And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Friday, August 5, 2011

Lebih Mengelirukan Berbanding Perlakuan Entiti Paranormal UPDATED (Komen DAN Gambar Tambahan)

oleh MAzidul

Jam 5.30 petang tadi saya berkunjung ke Bazar Ramadhan, Seksyen 7, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Bazar Ramadhan membuka peluang kepada penduduk tempatan mencari rezeki di bulan mubarak. Peniaga bertungkus-lumus menjual pelbagai jenis makanan dan minuman. Barangkali keuntungan harian diraih tidak mencecah ribuan ringgit tetapi mencukupi untuk menambah rezeki keluarga.


Mereka bukan berniaga secara semberono, lesen perniagaan dikeluarkan secara sah oleh Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Ada harinya mereka untung, mungkin ada hari tertentu mereka kerugian.

Begitulah adat peniaga. Ringkasnya, setiap hari di bulan mulia ini, mereka sentiasa bekerja keras mencari rezeki secara halal.


Hampir jam 6 petang, saya terlihat kelibat pengemis duduk tenang di tengah laluan bazar Ramadhan.  Sewaktu saya menghampirinya dia berkata ...

"Kemboja! Kemboja!"

Biarpun hanya menggunakan bahasa isyarat, dia mendakwa kakinya kudung akibat terkena jerangkap samar di negara asal.


Sewaktu saya mula merakamkan gambar, dia kelihatan kurang selesa. Apabila ditanya berhubung tempat tinggal dan usianya, dia gagal berkongsi informasi terbabit berikutan kekangan bahasa.

Beberapa minit kemudian, dia mula bergerak, rentetan gambarnya saya rekodkan berikutan desakan hati kecil.


Pasti ramai berasa simpati melihat pengemis terbabit ketika dia cuba menyeberangi longkang kecil. Papan gelungsur buatan tangan terpaksa diangkat terlebih dahulu sebelum dia mengesut perlahan.

Ketika itu saya yakin, dia tidak menyedari setiap pergerakannya saya rakamkan dari jarak jauh.


Sewaktu beredar dari bazar, dia sempat berhenti di hadapan deretan kedai untuk mengira hasil kutipannya sejak awal petang. Perlahan tetapi berhati-hati, dia kemudian bergerak ke arah belakang kedai.

Saya mengekorinya dari jauh sambil terus merakamkan gambar.


Islam pada dasarnya tidak menggalakkan penganutnya hidup secara meminta-minta. Bagaimanapun melihatkan kecacatan lelaki itu, ramai pengunjung bazar tanpa teragak-agak menghulurkan derma seikhlas hati kepadanya. Ramadhan, sesungguhnya bulan untuk kita bersedekah.

Ops! Terlebih dahulu, mari bersama kita perhatikan gambar di bawah secara teliti.


Menarik? Pelanduk dua serupa?

Tumpukan perhatian kepada lelaki berbaju belang kelihatan berjalan laju ketika gambarnya saya rakamkan.

Ya, kejadian pelik.

Perangai manusia kekadang lebih mengelirukan berbanding perlakuan entiti paranormal pernah saya rakamkan sebelum ini. 

Saya difahamkan, dia datang mengemis di bazar terbabit menaiki teksi tetapi ketika gambar direkodkan, dia tidak menuju ke arah jalan utama atau perhentian kenderaan.


Sewaktu dia menghampiri van rosak diparkir, saya tercegat berdiri di hadapannya. Biarpun tersentak, dia tetap menguntumkan senyuman.


Papan gelungsur sebelum itu digunakannya dimasukkan ke dalam beg di capai dari bawah van. 

Tadaaaaaaaaaa!


Dia kemudian saya  'jemput' untuk kembali semula ke bazar tetapi kali ini lengkap berkaki. Melihat senyumannya sambil berdiri seperti manusia lain, beberapa peniaga kelihatan terpaksa menahan perasaan geram mereka.


Jam 6.28 petang, tiba-tiba dia mengeluarkan telefon bimbitnya sekaligus menghubungi seseorang. Malangnya, bahasa komunikasi mereka tidak langsung saya fahami. 


Saya kemudian meminta pengemis itu menunjukkan kepada orang ramai, wang hasil kutipan di antara jam 4 dan 5.30 petang. Tanpa membantah, dia mengeluarkan beg kain selempang dari dalam bajunya.


Dia memerhatikan 2 remaja terbabit mengira wang terbabit, hasil simpati pengunjung melihat kaki kudungnya. 

"Enam puluh ringgit, kalau campur duit syiling lebih lagi," ujar remaja berbaju merah.


Itu jumlah 'gajinya', diraih kira-kira dalam tempoh 90 minit sahaja. Jumlah mungkin tidak mampu diraih peniaga tempatan dalam tempoh sama.


Melihat kopiah disumbatkan di poket lelaki itu, saya kemudian membacakan keretan terawal Al-Fatihah dan menyuruh dia menyambungnya. Namun dia tidak menunjukkan sebarang reaksi terhadap bacaan Ummul Kitab itu.

Terlintas di fikiran saya, adakah dia beragama Islam?

Mendengar saya membacakan Al-Fatihah, kenalan saya berkebetulan berdiri di kawasan berhampiran tersenyum lebar sambil merakamkan gambar saya dan pengemis terbabit.


Dia kemudian dinasihatkan agar tidak lagi mengulangi perbuatannya, memperdaya orang ramai.


Pengemis itu kemudian dibenarkan beredar.


Kali ini dia berjalan pantas menuju perhentian bas di kawasan berhampiran. Saya terus mengekorinya sambil merakamkan gambar.


Sebaik teksi ditahannya berhenti, dia terus melambaikan tangan kepada saya. Barangkali dia berasa lega terlepas begitu sahaja.


Melihat senyuman bak mengejek lelaki itu, hati tiba-tiba berasa geram, kesabaran saya tercabar. Lalu tanpa henti saya merakamkan gambar warga Kemboja itu.

Saya percaya tindakan itu sekaligus membuatkan pemandu teksi dinaikinya tidak berasa selesa.

"Saya pun tahu dia nak pergi kemana. Dia kata sepuluh, sepuluh," kata pemandu.

Akhirnya, kami difahamkan, pengemis itu menetap di Damansara Damai.

"Saya tak nak bawa dialah," ujar pemandu.

Lantas lelaki itu diarahkan keluar dari teksi.



Sebaik teksi beredar, saya mendekatinya buat kali terakhir. Dia masih tersenyum. Beberapa saat kemudian warna pipi kiri kelihatan berubah merah.


Barangkali akibat dia berasa malu atau kerana terkena tiupan kencang 'bayu senja' bulan Ramadhan.

Untuk rekod, suatu ketika dahulu, warga Kemboja berhijrah ke Malaysia akibat bahana menimpa negara mereka. Sebilangan warga sama, kini kaya raya, hidup aman dan tenteram berkongsi negara ini bersama kita.

Kita akur, majoriti rakyat Malaysia pemurah tetapi usah sampai kita diperkotak-katik dan diperbodohkan di hadapan mata.

Bertindaklah apabila difikirkan wajar, bukan sepi membisu seribu bahasa. Best Blogger Tips

Al-Quran Menjelaskan Fenomena Kini


Pengenalan

Sekiranya kita betul-betul mengkaji ayat-ayat Al-Quran memang tidak syak dan ragu-ragu lagi bahawa “Al-Quran menjelaskan segala-galanya” 

Dan (ingatkanlah tentang) hari Kami bangkitkan dalam kalangan tiap-tiap umat, seorang saksi terhadap mereka, dari golongan mereka sendiri dan Kami datangkanmu (wahai Muhammad) untuk menjadi saksi terhadap mereka ini (umatmu) dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayat petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang menggembirakan, bagi orang-orang Islam.
(An-Nahla 16:89)

Bahkan “tidak ada apa-apa yang tertinggal (semuanya terkandung) di dalam Al-Quran”

Dan tidak seekor pun binatang yang melata di bumi dan tidak seekor pun burung yang terbang dengan kedua sayapnya, melainkan mereka umat-umat seperti kamu. Tiada Kami tinggalkan sesuatu pun di dalam kitab Al-Quran ini; kemudian mereka semuanya akan dihimpunkan kepada Tuhan mereka (untuk dihisab dan menerima balasan).
(Al-An’am 6:38)

Al-Quran menjelaskan tentang ilmu ICT, sistem pentadbiran, pembinaan prasarana, cara mendidik dan berfikir, dan segala fenomena yang berlaku seperti bagaimana matahari naik dari barat, dan kenapa berlaku kehilangan lebah madu.

Al-Quran Menjelaskan Technology ICT

Al-Quran telah menjelaskan ilmu ICT sejak 1400 lagi. Misalnya pada surah Az-Zaariyat (51:1-11). 

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya; (1) Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki); (2)Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya; (3)Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya; (4) (Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar; (5) Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku. (6) Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya, (7) Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w). (8) Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran). (9) Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja, (10) (Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan). (11)
Az-Zaariyat (51:1-11)

Terdapat sebelas ayat berturut-turut yang tersusun rapi yang menjelaskan dengan terperinci teknologi komunikasi tanpa wayar termasuklah menjelaskan kesan kepada otak dan pemikiran manusia. Adakah ini satu kebetulan? Atau adakah Nabi Muhammad SAW pernah belajar ICT?

Fenomena Kehilangan Koloni Lebah-madu Menakutkan

Sekarang para saintis barat kebingungan kenapa secara tiba-tiba boleh berlaku ‘kehilangan’ koloni lebah-madu di 4 buah benua dan mengesyakki pencemaran elektromagnetik dari penggunaan telefon bimbit sebagai penyebab utama. Kenapa frekuensi rendah seperti 60Hz dan 250Hz mengganggu perjalanan lebah-madu sehingga tersesat dan tidak dapat kembali ke sarang masing-masing? Kenapa Al-Quran jelaskan lebah-madu telah dikhaskan “jalan-jalan”nya (16:69)

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.
(An-Nahla : 69)

Dan sarang-sarangnya mestilah di tempat tinggi (16:68)

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.
(An-Nahla : 68)

Untuk lebih memahami sila rujuk : Urutan Perkataan madu di Dalam Al-Quran

Quran Jelaskan Penyakit Barah

Makan kurma bersama anggur baik untuk mencegah barah

Selain dari kehilangan koloni lebah-madu, para saintis juga bimbang terhadap kesan pencemaran radiasi elektro-magnetik seperti dari penggunaan telefon bimbit, Wi-Fi, Wi-Max, lampu penjimatan tenaga, dan perkakasan elektrik kerana telah menyebabkan sel-sel DNA rosak, berlaku ketidakseimbangan iron (besi), ion, dan kalsium dalam sel-sel badan. Kenapa Al-Quran menyuruh manusia memakan kurma bersama anggur? Kajian mendapati kurma banyak mengandungi zat besi, dan zat besi dalam buah hanya dapat diserap apabila dimakan dengan vitamin C. Begitu juga kalenjar pinil yang merembes hormon melatonin mengandungi banyak galian besi, dan hormon melatonin ini adalah juga antioxidan yang boleh mencegah barah. Adakah Nabi Muhammad SAW seorang pakar pemakanan dan pakar perubatan?

Allah Melarang Berfikir Cara Induktif

Allah memperli manusia yang menukar cara berfikir dari deduktif kepada induktif, kononnya idea dan pemerhatian mereka lebih hebat dari Al-Quran (10:35-37)

Bertanyalah (wahai Muhammad): Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dengan memberi petunjuk kepada kebenaran? Katakanlah: Allah jualah yang memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran; (kalau sudah demikian) maka adakah yang dapat memberi hidayat petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah dia diberi hidayat petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)? (35) Dan kebanyakan mereka, tidak menurut melainkan sesuatu sangkaan sahaja, (padahal) sesungguhnya sangkaan itu tidak dapat memenuhi kehendak menentukan sesuatu dari kebenaran (iktiqad). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan. (36) Dan bukanlah Al-Quran ini sesuatu yang boleh diada-adakan oleh yang lain dari Allah; tetapi Al-Quran itu diturunkan oleh Allah untuk membenarkan Kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan untuk menjelaskan satu persatu hukum-hukum Syarak yang diwajibkan (atas kamu); tidak ada sebarang syak dan ragu-ragu pada Al-Quran itu tentang datangnya dari Allah, Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan sekalian alam. (37)
(Yunus:35-37)

Kemudian pada ayat 8:53, Allah melaknati umat Islam sebab mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka (cara berfikir). Adakah ini bermakna umat Islam terhina sebab dilaknati Allah kerana mereka telah mengubah apa yang ada dalam diri mereka?

Kenapa manusia sekarang tidak lagi pandai “berfikir dua kali”? Misalnya bila kita melarang merokok ada yang menjawab “semua kawan-kawan saya merokok, tak ada pun yang kena barah?” Bila ditanya kenapa perlu berbelanja besar untuk mencantikkan kubur, dia jawab “Hai, orang kristian boleh ada kubur cantik, orang cina ada kubur cantik, orang india ada kubur cantik, malulah kita orang Islam tidak ada kubur cantik!”. Ini adalah contoh-contoh berfikir cara induktif yang dilarang dalam Al-Quran (6:115-116).

Dan telah sempurnalah Kalimah Tuhanmu (Al-Quran, meliputi hukum-hukum dan janji-janjiNya) dengan benar dan adil; tiada sesiapa yang dapat mengubah sesuatupun dari Kalimah-kalimahNya dan Dialah yang sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Mengetahui. (115) Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. (116)
(Al-Anaam:115-116)

Otak dan Komputer “berfikir” secara Deduktif

Tahukah anda perisian komputer tidak akan berjaya jika dibina dengan metod induktif? Hanya deduktif metod sahaja yang berjaya bangunkan sistem berkomputer. Kenapa teori-teori sains tidak akan diterima selagi tidak dibuktikan secara deduktif? Kenapa para pemikir pada zaman kegemilangan Islam berfikir secara deduktif (ahli astronomi, matematik, dan sebagainya).

Kenapa Al-Quran menyuruh khusyuk dalam solat (4:43)?

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci dan jika kamu sakit atau sedang dalam musafir atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah (debu) yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun.
(An-Nisa:43)

Apa kaitan khusyuk dengan “consciousness” (tahap sedar), tenaga elektromagnetik, sel-sel otak, dan cara berfikir? (rujuk: solat dan Gelombang Theta)

Otak “berfikir” Menggunakan Elektromagnetik

Pada 2002, Johnjoe McFadden mengemukakan teori “CEMI field” yang mengatakan otak manusia “berfikir” dengan cara menggunakan elektromagnetik field. Kenapa teori ini hampir sama dengan teori Al-Quran . Adakah ini satu kebetulan, atau McFadden pernah mengkaji Al-Quran?

Matahari Terbit Dari Barat Sebab Bulan Merekah?

Saintis barat telah membuat beberapa teori tentang “Matahari Terbit dari Barat” dan Al-Quran juga ada teorinya. Al-Quran mengatakan ianya berpunca dari bulan merekah (lanjut di sini: Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat), kemudian bumi jadi tertonggeng iaitu kutub utara jadi selatan, dan selatan jadi utara (15:74).

Maka Kami jadikan negeri kaum Lut itu tunggang-balik (tertimbus segala yang ada di muka buminya) dan kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar.
(Al-Hijr:74)

Apabila dikaji secara saintifik ianya amat logik sebab bumi adalah satu magnet besar, dan bulan pula apabila merekah akan memancar tenaga elektrik ke arah bumi.

Sistem Pentadbiran Islam

Al-Quran juga memberi panduan yang jelas bagaimana hendak mentadbir negara. Misalnya, perkara pertama yang perlu dibuat ialah membina prasarana (22:41)

Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.
(Al-Hajj:41)

Dan mengadakan potfolio seperti Khalifah, mufti, imam, ulul-albab, saabiqun bil-khairat, al-mutawassimin, dan para amil (pengurus zakat). Kemudian mewajibkan KPI “Amalan Pembaikkan” (41:33).

Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)
(Fussilat:33)

Tahukah anda siapa dan apa tugas Saabiqun Bil-Khairat, dan siapa dia Al-Mutawassimin?

Siapa Yang Sebenarnya “AMIL”?

Siapa sepatutnya yang menjadi Amil, orang yang mengutip wang zakat atau orang yang membahagi wang zakat? Kenapa “Amil” dimasukkan ke dalam 8 asnaf? Kenapa para amil dikira orang yang susah? Adakah sebab dia duduk di masjid mengutip wang zakat atau sebab terpaksa turun padang mencari 7 asnaf yang lain? Kenapa para amil mesti tahu dan mengenali mereka? Mesti tahu masalah dan keperluan orang-orang susah seperti membaiki atap bocor, meyediakan air bersih, memastikan kesihatan terjaga, memastikan ada makanan untuk anak-anak, dan sebagainya?

Kenapa Amil mesti mengkaji dan menganalisa trend 7 asnaf; adakah tahap kesusahan menaik atau menurun, jika menaik kenapa? adakah sebab gaji kecil dan anak ramai, atau harga barang melambung naik. Tidakkah ini satu pekerjaan yang tersangat susah dan rumit (tetapi amat strategik)? Tidakkah ini satu sistem pentadbiran yang sangat baik, adil, cekap dan sistematik?

Amalan Solehan

Di Amerika Syarikat konsep “amalan solehan” dikenali sebagai “continous improvement” dan di Jepun di kenali sebagai “Kaizen”. Amerika mengamalkan “Continous Improvement” boleh menjadi negara termaju dan kuasa ekonomi terbesar dunia. Jepun mengamalkan “Kaizen” menjadikan negara ke dua termaju. Kenapa umat Islam yang memperkenalkan konsep ini menjadi antara negara yang termundur?

Al-Quran mendefinasikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai sebarang pekerjaan yang boleh menambah-baik sesuatu keadaan seperti bergaul dan mengembirakan anak-anak yatim (2:220).

Mengenai (urusan-urusan kamu) di dunia dan di akhirat. Dan mereka bertanya lagi kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (masalah) anak-anak yatim. Katakanlah: Memperbaiki keadaan anak-anak yatim itu amatlah baiknya dan jika kamu bercampur gaul dengan mereka (maka tidak ada salahnya) kerana mereka itu ialah saudara-saudara kamu (yang seagama) dan Allah mengetahui akan orang yang merosakkan (harta benda mereka) daripada orang yang hendak memperbaikinya. Dan jika Allah menghendaki tentulah Dia memberatkan kamu (dengan mengharamkan bercampur gaul dengan mereka). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
(Al-Baqara:220)

Atau mereka-cipta sesuatu peralatan atau perubatan yang canggih lagi hebat seperti memulihkan wanita mandul supaya dapat hamil (21:90).

Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
(Al-Anbiya:90)

Al-Quran juga menjelaskan setiap orang yang mengaku Islam mestilah menjadikan “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI (key performance indicator) dalam hidup mereka. Malah Al-Quran meletakkan syarat kepada setiap pemimpin Islam supaya menjadi “pekerjaan pembaikkan” sebagai KPI sekiranya untuk terus diangkat jadi pemimpin.

Kenapa Umat Islam Tidak Menjana Ilmu?

Statistik dunia menunjukkan umat Islam hanya mengeluarkan kira-kira 3% ilmu saintifik, itu pun yang bermutu rendah. Kenapa jadi begini? Kenapa umat Islam tidak mahu mengkaji dan mengeluarkan ilmu dari Al-Quran?

Best Blogger Tips

Rendahnya Jihad kita


Assalamualaikum. 

Saya baru sahaja membaca satu artikel.Artikel yang bertajuk Gambar-Gambar Pertempuran Terbaru Di Palestin.

Ada beberapa gambar diletakkan di situ.


Rakyat Palestin melemparkan batu ke arah pasukan Israel di Jerusalem Timur pada Selasa, 16 Mac, sebagai sebahagian dari protes, di mana Israel tidak mahu membatalkan rancangan kontroversial mereka membangun 1,600 unit rumah baru. Palestin tak pernah berharap menjadikan Jerusalem Timur sebagai ibukota mereka.

Para demonstran Palestin menolak sebuah kontainer sampah yang mereka gunakan sebagai pelindung selama pertempuran. Lebih dari 40 warga Palestin cedera dalam pertempuran tersebut, dan hanya sembilan orang Israel, menurut Haaretz.

Pasukan polis mengejar seorang demonstran Palestin. Rakyat Palestin juga bereaksi terhadap pembangunan Sinagog Hurva di Yahudi di Kota Lama Jerusalem . Pembangunan ini menurut rakyat Palestin sangat membahayakan Masjid Al-Aqsha berhampirannya.

Seorang polis Israel yang menyamar, menawan seorang remaja Palestin. Beberapa Anggota Arab Israel di Knesset mengecam rancangan bangunan Israel. MK Jamal Zahalka berkata, "Siapapun yang membangun permukiman di Jerusalem sama saja dengan menggali kuburan untuk perdamaian."

Polis perbatasan Israel menangkap seorang pemuda Palestin sewaktu demo di kem pelarian Shufat. Israel memperketat pembatasan terhadap warga Palestin yang akan mengunjungi Temple Mount.

Lihatlah bagaimana mereka, tentara Israel itu memperlakukan rakyat Palestin, pemilik asli tanah yang mereka rebut dan duduki sekarang ini.

Seorang anak Palestin berjalan melewati pasukan Israel selama pertempuran. Jika tidak ada kamera media antarabangsa, anak ini tidak mustahil akan menjadi sasaran juga. 


Sekarang,saya ingin bertanya,kita semua tahu bukan bahawa umat Islam itu bersaudara?

Tetapi,ada beberapa persoalan di sini yang ingin diajukan.

Ya..

Persoalannya,apakah yang kita lakukan pada waktu dan saat ini sementara masih ramai saudara kita yang ditindas pada saat ini?

Mari baca penulisan ini dan muhasabah diri kita.

1) Kita semua tahu bahawa ada saudara kita di dunia sebelah sana yang sedang ditindas, tetapi untuk mengetahui suatu hakikat itu sahaja tiada guna. Kebanyakan dari kita seperti sudah kebal dengan isu ini. Malah, ada masanya di mana kita tidak berminat langsung untuk mengetahui apakah yang berlaku di sana. Lihat sahajalah di dalam surat khabar. Bahagian manakah yang kita baca dahulu? Apakah reaksi kita apabila membaca isu ini?

2) Kita hanya kecoh dengan isu Palestin apabila media-media mula memperbesar-besarkan isu ini. Tidak konsisten. Semasa media mula menghebah-hebahkan isu ini, muncullah golongan di kalangan kita yang baru hendak bangkit memprotes. Tetapi, protes itu tidak lama biasanya. Hanya berbekalkan semangat protes-7-hari, kemudian senyap.

3) Kita juga ada buat kempen boikot. Tetapi, adakah boikot kita itu benar-benarboikot? Atau kita bersikap bias? Cakap sahaja tidak guna. Berkorban dan bersikap seriuslah sedikit dalam melaksanakan kata-kata.

4) Sebenarnya dalam isu ini, emosi tidak boleh digunakan. Ya. Tiada guna langsung emosi itu. Kebanyakan dari kita ,apabila melihat sahaja isu ini dipaparkan di dalam berita (media), segeralah kita menjoin group di Facebook yang berbunyi SAYA BENCI *******. Kemudian, kita mencarut-carut di dalam group itu. Adakah itu akhlak umat Islam? Adakah menyertai group-group buang masa di Facebook dapat mengubah dunia?

5) Sedang saudara kita ditindas, kita menikmati keamanan secara tidak bersyukur. Kita katakan kita saudara mereka, tetapi kita masih menyokong syarikat-syarikat pihak yang menyerang mereka (kritikan kepada diri sendiri juga). Kenapa? Susah sangat ke hendak tegas dalam menyatakan ke-tidak-setuju-an kita? Malah masih ada dari kita yang berbangga lepak StarbucksUrban katanya..

6) Kita juga masih memikirkan model handphone apakah yang mahu ditukar pada esok hari, masih lagi mahu memikirkan kereta apakah yang mahu dibeli. Maksudnya, masih memikirkan bagaimana hendak memuaskan nafsu sendiri pada ketika umat Islam di seluruh dunia ditindas.

7) Agak menghairankan apabila sembahyang pun tidak dijaga, tudung pun tidak dipakai, ada di antara kita mengimpikan menyertai pasukan tentera Imam Mahdi. Begitu konfiden sekali mereka mengatakannya. Tetapi, yang wajib tidak dibuat? Atoi,atoi..Ini menunjukkan bahawa banyak pemahaman pelik-pelik muncul dalam masyarakat kita, kerana kurangnya ilmu. Kita hanya berminat untuk belajar perkara-perkara mistik sahaja. Atau dalam kata lain, perkara fun. Fikirkanlah.

8) Anak muda kita juga hanyut dilanda masalah yang amat besar. Tewas dari pelbagai sudut. Yang menang adalah musuh kita.

9) Tanya diri kita, do we really care about them? Atau sekadar berbicara kosong sahaja. Jangan begitu. Jangan jadi umat yang hanya pandai beretorik.

Apa yang hendak disampaikan di sini adalah, bukannya hendak menyuruh kita mengangkat senjata pergi ke tempat mereka membantu.

Sememangnya sukar bagi kita kerana mereka jauh di sana.

Tetapi,ada perkara yang kita boleh buat. Tahukah anda? Perkara ini sebenarnya tidak payah kita hendak buat campaign besar-besaran, cukuplah mulakan dengan diri kita dahulu. Kemudian, suruh keluarga kita, kemudian jiran kita dan begitulah seterusnya.

Apakah perkara itu?

Kita (umat Islam yang diberikan Allah nikmat keamanan sementara di dunia ini) kembalilah kepada ajaran Al-Quran dan Hadis.Hayati maksudnya.

Dan juga kita lakukanlah perkara-perkara di bawah ini :

-Tunaikanlah solat 5 kali waktu sehari.
-Hentikanlah maksiat di dalam diri.
-Hentikanlah hiburan tahyul melampau.
-Sudah-sudahlah menonton rancangan televisyen tidak henti-henti.
-Bersikaplah serius dalam menegakkan agama Allah SWT.

Selain itu,kita juga hendaklah :

-Jangan buang masa duduk di warung kopi/Facebook berbalas-balas hujah atas isu bodoh.
-Berdoalah kepada Allah agar diberikan bantuan/petunjuk/hidayah kepada kita.
-Jangan membazirkan duit anda dengan benda-benda tidak berfaedah. Baik dermakan duit itu ke badan kebajikan atau terus ke tangan pihak yang layak mendapat bantuan.

Itulah..

Kadang-kadang terasa lawak juga melihat ada wanita/lelaki di Facebook,menyertai group "ISLAM ITU BENAR!" tetapi seminit selepas itu mereka menyertai pula group"ARTIS WANITA COMEL".

Adakah itu Islam?

Hati itu penting..

"Semoga Allah merahmati seseorang hamba yang serius memerhatikan niatnya. apabila niatnya kerana Allah SWT, maka ia terus berjalan; dan apabila bukan kerana Allah, ia berhenti tidak meneruskan amalan tersebut." (Imam Hassan Al-Basri)

Kemudian, ada juga orang. Yang suka bermain dengan perkataan-perkataan kafir.

Jangan begitu. Jangan serang agama orang lain sesuka hati.

"Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan. Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan." [6:108]

Allah tidak menyuruh kita memaki-maki sedemikian. Sebaliknya, kita yang patut menjadi contoh kepada mereka yang bukan Islam.

Patutnya, kita tunjukkan contoh yang baik kepada mereka. Barulah mereka tertarik kepada Islam. Tetapi, jika kita sendiripun buat status emo di Facebook dan peratusan jenayah di Malaysia dikuasai kita yang kononnya mengaku umat Islam, bagaimanakah orang hendak tertarik kepada Islam?

Orang tidak akan hormat kita, jika kita sendiri pun tidak hormat dan memperbetulkan diri kita sendiri.

Juga,apakah yang lain kita perlu lakukan?

Bersikap seriuslah kita di dalam kehidupan.Jangan asyik bergelak ketawa.

Cuba fikir ,saudara kita sedang mati ditembak di sana, kita boleh bergelak ketawa? Dan kepada wanita,janganlah kerana isu-isu kecil, anda marah kepada ibu bapa/rakan anda. Ingatlah. Kita semua saudara. Bermaaf-maafanlah sesama kita.

Jangan juga menikam belakang. Jangan mengumpat. Mengumpat itu dosanya lebih besar dari zina.

"Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan, sesungguhnya orang yang melakukan umpatan tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat.” (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad) (Sedikit renungan untuk diri sendiri dan anda semua)."

Kembalilah saudara-saudaraku.

Sudah-sudahlah kita dilekakan. Ini semua mainan syaitan sahaja hiburan ini. Kembalilah..


Tahukah anda Palestin sudah tiada kewujudannya di dalam Google Maps?

Hurmm..

Sudah-sudahlah tu berhibur dan leka..

Saya menulis untuk mengingatkan diri saya juga.

Semoga mendapat sesuatu di sini.

Anda juga boleh menonton video ini sebagai tambahan maklumat kepada anda.


Kesimpulannya, satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah adalah melalui ilmu, yakni kembali kepada sumber ilmu kita iaitu Al-Quran dan Hadis.

Jika tiada ilmu ,itulah yang membuatkan kita emosi semacam tu bila mereka lontarkan kita dengan beberapa isu.

Sekian dari saya buat masa ini. Sememangnya kita memerlukan masa untuk berubah, tetapi, jangan memanjakan diri terlalu banyak. Bimbang tidak sempat untuk berubah. Juga, disiplin dan berilah ketegasan kepada diri dalam melakukan perubahan.

Dan, diingatkan. Jika anda benar-benar mahu berubah, sememangnya banyak golongan yang akan menentang anda. Bersabarlah. Berdoalah kepada Allah SWT.

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts