tidak dapat 

mencarinya. Maka Nabi Sulaiman dengan kemampuannya

telah mengarahkan angin untuk menghantar pemuda 

tersebut ke pulau yang diminta.

Apabila sampai di pulau tersebut, pemuda itu begitu 
gembira kerana telah berjaya lari daripada maut. 

Tetapi, ketika mana dia menoleh ke belakang, dia

terkejut besar apabila mendapati Malaikat Maut

telah tercegat di belakangnya! Dengan perasaan 

berputus asa, dia bertanya kepada Malaikat Izrail 

mengapakah dia merenungnya tajam ketika dalam 

majlis Nabi Sulaiman.

Maka Malaikat Izrail menjawab, sebelum dia berjumpa
dengan pemuda itu di dalam majlis tersebut, Malaikat

Izrail telah mendapat perintah daripada Allah ‘azza 

wa jalla untuk mencabut nyawa pemuda itu di sebuah pulau

yang jauh dan tidak berpenghuni, iaitu di pulau yang

sedang mereka berdiri ketika itu. Apabila dia

bertemu dengannya dalam majlis tersebut, Malaikat

Izrail menjadi begitu hairan kerana pemuda itu 

berada di majlis tersebut sedangkan dia ( Izrail ) 

dititahkan untuk mencabut nyawanya di sebuah tempat

yang begitu jauh daripada tempat majlis itu 

berlangsung dalam masa beberapa minit lagi. 


Malaikat Izrail tertanya-tanya bagaimana mungkin 
pemuda itu dapat pergi ke tempat yang begitu jauh 

dalam masa yang cukup singkat. Namun, apabila Malaikat

Izrail sampai di pulau di mana dia perlu mencabut

nyawa pemuda itu, didapati pemuda tersebut telah 

berada di 
pulau itu. Maka mudahlah kerjanya. Barulah
pemuda iu sedar bahawasanya Allah s. w. t. itu Maha

Berkuasa dan maut itu akan merenggut kita di mana 

jua kita berada.

Best Blogger Tips

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts