Konkrit ialah bahan binaan yang sudah wujud dari zaman
Mesir lagi. Tapi seperti yang kita sedia maklum tamadun
Rom ialah tamadun yang menggunakannya secara ekstensif. Hingga hari ini anda boleh melihat
Pantheon, bangunan berusia hampir
2000 tahun yang dibina dari konkrit. Konkrit ialah bahan binaan yang banyak digunakan kerana ianya tahan lasak. Masalah utama konkrit ialah ianya bahan binaan yang boring. Dengan sebab itulah
LiTraCon dicipta oleh
Aron Losonczi seorang jurubina dari
Hungary. LiTraCon ialah singkatan kepada Light Transmitting Concrete. Ianya telus cahaya tidak seperti konkrit yang kita biasa gunakan dalam pembinaan. Aron Losonczi membesar di Hungary yang dulunya sebuah negara
Blok Timur. Negara blok timur banyak dibina menggunakan konkrit kerana ianya murah dan low tech. Akibatnya kebanyakkan bangunan di Budapest nampak monyok, suram, bosan dan gelap. I think the same applies to buildings in
Pyongyang and old
Moscow. Damned commies!
Oleh sebab itulah Aron Losonczi merasakan pasti ada cara untuk membuatkan konkrit menjadi bahan binaan yang lebih menarik. Dengan menggunakan gentian optik sebagai agregat didalam bancuhan konkrit (instead of batuan kecil), LiTraCon menjadi telus cahaya. Kalau dulu bangunan konkrit memerlukan lampu bagi mencahayai ruangan dalaman kini tidak lagi. Ini bukan sahaja menjadikan bangunan lebih ceria malah menjimatkan penggunaan elektrik di siang hari. Eco Friendly yeah!
No comments:
Post a Comment