Daripada Kaab bin ‘Ujrah, katanya: ‘Rasulullah
SAW keluar kepada kami. Kami (para Sahabat di dalam Masjid Nabi ketika
itu) ada 9 orang. Satu kelompok 5 orang. Satu kelompok lagi 4 orang.
Satu kumpulan Arab dan satu kumpulan bukan Arab. Nabi bersabda:
‘Dengarlah kamu semua! Adakah kamu mendengar? Akan berlaku selepasku
nanti penguasa-penguasa. Sesiapa yang masuk kepada mereka, lalu
membenarkan pembohongan penguasa itu dan membantu kezaliman yang
dilakukan oleh penguasa itu, ia bukan dari kalanganku, dan aku bukan
dari kalangannya. Orang itu tidak dapat datang ke kolamku.
Orang yang tidak masuk kepada mereka, tidak membantu kezaliman mereka
dan tidak membenarkan pembohongan mereka, maka orang itu dari kalanganku
dan aku dari kalangannya. Dia dapat datang ke kolamku.’ Riwayat
at-Tirmizi. Hadis sahih gharib. (Bab ma jaa fiddukhul ala al-umara’)
Masuk kepada penguasa/pemerintah tidak dihalang jika ia bermaksud
membetulkan, menegur, menasihat, mengajar dan melakukan al-amr bilma’ruf
wannayhu an al-mungkar. Ia harus, terkadang wajib. Yang diharamkan
ialah dengan tujuan membodek, mencari dunia, pangkat, jawatan,
kedudukan, projek dengan cara salah.
Justru, kalau mahu selamat
dunia Akhirat, dapat minum di kolam Nabi SAW, dapat masuk syurga,
janganlah bersekongkol dengan penguasa zalim dan penipu, dan alangkah
ramainya mereka itu di zaman kita ini.
Ustaz Nik Nasri Nik Malek
No comments:
Post a Comment