And when it was said that the promise of Allah was true, and that the Hour, there was no doubt about its (coming)

Sunday, March 27, 2011

10 KESILAPAN BLOGGER YANG MAHUKAN TRAFIK


Pernahkan anda semua tertanya-tanya apakah kekurangan blog anda sehingga sekarang trafik blog tak naik-naik? Jika ya, bagus! Bertanya sudah bagus.. jangan pula ada dengki pada blog orang lain yang trafik tinggi. Jika anda mengalami sakit hati(dengki) pada orang lain maka anda hanya membuang masa sahaja. Sepatutnya mereka yang sudah berjaya dijadikan inspirasi, barulah rahsia-rahsia mereka terbuka kepada anda. Oklah, back to the point...


Disini kami ingin menyenaraikan beberapa kesalahan-kesalahan yang biasa dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik tinggi. Sila lihat adakah blog anda terbabit dengan kesalahan-kesalahan di bawah ini atau tidak.

1. MENULIS DIARI
Susah untuk anda menarik trafik jika anda hanya menulis diari. Pembaca inginkan sesuatu yang bermanfaat. Melainkanlah jika anda menulis diari yang boleh dijadikan sebagai panduan hidup pembaca. Jika diari anda berbentuk inspirasi, peluang untuk anda meningkatkan trafik mungkin tinggi.

2. BACKGROUND LAYOUT
Cuba anda lihat balik blog anda, sakit mata ke atau menenangkan? Background layout amat penting untuk diutamakan. Kerana Background yang akan menggambarkan siapakah penulis blog. Background Blog tidak seharusnya terlalu terang sehingga silau mata pembaca. Apabila warna terlalu terang, mata pembaca akan terganggu ketika membaca kandungan blog. Warna yang terbaik untuk background ialah warna yang muda dan gradient, ditambah pula dengan texture background yang simple. So, berikanlah diri anda ruang masa untuk tenung background blog sendiri lama-lama. Jika mata anda cedera, maka amat sesuailah untuk anda menukar background dengan segera.

3. AUTOPLAY MUSIC
Inilah salah satu punca hidup pengunjung blog anda tak tenang. Bukan semua orang rela mendengar lagu yang anda pasangkan di blog. Yang paling teruk lagi jika lagu tersebut lagu ROCK.... Bayangkanlah jika seseorang itu membuka volume maximum dan kemudian membuka blog anda? Confirm tak masuk dah.. (TRAUMA). So, pertimbangkanlah semula mengenai hal ini jika anda masih inginkan trafik yang tinggi.

4. WIDGET BERAT
Apa masalahnya jika blog anda mempunyai widget yang berat? Masalahnya ialah blog anda juga akan menjadi berat. Apabila blog berat, masa yang diambil oleh blog anda untuk muncul amatlah lambat. Apabila blog anda lambat muncul, maka pengunjung blog anda akan berfikir 10 kali untuk masuk ke blog anda ataupun tidak. Pengunjung pasti tidak mahu datang ke blog anda buat kali ke 2 setelah blog anda menyebabkan seluruh komputer mereka HANG. So, langkah yang paling mudah untuk anda lakukan sekarang ialah menyingkirkan widget-widget yang bermasalah berat dan pilihlah widget yang slim dan ringan.

5. ALERT MESSAGE
Pernahkah anda masuk ke mana-mana blog dan secara tiba-tiba anda dihidangkan dengan ALERT MESSAGE "Selamat datang ke blog comel saya"? Jika anda dihidangkan dengan 1 sahaja masih boleh tahan, tetapi apabila 5 jenis hidangan keluar sekali gus? Letih jari nak close ALERT MESSAGE tu.. So, cuba lihat semula pada blog anda, adakah anda juga menghidangkan ALERT MESSAGE? Jika ya, silalah bertindak dengan segera menghapuskan ALERT MESSAGE..

6. SUSUNAN KANDUNGAN BLOG
Seperti biasa, sila lihat blog anda dan soalkan adakah kandungan blog anda tersusun? Jika ya, bagus.. Jika tidak tersusun, maka inilah masanya untuk anda bergotong-royong di dalam blog anda. Tujuan kita menyusun kandungan blog ialah supaya kandungan lebih tersusun dan mudah dicapai oleh pengunjung. Terdapat beberapa error yang selalu berlaku pada blogger iaitu apa yang ditulis mereka entah hilang ke mana, amat menyusahkan pengunjung yang ingin membaca sesuatu. So, jika blog anda tak tersusun, inilah masanya untuk bergotong-royong. Tak rugi jika blog lebih tersusun...

7. JENIS TULISAN
Sebelum anda membaca bahagian ini, cuba anda bertanya kepada diri sendiri "kenapa aku nak trafik tinggi?".. Sudah tentu sebab anda nak berkongsi sesuatu dengan pembaca kan? So, inilah masalahnya untuk blogger yang menggunakan tulisan kecil dan juga colourful. Jika tulisan blog anda terlalu kecil dan terlalu berwarna-warni, adakah akan memudahkan pembaca? Inilah masalah yang selalu dilakukan oleh seorang blogger yang inginkan trafik. Jika diri sendiri pun baca terpaksa mengeja slowly one by one, apatah lagi orang lain pula nak baca laju-laju. So, sila ambil berat hal ini dan bertindak dengan segera apa yang patut.

8. BLOG ANDA SAMA SEPERTI YANG LAIN
Hanya satu sahaja yang dicari oleh pembaca iaitu keistimewaan blog anda. Apakah yang menjadi tarikan kepada pengunjung untuk menjadi pembaca setia blog anda? Adakah sebab gaya penulisan yang kreatif? Adakah kerana anda mempunyai rahsia yang tidak ada pada orang lain? Atau yang lain-lain? Inilah yang anda perlu pastikan anda ada. Tiada guna jika ada 100 blog yang seperti anda. Pastikan blog anda unik dari yang lain.

9. NIAT ANDA TERPESONG
Apakah niat anda berblogging? Adakah semata-mata inginkan trafik dan populariti? Jika ya, inilah yang akan menjadi hijab untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Anda sepatutnya berniat baik ingin berkongsi dan jujur dalam menulis. Apabila niat anda baik, maka pembaca turut akan merasai keikhlasan anda berkongsi ilmu.

10. SPAM CHATBOX BLOG ORANG LAIN

Inilah masalah paling utama berlaku pada semua orang dan juga pernah berlaku pada fcucommunity. Berdasarkan kesilapan yang pernah kami lakukan ini, kami mendapati pemilik blog tidak suka apabila chatbox mereka dihantar mesej-mesej tak penting. Sebelum anda diCOP sebagai spammer, lebih baik anda hentikan gejala tak baik ini dengan segera. Bermesejlah dengan jujur, Bukanlah semata-mata inginkan trafik. Apabila anda jujur, maka disitulah trafik anda akan lebih meriah. :)


Kalau dah baca tu, komen lah sikit ye.. Bolehlah kami mengenali pengkomen.. :) Best Blogger Tips

3 SEBAB BERBLOGGING 24JAM


Anda hairan kenapa orang Blogging sepenuh masa? Apakah yang mereka usahakan sehingga meluangkan sepenuh masa berblogging? Tidak pula seperti anda yang hanya berblogging sejam 2. Blogging tidak sama seperti Facebook, Myspace dan lain-lain lagi. Kerana Kelebihan berblogging terlalu banyak dan tidak ramai yang sedar mengenai kelebihan ini. Bagi yang tahu kelebihannya pasti akan menjadikan diri mereka seorang blogger sepenuh masa. Inilah diantara sebab-sebabnya yang menyebabkan mereka berblogging sepenuh masa..


1. PEMBACA MENINGKAT
 Bukan senang untuk menulis sesuatu yang diminati orang ramai kerana setiap orang diluar sana menerima sesuatu dengan cara masing-masing.  Tetapi apabila seseorang itu berjaya menulis sesuatu yang menjadi tarikan pembaca, bermulalah rasa berpuas-hati yang menjadi inspirasi kepadanya untuk menulis lagi. Dari hari ke hari, Blogger ini akan memerah otak untuk menulis mengenai sesuatu dengan kreatif supaya dapat menarik lebih ramai pembaca.  Semakin hari kadar pembaca semakin meningkat dan pencapaian itulah yang menjadi inspirasi kepada penulis. Bayangkanlah kehidupan seorang blogger yang menceritakan apa-apa sahaja kepada berjuta orang... Tidakkah anda rasa jumlah pembaca menghidupkan jiwa seorang penulis?

2. DAPAT DUIT
Setelah jumlah pembaca setiap hari begitu ramai, terbukalah pintu kepada para blogger ini untuk mula menghasilkan duit melalui blognya. Diantara cara yang popular digunakan ialah menyewakan ruangan iklan kepada pengiklan. Apabila mereka berjaya menjana wang pertama, mereka akan semakin bersemangat untuk berusaha lagi. Sudah ramai blogger yang berjaya menjana pendapatan melebihi gaji pekerja-pekerja di luar. Mereka menjadikan Berblogging ini satu sumber pendapatan mereka yang paling mudah dan relax.

3. INSPIRASI
 Sebab ketiga mereka berblogging 24 jam ialah kerana mereka sentiasa membandingkan blog sendiri dengan blog yang popular kerana inginkan Inspirasi.  Melalui inspirasi ini, mereka sentiasa ke hadapan dan tidak akan jatuh lagi melainkan wujud rasa dengki berbanding wujudnya inspirasi. Mereka yang mendapat inspirasi sentiasa belajar samada dari orang rendah ataupun tinggi. Inspirasilah yang menggerakkan kemahuan mereka untuk ke hadapan.

Adakah soalan anda sudah terjawab? Itulah diantara 3 perkara yang menjadikan seseorang itu penulis blog 24 jam. Bandingkanlah diri anda dengan mereka, sejauh manakah Blogging ini bermakna bagi anda? Best Blogger Tips

CARA POPULARKAN ENTRY LAMA ANDA


Kebanyakkan blogger menulis sebuah entry hari ini, tetapi entry tersebut masih tidak dibaca-baca oleh sesiapa pun. Malah anda pula sentiasa menulis entry-entry baru. Maka entry lama entah hilang ke mana sedangkan entry tersebut amat menarik. Oleh itu, kami ingin berkongsi 5 cara mempopularkan entry lama anda.



1. SENARAI ENTRY
Untuk memastikan entry lama anda tidak tenggelam terlalu jauh, anda boleh menyenaraikan semua entry-entry yang anda tulis pada bahagian sidebar anda, supaya pembaca mampu memilih mana-mana entry yang mereka suka. Dengan cara ini, pembaca akan sentiasa datang ke blog anda untuk membaca entry menarik yang selebihnya.

2. POST SEMULA
Anda boleh post semula entry lama anda supaya ia berada pada muka depan blog anda. Mungkin kali ini, entry lama anda akan menjadi tarikan kepada pengunjung blog anda.

3. BANNER KHAS
Selama ini, anda sangka banner hanya untuk linkkan ke blog semata-mata. Sebenarnya anda boleh membuat banner khas untuk mana-mana entry lama yang ingin dipopularkan. Tujuannya ialah supaya pengunjung yang masuk ke blog anda terlihat banner tersebut dan tertimbul rasa ingin tahu apakah di sebalik tajuk banner itu. Jika kami membuat banner tajuk "Zombie benar-benar wujud!" dan paparkan di sebelah sidebar blog ini. Tidakkah anda juga rasa tertarik ingin tahu apakah cerita selanjutnya..?

4. LINK REVIEW
Pernahkah anda membaca Newspaper dimana Muka hadapannya tertulis apa-apa sahaja tajuk menarik serta penerangan sedikit tetapi anda diarahkan untuk pergi ke muka surat tertentu untuk membaca selanjutnya? Jika ya, bagus! Anda boleh guna cara ini untuk popularkan entry lama anda. Caranya ialah setiap kali anda menulis entry baru, anda sertakan dengan review entry lama berserta link pada bahagian bawah entry baru anda. Secara tidak langsung, pembaca yang terlihat review entry lama tersebut akan tertarik untuk membacanya.

 Selain itu, jika anda ada idea-idea lain yang boleh dikongsi, silalah berkongsi di ruangan komen. :)
Best Blogger Tips

ASHLEY QUALLS - MILLIONAIRE BERUSIA 17 TAHUN


Website Whateverlife.com adalah sebuah website yang menyediakan layout myspace percuma kepada pengguna Myspace. Setiap bulan Whateverlife.com menerima sekitar 7 juta pengunjung dan 60 juta page views. Tahukah anda siapakah pemiliknya? Dialah Ashley Qualls, telah berjaya menjana pendapatan melebihi $1 juta melalui websitenya itu. Tahukah anda bahawa usianya hanya 17 tahun ketika mengecapi semua ini. Kini pendapatannya dianggarkan sebanyak $70K sebulan.

Dalam masa dua tahun sejak Whateverlife.com dibina, Ashley Qualls telah berhenti bersekolah dan membeli sebuah rumah dengan pendapatan onlinenya. Dia pernah ditawarkan sebanyak $1.5 juta dan juga kereta pilihannya tetapi ditolak olehnya. Malah dia juga berkata "I don't even have my license yet,".



Ashley memulakan bisnesnya pada tahun 2004 dengan hanya $8 domain dan juga komputernya. Ketika itu Ashley berusia 14 tahun dan tidak sedar bahawa dia sedang memulakan bisnes ketika itu. Ashley sangka websitenya hanya untuk memudahkan dia berkongsi layout rekaannya dengan rakan Myspace.

Pada tahun 2006, websitenya mula menarik perhatian Ian Moray, Manager media development ValueClick Media. Bermula dari saat itulah, Ashley mula menghasilkan pendapatan yang mengejutkan. Ketika itu, Ian Moray langsung tidak ketahui bahawa pemilik Whateverlife.com ialah seorang remaja. Sehinggalah setahun kemudian, apabila Fast Company Magazine menghubungi Ian Moray untuk meminta pandangannya untuk digunakan di dalam artikel mengenai Ashley Qualls. Mulai saat itulah Ian Moray baru mengetahui umur sebenar Ashley Qualls. Pada waktu yang sama juga, Ashley telah pun menjana $70K setiap bulan, dan Ian Moray amat gembira dengan pencapaian websitenya.

Apa yang boleh dipelajari disini ialah jangan buat sesuatu kerana duit, lakukanlah sesuatu kerana minat yang mendalam. Contoh jika anda seorang peniaga kedai makan, jangan anda memasak kerana inginkan duit, tetapi masaklah kerana anda ingin pelanggan anda makan masakan yang lazat. Secara tidak langsung, pelanggan anda akan semakin ramai...... Best Blogger Tips

TOKOH TERKENAL ISLAM




                     http://www.youtube.com/watch?v=pHeqjfkGgAM Best Blogger Tips

VIDEO YAHUDI DITELAN BUMI



Best Blogger Tips

lagi kisah MLM..

The Great American Scam


Korang pernah dengar/baca satu scam yang berasal dari Nigeria dan dipromosikan pada mulanya kepada orang Amerika, dan kemudiannya ke seluruh dunia, termasuklah Malaysia? Ah... tenet ni memang best untuk buat scam. Ianya bermula dengan spam email yang dihantar kepada sapa-sapa saja, dan daripada berjuta email yang dihantar oleh sorang psycho mastermind tu, ada jugak mala'un yang tamak tak tentu hala, dan lurus-bendol ya amat, yang sangkut dengan umpan janji untuk mendapatkan kekayaan sekelip mata seperti dalam kes yang sebegini.

Caranya sempoi aje. Si mangsa yang kena spam dapat tawaran dalam e-mel, menawarkan peluang untuk mendapatkan sejumlah besar wang yang si scammer kelentong ada tersangkut kat Nigeria, tetapi dia minta si bahalol menghantar seciput duit, mahu kasi licin sket proses ekstraksi duit billion-billion tu. Kalau ada yang respon, dan ada pulak yang sanggup wire-transfer duit yang dimintak, si pengelentong akan masuk gear 2, dan mintak lagi duit lebih sket, dan berjanji duit yang banyak tu akan berjaya dikeluarkan tak lama lagik, dan jika takde aral melintang, seterusnnya ianya akan dikongsikan bersama gitu. Kalau ada yang respons lagi dan lagi, mastermind akan mintak lagi jumlah duit yang lebih banyak, sampai la akhirnya orang akan tahu cerita sebenar, dan scam itu akan collapse. Kalau la si mastermind hantar 10 juta email, dan dapat sangkut 500 orang, jadi la tu beb. Yang 500 orang anak Forrest Gump tu pulak hantar USD1000 sorang... free-free dapat USD5 juta. Akhirnya, mangsa penipuan scam "Nigerian Letter" (atau "419 fraud", "Nigerian Scam") tu semua mendapati bahawa wang yang dijanjikan tak nampak batang hidung langsung. Apabila mereka menyedari bahawa program "perniagaan" itu hanyalah kelentongan, barulah mamat dan minahnya sedar Tipah sudah tertipu. Namun, disebabkan malu atau mungkin jugak takut, penganiayaan sebegini jarang dilaporkan kepada pihak berkuasa, sama ada sebab takut didakwa, atau pun hanya disebabkan oleh perasaan malu - sebab dia baru sedar bahawa dia sememangnya Forrest Gump... sahabat karib Bubba Blue.

Korang pernah pulak dengar cerita tentang The Great American Scam? Mende nye beroperasi dengan cara yang sama, lebih-kurang. Ada janji wang keuntungan dalam jumlah yang besar. Sedikit pelaburan kecil diperlukan untuk memulakan transaksi perniagaan tu. Kemudian, lebih banyak wang perlu terus dilaburkan untuk terus kekal "to play the game", bagi mendapatkan wang keuntungan yang besar yang dijanjikan tu kemudian hari. Kadang-kala lebih banyak "effort" diperlukan juga untuk mencapai kedudukan yang lebih tinggi di dalam sistem perniagaan tercanggih abad ini, di mana hasil yang besar akan diperolehi jika seseorang itu serius dan rajin dalam kerjaya serta kreatif and tidak senang putus asa. Kreatif cari orang untuk dikencing. Akhirnya apa yang berlaku - wang-ringgit sentiasa keluar daripada poket sendiri di mana keahlian dalam bzns perlu dibayar berterusan, dan untuk menjadi "terlatih dan bermotivasi", perlu pulak menghadiri kursus yang berbayar atau pembelian "tools" dan CD/DVD dan buku-buku motivasi. Ini semua dilakukan untuk mendapatkan hasil yang dijanjikan itu. Akhirnya, apa habuk pun tarak untuk kebanyakan manusia yang join, kecuali anak angkat dajjal yang sememangnya kreatif dan "relentless" kat puncak piramid. Kepada yang tersungkur, yang tinggal cuma perasaan malu, kesedaran bahawa banyak duit dah hangus dan perasaan kesunyian (sebab kawan-kawan dah lari) - sunyi macam ditinggalkan bini, gersang macam monkey solo.

Pegawai kerajaan di Nigeria mengakui bahawa skim yang berasal dari negara mereka adalah penipuan. The Great American Scam pula secara amnya dipromosikan sebagai satu kaedah perniagaan yang sah dan rata-rata disokong oleh pihak kerajaan tu sendiri, sebab kerajaan negara itu adalah sebuah "institution of money" yang besar... dontcha know? Kalau ada mangkok-hayon sesat yang buat komplen pasal sesuatu scam yang melibatkan kerugian ramai orang, baru la kerajaan tu terhegeh-hegeh nak keluar statement, dan baru la nak buat sesuatu yang bermakna, walau pun dah beribu rakyat kena kelentongan dan berjuta duit dah kena songlap. Yang best nya, orang yang jadi mastermind tu selalunya dah kaya-raya, dan boleh bayar apa-apa yang denda perlu dibayar, atau sapa-sapa sahaja yang perlu disedekahkan sedikit wang pelincir. Mala'un-mala'un pathetic yang dah hancing kena kencing oleh mastermind dan kuncu-kuncunya tu pulak kengkadang terus "give-up" begitu sahaja, hilang duit 2 atau 3 ribu, dan terus alpa dan tak sedar pun dia dah kena kelentong bulat-bulat. Kerajaan yang aku maksudkan? Amerika boleh, mana-mana pun bole. Malaysia?

The Great American Scam ini adalah suatu model perniagaan yang diberi nama sebagai Multi-level Marketing (MLM) atau terkadang ada jugak nama timangan lain, seperti Network Marketing atau Kencing Bersepah. Ia menjanjikan "peluang kekayaan seumur hidup" daripada hasil memiliki sebuah "perniagaan yang bermodal kecil". Di banyak negara di dunia, ianya diakui sebagai satu contoh terbaik hasil daripada ideologi kapitalisme dan free-market. Meaning - lantak ko la macamana ko nak cari duit, janji ko kaya. Tak kesah apa yang berlaku, walau pun ianya boleh menyebabkan kerugian kewangan kepada ramai orang, boleh membuang masa rakyat tanpa dapat apa-apa pulangan, boleh menjatuhkan karier ramai orang dan juga boleh menyebabkan hubungan kekeluargaan hancus berkecai. Dan perkara ini berlaku saban hari di merata dunia sejak zaman-berzaman. Itulah intisari operasi MLM dan hasil akhirnya sememangnya ada yang baik dan ada pulak yang buruk - bergantung sama ada ko tu adalah antara ribu-ribu orang yang masing-masing ada juta-juta dalam bank, atau ko salah sorang daripada juta-juta manusia yang hilang ribu-ribu sket-sket sorang. Fair what? Who dares win, man!

Syarikat-syarikat MLM terbesar, seperti Amway/Quixtar, Monavie, Nuskin, Herbalife, Melaleuca, Usana dan beribu syarikat MLM lain, menjana perniagaan sedemikian rupa, di mana jika dibiarkan sahaja aktiviti perniagaan secara free-market ini, ianya akan menyebabkan sehingga >99% dari semua orang yang "join" tidak akan mendapat apa-apa keuntungan bersih daripada aktiviti perniagaan tersebut. Jadi, bolehlah kita perkatakan bahawa MLM ini adalah satu "perangkap kewangan", dan bukanlah "peluang perniagaan". Penipuan dan kelentongan "goes hand-in-hand" dengan mana-mana entiti MLM, dan ianya diguna-pakai secara rutin untuk memujuk orang-ramai untuk menyertai pelbagai skim perniagaan jenis MLM, dan ia bercanggah dengan tujuan perniagaan yang asal dan hakiki - iaitu apa-apa bentuk perniagaan seharusnya membawa kepada keuntungan kepada semua penjual yang bekerja keras, dan keuntungan juga kepada semua pembeli, di mana mereka menang memakai/memakan produk yang dibeli. Dalam MLM, terdapat sebahagian besar penjual (yang merangkap pembeli juga) yang akan rugi, dan kerugian ahli ini bukan bermakna ianya lesap begitu sahaja - kerugian itu jugalah sumber yang menyumbang kepada kekayaan ahli di atas puncak piramid. MLM ini adalah perniagaan jenis parasitik yang tidak bermoral. Hanya orang yang kat atas piramid, dan orang yang dungu tak sekolah aje cakap ianya hebat. Oh ya... orang yang ada tanduk kat pale dengan ekor ada arrow kat hujung tu pun cakap bzns MLM ni hebat gak.

Multi-level marketing lulus dari segi undang-undang dan dibenarkan di banyak negara, atas alasan bahawa ianya adalah bentuk perniagaan "direct-selling". Tapi, untuk negara-negara tertentu yang lain pulak, MLM diharamkan terus "out-right". Itu aku dah diskus sebelum ini. Walau pun negara seperti Malaysia telah menggariskan apa yang diluluskan dan apa yang diharamkan dari segi undang-undang buatan manusia, dalam banyak situasi, penganiayaan daripada perniagaan SCAM berbentuk MLM ini jarang diselidiki dengan lebih lanjut atau dikuatkuasakan terus sehingga membawa ke mahkamah. Contohnya pada tahun lepas, kejadah hyprobulksms berkeliaran cari bebudak Melayu untuk jadi penderma duit masing-masing kepada 3 ekor lahanat mastermind tu, yang mana akhirnya bzns tu bungkus tergolek-dog seperti yang aku dah sound awal-awal, daripada bulan Februari 2010 lagik. Masing-masing ahli hyprobulk yang kena belasah dengan aku tak percaya ianya skim piramid, dan tak percaya ianya akan crash. Akhirnya apa yang berlaku? Nothing. Walaupun KPDNKK datang menyerang hyprakshitface bulan September 2010 (I heard a rumour), dan pemohonan lesen AJL hyprak ditolak mentah-mentah, tapi dalang hyprak 3 ekor si Hairul Nizam, Fareez dan Faizal tak masuk jail pun. Ada dia orang melepak hari-hari mengecapi wang-ringgit juta-juta daripada ahli hyprak yang dah kena kencing buta-buta tu semua. Sekarang dengar cite nak start skim piramid yang baru pulak, dan Hairul perlukan 100 ahli - kali ini "closed membership" - memang fucking asshole punya mamat. Sebab keadaan sebeginilah banyak syarikat MLM, baik di Malaysia, mahu pun di negara-negara lain bermaharaja-lela buat scam tak abis-abis. Kelulusan undang-undang tu sebenarnya hanya kasi "camouflage" kepada lahanat mastermind untuk mencekik-darah bebudak yang baru bersunat dan yang masih naive dengan dunia perniagaan yang sebenar di dunia ini. 


Bagaimana kelentongan MLM ini berjaya dilakukan oleh beribu syarikat MLM di seluruh dunia, sejak daripada tahun 60-an lagi, di mana syarikat Amway itu diakui adalah syarikat yang menerajui takhta syarikat MLM yang paling kuat mengelentong? Ada 5 kelentongan utama yang anda akan jumpa:

Kelentongan #1: 
Anda boleh untung besar menjual produk kepada rakan-rakan dan jiran tetangga

Amway/Quixtar (seperti juga syarikat-syarikat MLM yang lain) menyatakan bahawa mereka menawarkan "world's greatest business opportunity", yang berdasarkan pada jualan produk kepada konsumer. Setiap penjual akan bertindak sebagai "independent business owner" (IBO) yang boleh membeli produk daripada Amway dengan harga borong dan kemudian menjualnya pula kepada sedara-mara dan sahabat-handai, dengan mendapat keuntungan runcit.

Ini ternyata tidak benar untuk semua IBO, kecuali segelintir sahaja, oleh sebab beberapa fakta dalam plan pemasaran syarikat MLM tersebut. Hampir tiada ahli MLM yang benar-benar dapat memperolehi keuntungan runcit yang nyata dari membeli dan menjual produk MLM. Kenapa? Produk MLM terlalu mahal berbanding dengan produk yang setara yang ada di supermarket atau di kedai runcit atau kalau order direct kat internet. Lepas tu pulak, disebabkan sistem MLM merekrut ahli/salesmen sebanyak mungkin, maka jumlah sales yang benar-benar berlaku kepada konsumer adalah terlalu kurang dalam satu-satu populasi sesuatu lokaliti. Dengan perbelanjaan untuk membeli stok produk, membuat promosi, mencari dan melayan prospek - ianya nyata tidak berbaloi untuk seseorang peniaga MLM jika dia hanya menumpukan jualan runcit produk.

Kelentongan #2:
Anda boleh mendapat bonus daripada jualan produk kepada downline

Kalau jualan runcit tadi tidak dapat memberikan keuntungan besar dalam perniagaan MLM, bagaimanakah skim MLM itu akan berkembang seterusnya? Peringkat The Great American Scam yang seterusnya yang perlu dilakukan oleh seseorang ahli MLM adalah dengan cara merekrut downline. Syarikat akan memberitahu ahli bahawa mereka boleh mendapat lebih banyak keuntungan jika mereka dapat merekrut downline sebanyak mungkin. Setiap ahli akan dijanjikan dengan bonus, jika downline mereka membeli produk jualan. Dan tambah lagi, bonus itu akan bertambah banyak jika downline itu pulak mencari downline mereka sendiri. Setiap ahli boleh untung besar bila lagi ada banyak level... ini semua familiar tak?

Jadi, ikut kata syarikat MLM yang bersepah tu, walau pun hampir semua ahli kemudiannya tak boleh nak buat retail sale disebabkan jumlah pelanggan yang mengecil (sebab rekrut keahlian yang meningkat), mereka tetap menjadikan pencarian downline sebagai modal utama untuk mempromosikan perniagaan MLM mereka. Jadi, "Business MLM" tu apa sebenarnya?

Ahli MLM diberitahu bahawa cara perniagaan yang sangat menguntungkan adalah satu sistem perniagaan di mana ada sistem pencarian ahli baru, dan dengan ramainya downline, jualan dan kadar keuntungan ahli akan "multiply". Sebagai contoh, jika seorang ahli merekrut 5 orang, dan yang 5 tu pulak merekrut 5 orang downline setiap sorang, sekarang si ahli yang pertama tadi sudah ada 30 orang di bawahnya yang boleh menjana keuntungan bagi dirinya. Ini tidak langsung mengambil kira bahawa kesemua 30 orang itu tidak langsung melakukan "retail sales" pun. Jadi keuntungan itu didapati daripada penjualan produk kepada ahli yang baru join, dan bukannya daripada jualan kepada konsumer.

Dan lagi pulak, nombor 30 tu tak stop kat situ sahaja. Ianya boleh mengembang secara eksponensial tanpa henti (kata mastermind MLM laaa...), sampai jadi 125 orang, 625 orang, dan seterusnya, sampai abis satu bandar semua jadi rekrut - sampai abis penduduk dunia yang 6 billion jadi ahli Amway. Uik! What the...? Of course this is untrue. Kalau dah si mastermind MLM tu claim yang kadar keuntungan akan meningkat jika ahli syarikat meningkat, janji bahawa setiap ahli akan berjaya merekrut ramai ahli baru juga adalah suatu kelentongan terang-terangan. kerana berdasarkan asas arithmatik, kalau ada yang di atas, mesti ada ramai ahli yang akan duduk di bawah. Hanya segelintir kecil sahaja yang akan bertakhta atas piramid, dan yang lain-lain tu semua jadi kuli-batak firaun, dan akan hilang duit begitu sahaja... sedangkan setiap orang manusia yang waras yang join apa sahaja perniagaan mahukan keuntungan daripada usahanya berniaga jual barang tu.

Kelentongan MLM sebegini tak habis kat situ aje. Ada lagik trick MLM ni beb. Untuk melayakkan seseorang itu menerima bonus daripada "endless downline" kat bawahnya, dia sendiri kena ada "minimum purchase" atau kuota minima untuk dirinya sendiri - jadi setiap ahli akan terpaksa membeli produk syarikat MLM tersebut setiap bulan dan sekaligus akan memaksa atau memujuk downline mereka untuk buat benda yang sama setiap bulan, supaya keuntungan daripada bonus itu berkekalan. Pelaburan asal yang kecil kini telah menjadi pelaburan yang besar, setiap bulan selagi mereka menjadi ahli MLM tersebut, sementara masa dan kos untuk merekrut juga akan bertambah daripada masa ke semasa. Kadar kerugian sejagat akan meningkat. Dajjal kat atas puncak piramid mengikik ketawa kira duit.

Kelentongan #3:
Lagi naik ke atas dalam hieraki syarikat, lagi banyak keuntungan

The Great American Scam, i.e. syarikat-syarikat MLM tu semua mempunyai plan pemasaran yang selalunya sangat rumit. Tak ramai yang benar-benar faham keseluruhan plan pemasaran dan cara bonus dibahagikan kepada ahli-ahli. Tapi, semua plan pemasaran MLM akan ada ciri yang berikut: setiap ahli mesti ada kuota untuk merekrut dan mesti ada kuota minima pembelian produk. Lagi naik seseorang ahli itu ke atas, lagi banyak keuntungan akan didapati, tapi ada satu sahaja cara ianya dapat dilakukan - dengan merekrut downline seramai mungkin secara berterusan (sebab ramai downline yang pasti akan keluar daripada sistem). Jadi apa yang berlaku, lagi ramai ahli yang akan membeli produk untuk usahanya naik ke peringkat yang atas lagi, atau ahli juga akan membeli produk atas nama orang lain (yang tarak duit), supaya jumlah jualan mereka meningkat, serta kuota mereka dapat dicapai. Yang malangnya, kos pelaburan akan jadi meningkat dan melebihi daripada bonus yang boleh diterima. Kerugian bertambah lagi.

Kelentongan #4:
Untuk berjaya anda memerlukan latihan dan motivasi berterusan, dan anda perlu mendengar khutbah daripada mereka yang telah berjaya dalam skim MLM tersebut.

Sekali lagi, kelentongan multi-level diaplikasikan di sini. Penyertaan ahli dalam perjumpaan bulanan (atau mingguan!) yang memerlukan yuran, kehadiran dalam seminar dan kursus keusahawanan (bayar duit lagik), serta pembelian buku-buku atau CD/DVD motivasi, akan meningkatkan kadar perbelanjaan ahli, seterusnya merugikannya secara kumulatif. Kadar kerugian >99% itu tidak berubah sedkit pun. Sedangkan, proses itu akan menguntungkan syarikat MLM itu bagai nak rak, macam Bill Gates kaya-raya jual Windows software cokia' dah berpuluh tahun gitu (tapi Gates takde tipu orang, jangan silap pulak). 

Lepas tu, selalunya orang yang menganjurkan seminar atau kursus yang datang dari pihak syarikat MLM itu akan diwar-warkan sebagai "succesful leader" dalam bzns MLM. Yang sebenarnya - kebanyakan mereka scam aje lebih. Takde succesful pun. Cakap aje macam ahli politik, kasi psycho itu prospek semua, kasi dia orang semangat untuk join jual benda merapu dengan harga mahal nak mampos. Yang dia succesful adalah dalam jualan buku motivasi, dalam menganjurkan seminar tu - sedangkan buku atau seminar tu tak membantu downline jadi succesful pun. Ianya hanya kasi untung pada yang menganjurkan seminar dan yang menjual buku dan DVD. 

Ahli-ahli baru sesuatu MLM akan bermula dengan kepercayaan bahawa perniagaan yang dia join adalah berkaitan dengan jualan produk yang tercanggih di dunia kepada seramai mana pelanggan yang dia boleh dapat. Tapi bila dah mula bzns, mereka akan sedar bahawa buat kerja sebegini tak menguntungkan, sebab tak banyak produk tu boleh dijual pada pelanggan biasa - kebanyakan produk sebenarnya dijual kepada ahli yang join MLM tu jugak - kepada downlines tu semua. Dia akan sedar keuntungan yang besar hanya boleh didapati dengan kaedah mengrekrut ahli baru, yang sekali gus akan membeli/memakai/menelan produk yang dijual, di mana komisen akan didapati daripada transaksi ini. Lagi banyak dapat downline, lagi banyak komisen dan bonus - jadi ada ahli yang sampai sanggup membayar yuran keahlian untuk orang lain (katakan, atas nama bini, anak, dll), supaya kadar komisennya meningkat. Lagi pulak, bila dah lama join apa-apa MLM, seseorang tu akan sedar yang dia sebenarnya bukan kat atas piramid, tapi rupanya terperosok kat bawah piramid orang lain yang lebih dahulu join daripada dia. Rata-rata ahli MLM tidak diberitahu bahawa syarikat MLM sebenarnya akan meletak 99% downline tu semua kat bawah puncak piramid CEO. Yang paling bangsatnya, bagi seseorang ahli untuk dapat untung, dia perlu merekrut sebanyak ahli baru di bawahnya, yang mana ahli tersebut rata-rata akan kerugian akhirnya. Inilah satu cara mencari rezeki yang disukai oleh orang yahudi kat New York, lanun macam Captain Barbossa, perompak bank, mat rempit peragut handbag yang cucuk heroin, Hairul Nizam, KhairolR, Emeritus Professor Dr Sir Taik Kucen, cacing kerawit dan lintah kat sawah.

Cuba hayati apa yang berlaku dalam mana-mana MLM. Seseorang ahli perlu "melabur" untuk jadi ahli, dan perlu membeli sejumlah minima produk, dan perlu maintain belian minima setiap bulan pulak, dan disuruh menghadirkan diri ke kursus motivasi, dan kena beli buku dan DVD, dan kena belanja isi minyak kereta, dan kena belanja prospek downline - woohoohoo! Banyak belanja woo! Jadi untuk kasi cover balik, dia akan terpaksa cari downline sebanyak mungkin, dan memandangkan pencarian downline susah sket (sebab tak ramai sangat orang yang dungu macam Razali kat dalam dunia ni), dia akan berlakun macam hero hindustan, dia akan cakap berdegar-degar macam hero tamil, dan dia akan perasan encem macam pelakun Melayu (AC Mang? Wadefak?)... dan dia akan merapu dan menipu like nobody's business. Janji dia dapat tarik itu downlines ramai-ramai. Ramai ahli MLM tak tahu bahawa 50% hingga 90% ahli mana-mana MLM akan quit cha-alip-boat dalam tahun pertama selepas join. Syarikat MLM hidup dengan cara ini, and they don't care. Banyak manusia boleh dikencing dalam dunia ni dik (ko tu ha salah sorang). Kalau sorang join lepas tu give-up, takpe, duit dia dah ada dalam tangan syarikat tu... ada banyak lagi budak dungu akan join kemudian hari. Sampai la takde lagi yang join, dan syarikat akan bungkus. Tapi, si CEO boleh start balik, produk sama nama lain, MLM jugak.

Kelentongan #5: 
Kelentongan Yang Paling Utama - Kalau Anda Gagal, Anda Yang Bersalah. 
Bukan Syarikat MLM Tu Yang Buat Plan Pemasaran Merapu dan Lintah-Darat

Dalam kes Nigerian Letter tadi, mangsa dihasut dan percaya bahawa duit yang dijanjikan itu adalah duit "illegal" dan di luar daripada kawalan kerajaan Nigeria. Kiranya dengan join scam tu, si mangsa memang mengakui dia nak join orang lain buat penipuan untuk sejumlah wang yang banyak. Tapi, akhirnya bila dia sedar dia sendiri yang kena scam, si mangsa secara automatik tidak akan melaporkan kes sebegini kepada pihak berkuasa, kerana dia tahu dia dah melakukan kesalahan pada mulanya. 

Multilevel Marketing dengan kaedah The Great American Scam juga memberikan hasil yang sama... so to speak. Setiap ahli MLM di brainwash dengan begitu cekap sekali oleh si penghasut anak si dajjal wang-ringgit, dengan mengatakan bahawa perniagaan MLM yang akan mereka ceburi adalah "THE BEST BUSINESS OPPORTUNITY IN THE WORLD". Si anak dajjal @ badut sakti yang kasi taklimat akan tunjukkan gambar 525i atau E200 kepunyaannya (sebenarnya apek CEO yang punya), ada gambar rumah 3 tingkat, dan ada gambar dia pegi melancung ke Beijing (sebab orang Melayu si badut tu sayang ya amat dengan species apek - melancung pun nak pegi China jugak), dan dia akan celoteh berdegar-degar bahawa kemewahan itu semua adalah hasil usahanya dengan perniagaan MLM tu. Kengkadang tak cukup lagi tu. Syarikat MLM akan invite ahli politik untuk buat perasmian (ahli politik pun ada yang dungu jugak... korang ingat tarak ka dey?), atau kasi celebrity endorse atau join dia orang punya MLM lahanat (Ring a bell? ND Laqloq, Rosyam Ngok, Saiful Apektek, Dato Malik Nong - sama jugak ngong sekor-sekor). Jadi, nampak la perniagaan MLM tu gah dan "credible", dan sememangnya tak susah nak kasi impress sesetengah penduduk bumi yang terlalu banyak lurus-bendol dan bodo-piang tu deerr...

Jadi, bila ditakdirkan, ada ahli yang dah join tu dah tak dapat cari downline dia sendiri dengan jumlah yang mencukupi - mungkin sebab terlalu ramai yang dah join, atau sebab terlalu ramai yang dah baca Aididleaks keparat - maka dia akan give-up, dan pelaburannya masa join sesuatu MLM tu lesap. Tapi, dalam kepalanya (yang dah kena basuh oleh upline) dia diberitahu bahawa jumlah penduduk bumi adalah infiniti, dan takde sebab seseorang ahli tak boleh cari downline masing-masing - maka dia akan berfikir bahawa dirinya memang tak boleh diharap dalam bzns MLM ni, baik dia lupakan sahaja kerja sebegitu, dan kembali makan gaji or whatever. Dia akan fikir bahawa itu semua adalah salah dia dan bukanlah salah plan pemasaran syarikat MLM tu. Syarikat MLM dah kasi peluang, tapi sipolan yang join tu sengap-bingai ya amat. Jadi rugi begitu sahajalah akhirnya si mamat.

10 Fakta Utama Berkenaan Apa Sahaja MLM

1. Lebih 99% daripada semua manusia bahalol yang pernah join Amway/Quixtar dan apa sahaja MLM dalam dunia ni mengalami kerugian secara kumulatif. Kadar kerugian yang sebegitu besar menunjukkan bahawa MLM bukanlah satu kaedah perniagaan yang "legitimate", "credible" dan "sustainable".

2. Untuk mendapatkan ahli baru untuk menyertai mana-mana skim MLM, penipuan dan kelentongan pasti dilakukan untuk mengaburi mata prospek.

3. Mala'un-mala'un kat puncak piramid MLM akan menyembunyikan fakta-fakta berkenaan pendapatan purata, kos sebenar perniagaan yang perlu dikeluarkan oleh ahli sendiri, kadar ahli yang "give-up" separuh jalan, dan jumlah sebenar duit bonus yang akan diterima. Mereka juga tidak akan menyatakan bahawa pendapatan extra yang mereka raih daripada jualan buku dan DVD atau daripada seminar yang dikelolakan. Ada juga mereka yang duduk kat atas tu yang mendapat komisen daripada downline daripada luar negara.

4. Terlalu sedikit produk MLM dijual kepada pelanggan yang sebenar. Kalau aku buat bzns, aku nak jual produk sebanyak mungkin, yang aku sendiri pun tak nak guna/telan hari-hari (well, that's me). Tapi, dalam MLM - ahli tu sendiri digalakkan atau dipaksa untuk guna/telan produk MLM yang dia nak jual... familiar? Kepada yang nak berniaga cara ini - woi! that is crappy business. Kejadahnya nak guna sendiri produk jualan tu?

5. 50% hingga 80% ahli yang join mana-mana MLM akan quit/cabut/lesap pada tahun pertama mencebur diri dalam perniagaan sebegini. Apabila seseorang nak buat rangkaian downline dia sendiri, semasa dia join, dia sendiri tu adalah sebahagian daripada rangkaian orang lain. Banyak bahalol yang perasan dia kat puncak piramid. Wei! Ko dalam longkang kat tepi piramid tu aje dol.

6. Mereka (dajjal dan kuncu-kuncu terdekat) yang duduk kat puncak piramid, atau yang berjaya naik ke atas dengan mencari downline bagai nak rak, meraih keuntungan, dapat bonus, hisap macam lintah komisen daripada kerugian sesiapa sahaja yang ada di dasar piramid MLM. Baik 2 level, 15 level, mahu pun 56 level. Kerugian downline tu semua adalah punca kekayaan lahanat kat atas. Jadi, kalau korang ada jumpa atau dengar cerita tentang kekayaan makhluk-makhluk seperti KhairolR, Hairul, Satan... mastermind yang duduk kat puncak mana-mana MLM/SP - duit dia orang tu datang daripada penganiayaan beribu-ribu budak Melayu yang sengap-bingai yang join lambat dan terkemudian.

7. Kursus, seminar dan pembelian buku/DVD motivasi itu adalah sebahagian daripada sumber keuntungan kepada mastermind MLM. Perkara itu semua tidak langsung meningkatkan kemungkinan ahli MLM untuk berjaya, sebaliknya hanya meningkatkan modal pelaburannya, yang akan menyumbang kepada kerugian kumulatif kepada ahli yang dungu tadi. 

8. Penceramah yang kasi pep-talk dan cakap berdegar-degar pasal MLM tidak semestinya seorang yang berjaya dalam perniagaan MLM itu sendiri, tapi dia dapat banyak untung kasi ceramah keusahawanan lepas satu-satu. Familiar? Berlambak penceramah kat Malaysia ni pandai cakap aje... tapi habok apa pun tarak. Ijazah/PhD dari Ceylon tu aje yang ada pun. 

9. Mana-mana MLM daripada The Great American Scam merekrut ahli-ahli baru setiap tahun, di mana kebanyakannya akan give-up - dan proses ini berlaku bertahun-tahun sehinggalah ianya jadi tepu, dan omputeh tu semua kena cari negara lain untuk cari downline/kuli-batak yang baru. Lagi lama sesebuah syarikat MLM itu hidup, lagi ramai manusia akan kena kencing. Remember Amway/Quixtar? 

10. Sebab utama kerajaan Amerika Syarikat tidak melakukan sesuatu yang "concrete" di dalam menangani isu skim MLM yang membawa kepada "deception and unfair practices" tersebut adalah kerana, industri MLM adalah industri berbillion USD, dan sekor-sekor ahli politik Amerika tu, baik di Senate, di Congress dan di pihak State level, boleh "dibeli" dengan "campaign contribution" - sistem politik Amerika itu adalah sistem politik yang berasaskan kewangan. Who doesn't know this? Hanya kerana Amway/Quixtar tidak dihalang oleh kerajaan US, tidak bermakna ianya adalah perniagaan yang telus dan jujur. Amway penyumbang top-100 kepada ramai ahli politik Amerika sejak tahun bertahun. Jadi, konsumer di Amerika perlu jaga diri sendiri - harapkan kerajaan sendiri, cakap aje la bye-bye. Lagi pulak, perniagaan MLM yang asalnya datang dari Amerika tu, boleh dieksport ke luar negara dan boleh membawa kepada perpindahan dana rakyat-rakyat negara-negara dungu tersebut, kepada sistem kewangan Amerika. It's all good business what...

Jadi sekarang ni, The Great American Scam sudah jadi pulak The Puny Malaysian Scam, dan saban hari ramai la orang Melayu perasan yang dia cerdik dan berkaliber macam si pakcik Iblis dalam industri mengelentong manusia sejagat. Manusia yang daripada kaum dia sendiri pulak tu. Yang menyedihkan kebanyakan CEO adalah omputeh Amerika atau Chayanunalip. Industri MLM bukanlah perkara baru di Amerika sana, tapi kalau korang perasan, perkembangan industri ini kat Malaysia dah jadi begitu pesat macam lahanat, sejak dua menjak ni. MLM itu scam daripada omputeh Amerika, cuma ianya telah berjaya dieksport ke Malaysia dengan jayanya sebab ianya melibatkan wang-ringgit - dan ramai bahalol kat Malaysia ni memang beragamakan wang-ringgit. Islam taik kucen. Tak lupa jugak pertolongan ahli-ahli politik yang sama dungu dan tak boleh diharap langsung kat Malaysia ni, oh yes sir. Sama ada sebab dia orang sendiri ada kepentingan kewangan dalam syarikat MLM tu, atau pun sebab ahli-ahli politik di Malaysia kita ni buat dunno aje dengan permasalahan parasite perniagaan sebegini. 

THERE, I"VE SAID IT! Let them ban my blog. I just made a back-up anyway. I'll launch a new one if that happens. Cuma counter pageviews aku nanti start daripada zero balik. Who the fuck cares? Ah! Fuck it!

daripada : Aidid Mu'addib
Best Blogger Tips

MLM : Yang Haram Itu Haram. Yang Shubahah?


Daripada Abu Sa'id al-Khudrie r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa di kalangan kamu melihat suatu kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan lidahnya. Sekiranya dia tidak mampu maka hendaklah dia mengubahnya dengan hatinya. Yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman".
- Hadith riwayat Muslim.


Assalamu'alaikum.


Tujuan utama saya menulis kali ini adalah untuk kasi penerangan yang simple dalam isu MLM dan skim piramid. Islam itu mudah dan Islam itu tidak menyusahkan umatnya.

Sekarang, kita ni semua "stuck" di kancah permasalahan yang besar, dan ramai daripada kita tak ambik kesah pun pasal isu ini. Umat Islam di negara kita dan juga di serata dunia berhadapan dengan satu masalah yang amat sukar untuk dielakkan, iaitu keterlibatan (sama ada secara langsung ataupun tidak) dengan wang atau harta yang diperoleh melalui sumber yang shubahah atau haram. Perkara ini antaranya berpunca daripada berleluasanya transaksi-transaksi yang tidak mematuhi syarie dalam kebanyakan institusi-institusi kewangan konvensional serta dalam perniagaan-perniagaan yang diamalkan oleh umat Islam itu sendiri. Sebagai contoh, seperti wang faedah hasil daripada simpanan dalam bank-bank yang berasaskan riba'. Ramai yang mengambil mudah dalam hal ini dengan menggunakannya tanpa rasa bersalah. Semua orang buat, apa nak kesah?

Perkataan shubahah itu sendiri berasal daripada perkataan bahasa Arab yang bererti samar, iaitu tidak jelas. Dr. Yusuf al-Qaradawi dalam bukunya "Halal dan Haram dalam Islam" mendefinisikan perkara shubahah ini sebagai suatu perenggan di tengah-tengah halal terang dan haram yang jelas yang masih samar-samar dan mengelirukan manusia, yakni masih samar-samar sama ada ia halal ataupun haram. Beliau menjelaskan cara yang paling afdhal ialah dengan meninggalkan perkara-perkara yang shubahah ini bagi mengelakkan diri daripada terjerumus kepada perkara-perkara yang memang nyata haramnya. Ini termasuk dalam kaedah saddul-zara'i iaitu menutup pintu-pintu kerosakan. Dalam perkara ini, Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Yang halal itu sudah jelas, dan yang haram pun sudah jelas. Dan di antara kedua-duanya itu ada beberapa perkara yang masih samar-samar (shubahah)". (Riwayat Imam Bukhari, Muslim dan Tirmizi).

Dalam permasalahan MLM, topik utama blog saya yang tak seberapa glamour ni, apa yang telah halal telah diketahui dengan jelas, dan apa yang haram pun sudah ada kepastian. Emak-bapak saya pasti dah ajar anak masing-masing, insyaAllah. Kita semua pun juga belajar kat sekolah dulu apa yang halal, apa yang haram dalam subjek pengajian Islam. Tetapi memang sudah lumrah manusia, senang cerita lumrah orang Melayu kita ni, kalau tak ditunjukkan depan mata dia atau kalau tiada alim ulama' yang dia kenal "personally" dan duduk sebelah rumah yang ada kata yang bendanya haram, mesti dia cari jalan untuk menghalalkan apa saja jenis perniagaan yang dia ceburi. Putar-putar alam sesedap rasa gitu, mengelongsor, kasi keluk-keluk... macam uloorr. Kalau seseorang itu benar-benar Islam luar dan dalam, sudah pasti dia akan prihatin berkenaan perkara ini, sebab duit rezeki ni nak kasi diri sendiri dan anak-bini makan, nak beli macam-macam, dan jugak untuk menyekolahkan anak. Kalau disuap anak-anak tu semua dengan rezeki yang haram atau shubahah, bagaimana la anak tu nak membesar sebagai johan? Membesar sebagai seorang anak yang soleh dan berjasa. Kalau duit yang ditelannya asyik duit ntah datang dari mana, bukan ke besar nanti dia jadi ifrit yang low IQ dan merempit ke sana-sini? Bukan ke anak tu lembik dan asyik sakit masuk wad hospital KPJ? Orang MLM ada manyak duit maaa... hospital kerajaan tak main la.

Multilevel marketing secara harfiah adalah pemasaran yang dilakukan melalui banyak level atau peringkat, yang biasanya mengandungi satu ciri utama iaitu, adanya entiti dengan istilah upline (tingkat atas) dan downline (tingkat bawah). Itu anda semua dah masak. Tak payah saya kupas lagi. Ada berbagai bentuk dan istilah digunakan, diwar-warkan dengan hebat, khasnya supaya orang-orang yang masih blur dan dungu boleh dikelentong senang-senang gitu. Macam-macam pengamal MLM akan istilahkan - members atau ahli, reseller, affiliate, distributor, whatever. Sama aje tu. Lepas tu ada berbagai bentuk pulak model dan mekanisme MLM tu - matrix, vertikal, horizontal, 2 kaki, whatever. Dan ada pulak pengamal MLM yang putar-alam gila baboon, bila mereka cakap, tak perlu cari atau taja orang - orang yang akan cari kita. (I'm speechless really, and those people are definitely psychos... if not plain stupido tonto).

Itu semua adalah preteks untuk buat kerja shubahah MLM. Untuk buat perniagaan yang bercanggah dengan syarak. Mana ada kes 5% haram atau 67% haram atau 99% haram. Kalau dah haram, haram aje la beb - 100% on the money. Dalam Islamic commerce, ada kriteria yang telah sedia dirungkaikan sejak zaman berzaman, dah lebih 1400 tahun. Mesti niat hendak berniaga, dan bukan niat nak menyamun atau nak kelentong. Mesti ada akad, iaitu ijab dan qabul. Ijab - "aku jual mende ni dengan harga 10 hengget". Qabul - "aku beli mende ni dengan harga 10 hengget". Sah? Sah! Dalam perniagaan style orang Islam jugak, mestilah timbangannya tepat, tanpa penipuan dalam apa bentuk sekalipun (seperti contoh jual beras yang basah), tiada penganiayaan (contoh beli sterika pakai 17 kali dah berasap) atau kelentongan (seperti ko minum Monavie/TF/Vemma ni, atau ko pakai pad superman berherba Avail ni, nanti dapat elakkan penyakit A sampai Z), dan tiada pulak riba' dalam segala jenis bentuk dan permutasi. Dan barang yang dijual-beli itu adalah halal tanpa kompromi, dan produk itu sendiri juga tiada shubahah (kalau jual 100 e-book dengan harga RM50 - sah sah la e-book ciplak dan ntah apa-apa. Who're you kidding?).

Dalam isu akad itu sendiri, anda semua pernah dengar istilah "shafqatayn fi shafqah", atau "bay’atayn fi bay’ah"? Isu ini telah banyak dinyatakan dalam hadith Nabi SAW, antara lain, sebagai berikut:

1. Dari Abu Hurairah r.a., yang menyatakan (maksudnya): “Nabi SAW telah melarang dua pembelian dalam satu pembelian.” Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa’i dan at-Tirmidzi.

2. Hadith dari al-Bazzar dan Ahmad, dari Ibnu Mas’ud yang menyatakan: “Rasululllah SAW telah melarang dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”

3. Hadith yang hampir sama juga dinyatakan oleh at-Thabrani dalam kitabnya, al-Awsath, dengan redaksi berikut: “Tidaklah dihalalkan dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”

Dalam hal ini, Imam asy-Syafi’e memberikan keterangan (syarh) terhadap maksud bay’atayn fi bay’ah (dua pembelian dalam satu pembelian), dengan menyatakan, bahawa jika seseorang mengatakan: “Saya jual budak hamba ini kepada anda dengan harga 1000, dengan catatan anda menjual rumah anda kepada saya dengan harga sebegini. Ertinya, jika anda menetapkan milik anda menjadi milik saya, saya pun menetapkan milik saya menjadi milik anda.” Dalam konteks ini, maksud dari bay’atayn fi bay’ah adalah melakukan dua akad dalam satu transaksi, akad yang pertama adalah akad jual beli budak hamba, sedangkan yang kedua adalah akad jual-beli rumah. Namun, masing-masing dinyatakan sebagai ketentuan yang mengikat satu sama lain, sehingga terjadilah dua transaksi tersebut termasuk dalam satu aqad. Maka jika kita berbalik kepada sistem MLM, keadaan akad perniagaannya ada melibatkan dua, tiga, empat dan lebih lagi dalam satu-satu transaksi. Setiap perpindahan wang dari seorang manusia kepada seorang manusia lain - itu adalah satu transaksi perniagaan, betul? Sebagai contoh, bila saya join hyprakbullshit (sekali akad) Xtreme1000 dengan kasi Hairul Nizam RM1000, dan saya pulak salesman (oh sori... affiliate) yang hebat gila mengalahkan Robert Kiyosaki yang jual ntah apekebenda tu, setiap level 10 kebawah akan kasi saya duit 40 hengget (10 transaksi), maka ini adalah larangan yang nyata dalam syarie. Tiada kompromi. Jadi apa gunanya Hairul tulis hukum muammalat hyprak tu? Mau kasi bunyi-bunyi keagamaan dalam skim piramid tu, gitu? Hipokrit gila babat, tahap gaban dan cipan. Itu dah jadi 10 transaksi dalam satu akad tu, ain't it?

Ada bermacam cara perpindahan duit itu berlaku dalam berbagai bentuk MLM dan skim piramid yang ada dalam dunia dewasa ni. Siap duit tukar tangan direct macam LoginFB100 daripada downline ke upline - dah memang sah-sah skim piramid dah tu. Ada yang pakai perkataan komisen, macam hyprakbullshit, di mana orang yang baru join kasi Hairul Nizam duit, lepas tu dia sain cek, kasi pulak pada orang yang merekrut downline tu tadi. Bukan apa, Hairul saja-saja nak putar-alam dengan Allah gitu. Dia kan hebat tahap kamen rider? Lepas tu ada MLM yang pakai point-point bagai, BV/PV/LB/SP apakependa la... ada pakai istilah diamond manager, crown manager, macam-macam cara manusia tu nak kelentong manusia lain, sekaligus jugak nak mengabui Allah gitu (proverbially). Apa nak jadi ntah? Saya pun tak boleh nak jawab kualiti keislaman sesetengah orang yang mengaku Islam kat profile facebook nya. Kat IC pun ada tulis Islam jugak. Baru-baru ni ada mamat tu hadir kat masjid sembahyang raya.

Orang Melayu yang berkecimpung dalam perniagaan MLM dan skim piramid ni, rata-rata tak kan berhenti buat kerja laknat ni selagi takde suhuf atau wahyu turun daripada langit dan dah sampai hukum keharaman tu dalam satu sampul surat yang dihantar oleh posmen dari langit, yang ditujukan khas untuk dia sahaja. Mana ada dia orang nak dengar cakap Aidid Mu'addib. Pada dia orang, sebab aku ni motong getah aje, apa yang aku tahu sangat pun. Berbalik kepada isu akad tadi, macamana seseorang tu boleh menerima duit seseorang yang lain yang merupakan downline jaringan upline yang 5 level kat bawah upline tu. Mana akadnya? Contohnya dalam 4Life Tranfers Factors - Pangkat Gold International Diamond akan menerima 2% komisen daripada downline yang 10 level kat bawah dia... kok idak shubahah ke tu bang? Mana ijab dan qabulnya antara 2 pihak yang tak pernah bersua muka tu? Bukan riba' ke beb? Soalan ini saya tujukan kepada mangkok hayon yang menjajap food supplement ajaib TF tu semua dey? Itu belum lagi masuk topik produk TF yang dijual yang boleh sembuhkan kanser la, kasi perjalanan darah mantop la (yang takde sorang doktor perubatan terkincit pun pasal produk TF dalam dunia ni - hanya salemen cabok TF yang ada sijil politeknik tu aje yang kecoh), yang diwar-warkan saban hari elok untuk dimakan oleh orang Islam beramai-ramai gitu. Lagi ramai makan, lagi best - massyyuukk! Tak shubahah ke beb? Bloody crap!

Dalam isu penipuan perniagaan, sah-sah semua skim piramid menipu orang, so memang dah haram la tu. Dalam MLM ni lain sket. Kalau menipu 3% macamana pulak? Alaaa... tipu kecil-kecilan aje tu. Dan riba'nya pulak hanya 1% kat level 8, 5% kat level 4, dan 15% kat level 2... bukan riba' all the way bro Aidid. Adakah begitu pendapat sesetengah orang yang mengaku Islam tadi? Saya tak tahu apa yang pengamal MLM fikirkan sebenarnya, hanya dia orang sendiri yang tahu... dan 2 malaikat kat kiri dan kanan tu, dan Allah.

OK... anda semua boleh lihat senarai syarikat MLM yang berdaftar di Malaysia di link berikut: http://www.malaysiaco.com/mlm-companies/. Jadi dalam syarikat-syarikat seperti Avon Cosmetics, Akojaya, Amway, Cosway, CNI Enterprise, Hai-O Marketing, Melilea, Revell, Zhulian Marketing, Neways Worldwide, Seiketsu Enterprise, One Planet, Nu Life International, DXN Marketing, Luxor Network, Totalife, Elken, Shaklee Products, Global Quantum, Gano Excel Enterprise, Omegatrend, Natstar, Uptrend Network, Avail Beauty, Herbalife dan lain-lain yang ada dalam senarai kat website tu... adakah ada berlaku penggunaan riba', kelentong, aniaya dan penipuan dalam sistem perniagaan dan struktur pemasaran mereka tak? Saya selalu dapat argument daripada pengamal MLM bahawa, kalau kerajaan Malaysia dah luluskan semua syarikat itu semua dengan lesen perniagaan berdasarkan AJL 1993 - kenapa Aidid Mu'addib sudah mula sebok-sebok mau perasan nak jadi mufti, suka-suka jatuh hukum. Apa pengamal tu semua ingat dengan kepatuhan akta AJL 1993, boleh masuk syurga ke? Ingat ada manusia nama Najib dan Muhyidin akan kasi korang "get out of jail free card" di padang mahshar ke beb? What is my issue here? Sebagai seorang Islam, ada etika cari rezeki yang halal kan? Kerajaan Malaysia yang sekular tu ada tempat ke dalam isu ni ke? Aku dah bongkarkan kelentongan AC Mang dekat sebulan dah ni, dan duit orang Islam dah juta-juta masuk akaun mamat Bentley tu, KPDNKK ada buat apa setakat ni? Takde masuk lokap pun mamat tu kan? Takde dapat pulang balik pun pada umat yang dah kena kelentong tu semua, duit yang dah lebur dalam ACK kan? Dan korang ingat aku terkejut ke pasal benda ni? Nothing surprise me anymore, man. I'm too old to be spooked by the inefficiency of government machinery and bureaucracy. Bah!

Tapi apa pun, biarkanlah KPDNKK buat kerja mereka di atas mandat yang telah diberikan oleh kerajaan pusat - I have no argument with that. Kita duduk dalam dunia yang dikawal oleh pemerintah yang berasaskan keduniaan. Apa boleh buat? Buat masa ini itulah adanya. Kerajaan kita yang akan membelanjakan RM65 juta hinggit untuk renovasi mahligai PM di Putra Jaya, dan akan berbelanja RM14.5 juta untuk penyelenggaraan dan ubah-suai sket-sket untuk semua masjid yang ada di Malaysia, untuk perbelanjaan tahun 2011 (correct me if I am wrong). Cuma isu halal-haram rezeki itu adalah isu peribadi, sebab masing-masing akan dihitung amal ibadah dan kejahatan masing-masing di akhirat nanti secara solo... dan bukan berkelompok dan main tong-tong share-share gitu. Setiap manusia akan kena panggil kat padang yang luas dan panas tu front-and-center, one by one... Huh! Jawab la kita semua masing-masing setiap persoalan dan setiap ungkitan yang menikam sanubari di sana. Salah jawab, bukak rekod... berat ke kiri - humban terus dalam gaung yang menyala. Mintak-mintak aku dan korang semua terselamat daripada musibah yang terbesar yang akan kita hadapi di sana. Mintak-mintak terselamat, InsyaAllah. But, I am scared, man!

Akhir kata, jika adalah MLM yang produknya halal, dan sistem perniagaannya dijalankan sesuai dengan syarie, dan tidak melanggar shafqatayn fi shafqah (dua akad dalam satu transaksi), serta mematuhi ketentuan setiap hukum syarak yang lain, maka sudah tentu ianya diperbolehkan. Masalahnya, ada syarikat MLM yang sedemikian tak?!

Figure it out yourself please... after all, your sin is yours, my sin is mine.

daripada : Aidid Mu'addib
Best Blogger Tips

[Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif

Kat rumah korang mesti ada sinki kan? mesti bosan kan tiap-tiap hari tengok penutup sinki yang colour hitam tu je.. Jom kita letak penutup sinki yang cantik macam kat bawah ni kat umah kita..
penutup sinki 1 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif

penutup sinki 2 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 3 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 4 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 5 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 6 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 7 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 8 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 9 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 10 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 11 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif
penutup sinki 12 [Gambar Pelik] Penutup Sinki Yang Kreatif Best Blogger Tips

[Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai

Bila korang tengok gambar kat bawah ni mesti korang ingat tu tumpahan minyak kat pantai kan? Tapi percaya atau tidak yang bewarna hitam tu adalah ikan dalam kumpulan ramai-ramai.. Gambar ni adalah di pantai Mexico dan di katakan ni adalah kesan dari Tsunami dan Gempa bumi di Jepun.  Kita doakan la bagi keselamatan seluruh rakyat Jepun.
Mesti best kalau gi mancing kat sini kan?
ikan pelik 5 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai

ikan pelik 6 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai
ikan pelik 4 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai
ikan pelik 3 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai
ikan pelik 2 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai
ikan pelik 1 [Gambar Pelik] Kumpulan Ikan Di Pantai Best Blogger Tips

Saturday, March 26, 2011

WTF....u will not believe this....WTF

                                            www.this-is-my-story.com/v/399GK10K5946 Best Blogger Tips

Tutorial Nuffnang : Bagaimana Nak Letak Iklan Nuff Pada Entry

........ramai yang pening kan bila nak letak iklan kat entry...ada yang terpaksa buat widgets baru sebab tak tahu macam mana nak letak iklan nuff pada entry...sini pendekar nak tunjuk pada yang tak tahu tu okay....

...mula-mula...cari iklan nuff tu...especially yang LARGE RECTANGLE...sebab hanya iklan ini paling sesuai untuk letak kat entry...iklan size lain tak sesuai....

...Firstly, pergi kat Dashboard--->  Design----> Edit Html ---> Expand Widget Templates seperti di bawah.....tapi sebelum itu anda kena save dulu template asal anda dengan klik pada Download Full Template....kemudian barulah tutorial bermula ! !...heheh...

...lepas tu pergi kat Dashboard--->  Design----> Edit Html ---> Expand Widget Templates seperti di bawah...tekan Ctrl dan F serentak... cari keyword "post hentry".....


Letak iklan nuffnang selepas post hentry 
....anda boleh juga letak di mana-mana selepas keyword "post hentry" ini... sama ada di :-
  • <div class='post-header'> --> kalau letak di atas nya..iklan keluar lepas Title Post dan sebelum isi entry anda....
  • <div class='post-body entry-content'>  --> letak di mana-mana selepas keyword ni akan keluar dalam entry anda iklan tu...di bahagian paling bawah entry...
....okay...setakat itu rasanya yang ingin pendekar kongsikan...tapi ingat...SEBELUM menggunakan widgets ini di dalam template anda...pastikan anda SAVE dulu setting template anda yang sebelum ini...ini untuk memudahkan anda jika tersalah letak mahupun tersalah taip...

...sebarang kemuskilan...silalah tinggalkan pertanyaan anda di ruangan comment di bawah ini ya...ataupun anda boleh tanya juga kepada Incek Zaer....yeahh! ! ...naik lagi nama ang kat sini Zaer ! !

Sekian...terima kasih kerana membaca...Waccchhhaaaa~ ~ ~...(^_^) Best Blogger Tips

Autoresponder Trafficwave untuk pemasaran email anda

 Adakah anda ketahui bahawa kejayaan sesebuah website bukanlah semata- mata apa yang dapat lihat di dalam website tersebut. Ramai yang tidak ketahui bahawa kejayaan sesebuah website adalah berdasarkan kepada sistem follow-up yang efektif.
Mengikut kajian, seseorang pelawat website akan bertukar menjadi pelanggan setelah follow-up tujuh hingga lapan kali. Jadi apakah yang membolehkan pelanggan tadi datang ke website atau mengetahui tentang produk kita setelah beberapa kali? Jawapannya akan anda dapati di bawah.
Kunci kejayaan sesebuah website adalah untuk menghantar maklumat mengenai perniagaan anda kepada mereka yang berminat. Iaitu anda perlu mendapatkan email pelawat laman web anda untuk follow-up.
TrafficWave menyediakan servis autoresponder untuk pemasaran internet yang efektif untuk membantu anda mengumpul senarai prospek, menerbitkan pengumuman produk dan membina kredibiliti anda dengan prospek anda.
Saya telah melanggan Trafficwave sejak Januari 2010. Dan saya berpuashati dengan perkhidmatan yang diberikan. Sebelum ini saya menggunakan Autoresponder Aweber sejak 2006 lagi.
Ya, memang Aweber adalah antara autoresponder yang terbaik, tetapi harganya yang sering menjadi kekangan kebanyakan newbie. Ini kerana caj Aweber ialah $19.00 untuk 500 senarai email pertama, semakin besar list yang anda kumpul, maka makin tinggilah caj yang perlu dibayar. Berbanding Trafficwave, ia mengenakan caj $17.95 sebulan walaupun jumlah subscriber anda semakin meningkat . Mari kita tengok perbandingan harga antara trafficwave dan servis autoresponder lain yang ada di pasaran
perbandingan harga trafficwave



Selain itu autoresponder Trafficwave juga menyediakan kemudahan berikut…
  •  menguruskan senarai email anda tanpa had (unlimited) 
  • boleh menyimpan sebanyak mana data yang anda mahu 
  • boleh menjadualkan e-mail yang hendak dihantar kepada prospek/pelanggan 
  • boleh memeriksa berapa ramai yang buka e-mail yang anda hantar 
  • boleh mengetahui berapa ramai yang prospek yang telah menjadi pelanggan 
  • boleh membina sendiri borang opt-in atau guna yang sedia ada 
  • menghantar e-mail menggunakan teks ataupun html 
  • terdapat  kumpulan sokongan secara online dan juga forum
Jika Aweber memberikan anda peluang untuk test drive dengan kos $1 untuk 1 bulan, Trafficwave pula memberikan anda masa selama 30 hari untuk menilai dan merasai sendiri pengalaman menggunakan servis mereka tanpa sebarng kos – PERCUMA!
Dan yang paling menarik ialah program affiliate yang disediakan oleh pihak Trafficwave. Ini bermakna kita boleh buat duit sambil menggunakan autoresponder Trafficwave ini.Kita boleh minta pihak Trafficwave tolak komisen yang kita perolehi untuk bayaran bulanan kita. Bakinya akan dihantar melalui cek kepada anda . Seronok kan! Ini bermakna kad kredit/debit anda tidak akan dicaj oleh Trafficwave. Best Blogger Tips

Cara Promosi Blog Baru Di Google Dalam 24jam

cara promosi blog baru di google
Mengetahui cara promosi blog (atau website) yang berkesan adalah salah satu ilmu penting yang perlu diketahui oleh sesiapa sahaja yang ingin menceburi bidang perniagaan internet.
Salah satu sumber utama untuk mendapatkan pelawat yang ramai ialah melalui enjin carian seperti google. Jadi adalah penting untuk memastikan bahawa blog atau web anda tersenarai (atau diindeks) di google.
Saya ada menerima soalan dari seorang subscriber tentang blog beliau yang tidak dijumpai google. Berikut adalah soalan yang diutarakan,
thnks so much sbb tunjukkan asas buat blog.. i dah buat dan dah publish tapi bila i search kat google, kenapa link untuk blog saye itu tak de dalam enjin pencarian google? bole u tunjukkan cara nak buat link kat google?
-Sazie-
Ramai dikalangan kita beranggapan, dengan membina sebuah blog,  ini bermakna anda sudah boleh bergembira sebab anda dah boleh buat duit dengan blog (atau laman web) anda. Sebenarnya membina laman web atau blog hanyalah langkah pertama untuk memulakan satu perjalanan blogging yang panjang.
Ada banyak  langkah lagi yang perlu anda lakukan untuk memastikan laman web anda itu bakal menerima pengunjung. Tanpa pengunjung, blog anda itu tidak akan dapat memberikan anda sebarang pulangan – melainkan anda membina blog bukan untuk dikongsi dengan orang lain .

Ok, disini saya kongsikan cara promosi blog yang saya gunakan.

Caranya ialah;
1. Buka satu akaun baru bagi setiap laman web sosial ini - Digg , StumbleUpon , Technorati dan Delicious .
2. Selepas mendaftar , submit artikel yang ditulis di blog anda di setiap web tersebut. Jadi, kalau blog baru, bolehla letakkan post pertama anda disitu.
3. Selepas 24 jam, menggunakan cara promosi blog ini,  buat carian di google dengan menaip site:alamatbloganda.blogspot.com . Tahniah! Blog anda dah tersenarai di Google!
Selepas itu, anda perlu rajin update blog . Dan setiap kali anda siap posting terbaru, bolehla submit ke laman web diatas sekali lagi. Ia jugaboleh membantu untuk meningkatkan ranking anda di google nanti.

Diharap cara promosi blog dengan pantas ni akan dapat membantu.Jangan lupa untuk tinggalkan sebarang komen jika anda ada mencuba teknik ni.

Best Blogger Tips
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts