And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Thursday, May 19, 2011

Menjadi jutawan di bulan puasa


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......


ps : x sabar menunggu ramadhan Best Blogger Tips

lelaki kacak


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

So... jangan tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari tu dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu kalau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita
Best Blogger Tips

Balasan...




Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di dunia juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat

Best Blogger Tips

Kalaulah???



Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!
Best Blogger Tips

Ambillah waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Best Blogger Tips

Monday, May 16, 2011

UMNO-BN cakap tak serupa bikin

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.


1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Best Blogger Tips

Kan Aku Dah Kata Dulu - Skim Rumah Pertamaku Menipu Orang Muda




Kerana UMNO Menipu..Semua Terbabit Sama UMNO kalau tak menipu rakyat.....bukanlah UMNO namanya.

__________________


Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. “Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda,” katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

“Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan
pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu “tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya” oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.

Sumber : Dari Blog Bujang Susah
Best Blogger Tips

Susu Terakhir Buat Si Kecil







Gambar Sekadar Hiasan
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. 
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi pada fikiran, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

 Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. 

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. 

Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".
Best Blogger Tips

Sunday, May 15, 2011

Aku pun kena saman



ps : pagi nie aku belek2 kt internet jumpa lak gambar best....aku edit sikit sebagai penambah perisa.. saje aku nak bawak bergurau.....hahahahhahah Best Blogger Tips

Asal mula lambang Bulan-Bintang dalam Islam


Beberapa versi pengamat sejarah mengatakan bahwa sebenarnya asal muasal lambang bulan bintang berasal dari lambang khalifah Islamiyah terakhir yang dimiliki umat Islam, yaitu Khalifah Turki Utsmani.
Khalifah ini adalah warisan terakhir kejayaan umat Islam. Memiliki luas wilayah yang membentang dari ujung barat sampai ujung timur dunia. Wilayahnya mencakup tiga benua besar dunia, Afrika-Eropa dan Asia. Ibukotanya adalah kota yang sejak 1400 tahun yang lalu telah dijanjikan oleh
Rasulullah SAW sebagai kota yang akan jatuh ke tangan umat Islam.


Rasulullah saw bersabda, “Qonstantinopel akan kalian bebaskan. Pasukan yang mampu membebaskannya adalah pasukan yang sangat kuat. Dan panglima yang membebaskannya adalah panglima yang sangat kuat..”
Berabad-abad lamanya umat Islam memimpikan realisasi kabar gembira Rasulullah saw itu. Namun sejak zaman Khilafah Rasyidah, Khilafah Bani Umayah hingga Khilafah Bani Abbasiyah, kabar gembira itu tidak pernah juga terealisasi. Memang sebagian Eropa sudah jatuh ke tangan Islam, yaitu wilayah Spanyol dengan kota-kotanya antara lain: Cordova, Seville, Granda dan seterusnya. Namun jantung Eropa belum pernah jatuh secara serius ke tangan Islam. Barulah ketika Sultan Muhammad II yang lebih dikenal dengan Sultan Muhammad Al-Fatih menjadi panglima, jatuhlah kota yang pernah menjadi ibu kota Eropa itu. Lewat pertempuran yang sangat dahsyat dengan menggunakan senjata paling modern di kala itu, yaitu CANON
atau meriam yang sangat besar dan suaranya memekakkan telinga, Muhammad Al-Fatih berhasil menjatuhkan kota konstantininopel itu dan menjadikannya sebagai ibu kota Khilafah Turki Utsmani. Serta menjadikannya pusat peradaban Islam.
Wilayahnya adalah tiga benua dengan semua peradaban yang ada di dalamnya. Saat itu bulan sabit digunakan untuk melambangkan posisi tiga benua itu. Ujung yang satu menunjukkan benua Asia yang ada di Timur, ujung lainnya mewakili Afrika yang ada di bagian lain dan di tengahnya adalah
Benua Eropa. Sedangkan lambang bintang menunjukkan posisi ibu kota yang kemudian diberi nama Istambul yang bermakna: Kota Islam.
Bendera bulan sabit ini adalah bendera resmi umat Islam saat itu, karena seluruh wilayah dunia Islam berada di bahwa satu naungan khilafah Islamiyah. Tidak seperti sekarang ini yang terpecah-pecah menjadi sekian ratus negara yang berdiri sendiri hasil dari jajahan barat.
Wajar kalau lambang itu begitu melekat di hati umat dari hujung barat Maroko sampai hujung Timur Marauke.
Inilah lambang yang pernah dimiliki oleh umat Islam secara bersama, bulan dan bintang. Dan lambang ini kemudian seolah menjadi lambang resmi umat Islam dan selalu muncul di kubah-kubah masjid.
Dan kalau kita perhatikan,  hampir semua kubah masjid di berbagai belahan dunia punya lambang ini. Dan banyak institusi umat Islam yang juga memakai lambang ini, misalnya Masyumi di masa lalu.
 Wallahu a`lam bish-shawab,
Best Blogger Tips

Kejadian bidadari di syurga

Petikan dari satu riwayat ada menerangkan tentang kejadian bidadari. Allah SWT telah menjadikan wajah bidadari dari empat warna iaitu putih, kuning, hijau dan merah. Allah juga menjadikan tubuh mereka dari empat bauan iaitu zafran, misik, kafur dan anbar.
Bermula dari jari-jari kakinya hinggake lutut adalah dari bauan misik. Dari lutut hingga ke payu daranya adalah dari zafran.
Dari payu dara hingga ke lehernya adalah dari anbar. Dari leher hingga ke kepalanya adalah dari kafur.
Andainya seorang dari bidadari itu meludah dengan satu ludahan saja ke bumi nescaya akan misiklah dunia ini.
Pada setiap dada bidadari telah tertulis nama suami mereka masing-masing dan juga dari nama- nama Allah. Pada sebelah tangan mereka tedapat 10 gelang emas dan pada tiap-tiap anak jarinya terdapat 10 bentuk cincin yang dipakaikan oleh Allah untuk mereka.
Demikian juga pada kedua-dua belah kaki mereka terdiri dari 10 perhiasan mutiara dan permata yang bergemerlapan. Dari Ibnu Abbas r.a. Rasulullah besabda, ”
Sesungguhnya di syurga nanti terdapat bidadari yang dipanggil Ainna, ia dijadikan dari empat jenis bauan iaitu misik, kafur, anbar dan zafran. Setiap bidadari amat merindui terhadap suami- suami mereka”. Best Blogger Tips

MINYAK BAKAL NAIK DLM MASA TERDEKAT....YEAAAA



Khabar angin mengatakan Minyak RON95 naik betul-betul buat aku berdebar-debar. Yang tak bestnya khabar angin yang berlegar-legar dalam ruang siber mengatakan Minyak Naik Malam nie..adeyy. Parah kalau khabar-khabar angin ini menjadi kenyataan. Siapalah yang punya kerja bikin cerita ni. Aku dah cuba cari gak dari mana datangnya cerita ini tapi tak jumpa pun berita yang betul-betul pasti.Tapi yg pasti minyak akan naik juga dlm beberapa ari nie...




Aku rasa setakat nie tiada khabar angin yang dapat dipastikan kesahihan Minyak RON95 naik malam nie dan ini sememangnya cuma khabar angin yang sengaja dibuat kut. Apa tujuan si pembuat cerita aku tak pasti. Tapi sebelum nie memang ada gak aku terima maklumat selepas kenaikan RON95 tempoh hari dari RM1.85 seliter menjadi RM1.90 seliter mengatakan ada kemungkinan akan berlaku kenaikan lagi.


Memang ikutkan khabar angin mengatakan  minyak naik menjadi RM2.00 aku rasa macam betul sebab tanda harga tersebutlah yang aku terima tempoh hari tapi bukan pada tahun nie. Kang aku bagi tahu bulan berapa korang nglabah pulak nanti jadi elok aku takyah merumitkan keadaan,senang cerita sama-sama kita tunggu maklumat yang betul-betul sahih baru aku bagitahu.

Dari segi perspektif pengguna aku rasa kalau kenaikan Minyak dilakukan dalam masa terdekat aku rasa tak sesuai. Banyak beza tuh dan yang pasti bila minyak naik barangan lain pun mula naik.Nanti cepat la aku naik angin...skng pun bajet minyak 2 hari rm50...rabakkkkkkkkkkkkkkkkkk


Best Blogger Tips

Doa mengelak dirogol

Best Blogger Tips

Pengantin Bidadari

Raudhah Al Muhibbin wa Al Musytaqin (Taman Orang-orang yang Jatuh Cinta dan Memendam Rindu)

Sebagai seorang pengantin, wanita lebih cantik dibanding seorang gadis. Sebagai seorang ibu, wanita lebih cantik dibanding seorang pengantin. Sebagai isteri dan ibu, ia adalah kata-kata terindah di semua musim dan dia tumbuh menjadi lebih cantik bertahun-tahun kemudian.
***
Syahdan, di Madinah, tinggallah seorang pemuda bernama Zulebid. Dikenal sebagai pemuda yang baik di kalangan para sahabat. Juga dalam hal ibadahnya termasuk orang yang rajin dan taat. Dari sudut ekonomi dan kewangan ia pun tergolong berharta. Sebagai seorang yang telah dianggap mampu, ia hendak melaksanakan sunnah Rasul iaitu menikah. Beberapa kali ia meminang gadis di kota itu, namun selalu ditolak oleh pihak orang tua ataupun sang gadis dengan berbagai alasan.
Akhirnya pada suatu pagi, ia menumpahkan kegagalan tersebut kepada sahabat yang dekat dengan Rasulullah.
“Cuba engkau temui langsung Baginda Nabi, semoga engkau mendapatkan jalan keluar yang terbaik bagimu”, nasihat mereka.
Zulebid kemudian mengutarakan isi hatinya kepada Baginda Nabi. Sambil tersenyum beliau berkata, “Mahukah engkau saya nikahkan dengan putri si Fulan?”

“Seandainya itu adalah saran darimu, saya terima. Ya Rasulullah, putri si Fulan itu terkenal akan kecantikan dan kesholihannya, dan hingga kini ayahnya selalu menolak lamaran dari siapapun.

“Katakanlah aku yang mengutusmu”, sahut Baginda Nabi.
“Baiklah ya Rasul”, dan Zulebid segera bergegas bersiap dan pergi ke rumah si Fulan.
Sesampai di rumah Fulan, Zulebid disambut sendiri oleh Fulan, “Ada keperluan apakah hingga saudara datang ke rumah saya?” Tanya Fulan.
“Rasulullah saw yang mengutus saya ke sini, saya hendak meminang putrimu si A.” Jawab Zulebid sedikit gugup.
“Wahai anak muda, tunggulah sebentar, akan saya tanyakan dulu kepada putriku.” Fulan menemui putrinya dan bertanya, “bagaimana pendapatmu wahai putriku?”
Jawab putrinya, “Ayah, jika memang ia datang kerana diutus oleh Rasulullah saw, maka terimalah lamarannya, dan aku akan ikhlas menjadi isterinya.”
Akhirnya pagi itu juga, pernikahan diselenggarakan dengan sederhana. Zulebid kemudian membawa isterinya ke rumahnya.
Sambil memandangi wajah istrinya, ia berkata,” duhai Anda yang di wajahnya terlukiskan kecantikan bidadari, apakah ini yang engkau idamkan selama ini? Bahagiakah engkau dengan memilihku menjadi suamimu?”
Jawab isterinya, ” Engkau adalah lelaki pilihan rasul yang datang meminangku. Tentu Allah telah menakdirkan yang terbaik darimu untukku. Tak ada kebahagiaan selain menanti tibanya malam yang dinantikan para pengantin.”
Zulebid tersenyum. Dipandanginya wajah indah itu ketika kemudian terdengar pintu rumah diketuk. Segera ia bangkit dan membuka pintu. Seorang laki-laki mengabarkan bahawa ada panggilan untuk berkumpul di masjid, panggilan berjihad dalam perang. Zulebid masuk kembali ke rumah dan menemui isterinya.
“Duhai isteriku yang senyumannya menancap hingga ke relung batinku, demikian besar tumbuhnya cintaku kepadamu, namun panggilan Allah untuk berjihad melebihi semua kecintaanku itu. Aku mohon keredhanmu sebelum keberangkatanku ke medan perang. Kiranya Allah mengetahui semua arah jalan hidup kita ini.”
Isterinya menyahut, “Pergilah suamiku, betapa besar pula bertumbuhnya kecintaanku kepadamu, namun hak Yang Maha Adil lebih besar kepemilikannya terhadapmu. Doa dan redhaku menyertaimu”
***
Zulebid lalu bersiap dan bergabung bersama tentara muslim menuju ke medan perang. Gagah berani ia mengayunkan pedangnya, berkelebat dan berdesing hingga beberapa orang musuh pun tewas ditangannya. Ia bertarung merangsek terus maju sambil senantiasa mengumandangkan kalimat Tauhid, ketika sebuah anak panah dari arah depan tak sempat dihindarinya. Menancap tepat di dadanya.
Zulebid terjatuh, berusaha menghindari anak panah lainnya yang berkeliaran di udara. Ia merasa dadanya mulai sesak, nafasnya tak beraturan, pedangnya pun mulai terkulai terlepas dari tangannya. Sambil bersandar di antara tumpukan korban, ia merasa panggilan Allah sudah begitu dekat.
Terbayang wajah kedua orangtuanya yang begitu dikasihinya. Teringat akan masa kecilnya bersama-sama saudaranya. Berlari-larian bersama teman sepermainannya. Berganti bayangan wajah Rasulullah yang begitu dihormati, dijunjung dan dikaguminya. Hingga akhirnya bayangan rupawan isterinya. Isterinya yang baru dinikahinya pagi tadi. Senyum yang begitu manis menyertainya tatkala ia berpamitan. Wajah cantik itu demikian sejuk memandangnya sambil mendoakannya. Detik demi detik, syahadat pun terucapkan dari bibir Zulebid. Perlahan-lahan matanya mulai memejam, senyum menghiasinya, Zulebid pergi menghadap Ilahi, gugur sebagai syuhada.
***
Senja datang Angin mendesau, sepi. Pasir-pasir beterbangan. Berputar-putar.
Rasulullah dan para sahabat mengumpulkan syuhada yang gugur dalam perang. Di antara para mujahid tersebut terdapatlah tubuh Zulebid yang tengah bersandar di tumpukan mayat musuh. Akhirnya dikuburkanlah jenazah zulebid di suatu tempat. Berdampingan dengan para syuhada lain.
Tanpa dimandikan…
Tanpa dikafankan…
Tanah terakhir ditutupkan ke atas makam Zulebid. Rasulullah terpekur di samping pusara tersebut. Para sahabat terdiam membisu. Sejenak kemudian terdengar suara Rasulullah seperti menahan tangis. Air mata berlinang di dari pelupuk mata beliau. Lalu beberapa waktu kemudian beliau seolah-olah menengadah ke atas sambil tersenyum. Wajah beliau berubah menjadi cerah. Belum hilang keheranan shahabat, tiba-tiba Rasulullah menolehkan pandangannya ke samping seraya menutupkan tangan menghalangi arah pandangan mata beliau.
Akhirnya keadaan kembali seperti semula. Para shahabat lalu bertanya-tanya, ada apa dengan Rasulullah. “Wahai Rasulullah, mengapa di pusara Zulebid engkau menangis?”
Jawab Rasul, “Aku menangis kerana mengingat Zulebid. Oo..Zulebid, pagi tadi engaku datang kepadaku minta restuku untuk menikah dan engkau pun menikah hari ini juga. Ini hari bahagia. Seharusnya saat ini Engkau sedang menantikan malam Zafaf, malam yang ditunggu oleh para pengantin.”
“Lalu mengapa kemudian Engkau menengadah dan tersenyum?” Tanya sahabat lagi.
“Aku menengadah kerana kulihat beberapa bidadari turun dari langit dan udara menjadi wangi semerbak dan aku tersenyum kerana mereka datang hendak menjemput Zulebid,” Jawab Rasulullah.
“Dan lalu mengapa kemudian Engkau memalingkan pandangannya dan menoleh ke samping?” Tanya mereka lagi.
“Aku mengalihkan pandangan menghindar karena sebelumnya kulihat, banyaknya bidadari yang menjemput Zulebid, beberapa diantaranya berebut memegangi tangan dan kaki Zulebid. Hingga dari salah satu gaun dari bidadari tersebut ada yang sedikit tersingkap betisnya….”
***
Di rumah, isteri Zulebid menanti sang suami yang tak kunjung kembali. Ketika terdengar khabar suaminya telah menghadap sang ilahi Rabbi, Pencipta segala Maha Karya.
Malam menjelang. Terlelap ia, sejenak berada dalam keadaan setengah mimpi dan dan nyata. Lamat-lamat ia seperti melihat Zulebid datang dari kejauhan. Tersenyum, namun wajahnya menyiratkan kesedihan pula.
Terdengar Zulebid berkata, “Istriku, aku baik-baik saja. Aku menunggumu disini. Engkaulah bidadari sejatiku. Semua bidadari disini apabila aku menyebut namamu akan menggumamkan cemburu padamu.”
Dan kan kubiarkan engkau yang tercantik di hatiku.
Isteri Zulebid, terdiam. Matanya basah. Ada sesuatu yang menggenang disana. Seperti tak lepas ia mengingat acara pernikahan tadi pagi. Dan bayangan suaminya yang baru saja hadir. Ia menggerakkan bibirnya.
“Suamiku, aku mencintaimu. Dan dengan semua ketentuan Allah ini bagi kita. Aku ikhlas.”
*** Best Blogger Tips

Beza Wanita Dahulu dan Kini Pada Tuala Wanita

Maafkan aku jika tajuk ini agak menyentuh sensiviti kenjantinaan. Lama sudah aku ingin mengeluarkan pandangan yang tersimpan dalam benak sanubari ini tetapi masa sering mencemburui aku dan saat ini, aku meluangkan masa sebentar untuk mengarang. Mengapa aku katakan beza wanita dulu dan kini adalah pada tuala wanita? Kerana, semakin berkembangnya kemajuan dalam dunia ini, maka semakin advance seorang wanita memakaikan sesuatu pada badan mereka tanpa memikirkan kesan jangka masa panjangnya khususnya berkenaan tuala wanita yang menjadi sesuatu yang wajib di saat berdepan dengan period.
Jika kita kembali kepada zaman dahulu, ibu-ibu kita, semasa masih muda, nenek dan moyang wanita kita tidak kenal akan tuala wanita yang semakin rancak di pasaran kerana mereka hanyalah memakai tuala “good morning”, tuala mandi yang dikoyak kecil dan kain batik sebagai alas. Aku yang mengetahui fakta agung ini pada mulanya juga tergelak kerana agak mustahil untuk berbuat begitu. Tetapi setelah aku menekuni akan hikmah di sebalik sesuatu itu, lihatlah ibu-ibu kita, nenek dan keturunan di atas sana, mereka terhindar daripada penyakit berbahaya kerana tidak memakai bahan kimia ketika datang bulan dan mereka melahirkan ramai zuriat buat penyambung ummat di atas muka ini!
Mungkin sukar untuk diterima dengan kenyataan ini, selain penyakit berbahaya, ramai wanita sekarang susah mendapat zuariat juga kerana tuala wanita. Begitu hebatkah tuala wanita moden ini sehingga berjaya memandulkan seorang wanita? Ya, lihatlah betapa ramainya wanita yang mengadu di blog dan website yang berkaitan sakit puan, penjualan herba dan banyak lagi kerana gagal memberi zuriat kepada sebuah keluarga yang dibina. Sedih? Memang sedih!!
Cara Pemprosesan  Tuala Wanita


Sebenarnya, tuala wanita yang ada di pasaran, bukanlah 100% kapas.Ia diperbuat dari serbuk kayu pulpa.Tuala wanita diperbuat daripada serbuk kayu pulpa yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu Dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai-buang yang telah digunakan oleh wanita di seluruh dunia pada tahun 1970. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching?
Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.
Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari.
Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.
Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.
Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.
Nak tahu lagi? Berapa ramai wanita yang sebenarnya tertipu (termasuk akulah ni) dengan jenama tuala wanita yang kononnya superbrand sedangkan mana-mana syarikat tuala wanita mengambil bekalan tersebut dari gedung pemprosesan yang sama dan mula mem’patern’kan tuala wanita mengikut patern masing-masing. Dah siap dipatern, dipasar dan dijual kepada pengguna dan pengguna seawal umur 10 tahun telah memakai tuala wanita ini tanpa menyedari kesan dan ancaman toksin yang akan dihadapi padd masa hadapan.
Jika kita memakainya pasti terdedah kepada ancaman tersebut.Bayangkan bila usia menginjak 10 tahun sudah mula memakai tuala wanita yang bertoksin. Bahan-bahan kimia yang digunakan mula menyerap masuk dalam salur peranakan yang amat sensitif (sebagaimana habuk tisu masuk dlm rongga hidung). Bila usia 30 tahun, kita dah mengunakan tuala wanita bertoksin selama 20 tahun. Keadaan ini yg menyebabkan masalah bau, lendir putih/kuning dan bermacam-macam lagi.
Berjela aku membebel kali ini kerana ingin berkongsi rasa dan kesedaran dengan kaum wanita di luar sana. Akhir-akhir ini aku pun dah bertukar kepada tuala wanita yang tidak berkimia. Banyak sudah di pasaran seperti Avail, Susen, Bluemoon. Kalau syarikat tu tipu, kita jumpa di akhirat lah ok. Oh ye,hati-hati juga ketika membeli tuala wanita kerana terdapat makhluk lain yang hidup dalam tuala tersebut jika sudah lama dipackagingkan tapi tak terjual.
Best Blogger Tips

Mengapa Islam Melarang "COUPLING"



Remaja hari ini mudah benar terjebak dalam ‘coupling’. Ntah apa yang best sangat bercouple, saya sendiri tidak mengerti. Kerana pada saya, pasangan yang bercouple hanya memburu tuntutan nafsu yang melalaikan & mengundang murka Allah. Sungguh tertipu mereka yang kononnya ‘gembira’ dan berasa ‘cukup’ bila dah bercouple. Sungguh sadis!!

Seorang sahabat pernah bertanya “Kenapa Islam tak membenarkan coupling?”

Saya menjawab, “Kerana Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita.”

Saya menjelaskan lagi, “Cuba fikir, kalau seorang perempuan itu keluar dengan seorang lelaki, jatuh cinta pada lelaki itu, sanggup ke mana saja bersama lelaki itu malah memanggilnya dengan panggilan ‘sayang’..dan lebih dahsyat lagi andai tanpa segan silu berpegang tangan & bersentuhan dengannya..andai suatu hari hubungan terputus begitu saja..dimanakah maruah seorang wanita itu?”

“Tapi perempuan tu masih dara” jawab sahabat saya.

“Iye memang betul dia masih dara. Tapi apa istimewanya suami dia nanti? Suaminya bukanlah lelaki pertama yang menyentuhnya tetapi perempuan ini dah menjadi ‘bekas’ orang. Perempuan itu bukan lagi ibarat mutiara dilautan yang sangat berharga kerana lelaki lain boleh suka hati menyentuhnya. Lelaki lain juga mendapat panggilan ‘sayang’ daripadanya. Maka dimana status suaminya kelak?”

Saya menyambung lagi, “Fikirkanlah sahabatku. Andai kita boleh dibawa kemana sahaja oleh lelaki lain, maka dimanakah harga diri kita yang begitu tinggi nilainya? Tak ada apa lagi yang istimewa buat suami kita kelak andai diri kita sudah disentuh oleh lelaki lain, sudah dibawa keluar bersama lelaki lain.”

“Cuba bandingkan dengan perempuan yang tidak pernah disentuh oleh mana-mana lelaki pun. Tidak pernah jua keluar bersama lelaki lain. Dia menjaga pandangannya, menjaga akhlaknya untuk dijadikan perhiasan buat suaminya kelak. Perempuan inilah mutiara yang sebenar. Mutiara yang tidak boleh dimiliki oleh sebarang orang tetapi hanya layak dimiliki oleh insan yang bernama suami.”

“Inilah yang saya maksudkan Islam menjaga kehormatan seorang insan yang bernama wanita. Kerana maruah seorang wanita begitu tinggi nilainya…yang dicipta Allah untuk hiasan suaminya sahaja!”

“Sahabatku, andai seorang wanita boleh suka hati keluar dengan mana-mana lelaki dan menyentuh mana-mana lelaki sebelum berkahwin, yakinkah anda perempuan itu tidak akan menyentuh lelaki lain, tidak akan keluar bersama lelaki lain selepas dah berkahwin? Begitu juga kalau seorang lelaki suka hati sentuh perempuan lain, apa istimewanya kita pada dia nanti?" Memang benar kata Allah “Sesungguhnya lelaki yang baik itu dicipta untuk perempuan yang baik.” Kita boleh tergolong dalam golongan itu andai kita berusaha untuk perbaiki diri. Sesungguhnya Allah itu maha Adil…Renung-renungkanlah…”
Best Blogger Tips

Rahsia Hari Lahir & Tabiat Wanita Menurut Tajul Muluk




Tajul Muluk begitu sinonim dalam astrologi zaman silam, khususnya dalam masyarakat Melayu dalam menafsirkan watak-watak wanita, mimpi, hari yang baik dan terjemahan lain dalam kehidupan sehari-hari. Kini, kitab Tajul Muluk yg pernah terkenal suatu ketika dahulu amat sukar dicari. Namun cebisan ilmunya masih diperturunkan oleh mereka yang arif mengenainya. Ia adalah untuk pengetahuan dan pembacaan semata-mata dan bukanlah sebagai kepercayaan 100%.

Di sini diperturunkan tafsiran dari Kitab Tajul Muluk mengenai tabiat wanita dalam seminggu hari kelahiran mereka.

ISNIN
Wanita ini bersikap jujur, tidak mudah menggelabah atau panik, berhati-hati, tidak mudah mengalah, pandai menjaga diri dan pergaulan. Ramai teman lelaki dan wanita yang menyukainya. Dia juga mudah memberi pertolongan, cergas, berusaha kuat, teliti dan pandai menguruskan kewangannya. Namun jika marah berapi-api dan menakutkan, jarang mahu mengaku kalah dalam pertengkaran. Dalam percintaan, dia mencurahkan kesetiaan tidak berbelah bagi dan sedia berkorban. Seksualnya kurang membara melainkan pasangannya pandai mencari tempat rangsangannya.


SELASA
Tabiat wanita ini suka mencari salah orang lain dan berpotensi menduakan suami. Namun pertuturannya lembut dan pandai mengambil hati. Apabila tidak sukakan seseorang, sentiasa mencari kesalahannya, hatinya keras dan sukar dilembutkan. Tetapi mudah mengaku kalah dan mudah meminta pertolongan orang lain. Pandai simpan rahsia, hanya orang tertentu saja tahu rahsianya. Keputusannya tidak mantap dan mudah terpengaruh. Dia juga mudah terperangkap dalam banyak hal. Dalam soal kewangan dia pandai berjimat, tak kedekut. Dia rajin bekerja, ada tanggungjawab, suka dipuji tetapi perlukan bimbingan dan pengawasan dalam banyak perkara.

RABU
Suka berdendam. Jika ada orang berbuat jahat padanya, dia akan berbuat lebih jahat lagi pada orang itu. Namun dia pandai dalam pergaulan, pandai mengambil hati dan pandai menghargai orang. Suka mementingkan teman dari dirinya sendiri. Berfikiran terbuka, tak pandai simpan rahsia, tidak suka diperintah dalam bekerja. Keputusannya tidak seimbang, kurang pengalaman. Hatinya keras dan tidak mudah termakan pujuk. Hanya orang-orang tertentu saja yang tahu melembutkan hatinya. Dalam soal kewangan, dia pandai cari duit tapi tak pandai simpan duit. Cintanya pandang pertama dan rela berkorban kerana cinta. Seksualnya tinggi dan kuat, romantik ditempat tidur dan pandai berasmara.

KHAMIS
Dia suka menyinggung hati orang lain, cakapnya kesat, kemahuan kuat, dan bersikap agresif. Rajin dan tekun bekerja, tak suka diganggu ketika bekerja, bercita-cita tinggi. Boleh terpikat kepada lelaki lain walaupun sudah ada kekasih atau suami. Namun dia tak mudah jatuh cinta, suka menyelidik dahulu sebelum bercinta. Hatinya tidak tetap, mudah terpedaya dengan pujuk rayu sehingga tak kenal antara yang baik dan buruk. Dia pandai mengurus dan merancang kewangan. Pada awal perkahwinan, tunduk pada suami, akan berubah apabila sudah lama berkeluarga. Seksualnya tinggi, jika tak pandai mengawal nafsu boleh terdorong ke lembah hina.

JUMAAT
Wanita yang lahir pada hari ini tabiatnya berani menentang suami. Bangga diri, suka berbelanja, suka dipuji, suka bergaul dan suka melakukan perkara yang merbahaya dan sia-sia. Bersemangat waja, pandai simpan rahsia, tak suka mengaku kesalahan sendiri. Dalam soal kewangan, bersikap boros dan tak pandai simpan wang. Cintanya sejati dan tidak mudah berubah, cuma kadangkala tidak telus. Seksualnya sangat teristimewa, menyeronokkan, penuh kelembutan tetapi apabila dingin tak suka dipaksa.

SABTU
Kuat cemburu, suka kebendaan, tak gemar dengan anak-anak, suka bertikam lidah. Namun dia tegas pendirian, cerdas pemikiran, teliti dalam banyak hal. Tidak pernah berasa puas, suka berkorban apa saja demi mencapai cita-cita. Apabila bercinta, suka menyelidik latarbelakang pasangan dan suka menguji. Pandai berjimat dan sentiasa berfikir untuk masa depan. Wanita ini akur dan mengikut perintah suami. Seksualnya agak dingin, tetapi apabila bermula, seksnya kuat dan tahan lama, tidak tergesa2 dan dilakukan dengan kelembutan.

AHAD
Wanita yang lahir pada hari ini kebiasaannya sukakan kemewahan dan menunjuk2 diri. Apabila bersuami taat pada suaminya namun suka merendahkan kawan dan bersikap bangga diri. Dia tidak suka dengar nasihat, mudah terpedaya dengan kata2. Suka mengkritik orang tetapi tidak suka orang mengkritiknya. Percintaannya tidak telus tetapi sanggup berkorban apa saja jika hati dah suka. Pandai simpan rahsia, rajin berusaha dan bekerja, tak mudah mengalah namun bersikap pemboros. Rangsangan seksualnya tinggi tapi apabila tak dapat kepuasan cari jalan lain.
ps : xpayah la korang percaya sngat...
Best Blogger Tips

Pesanan Buat Wanita

1. Pertama urusan yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajibannya atau tidak).   2. Apabila lari wanita dari rumah suaminya tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).   3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.   4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabna Nabi s.a.w. : Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.   5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanitayang halal nikah kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).   6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, "Bukankah orang itutidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?" Rasulullah s.a.w. menjawab,"Bukankah kamu dapat melihatnya."   7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.   8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.   9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada dirumah serta tidak seizinnya dan tidak boleh memasukkan seseorang lelaki ke rumahnya dengan tidak seizin suaminya.   10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, samada miskin atau kaya.   11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan ditepi-tepinya.   12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.   13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.   14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.   15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat kebelakang tengkoknya.   16. "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakkan ahli neraka ialah wanita." Rasulullah s. a. w. ditanyai, "Mengapa demikian Ya Rasulullah?" Jawab Rasulullah s. a. w. "Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup."   17. "Kebanyakkan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Jawab Nabi s. a. w. "Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya."   18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.   19. "Kebanyakkan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api." Hazrat Aishah bertanya, "Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?" Jawab Rasulullah s.a.w: i) Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.   ii) Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)   iii) Sering mengkufurkan (engkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya :Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apapun.)   iv) Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya :bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)   v) Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki, rakan- rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.   20. Dari Ali bin Abi Talib r. a. : Aku dengar Rasulullah s. a. w. bersabda, " Tiga golongan dari umatku akan mengisi nereka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah :- a. Orang yang gemuk tapi kurus b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang c. Orang yang alim tapi jahil   * Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.   * Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.   * Orang yang alim tapi jahil ialah ulamak yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.   21. Asma' binti Kharizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, "Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.   22. Pesanan Luqman kepada anaknya, "Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu. b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu. c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu. d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu. e. Ingat kepada Allah s. w. t. f. Lupakan budi baik mu pada orang lain. g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu. h. Ingat kepada mati   23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah :- a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya samada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya. b. Keluar rumah tanpa izin suami samada ketika suami ada di rumah atau pun tidak. c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain. Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar. d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya. e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk. f. Bermasam muka ketika berhadapan dengan suami. g. Minta talak. h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap. i. Menyakiti hati suami samada dengan perkataan atau perbuatan. j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin. k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.   24. Wajib bagi wanita :- a. Mengekalkan malu pada suaminya. b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan. c. Mengikut kata-kata dan suruhannya. d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata. e. Berdiri menyambut kedatangannya. f. Berdiri menghantar pemergiannya. g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur. h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya. i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya. j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya. k. Tiada khianat ketika tiada suaminya. l. Memuliakan keluarga suaminya. m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga. n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.   Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-   1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.   2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s. w. t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim"   100X. Selawat ke atas Nabi 100X dan beristighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur, masuk dan keluar tandas dsb.   3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum- ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.   4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.   5. Hidup sederhana.   6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama). - Secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.   Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah.   Wallahua'lam Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts