And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Tuesday, July 5, 2011

Adolf Hitler : Sudut Kisah Yang Jarang Kita Dengar





Penghormatanku kepada lelaki agung, Adolf Hitler, semoga ada sepertinya di zaman ini...

Aku berbual dengan seorang ahli keluarga yang sedang menamatkan tesis PhD beliau dan aku amat terperanjat apabila beliau nyatakan tesis beliau berkaitan Adolf Hitler, pemimpin Nazi. Maka aku katakan "Takkan dah habis semua tokoh Islam di dunia ini sampai kamu memilih si bodoh ini dijadikan tajuk?"

Beliau ketawa lalu bertanya apa yang aku ketahui tentang Hitler.

Aku lalu menjawab bahawa Hitler seorang pembunuh yang membunuh secara berleluasa dan meletakkan German mengatasi segala-galanya...lalu dia bertanya dari mana sumber aku. Aku menjawab sumberku dari TV pastinya.

Lalu dia berkata : " Baiklah, pihak British telah melakukan lebih dahsyat dari itu...pihak Jepun semasa zaman Emperor mereka juga sama...tapi kenapa dunia hanya menghukum Hitler dan meletakkan kesalahan malahan memburukkan nama Nazi seolah-olah Nazi masih wujud hari ini sedangkan mereka melupakan kesalahan pihak British kepada Scotland, pihak Jepun kepada dunia dan pihak Afrika Selatan kepada kaum kulit hitam mereka?"

Aku lantas meminta jawapan dari beliau. Beliau menyambung : "Ada dua sebab -

1. Prinsip Hitler berkaitan Yahudi, Zionisme dan penubuhan negara Israel. Hitler telah melancarkan Holocaust untuk menghapuskan Yahudi kerana beranggapan Yahudi akan menjahanamkan dunia pada suatu hari nanti.

2. Prinsip Hitler berkaitan Islam. Hitler telah belajar sejarah kerajaan terdahulu dan umat yang lampau, dan beliau telah menyatakan bahawa ada tiga tamadun yang terkuat, iaitu Parsi, Rome dan Arab. Ketiga-tiga tamadun ini telah menguasai dunia satu ketika dulu dan Parsi serta Rome telah mengembangkan tamadun mereka hingga hari ini, manakala Arab pula lebih kepada persengketaan sesama mereka sahaja. Beliau melihat ini sebagai satu masalah kerana Arab akan merosakkan Tamadun Islam yang beliau telah lihat begitu hebat satu ketika dulu.

Atas rasa kagum beliau pada Tamadun Islam, beliau telah mencetak risalah berkaitan Islam dan diedarkan kepada tentera Nazi semasa perang, walaupun kepada tentera yang bukan Islam.

Beliau juga telah meberi peluang kepada tentera German yang beragama Islam untuk menunaikan solat ketika masuk waktu di mana jua...bahkan tentera German pernah bersolat di dataran Berlin dan Hitler ketika itu mennggu sehingga mereka tamat solat jemaah untuk menyampaikan ucapan beliau...


Hitler juga sering bertemu dengan para Ulamak dan meminta pendapat mereka serta belajar dari mereka tentang agama dan kisah para sahabat dalam mentadbir...

Hitler bersama Syeikh Amin Al-Husainiy


Beliau juga meminta para Sheikh untuk mendampingi tentera beliau bagi mendoakan mereka yang bukan Islam dan memberi semangat kepada yang beragama Islam untuk membunuh Yahudi...



Seorang tentera Nazi melekatkan gambar Mufti Al-Quds

Semua maklumat ini ialah hasil kajian sejarah yang dilakukan oleh saudara aku untuk tesis PhD beliau dan beliau meminta aku tidak menokok tambah apa-apa supaya tidak menyusahkan beliau untuk membentangkannya nanti. Beliau tidak mahu aku campurkan bahan dari internet kerana aku bukan pakar bidang sejarah. Tetapi gambar-gambar yang ada di sini sudah lama tersebar dan semua orang boleh melihatnya di internet.

Aku juga sedaya upaya mencari maklumat tambahan di internet dan berjumpa beberapa perkara :

1: Pengaruh Al-Quran di dalam ucapan Hitler.

Ketika tentera Nazi tiba di Moscow, Hitler berhajat menyampaikan ucapan. Dia memerintahkan penasihat-penasihatnya untuk mencari kata-kata pembukaan yang hebat tak kira dari kitab agama, kata-kata ahli falsafah ataupun dari bait syair. Seorang sasterawan Iraq yang bermastautin di German mencadangkan ayat Al-Quran :

(اقتربت الساعة وانشق القمر) bermaksud : Telah hampir Hari Kiamat dan bulan akan terbelah...

Hitler berasa kagum dengan ayat ini dan menggunakannya sebagai kalam pembukaan dan isi kandungan ucapan beliau. Memang para ahli tafsir menghuraikan bahawa ayat tersebut bermaksud kehebatan, kekuatan dan memberi maksud yang mendalam.

Perkara ini dinyatakan oleh Hitler di dalam buku beliau Mein Kampf yang ditulis di dalam penjara bahawa banyak aspek tindakan beliau berdasarkan ayat Al-Quran, khususnya yang berkaitan tindakan beliau ke atas Yahudi...

2. Hitler bersumpah dengan nama Allah yang Maha Besar

Hitler telah memasukkan sumpah dengan nama Allah yang Maha Besar di dalam ikrar ketua tenteranya yang akan tamat belajar di akademi tentera German.

" Aku bersumpah dengan nama Allah (Tuhan) yang Maha Besar dan ini ialah sumpah suci ku,bahawa aku akan mentaati semua perintah ketua tentera German dan pemimpinnya Adolf Hitler, pemimpin bersenjata tertinggi, bahawa aku akan sentiasa bersedia untuk berkorban dengan nyawaku pada bila-bila waktu demi pemimpin ku"

3. Hitler telah enggan meminum beer (arak) pada ketika beliau gementar semasa keadaan German yang agak goyah dan bermasalah. Ketika itu para doktor mencadangkan beliau minum beer sebagai ubat dan beliau enggan, sambil mangatakan " Bagaimana anda ingin suruh seseorang itu minum arak untuk tujuan perubatan sedangkan beliau tidak pernah seumur hidupnya menyentuh arak?"

Ya, Hitler tidak pernah menjamah arak sepanjang hayat beliau...minuman kebiasaan beliau ialah teh menggunakan uncang khas...

Bukanlah tujuan penulisan ini untuk membela apa yang dilakukan oleh Hitler, tetapi ianya bertujuan untuk menyingkap apa yang disembunyikan oleh pihak Barat. Semoga kita semua beroleh manfaat.

Best Blogger Tips

Monday, July 4, 2011

Intro - Bukti Kerajaan Amerika dan Dunia Penyembah Syaitan.





assalamualaikum...tujuan entri bersiri bukti kerajaan Amerika dan dunia penyembah syaitan adalah utk menyedarkan seramai mungkin manusia khasnya umat islam tentang bahaya gerakan illuminati. Aku sengaja menggunakan gelaran penyembah syaitan kerana hasil pemerhatian aku masih ramai yg x tau langsung tentang illuminati ini.

Di inspirasikan dari dokumentari The Arrivals tetapi lebih menfokuskan memberi bukti dari penerangan yg panjang lebar kerana byk blog yg aku temui menceritakan dgn panjang lebar dan lebih kepada sejarah.Bukan berniat nak merendahkan siapa2 atau mana2 blogger tetapi pendapat aku kita kena fokus kpd mewujudkan kesiapsiagaan "readiness" yg tinggi org ramai kerana rancangan illuminati sudah hampir kekemuncaknya!!!! 

MATLAMAT

1.Memdedahkan bahaya illuminati=penyembah syaitan kpd seberapa ramai yg mungkin

2.Meransangkan pembaca turut serta mendedahkan bahaya illuminati=penyembah syaitan kpd seberapa ramai yg mungkin bukan sekadar membaca sahaja

3.Cuba mempopularkan isu ini supaya lebih ramai blogger turut menulis tentang isu ini dengan harapan isu ini akan membanjiri ping site serta menjadi topik hangat di media elektronik dan cetak.

4.Mendedahkan identiti sebenar musuh:

selama ini org islam sering dilaga-lagakan dgn org kristian padahal punca semua masalah ini adalah yahudi fokuskan lagi yahudi zionis=israel dgn agen2 mereka iaitu illuminati ,freemason dan byk lagi group yg sama di seluruh dunia

5.Berusaha meyakinkan bukan islam bahawa musuh kita sama:

walaupun kita berbeza pendapat tentang tuhan tetapi kita mempercayai kewujudan tuhan serta menyeru kebaikan manakala yahudi=illuminati=freemason dll mereka penyembah syaitan serta menyeru kejahatan.

6.mengelakkan perpecahan dan berusaha menyatukan:

musuh kita adalah yahudi fokuskan lagi yahudi zionis=israel dan illuminati=freemason dan seumpamanya.Walupun ada juga setengah kelompok yg secara sedar atau x sedar menyokong zionis ya!!! memang ada isu disitu dan menyedarinya tetapi saya berpendapat ketepikan dulu sekejap kerana musuh kita zionis sgtlah besar dan kuat di mana utk mengalahkannya memerlukan penglibatan dari semua kelompok masyarakat.

7.Meningkatkan kesiapsiagaan "readiness" org ramai spiritual,mental dan fizikal:

ditegaskan disini bahawa org islam bukan pengganas kita tidak memulakan perang tetapi kita menamatkannya!!!! berdasarkan kajian aku rancangan illuminati ini sudah sampai kekemuncaknya!!! mereka sebenarnya sudah menetapkan tarikh akhir "date line" bg projek mereka NEW WORLD ORDER akan dikupas nanti.. biar mereka mulakan dulu!!! diulangi biar mereka mulakan dulu!!! sebaik sahaja ia dimulakan dgn kesiapsiagaan "readiness" yg tinggi kita akan keluar dgn yakin menjulang panji-panji hitam kerana pendapat aku jika anda peduli tentang isu ini anda lah di antara tentera-tentera panji-panji hitam itu kelak...ALLAHUAKHBAR!!!!



Akan datang Panji-panji Hitam dari Timur, seolah-olah hati mereka adalah kepingan-kepingan besi. Sesiapa mendengar tentang mereka, hendaklah datang kepada mereka dan berbaiatlah kepada mereka, sekalipun merangkak di atas salji.
(Al-Hafiz Abu Naim)




Ada berbagai pendapat tentang siapa panji-panji hitam dari timur ini pada pendapat aku siapa sahaja yg berada disebelah timur yg tahu dan peduli dgn isu ini merekalah tentera panji-panji hitam itu tidakkah anda perasan sesiapa yg mengetahui dan peduli tentang hadith ini baik individu atau kumpulan secara x langsung mengibarkan panji2 dgn warna yg sama.Bukankah Allah telah menyematkan diminda pejuang-pejuangNya agar menggunakan panji hitam sebagai panji pasukan dan menyeru jika melihat panji hitam supaya bersatu!!! kerana salah seorang pemuda yg mengibarkan panji-panji hitam itu adalah imam mahdi .Sesungguhnya kumpulan2 kecil ini akan bersatu menjadi satu ketumbukkan tentera yg besar dan kuat sehingga apabila ia keluar dari khurasan tidak mampu dihalang sehingga dipacakkan di ilya.Dialah Allah yg mengajar manusia dgn kalamNya(kata-kata) sesungguhnya benarlah kekuasaanNya membentuk tentera dgn hanya menyeru!

surah YA- SIN ayat 82:

Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Ia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Ia berfirman kepada (hakikat) benda itu: ” Jadilah engkau! “. Maka ia terus menjadi.

Sabda Nabi SAW, Apabila keluar Panji-panji Hitam dari arah Khurasan, tidak akan ada sesuatu apa pun yang dapat menghalangnya hinggalah dipacakkan di Ilya.
 (At-Tarmizi)

Mutiara Kata

1.Perang umpama permainan catur "chess" target utama adalah "the KING" tewasnya ia maka tamatlah permainan

2.Strategi yg baik adalah mengecilkan musuh kerana matlamat "the KING" adalah memenangi permainan dia tidak peduli berapa ramai askarnya mati

3.Tumpukan pada ketuanya!!!mati ketuanya askarnya akan hilang arah bagai kambing yg tiada pegembalanya

4.Perkara yg paling penting dlm peperangan adalah mengenali musuh

nota khas utk agen illuminati: a dan Allah juga berjanji membantu kami menghancurka
nda terlalu bangga dengan kebijaksanaan anda dan terlalu memperlekeh dan meremehkan umat islam tidakkah anda sedar siapa yg kami sembah!!! Dialah Allah yg menciptakan anda sebijak itun anda!!!





Bersama-sama kita islam dan bukan islam memerangi illumianti=penyembah syaitan

nota: umat islam betul2 dlm bahaya saya punya byk bukti bukan cakap kosong selamat membaca semua entri berkaitan isu ini hak cipta tidak terpelihara digalakkan copy
Best Blogger Tips

Saturday, July 2, 2011

Mencari Kebenaran


Kebenaran Islam tidak akan datang dan tidak dapat dipastikan ketulenannya hanya dengan bertaqlid kepada ibu-bapa atau keturunan kita yang sudah sedia Islam. Ini adalah kerana kepercayaan ibu bapa atau nenek moyang merupakan kepercayaan yang mereka warisi dari keturunan mereka, yang masih lagi belum diketahui sejauh mana kebenaran dan ketulenannya. Janganlah kita sebagai umat Islam rela menggolongkan diri kita ke dalam kumpulan umat yang buta dan keras hati demi mempertahankan kepercayaan nenek moyang seperti yang telah dirakamkan Allah s.w.t di dalam al-Quran menerusi surah al-Baqarah: 170

واذا قِيلَ لهم اتَّّبِعوا ما أَنزَلَ الله قالوا بل نَتَّّبِعُ ما ألْفَيْنَا عليهِ أبَآءَنا أوَلَو كان أبآءُهُم لا يَعقِلون شيأً ولا يَهتَدون
“Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Ikutlah apa yang diturunkan Allah!” Mereka menjawab: “(Tidak!) bahkan kami hanya mengikuti apa yang telah kami warisi dari nenek moyang kami”. (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk?”

Firman-Nya lagi menerusi surah al-Maidah: 104

وَاِذَا قِيلَ لهم تعالَو إلى ما أنزَلَ الله وإلى الرَّسولِ قالوا حَسبُناَ ما وَجَدْنَا عليه أبآءَنا أولَو كَانَ أبآءُهُم لاَ يَعقِلوُن شَيأً ولا يَهتَدُون
“Apabila dikatakan kepada mereka: “Marilah mengikuti apa yang telah diturunkan Allah dan mengikuti Rasul!” Mereka menjawab: “Cukuplah untuk kami apa yang kami warisi dari nenek moyang kami!” (Apakah mereka tetap akan mengikuti juga) walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun dan tidak dapat petunjuk”

Ayat-ayat seumpama ini banyak dirakamkan Allah s.w.t dan akan terus kekal wujud di dalam al-Quran. Ini sekaligus membuktikan bahawa sikap manusia fanatik dan bertaqlid buta dalam beragama masih lagi wujud di dalam masyarakat manusia hari ini khususnya mereka yang beragama Islam. Atas dasar cinta kepada nenek moyang, mereka kabur dari seruan kebenaran meskipun cahayanya bersinar terang di hadapan mata. Inilah yang dinamakan Islam Warisan.

Betapa ramai di antara umat Islam yang memiliki sarjana dan berpelajaran tinggi hingga ke menara gading malah berjawatan tinggi dan bergaji mewah. Malangnya di dalam urusan aqidah dan soal agama, mereka terkunci di penjara taqlid buta yang membunuh minda dan jiwa. Mereka tidak sudi atau berani mendengar keterangan dan fakta-fakta yang bertentangan dengan kepercayaan dan keyakinan mereka atau sesuatu yang berbeza dengan apa yang menjadi kepercayaan majoriti umat. Bahkan mereka lebih dipengaruhi sentimen dari bersikap rasional dan profesional. Mereka mendakwa berpegang dan mengikuti garisan al-Quran dan as-Sunnah, padahal tanpa disedari sebenarnya mereka sudah semakin jauh terpinggir bahkan menyimpang dari pimpinan keduanya. Mereka tetap kekal malah membatukan diri di dalam sebuah keyakinan yang belum diuji dan dicabar kebenarannya.

Pedoman pernah menyatakan:

“Janganlah kamu membenarkan atau menyalahkan apa yang kamu tidak tahu!”

Hari ini umat Islam terus berjalan menyusuri masyarakat mereka tanpa pernah mahu bertanya apakah agama Islam yang ada di sisi mereka ini yang sebenarnya dikehendaki oleh Allah s.w.t? Jika benar, mengapa ada yang mengaku sebagai Islam tetapi memiliki ideologi agama yang berbeza? Khususnya di dunia kita sekarang yang berlaku banyak pertumpahan darah di merata Negara dan negeri yang semuanya dilakukan oleh mereka yang mengaku sebagai seorang muslim.

Gunakan pancaindera untuk mengetahui baik buruk

Apakah kita selaku umat Islam berfikiran bahawa agama Islam itu hanya sebuah agama yang hanya berasaskan kepercayaan dan amalan-amalan semata-mata? Jika demikian, maka cara kita beragama saling tak tumpah seperti corak agama lain seperti Hindu, Buddha dan lain-lain. Mereka beragama hanya di kuil atau di tempat-tempat persembahan semata-mata tetapi bukan menjadikan agama sebagai cara hidup.

Apakah kita benar-benar memahami agama Islam? Apakah tolak ukur yang menjadi tunjang kebenaran Islam yang sebenar? Apakah kita tidak pernah merasakan bahawa kita kini bagaikan hidup di bawah timbunan kebodohan atau dibodohkan sepanjang hidup kita? Ingatlah bahawa Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Isra`: 36

ولا تقْفُ ما ليسَ به عِلم * انّ السَّمْعَ والبَصَرَ والفُوأدَ كلّ أولئك كان عنه مسؤؤلا
“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya! Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semuanya itu akan dipertanggungjawabkan”

Ayat suci ini jelas menegah umat manusia mempercayai dan menuruti sesuatu yang belum pasti kebenarannya. Sebaliknya diperintahkan agar kita menggunakan sebaik mungkin nikmat pancaindera yang dianugerahkan Allah s.w.t untuk menilai dan membezakan mana yang benar dan mana yang salah.

Islam adalah sebuah agama yang mampu membentuk keperibadian penganutnya kerana ia bukanlah sebuah agama berdasarkan kepercayaan semata-mata. Kekuatan Islam terletak kepada aqidah yang jitu dan benar. Kekuatan aqidah pula membentuk kepercayaan dan keyakinan seterusnya dibuktikan dengan amalan-amalan ibadah harian. Dengan ini Islam selayaknya menjadi cara hidup seharian umat manusia. Inilah yang dinamakan agama yang benar.
Best Blogger Tips

Rahsia Astana Piramid



Astana, Kazakhstan

Astana adalah bandar pertama yang dibina pada abad ke-21 dan ia menunjukkan kepada kita, siapa  yang mengetuai dunia sekarang ini. Bandar ini diilhamkan dan diinspirasikan oleh seorang lelaki yang bernama Nursultan Nazarbayev, Presiden Kazakhstan. Projek yang disokong oleh berbilion dollar, bandar ini dibina asalnya dari kawasan yang terpencil. Hasilnya adalah menakjubkan. Bandar bersenibina futuristik, mendukung 'New World Order' bertuhankan Matahari. Inilah agama purba yang semakin berani menonjolkan diri dewasa ini. Bandar ini masih dalam pembinaan yang berskala besar, tetapi bangunan yang telah berdiri memberikan gambaran tentang misi Nazarbayev itu.

The Pyramid of Peace
82673az_foster_astana
Diilhamkan oleh arkitek terkemuka Britain, Lord Norman Foster, piramid gergasi ini adalah bangunan ganjil yang hadir di tengah-tengah bandar ini. Bangunan ini adalah simbolik untuk "penolakan untuk keganasan" dan "untuk menyatukan agama-agama di dunia". Norman Foster berkata bahawa bangunan itu tidak mewakili mana-mana agama dan ini akan memudahkan penyatuan semua agama. Tetapi realitinya, piramid adalah sebuah kuil bagi agama kuno pagan. Iaitu agama yang menyembah Matahari. Pemandangan dan senibina di dalam bangunan ini menunjukkan simbolik-simbolik yang benar-benar mengejutkan. Mari kita jelajah bangunan ini. 

Bentuk piramid 

"Penerimaan piramid sebagai satu lambang adalah sebagai doktrin rahsia dan penubuhan ini juga sebagai satu cabang penyebaran idea" 
-Manly P. Hall, Secret Teachings of All Ages

250px-usa_great_seal_reverse
Novus Ordo Seclorum = New Order untuk Zaman
Seperti yang dikatakan oleh Manly P. Hall, piramid adalah simbol utama yang menjadi misteri tamadun purba. Mereka agung dalam kesederhanaan, itulah sifat mereka yang membingungkan orang ramai. Para elit yang mengamalkan ilmu ghaib, adalah pewaris tamadun dan kepercayaan purba  ini menggunakan piramid sebagai simbol kuasa di dalam dunia moden. Capstone (Batu atau penjuru teratas pada bahagian piramid) yang tidak wujud menggambarkan tuhan wujud di dalam alam semesta serta dalam setiap manusia. Satu lagi maksud simbol capstone yang hilang adalah menunjukkan dunia yang belum mencapai pemerintahan yang diinginkan (New World Order). Dikatakan bahawa capstone dari Piramid Besar akan dikembalikan apabila datangnya Dajjal yang membawa New World Order. Puncak piramid itu digambarkan sebagai kekuasaan yang tiada tandingnya mewakili Dajjal yang mereka sembah selama ini. 

Berikut adalah piramid-piramid yang terdapat di seluruh dunia, yang mewakili golongan elit berkuasa keatas rakyat jelata.





Opera House (Basement)

Apabila memasuki piramid ini di aras tanah (basement), kawasan di dalamnya agak gelap. Terdapatnya opera di ruangan bawah tanah yang mana boleh menempatkan penonton yang ramai.

Underground Opera House

Walaupun gelap, imej besar matahari merangkumi hampir keseluruhan ruangan siling.

Bahagian Tengah
Mengelilingi Meja Matahari

Di sebelah kanan tingkat atas ruangan opera adalah di tengah-tengah piramid. Ruangan ini dijadikan bilik mesyuarat untuk persidangan antara pemimpin -pemimpin agama di dunia ini. Cuba kita renung dan fikir sejenak terhadap simbol-simbol yang wujud di sini. Anda mempunyai pemimpin agama dari seluruh dunia duduk berbincang di kawasan yang berpaksikan tuhan matahari, membincangkan bagaimana untuk menyelesaikan perbezaan antara agama mereka untuk mencapai 'Zaman Baru' yang akan datang. Simbolik di sini adalah terang-terangan. Semua ini adalah teologi semata-mata untuk menjauhkan manusia dari kepercayaan agama.

Ruangan tengah ini adalah lebih bercahaya daripada ruangan opera, yang mewakili kemajuan ke arah pencahayaan. Imej matahari di tengah-tengah meja bulat adalah betul-betul di atas matahari dari siling ruangan opera.


palace_of_peace_6Mesyuarat Antara Agama

Jika anda pernah membaca artikel lain mengenai New World Order, Freemason ataupun illuminati di laman web ini, anda mungkin menyedari matlamat New World Order. Salah satu tujuan besar mereka adalah menggantikan semua agama kepada satu bentuk agama neo-paganisme tanpa disedari oleh orang ramai. Inilah yang mereka titik beratkan di dalam mesyuarat. Bandar Astana adalah benar-benar sebuah bandar New World Order.

Puncak Piramid

Puncak piramid ini dihiasi dengan gambaran syurga. Kawasan ini adalah bulat, berkaca dan diterangi cahaya matahari. Imej merpati putih dipersembahkan di dalam kaca, yang mewakili kedamaian, ini adalah simbolik kepada penyatuan kerajaan-kerajaan dunia dan agama di New World Order. Puncak piramid adalah mewakili pencapaian illuminati dan individu pada peringkat tertinggi dunia.

Lihatlah siling di puncak piramid (gambar bawah)
Model matahari makin bersinar apabila disimbah cahaya matahari 

Bahagian piramid ini (merangkumi semua bahagian yang dibincangkan di atas) menunjukkan wawasan Illuminati terhadap dunia ini.


800fosterspyramid

Piramid yang dibahagikan kepada 3 bahagian

Setelah kita jelajahi Piramid ini, ia lebih dari sekadar menjadi tarikan pelancong seperti yang digembar-gemburkan sebelum ini. Seperti yang dikatakan oleh Dan Cruikshanks di dalam dokumentarinya, Astana adalah "mewakili kuasa yang akan datang".
 
Bayterek
Bayterek ini juga direka oleh arkitek terkenal British Sir Norman Foster, monumen ini dibina berdasarkan cerita dongeng mengenai kehidupan sebatang pokok misteri dan burung ajaib kebahagiaan. Burung di dalam kisah ini dinamakan Samruk, telah meletakkan telurnya di antara celah dua cabang pokok itu. Telur itu diwakili oleh Golden Globe yang diletakkan di atas monumen Bayterek itu. Konsep ini sekali lagi menggambarkan Matahari sebagai Dewa Tertinggi.

"pokok kehidupan" ini, merupakan saluran di mana roh pergi meninggalkan dunia material dan memasuki dunia ketuhanan.

Di dalam Golden Globe

Pelawat boleh pergi di bahagian atas menara dan melihat pemandangan indah bandar Nazarbayev. Tetapi terdapat juga beberapa objek pelik yang hadir di sini.
99_big
Di dalam Golden Globe, kita akan menemui "objek" yang membingungkan kita. Objek tersebut adalah segi tiga emas dengan cop tangan presiden Nazarbayev. Kenapa? Secara jujur saya ​​tidak tahu. Apa yang boleh saya katakan ialah objek tersebut kelihatan seperti di dalam filem Total Recall.
marsstartwy8
Bata Composition


Bata Composition adalah Globe yang ditandatangani oleh wakil-wakil dari 17 agama di dunia. Ya, sekali lagi, bercakap tentang penyatuan semua agama adalah menjadi satu matlamat untuk mencapai agenda mereka.

 
Pilar Masonic


Dua tiang dan terdapat satu lagi tiang di tengahnya tetapi jauh sedikit jaraknya. Adakah di sini terdapat simbol-simbol Masonic?
 
Ya, tiang emas berkembar ini mewakili dua rukun Mason iaitu Boas dan Jachin. Saya tidak mahu menghuraikan lebih lanjut tentang simboli ini keseluruhannya, tetapi kami boleh menganggap bahawa Nazarbayev adalah "Menerima Misi Freemason ini".
 
Kediaman Presiden
 
 
Istana Presiden ini terletak di hujung laluan istiadat yang bermula dari menara Bayterek. Sebuah kubah besar dibina di atas istana itu, yang mewakili prinsip-prinsip wanita, yang bertentangan dengan menara Bayterek yang berbentuk 'lelaki'. Rancangan dan senibina ini wujud dalam hampir semua bandar-bandar terkemuka seperti Washington dan Paris.
 
Pusat Hiburan Khan Shatyry (Khemah Terbesar di Dunia)

Banguna pelik ini sekali lagi direka oleh Sir Norman Foster (beliau pada dasarnya mereka keseluruhan bandar). Di dalam khemah tersebut terdapat satu kawasan yang lebih besar daripada 10 stadium bola sepak, akan menjadi bandar di dalam taman, pusat membeli-belah dan hiburan. Kawasan ini juga dihiasi dengan jalan-jalan yang berbatu, sungai yang boleh dilalui oleh perahu, minigolf, pantai buatan dan resort. Struktur ini dibuat untuk kelihatan seperti khemah, yang setanding dengan Kuil Sulaiman.

Tempat-tempat ibadat bergerak (mudah-alih), yang terdiri daripada khemah-khemah, telah digunakan oleh orang-orang Yahudi pada zaman alkitabiah.

Akan Datang di Astana

Astana masih lagi dalam pembinaan, tetapi terdapat beberapa projek yang benar-benar luar biasa. Berikut adalah sebahagian dari projek mereka.

Central Market

Direka oleh Norman Foster.

Crazy Towers (bukan nama rasmi)

 
All-Seeing Eye Stadium (bukan nama rasmi)

 
Kesimpulan

Sebagai ahli elit dunia yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan untuk menyatukan dunia dalam satu kerajaan yang mereka cipta, mereka menyebarkan simbol sebagai lambang kekuasaan mereka. Hakikatnya penduduk dunia tidak tahu mengenai struktur-struktur yang mewakili golongan elit ini. Inilah sebabnya mengapa rancangan mereka terus berjalan tanpa dipersoalkan dan tanpa disedari. 
Manley P. Hall menulis pada 1918

"Apabila berlakunya rusuhan, manusia diperintah oleh pemimpin yang jahil, institusi keagamaan runtuh, akan wujudnya pemerintahan baru ini yang dipimpin oleh pemimpin yaang jahat yang berselindung di sebalik kebaikan.

Kedengaran amat baik bukan?

Best Blogger Tips

Al-Qur’an Dan Islam Dari Kacamata Barat



Al-Qur’an diturunkan sebagai mukjizat kepada Rasulullah saw untuk dijadikan panduan semua umat manusia. Di dalamnya terkandung pelbagai sistem kehidupan yang bersesuaian dengan fitrah manusia. Al-Quran bukan semata-mata untuk bangsa Arab walaupun ditulis dalam bahasa Arab. Al-Qur’an adalah kitab yang agung untuk umat Islam. Membacanya adalah ibadah manakala mengamalkannya satu kewajipan. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Al-Qur’an ini memberi petunjuk kepada jalan yang lurus dan memberi berita gembira kepada orang mukmin yang mengerjakan amal soleh bahawa bagi mereka ada pahala yang besar.” 
(Surah Al-Isra’ 17:9)

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:

“Aku tinggalkan kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama mana kamu berpegang dengan kedua-duanya, iaitu kitab Allah (Al-Qur’an) dan sunnahku.” 
(Riwayat Abu Daud)

Namun, Al-Qur’an adalah kitab yang digeruni oleh orang Eropah (bukan Islam). Mereka berasakan kitab ini amat berbahaya.

Orientalis menakut-nakutkan dunia Barat akan bahaya Al-Qur’an, iaitu kumpulan yang ditundukkan oleh kemahuan individu dan tujuan politik yang telah dipertanggungjawabkan untuk mendedahkan bahaya Al-Quran melalui kajian yang dianggap ilmiah. Usaha mereka itu betul tetapi disesatkan dengan berbagai cara. Ketika golongan ini mengkaji al-Quran secara mendalam dan diamati dasarnya yang asas, keistimewaan yang unggul ternyata di dalamnya terdapat seruan untuk bersatu, berpegang kuat dengan tali Allah, bekerjasama untuk kebaikan, meningkatkan ketakwaan, peringatan dari kezaliman, melarang mengejek orang lain atau mengintai-intai, peringatan supaya tidak mengumpat, mengadu domba, gesaan kepada sifat benar, amanah, adil, menuruti janji, gesaan mencari ilmu dan melepaskan diri daripada kejahilan serta peraturan bagaimana menangani kehidupan di dunia ini.

Apabila perkara ini diketahui, orientalis cuba untuk menutup hakikat ini dan menjauhkan orang Islam daripadanya. Mereka segera berjumpa penjajahan lama dan baru serta memberitahu bahawa al-Quran ini adalah kitab yang berbahaya bagi mereka. Kononnya ia mengandungi dasar yang akan membangun dan menundukkan dunia sekiranya dapat difahami ajarannya dan dipraktikkan, justeru pengikutnya akan menguasai muka bumi ini. Ini bermakna umat Islam, jika mengetahui kitab mereka dengan sebenar-benar makrifah dan dilaksanakan dengan sempurna, maka penjajah akan menerima kecelakaan. Oleh itu, mereka sentiasa berusaha bersungguh-sungguh supaya al-Quran tidak diketahui dan dasarnya akan terpisah daripada orang Islam dan serta boleh dipraktikkan.

Barat akan berasa takut dan gementar apabila adanya semangat Islam di setiap tempat di dunia atau sekarang dikenali sebagai kebangkitan Islam. Sekiranya dirancang dengan teratur dan rapi, ia akan kembali kepada al-Quran, justeru ia akan menanamkan semangat dan ketinggian di hati umat Islam untuk menentang musuh Islam. Inilah perkara yang mengancam kepentingan Barat di dunia Islam.

Sebagaimana firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Kamu [umat Islam] adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh berbuat kebaikan dan melarang berbuat kejahatan dan beriman kepada Allah.” 
(Surah Ali Imran: 110)

Media Timur dan Barat berusaha menggambarkan gerakan Islam di dunia Islam sebagai pelampau, ekstrim, fanatik, mundur, taksub, pengganas dan semua istilah yang ada di dalam kamus bahasa bagi perkataan seumpama ini. Dunia Barat dan Timur semua bersepakat supaya Islam jangan bangkit lagi tetapi orang Islam tidak sedar hakikat ini sebenarnya. Usaha mestilah dijalankan supaya pandangan orang Islam berubah, dengan beranggapan bahawa untuk menyelamatkan umat Islam mestilah mengikut cara sekular Barat, dengan itu dakwah daripada orientalis akan melangkah untuk memperbaiki Islam.

Islam pada anggapan mereka adalah agama yang beku dan tidak selaras dengan zaman moden manakala seruan yang ditujukan kepada umat Islam adalah sesuatu yang asing tetapi mereka mesti melakukannya untuk agama. Dakwaan itu adalah percubaan untuk mengubah pandangan orang Islam terhadap Islam dan menjadikan Islam lebih hampir kepada orang Kristian setakat yang boleh.

Sebahagian masyarakat Islam telah terpengaruh dengan fahaman orientalis ini, sebagai contoh buku yang dikeluarkan di Jerman pada 1981 bertajukAzmat al-Islam al-Hadith (Krisis Islam Sekarang). Buku dihasilkan pengarang Islam Arab yang bertugas sebagai profesor di Universiti Jerman itu menyeru dengan bersemangat sekali supaya mengambil contoh Barat dalam usaha untuk menjadikan agama sebagai ajaran akhlak, bukan ajaran yang berbentuk tanggungjawab yang mesti dipatuhi. Pada pendapatnya, itulah satu cara untuk menyelesaikan krisis Islam, justeru dapat memisahkan agama dengan urusan kehidupan mengikut bentuk sekular Barat. Jika dilihat pada masa sekarang, fahaman ini telah semakin menular di kalangan masyarakat Islam khasnya.

Di setengah negara Islam sekular, sudah ada yang melayani pemikiran Islam seperti melalui pemikiran Mark kerana anggapan mereka Islam adalah berbahaya dan wajib diperangi serta dihukum pendakwahnya. Penjajah telah membuat perancangan rapi untuk melemahkan Islam dan menjauhkan mereka daripada dasar Islam. Ia akan menghalang apa saja percubaan untuk menyatupadukan semua umat Islam sekali lagi. Penjajah mendapati umat Islam sendiri yang merelakan diri mereka untuk dijadikan alat bagi tujuan penjajah itu. Kita tidak akan menemui kenyataan itu daripada mulut mereka tetapi inilah yang tercatat di dalam watikah rahsia penjajah sendiri.

Politik orientalis yang menyokong Arab di dalam peperangan yang besar (yang pertama) hanya semata-mata satu strategi untuk menghancurkan kekuatan Turki. Malah, ia juga sebagai strategi untuk memisahkan penguasaannya terhadap dua bandar suci, Makkah dan Madinah, daripada khalifah Uthmaniyah yang memerintah pada waktu itu. Perkara yang paling menggembirakan orientalis ialah Kamal Ataturk tidak hanya meletakkan pembaharuan yang jauh kesannya dan akhirnya menolak lambang Turki sebagai negara Islam.

Benarlah sebagaimana firman Allah s.w.t bermaksud:

“Orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikut agama mereka. Katakanlah: Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk sebenar. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemahuan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” 
(Surah Al-Baqarah: 120)

Ayat ini dikuatkan lagi dengan hadis Rasulullah saw bermaksud: “Kamu akan mengikut tatacara orang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta, sehingga walaupun mereka itu masuk ke lubang biawak, kamu turut sama ke dalamnya.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah (yang dimaksudkan) mereka itu Yahudi dan Nasrani?” Baginda menjawab: “Siapa lagi.” 
(Riwayat Muslim)

Biduk berlalu kiambang bertaut, walaupun terdapat celaan dan cacian, propaganda serta diserang dengan bermacam tuduhan, terutama daripada mereka yang memusuhi Islam, masih ada ahli fikir Barat atau orientalis yang tidak sempit hatinya mahu menyelami Islam dan jiwa junjungan kita, Muhammad saw. Mereka mengkaji sejarah umat yang dihidupkan oleh tuntutan wahyu Ilahi itu, seperti Thomas Carlyle, mengaku bahawa Nabi Muhammad itu bukan orang biasa dan Al-Qur’an itu bukan suatu hasil kesusasteraan belaka.

Edward Gibbon

Edward Gibbon (1737-1794), seorang ahli sejarah Inggeris, berkata mengenai al-Quran seperti berikut:

“Al-Qur’an itu adalah sebuah kitab agama, kitab kemajuan, kenegaraan, persaudaraan dan perundangan. Al-Qur’an mengandungi isi yang lengkap, daripada urusan ibadat, akidah, akhlak hingga pekerjaan sehari-hari dan daripada urusan rohani hingga jasmani seterusnya. Ia juga menerangkan segala pembalasan atas amalan manusia. Sebab itu amat besar perbezaan al-Qur’an dengan Bible. Dalam Bible, tidak ada peraturan yang berhubung keduniaan melainkan cerita untuk penyucian diri. Bible tidak boleh menandingi al-Quran kerana al-Quran bukan saja menerangkan kaitan amalan kegamaan, bahkan mengupas asas politik kenegaraan. Al-Quran menjadi sumber undang-undang dasar memutuskan semua perkara yang berhubung dengan soal kejiwaan.”

Ini adalah antara pandangan cendikiawan Barat yang mengkaji Al-Qur’an berdasarkan fahaman yang benar.

Firman Allah s.w.t. bermaksud:

“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan Al-Qur’an dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.” 
(Surah Al-Hijr: 9)

Ayat ini adalah jaminan daripada Allah s.w.t. bahawa Al-Qur’an tetap akan terpelihara daripada sebarang perubahan dan akan terus kekal hingga ke hari kiamat. Oleh itu, umat Islam perlu sedar hakikat ini supaya mereka mengkaji Al-Qur’an dan menghayati kandungannya, lebih-lebih lagi pada era globalisasi ini supaya kita tidak tertipu dengan dakyah yang dibawa musuh Islam.
Best Blogger Tips

Orbit Dicatatkan di Dalam Al-Quran



Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam Al-Qur'an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai laluan orbit tertentu;

Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). 
(Surah al-Anbiya; 33)

Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;

Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. 
(Surah Yaasin;38)

Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur'an ini telah ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh 17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama. Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.


Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur'an;

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. 
(Surah az-Dzariyat;7)

Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu. Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta tahun, semuanya 'berenang' melintasi orbit masing-masing dalam keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain. Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.

Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.

Suatu yang pasti, ketika Al-Qur'an di turunkan manusia tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa, dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara saintifik bahawa ruang langit 'dipenuhi dengan lintasan dan orbit' seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur'an. Bagaimanapun, hal ini secara jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur'an yang diwahyukan ketika itu -kerana Al-Qur'an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
Best Blogger Tips

Thursday, June 30, 2011

Memanggilnya dengan Panggilan yang Paling Disukai


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.


Pada zaman ini ramai orang menggunakan nama aneh yang mudah diucap saja. Lebih aneh lagi,  orang merasa bangga jika menyandang nama itu, sehinggga jika ada orang yang memanggilnya dengan menggunakan nama asalnya ia akan marah.
Apabila kita sudah menjadi umat Muhammad saw., kita mempunyai kewajiban agar memanggil orang lain dengan panggilan yang ia sukai, kerana hal itu dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengannya.
Ada sebahagian ikhwan yang memanggil orang yang lebih tua/ lebih tinggi (pangkatnya) dengan menggunakan nama saja tanpa ada gelaran rasminya.
Sikap itu adalah bentuk penerapan dari makna ukhuwah islamiah. Ada seorang mahasiswa yang memanggil kawannya dengan "akh", ada juga yang tatkala mempersilakan penceramah hanya dengan menggunakan namanya saja dengan anggapan bahwa sikap itu lebih menjauhkan dari sikap riya'.
Padahal sebutan gelaran itu adalah wajar dan merupakan haknya, bukan buatnya sendiri. Lalu bagaimana orang lain dapat mengenal penceramah itu dengan betul, jika nama yang dimiliki oleh penceramah juga dimiliki oleh banyak orang?
Di mana-kah pula kita meletakkan sabda Rasul,
"Tempatkanlah orang lain pada posisi mereka?"
Di beberapa tempat ada yang memanggil dengan menggunakan nama penuh seperti: wahai, Abu Muhammad!/ wahai, Abu Hasan! Barangkali ini lebih halus didengar dan lebih dapat diterima oleh hati. Best Blogger Tips

Siapa Tahu Nilaian Allah

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Selawat dan Salam ke atas junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.
Dari Abdurrahman bin Abu Bakrah, dari bapanya r.a katanya,;
”Seorang lelaki memuji orang lain berhampiran Nabi s.a.w, lalu Nabi s.a.w berkata kepadanya:”Celaka kamu. Bererti kamu memenggal leher saudara kamu. (Kata-kata itu diucapkan baginda berulang kali.)“Apabila seorang kamu memuji saudaranya, seharusnya dia berkata:”Cukuplah bagi si fulan Allah sahaja yang menilainya. Tidak ada yang lebih berhak menilainya selain Allah Taala, sekalipun temannya tahu dia begini dan begitu.”


(Muslim) 
Huraian
 

   Memang menjadi tanggapan ramai bahawa setiap amalan yang baik akan mendapat pujian dan ganjaran yang besar.     Islam tidak menafikan akan hakikat ini tetapi Islam tidak membenarkan umatnya terlalu memandang tinggi akan kebaikan seseorang apatah lagi dengan memuji secara berlebih-lebihan.     Di samping itu Islam juga melarang kita daripada memandang remeh akan amalan yang kecil (kurang publisiti) yang dilakukan oleh seseorang kerana berkemungkinan dengan amalan yang dianggap kecil itu sebenarnya mempunyai pahala dan kedudukan yang lebih tinggi dan mulia di sisi Allah S.W.T.     Dalam konteks ini Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud: 

   “Janganlah kamu memperkecil-kecilkan kebaikan walaupun sedikit. Sekalipun engkau menemui saudaramu dengan wajah yang berseri-seri” (Muslim). 
   Dalam setiap perbuatan manusia, niat sebenarnya memainkan peranan yang paling utama dan Allah S.W.T sahaja yang tahu akan niat seseorang. 
   Namun begitu, sebagai orang yang beriman kita seharusnya membetulkan niat sebelum melakukan sesuatu. 
   Utamakan pandangan Allah daripada pandangan manusia kerana tidak semestinya kedudukan yang baik dan cemerlang di mata manusia itu bermakna bahawa kita juga adalah baik dan cemerlang di sisi Allah S.W.T.
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts