And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Saturday, May 21, 2011

Serupa Tapi Tak Sama?

Logo Ameno dan Nazi
Coincidence?





ps : saje aku nak buat citer =='
Best Blogger Tips

Air Terjun Mustahil M. C. Escher Menjadi Realiti?


Waterfall ialah sebuah lithograf karya artis Belanda M. C. Escher. Litograf ini sangat terkenal kerana ianya sebuah objek mustahil wujud didunia sebenar. Karya senggama minda ini boleh anda lihat dibawah.


Amacam? Dibawah pula ialah versi videonya pula. Amacam? Senggama minda sekali lagi?





ps : serius aku x paham Best Blogger Tips

Realiti Kehidupan Penagih Dadah Tegar

Korang pernah tak terfikir bagaimana kehidupan sebenar seorang penagih dadah tegar? Kalau tengok drama melayu depiksi penagih dadah nampak tak hardcore sangat. Aku punya favourite junkie movie masih lagi Trainspotting pasal memang boleh nampak kehidupan Renton dan kawan-kawannya yang seggama atas. Dibawah ialah set gambar kehidupan penagih dadah di negara-negara Eropah Timur. Sungguh WTFBBG!





Best Blogger Tips

Friday, May 20, 2011

Rahsia Abang Salih Yaacob

Well..kita tahu abg Salih sangat terkenal dengan kehebatan berpoligami selain daripada kehebatan beliau berlakon komedi. mungkin ramai yang tertanya-tanya apa rahsia abang Salih sampai boleh berbini 4. kita juga tidak pernah mendengar cerita kekacauan dalam rumah tangga abang Salih bersama Ister-isterinya yang lain..

Kalau ada pergaduhan besar,mesti da sampai ke telinga media kan.



Jom kita dengar apa kata bakal isteri ke 4 abang Salih..apa yang membuatkan dirinya terpikat kat abang Salih??
herm....






Antara rahsia-rahsia yang aku dpt ialah :

1) Kene pandai mengambil hati dan perhatian
2) Jangan cakap-cakap manis jer, tapi habuk pun tarak..cakap manis biar berisi..
3) Kene timba ilmu dan pengalaman tentang hidup sebanyak mungkin..
4) Jangan kacau dan ambil hak orang..
5) Biar dengan cara tersendiri..tak perlu meniru orang lain untuk mengambil hati pasangan..
6) Banyak-banyakkan berdoa kepada Allah S.W.T. supaya mendapat jodoh yang terbaik untuk kita.


ps ; bagi aku la sebenarnya, salih nie mampu...dan jodoh itu memang dicari...
Best Blogger Tips

Matematik dan Kehidupan

Apabila istilah2 matematik, engineering dan kehidupan dimasukkan dalam persamaan matematik..


1. Knowledge is Power.
2. Time is Money.

As every engineer knows:
Power = Work / Time

Since:
Knowledge = Power
Time = Money

It follows that:
Knowledge = Work/Money.

Solving for Money, we get:
Money = Work / Knowledge.

Thus, as Knowledge approaches zero, Money approaches infinity, regardless of the amount of work done.

Conclusion:
The less you know,the more you make. 



ps : jgn mareeee
Best Blogger Tips

Budak Yang Akan Kalahkan THE ROCK!!

Seorang budak berumur 8 tahun yang sedang mencipta nama dalam dunia gusti..
mempunyai skill wrestilng yang sangat dahsyat sehingga aku takkan benarkan adik aku berlawan dengan dia..
walaupun baru berumur 8 tahun, Stevo Poulin sudah boleh di boleh diketegorikan sebagai Professional Wrestler dengan rekod kemenangan sebanyak 256 perlawanan dan hanya kalah sebanyak 26 perlawanan.

tengok video ni dlu..


Best Blogger Tips

Muslimah. Akhawat. Aweks. Perempuan.

MUSLIMAH....dan Dunia  

1. Elakkan berurusan dgn lelaki. Kalau ada peluang utk minta tolong dgn perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain2, maka terpaksalah minta tolong dari org lelaki.     sms  

2. Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan2 formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh). Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain2 yg kurang berfaedah. Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat org pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:....   “Wahai isteri2 nabi, kamu bukanlah seperti perempuan2 lain jika kamu bertaqwa. Maka jgn lah lemah lembutkan suara dlm berbicara, sehingga bangkit nafsu org yg ada penyakit dlm hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yg baik”....   Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada isteri2 nabi je, lembut2kanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ni diberi kepada isteri2 nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan tu utk mencapai darjat yg sama seperti mereka, darjat wanita2 yg bertaqwa, dan darjat wanita2 yg terpilih. Best kan?....  

3. Tundukkan hati : Apabila terpaksa berurusan dgn lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ni tertarik kepada kita. Waktu berdepan dgn lelaki2 tu, byk2 lah berdoa, “Ya Allah, jgnlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”     muslimah 

4. Tundukkan pandangan. Jangan tertipu dgn matapelajaran communication skills yg kita belajar kat uni dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”. bende tu applicable kalau kita becakap dgn org yg sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dgn org yg berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul. so, be careful dgn pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dgn isteri2 nabi. Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;   “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri2 nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”   Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana2 kita pergi. kalau susah sgt nk jaga mata, tutuplah pandangan dgn buku ke, ngan file ke. Kita lihat betapa Allah sgt ambil berat masalah hati para sahabat n isteri2 nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun nk jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.   Cth: “Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nye......  

5. Cepatkan urusan. Ni mungkin applicable kepada students/ org yg dah kerja yg terpaksa berurusan dgn team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita. So, apa2 kerja yg nk dibuat bersama, buat je la keje tu. takyah nak borak2, tanya hal peribadilah, gelak2 lah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat2, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.....    sekian.........  Best Blogger Tips

Thursday, May 19, 2011

Teka Apakah Benda Pink Ini?

Sila teka apakah benda bewarna pink ini? Kamon peeps. Take a guess.

Kalau korang teka aiskrim korang salah. Ini ialah daging ayam yang diproses. Semua bahagian ayam seperti paruh, ginjal. kepala, kaki dan perut dikisar didalam mesin sehingga lumat menjadi this pink gooey paste. Paste ini sangat berbakteria dan untuk mengelakkan bakteria merebak paste ini direndam didalam larutan amonia. Selepas itu perisa dan pewarna tiruan dimasukkan kedalam paste ni.

So what do they make from this pink good of awesomeness? Look below. God help me for exposing the truth




Masihkan anda berselera? mmang haram jadah
Best Blogger Tips

penerimaan lelaki terhadap perempuan tiada dara

aku tergerak hati untuk menulis entry ni selepas membaca komen seorang pembaca di blog pawaka19 (link).. pembaca ni bahasakan diri dia sebagai makcik mungkin kerana dia sudah lama mendirikan rumah tangga dan berpengalaman dalam hal-hal menjaga keutuhan rumah tangga.. tapi pendapat aku pula sangat bercanggahan dengan makcik ni.. bukan bercanggahan sikit.. tapi banyak nak mampos pendek kata memang aku tak setuju langsunglah dengan makcik ni.. hahaha..


meh mkcik nak kongsi sikit.. bagi mana2 org yg pernah terlanjur.. tak payah la g ke bomoh ke ape... wnta yg telah buat seks.. ia sama dikatakan dengan luka.. mcm luka kat tgn..lama2 akan sembuh..mcm tu juga tmpt sulit..sekali kamu sudah lkukan..tggu 4thun..jgn lakukan hbgn sulit lg..inslh..alt sulit kmu sembuh total..dan dpd itu jgn lah buat lg hbgn sulit sblum brkhwn..dah kwin bru lah bantai ngan laki kamu.. n igt...

hdis sendiri telah menyatakn jgnlah kamu membongkarkan aib kamu..kerana Allah s.w.t telah cuba untuk mnutup aib umatnya..Allah hualam..dan bg org yg pernah terlanjur..mau mndirikan rumah tgga..jgn sesekli mmberi tahu suami kamu tentg keterlanjurn kamu..ini smua untuk mnjaga keutuhan rumah tgga kamu..insylah..percayalah pd dri sndiri..semua org pernh melakukan dosa..sbb kita semua mnusia biasa..

mengikut teori makcik ni, hadis mengatakan janganlah membuka aib sendiri walaupun kepada suami bahawa kamu keterlanjuran.. ok, bagaimana pula dengan dosa menipu suami? walaupun niat anda baik untuk menjaga keutuhan rumahtangga, tapi menipu tetap menipu.. sanggupkah anda tanggung menipu sepanjang perkahwinan? sampai mati? malas nak hurai panjang-panjang pasal tu, jadi dipendekkan cerita, aku listkan apa alasan yang perempuan selalu guna sekiranya tiada dara :

  • dulu saya suka aktiviti lasak seperti panjat gunung dan berbasikal menuruni bukit
  • dulu saya kena rogol, tapi takyah tau lah siapa lelaki tu
  • ada orang dengki kat famili saya, dia hantar orang minyak rogol saya
  • saya main sendiri ja pakai jari sebab kawan-kawan ajar
  • eh? taktau.. dari dulu memang macam ni ja.. tak perasan pulak ada kelainan
  • sebab saya jarang basuh panties kot.. sebab tu selaput dara saya mereput (saja tambah)

base pada alasan-alasan yang aku bagi tu, aku tak kisah la si perempuan ni menipu ataupun tidak, anda sendiri nilai - adakah alasan-alasan ini membantu mengutuhkan rumahtangga?? wtf! lelaki bengap ja yang akan terus terima dengan alasan-alasan seperti ini.. atau dalam ertikata lain, lelaki bengap ja yang takkan persoal balik.. biasanya bagi lelaki, naluri untuk selidik tu pasti ada kalau alasan perempuan tu tak memuaskan hati mereka atau tak masuk dek akal..

aku bukanlah nak memperlihatkan bahawa kebanyakan lelaki memang tak mahu kepada perempuan yang tiada dara tetapi janganlah membuatkan lelaki terasa bodoh dengan alasan-alasan seperti itu.. siapa cakap semua lelaki mahukan isteri dara? siapa cakap?? aku tak kisah pun bini aku nanti dara tau tidak (auw).. asalkan dia jujur dengan aku, boleh dengaq cakap aku, boleh jaga anak-anak cukuplah.. aku syurga dia, bukan dia syurga aku.. mak aku syurga aku.. hehehe.. dan jujur aku katakan, kebanyakan kawan-kawan lelaki aku pun sependapat dengan aku..

pendapat aku pulak, untuk mempertikaikan statement makcik tu tadi, aku rasa jalan terbaik adalah jujur dengan pasangan.. tak kiralah anda tu dulu bohsia ka, pengkid ka, apa ka.. jujur! insyaallah orang lelaki boleh terima seadanya.. kalau dia sayang anda, dia pasti boleh terima anda seadanya tak kiralah anda dara atau tidak.. kepada lelaki yang baca entry ni, aku nak tanya pendapat anda kalau perempuan jawab baik-baik macam ni, anda semua boleh terima tak?

"dulu masa saya kapel dengan bekas teman lelaki saya, saya pernah terlanjur.. tapi makin lama buat dosa, saya rasa lelaki tu tak boleh nak didik saya dan tak boleh nak jadi suami yang baik.. sebab tu saya mintak putus dengan dia"

perghh!! ayat tangkap leleh camni bukan aku ja melekat, silap-silap ustaz aku pun melekat nak buat bini nombor tiga.. kah kah kah.. berbalik kepada cerita.. kalau si perempuan beri penjelasan macam tu, insyaallah aku boleh terima dia dan abaikan kisah silam dia.. at least dia jujur dia pernah ditebuk tupai.. malam pertama aku nanti, takdalah aku nak curiga dan syakwasangka.. segalanya dah 'clear' dalam kepala hotak aku.. malam ke-dua, ke-tiga, ke-lapan ratus, ke-tujuh ribu pun aku tak tertanya-tanya tentang status dara dia.. hahaha..

tapi ada juga lelaki yang super baik hati, walaupun dia tahu si perempuan berbohong kononnya masih dara, dia tetap buat taktau saja sebab takut tak boleh terima hakikat yang sebenar.. aku sangat kasihan dengan lelaki seperti ini.. kenapa? sebab lelaki seperti ini mentalnya terseksa angkara penipuan si perempuan.. biarlah~ asalkan dia bahagia dengan memendam rasa.. mungkin ramai perempuan masih tidak faham bagaimana perasaan lelaki apabila ditipu mengenai status dara ini.. sila tengok video ni sampai habis.. anda akan faham..


Best Blogger Tips

Maj. Thomas Ferebee & Capt. Kermit Beahan


Anda mungkin tidak mengenali dua orang individu didalam gambar diatas. Tetapi aku yakin korang pernah baca dan lihat filem hasil kerja dua anggota tentera udara Amerika Syarikat ini. Hasil kerja mereka berdua menyebabkan Perang Dunia Kedua tamat secara mendadak

Amacam? Sudah boleh teka siapa mereka?

Oklah. Yang disebelah kiri ialah Maj. Thomas Ferebee dan disebelah beliau ialah Capt. Kermit Beahan. Ferebee ialah individu yang menjatuhkan bom atom Little Boy dari Enola Gay keatas Hiroshima. Beahan pula menjatuhkan bom atom Fat Man dari pesawat The Great Artiste keatas Nagasaki. Sekarang anda tahu siapa mereka.

Selapas perang dunia kedua nama mereka tidak pernah disebut. Aku sendiri baru sedar yang aku tak tahu nama individu yang menjatuhkan 2 bom yang meragut hampir 300 000 nyawa. Yang aku tahu bom pertama dijatuhkan oleh Enola Gay dan dipandu Capt Paul W Tibbet. Kenapa nama krew yang mengakhiri perang dunia kedua lenyap dari catitan sejarah? Aku rasa ini semua dibuat dengan sengaja supaya kita melupakan mereka-mereka yang membunuh paling banyak manusia hanya dengan menekan 2 suis pelepasan bom. Nice eh?
Best Blogger Tips

Kisah Gadis Mangsa Rogol Di Penjara Abu Gharib...



GADIS bernama Nadia ini bercerita..
"Semasa aku sedang mengunjungi rumah salah seorang kerabatku, tiba-tiba tentera Amerika (AS) memasuki rumahnya dan mulai menggeledah rumah itu. Mereka menemui beberapa senjata ringan. Maka merekapun menangkap semua orang di rumah itu termasuk aku.
Aku cuba jelaskan pada penerjemahnya, bahawa aku hanyalah seorang pengunjung, tetapi sia-sia. Aku menangis, memohon pada mereka, sampai hilang kesedaran kerana takut... ketika mereka membawaku ke penjara Abu Ghraib"
Nadia melanjutkan, sambil air mata mengalir di pipi.
“Mereka tempatkanku seorang diri di sebuah sel penjara gelap dan kotor. Aku berharap aku akan segera dibebaskan, setelah terbukti aku tidak bersalah. Hari pertama sangat menyusahkan. Selnya berbau tidak sedap, lembab dan gelap, membuatku semakin lama semakin takut. Suara tertawa tentera di luar sel tambah menakutkan. Aku bimbang apa yang menimpaku nanti.
Pertama kali aku merasa berada dalam cengkaman sulit. Memasuki sebuah dunia yang tidak pernah ku rasai sebelum ini. Ditengah aneka ragam perasaanku saat itu, aku dengar suara seorang tentera wanita AS bercakap dalam bahasa Arab padaku:“Aku tak kira, walau penjual senjata di Iraq ini perempuan!”
Ketika aku cuba jelaskan keadaan sebenarnya, dia memukulku dengan kejam. Aku menangis dan berteriak “Demi Allah! Aku dianiaya, demi Allah! Aku dianiya!!”
Tentera wanita itu terus mencaci. Tak pernah ku bayangkan, aku akan diperlakukan seperti itu. Dia mulai tertawa dan mengatakan dia telah memonitorku sepanjang hari dengan satelit. Katanya, mereka mampu melacak musuh-musuh mereka meskipun sedang berada di dalam bilik tidur mereka sendiri dengan teknologi AS.
Dia tertawa lagi dan berkata,”Aku mengawasimu ketika kamu bercinta dengan suamimu.”
“Tatapi aku belum berkahwin” Jawabku dengan suara kebingungan.
Dia memukuliku selama lebih dari 1 jam. Dia memaksaku minum segelas air, yang kemudian kuketahui mereka bubuh ubat di air itu. Setelah 2 hari baru aku sedar dan berada dalam keadaan telanjang. Rupanya, aku telah kehilangan sesuatu yang tidak akan dapat diembalikan lagi. Aku telah diperkosa. Aku jadi histeria tak terkontrol. Aku hantukkan kepalaku kuat-kuat ke tembok.
Hingga lebih dari lima tentara AS diketui wanita itu masuki ke sel dan mulai memukuliku. Mereka perkosaku berganti-ganti sambil tertawa dan menperdengarkan musik dengan kuat. Begitulah setiap hari mereka perkosa dan merogolku, dan sentiasa menggunakan cara baru yang lebih kejam dibanding sebelumnya.”
Nadia terus menjelaskan lagi..
“Setelah sekitar satu bulan, seorang tentera negro memasuki selku dan melemparkan 2 potong pakaian tentera AS kepadaku. Dalam bahasa Arab yang lemah dia mengatakan agar aku memakainya. Setelah dia menutup kepalaku dengan kantong hitam, dia menuntunku ke toilet umum yang ada paip air sejuk dan panas. Dia memintaku mandi. Dia menutup pintu dan pergi. Aku rasa sangat letih dan sakit. Akun mandi.
Belumpun selesai tentara negro tadi masuk ke dalam. Aku ketakutan dan memukul mukanya dengan mangkok air. Namun dia sangat kuat, dia memperkosaku dengan kejam dan meludahi mukaku. Kemudian dia pergi dan kembali lagi dengan 2 tentera yang membawaku kembali ke sel. Perlakuan seperti itu terus berlanjutan. Kadang aku diperkosa sampai 10 kali sehari, membuat kesehatanku sangat buruk.”
Nadia terus mengungkapkan perbuatan ngeri kebiadaban AS terhadap wanita-wanita Iraq. Katanya...
“Setelah lebih dari 4 bulan, seorang tentera wanita datang. Namanya Mary. Dia berkata kepadaku, “Sekarang kamu memiliki kesempatan emas, kerana seorang petugas yang memiliki jawatan tinggi akan kunjungi kita hari ini. Jika kamu hadapinya dengan sikap positif, kamu akan dibebaskan. Terutama kerana kami sekarang yakin kamu tidak bersalah.”
Aku jawab,”Jika kamu yakin aku tidak bersalah, mengapa kamutidak membebaskan?”
Dia menjerit dengan gelisah,”Satu-satunya yang menjamin kebebasan kamu adalah sikap positif kamu terhadap mereka!”
Dia membawaku ke toilet umum, dan dia mengawasiku mandi sambil membawa tongkat tebal untuk memukulku jika aku tidak melakukan perintahnya. Kemudian, dia memberiku make up, dan memperingatkanku untuk tidak menangis dan merusak make up ku. Lalu dia membawaku ke sebuah ruangan kosong. Di situ tidak ada apapun kecuali sebuah penutup lantai. Setelah satu jam dia datang dengan ditemani 4 tentera yang memegang kamera.
Dia membuka bajunya dan mulai menggangguku seoalah-olah dia adalah seorang lelaki. Tentera lainnya tertawa dan perdengarkan musik bising. Mereka engambil photoku dalam berbagai pose, dan menunjuk-nunjuk wajahku. Yang wanita menyuruhku tersenyum, jika tidak dia akan membunuhku. Dia mengambil pistol dari salah satu temannya dan menembakkan empat peluru dekat kepalaku seraya bersumpah, peluru kelima akan ditembakkan tepat di kepalaku.
Setelah itu, keempat tentara lainnya memperkosaku secara bergantian sampai aku hilang kesedaranku. Bila sedar, aku dapati diriku berada di sel dengan bekas-bekas gigitan, kuku dan rokok ada di sekujur tubuhku.”
Nadia berhenti bercerita tentang tragedi yang menimpanya untuk menyeka air matanya, kemudian dia melanjutkan lagi..
“Kemudian suatu hari Mary datang dan mengatakan kepadaku supaya aku memberi kerjasama dan akan dibebaskan setelah aku menonton filem yang mereka rakam. Aku merasa sakit setelah menonton filem itu. Mary mengatakan,”Kamu telah diciptakan hanya untuk membuat kami bersenang-senang”.
Masa itu aku jadi sangat marah. Aku menyerangnya meskipun aku takut reaksinya. Aku akan membunuhnya kalau tentera lain tidak turut campur. Ketika tentera melepaskanku, Mary menghujaniku dengan pukulan. Kemudian mereka meninggalku. Setelah kejadian itu, tidak ada seorangpun yang datang menggangguku lagi selama lebih dari satu bulan. Aku menghabiskan masa itu dengan beribadah dan berdoa pada Allah Ta’ala yang memiliki seluruh kekuatan untuk menolongku.
Mary datang lagi dengan beberapa tentera yang memberiku pakaian. Pakaian yang kupakai ketika mereka menangkapku dulu. Mereka membawaku dengan sebuah kereta AS. Lalu mereka melemparkanku di sebuah jalan raya, setelah memberiku 10,000 dinar Iraq. Aku pergi ke sebuah rumah yang berdekatan dengan tempat aku dibuang itu, untuk mengetahui reaksi keluargaku. Aku memilih mengunjungi salah seorang kerabatku supaya mereka mengetahui apa yang telah menimpaku ketika menghilang.
Aku mengetahui bahawa saudaraku telah memasang papan tanda duka untukku selama lebih dari 4 bulan. Mereka menganggapku sebagai orang yang sudah mati. Aku faham, serangan malu sudah menungguku. Maka, aku pilih pergi ke Baghdad bertemu sebuah keluarga baik yang sanggup membantuku. Aku bekerja dengan keluarga ini sebagai pembantu dan guru peribadi bagi anak-anaknya.
Nadia,, hairan, sakit, sesal & marah. Dia bertanya...
“Siapa yang akan memuaskan dahagaku? Siapa yang akan mengembalikan keperawananku? Apa salah keluarga dan familiku? Aku mengandung seorang bayi, bahkan akupun tidak tahu siapa ayahnya.” Dan Nadia mengakhiri ceritanya sampai di sini.. (Sumber: lahaonline.com)
Kesimpulan:

Apakah AS hanya memperkosa Nadia ataukah mereka memperkosa seluruh lelaki dan wanita umat Islam? Nadia adalah saya dan anda, isterimu dan juga isteriku, saudarimu dan juga saudariku, ibumu serta ibuku. Dimanakah pembela kesucian Islam! Dimanakah pembela Islam!
Masih banyak lagi kisah menyesakkan dada bagi umat Islam. Masih ada Nadia-Nadia lain di dalam penjara yang penuh dengan penjaga babi dan kera biadap bangsa Amerika. Di manakah kamu yang tidak tersentuh dengan cerita saudari kita saperti itu tadi?
"Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah serta berilah peringatan dan amaran (kepada umat manusia).
Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!"
Best Blogger Tips

Teka Siapakah Lelaki Comel Ini?

Siapakah lelaki berbaju sejuk hijau ini? Beliau kelihatan riang dan innocent. Cubalah teka siapa tahu memang kacak!





ps : betul @ tak korang cari la sendiri...=='
Best Blogger Tips

Serius - Nur Kasih vs Pirates Caribbean : Mana Harus Anda Tonton?

Review dari sudut pandangan JAKIM

Ada dua filem sedang hot di pawagan sekarang. Persoalannya manakah filem yang harus anda tonton? Filem pasal Lanun mabuk atau cinta suci? Memandangkan hidup kita sekarang sering dicucuk ancaman anasir jahat Masonic, Sonic The Hedgehog, Mario, Illuminati dan Duke Ji Chang ada baiknya aku membuat sebuah ulasan movie yang mematuhi guideline JAKIM




ps : =='
Best Blogger Tips

wahai member ku...rokok itu hukumnya haram






entry kali khas aku tujukan kepada kawan ku bernama irwan...puas mu nak beta ngan aku kata rokok makruh jer hukumnya...nie aku kasi video live kluar tv punya fatwa hukum rokok HARAM di pahang...mu nak cakap menda lagi...hahaha
Best Blogger Tips

Menjadi jutawan di bulan puasa


Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh Allah swt 1 pahala.
Solat fardhu berjemaah diganjarkan Allah swt 27 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt 270 pahala
Solat fardhu berjemaah seseorang yang berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu 18900 pahala
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt 94500 pahala

Mari kita tukarkan dalam bentuk rm.

Solat fardhu sendirian diganjarkan oleh allah swt rm 1.00
Solat fardhu berjemaah diganjarkan allah swt rm 27.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin 10 kali ganda iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 270.00
Solat fardhu berjemaah seseorang yg berkahwin didalam ramadhan diganjarkan oleh Allah swt 70 kali ganda iaitu rm 18,900.00
Solat fardhu seseorang itu tadi 5 kali sehari semalam iaitu diganjarkan oleh Allah swt rm 94,500.00 satu hari!!!

Pahala solat dalam 30 hari dalam bulan ramadhan rm 2,835,000.00

Wow! Masya allah kita sudah jadi jutawan hanya dalam bulan ramadhan 30 hari
Sahaja!!!!

Nabi saw memberitahu sekiranya kita membaca al-quran sebagai contoh Alif Laaaaaam miim, maka allah akan memberikan pahala atas setiapnya. Sahabat pun Bertanya satu perkataan satu pahalakah?

Nabi saw memberitahu lagi bukan begitu, allah swt memberikan pahala Alif 1 pahala Lam 1 pahala dan mim 1 pahala.

Wow!!! Bila kita baca al-quran dalam ramadhan ini dan ditukarkan dalam rm Berapakah jumlahnya?

Bagaimana dengan zikir, sadaqah, solat sunat, zakat,puasa, malam lailatul qadar dan lain-lain lagi?

Sesungguhnya allah swt itu teramat maha pemurah dan maha kaya. Tidak ada Mana-mana perniagaan, pekerjaan, multi level marketing, jutawan internet dan Lain lain dalam dunia yang mampu menawarkan bonus sebanyak ini!!!

Bagaimana dengan anda? Masih nak jadi papa kedana atau jadi jutawan!!!!! Ayuh Ajak keluarga, rakan dan yang lainnya menyertai kami menjadi jutawan jangan Lepaskan peluang ini sebelum terlambat dan tarikh tutup sampai.

Tetapi sedihnya masih ramai kita yang mahu miskin didunia dan miskin di akhirat!
Mengapa?

Alah swt juga mengajar kita bahawa sesungguhnya kita manusia ini senantiasa (diulangi senantiasa) berada dalam kerugian melainkan mereka yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan juga di dalam kesabaran.

Tak guna jika kita ada degree ke, jadi akauntan ke, master in business admin (mba) ke, kalau tak tau nak kira untung rugi berniaga dengan Allah swt.
Jadi mari kita lihat siapa yang untung siapa yang rugi!!!!!!

*sesungguhnya rm1.00 tak mungkin sama nilai dengan 1 pahala allah swt. Hanya Allah sahaja yang tahu berapa besar nilainya satu pahala itu. Renungkanlah.

Wallahu'alam.

Selamat berpuasa,

Selamat beramal,

Semoga ramdhan ini memberi satu makna kepada kita. Rebutlah peluang yang hadir setahun sekali ini sahaja. Mungkinkah ini ramdhan terakhir buat kita tak siapa yang tahu.......


ps : x sabar menunggu ramadhan Best Blogger Tips

lelaki kacak


Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda : 'Bila seseorang lelaki itu mati dan saudaranya sibuk dengan pengebumiannya, berdiri lelaki yang betul-betul kacak di bahagian kepalanya. Bila mayatnya dikapan, lelaki itu berada di antara kain kapan dan si mati.

Selepas pengebumian, semua orang pulang ke rumah, 2 malaikat Mungkar dan Nakir, datang dalam kubur dan cuba memisahkan lelaki kacak ini supaya mereka boleh menyoal lelaki yang telah meninggal itu seorang diri mengenai ketaatannya kepada Allah. Tapi lelaki kacak itu berkata,

"Dia adalah temanku, dia adalah kawanku. Aku takkan meninggalkannya seorang diri walau apa pun. Jika kamu ditetapkan untuk menyoal, lakukanlah tugasmu. Aku tidak boleh meninggalkannya sehingga aku dapati dia dimasukkan ke dalam Syurga."

Selepas itu dia berpaling pada temannya yang meninggal dan berkata,'Aku adalah Al-Quran, yang mana kamu membacanya, kadang-kadang dengan suara yang nyaring dan kadang-kadang dengan suara yang perlahan. Jangan bimbang. Selepas soal siasat dari Mungkar dan Nakir, kamu tidak akan bersedih.'

Selepas soal siasat selesai, lelaki kacak mengatur untuknya daripada Al-Mala'ul A'laa (malaikat dalam Syurga) tempat tidur dari sutera yang dipenuhi bauan kesturi

Rasulullah (Sallallahu alaihi wasallam) bersabda :'Di hari pengadilan, di hadapan Allah, tiada syafaat yang lebih baik darjatnya daripada Quran, mahupun dari nabi atau malaikat.'

So... jangan tinggalkan Al-Quran. Kepada yang rajin membaca Al_Quran teruskanlah sampai ke akhir hayat, kepada sesiapa yang dah lama tak buka Al-Quran - jangan sampai Quran anda berhabuk/bersarang labah-labah atas almari tu dan kepada yang tidak tahu membaca Al-Quran tu pergilah mengaji jangan malu-malu kalau dah berusia. Yang dah pandai pun pergilah juga mengaji membetulkan tajwid kita
Best Blogger Tips

Balasan...




Wanita 1: sayang, u cintakan i?
Lelaki : iskk, u ni.. of course la I cinta kan u. sgt2 tau. Klo u xde mati i..
Wanita1: betul?
Lelaki: ye sayang, I tak tipu.
Wanita1: u ni, jangan la raba2 i..
Lelaki: I raba sikit je sayang
Wanita1: taknak la. . klo terlanjur mcm mane?
Lelaki: kita kawen la.. I jumpa parents u
Wanita1: betul? U nak kawen dengan i?
Lelaki: betul sayang. . . sumpah. . u diam je .. jgn ckp ape2. I pegang skit2 je.

SETAHUN LEPAS TU. . .

Wanita1 : sampai hati u. . . tipu i.. dulu u kate nak nak kawen dgn i. tapi bile u dah dapat. U kawen dengan perempuan lain..
Lelaki : I lelaki, u ingat I nak kawen dengan perempuan yang senang2 I boleh dapat? I nak perempuan yang suci.. bukan mcm u. yang senang2 bagi tubuh pada lelaki yang bukan bergelar suami. U ingat I bodoh nak kawen dengan u?
Wanita1: sampai hati u ckp mcm tu, dulu. . mase u nak.. mcm2 janji manis u bagi. Tapi skrg u salahkan i?
Lelaki: I lelaki . . I Cuma uji u. . tapi u bagi. . I ambil la. .
Wanita1: U memang jantan tak guna. . I menyesal kenal dengan u
Lelaki: u menyesal? Tapi I puas. . jgn lupa datang kenduri I nanti.
Wanita1: u akan dapat balasannye nanti . .

MALAM PERTAMA LELAKI DAN WANITA2

Lelaki: sayang. . . I love u so much. .
Wanita2: me 2 sayang. .
Lelaki: I bertuah kawen dengan u.
Wanita: I pun, sayang.. I ada something nak bagitahu u
Lelaki: apedia sayang?
Wanita2: sebenarnya.. u bukan lelaki pertama yang tido dengan I . . I pernah tido dengan semua teman lelaki i. . untuk suke2. . . cari kepuasan . . tapi bile nak kawen. . I cari lelaki baik mcm u untuk jadi suami i. . u tak kesahkan?
Lelaki: WHAT??????????????????

Ahahaha..moralnya setiap perbuatan yang tak baik kita akan mendapat balasannya kalau tak di akhirat, di dunia juga kita akan mendapat bayaran cash..! so sendrik mau ingat

Best Blogger Tips

Kalaulah???



Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?

Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??

Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri.
Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan.. (tetap sama seperti biasa kita buat)

Kalaulah, Nabi Muhammad SAW hidup bersama kita.
Adakah kita layan baginda selayaknya sebagai seorang nabi.
Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!
Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!
Best Blogger Tips

Ambillah waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.
Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikanTuhan.
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan jiwa
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.
Best Blogger Tips

Monday, May 16, 2011

UMNO-BN cakap tak serupa bikin

Tengok sendirilah. Kalau bagitau kata orang PAS suka memfitnah. Derhaka Sultan. Jahil, tak ikut mufti dan macam-macam lagi. Tengoklah gambar-gambar pemimpin UMNO yang ‘kencing’ muftinya sendiri.

Berak merata ditengah jalan. Bukannya mengaku tetapi sibuk menuduh orang lain.! UMNO sila cermin muka tu dulu. Jangan lebih sudu pada kuah.


1. Datuk Seri Najib Tun Razak berceramah di Masjid Kampung Sungai Miang, Pekan, Pahang. Takkan dalam Masjid PM? Hormatlah sikit fatwa Tan Sri Harussani tu.
2. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (kiri) menyampaikan sumbangan kepada orang-ramai di Masjid Kampung Kepayang Fair Park, Ipoh. Aik, takkan kat Perak sendiri tak hormat fatwa Tan Sri Harussani. Ini bukan politik kot Cuma dihadiri saje oleh orang politik. Takde niat politik pun!
3 . HISHAMMUDDIN pada sidang media di Masjid Jumhuriah, Taman Datuk Harun, Petaling Jaya, semalam. Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop. Bercakap tentang ibadah ke pentadbiran negara? Tak politik ke tu?
4. Gambar yang kelihatan YB Dato' Seri Utama Dr Rais Yatim, Ketua UMNO Bhg Jelebu sedang berucap dalam Masjid Amar Penghulu, Jeleb. Kelihatan juga duduk bersila dari kiri ke kanan ialah: YBhg Datuk Haji Jalaluddin Haji Alias, Timbalan Ketua UMNO Bhg Jelebu; Tuan Stapa (Ketua Polis Daerah Jelebu); Tuan Imam Masjid Amar Penghulu: Tuan Habibbullah (Pegawai JASA Daerah Jelebu / Ketua Penerangan UMNO Bhg Jelebu); dan Tuan Abd Hamid Othman (Pengarah JASA NS / Setiausaha UMNO Bhg Jelebu). Menteri yang jaga undang-undang siber ni. Kena tangkap ke ni?..lihat di SINI...
5. Saudara Khairy Jamaluddin Abu Bakar selaku Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Ahli Parlimen Rembau telah hadir dan memberi ceramah di Masjid An-Nur Pekan Rembau. Aik tak cukup lagi TV dan Radio?
Sdr. Khairy di Taman Rembau Utama. Berkempen ke?
6 . Turut dihadiri Pengerusi Perhubungan UMNO Johor selaku MB Johot bersama isteri. Beliau memberi ucapan kepada orang miskin sempena majlis penyampaian golongan miskin, pelajar yatim dan ibu tunggal melalui 138 cawangan UMNO dari seluruh parlimen Ledang. Majlis itu adalah anjuran UMNO di Masjid al-Taqwa Tanjung Gading Barat, Ledang.
Datin Paduka Prof Dr Jamelah Ariffin isteri MB Johor turut serta memberi sumbangan. Kalau ye pun tutuplah aurat elok-elok dalam masjid tu. Dah le tak ikut mufti, lawan syariat lagi.
7 . Datuk Khaled Nordin menghadiri majlis anjuran Biro Agama UMNO Bahagian Pasir Gudang diadakan dalam Masjid Al-Muhajirin Bandar Masai. dengan kerjasama Jawatankuasa Masjid Al-Muhajirin.
8. Program UMNO Merbok di Masjid Taman Ria Jaya. Ucapan Dato' Haji Tajul Urus B. Hj. Mat Zain yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Merbok
9. YB Shahidan Kassim turut berceramah. Macam baru balik Mekah. Tazkirah bab arak dan judi haram ke?
10. Di PETAGAS, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Yahya Hussin (gambar atas) menyerahkan bantuan bakul makanan kepada 70 warga tua, miskin dan sakit dari Mukim Petagas di Masjid Al-Jannah. Siap dengan beg lambang UMNO dan Dacing. Ini guna masjid ke?
11. Aik Puteri UMNO pun tak ketinggalan. Aurat pun tak tertutup elok. Orang bukan Islam tau menutup auratnye apabila mengunjungi rumah ibadat orang Islam. Maaf! Mungkin non muslim kot. Program kemasyarakatan bertempat di Masjid al-Falah Karamunting, Sandakan.
12. Felda Tunggal, YB Dato Sri Dr Azalina Dato Othman Said Ahli Parlimen Pengerang merangkap Ketua UMNO Bahagian Pengerang telah menghadiri majlis anjuran bersama UMNO Bahagian Pengerang, Unit Seranta Felda Negeri Johor, FELDA Wilayah Johor Bahru, JKKK FELDA Tunggal dan Badan Kebajikan Surau FELDA Tunggal di masjid Felda Tunggal. Istiqamah tidak menutup aurat. Tak berani tegur ke?
13. Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berucap dalam majlis anjuran Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan di Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju.
Menurutnya, UMNO senantiasa menggalakkan kerja-kerja ibadat seperti menyalurkan bantuan pada mereka yang susah serta mengatur aktiviti membela sesama Islam di bulan Ramadhan ini dan memuji UMNO Wilayah Persekutuan kerana membelanjakan RM130 ribu bagi membantu mereka yang memerlukan di seluruh bahagian UMNO dalam Wilayah Persekutuan. Dalam pada itu, beliau yang juga Naib Presiden UMNO Malaysia mengucapkan terima kasih pada Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan kerana membantunya sehingga dapat menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dalam pemilihan lalu.

Hampir 3000 orang membanjiri kawasan masjid itu. bersama para pemimpin UMNO. Kelihatan bersama di majlis itu, Ketua Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique, Timbalan Badan Perhubungan Senator Datuk Kamarudin Ambok, Setiausaha Senator Datuk Rizuan Abd Hamid, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Paduka Mohd Norza Zakaria, Ketua Wanita Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil, Ketua Puteri Azlinda Mohd Rashad dan ketua-ketua UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri serta ahli-ahli jawatankuasa masing-masing.

Turut hadir Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ruslin Hasan dan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Haji Che Mat Che Ali. Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan Datuk Zulhasnan Rafique ketika berucap melahirkan rasa syukur beliau kerana kejayaan Datuk Seri Shahrizat Jalil menganjurkan majlis tersebut.
14. Majlis anjuran UMNO Bahagian Bagan telah diadakan di Masjid At Taqwa, Mak Mandin. Ketua UMNO Bahagian Bagan, Datuk Abdul Latiff Mirasa kelihatan bersama orang-ramai. YAB Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka dan ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, saudara Norman Zahalan juga turut hadir.
15. Hingga ke Sarawak, Program “Jom Berambeh” YB Datuk Hjh Rohani Hj Abdul Karim, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan diadakan untuk mendekatkan dan memudahkan penduduk di kawasan Parlimen Batang Lupar. Siap salam sama Tok Imam ke? macam nak angkat nikah je YB?

Cukuplah. Terlalu banyak sangat. Semuanya bagaimana tanda UMNO-BN cakap tak serupa bikin. Bagi Pas Islam tidak boleh dipisahkan. Tiada istilah politik suku agama suku.
Best Blogger Tips

Kan Aku Dah Kata Dulu - Skim Rumah Pertamaku Menipu Orang Muda




Kerana UMNO Menipu..Semua Terbabit Sama UMNO kalau tak menipu rakyat.....bukanlah UMNO namanya.

__________________


Skim Rumah Pertamaku yang dijaja oleh Perdana Menteri hakikatnya memperdaya dan menipu golongan muda, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. “Kononnya pembiayaan 100 peratus, sedangkan hakikatnya pembiayaan tidak dapat diperolehi. Ini ternyata memperdaya dan menipu golongan muda,” katanya.

Menurut Salahuddin, untuk menarik sokongan golongan muda kepada Barisan Nasional (BN), kerajaan Datuk Seri Najib Tun Razak melancarkan skim tersebut yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak.

“Skim yang tidak dikaji sepenuhnya sama ada boleh dilaksanakan atau tidak itu hakikatnya hanya memberikan harapan palsu kepada golongan muda apabila diwar-warkan oleh Perdana Menteri,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian itu.

Beliau kesal kerana sokongan golongan muda kepada BN diumpan dengan harapan palsu dan
pembohongan yang akhirnya memperdayakan mereka.

Skim Rumah Pertamaku diumumkan oleh Najib pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu dan dilancarkan Mac kononnya untuk membantu golongan muda berusia sehingga 35 tahun memiliki kediaman pertama dengan pembiayaan 100 peratus.

Semalam, sebuah akhbar harian pro Umno melaporkan bahawa skim itu “tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya” oleh kebanyakan golongan muda.

Menurut akhbar itu, walaupun memenuhi kriteria asas ditetapkan termasuk pendapatan di bawah RM3,000, golongan muda yang mahu memanfaatkan skim itu akan menghadapi masalah sebaik ‘dinilai’ institusi perbankan yang mengambil bahagian dalam menawarkan pembiayaan bagi kediaman bernilai antara RM100,000 hingga RM220,000, seperti dikehendaki skim berkenaan.

Akhbar itu melaporkan, seorang eksekutif Teknologi Maklumat (IT), Nur Syafinas Zamri, 26, yang bekerja sebaik memperoleh Ijazah Sarjana Muda berkata, pendapatannya, meskipun di bawah RM3,000, tidak memungkinkan beliau membeli kediaman di bawah skim itu.

Dengan gaji pokok berserta elaun tetap RM2,680 sebulan, akhbar itu Nur Syafinas terpaksa mengeluarkan perbelanjaan melebihi RM1,700 sebulan bagi potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), ansuran bulanan kereta, bayaran pinjaman pelajaran, kad kredit serta perbelanjaan harian dan wang diberi kepada keluarga.

“Apabila menghubungi pihak bank, mereka memaklumkan ansuran bulanan bagi pembiayaan perumahan saya di bawah skim itu secara kasar berjumlah RM1,025 dan ia melebihi syarat pembayaran balik di bawah skim berkenaan yang sepatutnya tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan individu,” akhbar itu memetik beliau berkata.

Akhbar itu juga melaporkan, seorang kakitangan swasta, Naizatul Zamrina Karizaman, 26, berkata tinjauan dilakukannya mendapati hartanah sekitar Lembah Klang hanya bermula pada RM300,000 seunit, melepasi skala harga ditetapkan kerajaan melalui skim itu.

Beliau berhasrat membeli kediaman di ibu kota supaya dapat menetap berhampiran ibu bapanya selain memudahkannya berulang-alik ke tempat kerja setiap hari.

“Mustahil mendapat kediaman di ibu kota berharga antara RM100,000 hingga RM220,000. Jika adapun harga murah, mungkin hanya rumah dilelong.

“Satu-satunya pilihan yang ada sekiranya golongan muda mahu mendapatkan hartanah melalui skim itu ialah memilih kediaman di pinggir bandar yang kebanyakannya terletak 50 kilometer (km) dari ibu kota,” katanya kepada akhbar itu.

Sumber : Dari Blog Bujang Susah
Best Blogger Tips

Susu Terakhir Buat Si Kecil







Gambar Sekadar Hiasan
Kisahnya perihal satu keluarga yang mengalami kemalangan ngeri. Kereta yang mereka naiki terbabas, berpusing, melanggar pembahagi jalan lalu terperosok ke dalam longkang. Dalam kejadian ini, kereta itu remuk teruk dan penumpangnya mengalami kecederaan parah. 
Cermin hadapan habis retak berderai. Tidak ditekankan keadaan pemandunya. Tetapi pada fikiran, pemandunya menemui ajal di situ juga. Mahu diceritakan, penumpang yang duduk di sebelah pemandu mengalami kecederaan yang sangat parah. Wajahnya habis berlumuran darah. Dahinya terkopek sehingga menonjolkan tulang tengkorak. Mungkin juga akibat terhantuk pada papan pemuka kereta ditambah dengan pecahan kaca cermin hadapan. Ajaibnya kuasa Tuhan, bayinya selamat tetapi terpelanting ke kerusi belakang. Bayi kecil yang tidak tahu apa-apa itu meraung dan menangis. Mungkin kerana kesakitan, kesedihan, terkejut dan sebagainya. 

 Sewaktu anggota bomba itu mengambil dan mahu menyelamatkan si kecil tadi, ibunya terketar-ketar dan menggigil sambil memberi isyarat kepada beliau. Subhanallah, rupa-rupanya si ibu tadi mahukan bayinya bagi disusukan. Diselak bajunya dengan sedaya upaya dan disusukan si kecil itu dengan penuh rasa sayu, pilu dan kasih sayang. Si kecil senyap di dalam dakapan ibunya. Betapa nyamannya dakapan ibu itu sehingga mampu menenangkan si kecil yang ketakutan. 

Dengan kuasa dan izin Allah, ibu itu tiba-tiba tercungap-cungap mencari nafas, tanda ajalnya yang semakin hampir. Lalu terkapailah si ibu dalam keadaan yang penuh rasa tanggungjawab dan kasih sayang itu. Ya Allah, betapa pilunya situasi itu sehingga merenggut ketenangan anggota bomba tadi. Itu lah dia kasih sayang seorang ibu. Walau dalam keadaan bertarung nyawa dan menahan kesakitan, masih tidak melupakan tanggungjawab sebagai seorang ibu...menyusukan anak di saat-saat akhir hidup nya. 

Subhanallah... **Sedih sangat nie…sampai rasa sebak yg amat sangat dalam dada…betapa besarnya kasih sayang seorang ibu tadi walaupon ketika berada di hujung nyawa tetapi masih sempat menyusukan si kecil sebagai ingatan terakhir buat dirinya sebelum mengucapkan "selamat tinggal anak ku...ibu pergi dulu ye sayang".
Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts