And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, April 26, 2011

Jangan Sombong Dengan Takdir

alt
Kebelakangan ini saya kerap dihujani panggilan telefon menceritakan pelbagai masalah. Terus terang ada masalah yang diluahkan itu, juga masalah yang saya hadapi sendiri. Saya bukan insan serba baik dan sempurna.
Selalu saya katakan, saya seorang daie yang sedang bermujahadah – berusaha membaiki diri dan usaha itu dikongsi untuk membaiki orang lain. Di kesempatan ini, saya hulurkan tulisan yang saya cuba alirkan dari hati. Dengan doa dan harapan agar bergunalah untuk dijadikan panduan (ataupun sempadan) buat pembaca.
Terimalah kata pengukuhan dan pencerahan ini...
Jangan Sombong Dengan Takdir
Jika hendak dikirakan 'beriman' dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al-Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan.
Iblis
Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu... syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.
Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih 'senior' dalam ibadah dan hiraki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya 'pendatang' baru yang diciptakan terkemudian?
Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina... seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka... kerana gugur sifat kehambaannya!
Takdir Dan Iman Kita
Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua aku orang semacam dia? Kenapa anak aku cacat? Mengapa isteri tersayang aku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha?
Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.
Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela.
Katakan,  "ya Allah... sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hamba-Mu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir-Mu."
Takdir Mengatasi Tadbir
Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan.
Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bungan 'pemberontakan' dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari...
Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa.
Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru dengan akal semata-mata kita tidak akan dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?
Carilah Hikmah di Sebalik Ketentuan
Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung di dalam cubaan dan bala yang menimpa dirinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.
Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah  bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermaksud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.
Apa Khabar Iman Anda?
Mengapa terjadi demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah sesorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan bala yang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.
Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.
Bersangka Baik Dengan Allah
Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan... itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven... yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain.
Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan  maksiat dengan mudah.
Hati tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. Kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
"...Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu." (Surah Al-Baqarah : 216)
Nikmat Allah
Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya?
Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.
Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, "belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya."
Bila kita benci dengan ujian, ertinya kita belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.
Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.
Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujian-Nya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya 'asbab' (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau 'musabbabil asbab' (penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
"Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah... DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu!" Best Blogger Tips

Hidup




Seorang lelaki berjumpa dengan seorang Guru. Katanya: "Guru, saya sudah bosan hidup. Benar-benar bosan. Rumah tangga saya porak peranda. Usaha saya kacau. Apapun yang saya lakukan selalu gagal. Saya ingin mati". Sang Guru tersenyum: "Oh, kamu sakit". "Tidak Guru, saya tidak sakit. Saya sihat. Hanya bosan dengan kehidupan. Itu sebabnya saya ingin mati". Seolah-olah tidak mendengar kata-kata lelaki tersebut, Sang Guru berkata, "Kamu sakit. Penyakitmu itu bernama 'Alahan Hidup'. Ya, kamu alahan terhadap kehidupan".


Banyak sekali di antara kita yang alah terhadap kehidupan. Kemudian, tanpa disedari kita melakukan hal-hal yang bertentangan dengan norma kehidupan. Hidup ini berjalan terus. Sungai Kehidupan ini mengalir terus tetapi kita menginginkan keadaan status-quo. Kita tidak melakukan apa-apa, kita tidak ikut mengalir. Itu sebabnya kita jatuh sakit. Kita mengundang penyakit.
Penolakan kita untuk ikut mengalir bersama kehidupan membuat kita sakit. Usaha pasti ada pasang-surutnya. Dalam berumah-tangga, pertengkaran kecil itu memang wajar. Persahabatan pun tidak selalu mesra. Apakah yang abadi dalam hidup ini? Kita tidak menyedari sifat kehidupan. Kita ingin mempertahankan suatu keadaan. Kemudian kita gagal, kecewa dan menderita.
"Penyakitmu itu boleh disembuhkan, asal kamu benar-benar bertekad ingin sembuh dan bersedia mengikuti petunjukku", kata Sang Guru. "Tidak Guru, tidak. Saya sudah betul-betul bosan. Tidak, saya tidak ingin hidup lebih lama lagi", lelaki itu menolak tawaran sang Guru. "Jadi kamu tidak ingin sembuh. Kamu betul-betul ingin mati ?", tanya Sang Guru. "Ya, memang saya sudah bosan hidup", jawab lelaki itu lagi. "Baiklah. Kalau begitu besok petang kamu akan mati. Ambillah botol ubat ini. Malam nanti, minumlah separuh isi botol ini. Sedangkan separuh sisanya kau minum besok petang jam enam. Maka esok jam lapan malam kau akan mati dengan tenang".
Kini, giliran lelaki itu menjadi bingung. Sebelumnya, semua Guru yang dia temui selalu berupaya untuk memberikan semangat hidup. Namun, Guru yang satu ini aneh. Bukan memberi semangat hidup, malah menawarkan racun. Tetapi, kerana dia memang sudah betul-betul bosan, dia menerimanya dengan senang hati. Setibanya di rumah, dia terus meminum setengah botol racun yang disebut 'ubat'oleh Sang Guru itu tadi.
Lalu, dia merasakan ketenangan yang tidak pernah dirasakan sebelum ini. Begitu rileks, begitu santai! Tinggal satu malam dan satu hari dia akan mati. Dia akan terbebas dari segala macam masalah. Malam itu, dia memutuskan untuk makan malam bersama keluarga di restoran Jepun. Sesuatu yang tidak pernah dia lakukan selama beberapa tahun terakhir. Ini adalah malam terakhirnya. Dia ingin meninggalkan kenangan manis. Sambil makan, dia bersenda gurau. Suasananya amat harmonis. Sebelum tidur, dia mencium isterinya dan berbisik, "Sayang, aku mencintaimu". Sekali lagi, kerana malam itu adalah malam terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis.
Esoknya, bangun dari tidur, dia membuka tingkap bilik dan melihat ke luar. Tiupan angin pagi menyegarkan tubuhnya. Dan dia tergoda untuk melakukan jalan pagi. Setengah jam kemudian dia kembali ke rumah, dilihat isterinya masih tertidur. Tanpa membangunkannya, dia masuk dapur dan membuat dua cawan kopi. Satu untuk dirinya, satu lagi untuk isterinya. Kerana pagi itu adalah pagi terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Sang isteri merasa aneh sekali dan berkata : "Sayang, apa yang terjadi hari ini? Selama ini, mungkin aku salah. Maafkan aku sayang".
Di pejabat, dia menyapa setiap orang, bersalaman dengan setiap orang. Pekerjanya pun bingung, "Hari ini, Boss kita nampak aneh ya?" Dan sikap mereka terhadap dia pun turut berubah. Mereka pun menjadi lembut. Kerana siang itu adalah siang terakhir, dia ingin meninggalkan kenangan manis! Tiba-tiba, segala sesuatu di sekelilingnya berubah. Dia menjadi ramah dan lebih toleran, bahkan menghargai terhadap pendapat-pendapat yang berbeza. Tiba-tiba hidup menjadi indah. Dia mulai menikmatinya.
Pulang ke rumah jam 5 petang, dia melihat isteri tercinta menunggunya di depan rumah. Kali ini isterinya memberikan ciuman kepadanya sambil berkata, "Sayang, sekali lagi aku minta maaf, kalau selama ini aku selalu menyusahkan kamu". Anak-anak pun tidak ingin ketinggalan, "Ayah, maafkan kami semua. Selama ini, ayah selalu tertekan kerana tingkah laku kami". Tiba-tiba, sungai kehidupannya mengalir kembali.Tiba-tiba, hidup menjadi sangat indah. Dia melupakan niatnya untuk membunuh diri. Tetapi bagaimana dengan setengah botol 'ubat' yang sudah diminumnya petang semalam? Dia terus pergi menemui Sang Guru. Melihat wajah lelaki itu, Sang Guru terus mengetahui apa yang telah terjadi dan berkata,
"Buang saja botol itu. Isinya air biasa. Kamu sudah sembuh! Apabila kamu hidup pada ketika ini (live the moment), apabila kamu hidup dengan kesedaran bahawa maut dapat menjemput kamu pada bila-bila masa saja, maka kamu akan menikmati setiap detik kehidupan. Leburkan egomu, keangkuhanmu, kesombonganmu. Berlembutkan dengan hidupmu, selembut air. Dan mengalirlah bersama sungai kehidupan. Kamu tidak akan bosan. Kamu akan mula merasai hidup. Itulah rahsia kehidupan. Itulah kunci kebahagiaan. Itulah jalan menuju ketenangan. Lelaki itu mengucapkan terima kasih kepada Sang Guru, lalu terus pulang ke rumah untuk mengulangi pengalaman malam sebelumnya. Semenjak hari itu, dia tidak pernah lupa untukhidup pada ketika ini (live the moment). Itulah sebabnya, dia selalu bahagia, selalu tenang, selalu HIDUP. Best Blogger Tips

BERATNYA TANGGUNGJAWAB LELAKI ~ ISTIMEWANYA WANITA DI SISI ALLAH SWT

LELAKI 
 
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh.   Manakala dosa gadis bujang di tanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa ank perempuan yg belum berkahwin dan dosa ank lelaki yg belum baligh.     ...Beratkan?   Hukum menjelaskan ank laki kena tanggungjwb ke atas ibunya Dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya, maka berdosa baginya terutama Anak laki yg tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat pada suaminya.   Isteri berbuat baik,Pahala dapat kepadanya, kalau isteri buat benda tak baik, mcm tak menutup aurat dgn sempurna, Dosanya di tanggung oleh suami. Beratkan??     Suami kena bg nafkah pada isteri, ni wajib tapi isteri tidak. Tapi isteri boleh Bantu untk ringankan beban suami. HARAM bagi suami bertanyakan pendapatan isteri, Lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya.   Banyak lagi laki, lebih-lebih lagi bila dah bergelar SUAMI. Suami kena tanggung. Kalau nk di bayangkan beratnya, Dosa-dosa yg perlu ditanggung seperti gunung dan semut.   Sebab tu mengikut kajian,nyawa org perempuan lebih Panjang dari laki. Laki mati cepat sebab dah tak larat nak tanggung dosa yg beratnya (sekadar pendapat sendiri )   Wanita..- Auratnya lebih susah dijaga berbanding laki. - Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar dari rmh. - Saksinya kurang berbanding laki. - Perlu menghadapi ksusahan mgandung dan melahirkan ank. - Wajib taat kpd suami tapi suami tak perlu taat kpdnya..cume suami la kena consider. - Talak terletak di tgn suami - Wanita kurg beribadah kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pd laki.   PERNAHKAH KITA TGK SEBALIKNYA??   ~Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. ~Sudah pasti permata tidak akn dibiarkan bersepah-sepah bkn? itulah bandingannya dgn seorg wanita. ~Wanita perlu taat kpd suami tetapi laki wajib taat kpd ibunya 3kali lebih utama daripada bapanya. ~Bukankan ibu adalah seorg wanita? ~Wanita menerima harta pusaka kurg dari laki,Tapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kpd suaminya,manakala laki perlu menggunakan harta pusaka ituuntk menyara anak-anak dan isteri. ~Wanita perlu bersusah-payah untk mengandung dan melahirkan anak,tapi setiap saat dia di doakan oleh segala haiwan,malaikat, dan seluruh mahluk ALLAH SWT di muka bumi dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. ~Manakala dosanya di ampunkanOleh ALLAH SWT.. ~Seorang wanita boleh masuk pintu syurga melalui mana-mana pintu syurga yg di sukainya cukup dgn empat syarat shj :   -Sembahyang lima waktu -Puasa di bulan Ramadhan -Mentaati suami -Menjaga kehormatannya   ~Seorang laki perlu pergi berjihad fisabilillah tapi wanita jika taat kpd suaminya serta menunaikan tanggungjawbnya kpd ALLAH SWT akanturut menerima pahala seperti pahala orang berperang Jihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.   MasyaALLAH! Sayangnya ALLAH pada wanita.. Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang laki,tanpa wanita, laki tidak akn wujud di muka bumi ni..tanpa wanita kuat tidak wujud pemimpin yang berwibawa,tanpa wanita tidak wujud lelaki yg beriman..tapi,ingatlah wahai lelaki, wanita itu juga merupakan fitnah dunia..   

Note : sila copy atau share.. .:) Best Blogger Tips

Monday, April 25, 2011

YANG TERBAIK BUAT KITA


Aku meminta kepada Tuhan
setangkai bunga segar,
diberinya kaktus berduri.

Aku meminta kupu-kupu
diberinya ulat berbulu.
Aku sedih dan kecewa.

Namun kemudian,
kaktus itu berbunga indah sekali
dan ulat itu pun menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.

Itulah jalan Tuhan,
indah pada masaNYA!
Tuhan tidak memberi apa yang kita harapkan.
Tapi Dia memberi apa yang kita perlukan.
Kadang kala kita sedih, kecewa dan terluka.
Tapi jauh di atas segalanya Dia sedang mengatur yang terbaik dalam kehidupan kita.

ps : ALHAMDULILLAH
Best Blogger Tips

bayi dijumpai tersangkut pada lori sampah


      HAHAHAHAHHAHAHAAAHA

ps : gambar daripada oh!media
Best Blogger Tips

Inilah Cara Membayar Tebusan ke Lanun Laut Somalia


Inilah Cara Bayar Tebusan ke Lanun Luat Somalia yang wajib dibayar! Berbincang dengan lanun laut bukanlah perkara senang. Apalagi memberikan wang tebusannya. Bagaimana negara-negara mangsa selama ini melakukannya?

Bila selama ini masyarakat berfikir bahawa pemerintah suatu negara akan mengeluarkan dana untuk membayar tebusan lanun laut, itu adalah salah.

Pemerintah dari negara-negara asal kapal tersebut, akan berfikir dua kali untuk mengeluarkan wang jutaan dolar untuk tebusan. Mereka biasanya menyerahkan nasib kapal dan krunya kepada perusahaan pemilik kapal.

Menurut ahli penculikan dan tebusan, tidak lama setelah sebuah kapal ditahan, krunya langsung memberitahu induk perusahaan mengenai situasi yang dialami. Perusahaan kemudian menghubungi pihak insurans yang kemudian menghubungi pihak ketiga.

Pihak ketiga yang dimaksud adalah perusahaan respons swasta seperti Control Risks di London atau ASI Global di Houston. Perusahaan ini biasanya memiliki staf eks-militer yang berpengalaman dengan situasi penculikan.

Perusahaan respons yang diberi kuasa ini kemudian melakukan perbincangan dengan lanun laut untuk menentukan jumlah tebusan. Tentu dengan nominal serendah mungkin bagi perusahaan insurans.

Perbincangan ini biasanya lama sehingga penawanan kapal dan krunya kerap berlangsung selama berminggu-minggu. Jika telah sepakat, maka perusahaan  tersebut akan mengirimkan wang tunai.

Caranya pun ternyata tidak sulit. Mereka hanya perlu mengangkut wang tersebut menggunakan helikopter dan menjatuhkannya di atas kapal yang ditahan. Cara lain adalah dengan mentransfernya melalui bank. Hal tersebut boleh dilakukan kerana longgarnya hukum antarabangsa.

Penahanan aliran dana boleh dilakukan bila berkaitan dengan individua atau organisasi yang dikategorikan sebagai teroris. Berbeza dengan lanun laut Somalia yang dianggap sebagai jenayah biasa.
Best Blogger Tips

Saiful Boleh Menjerit Atau Lari, Tetapi Tidak Berbuat Demikian. Kredibilitinya Dipertikaikan.



Peguam: 'Saiful minum kopi, karipap selepas diliwat'

Peguam Karpal Singh memulakan hujahnya dengan meminta mahkamah bergantung kepada apa yang telah dikemukakan di mahkamah.

"Bukan media atau apa yang dikatakan oleh perdana menteri," katanya ketika memula hujah pembelaan dalam kes tuduhan liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Pagi ini.

Menurutnya lagi, tidak sepatutnya ada sebarang jurang dalam kes pendakwaan.

"Mahkamah mesti meneliti kredibiliti setiap saksi pendakwa," tambahnya

Karpal memberitahu mahkamah bahawa pihak pendakwa mestilah membuktikan bukti yang ada.

"Tidak sepatutnya ada sebarang jurang bahan. Ujian di akhir kes pendakwaan ialah prima facie.

"Ia mestilah membuktikan setiap bukti boleh dipercayai, unsur-unsur kesalahan ditentukan dan mahkamah mesti memberi penilaian maksimum terhadap semua itu," tambahnya.

Karpal menegaskan bahawa salah satu yang tidak konsisten ialah tuduhan persetubuhan di luar tabii - iaitu di bawah seksyen 377b, bermakna dengan persetujuan.

"Bagaimanapun, pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan telah memberi keterangan yang ia tanpa persetujuan," kata Karpal sambil menambah bahawa pendakwa tidak boleh meminda tuduhan.

Karpal mengingatkan mahkamah bahawa perbicaraan kes liwat pertama yang membabitkan Anwar 10 tahun lepas - di mana hakim Mahkamah Tinggi menerima kes pengadu Azizan Abu Bakar - tetapi kemudiannya ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

"Mahkamah ini tidak seharusnya melakukan kesilapan ini sekali lagi. Saiful mesti dilihat sebagai saksi yang boleh dipercayai jika mahkamah mahu memanggil untuk membela diri," katanya.

Karpal kemudian menyentuh fakta kes - yang Saiful bukan seorang yang ' tidak berpelajaran' kerana mempunyai kelulusan pengajian tinggi dari Kolej Taylor.

Tegasnya, Saiful boleh meninggalkan bilik di mana kejadian liwat itu didakwa berlaku beberapa kali.

Karpal kemudian menyentuh secara terperinci apa yang berlaku pada hari berkenaan, berdasarkan testimoni Saiful.

Katanya, sewaktu Anwar didakwa meminta Saiful menghampirinya ketika pengadu hanya memakai tuala, Saiful boleh menjerit atau lari dari situ, tetapi tidak berbuat demikian.

Karpal turut membangkitkan beberapa perkara berkaitan dengan aksi seks tetapi, ini tidak boleh dilaporkan kerana keterangan Saiful itu diberikan secara tertutup.

Tambahnya selepas pelakuan aksi seks tersebut, Saiful makan karipap dan minum kopi dan berada di dalam bilik itu selama 20 minit.

Peguam itu mendakwa, Saiful juga tidak memperlihatkan tanda-tanda emosi yang dia telah menjadi mangsa diliwat.

Menurut Karpal lagi, sehari selepas kejadian tersebut (27 Jun 2008), Saiful pergi ke ibupejabat PKR di Tropicana, malah juga pergi ke rumah Anwar.


Peguam itu mendakwa, tindakan itu bukan tingkahlaku oleh seseorang yang didakwa telah diperlakukan sedemikian.

Menurut Karpal lagi, Saiful telah melakukan sumpah bohong kerana mendakwa dia telah berbohong di mahkamah dan dalam laporan polisnya apabila dia berkata pelakuan seks itu dilakukan tanpa persetujuannya.

"Bukti Saiful tidak meyakinkan melebihi keraguan. Dia telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 195 untuk mereka bukti," hujah Karpal.

Karpal kemudiannya meminta pendakwa mendakwa Saiful kerana didakwanya telah mereka bukti.

Saiful, tambahnya, juga telah menunda membuat satu laporan polis - dia membuat laporan dua hari selepas insiden tersebut.

"Doktor pertama yang ditemui Saiful ialah Dr Mohd Osman Abdul Hamid, tetapi beliau tidak dipanggil sebagai saksi," kata Karpal.

Hujahnya, ketidakhadiran Dr Osman (kanan) sebagai saksi, telah menimbulkan keraguan yang serius terhadap kes pendakwa.

Katanya, pihak mendakwa tidak berbuat demikian walaupun ditawarkan Dr Osman sebagai saksi.

Katanya, keterangan Dr Osman akan bercanggah dengan keterangan yang diberikan oleh tiga doktor Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Akan terdapat dua versi kes dan kesangsian tersebut seharusnya diberikan kepada dituduh," tambahnya.
Best Blogger Tips

Air Kencing Unta Cegah Kesan Radiasi Nuklear



Jeddah: Ketua Jabatan Implan Tisu di Pusat Penyelidikan Raja Fahd berkata, dia dihubungi Kedutaan Jepun di Malaysia yang ingin mengetahui mengenai kegunaan air kencing unta untuk merawat kanser dan mencegah radiasi nuklear.

Dr Fatin Khoursheed (gambar) yang juga penyelia Kerusi Al-Zamil untuk Kanser memberitahu akhbar berbahasa Arab Al-Hayat, panggilan telefon itu diterimanya ketika krisis nuklear di Jepun semakin bertambah buruk.

“Ia dibuat selepas letupan di loji Fukushima 1,” katanya.

“Pihak berkuasa Jepun mahu mencuba kesan air kencing unta secara santifik dalam merawat individu yang terdedah kepada radiasi nuklear bagi mencegah mereka daripada mendapat penyakit kanser.” Dr Fatin berkata, dia sudah menjalankan penyelidikan mulai 2004 selepas berjaya memulihkan berpuluh-puluh kes pelbagai penyakit kanser dengan air kencing unta yang diambil secara meminumnya, dalam bentuk kapsul, salap atau syampu. Pesakit yang sudah menjalani rawatan itu di Arab Saudi dan negara lain menunjukkan penyembuhan 98 peratus.

Menurutnya, pertanyaan daripada pihak berkuasa Jepun itu cukup aneh kerana Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi gagal untuk mengiktiraf keputusan penyelidikan saintifik itu.

“Walaupun penyelidikan itu secara teori dan amali menunjukkan keberkesanan tetapi gagal diiktiraf Badan Makanan dan Ubat-Ubatan Saudi.

“Minat ditunjukkan pihak berkuasa Jepun itu meningkatkan semangat saya untuk membuktikan keberkesanan penyelidikan itu,” katanya lagi. - SG


ps : Sesungguhnya tidak ada satu pun yang Allah ciptakan itu sia-sia walau sebutir habuk sekalipun.
Best Blogger Tips

Pendakwa Terus Menggila: Zakar Anwar Dah Masuk Katanya



Pendakwa: 'Yang penting zakar masuk'
Peguam cara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden (gambar) dalam hujahnya berkata bukti persetujuan adalah tidak penting kerana apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur.

Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

"Saiful adalah pembantu peribadi tertuduh dan diamanahkan untuk (menyimpan) telefonnya (Anwar).

"Tertuduh meminta Saiful pergi ke kondominium Desa Damansara pada 25 Jun dan sekali lagi pada 26 Jun (hari kejadian)."

Yusof (kanan) berkata, tanggapan salah pihak pembela ialah dengan menganggap terdapat masa-masanya di mana Saiful boleh lari dari tempat kejadian itu (liwat).

Menurutnya, Saiful juga tidak ditanya mengapa dia tidak berbuat demikian.

Menurut Yusof, Saiful berkata Anwar adalah seorang yang dikaguminya dan telah diberi layanan istimewa, dengan diberi sebuah bilik (di ibu pejabat PKR) selepas dua bulan kerja.

"Saiful berkata adakalanya sebelum kejadian itu, dia merasa takut," katanya.

Yusof menggesa mahkamah supaya menerima bukti dalam kejadian (liwat) sebelumnya.

Pihak pendakwa, tegasnya, tiada masa untuk mengemukakan insiden (liwat) sebelumnya.

Yusof seterusnya berhujah bahawa kejadian (liwat) di Desa Damansara boleh dipercayai.

Menurutnya, rakaman CCTV juga menyokongnya dan bukti bebas menunjukkan Saiful berada di tempat kejadian.

Yusof berkata, masa tertuduh berada di situ juga sama dengan masa Saiful berada di tempat kejadian.

Beliau merujuk kepada kereta Anwar dan Saiful tiba dan meninggalkan kondominium tersebut sebagai bukti. -mk


‘Lelaki Y’ adalah Anwar, kata pendakwa

KUALA LUMPUR, 25 April - Profil DNA “Lelaki Y” yang ditemui di dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan adalah milik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.

Ketua pasukan pendakwa Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata sampel-sampel DNA yang diambil daripada tiga barang di sel Anwar ditahan semalaman pada 16 Julai 2008 sepadan dengan profil DNA “Lelaki Y”.

“Ia mengesahkan bahawa penyumbang tidak diketahui Lelaki Y adalah Datuk Seri Anwar. Ini menunjukkan ada kes prima facie,” katanya ketika menyampaikan hujah penggulungan sama ada Anwar harus dipanggil untuk membela kes liwat keduanya ini.

Yusof juga berkata Anwar adalah tahanan tunggal di lokap ketika tuala,berus gigi dan botol air mineral diambil.

Ahli kimia Dr Nor Aidora Saedon dan Supt Amidon Anan dipanggil sebelum ini untuk mengenal pasti barang-barang berkenaan yang ditanda sebagai bahan bukti. -TMI


Ulasan GB

Itu sebab sebelum ini GB katakan bahawa konspirasi untuk memenjarakan Anwar bakal jadi kenyataan.

Kalau GB peguam di situ, GB akan kata hujjah Pendakwa tertolak kerana beliau berhujjah:

apa yang penting ialah sama ada zakar dimasukkan ke dalam dubur. Katanya, mahkamah mesti berpuas hati yang kejadian sedemikian boleh berlaku.

Di situ sudah jelas kegagalan Pendakwa Raya untuk membuktikan kejadian "zakar telah masuk" itu berlaku. Ia hanya andaian beliau sahaja bukan satu kepastian sebab beliau menyatakan: kejadian sedemikian boleh berlaku.

Boleh berlaku bererti kemungkinan sahaja akan berlaku dan bukan ianya telah berlaku.

Hakim mahkamah sepatutnya hanya menjatuhkan hukuman jika sesuatu itu benar-benar PASTI TELAH belaku bukan andaian-andaian "kemungkinan boleh berlaku".

Lihatlah juga bagaimana Pendakwa Raya berhujjah di dalam kes liwat Anwar-Saiful di atas iaitu terus-menerus cuba sedapatnya menghancurkan karakter Anwar sejak dari hari pertama perbicaraan sehingga ke hari ini yang penuh dengan unsur lucah tanpa batas.

Bagi pendakwa raya, yang lain tidak penting, krebiliti saksi tidak penting, prinsip asas kebenaran dan keadilan itu tolak tepi, tetapi kisah liwat itu perlu digambarkan dan dikhabarkan sejelas mungkin supaya umum segera memandang jijik kepada Anwar. Itu matlamat Pendakwa Raya.
Best Blogger Tips

Sunday, April 24, 2011

Solat Diterima Allah

alt
Empat perkara yang harus difikirkan sebelum bersolat supaya solat diterima oleh Allah.
Perkara-perkara disebutkan di bawah ini adalah petikan dari kitab Kuliah Subuh karangan al-Marhum Syed Ahmad Semait. Beliau berkata, Imam al-Murzabani Rahimahullah alaihi membincangkan tentang syarat-syarat solat yang sempurna, perkara tersebut adalah:
01.Hadir hatinya
Sesiapa yang solat dengan masih mempunyai fikiran yang tidak fokus maka mereka adalah penyembah yang lalai.
02.Bersaksi akalnya
Sesiapa yang solat dengan akalnya tidak memerhatikan setiap gerak-geri dalam solat tersebut maka mereka adalah penyembah yang pelupa.
03.Khudu' خضوع (menerima) kepada rukun-rukunnya
Sesiapa yang solat tanpa khudu', atau mengamati dan fokus pada setiap rukun-rukun dan bacaan dalam solatnya, maka orang itu adalah penyembah yang kering.
04. Kusyu' خشوع (menghormati) segala anggotanya
Sesiapa yang solat tanpa khusyu' anggotanya; iaitu setiap dari anggotanya bersolat seiring dengan hati dan fikiran yang redha kepada Allah, maka orang itu adalah penyembah yang salah.
Semoga bersama kita mendapat ganjaran solat-solat yang diterima Allah. Amin.
Wallahu a'lam.
Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesungguhnya apabila seseorang hamba berdiri untuk solat maka diletakkan semua dosa-dosanya di atas kepala dan kedua-dua bahunya. Setiap kali ia rukuk atau sujud, maka akan berjatuhanlah dosa-dosanya itu" [H.R.Attabrani]
Best Blogger Tips

Berbohong dan Menghampiri Zina

Rasulullah S.A.W telah melarang lelaki dan wanita yang bukan mahram (dihalalkan nikah antara keduanya) daripada berkhalwat (berdua-duaan di tempat yang boleh dikategorikan sebagai terhindar daripada halangan untuk melakukan maksiat yang berlaku antara lelaki dan wanita). Larangan yang dikemukakan oleh Rasulullah S.A.W  dalam hadithnya ini yang menggunakan lafaz nahi (tegahan) membawa maksud pengharaman perbuatan berdua-duaan yang dimaksudkan tersebut. Berikut merupakan hadith-hadith yang menggambarkan pengharaman tersebut: 1.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas bermaksud: Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat makan janganlah berkhalwat dengan wanita yang tidak ditemani oleh muhramnya (lelaki yang haram dinikahinya).
2.Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Bukhari: Janganlah sesiapa dikalangan kamu (lelaki) berkhalwat dengan wanita yang bukan muhram antara keduanya melainkan sekiranya wanita tersebut ditemani oleh mahramnya.
 
 
وَلاَ تَقْرَبُواْ الزِّنَى إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاء سَبِيلاً
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zinaitu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."
(Surah Al-Isra' 17: Ayat Ke 32)
 
Arahan untuk tidak membenarkan lelaki dan wanita daripada berdua-duaan dalam erti kata khalwat di atas bukanlah kerana buruk sangka terhadap kedua-dua mereka tetapi ia bertujuan untuk memelihara mereka daripada terjebak kepada perkara-perkara yang termasuk dalam larangan-larangan Allah yang lebih berat seperti bercumbu-cumbuan, berpeluk-pelukan malahan sehingga ke peringkat zina.
Ini adalah disebabkan ketika mereka berdua-duaan, syaitan akan menjadi orang tengah yang bertanggungjawab untuk membisikkan tindakan-tindakan maksiat seterusnya yang perlu dilakukan oleh mereka berdua sepertimana yang dijelaskan oleh Rasulullah S.A.W dalam hadithnya yang bermaksud: Jauhilah kamu daripada berkhalwat dengan wanita (yang bukan muhram kamu). Demi Allah yang jiwaku berada dalam genggamanNya, tidaklah seseorang lelaki berkhalwat dengan seorang wanita melainkan syaitan akan mendatangi mereka berdua. Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya: “Mana-mana lelaki tidak akan berdua-duaan (berkhalwat) dengan perempuan, melainkan pasti syaitan akan menjadi yang ketiga”. (Riwayat At-Tirmidzi)
Wanita adalah dilarang berkhalwat dengan lelaki yang bukan muhrimnya di mana berkhalwat tidak semestinya berlaku di dalam rumah sahaja tetapi ia juga boleh berlaku di tempat-tempat yang sunyi tanpa dihadiri atau dilihat oleh orang ramai seperti di taman, tasik, pejabat dan sebagainya. Perlu diingat syaitan merupakan makhluk yang bijak (menghasut). Selagi ada kesempatan yang terluang, ia akan menggoda manusia untuk melakukan perbuatan yang terkutuk.
Oleh itu kita hendaklah sentiasa berwaspada. Jangan sekali-kali menghampiri pintu yang menghumban ke neraka seperti melakukan khalwat yang akhirnya menjebakkan diri kepada zina dan sebagainya.
Apabila kamu berdua-duaan, kamu telah melanggari Perjanjian dengan Allah Swt. Apabila ditanya oleh ibubapamu, kamu berpotensi untuk berbohong. Best Blogger Tips

Purdah mula diharamkan di Perancis


Hijab Muslimah salah satu dari Syiar-syiar (tanda mercu) Islam di tengah-tengah masyarakat. Ia di tengah-tengah masyarakat Barat lebih menonjol lagi.
Kelmarin 11 April 2011, Perancis dengan resminya mengharamkan purdah, salah satu pakaian wanita Islam. Sebaik penguatkuasaan tersebut, polis telah menangkap dua orang muslimah yang berpakaian sedemikian di Paris. Dengan ini Perancis menjadi negara pertama di Barat yang mengharamkan purdah sebagai salah satu undang-undag atau sistem dalam negara. Ini berlaku di tengah-tengah benua Eropah yang melaungkan kebebasan hak asasi manusia dan kebebasan beragama.
“Undang-undang itu sangat jelas. Menyembunyikan muka anda di tempat awam menjadi sebab untuk dikenakan tindakan,” kata Menteri Dalam Negeri, Claude Gueant pada mesyuarat Kesatuan Eropah (EU) di Luxembourg, semalam. Beliau berkata, pengharaman tersebut melindungi dua prinsip asas iaitu sekularisme dan prinsip kesamarataan antara lelaki dan wanita.
Nayet (tengah) dan Kenza Drider (kiri), keluar dari balai polis selepas ditahan kerana memakai purdah di Paris kelmarin.
Dalam masa yang sama seperti banyak Negara-negara Barat yang lain, Perancis membenarkan wanita mendedahkan bahagian atas tubuhnya di tempat awam. Itu tidak menjadi kesalahan dan tidak boleh ditangkap oleh polis. Tanpa membincangkan hukum pemakaian purdah disegi fiqh, saya hanya menulis berdasarkan pemakaian purdah oleh seseorang berdasarkan kepercayaannya terhadap agama Islam dan tindakbalas sebuah negara kafir terhadap mereka. Dari perkembangan ini apa yang dapat saya lihat ialah :
  1. Perancis dan Negara-negara Barat mula kembali ke zaman penindasan, fasa awal keruntuhan sesebuah tamaddun, seperti mana berlaku di Negara-negara Umat Islam yang menindas rakyatnya. Apabila penindasan dan kezaliman melata, umat dan negara tersebut mula memasuki ke fasa keruntuhan. Apabila kita menyebut keruntuhan, ia bukan bermakna keruntuhan material, akan tetapi keruntuhan sistem dan kekuatan.
  2. Muslimah dalam masyarakat Islam lebih-lebih lagi yang memilih untuk berpakaian yang lebih hampir kepada Islam apatah lagi di tengah-tengah masyarakat Barat yang kafir dan mendedahkan aurat, mempunyai Iman yang tinggi dan semangat yang tidak mudah dikalahkan. Apatah lagi kebanyakan umat Islam di Perancis adalah dari keturunan Arab yang terkenal dengan memiliki semangat pengorbanan yang tidak mudah dipatahkan. Penangkapan demi penangkapan akan membuka mata masyarakat di Perancis khsuusnya dan di Barat amnya akan penindasan terhadap segolongan manusia, hanya disebabkan pegangan akidah dan prinsip dirinya yang sepatutnya diberi kebebasan oleh undang-undang yang bertamaddun. Bayangkan apabila nanti yang ditangkap ialah wanita-wanita muslimah yang mempunyai kedudukan yang baik dalam masyarakat Perancis seperti ahli akademik, koporat pemimpin masyarakat dan kaum keluarga mereka. Ia akan mencetuskan perdebatan atau sekurang-kurangnya perbualan dikalangan orang ramai.
  3. Jelas dari kenyataan Menteri Dalam Negeri Perancis bahawa undang-undang tersebut adalah untuk melindungi asas Sekular yang diamalkan dinegara berkenaan. Ia buka disebabkan isu pengurusan seperti sukar mengenali seseorang “penjenayah” jika memakai purdah contohnya. Ia jelas merupakan isu agama. Sekular bererti memisahkan agama dari pentadbiran negara. Ia bermakna pihak Gereja jangan masuk campur dalam Politik. Dengan kata lain Undang-undang Agama tidak boleh digunapakai atau dipaksakan keatas Negara untuk dilaksanakan. Sepatutnya di negara sekularlah lebih mudah memakai apa sahaja jenis pakaian berdasarkan agama kerana negara sekular berkenaan tidak mengganggu kepercayaan seseorang. Ini yang berlaku terhadap perjalanan agama di Negara-negara Sekular di Barat dan di Timur pada hari ini. Akan tetapi bila ia berkait dengan Islam, pengecualian dikenakan dengan zalim. Ia bukan perkara yang baru terhadap agama Allah ini. Ia juga berlaku terhadap rombongan umrah Rasulullah saw dan kaum muslimin yang tidak dibenarkan masuk ke Mekah hanya kerana pegangan kepercayaan mereka, sedangkan sejak turun temurun adat Arab Jahiliyah tidak membenarkan mana-mana kabilah dihalang dari menuju ke Kaabah untuk tujuan beribadah. Begitu juga halnya di Kashmir yang penduduknya 99% beragama Islam yang sedang dijajah oleh Kerajaan India yang beragama Hindu. Pada tahun 1947, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memutuskan rakyat Kashmir diberi hak membuat Pungutan Suara untuk menentukan samada hendak merdeka atau terus dibawah India. Sehingga hari ini Pungutan Suara itu tidak dilaksanakan. Sebaliknya diwilayah-wilayah penduduk majoritinya Kristian, resolusi pungutan suara segera dilaksanakan pungutan-pungutan suara di Timur Timor, Indonesia dan di Selatan Sudan baru-baru ini yang berkeputusan mereka dapat berpisah dari negara induknya yang berkerajaan Islam dan membentuk negara sendiri yang merdeka.
  4. Walaupun bilangan muslimah yang berpurdah di Perancis tidak ramai, iaitu kira-kira 2000 orang akan tetapi yang ditakuti oleh Barat ialah syiar (penonjolan) nya yang boleh mencetus dan mempengaruhi orang lain. Ia juga menggusarkan pihak-pihak perosak masyarakat seperti pertubuhan Zionis, Freemason dan seumpamanya yang saban hari bekerja keras melalui media, pendidikan, ekonomi dan sebagainya untuk merosakkan akhlak masyarakat dan sebarang akidah yang boleh menghalang perancangan jahat mereka untuk menguasai pemikiran masyarakat dan politik dunia.
  5. Pada saya pemimpin dan umat Islam harus bangkit dan menyatakan bangkangannya terhadap pengharaman sedemikian, jik abukan atas asas agama, maka atas asas hak kebebasan individu dalam mengamalkan kepercayaannya seperti yang diperjuangkan oleh sistem Demokrasi di Barat. Hakikatnya purdah, walaupun disegi hukum fiqhnya mempunyai berbagai pandangan, tetapi disegi sosial dan politiknya, ia adalah salah satu benteng dari benteng-benteng Islam. Jika hari ini pemimpin dan umat Islam membisu seribu bahasa terhadap isu ini, maka tidak mustahil pihak Perancis akan mengharamkan pemakaian tudung atau hijab pula atas dasar yang sama. Ini yang berlaku di Singapura dalam isu pemakaian tudung di sekolah-sekolah kerajaan. Ini juga berlaku di Radio dan Televisyen Malaysia (RTM) ketika di era pemerintahan Mahathir.
Jika tekanan ke atas pemakaian purdah/niqab atas asas sekular dan kepercayaan individu tidak dipersoalkan oleh umat Islam, tidak mustahil ia akan menular kepada tekanan ke atas pemakaian tudung/hijab. Walaupun kamai menulis “tidak mustahil” tetapi hakikatnya ia telah berlaku dan pemerhatian yang mendalam menunjukkan ia juga sedang berlaku dalam bentuk-bentuknya yang berbagai. Kisah Hamidah Hamzah, pembaca berita RTM masih segar dalam ingatan dan pengajaran.
Umat Islam akan terus melihat pengecualian demi pengecualian, serta penindasan demi penindasan ke atas kepercayaan individu dan akidah Islam samada di Negara-negara Barat dan Timur atau di negara-negara umat Islam sendiri yang tunduk kepada pengaruh dan agenda Barat dan Timur.



ps ; memang terbaik la diorg nie, kalau ada kemahuan mmng ada jln penyelesaian...semoga diorg diberkati ALLAH Best Blogger Tips

AURAT LELAKI SERING DIREMEHKAN



Artikel Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar   Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, ...auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.   Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.   Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?   Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.   Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.   Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.   Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?   Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.   Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.   Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.   Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain- dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.   Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.   Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?   Secara logiknya cara berpakaian dalam sukan itulah yang menjadi sebab mengapa kurang penyertaan orang Islam dalam sukan. Sebenarnya mereka masih berminat untuk bersukan tetapi mereka tiada pilihan untuk bersukan. Akhirnya sukan dikuasai oleh orang bukan Islam. Best Blogger Tips

FATWA: ISLAM HARAMKAN ROKOK

 nie la beza paru2 perokok dengan tidak merokok
 
Kau orang merokok tak? Aku tak menghisap rokok dan aku amat tak suka bau rokok. Kalau ada orang dok dekat aku dan hisap rokok, aku cukup bengang. Mana tidaknya, aku tak hisap rokok tapi terpaksa terima kesan macam orang yg hisap rokok juga. Lebih menyakitkan hati bila siperokok boleh buat dek je. Hembus asap rokoknya ikut suka hati dia. Lebih malang bila ada yg hisap rokok ditempat awam dan dalam bilik berhawa dingin.

Jepun mengharamkan rokok atas nama menjaga kesihatan rakyat. Kenapa Jepun yg kita tahu majoriti rakyatnya bukan beragama Islam boleh mengharamkan rokok? Negara kita pula yg masih dok pertahankan rokok ni. Tak serius menghalang masalah berkaitan rokok ni...

Boleh dikatakan 90 peratus rakyat di negara ini tidak setuju rokok diharamkan walaupun ada ulama mengatakan rokok adalah haram hukumnya (daun tembakau direndam arak sewaktu diproses di luar negara). Ada yang kata rokok tidak haram. Ia makruf sahaja. Rasanya yg kata makruh tu, hisap rokok juga. Ada seorang Cina yg bagitau my hubby, depa proses daun tembakau utk rokok daun dan renjis samsu supaya rasa daun tu lebih 'sedap' sbb asal daun tembakau tak ada rasa dan kelat je...

Kerajaan jelas tidak akan mengharamkan rokok di negara ini, kerana syarikat rokok banyak menyumbang wang, terutama sekali apabila tiba musim pilihanraya umum dan kecil.
Kalau kita perhatikan gambar di atas ni, macam2 keburukan rokok ni....
1. Mengancam nyawa dan keselamatan diri.
2. Mengandungi kira-kira 4000 jenis racun merbahaya.
3. Usaha membunuh diri secara perlahan-lahan.
4. Jarum Yahudi untuk melemahkan umat Islam.
5. Menyokong pembunuhan umat Islam kerana sebahagian besar keuntungan daripada rokok disumbangkan dalam pembelian senjata Amerika dan Yahudi laknatullah.
6. Najis, kerana setiap batang rokok mengandungi pati najis haiwan. Ia direndam dalam alkohol (arak) untuk menyebabkan ketagihan perokok.
7. Contoh buruk dan budaya jijik yang ditunjukkan kepada golongn muda dan anak-anak.
8. Bapa kepada kemaksiatan (Jika arak adalah ibu kepada segala kejahatan)
i. Pelajar yang ponteng sekolah kebanyakannya bermula daripada ketagihan merokok.
ii. Remaja yang terlibat dengan gam, dadah, ganja, arak, mat rempit, bohsia, bohjan boleh dikatakan semuanya bermula dengan merokok.
iii. Remaja yang terpengaruh dengan kawan-kawan yang nakal dan jahat, kebanyakannya diumpan dengan rokok.
9. Amalan syaitan. Merokok diibaratkan seperti membakar duit dan ia adalah perbuatan yang sia-sia.
10. Menjadi fitnah kepada agama (Islam). baca sini
Gambar ni menunjukkan lelaki yg kena kanser mulut akibat merokok.


Antara Fatwa merokok itu HARAM ialah:-* Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwan Islam Malaysia kali ke 37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 di Kuala Lumpur. * Fatwa yang termasyur di seluruh dunia iaitu Al-Marhum Mufti Saudi, Syeikh Abdul Aziz bin Baaz* Fatwa Al-Azhar terdahulu iaitu Syeikh Abdullah Al-Masyd (Ketua Lembaga Fatwa Azhar), Dr. Ahmad ‘Umar Hashim’ (Naib Canselor Al-Azhar) dan lain lain.
10 SEBAB MENGAPA ISLAM MENGHARAMKAN ROKOK
1.  Rokok menjejaskan akal (mental)
2.  Rokok membahayakan kesihatan fizikal
3.  Rokok membahayakan keselamatan diri dan orang lain.
4.  Rokok membahayakan keturunan
5.  Rokok mengganggu manusia lain.
6.  Rokok menimbulkan akhlak buruk
7.  Rokok mensia-siakan waktu hidup
8.  Rokok bercanggah dengan maruah keislamana
9.  Rokok membazirkan harta (wang)
10. Rokok mengandungi dadah (nikotin dan arak)

image
macam mana? agak-agak nak hisap rokok lagi x? x cukup lagi ke dengan fatwa mufti malaysia tentang pengharaman rokok? agak-agaknya kalau puntung rokok tu ada darah babi, apa hukumnya kalau kita letakkan puntung rokok tu kat bibir? kena samak x bibir tu lepas merokok? jeng…jeng…jeng…
atau, adakah puntung rokok di malaysia tidak menggunakan darah babi? siapa yang tahu?


Best Blogger Tips

Guna hantu peludah untuk melariskan makanan?


 Hantu Peludah adalah hantu yang di pakai sebagai penglaris makanan. Dikatakan peludah kerana sebelum di sajikan kepada pelanggan, makanan ini di ludahi akan menjadi terasa nikmat dan pelanggan akan ketagihan untuk datang ke warung makan tersebut.

Hawa yang terbawa oleh lidah tersebut ternyata juga mampu menambah rasa makanan yang di sajikan itu, Bahkan kadang -kadang jika di rasa kurang maka tindakan meludah itu dilakukan sampai dua kali atau tiga kali secara berturut-turut, Namun kadang tidak semua pemilik warung tahu tindakan apa yang sebetulnya dilakukan oleh hantu peliharaannya dalam rangka membuat laris warungnya, yang mereka tahu hanya bahawa mereka memagari warung tersebut dengan energi penglarisan yang diperolehnya entah dari orang pintar ataupun hasil dari dia melakukan kegiatan ritual tertentu di tempat-tempat yang di anggap keramat.


Efek dari tindakan hantu ini di samping membuat enak masakan yang di sajikan juga membuat energi negatif akan masuk ke tubuh orang yang memakan masakan tersebut, di sisi lain kadang jika orang yang memakan masakan yang di ludahi itu kebetulan adalah orang baik-baik perilaku dan muatan spiritualnya, maka kadang setelah memakan makanan yang di ludahi, beberapa waktu kemudian dia akan merasa mual dan mungkin juga muntah-muntah. Hal ini terjadi kerana hawa yang masuk dari makanan tersebut berlawanan dengan energi posistif yang dimiliki oleh orang itu kerana perbuatan dan karakter baiknya. Jika hal itu terjadi maka automatik, energi negatif yang masuk tadi akan keluar.




tempat kejadian : bandar baru bangi

ps : apa punya jenis manusia la yg sanggup buat perkara mcm nie...

Best Blogger Tips

Inilah hasil karya lelaki yang kesepian

Sam Rodia, seorang Imigran berasal dari Itali adalah seorang lelakiyang sangat kesepian. Dia bercerai dengan isterinya, dan pengadilan melarangnya untuk menemui anak-anaknya. Untuk menghilang rasa kesepiannya,50 tahun lalu Sam mulai membangun sebuah menara. Tapi sebenarnya, menara ini tidak berguna sama sekali, selain mungkin, boleh kita nikmati sebagai sebuah karya seni.






Best Blogger Tips

'KAFIR BANGGA' HINA ISLAM


tadi aku melawat laman blog USTAZ NASARUDDIN TERPERANJAT AKU....berani betul mamat yang mengelar dirinya KAFIR BANGGA...TERANG-TERANG MAMAT NI KUTUK ISLAM DALAM FACE BOOK DIA...MACAM-MACAM DIA KATA TENTANG ISLAM....kita tak pernah nak mengata tentang agama dia...TAPI DIA BERANI SUNGGUH....MANA PI ORANG YANG BERKENAAN????...AMBIL TINDAKKAN SEGERA...JANGAN UJI KESABARAN UMAT ISLAM...KESABARAN ADA BATASANNYA...memang boleh bebas bersuara tapi jangan sampai menghina agama orang lain...
Best Blogger Tips

Double rainbow sighted!




Date Taken : 27.3.2011
Place : Taman Mawar, Pasir Gudang
Time : 07.12PM

 these rainbow formed right after heavy rain pouring down upon my current resident at Pasir Gudang..




these images captured after the super heavy rain..if you could notice that there are 2 line of rainbow formed..that should call it phenomenal..!!



did you noticed it? right over on top of the 1st one. i've never been seen anything like this before..this was my first time. but surely its beautiful..!


Nie gambar pelangi berkembar yg aku sendiri tangkap kat area gambang kuantan...waktu lebih kurang 6.45 petang tarikh dia aku dh tak ingat tapi lebih kurang 1 bulan lepas...pelik kan lebih kurang sama jer masa dia dngan gambar yg kt atas



ps ; aku tangkap gambar sambil bawak keta...;p  (kalau korang x nampak, klik gambar pas tu zoom, tengok sebelah kiri pelangi)
Best Blogger Tips

Berlaku sekali dalam 823 Tahun? Kena Tengok!



Dear readers.

this is real shit. the calendar might look familiar, but wait!

That's July calendar. this July 2011.

Perasan tak yang dalam bulan Julai ni nanti, ade 5 Jumaat, 5 Sabtu dan 5 Ahad!

Bulan ni dipanggil "Money Bags". and this  has been spreaded all over mails, ebing forwarded all over again and also said to be from Chinese feng shui. 
Actually, this is a HOAX! 


So sape2 yang pernah forward mail mcm ni, and expecting to recieve a bags of money, you have been punked! no one's gonna give you just like that! get real you moronic fat face!

Best Blogger Tips

Saturday, April 23, 2011

Tulang Ekor (Coccyx) dan Kebangkitan Manusia


Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
“Dalam tubuh manusia terdapat sebuah tulang yang tidak akan dimakan tanah selama-lamanya.Dari tulang itulah manusia akan dibentuk kembali pada hari kiamat kelak. Para sahabat bertanya: “Tulang apakah itu wahai Rasulullah?” Nabi SAW menjawab: “Itulah tulang ekor.”
- HR Bukhari, An-Nasaii, Abu Dawud, Ibnu Majah, Ahmad dan Malik.
Tulang ekor (coccyx) adalah tulang terakhir di bahagian bawah tulang belakang. Disebutkan dalam beberapa hadis bahawa tulang ini adalah asal manusia dan benih dari mana manusia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan bahawa bahagian ini tidak reput di dalam tanah.
Dari Abu Hurairah, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Seluruh anggota tubuh manusia akan musnah dimakan tanah, kecuali TULANG EKOR. Dari tulang itulah manusia akan dibentuk dan diciptakan kembali.”
Hadis-hadis di atas adalah jelas menerangkan hal ini dan mengandungi fakta-fakta berikut:
  1. Manusia diciptakan dari tulang ekor.
  2. Tulang ekor tidak akan reput.
  3. Pada hari kiamat, manusia akan dibangkitkan melalui tulang ekor.
Peringkat-Peringkat Pembentukan Janin
Pembentukan janin bermula apabila sperma bersenyawa dengan ovula.

Ovula yang disenyawa atau zigot terbahagi menjadi 2 sel, dan setiap sel pula terbahagi menjadi 2 sel yang lain. Pembahagian sel-sel dan pertumbuhannya berterusan sehingga pembentukan selaput embrio yang mengandungi 2 lapisan:
  • Luaran “Epiblast”: mengandungi cytotrophoblasts melekatkan embrio di dinding rahim dan membolehkan ia mendapatkan zat-zat makanan dari darah dan enzim-enzim dari kelenjar dinding rahim.
  • Dalaman “Hypoblast”: Dari mana janin dibentuk dengan Kehendak Allah Yang Maha Besar.Pada hari ke 15 coretan primitif (primitive streak) terbentuk pada bahagian dorsal embrio dengan hujung runcingnya disebut sebagai simpulan primitif (primitive node). Sisi di mana coretan primitif ini muncul dikenali sebagai bahagian belakang dari ceper embrio (embrio disk). Dari coretan primitif dan simpulan primituf inilah seluruh tisu-tisu janin dan organ-organ janin terbentuk seperti berikut:
  1. Ektoderma(Ectoderm): membentuk kulit dan sistem saraf tunjang
  2. Mesoderma(Mesoderm): membentuk saluran pencernaan otot polos, otot-otot rangka, sistem peredaran, jantung, tulang, sistem seksual dan kencing (kecuali pundi kencing), tisu-tisu subkutan (subcutaneous tissues), sistem limfatik, limpa dan korteks.
  3. Endoderma(Endoderm): membentuk lapisan saluran pencernaan dan sistem pernafasan, organ-organ yang berkait dengan saluran pencernaan (misalnya: hati dan pankreas), pundi, kelenjar tiroid, saluran pendengaran. Setelah itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi menguncup dan berada di zon sakral, bahagian bawah terakhir tulang belakang, sehingga terbentuk tulang ekor. Oleh kerana itu, coretan primitif dan simpulan primitif menjadi tulang ekor yang telah Nabi SAW terangkan kepada kita mengenainya.
Tulang Ekor Tidak Boleh Reput
Para penyelidik mendapati bahawa pembentukan dan pengaturan sel-sel janin dan organisasi yang diberikan oleh coretan primitif dan simpulan primitif dan sebelum pembentukan mereka tidak ada pembezaan sel-sel yang mungkin boleh terjadi. Salah seorang penyelidik yang terkenal dalam membuktikan hal ini adalah saintis Jerman Hans Spemann.
Menurut eksperimennya ke atas coretan primitif dan simpulan primitif  dia menemukan bahawa mereka yang mengatur kejadian ini sebagai “Pengatur utama.” Beliau memotong bahagian dari satu janin dan ditanamkan/disusukkan dalam satu lagi janin yang berada pada peringkat embrio primer (minggu ketiga dan minggu keempat). Apa yang mengejutkan ia mengarah kepada pembentukan janin sekunder dalam tubuh tetamu disebabkan pengaruh dan pengaturan yang diberikan oleh sel-sel tetamu disekitarnya.
Pada tahun 1931, ketika Spemann menghancurkan pengatur utama dan menanamnya sekali lagi, kehancuran ini tidak menjejaskan eksperimen dan sekali lagi, satu embrio sekunder tumbuh. Pada 1933, Spemann dan saintis lain melakukan percubaan yang sama tetapi pengatur utama kali ini direbus pula. Sebuah embrio sekunder tumbuh, malah ia menunjukkan bahawa sel-sel tidak terjejas walau pun ianya direbus. Pada tahun 1935, Spemann dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penemuan Pengatur Utama (Primary Organiser).
Dr. Othman Al-Djilani dan Syaikh Abdul Majid Al-Azzandani melakukan beberapa eksperimen pada tulang ekor pada bulan Ramadan 1423 di rumah Syeikh Abdul Majid Al-Azzandani di Sanaa. Salah satu dari lima vertebra tulang ekor dibakar di atas batu dengan menggunakan semburan gas api selama 10 minit hingga ke tahap pembakaran sepenuhnya (iaitu tulang menjadi merah kemudian hitam). Mereka meletakkan kepingan-kepingan arang ini dalam kotak yang disterilkan dan membawanya ke makmal analisis yang paling terkenal di Sanaa (makmal Al-Olaki).
Dr. Al-Olaki, seorang pensyarah histologi dan patologi di Universiti Sanaa, menganalisis kepingan-kepingan ini dan mendapati bahawa sel-sel dari jaringan tulang ekor itu tidak terjejas dan terselamat dari pembakaran (hanya otot, tisu-tisu lemak dan sel-sel tulang sumsum yang terbakar sedangkan pada sel-sel tulang ekor langsung tidak terjejas).
Kecacatan Pembentukan Janin Bukti Tulang Ekor Mengandungi Sel-Sel Ibu untuk Semua Rangkaian Tisu Manusia
Pembentukan janin adalah dari coretan primitif dan simpulan primitif, yang berada pada tulang belakang terakhir sakrum (tulang ekor) dan masih mengekalkan ciri-ciri mereka. Jika sekiranya bahagian ini terangsang, mereka mulai tumbuh sama dengan seperti pertumbuhan janin dan menjadi tumor (teratoma) yang menyerupai sebuah janin yang cacat dengan beberapa organ terbentuk sempurna (tangan atau kaki dengan kuku). Oleh kerana itu sakrum memang mengandungi sel-sel ibu dan apa yang Nabi SAW bersabda tentang kebangkitan manusia dari tulang ekor mereka pada hari kiamat telah dibuktikan.
Kesimpulan: tulang ekor yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif serta mereka dapat tumbuh memberikan tiga lapisan yang membentuk janin: ektoderma, mesoderma dan endoderma dan sehinggakan boleh membentuk semua organ. Apabila pakar bedah membedah tumor tersebut mereka menjumpai organ-organ yang terbentuk sempurna di dalamnya seperti gigi, rambut dan sebagainya.
Oleh yang demikian, maka manusia dapat diciptakan kembali dari tulang ekor mereka yang mengandungi coretan primitif dan simpulan primitif. Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts